Saturday, June 30, 2012

Ting tong + Kueh raya

Akak sebenarnya heran juga, Pasal felda dapat duit durian runtuh konon2 nya dan saham felda yang konon2 naik tu kan.

Apa kena mengena dengan aku sampai orang sibuk mencanang berita tu kat aku,
Adekah aku yg dpt duet tu semua??

Hellooooo... itu semua bukan harta aku mahupon ada share nama aku dalam tu. Aku pon koser nak amek tau pasal benda2 tu. Orang lain pulak sibuk lebih2.. Takde maknanyah!!

Akak sedang dalam prosess buat kueh raya. Actually sample kueh tapi limited lah. Tahun ni akak amek order pon limited sebab Pahat sukar dikawal. Akak nak hire assistant buat kueh.

Minggu ni berlumba2 orang order kek+kueh+macaron hari jumaat sampai tak memang tangan. Order2 last minute akak terpaksa lah tolak. Alhamdulillah Rejeki uolllsss..

Cerita pasal kueh raya kannn, ada orang jual murah belas2 pon dapat, ada orang jual mahal. Terpulang lah yek, tapi kita kena sedar diri. Kalau guna butter, chocolate beryls, almond sebijik, chocolate chip import nak jual belas2 jugak memang lah akak tak mampu nak tanggung cost. Yang paling penting buat kuih raya nih memang penat ye, sampai kan hujung bulan lepas siap semua kueh orang akak demam 3 hari okeh tak baik2..

Macam tu lah kaedahnya, kalau ada orang jual murah dari akak, kalau uollss nak komplen2 akak punya mahal, silakan beli yang murah ittewww. Akak punya kueh memang harga begini. Yang paling obvious adelah kueh tat gulung aku tu ha orang kata. Hellloooo lain kali kau kupas nenas sendiri pastu ko masak jem tu sendiri, agak2 sehari siap tak?? **matilah kan jem beli tak sedap..

Sapa yang mau order secara pukal insyaAllah akan diberi diskaun. Delivery hanya dekat pick up point sahaja.

Order tunggu minggu depan yeh. Sapa nak murah akak guna magarine pelangi yang sekilo rm4.50 tuh, pastu guna coklat murah yang sekilo rm4 tu...kannnnnn??

Eh, byeeeee!!

Thursday, June 28, 2012

Busy with this!

Akak terlibat dgn pameran Final year student project uollss..

Akak kena contact panel, siapkan sijil bagai, siapkan tag.

Padahal nan hado lah busy mana tapi aku malas nak bukak laptop nak update. Pastu akak suka dok menyibuk kat opis depan tu ha sebab bilik akak boring.

Credit gambar dari FB officemate akak Akim.

Hari tersebut akak plan dgn kawan akak nak pakai merah maroon konon2nya. Pastu tiba akak pakai baju putih tapi tudung jah merah. Boleh gitu??


Actually ni kira presentation project jugak. Jabatan kitorang nan hado formal punya presentation. Kitorang buat style pameran begituuu.. Setiap student akan diberi 2 orang panel lecturer dan juga 2 orang panel penilai dari industry. So, panel akan datang dan tanya2 mcm tu lah. Takde la konsep2 berucap sorang2 kat luar. So student kurang lah nervous sikit.

Macam ni lagi senang lah, sebab semuanya akak settle dalam masa sehari dan agak meriah sikit. Begituuu..

Akak suka!

Wednesday, June 20, 2012

Collagen : Perlu atau tak?

Ha.... akak bukan nak kata apa uollsss akak pon mula2 terpedaya jugak dengan wujudnya supplement2 collagen di pasaran yang MAHAL nak mampos.

Dan akak pon takut lah jugak kalau2 pengambilannya ada side effect di masa akan datang. Penting ye uollsss untuk ambil tahu pasal semua side effect samaada ubat2 atau supplement yang uolls amek tuh. Even vitamin kalau amek terlebih pon mendatangkan masalah. Kalau kau amek iron untuk long term pon akan mendatangkan masalah jantung.

Yang akak dok heran tu, yang umur 22 23 tu amek collagen nak buat hapa kan uolllsss??

Jadi akak pon baca lah medical journal yang berkenaan collagen. Matilah kau kan journal sendiri malas baca pi baca medical journal.

Mula2 akak baca wikipedia. Tapi wikipedia pon kadang2 bukan boleh percaya sangat.

