Sunday, August 29, 2010

Ramadhan ke berapa ntah : Menu - Nasi Beriyani..

Yes uolllss... Makan2 sempena puasa katanya. Tetamu tetap orang yang sama seperti bulan2 sebelum inih..

Kali ni akak masak nasi Beriyani, Ayam masak merah and kuah dalca.

Air jangan citer punya banyak, laici, sunquick, tebu tawar, cendol dan milo panas. Sampai tak cukup hokeh jug kat rumah akak nak letak.

Lauk habis!! Cukup2 untuk sahur je.. Alhamdulillah tak membazir.. Maksudnya akak masak sedap la kannn???

Lambakan makanan sampingan yang budak2 nih beli kat Baazar jangan citer, murtabak, cream caramel yang tak sedap, lompat tikam, kuih yg kacang dal tuh- akak panggil magelek, lompat tikam, condawan goreng yang terbaik...

Serious cendawan goreng ittew adelah yang terbaik.. Dah sejuk pon makan tetap rangup lagi..

Lepas buka theyolls balik terus pegi gombak tengok baby.. Sebelum tu pegi wangsa maju rumah Dee anta kueh- Sian Qistina demam siap tampal koyok kat dahi. Pastu pegi downtown yang ramai gila manusia padahal pegi situ sebab nak beli ice blended je..
Akak suka lah beli ice blended kat situ sebab sedap dan murah..

Downtown banyak gerai artis okeh..

Tetiba malas nak sambung citer... Bolehhhhh???

Bye,

Thursday, August 26, 2010

Sesungguhnya aku sangat mengantok~!

Ngantok okeh..

Tadi malam menunggu Mohd Rafi balik dari puchong. Last2 akak tertido pastu dia pegi kacau2 akak tido... Motipppp kann??

Sekarang ni Mohd Rafi happy lah duduk rumah tu. Sebab hari2 ada je orang hantar motor nak repair.. Ada orang offer dia keje kat bengkel jugak tapi belum bukak lagi bengkel tu. Orang tu pon tengah pegi umrah.

Semalam secara tingtong akak lupa punch out.. Nasib la labu asik keje lupa je..

Eh, akak tak tahan... akak nak tido kejap..

Wednesday, August 25, 2010

Buka puasa pertama diluar..

Hari ini sempena gaji telah membuka puasa kan diri kat luar. Specifically kat Ayamas Alamanda.

Mula2 ingatkan ada yang free refill tu setiap Rabu kaedahnya tapi nan ado sempena ramadhan. So reserve untuk package 4 orang sajork..
Gambar makan kat Ayamas adelah xde. Tak sempat snap sebab lapar sangat. Blehhh???

Tapi berbaloi la jugak makan 4 orang. Bersama filla n Fizi.
Ini dia minah yang busy dibulan ramadhan nih.. Motippp setiap kali call mesti 'network busy' kau ado???

Pastu sebab ada perempuan mengandung yang mengidam so, pegi la beli minuman ini... Harap maklum setahun sekali baru beli.. Kau ado miskin macam tuh?? Ado???
Caramel Frapucino -Of course la cream base sebab akak diharamkan mengambil caffien.. Tapi yang over ialah amek venti mcm tak sedar diri je.

Wah!! Husband sape yang tangan berurat tuh uollss..?? Matila soalan nak kena maki sangatsss...

Gambar orang yang kekenyangan... jeng..jeng...jeng!!!
;
;

;
;;
;
;
;
;
;

;
;
;
Pusat tersembul keluar. Tshirt dah tak muat sekarang. Tshirt Mohd Rafi akak sapu je pakai. Eh, nasib lah,.. suami isteri sharing is caring kannn????

Kalau uolls ngeri tengok perut akak. Akak nih lagi ngeri okeh. Tengok strecth mark terus pose2 pengsan uollss...

p/s : Arini penat dan sangat panas... Bila la nak hujan kannnn???

Tuesday, August 24, 2010

Keadaan perut.

Gambar terkini bersama perut 8 bulan.. Besar dah weh perut akak!!
Camera very the low quality kannnn???

