Thursday, July 29, 2010

Hospital part 2

Ahaa.... akak baru balik dari pegi hospital lah..

Kau ado, datang pukul 10pg, pukul 3 ptg nih baru siap??

Ramai gila orang kat klinik O&G. Sampaikan Nurse2 kat situ cakap, Doctor2 dari tadi tak bangun2 dari tempat duduk diorang.

Pastu Masing2 akak tengok dah mcm2 pesen duduk. Yela.. sakit pinggang lah duduk lama2..

Keputusannya tak payah warded pon. Doc kata 28 minggu still early. Masih ada masa nak betulkan lagi. So dia bagi la 3 jenis vitamin. Pastu kena amek darah lagi.

Pastu scan. Dia kata baby ok. Berat 1.3kg.

Next appointment lagi 3 minggu, 2 hari sebelum kena datang situ dulu amek darah.

Akak pose2 pilih hari isnin utk appointment.. Gila ah, hari khamis ramai orang.. Tak larat dah nak tunggu.

wokeh. Esok terus cuti. Bolehhhhh???

P/s : So, akak open order kueh raya lagi.. hahaha...

Wednesday, July 28, 2010

Nothing...

Mohd Rafi x jadi datang.. kenapa ntah akak dah lupa.

Tapi dia kata kalau jd apa2 call Joe kawan dia yg duduk satu taman dengan akak nih.

Another option call Puan Zainab lah. Yang duduk 1 taman jugak dengan akak.

So far xde rasa nak pitam ke apa.. Of course la, kalau tak cemana boleh blogging kann??

Akak siap sempat bakar almond london 6 balang. Tinggal coated with choc je. Yang ni ofismate Fiza order nak before raya jugak.

Abes tu mcm bosan jek x tau nak buat apa. So akak sambil2 tengok TV atas sofa sambil buat kueh. Tu pon adunan ada lagi x siap buat lagi simpan dlm fridge. Sambung esok2 jahh.

So, fiza if i not warded tomorrow. Aku hantar almond hari jumaat ok?

Hospital part 1.

Mula2, ade tak Mohd Rafi tuduh akak punya HB turun sebab makan durian??

Eleh.. akak cakap dengan dia, akak rasa je dalam 6 7 ulas..

Dia kata, kalau rasa makan 1 je.

Pastu akak cakap, kalau dah kat situ ade 6 7 jenis kena la rasa 1 setiap jenis. Betul tak akak cakap uolllss??

Pastu, haruslah akak kena bebel... CD Owner ko jangan cakap kat Adong tuh aku minum teh. Kang sebulan bebel tak abes.

____________________

Okeh..citer pasal hospital. Akak pegi arini dah pukul 12 lebih. Pastu kan, letih gila nak jalan kat parking U**M nih tambah puiler jalan dari parking tu nak pegi klinik O&G kat spital serdang tuh.
Sumpah aku rasa nak tahan teksi kalau ada masa tuh.

Sampai Klinik O&G, Nurse check buku merah aku dengan surat reference Doctor tuh.

Rupanya kat surat Doc tu dia tulis aku mengidap SEVERE AMENIA. Apsal aku tak tau weh? Boleh gitu??

Pastu Nurse India tu cakap 'Kena masuk ward ni..'

Apaaaa??? Terus aku cakap 'Eh, tak nak lah...'

Pastu dia cakap ' Tapi ward pun penuh sekarang nih..'

Wah... terus syukur bolehh?? Pastu Nurse melayu tu tengok kat buku merah tu HB aku. Dia tengok muka aku pucat.

Pastu diorang buat la seisi inteview tanya makan ubat apa, berapa kali sehari, tengok mata merah ke tak lah..

Pastu dia suruh akak datang pagi2 esok. Terus akak bangkang bolehhh?

'Saya kena mengajar esok pagi..'

Nurse tu cakap ' Takpe kita bagi MC. Cuti je esok'

Akak jawab balik 'Eh, x boleh kelas esok penting..'
Ye la uollss... akak malas lah nak ganti kelas kalau skip kelas esok. Lagipon sejam je kelas tu. Dari pukul 9 sampai 10 je..

Nurse tu terus menyansang akak:
'Kelas penting ke diri awak yang penting?'

Zassss!! Terus akak bgtau dia kelas sejam je. Pastu akak terus pegi hospital. Dia kata OK, dia buat appointment pukul 11pagi. Dia kata jangan lewat nanti doctor dah xde.

Sebelum tu dia sempat pesan. 'Kalau rasa nak pitam kat rumah terus pegi wad bersalin'

Wad Bersalin??? Terus ngeri akak dengar.

Tu je la citernya.. BUkan jumpa Doctor pun. Nurse tu pesan esok siap2 sediakan GL je masa register atau bgtau masa register tu nak guna E-GL.

Pastu akak bgtau la Mohd Rafi Nurse tuh pesan kalau nak pitam pegi spital cepat2.

Mohd Rafi terus call akak tanya:

'Kalau u nak pitam cemana pulak u nak drive pegi hospital?'

Ha ah kannn?? Cemana tuh? Akak pose2 cakap xde pape la nih. Ok jah kan?

So kesimpulannya, Mohd Rafi akan datang sini malam nih. Sbb dia takut akak pitam. Padahal akak plan nak siapkan kueh orang order untuk minggu nih.

Lepas tu, haruslah akak kerah tenaga dia suh tolong akak sekali. Hahaha.

Dah la... akak nak baliksss...

Fuh... Kenapa Parking hospital jauh?

Pasal hospital nanti lah akak update. Penat jalan dari parking ke klinik O&G tu x hilang lagi.

Tuesday, July 27, 2010

Terpaksa pegi Hospital esok....

Arini akak check up kan uolllss...

Akak nak nanges dulu jap...

HB akak turun uolllss.... Bulan 4 aritu 9.3, bulan ni 7.5...

Terus Doctor buat surat reference ke Hospital Serdang. Terus kena serah diri kat O&G Hosp Serdang esok..