So this is the answer; (akak letak sikit jah. banyak medical term yg haku pon koser nak pahamkan)

For those who do not have a medical background, it may make sense that If collagen loss leads to skin sagging and wrinkles, then replenishing collagen either orally or through creams should restore elasticity and health of aging skin. But, it doesn't work this way. There's no scientific proof that collagen, applied topically, can penetrate the epidermis. The collagen molecules are very complex and large and would not penetrate, and even if collagen did penetrate, it would not be able to incorporate itself within the complex collagen structure in the skin. 

Q. For what purpose would one use collagen supplements?
   A. Very little human research is available with collagen supplements to know for certain what conditions they would benefit. I will make further comments when several more studies have been published. One study has looked at its role in rheumatoid arthritis and another for osteoarthritis.



Sumber : http://www.raysahelian.com/collagen.html

Ha..tu dia. Kalau uolls feeling2 nak makan collagen untuk arthitis atau osteoarthritis, silakan. Tapi kalau feeling2 nak repair skin. Lupakan lah uolllsss..

Dah. Tak payah membazir sangat nak beli supplement collagen mahal2. Pegi amek air sembahyang sahajork supaya muka uollss berseri2 persis kak Nita..**larikkk.

Tuesday, June 19, 2012

wedding orang

Yess uollsss, tujuan akak balik kampung adelah untuk pegi ke wedding orang pada hari sabtu dan ahadnya pulak MIL buat kenduri. Akak balik 2 hari jah, sabtu ahad.

So, ni gambar2 hari sabtu. Aku kowser nak letak caption. Ni wedding rakan Surrey akak.

Muka comot makan Icing cake.

Apak kesayangan. Ari tu akak memang tak pegang Pahat langsung sebab sibuk bergossip dengan rakan2. Tetiba lupa diri sebentar.

Orang paling busy. Clust kannn??


Dah tua2 mcm ni time wedding la time nak bergossip dengan kawan2 masa kat uni dulu uolllss.. Kalau tak jangan harap lah.

Eh, akak nak bgtau jugak, shawl tone coklat yg akak pakai tu adelah RM10 sahajork. Tak perlu nak pakai shawl mahal2 uollsss..

Anyway, makanan adelah SEDAP! tp makcik tu kedekut bagi nasik.

Lain2 gambar ada kat note orang.

Monday, June 18, 2012

Aksi dalam kereta sebelum ke wedding orang

Ni haaa...konsep dah takde kerja sangat kaedahnya mengambil gambar2 gedik dalam kereta.

Ni on the way nak pegi wedding kawan surrey kat kota tinggi jugak.


Friday, June 15, 2012

I have thalassemia trait

Ha...sekarang baru kau hegeh2 nak carik info pasal thalassemia kannn??

Dulu iklan kat TV dok sibuk2 pasal Thalassemia kau buat bodoh je kannnn???

Ha, tu la pasal uollsss.. Di sebabkan HB akak terlampau low masa pregnant tapi aku buat ujian thalassemia harammmmm sampai aku beranak tak dapat2. Dan HB aku low jugak sampai sekarang. Tapi tak la se rendah masa pregnant tuh.

So akak pegi lah serah diri kat Klinik UPM untuk buat blood test. Resultnya dapat seminggu selepas iaitu semalam. Hasilnya,

Akak ada thalassemia trait. Iaitu carrier.

Sebelum tu akak nak bgtau thalassemia nih ada 3 jenis:
Major
Minor
trait

Akak jenis trait. Doctor suruh check husband dgn Pahat. Kalau Mohd Rafi Thalassemia trait jugak maksudnya kemunggkinan besar anak akan ada Major atau Minor. Nauzubillahhh!

Trait dan minor tak lah bahaya sangat. Cuma bila pengidap MAJOR, cuma boleh hidup 20 ke 30 tahun sahajork. Thalassemia major akan  mati sebab heart failure sebab bila HB low count, kita kena makan Iron banyak kan?? So iron tu lah yang menyebabkan heart failure.

Antara symptom2 thalassemia boleh di kesan sejak umur 1 tahun di antaranya:

-cepat lesu atau letih
-Bone deformities
-Kulit jadi kuning atau jaundice
-HB count low
-Mild anemia

Alhamdulillah, semua symptom2 tu Pahat tak de.

