Tuesday, February 28, 2012

Ohoiii...

Akak kepenatan balik dari tganu.

Gambar ado. Tapi dalam hp Mohd Rafi.

Skrg pukul 3 pagi uollss.. akak tengah buat 350 bijik cupcake.

Ni baru buat 230 bijik jah. Tetiba telur tak cukup. How??

Tunggu lah esok pagi2 akak beli.

Cuti2 ke terengganu sangat lah BEST. Sangat BEST.

Sempat makan kat Hai Peng. Beli sata Aziz Satar.

Sata tu makanan favourite Mohd Rafi. Akak memang tak suka. Tapi sata kat Tganu nih sedap pulak uolls.. Menyesal akak feeling2 beli RM5 jah. Makan kena rebut2 dengan Mohd Rafi.

Last akak pegi Tganu tahun 1999. Dah 13 tahun okeh bukan 12 tahun. Motipp akak feeling2 kira tahun 2011 lagi?

Akak suh Mohd Rafi singgah Uitm dungun dia tak nak hokeh. Keji sangatss.

Akak baru lepas makan nasik di pukul 3 pagi inih. Ado yg buncit nih.

Later!

Friday, February 24, 2012

Mak ngantok nyah!

Sebelum ke tajuk asal,

Ni akak nak tanya sapa2 yang tau, Petronas Teluk Ramunia akak dengar tengah buat opening vacancy job. Uollss tau ka kot2 ada nak guna engineer ka.. Nak apply kat mana meh?

Akak suka!! Sebab akak boleh duduk kampung jah kalau keje kat situ.


Akak bangun pukul 5 tadi pagi uollss buat 350 biji donut. Pukul 10.50 siap.

Pukul 11 sepatutnya hantar. Tapi sungguh malang nasib aku jalan putrajayah totop sebab le tour de langkawi itteww..

Maka buat pusingan ntah ke mana2 nak ke precint 9 tuh. Pukul 12 baru sampai.

Padahal kalau ikutkan 10-15 minit dah sampai.

Balik terus pack2 baju, pegi TERENGGANU!!

Akak duduk homestay, sedara Mohd Rafi dah sediakan. Duduk free sajork. Akak suka!

Akak ngantok uollss. Bye.

Thursday, February 23, 2012

DI donia ini ramai mulut puaka.

Kannnn?

Dah. Malas nak komen lebih2 pasal mulut2 puaka. Lama2 sakit hati. Tapi akak koser nak layan. Asalkan aku tak mintak duet kau sudahhh.

Aku baru buat 85 biji donut. Pastu tak muat fridge. Walaupon fridge aku dah dua. Malam ni nak try arrangekan barang2 dalam freezer betul2. Kalau tak esok kelam kabut sebab nak tunggu donut tu rise dah 40 menet.

Nah resepi donut aku amek dari blog mat gebu tapi aku tambah2 sikit kasik lebih sedap.

3 cawan tepung
4 tbsp gula
3 tbsp susu tepung
3 tbsp vege fat for pau - kat yummie berlambak

200ml air suam(atau susu suam) -masukkan 1 tbsp gula dalam tu.
2 tsp instant yeast masukkan dalam air tu tunggu sampai berbuih.

Pastu korang masuk semua dalam mangkuk. Masukkan air yeast tu sikit demi sikit dan adun. Biar je kalau dia lembik sikit. Banyak sangat tepung nanti donut keras bila sejuk.

Ok. Bye. gambar nan ado. AKak nan ado camera. Esok akak xde. Pi tganu.

Wednesday, February 22, 2012

Suri rumah yang pemalas..

Pahat tido. Akak pon ngantok setelah makan.

Mula2 nak masak kuey tiaw kerang goreng. Pastu malas nak keluar.

Dah tu masak la tempeh goreng ikan bilis kicap. Dgn goreng ayam. Masak jangan pedas2 kaedahnya supaya Pahat pon boleh makan sekali. Kannnn?? Malas tak?