Tapi jangan risau ye uolls semua... bukan kena warded pon. Cuma kena buat appointment dengan Doctor kat situ. Lepas tu nanti Doc tu la buat decision nak warded ke apa ke...

Tapi akak dah tanya kawan akak yang mengalami nasib yang sama masa pregnantkan anak dia dulu, dia kata ok je. X de kena masuk darah ke apa. Dia bersalin pon normal. Cuma lepas bersalin kena pantau la kot2 pitam ke...

Tapi alhamdulillah xde apa2 terjadi kat dia pon. Semuanya Normal..

Akak doa2 sangat esok semuanya Normal mcm kawan akak itteww...

Ni info yang akak dapat pasal Low HB kat internet:

Q: I am a week into my 2nd trimester. I had a blood test done earlier when my Hb count was found to be 9.8. We checked with our doctor for any additional iron dosage but were advised that this was not required now and could be started after the end of the 1st trimester. I had a blood test done again and now the Hb count is very low - 7.7. The doctor has started me on a dose of Fe tablets 600mg and also a course of 10 injections. I have been having an iron rich diet during the last month but my Hb count is still low. What can I do to bring my Hb content up again? Any specific diet advice (we are vegetarians)? Do I really need these injections? They are very painful.


A: With double doze of iron and injections the Hb should improve. But if it does not, this may be due to some worm infestation in the intestines or due to any other blood problem. It usually takes a month for the Hb to rise hence you should repeat the test after 4 weeks to see if there is any increase. In the meantime lay stress on your diet which should include a lot of green vegetables ? beans, coriander leaves and spinach. Try and have spinach soup everyday. You have adequate time to build up your Hb, so do not worry.

So sekarang ni, Doc suruh amek double intake of Iberet Folic.
Balik nih akak terus nak pegi beli bayam buat sup hari2.
Pastu beli orange jus, sbb vit c membantu menaikkan HB.

Citer pasal baby pulak, kepala dia kat atas uolls.. Tapi Doc kata ok je, tunggu 33 minggu kalau x turun maksudnya........ Sendiri mau ingat..
Berat dia dah sekilo lebih. Doc scan peha dia anggaran usia dalam 30weeks. Doc kata dah ok la tu.

Berat mak dia adelah 56kg. Naik 1.5kg.
Yang lain semua ok kecuali isk...isk....hb turun tu lah..

Doakan HB akak naik next month ye uollss...

Kueh Raya.

Note :Iklan akak bayar sendiri.

1. Tart Gulung
Home made pineapple jam.
Price RM20 per 50 pieces.

2. Almond London
Almond cookies coated with beryls chocolate. Crunchy!
Note: Akak bukan purposely nak buat kelainan on garnishing dia tuh. Tapi akak pegi kedai nan ado almond nib. Akak bantai lah guna yg slice mcm tuh..
Price : RM20 per 55 pieces


Cik Sha : Uolls punya tart dah siap.
BA : Ko punya almond london pon dah siap. Bila2 nak amek sila roger aku.

Sesiapa yang berminat delivery area serdang, putrajaya and bukit jalil.

Ala2 sesape yg mengenali org2 yang mengenali akak boleh try tanya diorang sampel kueh.

Sekian dari manusia gigih yang nakkumpul duet beli breastpump Madela yang paling mahal.. Larikkkkkk!!

Monday, July 26, 2010

House Rented!!

Nampak tak entry rumah kat atas nih dah xde?

Tandanya rumah akak dah ada penyewa dan dah bayar deposit pon tadi. (padahal lampu pon belum pasang. Cemana tuh?)

So, xde la beban nak bayar bulan2 kaedahnya kan?

Alhamdulillah....

p/s : Busy buat tutorial arinih. Bye!

Sunday, July 25, 2010

Stretch mark aku kat bawah perut tapi kenapa pusat aku yang gatal??

Ye uollss... pusat akak mengalami gatal2... Kat bahagian stretch mark tu x gatal langsung pon..

Akak call akak iols, dia kata mmg mcm tu... Redha je lah.

Pusat mcm dah nak terkeluar.

Nak bercukur adelah seksa. SEKSA okeh!... So akak main raba2 je sbb x nampak. Howw???

Selasa ni ada check up. Nervous tau nak tau berat naik berapa.

P/s : Kejilah kedai mamak dekat dgn rumah akak tuh jual nenas RM2.50. Pakkal lah i desperate malas nak pegi mydin.

Rezeki hari ini...



Addicted to this song after watching The Sorcere's apprentice.. Best citer tuh! Pegi la tengok!

Hari ni ada orang call nak sewa rumah start next week. Tapi kena tunggu abang ipar akak pasang lampu n kipas.
Abang ipar akak tuh memang buat business wiring rumah. Kalau sesiapa nak wiring rumah boleh call dia. sampai ke Muar pon dia pegi.
Harap2 tenant tu jadi lah sewa rumah akak tuh. Kurang sikit beban nak bayar bulan2.

Kedua, arini dapat Cherry!!! Baru je nak pegi beli tapi ada orang bagi. Thanks!!

Ketiga , dah start dapat order kuih dari opismate akak aku. Ok la tu.. Kumpul sikit2.. Hahaha..
Mula2 mmg fikir x nak jual kuih tahun nih.. Tapi fikir2 balik, in case rumah tu lambat ada orang nak masuk, boleh jugak top up2 bayar monthly.

Keempat, dapat makan durian, dapat manggis, dapat rambutan.. Thanks Filla.
Kalau Mohd Rafi ada haruss dia abes makan manggis uolls tuh 1 bakul satu malam je.

Kelima, eh.. x de... tu je rezeki hari ini...Tapi Alhamdulillah...

p/s : arini akak lupa yang ice lemon tea adelah teh.. Xpe lah.. bantai je.
p/s/s : Strecth mark muncul ditempat di mana baby F selalu bergerak2..

