Monday, February 28, 2011

Bayaran saman pdrm - website down dari pagi sampai ke malam.

I telll you today is not the only day i try to pay the summon okeh.

Since thursday akak dah try bayar tapi website pdrm through myeg and erilek sangat lahar.

Pastu arini tetiba down sepanjang hari. Dalam myeg try after 6pm. Tapi adoooo??? Nan ado!

Mujur time my lucky day sempat akak bayar saman keter akak. Pastu tetiba nak buat untuk Mohd Rafi berkali2 TAK BOLEH...

Next time ye, kalau feeling2 nak suruh orang bayar saman tu sila lah upgrade capacity server tu dulu.

Aku benci gila saman ekor. Kereta aku 3 saman adelah saman ekor. Dan bukan aku yang buat. Tu Mohd Rafi tu haaa... Yang kena bayar aku lah sape lagi.
Pastu keter Mohd Rafi pulak dia letak kat kampung. Ada saman 3 jugak. Yang kena bayar tuan punya kereta lah walaupon bukan dia yang drive kereta tu..

Kenapa kalau laju tak tahan je kereta tu, saman org yanng drive. Kalau saman ekor nih tak pasal2 orang yang tak bersalah kena. Yela, kadang2 keterr bukan kita sorang yang drive.

Bayangkan kalau org yang guna beli keter guna nama org lain? Tak ke niaya orang tuh kalau saman sampai 12. Kau ingat orang yang kena saman sepatutnya tu nak bayar ke????

Oversupply breastmilk...

Next week Rossi check up....**feeling2 anak aku Valentino Rossi kaedahnya.

Akak harap berat dia x naik sampai sekilo lebih. Nanti baru 5 bulan dah 9 kilot tak ke nurse tu nanti soal akak macam2 lagi?

Akak terfikir lah uollss... Adekah akak teroversupply breastmilk kat Pahat... Eh, Rossi. Menyebabkan Rossi begitu semangat sekali beratnya..

Baru2 ni kalau akak ke Mohd Rafi nak angkat Rossi, perlu dimulakan dengan Kalimah

'Alllah hu akbar'

Sambil mengangkat. Terasa tetiba berat Rossi bertambah.

Rossi, harap kalau berat nak tambah pon sila tambah ketinggian tu sekali ye?

Ibu malas la nak jawab soalan2 nurse nanti.

Meh akak citer sket cemana akak kasik susu kat Rossi.

Siang akak tinggalkan 4 botol EBM setiap botol 3oz. Bila balik rumah je asal dia isap jari akak sumbat direct breastfeed. Kalau sejam sekali, sejam sekali la akak sumbat.
Time malam, paling lena dia boleh tido pon 5 jam. Pastu kena BF every 1 jam sampai pagi.

Actually kat rumah kadang2 every 1 hour jugak akak kasik direct BF. Sebab kadang2 akak tengok dia boring, akak pon boring, so akak sumbat.... Kau ado konsep mcm nih??

so HOWW???

Mari Menderma!

Dah gaji kannnnn??

Ni no akaun budak yang kena renjatan elektrik tuh. Ni akak dia punya kalau tak silap.

Maryuni Binti Miskon
BSN : 1010041000173234

Derma la RM10 pon takpe.. Kesian akak tengok budak tu dah la mak bapak dah xde. Kaki tangan kena potong pulak tuh.

Sunday, February 27, 2011

Anak tunggal kesayangan beta...

Clust! tiba2 nak guna bahasa istana pulak..

Weekend akak sibuk melayan anak akak yang debab ittew di samping melipat baju yang dah menggunung tu okeh. Pengsan!! tu belum masuk baju Pahat lagi.

Tu belum masuk Laki akak yang suka membebel suruh sapu sampah la ape la..

Campur dengan sibuk ke carrefour sebab tengok iklan PetPet RM30.99 tapi tiba sana harammmmm... satu bungkus PetPet pon akak nan ado nampak. Motippp Carrefour memperdaya akak???

Last2 akak beli Fitti Basic RM22.89... Sudahhh Pahat, jangan nak verangan pakai mamipoko okeh!!

Hari sabtu akak masak ikan tenggiri goreng tepung, Tempe goreng tepung, sayur masak lemak dan sambal belacan.

Ahad akak masal, ikan terubuk masak asam pedas. Ikan terubuk memang sedap uolllss tapi time makan nak asingkan tulang tu adelah rasa menyampah. Akak rasa mcm nak upah org jah buangkan tulang.

Pastu akak feeling2 masak bubur pulut hitam... Sedap ah!

Resepi pulut hitam paling senang dalam dunia: Basuh bersih pulut hitam. Rebus guna sedikit air. Masakk gula merah dalam periuk berasingan. Bila pulut dah masak, tapis air gula merah dalam tuh. Masukkan santan kelapa pekat. Masak sekejap pastu tutup api. Nanti lama2 pecah pulak santan tuh. Ada paham???

Last skali saksikan aksi2 comel Muhammad Rossiudin Farhat nih.. **siapa punya idea ntah bagi nama panjang mcm nih berbelit lidah nak sebut.

Baju ijau belum basuh sebab comel sangat akaak pakaikan jugak. Pastu kena marah dengan Mohd Rafi okeh sbb kemaruk sangat. Ado akak kesah?? RM9 jah kat reject shop.

Tu hobi baru Rossi...**matila tukar nama panggilan. Suka buat molot mcm tuh.

Ok Dah. Nak bukak MATLAB. Kang tunggu orang buatkan tiap2 minggu busy memanjang. Anyong gaseyo~!!