Aiyohh...akak x beli lagi breastpump nih.. Tunggu budget lebih datang bergolek.. Boleh ke mcm tuh??

Akak adelah dalam keadaan tak kuasa nak bermesra atau berguling2 dgn Mohd Rafi. Boleh tak akak suruh dia tunggu sampai akak abes bersalin sebab akak takde Mood??? Boleh tak uollsss????

Boss telah menyuruh akak menyerahkan satu subject yang akak ajar iaitu Electronics Devices kepada orang lain sebagai langkah2 berjaga2 sekiranya akak terberanak awal gituuuu..
Tapi sedih jugak la nak bagi subject tu kat orang lain sbb I kind of feel attach to student kaedahnya sbb last sem pon akak mengajar diorang jugak..
Sebab ke 2 ialah, student2 ittew adelah contributor suara kepada project akak. Since Supervisor akak suh amek suara student chinese.. So susah la sikit nak record suara diorang sbb akak ingat nak buat after class je senang.

Esok gaji... Masa untuk membayar bil dan bank!

Monday, August 23, 2010

Check Up Hospital pulak..

Pengsan akak arini uollss... Check up kat hospital pulak..

Kenapa ntah setiap kali pegi hospital mesti penat gila sampai balik tu dah x mampu nak berjalan. Boleh tak macam tu?

HB akak maseh LOW... from 7.5 to 8.7. Adelah jugak peningkatan. Tapi Doc tu kata ok lagi. Dia suruh continue makan ferrous fumarate tuh double dose.

Next appointment 20/9. Disebabkan hospital punya check up sebulan sekali, akak tetap kena continue check up kat klinik biasa jugak sebab sekarang ni dah 8 bulan..

Penat la uollss check up kat Hospital.. Penat tunggu bukan penat apa....

Balik dari hospital terus melepek tido tak bangun2 mcm pengsan. Bolehhh??

Nasib baik akak x buka puasa..

Lagipon sekarang nih akak ada perangai Keji iaitu:

Susah gila nak bukak mata bangun kalau dah tido. Kuat membuta. Dan juga tak boleh berdiri lama. Pastu keje meneguk air sejuk sampai bergelen-gelen bila buka.

Skrang nih dah jadi terbalik pulak.. Selalu akak yang tukang kejut Mohd Rafi bangun. Sekarang nih Mohd Rafi yang kena kejut akak bersungguh2 baru akak bangun. Howwww??

Tutorial pon akak siap2 tulis atas tranparency pastu guna OHP je dalam class.. Sbb x larat la kan nak diri lama2...



Mak aku pulak asik telepon tanya ok ke puasa.. Siap pesan kalau tak larat puasa buka je.. Tapi akak mcm tak sampai hati lak nak buka walaupon dah melepek berbaring di sofa je kejenya.. Mcm rugi jah nak ganti2 nih uollss.. Kang tak terganti2 jugak next year nanti kena bayar fidyah pulak..

Nasib baik la buat kueh duduk bukan berdiri. InsyaAllah, minggu nih dah start edarkan kueh orang order.

p/s BA and Cik chelsea bila2 nak amek kuih roger je lah.
p/s/s : BA sebelum raya aku kena pi Jerantot lagi amek adik aku baik ittew tu cuti raya 10 hari..

Friday, August 20, 2010

Lupa! Satu step kat resepi..

Jangan maki akak uollsss...

Lupa lak.. kat bubur lambuk tu, lepas masukkan ayam yang dah ditumis bersama ketumbar jintan tu..
Masukkan santan.

SANTAN okeh..

Sekian..

@32 weeks / 8 bulan..

What??? 8 bulan???

Hari nih ada appointment amek darah kat Hosp Serdang.

Lepas amek darah pegi check up kat klinik. Setelah gagal pegi selasa dan rabu sbb orang ramai gila kat klinik uollss.. Akak koser lah nak tunggu lama2 kaedahnya..

Arini best gila. Kat Klinik mesra tu ada 2 orang patient jahh.. Tak payah tunggu lama2..

So, hasil check up:

Berat ibu : 57.5 - Naik 1kg.

Berat baby : 2.2kg - Doc kata baby akak besar. Pengsan akak nak meneran nanti.