Note : Almond London dah siap bakar. Tinggal letak coklat je. Terbuat over lak.

Friday, July 23, 2010

Kittaaaaa!!!! Dia muncul..

Mula2... Akak nak nanges jap..

Semalam baru citer pasal strecth mark hampir2 nak muncul..

Hari ni sempena menyambut 7 bulan pregnant, strecth mark ittew muncul juga uollss...

Dekat bawah perut. Kan tempat tu akak not expected yang strecth mark akan muncul disitu dan pay less attention untuk sapu lotion.

Tapi sudah wujud disitu pasrah je la uollss... Nothing I can do about it.

Tadi akak timbang berat naik 2.5kg.. Oh, jangan lah next week check up naik 3kg lebih.. Pengsan kang!

Cik Sha kata muka akak ala2 tak berseri sejak pregnant. Sbb akak nan ado lah nak sapu bedak ke apa time keluar. Time ada kelas jah akak pakai eyeliner sikit. Kang terperanjat puiler student akak tengok muka x semenggah dengan eyebag nya lagi...

Tapi yang penting, sejak pregnant kulit muka akak langsung tak bermasalah. Satu jerawat pon tak keluar. Kalau tidak asal period je keluarla sebijik dua..

Tapi xpelah, perut akak pon dah buncit mcm nih, Laki akak pon nan ado di sinih, make up chantek2 pon bukan ado orang nak tengok..

p/s : Esok nak buat sample kueh raya. Tahun ni harga RM20/50pieces for tart gulung and almond london.

Thursday, July 22, 2010

7 bulan okeh....

Lagi sehari je nak masuk 7 bulan. Alhamdulillahh.....

Perut memang dah tak boleh disembunyikan lagi. Baju kurung tinggal 3 4 helai je yang muat..

Barang basic untuk baby dah cukup insyaAllah... Eh, botol susu belum beli sbb nak breast feeding je.. **wah..confident gila nih!!

Ye, baby dah ada nama. Nama dia jadi panjang sbb ayah dgn ibu dia masing2 gaduh nak bagi nama. Last2 letak la nama panjang. Bagi puas hati dua2. So, kita namakan dia Baby F..

Suka hati akak la nak letak F sbb nama akak start F gituuuu... Tapi nama depan dia R. Kaki mat rempit patut boleh teka R stand for apa. Menyampah!

Baby F sekarang nih suka buat perut akak senget2.. Kadang2 dia tolak mcm nak keluar dr kulit perut pun ada.

Akak suspect berat dia dah 1kg++. Tengok mak dia mcm kembang semangkuk je. Mcm seram je nak timbang berat. Naik lagi 3 kg confirm aku kena minum air gula nih..

Mohd Rafi dapat la jugak rasa F gerak2. Tapi kadang2 timing dia pegang perut tak betul.. Setakat letak tangan kat perut akak 5 saat mana la boleh rasa unless he is lucky enough. Paling2 pon kena tunggu 5 minit ke.. Cubaan berkata2 seperti ini:

'F, ni ayah ni.. Cuba F tendang2, ayah nak rasa...'

Tak jalan okeh.. Sebab F ikut cakap ibu dia je.. Muahahaha... Psycho!

Time kenyang, puasa(lapar) dan juga nak tido adelah time dia paling aktif. Kadang rasa mcm geli kan sebab perut rasa berombak..

Strecth Mark?? Akak tengok macam hampir2 nak jadi je.. Terus dengan gigih akak sapu lotion setiap jam. Mohd Rafi kata:

'Ala...siapa nak tengok perut u tu..'

Akak kata ' U la.. nanti dah x chantek u tak nak tengok pulak..'

Pastu gaduh pulak pasal baby. Ayat akak 'Anak u la ni yang besar sangat..'
Mohd Rafi kata 'Bukan anak u jugak ke...?'

Kannn?? akak mmg suka gaduh uolls dgn Mohd Rafi supaya lebih mesra katanya... boleh gituu..

Baby F, behave ye dalam perut Mommy.. Nanti lagi 2 minggu ayah datang lagi. Yeah!!

Woh, citer pasal pregnant adelah never ending story.

Farhana : I'm sorrry for your lost. It's never too late too try again.. Harap uolls tabah. Akak tau, akak pon amek masa juga untuk hilangkan kesedihan after miscarriage.

Rumours..!

Rumours yang staff gov bakal dapat bonus tahun nih sebab subsidi turun adekah benar??

Jangan percaya sangat uollss nanti kang jadi lain plak.. Tunggu je PM announce.

Ada yang kata dpt bonus lebih la.. Ala.. Paling2 pon sebulan gaji sajork.

Uollss tak payah harap sangat. Kang ke laut harapan palsu ittew...

Ala2 dia bagi bonus pon dah cukup bersyukur tak payah la harap lebih..

Akak heran nih, mana theyolls tau dpt bonus sedangkan PM belum umumkan lagi??

Motipppppp???

Tapi kalau dpt bonus pon ok jugak kan? kan? Rezeki baby sangatsss.. Hahaha


Rumah dah ada 2 3 orang tanya2.. Harap2 ada la orang nak sewa. Lagi cepat lagi bagus. Pitam akak nak membayarnya.. Nak pasang grill and lampu lagi..
Pengsan bulan nih~!

Arini akak puasa uolls.. Lagi 2 hari je nih.. Tak sampai sebulan pon lagi dah nak ramadhan. Akak harap tahun ni boleh la puasa penuh.. Harap2 baby F x buat hal...

Wednesday, July 21, 2010

Rumah

Okeh. Rumah akak dah siap. Dah dapat kunci dan dah uruskan TNB untuk masuk eletrik. By next week should be semua dah settle.

So, sesiapa yang ada kawan2 nak nak menyewa area kat Tmn Scientex Pasir Gudang boleh la recommendkan rumah akak ittew... Harga sewa boleh runding uolllss..

Rumah tu adelah baru dan tak pernah duduk lagi. So, everything in tip top condition.