Saturday, February 26, 2011

Order minggu inih...

3 tub of Tiramisu. I charge RM45 each for 7x7 square container. Couldn't go any lower than that. The price of cream cheese + mascaporne already expensive.

Topping woth chocolate not as usual cocoa powder.

Siapa nak order cheese cake? special price for this week with topping is RM55 since i got 1 kg cream cheese left over.

Friday, February 25, 2011

Hari jumaat berkali2 aku klik myeg tetap tak berjaya..

Kannnn?? Kaedahnya malas nak beratur feeling2 nak buat online bayar saman tapi haremmmmm!.. System busy ke apa ntah ramai sangat dok bayar.

Tapi takpe! Akak tetap gigih!! Akak akan bayar pada tengah malam inih.

Ampunnnn uollsss... akak tak sempat carik no account bersama mu ittew... Akak tertido pukul 9 okeh td malam. Pahat tido, akak pon join skali. Pastu Bangun pukul 6 lebih gituuu.. merasa akak pon feeling2 tido lama mcm baby.

Dah lama tak letak gambar anak akak yang debab tu kannn??

Meh akak letak gambar Pahat terkini.. gituuu kann? Ingat anak kau artis??


Eh, ni bukan anak akak. Ni anak adik akak. Anak akak tak putih mcm nih... **matila... Putih kan Lion??? Comel tapi kuat nanges. Kesian mak dia kena berjaga malam tiap2 hari.

Ha...ni budak benyek nih anak akak. Motippp buat muka mcm tuh??


Time dia bangga meniarap. Pandai tak dia tengok camera??
Ye uolllss sebab henpon akak punya casing nih adelah color merah, sbb tu dia suka tengok.
Tu rambut dia bila ntah nak tumbuh.

Time dia dah penat jadi macam nih pulak :



Kalau lagi penat mcm nih:

Tu tuala kat tepi tu kena ada sebab sekarang ni dia suka menggentel kain sambil masuk dalam mulut.

Aritu beli teether tapi dia tak reti masukkan dalam mulut sbb besar sangat.

Nanti emak belikan yang kecik sikit yeah?....

Thursday, February 24, 2011

Saman speedy..

Dah bayar???

Merasa bukak myeg dari tadi nak loading tak boleh2 jugak..

Merasa pegi kaunter pdrm terus bayar..

Sungguh keji!

Perihal miskin tegar...

Nih akak bakal jadi miskin tegar la nih uolllsss sbb kena bayar saman punya pasal.

Tapi itu bukan ceritanya..

Ceritanya, aritu akak balik johor. Sekali je sampai Kota Tinggi tu ujan renyai2.. Pastu ada satu couple nih bawak motor ex5 dengan anak kat tengah2..

Akak cakap kat mohd Rafi, 'Kesian, tumpangkan la orang tu'

So, Mohd Rafi berenti tepi.. Tup..tup tengok orang tempat dia jugak. So hantar la sampai rumah. Dia nak balik tengok mak dia. Kereta memang takde. Husband dia sorang je keje. Anak dia tu umur setahun.

Takde kereta bawak anak kecik memang kesian ye uollss.. Ujan plak tuh. Dia kata masa dia bertolak tu tak ujan tapi dah sampai kota tinggi ujan pulak. Nak berenti kat tepi takde tempat teduh pulak. Dia dari Pasir Gudang ye uollls.. Agak gigih la membawa motor ex5 itu...

Ada orang mempersoalkan di dalam blog. Kenapa tak beli kereta. Bulan2 baru RM300++. Tak sayang anak ke?

Akak rasa tak patut persoalkan orang yang tak mampu beli kereta atau tidak. Kalau dah gaji RM1500. Nak bayar sewa rumah lagi. Isteri tak kerja. Anak lagi. Belanja isi rumah. Petrol yang keje naik je tiap2 bulan. Korang rasa mampu ke??

Boleh la dia bercakap, elehhh viva baru RM300. Ye, tu kau keje laki bini. Tak semua orang sama mcm tu. Motip kau tak boleh nak fikir??

Lagipon buat apa nak berhutang tiap2 bulan beli kereta sedangkan tak mampu? Kalau mampu pulak, satu beban pulak nak isi petrol tiap2 hari.

Lagi satu, boleh kah kita persoalkan orang miskin tapi beranak ramai??? Itu kan kuasa tuhan. Dah tuhan tak bagi rezeki duit tapi bagi rezeki anak. Terima je lah. Lagipon bukan dia menyusahkan kau mintak duit ke ape.. Bukan dia pegi buang anak dia ke apa. Apa yang dia makan, anak dia makan. Nasi berlauk garam pon tetap juga kenyang.

Mana tahu anak dia yang ramai tu yang akan mengenang jasa dia satu hari nanti..

Pastu akak sedih gila baca berita pasal budak yang terkena renjatan elektrik kat klang tuh. Dia tengah cuti sem, amek upah menyawit dengan abang dia. Dah la anak yatim piatu.

Takde tempat bergantung. Terpaksa cari pendapatan sendiri. Budak2 sekarang ado nak buat part time menyawit? Ado??

Pastu disebabkan terkena renjatan elektrik tu, kaki dan tangan dia lumpuh. Cuma satu tangan yang boleh diselamatkan. Kesian tak uolllsss??? Dah la miskin, tangan dgn kaki takde. Cemana dia nak carik keje? Cemana nak sambung belajar?