Kepala dia dah turun bawah. Doc kata dah ketat. Apa maksudnya nan ado akak tau.

Tinggi rahim : 32

Air ketuban : OK.

Isnin nih check up kat Hospital Serdang pulak.. Aih.. dua2 check up kena pegi. Rasainnnnn gara2 HB low.

- Akak masih puasa okeh sampai ke hari nih. Tak berniat nak ponteng pon walaupon kadang2 badan lembik je rasa. Lagipon Doc kata ok je puasa sbb jantung baby ok.

- Hobi sekarang kat opis adelah petang2 suka membuta. Howw?? Akak tak tau la, asal lepas zuhur tu je mata mcm gam... Keji tak???

- So far jugak tak pernah lagi beli lauk kat luar. Paling2 pon beli kuih atau murtabak je lah.

- Arini nak masak sambal goreng jawa.. Sedapnya....!

Thursday, August 19, 2010

Resepi : Bubur Lambuk..

Akak penat arinih. Dapat parking jauh. Penat jalan uolllsss.....

Okeh. Resepi bubur lambuk:

1. Masak bubur nasi mcm biasa.

2. Tumbuk bawang merah, garlic, ketumbar, jintan manis, black pepper. Potong ayam atau daging kecil2. Atau potong dadu. Tumis bahan2 tumbuk tadi. Masukkan ayam atau daging. Kacau sampai hampir masak. >Jangan letak air!

3. Masukkan ayam@ daging yang sudah di tumis kedalam bubur tadi. Kacau sebati. Masukkan garam.

4. Masukkan carrot yang dipotong dadu, daun bawang, celery, kobis bunga dan yang sewaktu dengannya.. Suka hati la koraang nak letak apa.

5. Masukkan kacang goreng, bawang goreng dan suka hati uolls nak masukkan apa lagi.

6. Masukkan garam secukup rasa. Bila bubur dah masak tutup api....**motippp ni pon nak ajar??

Tu je... senang dan sedap!


Ok. Bye. Akak kena pegi taklimat ape ntah kat Bangunan pentadbiran. Itu pon kalau ada parking. Kalau nan ado akak x pegi lah.

Wednesday, August 18, 2010

Bubur Lambok. terbaik Ilot..

Gittewwww kannn?? Awal2 lagi claim bubur lambuk terbaik.. Kau ado??

Nasib baik bukan bubur Lombok.. Kalau tak kang jadi kontroversi..


Ye la uollss.. Akak kan pose2 kecewa nak pegi Baazar beli makanan. So akak pose2 masak sendiri jah... Memang slalu masak pon bubur lambuk..

Pastu, boring2 masak bergedil sekali.. Since Mince meat lebih buat Roti John tu ada lagi..

Semalam punya buka akak tak sempat nak masak. Balik lewat siapkan solution tutorial. Tu pon tak siap, akak bawak balik rumah pukul 11 malam baru siap. Terpaksa siapkan jugak sbb kelas arini pukul 9 pagi..Yela uollss, lecturer tu bagi jawapan je untuk tutorial tu. Soalan dia tak bagi. Bolehhhhh??? Cemana nak jawab kalau soalan xde kan?? So, akak pegi la library pinjam buku Robert Boylestad tuh. Pastu buku lain edition soalan lain pulak.. Pengsan kejap! Bolehhhh???

So akak email Lect tu bgtau buku yg akak pinjam lain edition, dia reply back dgn no soalan dalam buku edition akak tuh. Dah la soalan BJT AC analysis tuh solution panjang2, soalan banyak pulak tuh. Ntah arini student sempat salin ke tidak..

So semalam Akak balik tengok2 Mohd Rafi dah masak.

Dia masak sayur kobis lemak, sambal belacan. Pastu ayam , bergedil dengan ikan terubuk masin tu akak balik goreng..

Yang akak confuse tuh motippp sayur masak lemak dia letak halia?? Kau ado letak halia??

Tapi xpe la yang penting bersyukur balik tinggal makan buka je..

Itu je la hari2 lauk akak memang ada 2 je. Cukup. Lebih2 laki akak x makan, membazir jah nanti.