Tolonglah sewa. Hahaha...

Tuesday, July 20, 2010

Suami saya dah balik dah....

Ehehehe....

Akak biasala uollss kalau laki akak ada kat sini akak pose2 malas nak update..

Nih Mohd Rafi dah balik Johor semula baru la akak boleh update sbb akak bosan.. Hahahahaha.. Lagipon akak update ke tak update ke bukannya ada nuffnang pon blog nih.. So x memberi kesan kan? kan??Activity sepanjang Mohd Rafi datang adalah berjalan2. Hari sabtu jalan2 kat Pesta Floria. Tujuan asal hanyalah nak naik cruise sbb ada harga promotion kan, RM15.Tapiiiii.......... Tetiba penyimpangan banyak berlaku. Dari aktivity geram tengok pokok2 buah yang kecik2 dah banyak buah. Tengok pokok2 herbs.

Nan ado lah akak nak beli sbb rumah akak nan ado tanah.
Penat jadi model bergambar Mohd Rafi. Muka jangan cakap berminyak gila. Muka akak jadi tak berseri sbb mengandungkan anak lelaki bolehhhhhh????
Ha..itulah rupa perut pregnant 27 minggu. Minggu nih dah 28. Cukup 7 bulan.

Jalan2 penat gila. Beli ice blended. RM7.90 kopi 1 malaysia ke hape nama dia tapi sedap uolllsss... Setaraf starbuck okeh.

Sehingga menjilat jari. Mohd Rafi dengki amek gambar ni. Pastu dia suruh letak kat blog. Tunjuk perangai tak senonoh akak.

Dah jalan mcm org gila punya penat baru la jumpa booth cruise tuh. Itu pon selepas rasa mcm nak gave up berjalan dan nak balik. Gambar banyak tapi akak letak gambar romantik akak dgn Mohd Rafi atas cruise feeling2 Titanic. Kau ado?????


Siapakah yang tukang amek gambar??? Guess who??

Masa akak atas cruise itteww.... Ada la orang sms akak tanya bila nak balik maasak ungkep bagai sbb dia dah beli ayam n lauk.

Dah tu sesat puilerrr ke PICC. Motipppp???

Akak amek theyolls kat PICC, balik rumah terus gigih masak.

Ado ayam ungkep masak 2 jam?? Ado??

Menu adelah Ayam ungkep (lagi dan lagi....), cendawan masak tiram campur tempe sikit. Dahh orang beli akak masukkan je semua dalam tuh. Dan juga kerang rebus untuk menambah HB darah tapi akak makan 1 ketul sajork. Haha..

Hasilnya pada hari ahad itu akak dan Mohd Rafi lepak gila lalu duduk di rumah sahaja.

Monday, July 19, 2010

Lapar. Faham tak?

Akak tak tahan uolls..

Akak lapar gila...

Lantaklah baru pukul 11.30 pon..

Akak nak keluar jugak cari makanan..

Saturday, July 17, 2010

Bubur yang sedap..!

Hik..hik.... akak ada cakap tak Mohd Rafi datang?

Dia kan suka buat suprise uollss pastu dia bising rumah bersepah. Howwww??
Masa dia call akak tu kat Opis. Nan ado la sempat nak balik rumah bagai mengemas. So, akak pasrah biarkan rumah mcm tu jah. Hasilnya??? harusla kena bebel uollss... Kat CD owner pon dia bebel2 pasal akak x kemas rumah..
OK. Tadi malam akak pegi makan Bubur kat 'Kak Mah Tom YAM Sawadeeekap'
Akak tak tipu okeh. Tu memang nama kedai dia. Blehhhh????

Bubur dia sedappp gila uollsss... **kata laki akak. Banyak selection lauk. Harga akak nan ado tau sbb ada orang merahsiakan semata2 sbb akak top upkan dia. Motippppppp?????
Sorry la uollss... gambar sebelom makan nan ado. Teringat nak amek gambar lepas abes semua. Cam no tuh??
Selection lauk. Pilih dulu nanti diorang masak. Lauk theyolls pon sedap.


Ni siapa nih? Hik.... getik sgtlah...

Bubur kosong yang dia bagi tu xde la tawar. Ada rasa lagi dan sedap uollss.. Makan kosong je pon dah sedap.

Kalau uollss feeling2 nak berlauk, amek la lauk kat belakang tuh.

Kedai ni kat depan Universiti Kuala Lumpur yang sebelah DBKL tuh. ATau dekat dgn Bank Pembangunan. Tau tak kat mana????

Iklan promosi nih tak berbayar ye... KAK MAH TOM YAM SAWADEEKAP tu nan ado lah bagi akak royalti apa2 puji2 kat sinih...

Mohd Rafi kata, dia puas hati makan kat situ. Akak pon.

Bye!!!

Thursday, July 15, 2010

Syukran! Rezeki uollsss...

Thanks Ita for the baby stuff and maternity shirt!!

Jimat duet akak yang tengah mesken nih...!!

To my baby boy~~~

Baby, mommy sangat trauma bila baca pasal bayi lemas dalam kandungan.

Kalau baby nak main-main pusing2 ke nak summersoult ke nak berlari ke dalam perut mommy, mommy x kesah, tapi jangan main2 dengan tali pusat okeh.

Baby, jangan keluar awal sangat okeh. Ikut due lah ye. Mommy nak siapkan tulis thesis dulu.

Baby, kadang ada hari tu active sangat. Kadang2 slow sangat. kenapa eh?

Mommy rasa pening2 lah. Adekah symptom nak masuk 3rd trimister nih??

Mommy rasa sangat tak best sekarang nih. Mommy rasa mcm nak privatekan blog untuk seketika. Banyak benda yang jadi buat Mommy sakit otak fikir.

Tapi dont worry, mommy still love you very much.

Harap bila baby keluar nanti baby dengar cakap Mommy. Cakap Daddy tak payah dengar pon x pe.. Bolehhhhh??

Mommy pening. Mommy nak rehat.