Untuk major thalassemia, diorang kena tranfuse darah every 2-4 weeks. Dan kena makan iron untuk pekatkan darah.

Tapi jangan risau kalau both husband and wife ada thalassemia, sekiranya sedang pregnant, boleh buat ujian amniotic liquid kat hospital untuk tau samada baby tersebut ada thalassemia atau tak. Dan juga tak semestinya both parents ada thalassemia trait anak akan ada thalassemia major.

Semua kuasa Allah.

For the time being, akak berdoa banyak2 yang Mohd Rafi bukan seorang thalassemia trait. Next week baru nak pegi check darah.

Untuk semua yang masa pregnant tu HB tak jugak naek2 walaupon kau dah makan berpapan2 tablet iron tu ataupon ferum fumarrate, sila lah check darah anda.

Thalassemia bukan virus tapi inherited. Maksudnya datang dari salah sorang parents korang.

Thursday, June 14, 2012

Makan2 @Red Wok

Ha uollsss... semalam akak angkut Pahat, keluar dengan kawan2 akak yang berstatuskan lelaki CONFUSE. matilah kannnn...

Mula ingatkan nak makan order ala carte. Tapi disebabkan aku bawak anak. sebelum anak aku mengamuk baik aku mengambil langkah berhati2 makan steamboat jah.

Kang order ala carte lambat sampai satu keje pulak, aku menenangkan pahat aku yang tak dapat makan.

Alhamdulillah, dapat makan kenyang.

Ni steam boat ala2 seoul garden tuh, ada grill sekali.

Akak lagi suka kat sini punya steam boat lah. Kuah tomyam dia pon sedap.

Aritu akak makan ala carte pon sedap.


Tuesday, June 12, 2012

Anak bujang saya.

Oho.. Sekarang ada budak kuat menyepah. Pengsan aku nak kutip bawang.

Hobi dia main bawang okeh. Ada ciri rajin masak bila besar nanti. **emak dah feeling2.

Nanti kang bawang tetiba ada kat ruang tamu lah, bilik tido lah. Sebabnya rumah akak tu konsep open katanya. Kabinet bertutup pon nan hado.

So, Pahat ada free access mengerjakan bawang2 tuh.

Aritu dia main botol spices, akak rasa akak dah screw botol tuh ketat2. Dia dok ketuk2 kat meja, ketuk2 kat dinding, sekali jah terburai isi botol tuh. Oh tension nya aku nak menyapu.

Lagi satu hobi dia tekan hon kereta. Ni paling akak temper sekali. Tak ke orang2 rasa annoying dengan aku asyik dok tekan Hon saja, padahal orang tu tak bersalah pon. Kalau aku bukak gate rumah, kejap dia dalam keter dok tekan hon bertubi2. OMG, geramnya haku!!

Kang jiran2 ingat akak nan hado sivik keje menekan hon sahajork.

Ha, ni mat rempit kalau naik lori dia tu mcm2 aksi dia buat. Berdiri atas tu pon hado. Akak menjerit lah. nanti jatuh 1 keje pulak.

Saturday, June 9, 2012

Puassss hati aku!

Ha, akak dah terminate maxis postpaid sebab mahal sangat. Akak tukar ke prepaid puilerrr. Broadband pon guna prepaid dulu sebab balik rumah pon bukan ada masa bukak internet sangat.

Paling2 nak bukak semua benda pon kat opis sahajork!!
Lagipon akak nak berjimat cermat saving duet.

Sebab rumah aku kat johor tuh belum disewakan lagi. Habes saving aku buat bayar rumah sahajork.

Dah lepas nih sapa2 misscall I tak reply atau message tak balas jangan sentap sangat. Akak nan hado credit. Merasa kau tunggu 3 hari!!

Dah. Akak nak buat kueh. Bye!

Friday, June 8, 2012

IELTS result.

Matila kannnn tetap nak publish walaupon result kau nan hadoooo..

Tadi pagi akak check result ielts online.

Akak ingat akak dapat 5.5 sahajork sebab soalan susah nak mati. Eh, 6.5 pon kira dah bersyukur lah. Tapi akak dapat 7.0 uollss.. So akak happy! Alhamdulillahhh....

Tapi tak tau nak buat apa dengan Ielts tu pon sebab scholarship tak dapat lagi. Mara tak tengok pon borang akak uollss.. dia kata dia settlekan yang rayuan ke dua untuk online application dulu.. begituuuuuuuuu!