Pastu, ingatkan Pahat tido nak buat donut freeze kan. Supaya esok jumaat kang aku tak kelam kabut buat 350 biji donut. Tapi emak feeling2 malas.

Tapi feeling2 nak buat brownies puiler. Makan dgn ais krim sedapnyaa!

Ha, akak tengah feeling2 suka makan benda manis sekarang nih uolllsss...

Pastu ujung minggu ni emak mertua akak ajak pegi terengganu ada sedara kawen.

Akak mesken terpaksa korek2 duet pegi. Lagipon dah lama tak pegi terengganu. Dah 12 tahun.

Ada tak hotel atau rumah tumpangan yang murah bawah RM50 semalam??

Homestay tak nak lah. Mahal sangat.

TOlong yeh uolllsss surveykan!

Tuesday, February 21, 2012

Terdampar

Ha....semalam akak ado catering lagik. Dari upm jugak. Minum petang je. Diorang order:

Roti jala +kuah kari
kuih donut
puding roti
Teh dan coffee

Comment pasal makanan ok2 saja. Air manis sangat...hahaha.
Aku anta makanan sorong troli belah kanan, dokong Pahat belah kiri. BS akak nan hado uollls. Mula2 plan nak suruh Mohd Rafi jaga kejap. Tapi dah lambat akak pegi jah tawakal moga2 semua berjalan lancar.

Lagipon catering untuk 15 orang jah. Thanks Awin!

Arini aku buat order muffin 350 biji puiler untuk Tadika/taska precint 9. Alhamdulillah ni order tetap setiap selasa dan jumaat.

Terima kasih Kak husna dan Filla dan emak Filla.. gituuuuuu..

Jadi lepas hantar muffin pukul 11 tadi aku balik membuta. Akak paksa Pahat membuta sekali. Keji tak?

Akak ingat nak buat project masak lunch dan deliver kat orang. Akak charge la RM6 untuk 3 lauk. Ok tak uollss?

kawan akak kat cyberjaya setuju nak order. Nanti akak buat menu.
Yang penting, akak tak guna MSG semua tu ye.

Jangan la ada orang dengki dengan bisnes akak. Akak dah la mesken.

Eh, Pahat belum baik sangat cirit birit. Doc ada bagi antibiotik tapi akak sebolehnya tak nak la bagi. Biar dia develop anti bodi sendirik.

Pastu, 2 3 hari nih emak bertukar menjadi singa lapar!

Bye, nak tgk fairy tail

Sunday, February 19, 2012

Dating.


Ha tu gambar masa muda belia. Eh, kasut biru adidas samoa tuh akak ada lagi sampai sekarang. Elok je lagik.

Ada ex bf sekali disitu. Larikkkkkk!

Tiba2 ada orang tag gambar ni kat FB. Aku pon dah lupa ntah bila aku ada gambar nih. Atau aku dah buang. Hehehe... Sepatutnya orang tu yang buang gambar aku tapi aku pulak yang buang gambar dia apehal?? sah2 aku yang buat hal.. Larikkkk lagi.

Gambar kat mana ni meh? Surrey ke woking?

Tadi pagi2 buta pukul 5am, Mohd Rafi dapat call dari kawan merangkap anak ikan dia yang mengatakan keter masuk lumpur tak boleh jalan.

So dia pi la tolong kejap. Since dekat round about kat rumah tu je.

Pastu dia dtg rumah aku kejap bersihkan keter. Eh, pastu akak terdengar suara pompuan.

Bila dah balik tu tanya Mohd Rafi.

Ada apa tu?

Mohd Rafi kata, Ali baru balik dating, ngantuk agaknya pegi langgar lumpur kat round about.

Akak nganga kejap...

Gituuuuu...pukul 5 pagi baru balik dating.

Kau mampoooo??