Wednesday, July 14, 2010

Manusia bosan...

Aku adelah manusia yang bosan okeh..

Sekian.

Belum RAYA lagi lah!

Uolllss.... Akak tetiba dapat tempahan Kueh Tart untuk tahun nih sedangkan akak nan ado bercadang nak buat kueh raya.***gambar tart tahun lepas...

Itu adalah tempahan dari customer tahun lepas. Kawan kepada akak kepada akak (kau faham tak??) dan juga dari akak ipar akak iols... Last year x silap akak, yang kawan akak iols tu order 4 balang yang akak ipar akak iols tu order 7 balang.

Theyols kata tahun nih theyols nak order lebih sikit. Howww??? Haruskah akak buat???

Akak nan ado lah malas tapi feeling2 takut x larat sajork... Kalau ada org tolong ok la jugak.

Tapi kalau buat pon ok jugak. Boleh menambah income akak yang sedang miskin nih. Boleh terus feeling2 beli breastpump Madela... **wah... x nak kalah kannnn??

Tapi akak nak naikkan harga la uolls tahun nih, RM20 per 50 pieces bolehhh???

Pastu sesiapa nak order akak koser nak buat sampel tasting bagai... siapa rasa2 nak order tanya lah orang2 yang pernah order dgn akak last year. Kalau nak order tapi nak rasa sampel dulu, akak nan ado nak layan sbb akak koser nak buat sampel bagai...

Boleh tak gituuuu?????

Harussss balik rumah korek balik mana aku letak buku resepi rahsia ittteewwww.... Clust!!

Oppss... Sesiapa yg akak ada bagi resepi tuh tolong jangan letak kat internet yeah.. Boleh mcm tuhhhh???

Belum apa2 dah verangan.. Ntah2 buat 1 balang je dah rasa gave up. Howwww?????

Tuesday, July 13, 2010

sakit perut, sakit otak, sakit hati, sakit semuanya.....

Dah nak masuk 27 minggu..

Perut aku time berjalan jauh sakit mcm senak cam tuh. Bila duduk dia ok je. Pastu aku pon tanya la akak aku yg berpengalaman ittew... Dia kata xde pape tu, kalau dah 7 bulan ke atas lagi rasa kadang2 mcm nak terberanak pon ada.

So, akak lega lah uolllsss...

Pastu baby lagi banyak bergerak dan pergerakan dia bukan sikit2.. Dulu tendang2 manja je kan? Sekarang mcm berombak perut akak nih uollls dibuatnya.
Tapi yang herannya, dia banyak gerak2 sebelah kanan sajork.. Belah kiri lite2.. Kenapa haa???

Korang mcm tu tak?? Akak confuse..

Keter Mohd Rafi rosak puiler... Kena Rm700.. Pengsan!!!
Sakit otak akak pikir duit bulan inih....

Semalam pegi pasar mcm hape aku angkut semua barang2 lauk tuh. Nasib baik akak tak feeling2 beli buah 20 biji Rm10, kalau tak pengsan nak pegang kiri kanan.

Dah. Lauk tak payah beli selama 2 minggu. Settle.

Filla, kalau nak makan datangla rumah iols mlm nih. Bgtau awal2 yeh.

Monday, July 12, 2010

Ado orang suruh kau kacau laki orang?? Ado?? Ado??

Biasa la uollss... akak kan EMO bila baca pasal rampas merampas dan kisah laki orang x sedar diri nihh..

Hari ni punya berita:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyidiserang/Article

Pasal TOM TOM BAK my star LG ittew dan juga:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMSMemeykejutkanAbby/Article

pasal Memey and Abby puiler...

Motipp kau sibuk2 hal orang ittew setelah kau rampas laki dia. Motippp?? Motippp??

Arini kecoh seketika di opis sbb akak kan ignorant malas baca email. Rupanya dari last year untuk sesape yg belum submit thesis diwajibkan amek subject seminar. Keji tauuu!!... Akak baru nak submit thesis sem nih terpaksa amek subject lagi seminar itteww....

Nasib baik boleh add subject lagi.. Alhamdulillah lancar semuanya....

Sunday, July 11, 2010

Saya bukan gigih mcm Cik Lee dan Cd Owner..

Akak kat opis uollss..

Bukan sbb akak gigih macam tajuk entry hari inih.. Bukan juga akak ingin merampas title staff terbaik seperrti Cik Lee..

Tapi akak nak gi Mines beli installer Matlab for Mac OS, alang2 singgah opis menyapu dan mengemop bilik skali..

Kat Mines keter akak buat hal uollss.. Bunyi bising sebatu orang dah dengar. Akak check2 rupanya getah support ekzos tu putus. Merasa bunyi sebatu dah dengar keter akak.

Akak pon terus feeling2 keluarkan duit ingatkan kena beratus ke.. Dan terus pegi kedai spare part kat Serdang itteww.... Suh diorang pasangkan sekali..

Kena RM10 sajorkkk... Nasib baik x terbang banyak duet hakak.. Dah la akak tengah mesken bulan nih adik ipar akak x masukkan lagi duet tiket flight itteww walaupon dah seminggu dia balik johor. Howwwww?????

Saturday, July 10, 2010

A little of everything in 1 pot..

Akak feeling2 masak lemak cili api ikan duri arinih..

lepas tu mula2 akak nak pose2 masak buncis goreng.

Pastu nak rebus telur masin.

Tetiba akak feeling2 malas uollsss.. Howw??

So, akak campak semua skali dalam 1 periuk. So, nama masakan tersebut ialah ikan duri kacang buncis dan telur masin masak lemak.

Kau ado masak mcm tuh??

Jimat okeh masa akak. Lagipon akak sorang jah yang makan. X kesah la kann???

Ingatkan arini nak kuar pegi beli lauk kat pasar Bangi sbb lauk rumah akak tuh dah ala2 nyawa-nyawa ikan sajork.. Tapi akak ada penyakit malas juga uolllss...