Thursday, June 7, 2012

Lemau lah! gara2 tengok citer korea banyak sangat.

Kannnnn Cd owner, asal call aku tanya tengah buat apa, jawapan mesti tengok citer korea.

Akak sekarang melancarkan program bayar hutang puasa kaedahnya. Ado lagi 7 hari uolllsss... Pengsan!!

Mujur last year ganti puasa sebab period jah. Nasib baik aku tak feeling buka puasa sebab breastfeed kan Pahat. Kalau tak lagi pengsan uolllsss.

Dah tu, sebab akak puasa feeling2 kunci jam pukul 5 nak sahur. HADOOO??? Nan hado!!

Siap semalam, akak paksa Mohd Rafi masak nasik sebab akak malas nak bangun sebab dah baring..**kejii takk??? Laki akak pon gigih masak nasik untuk isteri pemalas yang feeling2 nak bangun sahur.

HADOOO aku bangun??? NAN HADO jugak!!

Ni semua gara2 citer korea MISS AHJUMMA yang aku tengok hari2

ha.. citer ni hari2 kat S ONE. pukul 10.20 sampai 11.55 malam, merasa lah kan kau tido lewat sebab tengok citer korea.

Citer ni pasal Guem Hwa yang laki dia kena rampas dengan Wang Sae Mi yang jahat. Pastu Geun Hwa ni jadi chantek lepas laki dia ceraikan. Lantas Wang Sae mi tuh jeles. Padahal kau yang rampas laki orang kannnn?? Pastu sekarang nih ex laki dia tuh dah hegeh2 kat dia balik. Lagi la meroyan Wang Sae mi tuh.

Dah, korang tengok sendiri! Untuk sesapa yang ada beyond lah.

Akak feeling2 nak tengok online, tapi semua dah remove video. Keji sangat lah!!

Hasilnya, pagi2 nih akak lemau sebab tak sahur katanya...

Tuesday, June 5, 2012

Our weekend.

Sebenarnya, suppose mak aku nak datang dengan adik Temok aku, jua anak sedara aku Beena.

Tapi sehari sebelum nak datang tu felda suka2 je call kata suruh sign document esoknya. Eh, bodoh gila tau! Kenapa kau tak bgtau sejam sebelum je??

Akak hangin sebab akak beli TIKET FLIGHT uolllsssss untuk mak akak. RM367, takkan nak burn gituuuu je?

Akak suruh mak akak tak payah sign dia takut lah konon2 pengurus felda tu mcm berkuasa sangat. Over sangat felda tuh!

Hellooo...kenapa nak paksa2 orang sign? Suka hati lah. Tanah kebun dengan rumah dah habes bayar kot.

Kalau dah beli tiket flight memang takde makna lah kau nak ganti2 orang lain. Jadi mak akak tak dapat datang akak suruh Temok dengan Beena tu datang jugak sebab Tiket flight dah beli. Kalau setakat RM30 boleh la jugak haku cancel kan.

So, ahad tu Mohd Rafi nak beli perfume > aku suspect gaji dia banyak bulan nih.

Kitorng pegi lah MidValley. SEBAB akak ajak pi alamanda dia dah x nak. Dia kata bosan lah tiap2 minggu mengadap Alamanda jah. Lagipon choice of perfume kat Alamanda xde. So akak cakap kalau nak banyak choices pegi lah Midvalley.

Pegi lah Mid Valley di ahad, betapa ramainya umat kat situ.. Aiyoooo kaya nya orang2 KL nih bershopping!

Carik perfume kat metrojaya sebab boleh dapat voucher rm20. Dia beli perfume CK Summer limited edition.
Temok dan Beena

Pahat bertegur sapa


Pahat happy.
Kat Metrojaya tuh ada Dinosour crispy tengah buat promotion. Anak aku pon tergedik2 kat situ tegur binatang tuh. Dia sorang je yang duduk situ ketawa2 mcm kelakar sangat. Orang lain nak amek gambar dengan binatang tu pon dah tak boleh sebab dia menyibuk.

Asal akak tarik tangan dia suruh pegi tempat lain, dia baring atas lantai tuh. **pitamm akak!. Lama2 akak biarkan sahajork disitu.

Hasil duduk situ lama2 dapat lah chocolate crispy 4 ketul. Yang tukang makan apak dia.

iklan