Eh, nak resepi bubur lambuk ke???

Tuesday, August 17, 2010

Bulan puasa tak baik dengki..

Pagi ni sebenarnya ada check up kat Klinik Mesra. Sebab Doctor Hospital Serdang suruh pegi dua2, hospital dan Klinik. And appointment hari ini..

Tapi uolllss.. punyala ramai umat manusia yang saket hari ni kat Klinik Mesra tuh. Siap x cukup seat kat dalam diorang tunggu kat luar duduk atas divider tu haa...

Mula2 akak pose2 nak tunggu jugak la. Tapi mcm never ending jahh.. Akak pose2 amek ubat je lah.. Esok lepas kelas kalau x ramai lah akak pegi..

Akak mula2 arini nak dengki letak gambar makanan. Tapi kaedahnya henpon bercamera 'sengaja' pulak ditinggalkan kat rumah. Merasa lah esok baru update pasal makanan.

Time puasa ni kann... time tu la rajin bukak blog makanan. Motiipppppp???

Eh, ada akak yang beranak 5 kat klinik tu tanya akak,
>dah berapa bulan?
>X de saket2 ke?

8 bulan kena ada saket2 ke uolllss?? akak nan ado kecuali kalau jalan lama2 nanti saket pinggang. Lain2 saket mcm nan ado...

Sekarang nih Mohd Rafi suka usap2 perut sebab nanti Baby F akan bagi reaction dengan menonjol kesana sini... Bapak dia makin suka la usik2 perut akak nih.

Mana soalan tutorial untuk esok nih uolllss.. Risau akak takut x sempat buat..

Monday, August 16, 2010

Maseh Bertahan...

Akak maseh lagi berpuasa tak pernah ponteng lagi. Juga tidak berniat untuk ponteng puasa walaupon ala2 kadang2 balik keje melepek je kat sofa.

Juga so far hari2 masak sendiri lauk. Tak pernah lagi beli kat baazar ramadhan. Walaupon lauk ala2 2 jenis sajork time buka.

Sebab uollss, laki akak tuh dia jenis kalau ada lauk 10 jenis depan mata pon dia makan satu lauk sajork..

Oh.. Kecuali semalam cuti masak sbb makan kat rumah Filla. Best gila lah dapat cuti masak. Hahaha..

So far kalau beli kat baazar ramadhan pon beli murtabak sekeping pastu dah. Jimat kannnn??
Air pon tak beli sbb kecewa dengan air bandung baazar presint2 putrajaya.

Pastu akak kecewa jugak kat makcik yang jual kueh kat presint2 tuh, seri muka kecik nak mampus 50sen. Aiyohhhhhh... terus serik nak beli kueh dengan air..

Pastu kecewa jugak dengan Abg yang jual roti john Rmm3.50 kat simpang empat surau tuh sebab roti john dia adelah semata2 telur sahaja. Bawang nan ado. Daging pon nan ado.
Abang tu mesti nak cepat kaya kan??

Last2, akak beli roti sendiri. Buat roti john sendiri. Settle masalah dan jimat!! Dan yang penting lagi sedap okeh dari abang simpang empat tu jual.

Akak memang dah serik la uolls beli makanan kat Baazar nih. Kalau pegi pon beli murtabak sajorkk.

p/s : Sebenarnya kadang2 tu rasa x larat jugak nak puasa. Tapi selagi F bergerak aktif dalam perut ibu dia, rasanya xde masalah nak puasa.

Geng Surau Adelah Terbaek!!

Uolls tengok tak citer Geng Surau kat astro Oasis??

Serious best giler citer nih okeh... Akak gelak mcm nak mampus tiap kali tengok..

Citer dia pasal seorang bekas samseng bernama 'Mayat' yang di takuti oleh penduduk kampung. Dia balik kampung terus join geng surau kampung dia. Semua orang x percaya yang si Mayat nih dah insaf. So, semua orang kampung tu takut la dengan si Mayat nih. Sebab Mayat nih dulu samseng gila..