So, tunggu pasar kat serdang la ari isnin puilerr..

p/s : Akak doa kan Pasir Gudang ujan lebat malam ni, Biar padan muka Mohd Rafi.

Friday, July 9, 2010

feels like yesterday...

Macam baru semalam je aku bangun pagi2 subuh capai pregnancy test. kencing. Dan mamai2 tengok double line lalu kejut Mohd Rafi.

Mohd Rafi tengok sebelah mata pastu cakap, 'Kenapa lagi satu line blur?'

Dan tido balik.. Keji!

Pastu pegi klinik azzahrah scan x nampak Doc tu suspect aku pregnant luar rahim dan aku dah cuak. Next weeknya scan kat klinik mesra baru nampak.

Dan... Mcm baru semalam aku rasa tersangat nervous sampai tak boleh tido sebab takut nak check heartbeat. Takut jadi mcm pregnancy yang lepas.

Syukur Alhamdulillah... survive sampai sekarang walaupon terpaksa melaluinya seorang diri..

Kadang2 aku tak paham, isteri2 yang husband baru tinggal sehari dah sibuk meroyan. Tak bersyukur kah husband masih disisi??

Ye.. aku pon rindu suami aku.. Aku pon nangis satu malam pada hari dia tinggalkan aku balik Johor. Tapi adekah aku perlu meroyan tak pasal??
Aku juga masih menangis pada malam2 yang sunyi.

Sbb tu aku suka kalau keluar dengan kawan2. Cuma kadang2 terbatas sikit sbb mudah sakit belakang.

Bayangkan mereka yang mengandung dan ditinggalkan suami selama berbulan2 atau meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Apakah perasaannya hilang orang yang kau rindu??

Bukankah kau juga patut bersyukur yang masih mempunyai suami yang masih boleh melayan hari esoknya jika hari ni dia outstation??

Bukankah patut bersyukur masih mempunyai suami yang boleh melayan apa2 saja yang kau teringin makan??

Ye...sorry.. I dont know what is wrong with me today. Walaupon keadaan aku mcm ni, aku tetap bersyukur. At least aku masih ada bayi dalam kandungan ini...........

Thursday, July 8, 2010

100days to go........errr...

Tengok ticker arini. 100 days to go. Apekah persiapan yang aku dah buat?? Barang2 basic je akak beli uollss... Yang lain2 tunggu la kalau kena durian runtuh ke ape.. Hopefully baby kalau nak keluar awal pon biar la lepas 9 bulan dalam perut ibu nih..


Perut of course la dah nampak. Bila jumpa orang semua tanya 'Dah berapa bulan?'

Muka, masyaAllah... tak berseri langsung okeh. Dan sangatlah malas nak make up ke ape.. Pagi2 pakai mosturiser dan sun block je dah. Boleh gituuuu???
Hidung berkilat gila, muka super duper oily.. Tapi ado akak kesah?? Akak x kesah pon sbb orang tengok perut akak pon dah hilang selera nak ngorat kaedahnya..

Arini akak lupa CLOCK IN pulak... Boleh.. Dah dekat pukul 6 baru ingat padahal aku dtg opis pukul 9 arini. Kejilah!

Terpaksa akak clock in juga pukul 5.50pm. Kau ado clock in(punch in) pukul 5 petang time orang dah balik????

Cau cin cau!!

Wednesday, July 7, 2010

Craving for this..............

Aku adelah perempuan pregnant yang teringin makan cempedak sekarang.

Adelah menyesal tak bawak balik cempedak kat rumah mak aku aritu.. Sbb cempedak rumah mak aku tu belum masak sgt aritu. Mak aku suruh bawak yang mentah. Tapi aku kan naik bas, nanti bau la satu bas iittew..

Semalam jumpa kat mydin tapi besar gila la pulak, berat nak angkat satu hal. Banyak sangat dan membazir sedangkan aku makan sorang satu hal. So, tak jadi beli lah.

Aku harap bila aku balik johor lagi next time, pokok cempedak rumah mak aku tu masih lagi berbuah dengan lebat.

Kesian akak kan uolllss... teringin makan apa2 kena carik sendiri okeh. Laki akak jangan kata seminggu sekali balik. Sebulan sekali pon belum tentu.

p/s : Tengah tunggu rambutan dan manggis kat rumah mak masak, baru nak balik kampung. Hehehe

Bersyukurlah jika sudah mengandung....

Ewah... motipp tetiba hari2 update time subuh??? Arini bukan sebab akak cirit birit ye... Tapi sbb akak bangun sahur... Ganti puasa la uolls lagi 3 hari..

Sebelum tu lagi, Netherlands(Holland, Dutch and berapa banyak nama lg dia ada) menang 3-2 keatas Uruguay. Akak suke! akak suke!! So, cik Lee... team2 europe sajork yg tinggal seperti prediction mu ittieww..

Ok, suka tau lari tajuk???

Tadi akak chat dgn kawan lelaki akak ex-U**M...... Dia risau dah 2 tahun kawen wife dia x pregnant lagi. Pernah gugur sekali masa beberapa bulan kawen.

Pastu dia dah pegi urut banyakk tempat. Bidan2 tu semua kata OK je.

Yang akak kesian sbb mak dia dan mak mertua dia suka push2 diorang tanya bila nak pregnant... bila nak pregnant... dah mcm zikir pulak kat kepala..

Akak tanya dia buat treatment kat mana, dia kata klinik kerajaan biasa je. Doctor tu bagi ubat betulkan period dulu sbb period wife dia x betul. Tapi kena amek 3 kali je. Kali ke 3 kena stop makan. Pastu jadinya sekarang nih period wife dia terus tak betul.

Dah 3 bulan x period tapi tak pregnant.

Dia kata dia tak mampu la nak pegi swasta buat treatment. Akak pon faham, sbb akak pon nan ado mampu uolllsss... So, akak suggest since dia kat johor, akak suruh dia pegi Hospital Sultanah Aminah sbb kat sana ramai pakar dan murah berbanding swasta.