Akak ada amek no akaun dia, aritu kat bersamamu ada keluarkan. Tapi akak tak bawak arini. Esok la yek. Derma RM10 pon jadi la uollss.. Kesian budak tu.

Wednesday, February 23, 2011

Kemaruk

Sekarang Pahat adelah kemaruk nak meniarap okeh..

Suruh tido sibuk dia dok pusing2 nak meniarap. Pastu tak reti nak terlentang balik.

So, sebab akak keji. Akak suh Mohd Rafi tido sebelah kiri dia dekat2 dengan badan dia. Sebab Pahat reti meniarap sebelah kiri sajork. Lama2 dia penat trying. Dia tertido sekali.

Tu je entry utk hari ini. Tak memberansangkan langsung kannnn???

Tuesday, February 22, 2011

Feeling2 nak buat business...

Uolllsss... sabtu aritu akak melawat kawan lama akak Hud yang bersalin second child bersama Lyd n family. Pastu tiba sana ajak CW sekali.

Kalau dah emak orang punya perbualan apa lagi mesti la pasal anak.

Akak ngaku, kalau akak kaya akak nak duduk rumah jaga anak akak yang debab tuh.

Pastu akak feeling2 nak homeschool kan Pahat sajork. Sbb akak confident akak boleh ajar dia sampai pandai. **matila kan confident..

Pastu berbual masing pon nak berenti keje buat business part time. Akak feeling2 nak bukak business uollss... Tapi modal ado RM5 sajork. Howww??

Sekarang business kecil-kecilan dulu jah. Akak amek order tiramisu dgn ciskek jah.

Cupcake kalau rajin jah akak buat sbb akak malas nak deko.

Time raya, akak jual kueh raya pulak..

Mashyuk la jugak.

Breastpump review

**** ni akak review breastpump yang akak pernah guna sajork.. Harap maklum.

MUla2 dulu akak guna little bean yang macam nih:

Harga kalau tak less RM249. Kalau biasa kedai jual RM199. Kalau ada diskaun biasanya RM159.

Tapi akak tak galakkan beli pump nih sebab:

1) Bunyik bising nak mati mcm mesin rumput jangan feeling2 nak mengepump diwaktu hening pagi kalau tak nak seisi rumah bangun.
2) Wayar charger adelah pendek menyusahkan kau nak menunduk2 - x berapa selesa.
3) Hasil suction dia tak berapa best.


Sejak 2 bulan lepas aku start guna MIPUMP from The First Year.

Akak punya bukan Double mcm nih, tapi single sajork.
Harga tak offer RM359. Harga offer RM249 -skrg tgh offer kat baby manjaku. Price included - travel bag yang comel, botol storage + feeding, 2 liner , set pump.

Akak suka sekali dengan pump nih sebab:

1) Suction dia best gila. Corong dia lembut lekap kat breast.
2) wayar dia panjang, guna tube - so senang nak gerak2 while pumping.
3) Mesin dia adelah comel. Pastu kecik. Lebih kurang 8cm x 3cm
4) Yang penting mesin ni senyap. Pagi2 buta nak bangun mengepam pon ok jah...

**motiipp masa akak beli nan ado double pump mcm gambar tuh??

Yang tak best:
1) Kepala charger dia tu style US. Pandai2 carik soket yang sesuai kat kedai.

For manual pump akak suka Philip Avent. Sape2 yang gigih guna manual pump boleh beli.

Bye. Nak pegi lab.

Monday, February 21, 2011

Pahat berjaya yeay!!!

Berkat dorongan, sokongan moral, dan juga kata2 perangsang dari ibu dan ayah dia, akhirnya Pahat meniarap jua... **matila kan gembira mcm anak kau menang pertandingan gores dan menang jah..

Suatu pagi yang indah, hari sabtu ketika Pahat sedang mengiring. Ayah dia tepuk2 bontot dia.

'Cepat pahat! Meniarap'

Tapi nan ado Pahat meniarap uollss.. Dia terlentang balik kaedahnya nak angkat kepala dia berat sangat.

Pastu ayah dia ' Ala...Pahat ni malas lah.. kepala berat sangat..'

Pastu terus Pahat try lagi skali dan berjaya meniarap. Terus Mohd Rafi jerit panggil akak. Motipppp sangat kan??

so, akak pon cakai henpon amek gambo step by step walaupon gambar blur kaedahnya asal ado sudahhhh.

Ini dia baby comel yang berjaya meniarap. Yeay!!!

Kalau uolls perasan kat belakng Pahat tu ada lembaga gelap disitu adelah laki akak. Kalau uolls tak perasan akak faham, color dia dah nak sebati dengan background.. Matila nurakah!!

p/S : Baby sitter call kata telinga Pahat berdarah. Teling Pahat tu mcm ada bernanah. Dah letak ubat kejap je baik. Tension betul.

Sunday, February 20, 2011

Photoshoot Give Away!!

Korang nak berphotoshoot secara FREE mcm akak?? **matila akak mmg suka benda free uollsss...

Nak? Nak??

Meh sini akak war-war kan yang zacheryart. Atau pemiliknya Puan Kher secara baik hatinya telah membuat satu give away photoshoot free..!
Sape yang ada baby or nak amek gambar family boleh join give away nih.

Cara2 nya:

1. Copy banner yang ada muka akak yang chantek tu kat blog uollsss..

2. Lengkapkan ayat inih :
saya nak menang mrs zach's first give away kerana.....(tidak lebih 200 patah perkataan". kalau korang ada blog, tulis dalam blog korang benda alah ni. kalau takde, buat kat ruangan komen.

contoh akak : saya nak menang mrs zach's first give away kerana saya nak pose2 macam america's next top model***sambil lambai2 Tyra.