Pastu aku malas nak tanya lagik sebab Mohd Rafi tak suka akak tanya soalan mcm polis pencen.

Friday, February 17, 2012

Jumahat.

Tahniah Puan Kher yang sudah berjaya akhirnya mengeluarkan Lil Mujahid beliau di hari jumaat inih.

Pahat pon keluar pagi jumaat. 2 pagi gituuu..

Pahat dah 3 hari kena cirit birit uollss sampai bontot dia melecet setiap kali berak dia melalak2.

Akak ado letak cream beli kat klinik. Kadang2 sapu minyak gamat. Siannnn Pahat tau.

Yang bagusnya berak2 pon selera tetap ada. So kurang sikit risau.

Akak ada masalah.

Masalah akak ialah akak takde selera makan, iaitu akak langsung tak rasa lapar.

Dalam erti kata lain, tak makan pon tak apa. **lagik bagus kalau aku puasa kannn? tapi period kaedahnya.

Akak ada baca, pesakit diebetes selalu mcm tuh uollss.. aiyooo tapi akak check darah nan hado. Tapi itu 6 bulan lepas la.

Kalau aku makan pon ala2 suku pinggan sajork. Apesal meh??

Kannn uollsss... dapat makan banyak2 pon satu nikmat Allah juga ye. Tapi awas jangan terlebih!

Puan Kher pantang elok2 yah!

Thursday, February 16, 2012

alhamdulillah :)..rejeki lagik.

Alhamdulillah... ada lagi rejeki2 orang offer arini.

Ketahuilah walaupon sedikit besar ertinya buat kami. Alhamdulillah...

Semalam Pahat kena cirit birit. Aku tak pegi klinik. Sebab ingatkan kejap.

Sambung ke hari ni. Siap melalak2 menanges2 saket perut.

Jadi, akak pegi klinik terdekat. Klinik Hanita tuh. Dalam purse ada RM50 sajork sebab aku malas nak pi bank kuarkan.

Tawakal je lah. Kang kena charge lebih RM50 aku pi draw kejap kat Alamanda.

Jumpa Doc. Doc kata as long as dia ada selera nak susu dgn makan it's ok.

Dapat 4 ubat. Akak dah seram okeh takut tak cukup duet.

Kena RM33 sajork. Nasib baik. Huhu..

Nasib baik Pahat takde masalah makan ubat. Bagi je dia nganga.

Actually dia takde masalah makan apa2. Asal orang bagi dia makan tak kisah la masam ke pahit ke tawar ke manis ke...

camtuh DBKL sangat anak aku. Senang hati mak suka hati nak masak apa pon. Tak macam apak kau cerewet kannnn???

Tadi malam perut akak masuk angin, sebab selalu sangat makan lewat. Dan skrg nih akak memang kurang selera sikit sebab period kot. Makan sekali jah sehari. Breakfast minum milo atau makan karipap jah. Makan tengahhari merangkap dinner pukul 3 atau 4 petang. Kau mampooo??

Haih...apa lagi aku nak merepek ni setannnn??

Wednesday, February 15, 2012

Rezeki

Pahat di Klinik Desa. **gambar lama.

Ha tu klinik desa berupa rumah papan. Bila kau jalan bunyik ''krikk..krikkk"

Gituuuuuuuu...

Akak pi jumpa Doctor semalam. Doctor kata ok jah. Tunggu 1 tahun 6 bulan kalau dia tak reti cakap lagik jumpa dia balik.
Best tau Doctor tuh, muda lagik boleh gelak2 dengan akak lagi dalam tuh.

Akak baru lah perasa setelah berjumpa dengan kawan2 lama yang FB akak dipenuhi dengan status Pahat.
Bila jumpa kawan yang lama tak jumpa nih, diorang akak cakap:

'ooooo...ni la Pahat? Selalu tengok dalam FB je..'

'ooo ni Pahat yang selalu sebut dalam FB tu eh?