Yang akak kelakar tuh kawan dia tak percaya yang Mayat nih x kisah yang dia tunang dengan ex-gf mayat dulu. Siap tanya kat mana nak belasah dia sbb dia tak puas hati Mayat tuh tak kisah dia tunang dgn ex-gf dia.

Tengok lah uollss.. Best!! Akak bagi 5 star okeh. Mula2 akak ingat citer nih citer serious rupanya kelakar.

Sila tonton setiap selasa hingga sabtu, di astro Oasis.

Harap maklum akak tidak mendapat apa2 pendapatan dengan promosi citer tu.

Thursday, August 12, 2010

Uollls... akak x bangun sahur arinih!

Akak dah kunci jam dah, pastu kan cemana ntah tangan akak nih automatic tutup pastu sambung tido.

Merasa uollsss pukul 5.46am baru terjaga. Bila dah terjaga tuh apa lagi, feeling2 minum air 'jarang' sajork.. Air jarang orang johorr panggil air masak.

Nak makan ubat pon x sempat, howww?? Pengsan kalau HB aku x naik2 nih nanti.

Kan akak buat quiz OPEN BOOK semalam kan. Ramai jugak dapat 10/10, paling sikit pon 6/10 akak mark semalam. Tapi ado 2 orang nih uollss... dapat '0'... zero okeh.. Howwww??? Soallan tu senang nak mamp*s okeh. Dah la open book.. Pengsan akak memikirkan nasib budak 2 orang tuh.

________________

Semalam buat jem nenas selama 2 hari x siap2.. Haha.. Ko hengat nak keringkan jem tuh sejam 2 jam??? apa taknya guna 12 biji nenas sekali gus masak dalam periuk besar. Tukang kacau adelah Mohd Rafi. Tukang kopek nenas pon Mohd Rafi juga. Akak tukang blend sajork..

___________________

Ha... resepi soto:

sup ayam:

Ayam bahagian yang tak berapa guna tu mcm kepak, leher ke kaki ke.. and bahagian breast(untuk disiat2)
Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Masukkan kayu manis, bunga lawang and star anise(lupa dalam BM apa). Masukkan ayam. Kacau sebentar(jangan sampai hangus). Titik 2 batang serai. Kacau lagi. Masukkan air. Masukkan sup bunjut tuh. Reneh selama sejam. Lagi baik tinggalkan kat slow cooker semalaman pastu korang boleh feeling2 tido.

Eh, lupa lak. Masukkan garam.

Kalau rasa x sedap lagi. Pegi kedai beli kiub ayam yang tanpa MSG, masukkan setengah kiub sajork dalam tuh. Jangan letak satu kotak ye.. Nanti rasa dah tak asli gituuu..

Sementara tu rebus nasik impit.. Beli yang segera jah!!

Goreng kacang and su'un(su'un goreng make sure minyak betul2 panas)

Basuh togeh and potong daun sup or celery.

Sambal kicap : tumbuk lebih kurang 10 biji cili api bersama 1 biji garlic, kalau kecik letak 2. Pastu letak kicap.

Bergedil: Kentang potong 8, pastu goreng sampai agak2 empuk. Lenyek tapi jangan sampai jadi mash potato pulak. Agak2 sajork. Masukkan bawang goreng. Black pepper. Garam. Spring onion. Daun sup or celery. And daging kisar.

Bulat2kan and leperkan. Ambik telur sebiji, pukul ala2 macam nak buat telur dadar tu. celupkan bergedil dalam tu dan goreng dengan api medium. Jangan tinggi sangat jangan perlahan sangat.

Lagi senang goreng dalam kuali leper yang non stick tuh.

Sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang mencabar kewibawaan okeh...

Boleh tak kalau pagi2 nih akak letak gambar makanan uollllsss???

Ni, soto semalam Mohd Rafi masak. Siap MMS kat akak nih gambar. Over tau!

Bukan dia masak ape pon uollss.. Sah2 nasik impit tuh akak dah rebus malam ssemalam nya. Sup tu dah siap2 akak tumis dengan masukkan ayam pagi2 sebelum pegi keje tuh. So tugas dia cuma letak serai, reneh sup tu lama sikit, letak sup bunjut dan garam.