3. Jadi Folllower blog puan kher di sinih:

http://umyraepisode.blogspot.com/

4. Tinggalkan comment kat entry blog beliau.

Sekian sahaja dari akak. Sila hebahkan ke orang lain okeh.

Saturday, February 19, 2011

Hanya yang termampu..

Inilah jadi nya uollss kalau kerja penting mintak tolong orang.

Padahal benda tu aku kena submit bulan lepas. Dah berapa kali tangguh dengan supervisor aku. Aku dah naik malu.

Dan itu bukan masalahnya. Aku kena submit jugak benda tu before seblum febuary tamat atau kemungkinan contract aku bulan Jun tidak akan disambung.

Tengah fikir2 apa aku nak bagi anak aku makan ni nanti. Takkan nak menumpang kat rumah emak aku eh?

Yep, benda tuu aku dah try buat tapi aku tak reti. Aku dah tebalkan muka tanya orang lain juga tak tau.

Yelah, tak kan nak paksa orang yang kita minta tolong tu selesaikan segera. Dah dia kata dia busy abes tu??

Sampai aku tebalkan muka juga sms hari2. Memang la kawan2 rasa biasa je perkara mintak tolong. Tapi aku desperate boleh??

Aku memang harap nak siapkan sem ni. Tapi dah berapa kali tangguh aku dah malu.

Aku mcm rasa dah putus harapan nak sambung.

Nak cari keje lain lah! Ada sesapa ada keje kosong?

Atau

Ada kawan terer matlab. Aku nak upah buatkan programming nih, sikit je. Sikit sangat. Aku rasa tak sampai 5 line pon kalau reti buat lah.

Jangaan harap aku upah beribu2.. Aku mesken. Aku mampu rm100.

Kalau takde. Aku nak quit je lah.

Friday, February 18, 2011

How to prevent breast cancer?

The low risk of getting breast cancer :

a) woman who getting menstruation after 15
b) Menopause before 50
c) Not getting married after 30- in a way that not pregnant and breastfeeding.
d) errr...tak ingat... matila kena baling telur.

How to prevent Breast cancer:

The easiest way is keep breastfeeding until 40 y.o since breastfeeding could increase the estrogen hormone. For those who not breastfeeding, the hormone will drop significantly. So, it is important to keep breastfeeding. (dan juga beranak untuk terus breastfeeding...**matila setahun satu kaedahnya).

Eat a lot of beans - bean sprout, green bean, black eye bean, soy and etc

To avoid that can cause cancer:

hormone pil. To be exact, estrogen hormone pills (drug). Should you need to take this drug, do not exceed 5 years period.

So, sesama la kita menjaga breast kita sebab breast cancer adelah pembunuh no 1 wanita.

Monster Note : Article di atas ditulis sendiri oleh akak sendiri berdasarkan documentary vitamin.

Lambat sebab Astro..

Okeh uollss... Matila kan sendiri lambat tapi salahkan astro..

Kaedahnya, akak ni tido la depan TV bersama anak akak tuh. Selalunya akak memang feeling2 tengok jam astro sajork.. jam astro kan tak pernah salah.

So, tapi pagi akak bangun tengok, pukul 5 pagi. So akak bangun mengepam sambil bukak internet.

Pastu makan tiramissu. Ado kau bangun pagi2 makan tiramissu macam akak??

Pastu sambung tengok internet. Tengok jam astro baru pukul 5.50. Tengok jam laptop. Eh, apesal pukul 6.30?

Akak ingat, mungkin jam laptop salah sebab laptop kan baru sembuh dari serangan virus.

Akak dok feeling2 tengok facebook pulak..

Pastu siapkan bau Pahat, susu dia tuang kat dalam botol.

Sekali je tengok keliling apehal terang nih? Bila akak tengok jam dinding pukul 7.30 uollss.. Jam henpon pon 7.30.

Motippppp jam asterok salah?? Motippppp memperdayakan akak??? **matila meroyan kenapa ntah.

Akak ada kelas okeh pukul 8.00 pagi!!...

Terus kejut Mohd Rafi. Kejut Pahat, sumbat dalam keter siap2.

Sampai opis pukul 8.20am.

Terus feeling2 confident tak lambat. Tapi lambat2 akak datang pon ada student datang lagi lambat. dah abes kelas baru muncul. Datang semata2 sign attendance sajorkkk...



Akak BS Pahat kata Pahat dah pandai meniarap. Tu pon sekali jah. Akak sorak2 dengan Mohd Rafi kat rumah suh meniarap nan ado jugak dia meniarap..

Last2 akak terbalikkan sendiri badan dia supaya dia meniarap.. Keji tak?

Tiramisu la pulak.. Kannn?


Disebabkan ada lebihan sour cream + whipping cream kat rumah. Dengan menggunakan konsep taknak membazir, akak telah buat tiramisu version akak uolls..

So akak neno neno pegi kedai bakery beli cream cheese and biskut lady fingers tuh.

Meh akak nak kasik resepi:

Bahan2 yang akak guna. Semua menggunakan anggaran sahaja. konsep campak2 telah diterapkan disini.

125g sour cream ( anggaran sahaja sbb apa yg tinggal sour cream tu akak masukkan semua)
whip cream : akak main masuk tanpa measure.
500g cream cheese
150g icing sugar, castor sugar pon boleh. Guna je la apa2 yg ada kat rumah tu.
Coffee + cocoa mix. campur je la sendiri. Agak2 sajork.