Gituuuu..Pahat menjadi glamer. Clust Pahat!

Citer Pasal rezeki,

Akak dapat cheque lebihan bayar insuran lagik. Ntah berapa banyak aku terlebih bayar ntah.

Dapat 100 jah. Tapi itu pon rezeki bukan??

Nak cakap pasal rezeki ni, datang dari pelbagai punca.

Anak ramai pon rezeki bukan?? Sebab ada orang bukan main susah nak mengandung.

Dapat duit rm10 pon rezeki bukan?? Sebab ada orang nak dapat RM10 sehari pon susah.

Dapat Makan free pon rezeki juga, ada orang tak makan sehari.

Dapat kawan yang baik dan suka menolong juga rezeki, ada orang dapat kawan makan kawan.


Ye...banyak lagi bentuk rezeki bukan dari segi wang saja. Akak bersyukur walaupon kekurangan wang sekarang tapi akak dikurniakan rezeki 'HAPPY' duduk rumah kaedahnya.

Ada aku kesah orang cakap aku ado degree oversea ke hapa tapi dok rumah? Asalkan aku tak mintak det kau sudehhhhh!!

Yela... akak tengah carik keje lah niii..!! Mujur jumpa kawan2 lama. Dapat juga korek2 keje kosong. Kalau ada REZEKI insyaAllah ada lah...

Monday, February 13, 2012

aih, the reason why..

eh, ropa2nya sebab aku demam+sakit tengkuk+ merangkap sakit kepala + sakit badan adelah disebabkan oleh ulser2 yang bermaharaja lela di tekak.

Oihh... bukan 1 atau 2 ye... tapi banyakkkkk.

Punyala gigih aku menyuluh tekak di malam2 hari menggunakan lampu picit a.k.a henpon zaman batu ku itteww... Kau ado?

Rupanya banyak ulser kat tekak. Oih!!

Tapi kenapa kah ulser boleh ade kat tekak??

Dan kenapa pulak ulser tu menyebabkan aku kesakitan seluruh badan.

Tolong Doctor2 jawab. Akak pose2 malas nak google.

Korang baca paper Metro semalam tak? citer frontpage ittteww yang bertajuk sumpah darah?

Gila babi ke hapa budak pompuan tu dan boyfriend dia having sex setiap kali dia period? Keluar haid?

YUK!! nak muntah akak baca tauuu... Pengotor gila okeh. Kau boleh bayangkan tak time korang berdarah2 itteww boleh pulak boyfren dia ghairah disitu... Vodoh!!

Kang kalau kena SIPLIS dua2 ekor jangan sibuk mintak simpati pulak! Keji sungguh la budak2 zaman sekarang nih.

Hormone Endorphine

okeh, semalam sedang akak bersakit-sakitan dirumah, tiba2 Mohd Rafi ajak Pahat keluar beli air vitagen.
Keji sangat kann ajak Pahat je? Akak pon jerit dari jauh nak ikott!

So pegi Alamanda. OTW aku call CD Owner.
Sampai Alamanda Fiza call kata nak datang. Pastu aku xde kat rumah.. Rasainnnn kau datang tak call aku dulu. Pastu dia pegi Alamanda.

Then Cd owner stalk kitorg okeh. Keji kan nak stalk2 orang?? Then Aisar, Yanti dan Inn+Bak

Wah... tetiba menjadi meriah disitu. Lalu berborak dekat tengah jalan. Tiba2 akak menjadi sehat gituuuu.. Sebab akak happy dapat borak2 dengan kawan surrey.

Mohd Rafi tukang kejar anak dia. Fiza tukang amek gambar. Tapi Fiza, motipp kau amek gambar aku pejam mata??? Sabotage kahhh???


Eh, akak amek gbr passport kat Alamanda semalam. Tapi motipp dia tak bagi softcopy? Dah la printer 3 in 1 aku tu tak boleh nak connect dgn laptop i dont know why.