Kenapakah akak sibuk buat soto?? Sbb kawan Mohd Rafi tuh nak beranak lagi 10 hari, dari bulan 3 arituh mengidam soto akak. So akak masak pastu hantar ke gombak tadi malam. Clust tak ada orang mengidam soto akak?? Sedap sangat kah???

Tapi lupa lak buat bergedil. Nasib la kannnnn....

Pagi nih sahur makan nasi goreng sajork sbb akak sibuk siapkan tutorial sampai tengah malam. Pastu tutorial math lecturer tu baru emailkan pukul 10.05pg nih. Sedangkan kelas pukul 10am. And kelas akak lagi satu start at 9am.

So, akak memang x sempat tengok pon. Tu yang tadi pagi kelam kabut akak buat soalan. Terus buat quiz.. Tapi soalan senang sajork.. Bagi open book puiler... Tapi tetap ada yang tak reti buat. Howww????

Tutorial BJT lagilah akak saket hati uollss... Motipppp student2 M last week akak bagi chance x hantar assignment last week xpe, hantar minggu ni. Ado diorang hantar?? Ado??? Akak bukan nak discriminasi, tapi student C boleh je hantar last week. Time akak mengajar xde pon memekak dan berbual kat belakang. Howwww?????

Oklah.. Sudah. Akak nak pengsan!

Tuesday, August 10, 2010

Waiting..

Tengah tunggu lect2 bagi soalan tutorial utk student2 esok.. Esok ada 3 kelas tutorial straight 3 hours. Esok jugak start puasa uollls...

Sticky post kuih tu akak dah turunkan. Rasanya cukuplah setakat ni dulu tempahan kot.

Dah 2 3 hari keje aku pegi cari ubat Iron Tablet tuh. Aritu nak gi klinik kerajaan tapi ramai orang. terus cancel. Semalam pegi klinik mesra tutup plak. Arini gi farmasi baru ada tapi 100mg pulak. Akak makan 2 biji pagi 2 biji malam 200mg. Terpaksa makan 4 biji uolllsss sekali makan.

Doctor kat Hosp Serdang tu suh makan 2 biji pagi 2 biji malam tapi dia lupa agaknya nak bagi lebih. Dia bagi 1 botol 30 biji tu jah. Sedangkan appointment check up lagi 2 minggu. Merasa la akak malas nak pegi Hosp Serdang tuh sbb ramai gila orang semata2 nak amek ubat jah..

Okla. Akak nak tanda quiz student nih. Bye.

Monday, August 9, 2010

Strecth mark is getting worse.... **nak nanges jap..

30 weeks okeh!!! 10 weeks to go!!

Stetch mark kat perut nih makin teruk uolllss walaupon akak pose2 sapu lotion 1 jam sekali.

Akak ngeri tengok perut sendiri. Dah x seksi okeh.

Perut akak dah turun sikit. Kalau ala2 nak membuang air guna toilet cangkung kena fikir 2 3 kali. Susah gila.. Mungkin sbb dah biasa guna toilet duduk.

Hari jumaat balik kampung. Heaven gila weh. Pokok rambutan kat rumah mak aku ada 4 pokok x habes makan. Sbb kitorg suka makan rambutan gading ittew sajork.

Mak mertua akak offer makan durian. Tapi Mohd Rafi dah jeling2 akak terus cancel nak makan. Keji kan??

Melawat rumah baru yang sekarang ni disewa oleh Akak yang dari singapore tuh. Akak suka rumah akak tuh. Walau pon xde la sebesar banglo tapi akak suka hall luas sbb bilik semua kat atas. Dah siap pasang grill bagai.

Kawan Mohd Rafi tu ada keje kedai grill so suruh dia pasang. RM900 untuk pintu depan, tingkap and pintu belakang. Bagus kawan dia tuh, berjanji datang tepat on time. Xde la orang nak tertunggu2 ke apa. Akak recommend sape nak pasang grill boleh la amek Azlan tuh. Sbb dah 2 3 kali dia janji dengan kitorg dia datang on time. Xde lewat2 mcm sesetengah orang ittew..