So, mula2... pukul cream cheese tuh.

Ni akak guna cream cheese Philidefia so agak keras sikit. Pukul sampai ketul2 dia hilang.

Pastu masukkan guna + sour cream. Pukul sampai agak kembang.

Pukul whip cream samapi kembang kat mangkuk lain. Mcm gambar di atas.

Campurkan cream cheese mix dengan whipped cream tuh, mcm nih,


Pastu bancuh campuran coffee+cocoa guna air suam sajork. Jangan guna air panas nanti biskut tu soggy.


Celup biskut tu dalam air coffee tu dalam masa 3 saat. Haha.. Korang celup angkat sajork.. Letak lama2 nanti soggy uolllss... Susun mcm akak susun dalam gambar atas tuh. Yang itam2 kat sebelah tu adelah coffee mix.

Pastu second layer spreadkan cream cheese mixture tuh. Tolong jangan sapu tebal sangat. Nanti muak.


Pastu korang susun biskut tu balik. Di ikuti dengan cream cheese mixture tuh sampai penuh bekas uollss tuh. Ni akak guna tupperware avon sebab nak bawak kat opis kaedahnya. Kalau nak chantek gunala mangkuk pyrex ke..

Last slali akak sapu fresh cream kat atas. Pastu tabur serbuk koko.

Kalau gemuk jangan salahkan akak!

p/s Kalau nak guna mascapone cheese pon boleh tapi mahal nak mati. Beli cream cheese kat kedai bakery murah sket.

Thursday, February 17, 2011

Etika seorang perampas..

Heh...

Xde la akak ni mengalami uollss...

Tapi akak tengok orang2 yang merampas nih dah la taksedar diri merampas. Dah tu buat mcm itu kepunyaan diorang.

Dah la kau merampas hak orang, berpada2 lah kalau jadi perampas tu. Lelaki tu pon ada tanggungan lain nak kena layan bukan kau sorang.

Lelaki tu pon ada anak lain nak bagi makan bukan anak kau sorang.

Tak boleh ke kau baik2 jumpa orang yang kau rampas tu mintak maaf. Bagi buat jadual jantan yang kau rampas tu elok2, sehari rumah sana, sehari rumah sini.

Ini tidak, kau buat jantan tu mcm hak kau sorang. Mcm jantan tu bapak anak kau sorang.

Tolongla berpada2. Kalau kau tau sakit hati bila husband kau pegi ke wife tua, mcm tu jugakla peraasan yang tua tu. Suruh la lelaki yang kau sayang sangat tu berlaku adil.

Akak memang emo uolls citer2 mcm nih.

Baru je lunch tadi dok bincang dgn opismate. Hidup tu janganlah mementingkan diri.

Dan tak payah nak kutuk2 wife tua tu tak sempurna bagai sebab tu laki dia cari lain. Kau bagus sangat kah??

Akak lemang, saya harap akak tabah. Akak sungguh bersabar. Kalau saya dah lama saya maki hamun kat blog hari2....

Sekian.

Entry sungguh pemalas.

Entry malas ialah entry giveaway. Yeay!!!!!!

Tagged by : Mrs Nageeb

syarat2 (akak copy paste okeh):

  • kemudian, korang letak nama dan link blog korang kat tempat comment aku (bukan apa, senang aku nak jejak semula)
  • Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan untuk join sama GA nie
  • Tarikh tutup penyertaan, 28 Februari 2011
  • Apa hadiahnya? jeng3.. rahsia.. Aku akan pilih 3 orang pemenang bertuah..
  • Lagi ramai yang sertai, lagi banyak hadiah yang akan aku bagi..
  • Join okeyh!! Selamat berGA...!!

Sesiapa nak join silalah.

Pastu, sila lah join give away Puan Kher inih walaupon uolls x kenal beliau.. Cepat! sebelum tarikh tutup.

Wednesday, February 16, 2011

Ciskek

Ni org order. Time nak amek gambar tetiba tinggal berapa ketul je.

Topping fresh cream dengan anggur 6 bijik **tu pon kira ke kann? Deangan taburan oreo crumb.

Balik rumah nak cium Pahat.

Manusia verangan..

Gittewla uolls..

Akak kan pose2 letak nuffnang kaedahnya kat blog nih.. AKak terpedaya setelah membaca entry blogger terkenal ittew yang dapat earning 12k okeh.. Kau ado..

So, akak feeling2 lah letak sambil klik iklan sendiri..**opppsss!. Kau ado??

Tapi tak sedar diri sungguh sedih, blogger ittew dapat 12k tapi akak??

RM0.50 uolllssss!

50 posen... Boleh la kumpul sebulan 50 sen, setahun RM6..

Pitammm!!

Tuesday, February 15, 2011

Bila ibu saya boring..

Mula2 ibu saya sibuk pakaikan saya tudung. Tapi kan saya lelaki. Ibu saya feeling2 saya comel bila tutup kepala saya yang botak nan ado tumbuh rambut walaupun saya dah 4 bulan.

Tapi saya tak suka saya tarik tuala sambil isap jari. Jari saya rasa coklat okeh.
Saya tamak. Dua2 tangan saya masuk mulut. Macam muat.


Pastu saya bosan. Saya cebik2 nak nanges. Ibu saya mms gambar ni dekat kak Beena. Kak Beena kata saya nanges pon comel. Boleh gituuu??
Lepas tu ibu saya terpaksa jadi clown kejap supaya saya berenti nanges. Baru la saya senyum pandang camera.