Kejihhhhh!

Semalam balik akak goreng ayam, masak sayur bening, telur masin dengan sambal belacan jah.
Sebab aku masak banyak, merasa tengah hari ni makan benda yg sama.

Kalau Pahat behave, akak nak buat karipap pusinglah uollss..

Bye...akak nak hantar resume tapi tak letak gambar.. Boleh kah??

Sunday, February 12, 2012

tak boleh tido uollsss..

Kaedahnya akak baru jah siapkan rainbow kek customer. Lepas ittew, time nak deco lupa icing sugar habes pulak.

Takde keje haku pukul 12 malam nih nak pegi kedai carik icing sugar. Itu pon kalau ada dan kedai bukak lagi.

Tunggu esok pagi la yek..

Eh tadi tengah hari akak gigih bawak Pahat makan kenduri kat akikah anak Sid. Kena la makan cepat2 uollls... Sedaplah. Tak bau kambing pon. Kueh pon sedap. **matila tak sedar diri tak masak tengah hari.

Pastu balik akak terjelepuk kat tilam kedemaman. Dah 2 3 hari pon badan akak saket2.

Akak lapar lah uolls.. Arini akak masak lauk tak sedap. **matila dah mesken makan nak sedap jah.

Akak ingat esok nak masak nasik tomato lah. Eh, tapi tadi akak terfeeling2 masak nasik banyak lah pulak.. Merasa lah makan nasik goreng jah.

Mohd Rafi pon dah tau komplen balik2 nasik goreng jah.

Akak bukan apa uolls, nak menyelamatkan nasik tuh, jadi merasa hari2 sarapan nasik goreng.

Ada orang tanya akak tau, best tak duduk rumah? gila tak best?? Mestilah best. Duduk rumah layan Pahat. Yang tak bestnya money...money...money jah. Oih, aku nak amek gambar passport nak isi borang keje pon kena tunggu ahad Mohd Rafi cuti.

Abes tu nak bawak Pahat amek gambar sekali? ntah kemana2 dia merayau. Kang hilang anak akak meraung bapak dia.

Eh, akak baru baca gossip Najwa Latip beli keter cash. Walaupon lagu dia nan ado chorus dan monotone **tetiba terkutuk. Tapi dia mampu okeh beli keter cash.

Macam ni akak nak jadi penyanyi jugak lah. Boleh cepat kaya. Boring lah jadi mesken...**Larikk.

Saturday, February 11, 2012

Saket

Hoih, mengapakah sejak berumur 30 series... nih badan selalu saket2?

Kepala pon selalu saket2. Makan paracetamol tak jalan aku telan ponstan.

Adekah sebab dah jarang exercise. Bukan jarang ye... TAK PERNAH.

Merasa la kau kannnn??

EH,pastu akak pegi check up Pahat kannn, Nurse tu buat appointment dengan Doctor tau next week. Sebab, dah 1 tahun 4 bulan sepatah haram perkataan pon Pahat tak reti cakap.

Arahan dia paham. Kalau suruh bye bye ke, kiss ke, amek henpon emak yang malas nak bangun ke..**matilah.. suruh baca doa ke..

Tapi nurse tu kata masalahnya dia sepatutnya dah bercakap 1 2 patah perkataan.

Jadi next week kenala akak jumpa Doctor.

Akaknan ado lah risau mana tapi dah nurse tu suruh, akak pon pegi jahhh.

Hoih...bye, saket badan.

Tuesday, February 7, 2012

Terkunci

Motippp update sejam sekali??

Kasik chance la uollss... Esok2 kang akak dah terminate broadband nih nan hado nak update bagai...

Arini akak dah bersiap2 keluar pegi rumah fiza sebab nak pegi Nilai 3 carik barang sourvenir untuk customer.