Wiring rumah pulak, akak guna abg ipar akak (husband akak iols), dia memang buat keje2 wiring nih. Kitorang x pasang lampu yang penting2 je sbb kitorang pon bukan duduk situ. Untuk sewakan sajork.. Termasuk lampu n kipas n upah wiring abang ipar akak charge RM310. Dia kata harga adik beradik okeh..

So dah lega la, rumah dah settle. Akak singapore tuh bagi akak n mak akak jubah dia beli dari Saudi. Sbb dia baru lepas melawat husband dia kat saudi. Anak dia 2 orang kat UK. Clust akak tu okeh!

Belakang rumah tu ada kawasan lapang. Kitorang plan nak tanam pokok mangga n manggis. Developer kata nak bela ayam pon boleh. Perli la tu kann??

Rumah dah settle. Tinggal barang2 baby je nih. Yang belom beli lagi ialah :

1. Breastpump (akak nak pose2 beli yang murah sajork.. chap littlebeans ke... x mampu la uolls nak beli madela swing bagai..)
2. Cooler bag, storage bottle (Yang ni ada package kat fabulous mom rm85 camtuh.. tengok kat pa&ma)
3. Carseat
4. Jamu lepas bersalin (Mak akak kata nanti beli denganAcik Zarah sajork-Murah. Haha)
5. Tilam baby.
6. Baby cot (x berapa penting. Nanti2 pon boleh beli kalau ada duet lebih)

Yang lain dah beli. Arini akak suruh Mohd Rafi basuh baju baby. Asingkan putih dengan color. Pastu akak suh dia basuh guna air suam. Bolehhhh???

Baju baby pon akak x beli banyak sbb akak feeling2 lepas bersalin mesti ada orang bagi baju bagai. Kau ado mcm akak???

Masalah akak ialah, strecth mark akak x gatal. tapi kat atas perut tu gatal gila okeh. Ape la masalah akak nih uolllss????

Sunday, August 8, 2010

Sticky Post : Kueh Raya

Tak habes2 lagi promosi kuih kan? Kali ni betul2 nak amek order..

Tart gulung with home made jam.
RM20 per 50 pieces.

Almond London with rich beryls chocolate and crunchy whole almond inside.
RM20 per 55 pieces.

Sesiapa yang berminat (***hehe..kalau ada..) sila tinggal komen. Atau siapa2 yang tau No henpon akak boleh msg untuk confirmkan order.
Pick up point area serdang, putrajaya, dan bukit jalil sahaja.

Kalau nak taster datang area serdang la yek. Kalau nak order tapi x nak rasa pun boleh tapi kalau menyesal tak bertanggung jawab. Tapi akak dengan confidentnya mengatakan takkan menyesal.. Wah..gituuuu...

Ok. siapa2 yang xde no hp akak sila email ke : ilotshikamaru(at)gmail(dot)com

Based on siapa cepat order. Sbb tahun ni akak sarat, so boleh amek up to 150 balang sajork..

Testimonial untuk almond london sila tanya BA
untuk tart Cik Sha sila komen.

Sekian.

Wednesday, August 4, 2010

Orang yang ada duit tak sedar diri..

Siapakah orang itttew uolllsss???

Akak lah!!

Tapi x de lah akak shopping sakan pon. Akak pose2 beli botol susu chap First Year. Set bantal. Strecth mark lotion yg dah abes. (murah pulak kat Manjaku Bangi nih).

Pastu akak pose2 beli pad Poise untuk urine leak tu kan. Ingatkan nipis mcm pantyliner. Tapi tebal mcm pad. Cancel lah nak pakai..

Pastu pegi singgah kedai MUM"S DREAM kat bangi tu kan. Ingatkan best rupanya tak best. Jual baju pregnant (Tapi x chantek).. Scarlet jugak yang best dan murah.

Pastu akak belikan tudung mak akak dan mak mertua akak sempena raya ni kan. Tak terkecuali tudung akak.

Beli kat butik RATU yang baru bukak kat Bangi tuh. Ada 30% off. Pastu kalau ada member card dapat extra 10% off. Pastu lagi kalau beli items yang tak sale lebih RM100 dapat free tudung 1.

So, akak pose2 beli tudung yang RM30++ sajork cukupkan RM100 pastu dapat tudung free.