Bila nak tido saya isap jari sambil menggentel tali bantal peluk ibu. Stim cemana ntah agaknya.

Sekian cerita saya.

Cerita ibu saya pulak.

Laptop akak masuk virus uollss.. Sungguh keji disaat kapersky akak dah expired. Nasib ado CD. Hanta kat dia. Arini baru amek. Broadband pon langsung tal boleh bukak disebabkan berontok tuh. kejilah!

Sunday, February 13, 2011

Rezeki terperuk

Ingat tak tahun 2009 aritu Mohd Rafi ado bagi hadiah seluar jeans kat akak. Pastu kan akak pregnant taun lepas jadi nan ado la pakai seluar tuh.

Akak kira2 ado setahun tak pakai.

Sebab akak feeling2 akak dah kurus. Semalam akak try lah.

Ternyata akak dah kurus walaupon hakikatnya perut akak sangat sedih!!.. **akak tak pakai korset popular itteww ye uollss... **mati aku kena maki ni kang.

Pastu akak seluk poket, tetiba ada duet uolllllssss!!

RM60. Akak girang sekali sambil menggeleng2 kepala tanda tidak percaya. **matila kau ayat..

Terus akak siap2 pakai seluar ittew pegi carefour beli barang dapur. Abes duet akak RM75. Tetiba lebih lak.

p/s : Uollss minum air f&n kurma+longan tu berkesan tak? Akak minum jadi berak2 uollsss... Howww?

Friday, February 11, 2011

Siapa kalah kena la belanja.

Aritu akak bet (eja salah) dengan Mat Rapi.

-TEKA BERAT PAHAT BULAN INI-

Mat Rapi teka 8kg. Alasan : I yang dokong dia hari2. I tau la berat dia dah 8kg.

Akak teka 7.8kg. Alasan : Elleh... I yang susukan dia. I tau la dia minum banyak mana.

So, kitorang bet sape kalah belanja makan.

Jadi Mat Rapi kalah. So akak paksa dia belanja makan di Half Moon yang dekat South City tuh.




Yang atas tu akak makan ROyal Chicken. Aritu akak makan royal lamb sedap.

Henpon berskrin ijau zaman batu tu adelah enpon akak. Sedih tak??
Akak suka tau enpon tu. Konsepnya baling pon tak rosak okeh. Iphone ado??
Henpon akak ada lampu picit. Henpon uollls ado?

Taste wise boleh la. Akak bukan peminat makanan arab pon. Sbenarnya akak nak makan lamb kebab tapi 'not ready' katanya.

Potion dia memang banyak gilo. Boleh share 2 orang kalau tak mampu.. **matila ayat tak mampu kannn??

Satu pinggan tu RM13. Tapi juice dia memang terbaik. Mohd Rafi order mango juice memang dia blend mangga betul. Campur air pon sikit je. Pekat gilaa. Juice RM5..

Akak feeling2 order Barbican. Tapi bau dia mcm arak, so akak tak minum. Akak tukar dengan Mat Rapi. Akak telan mango juice dia.

Eh, cemana akak tau bau arak? Dulu akak keje supermarket bertajuk 'Sainsburry' ramaila pemabuk2 yg datang beli arak kalau malam2 tuh. Bau busuk gila lah.

Selamat bercuti esok! **eh, tetiba boleh???

p/s : CD owner + cik lee : Datang rumah aku ari ahad boleh. Tolong master mak. Nanti mak masak sedap2..

Tuduhan2 palsu ketika check up.

Tajuk propah katanya..

Semalam akak pegi check up Pahat. Tetiba semalam ramai orang pulak. Jadi ramai la orang sibuk2 tanya sesama sendiri 'Anak berapa bulan? berapa kg?'

Tiba time Pahat semua orang kagum okeh.

'4 bulan mcm ni? Semangatnyaaa!'

Yang paling akak tak tahan ialah nurse kat situ.

Nurse : Berapa bulan ni?

Akak : 4 bulan

Nurse tu tengok Pahat. 'Semangatnyaa. Awak bagi makan ke?'

Akak : Tak lah. Saya bagi susu je.

Nurse : Bagi susu formula ke?

Akak : Tak. Saya breastfeed je.

Pastu nurse tu tengok carta dia lahir. 'Eh, dia lahir tak la besar. 3 kilo je'

Lepas tu akak terus kena interview okeh. Dia tanya akak makan apa. Minum susu ke. Ada makan suppliment ke.
Pastu dia tanya balik, ada bagi makan ke tak. Pastu dia tanya perah susu lah.

Last2 dia cakap , 'Berjaya awak breastfeed kan anak awak. Bukan senang nak breastfeed nih. Kena sabar. Jangan bagi makan sbelum 6 bulan ye?'

Gituuuuuu kannnn???

FYI, akak makan mcm biasa. Semua akak telan. Suppliment akak nan ado makan. Susu jua akak nan ado minum. Susu formula akak tak pernah bagi kat Pahat walau setitik pon. Kasik makan lagi la tak pernah. Motippp sangat fitnah akak kasik Pahat makan tau.

Tapi akak minum air banyak. Pastu hari2 minum milo time breakfast. Malam minum holick. Air teh and coffee tak minum (tapi kalau pegi rumah orang hidangkan air tu terpaksa jugak minum).

Akak pump pon pukul 7 am kalau breast bengkak. Pukul 11 atau 12 . Dan antara pukul 3 hingga 4 ptg tu tengok waktu mana yg tak sibuk.