Yela... I've been in his shoes before kann.. Tapi luckily, mak mertua akak dan mak akak masa tu nan ado pon bising2 tanya bila nak ada anak bagai.. Sikit pon diorang tak pernah tanya okeh benda2 tu semua.

Tapi, akak sendiri yang meroyan. Inikan pulak bila mak2 tanya tiap2 hari kan bila nak ada anak??

Last2 akak cakap sgn dia sabar je la.. Nak beli biodex pon x mampu kann?? **sama jugak mcm akak.. Mungkin belum rezeki. Dan dalam masa yang sama usaha je lah mana yang mampu..

Tak semua orang rezeki dia mudah uolllss.. Kadang2 kita nih suka terlepas cakap tanya orang yang dah lama kawen bila nak ada anak. Padahal kita tak tau orang tu pon meroyan sbb tengok kawan2 dia yang lain kawen lambat dari dia dah pregnant dan beranak. Soalan kita tu walaupon sekadar amek tahu tetap mengguris perasaan dia.

Lain lah, kalau dia ada cakap kat uollss yang dia x nak beranak kaedahnya...

So, bila dah dapat merasa being pregnant and having a child tu, bersyukur la. Jangan banyak komplen time pregnant.. **padahal aku pon sama. Akak dah insaf la ni uollss... Jangan komplen asik kencheng je, asik cramp je, asik sakit pinggang je.. **aku lagi la tu..
Jangan komplen husband x balik rumah layan uolls yang pregnant tuh..**aku lagi dan lagi..

Uolls ingat kalau tak pregnant dapatkah rasa benda2 mcm tuh??

Being pregnant is a bliss.......... Syukur Alhamdulillah!!

Tuesday, July 6, 2010

Ala.................... x best la mcm nih!

Akak dah takde cirit birit uolls... Cuma lite2 sajork..

Arini parking penuh dan jauh nak mamp*s!

Akak ni kan ignorant uolls... feeling2 malas baca email dan check pigeon hole.

Tadi pagi check2, ada surat perlantikan demo and tutorial..

Sekali je dpt subject lain pulak... Akak nak Lab Electrik Circuit analysis tuh sekali je kena buat tutorial.. Akak x suka lah tutorial sebenarnya. Walaupon sejam, akak rela buat lab yang 3 jam tuh...

Yang tak bestnya adelah dpt lecturer yang x berapa disukai... Azrin, kau musti gelakkan aku.

Benci tau!!

Math 1 akak suka sbb boleh tolak ansur... Aiyohhhh!!! nak pitam sekarang boleh tak??

Tak boleh tido disebabkan cirit birit...

Yess uollsss... Akak kena cirit birit.. setiap sejam mesti nak pegi toilet dan mengganggu tidur ku ittieww..

Apekah yang akak makan? adekah udang lauk semalam? atau asam pedas ikan duri dan peria yang baru masak?-impossible je, atau adekah sebab akak bantai makan polipop ice cream tuh 3 batang di tengah2 malam buta??

Akak rasa sbb lauk udang semalam kot..

Oleh disebabkan ittieww juga.. pagi2 buta akak minum air teh pekat walaupon telah di larang oleh doctor pada minggu lepas...

Abes tuh, sakit bontot akak okeh asik berak jahh..

Jangan bagi cadangan makan jambu batu. Pagi2 buta nih mana nak dapat??? ha..?...ha...?

p/s **edit : I guess i cant take 'teh pekat' pagi2 buta since dimuntahkan balik... I end up breakfast nasi kosong.. Ye, semata2 nasik sahaja.

Monday, July 5, 2010

Soalan...soalan..dan soalan....

Gambar di atas adelah kuih tiram yang gemok2 akak buat.. Taste wise boleh la... Tapi rupanya mmg la gemok..

Resepi akak amek kat internet. Nantilah akak nak belajar dgn makcik akak. Dia buat lagi sedap dan chantek.

Arini masak asam pedas ikan duri dan peria goreng. Walaupon peria tu pahit, for the sake of menambah HB akak telan juga lah..

Uollssss... Akak kadang2 malas nak jawab uollss bila org tanya :

'Bila mohd rafi nak balik?'

Sbb.. akak x tau nak jawab. Sbb akak pon x tau bila.. Semuanya bergantung pada masa dan duet okeh.

Sekarang ni, duit kena jimat2. Walaupon baju aku banyak dah tak muat. Seluar pon ada 2 3 je yang muat. Tetappp nak beli suar pregnant berkira2 walaupon chap scarlet jusco tuh.

At the end, aku pakai je apa yg ada. Baju mana yang muat tu pakai je la ulang2 pegi opis. Lantak la kalau student ngumpat aku kang pakai baju ulang2 je next week. Ado aku kesah??

Dan nasib baik jugak la, aku banyak jugak baju kurung yang besar2. So ade lagi baju aku yang muat..

Yela.. kena fikirkan untuk baby yg bakal keluar ni juga.. Tu yang lagi penting..

So bulan nih, sorry nak makan kat luar. Makan kat rumah jahhhhh!!

P/s : Xde orang nak derma 2 ribu kah kat akak???

Sunday, July 4, 2010

Kaki cramp semasa pregnant...

Akak nak bagitau nih. Hampir setiap hari nak bangun tido kaki akak cramp sekarang nih.

Yang peliknya time Mohd Rafi ada nan ado pulak cramp2 bagai nih..
Pagi tadi 2 kali okeh kena cramp. Tapi x teruk mcm kena simpul biawak tu.

Bila baca kat internet, cramp berlaku during pregnancy adelah disebabkan oleh kekurangan calcium. Tapi akak dah telan banyak susu dan air soya okeh..

Pastu nak kurangkan, rajin2 la pakai socks atau selimut kaki..

tapi kan pakai socks mcm rimas je kan? Pastu dah la akak nih suka bangun nak terkenching, pastu nak kena bukak socks lagi nak pegi toilet.. Kannn???