All in all, 1 tudung berharga RM25 sajork.

Akak sukalah tudung ratu nih. Nampak terletak chantek je bila pakai. Yela uolls sebelum ni kan akak Ratu tudung 10 hengget, merasa la awning kadang2 senget2. Pastu bila pakai muka nampak gemok.

Tapi sekrang nih akak nak feeling2 chantek bila pakai tudung RATU..

p/s : Sale sampai 8/8 sajork.. Tapi salegirl tu cakap maybe will be extended sampai raya.

Nak beli tudung ARIANI ke MUNAWARAH ke nan ado lah mampu.. RATU pon ok la uolllsss..

Nanti akak letak gambar yek.

Tuesday, August 3, 2010

Last day! Last day!

Arinih last day puasa ganti... X pernah dibuat akak puasa ganti last2 minit nih uollsss...

Selalu 2 3 bulan sebelum dah abes ganti dah.. Nak cemana, accident can happened anytime anywhere.. ahaks.

Akak pon tak sangka due date adelah sama mcm masa pregnant last year. Yang time miscarriage tuh. Maksudnya tarikh period akak adelah sama la kan mcm last year??

Akak ingat tadi pagi akak punya Tutorial dah siap. Sekali jah petang tuh baru dpt soalan baru. Nasib baik soalan senang jeh. Kalau student tak reti buat tak tau la uolllss..

Mohd Rafi kan potong rambut kan.. Perjanjian akak dengan dia kan kalau dia potong rambut, akak pon kena potong rambut jugak.

Pastu uollss... akak ingat dia lupa, tapi dia ingatkan pulak aritu. Bolehhhh??

Alasan dia sebab dia risau Nurse kat Hospital terperanjat tengok rambut kembang akak. Keji tak???

So, akak janji dengan dia sebelum bersalin akak potong.
Tapi akak cakap lagi : 'Kalau tak kembang tak payah potong eh?'

Dia jawab , 'Takde maknanya rambut u tu tak kembang'

Keji la tu kan?? Akak baru pose2 nak biar rambut panjang sikit. Dah la rambut akak lambat paanjang..

Esok atau lusa Mohd Rafi datang. Pastu weekend nak balik kampung nak amek oven lagi satu yang aku beli letak kat rumah mak aku. Dan juga nak amek barut, bedung n bengkung yg dah siap jahit aku tinggal. Dan yang paling penting nak makan rambutan banyak2..!

p/s : Tak rasa lapar pon puasa arinih. Lepas sahur td terus buat kuih tart orang order nak hari rabu nih. Pastu tertido kt sofa. Merasa datang opis lambat. Hahaha..

Monday, August 2, 2010

Recently......

Pakai baju empire cut nih baru la nampak besar perut aku. Kalau tak, pegi klinik ada org tanya baru 5 bulan ke??

Aku tgh konfius kalau perah susu kat opis nak simpan kat mana? Ada sesapa boleh tolong jawab.
Nak pegi antenatal class malas la sangat kan?

Tapi aritu sempat join kejap kat Hospital Serdang tu. Tapi mcm x best sangat.

Sekarang ni bila picit nipple nanti kuar susu. Kadang2 time tido pon boleh keluar sendiri. Pandai2 lagi picit kann??

Oklah. Nak pegi beli almond. Almond dah abes tapi ada org order lagi minggu nih. Pastu nak beli nenas plak buat jam nenas. Jam pon dah abes sbb aritu buat guna 2 setengah je.

Sesiapa yang tau sila lah jawab ye.. Akak tgh confuse pasal simpanan susu nih.

Sunday, August 1, 2010

29 weeks pregnant.

Baju kurung nih memang besar sikit sebab tu masih lagi muat. Baju lain semua dah ketat.

Minggu ni sempat menyiapkan 7 balang order kuih raya yang nak makan sebelum raya.

Alhamdulillah, i received good review so far from customer. Lagipon siapa yang nak order pon akak nasehatkan rasa dulu lah sebelum beli. Supaya tak menyesal uollls lepas beli.

Okeh. Nak sambung buat tart nenas. Bye..

iklan