FYI jugak berat Pahat bulan ni nan ado naik sangat pon. Panjang dia lagi la tak naik langsung. Terus akak sedih. Tapi cemana ntah kat klinik tuh semuua org kagum tengok ke'semangat'an Pahat.


Ha. Ni carta berat dia dari lahir. Nampak tak dia carta tu dah tak ikut line dia sepatutnya. Bulan ni berat dia cuma 7.75kg sajork.



Ni carta panjang yang lagi merepek akak rasa. Nasib baik bulan ni tak naik langsung panjang dia. Kalau tak, dah nak masuk ke line baby yang lahir 55cm. Padahal dia lahir 49cm je.

Syukur, Pahat mem'BESAR' dengan jayanya dengan susu akak nih uollss.. Jimat duet akak. Walaupon akak sedih bulan nih berat Pahat naik sikit jah. Paling sedih tinggi dia nan ado naik langsung.

Thursday, February 10, 2011

Banyak2 upload.

Eh entry semalam memang keji sikit.

Entry arini sempena kejap lagi nak pegi check up Pahat.

Pahat sekarang suka bercakap dengan langsir okeh. Kadang time malam seram pon ado tiba2 dia bercakap dengan langsir.

Mula2 baik je tangan kat dada.

Lama2 tu diahhh... isap jari. Ntah rasa coklat ke apa jari dia tuh. Yang akak geram tu time breastfeed pon sibuk nak masukkan jari dia. Motipppp?? Dia ingat jari dia tu setaraf kah dengan breast akak??


Ketawa mengekek time bapak dia agah semalam. Yang coklat2 tempat Pahat bersandar tu bukan kayu ye uollssss... Itu kaki Laki akak. Motippp akak mms gambar ni kat adik akak dia boleh tanya:
' Yang coklat tu kerusi baru eh?'

Keji sangat soalan kan? Sentap tau.

Akak dah 3 hari okeh puasa cium Pahat. Sebab akak selsema+batuk kokol. Kang jangkit sia2 hidup akak.

Dah. Nak pegi klinik.

Cepat teka berat Pahat 4 bulan berapa. Hadiah misteri menanti anda!!

Wednesday, February 9, 2011

Entry Paksaan..

Boleh gitu entry terpaksa katanya:

Nah! Happy 4th year birthday CD Owner!

Tuesday, February 8, 2011

My 4 months old son.

Arini Pahat 4 bulan. Yeay!!!!

Sekarang dia sungguh gedik sekali. Kalau tido siang bangun terus menjerit okeh. Tak ke gelabah tiba2 anak kau menjerit2.

Hobi dia sememangnya hisap jari. Tapi jari kiri jah. Ntah kidal ke apa ntah.

Pastu dia suka bercakap. Kepoh mcm akak agaknya. Kalau uolls agah2 dia boleh ketawa mcm kelakar sangat uolls buat lawak. Padahal waktu itu uolls sedang marah dia.

Meh la akak tepek gambo dia se das dua.

Abaikanla gambar separuh bogel tu ye uolls.. Tengah sediakan air nak mandi. So siap2 bukak seluar dia. Tu diah baju size 3-6months dah nampak pusat. Sebab aku baru beli baju tu chap pigeon, akak pose2 pakaikanla jugak, tak nak membazir kaedahnya.

eleh.... seksi apa kannn?? Ok la, asik gambar lucah Pahat je akak letak. Ni akak letak gambar senonoh sikit.Ha ni rompers chap oshkosh size 6months. Kalau pakai chap carters size 6 month kenapa ntah mcm fit sangat. Kalau size ANAKKU pon mcm kecik. Apesal ntah. Dari akak membazir beli baju kecik2, akak beli baju saiz 6 bulan and setahun terus... Boleh pakai lama sikit.

Kedekut punya mak kann??

Pahat nih kadang2 aka tengok comel. Kadang2 tak... **matila emak mcm ni pon ada.

Dah! akak nak sambung batuk. **cough! cough!

Baby belum 2 bulan dah bagi makan...

Entry mengumpat okeh.... Matila kau nurakah sangatsss!

Akak balik kampung aritu kannn.. Akak ipar Mohd Rafi kan baru bersalin bulan 12 aritu. Anak dia dalam sebulan lebih la macam tuh.. Tup..tup akak tengok dia kasik anak dia makan uolllssss....

Dia kasik biskut baby tu haa..

Akak nak pitam kejap. Akak tanya dia kata anak dia dok nanges je. So bila dia sumbat makanan anak dia diam. So dia feeling2 buat kesimpulan anak dia tak kenyang breastfeed. so dia sumbat makanan.

Padahal anak dia bukannya nanges sepanjang masa mcm anak adik akak Tipot tuh. Biasa la kan baby nanges eventhough dia dah BF kan dia.

Pastu time anak dia still BF (masa belum bagi kasik makan masa tu), anak dia tak berak 2 hari dia bawak pegi jumpa Doctor. Doctor tu bengong pegi kasik ubat bontot kasik baby tu berak. Pastu akak cakap la kalau BF 2 hari tak berak tu tak perlu risau. Sebab dia serap susu tu..

Tapi akak nan ado la cakap lebih2.. nanti dia cakap kang anak baru satu dah sibuk sedangkan anak dia dah 3 uollss...

Akak tengok documentary semalam, solid food shpuld be introduce later to baby until intestine(ke hape lupa) ready. Pastu susu kena introduce after 1 year. Peanut, egg and fish kena introduce after 2 years. Sebabnya???

To prevent atopy..

Apa itteww atopy??? Carik sendiri kat guugle..