Akak suka jersey team Germany tadi malam. Padan muka Argentina! Hahaha.. 4-0 okeh.. Rasainnnnn!!!!

P/S : Adekah skrg nih akak sepatunya bawak buku merah tu kemana-mana saja akak pegi??

Saturday, July 3, 2010

Takut tak duduk sorang??

Akak x berapa takut tinggal sorang. Tapi akak risau kalau terjadi apa2 nan ado orang hantar pegi hospital uolllss.. So, akak buat emergency calling list mengikut jarak kerumah akak:

Org yang first akak call ialah Filla, 2nd Fizi, 3rd: cd owner n cik lee..

Kalau akak call tengah2 malam tu sila la angkat uollls... Kalau Mohd Rafi x sempat sampai tolong azankan anak akak okeh.
Tadi pagi akak kepada akak sampai pukul 3 pagi okeh. Akak dgn gigih drive pagi2 buta tu ke tol Bangi sbb dia x tau jalan ke rumah akak. Pastu sampai rumah akak tengok bola.

Pastu akak nak tido tak boleh sbb anak sedara akak yang icah 3 tahun tuh adelah bising menceceh..
pagi bangun awal masak kari ayam dgn prata segera dan juga kuey tiaw goreng.

Pastu hantar theyols pegi Sepang sbb ada kenduri kat sana.

Sebelum tu sempat prepare ayam kampung masak ungkep. balik dari sepang sambung masak nasi 1 periuk. Masak lemak udang dan juga sayur campur orang malassss...

Dan panggil cik Lee dan Cd Owner makan.

Alhamdulillah, lauk semua habes. Akak suka uollss feeling2 masak dan makan beramai2 nih. Kalau tak kan makan sorang2 sajork dirumah... Lain kali aku panggil uollss dtg makan lagi okeh. Kalau tak pon kita buat potluck makan kat Pantai Pullman tuh..

And thanks Cd Owner kasik mak tupperware mahal siap label harga sekali. **larrrrikkk..

Mahal okeh akak rasa. Kalau aku beli sah2 sebijik tuh dapat 5 tupperware biasa.

Nantilah aku buat kueh tiram aku kasik kat ko.. Note: Bila aku rajin.

p/s : Apesal la pemalas sangat nak membaking sekarang nih?? adekah sbb anak akak lelaki???

Friday, July 2, 2010

Tiket air asia yang pening...

Adik ipar akak ni uollsss... merangkap adik Mohd Rafi nak balik johor dari Sabah.

Suruh akak belikan tiket flight. Dia suh last week kot tapi masa tu akak belom gaji. Akak kan dah pose2 x nak guna credit card, so akak beli tilet flight memang guna direct debit sajork.

So, x gaji how nak beli kan??

Kalau suruh beli 1 tiket je takpe la.. Ini 5 TIKET OKEH. Sekali dengan kawan2 dia.. Boleh gituuu?

Akak suh dia masukkan duit dulu sbb akak nan ado lah duit nak beli 5 tiket. Dia kata jauh nak gi bank.

Ok. Fine. Akak suh dia collect duit dia kat budak2 tu dulu dia kata belom gaji..

Kalau kau cemana uolls?? Tak ke kau pitam nak belikan tiket utk orang2 yang tak kenal???

Pastu akak suh dia tunggu akak gaji la. Abes tu nak korek duit celah mana??

Pastu isnin dia msg cancel belikan yang kawan2 dia punya tapi belikan tiket utk kwn dia lagi sorang nih.

Pengsan lagi akak~!

hari isnin tu akak kat kampung nan ado lah line internet and nan ado bawak laptop.

Semalam baru akak beli. Tiket pulak dah naik harga uollsss.. jadi RM160. So sbb duit akak cukup2 beli tiket untuk sorang je, akak pose2 beli untuk Adik Mohd Rafi tu sorang je lah. So akak ckp arini baru akak transfer duit dari bank lagi satu ke cimb akak tuh untuk buat direct debit.

Sekali je arini naik lagi okeh harga jadi RM210. Tak ke kau pitam lagi???

Adekah dia ingat aku nih chop Duet??? ha? ha? ha?

Thursday, July 1, 2010

Bini Mat Rempit yang saket pinggang...

Mula2 akak lupa lagi buat kali ke berapa ntah nak clock out semalam. Cemana aku boleh lupa CD Owner?? Padahal ulang alik u**M ntah berapa kali.

Gara2 kenduri hari ahad tu pinggang akak sakit sampai sekarang. Tak boleh nak duduk lama2. Sbb aku over buat keje dan mengemas bagai masa kenduri tuh.

Pastu kena marah dengan Mohd Rafi sbb over pastu sibuk sakit2.

Yela uollss... orang sibuk buat keje tak kan ko nak duduk dan baring2 sajork??

Harusla akak pon tolong goreng ayam sekali 18 ekor guna kawah yang besar tuh. Pastu over lagi pegi angkat tembikai 3 biji. Potong2 sayur la ape la.. Last2 malamnya aku lepak. Esoknya sambung balik basuh pinggan dan periuk belanga segala..

Tadi akak pegi JALAN SENTOL LAGI!!!
Kali ni amek Flat Motor yang Mohd Rafi tempah. Menyusahkan aku je nak pegi Sentol tu..

Haiyohhh.. akak pegi kedai tuh semua mat2 rempit kat situ tengok akak pelik okeh. Motipp tetiba ada pompuan pregnant x sedar diri menyelit disebalik mat rempit???

Nak cari sorang pompuan kat kedai2 motor jalan sentol tu pon susah tetiba akak kat situ amek Flat Motor bolehhh???

koser lah akak nak pegi sorang2 lagi. Lepas nih Mohd Rafi, sila amek sendiri u punya Flat Motor tuh. Besi ke kaca ke plastik ke, amek sendiri!!

p/s : Akak nak diet bulan nih supaya berat tak over next month.

iklan