Kesian la hai baby belum 2 bulan pon dah kasik makan.. Menyeksa betul kan..kan??

Monday, February 7, 2011

Congratulation Ciktari!

Akak ingin mengucapkan tahniah ke atas CIKTARI kerana melangsungkan perkahwinan semalam.

Iolls pegi okeh uolls punya wedding tapi cuma pose2 ditepi-makan dan balik. Tak sempat beramah mesra. Tapi sempat sign guessbook. Boleh la kann???

Arini akak MC. Akak hantar Pahat pegi rumah babysitter. Kang jangkit selsema dgn aku sia2 je.

Tapi lepas pegi klinik Mohd Rafi telah mengheret akak pegi kedai motor padahal akak nak balik rehat2 dirumah sajork.

Dia cakap 'Duduk rumah nak buat apa?'

Aiyohhhh... akak nak balik makan ubat bagai. Tapi tiba2 tak sedar diri sampai ke KL pulak..

Dah la. Malas nak update pulak. Nak basuh kain.

Sunday, February 6, 2011

Having flu while BF. What should I do..

Akak selsema+demam uollss..

Takut jugak jangkit kat Pahat.

Mula2 ingat x nak kasik BF takut aku terbersin kang masa BF terus terjangkit.

Tapi kesian pulak nak bagi botol.

So, akak makan paracetamol sebijik dan juga panadol soluble sebijik.

Boleh ke makan soluble uollss?? Paracetamol tu akak tau memang boleh makan while BF, soluble tu tak sure. Soluble contain 500g acetaminophen.

Akak doa2 Farhat tak jangkit.

Saturday, February 5, 2011

Segamat dah tak banjir dah. Tapi aku penat nak mati pegi segamat.

Cuti CNY akak balik kampung dipendekkan menjadi 2 hari sajork gara2 ke segamat punya pasal.

Kota Tinggi ke Pemanis, Segamat adelah jauh nak mati.

Ni gara2 adik ipar akak yang nak pegi merisik. Pastu emak mertua akak puler ajak (read: paksa rela) Semua ikut pegi merisik. Mohd Rafi berkata kenapakah tak langsung tunang jah. Perlukah merisik jauh2 begitu sampai 5 kereta??

Yess...5 kereta uolllssss.... Motippp??

Tapi emak pompuan ittew tak mau tunang. Nak risik dulu.

Pastu ingatkan pegi sabtu. Sekali je jumaat. Akak nan ado lah nak patah balik segamat kota tingg pastu naik KL balik. Koser uollssss... Kang anak akak mengamuk tengah jalan siapa nak tanggung??? Ahkak jugak..

So, kota tinggi - segamat - KL.

Jalan ke segamat adelah LAHA. Sebab baru lepas banjir kaedahnya. Dan jauh nak mati. 5 jam dari Kota. PAdahal kalau akak naik KL baru 3jam setengah kaedahnya.

Pastu dari segamat akak lalu gemas-Tampin bagai untk ke KL. Ada jalan banjir sikit tapi still boleh lalu.

Pastu akak call Cik Sha Tampin, dari Segamat sampai ke Tampin neverla nak angkat kau kannn?? Kekwat kah tengah cur uollss???

Sampai KL dalam pukul 9 malam.

Balik rumah seperti yang ku jangka terjadi. Farhat mengaruk lah uollss... Dia kepenatan + Lapar.

Farhat adelah spesies bayi yang tak nak menyusu duduk. nak kena baring okeh. Dalam kereta menonggeng2 akak nak menyusukan dia.

Hasilnya hari ni, akak demam+sakit badan.

Eh. Akak tobatlah nak pegi lagi Segamat kaedahnya. Tunggu dia kawen lah baru pegi.

Tuesday, February 1, 2011

Orang mandikan dia pegi berak dalam bathtub pulak..

Tu la dia anak akak tu uollss..

Mohd Rafi mandikan dia sekali je dia berak okeh. Motipppp tak boleh tahan berak lepas mandi??

Akak terus amek air satu gayung simbah kat badan dia pastu pegi tukar air lain..

Aiyohhh pitam okeh mandi air tahi anak aku.

Pahat dah kenal orang sekarang, kalau tengok ayah dia sampai teleng2 kepala. Padahal ayah dia bukan banyak berjasa kepada dia, lainlah ibu dia yang berjaga tiap2 malam susukan dia.

Keje ayah dia adelah mandikan dia sebab akak tak laratla nak tahan kepala dia yang suka pusing2 kat bathtub tuh.

Pastu sekarang kalau nak susu dia nan ado bagi signal apa2.. Tak nanges pon. Sebab dia dok ralit isap jari. So, agak2 dia isap jari tu, akak sumbat la susu.

Tapi kalau dia nak tido tapi isap2 jari tak dapat, dia jerit2 okeh.

Tak sabar nak balek kampung. Nak jumpa mak teh gomok.

Akak dapat email dari PM kau ado???

Di suatu pagi yang indah tetiba akak bukak email ada email dari Najib Razak Hooowww??

Akak pon pose2 baca rupanya email 1 malaysia selamat tahun baru cina..

pastu rakan seofis akak pon dpt. Clust kannn??
oo...sms ke no celcom pon dpt jugak wish tuh... uollss ado dapat tak??

Akak nak pose2 balik kampung esok. Tapi katanya kota tinggi banjir pulak..

Arini ramai yang cuti. Opis pon sunyi jah.

Laparrrrrrrr!!

**matila kau entry takde motippp..

iklan