Pastu, kunci rumah Mohd Rafi bawak. Kunci lagi satu dalam kereta. Masalahnya, cemana nak bukak mangga grill rumah kannnn??

Akak call Mohd Rafi keji nak mampus dia busy tak boleh anta kunci.

Akak dah pakai tudung tau uollssss..

Akak suruh CD Owner kat cyber, tak rehat katanya... Kau mampoooo tak rehat????
Kannnnnn????

Selepas 2 jam, akak fikir2... Baru teringat yang mangga dapur guna kunci lain sikit.

Oih nasib baik boleh bukak tau... Tapi Pahat pulak tido. Tunggu dia bangun lah.

Termination

I decided, sementara nak dapat kerja atau dapat catering job yang boleh support hidup, akak nak terminate benda lagha yang menambahkan bil seisi rumah.

Termasuk, broadband maxis dan juga bil maxis. Lepas ni guna prepaid sajork. So sapa2 feeling2 bagi msg akak tak reply tu sila mau hengat.

Then, channel2 yang tak perlu dan mahal seperti channel sport tuh. Mohd Rafi jah yang tengok. Kesimpulannya akak amek channel yang basic RM39.90 tu jah.

Lagi apa yang aku perlu kurangkan eh??

Nak kata kurangkan makan luar memang hari2 aku masak. Kurangkan jalan2 pon memang duduk rumah je pon.

Biasala kan, orang yang takde duet haruslah fikir cemana nak carik duet. Orang yang banyak duet tengah fikir pulak cemana nak habeskan duet bulan depan gaji.. **matilaaa..

Duet simpanan akak cukup sampai bulan depan sajork.

Bulan depan lagik kalau nan ado income terpaksa lah emak jual emas Pahat... ** sorry pahat, nanti emak ganti balik.

Eh, takpe lah kan akak tulis perihal kemeskenan akak disini. Nanti bila akak dah kaya akak tak lupa diri kaedahnya.

Byeee!!

Sunday, February 5, 2012

Perihal mesken bertambah mesken.

Akak nih bukanlah mesken hina sangat uollss... Mesken lite2 sajork.

Bukan mesken takde duet. Tapi mesken sendiri cari pasal hutang banyak sangat katanya..

Rasainnnn!! Nasib baik aku dah terminate credit card buat repayment tiap2 bulan jah. Koser akak menambah2 hutang. Credit card nih memang lah yang paling jahat sekali okeh.

Aritu akak buat catering kaedahnya akak angkut periuk emak aku yang besar ke KL since musim kenduri emak akak dah tamat katanya. Emak akak selalu buat kenduri ujung tahun gituuu..

Pastu set buffet dengan pinggan akak pinjam emak Filla. Periuk nasik karen pon pinjam emak FIlla. **Matila buat catering tapi barang semua pinjam.

Gelas plastic akak punya tau.. akak mampu beli lagik. Senduk pon akak punya tau..

Ala... lagipon emak Filla yang offer akak guna since dia banyak gila pinggan mangkuk.

Akak ado set buffet sendiri tapi kecik jah. Kalau untuk 20 org cukup lah. Ada yang bulat tuh tapi 1 jah.

Sebab tu akak kata akak mesken lite2 sajork.

Eh, aritu kaedahnya job offer tuh rupanya barang yang lecturer tu nak guna tak boleh bawak masuk malaysia. Illegal katanya, boleh menyebabkan radiasi gituuu..

Tapi akak ado job offer lagik satu. Tapi lambat sikit lah masuk, ntah next sem ke hapa agaknya... **belom isik borang pon...

Semalam akak tengok KBSW. Love request. Documentary diorang pegi negara2 miskin. Semalam diorang pegi Ghana.

Ya Allahhh...nanges2 akak tengok. Sedih gila tengok budak lelaki tu umur baru 10 tahun. Parents dah takde. DIa hidup sorang2. Keje dia adelah melombong emas.

Kerja tu dah la bahaya. Dah tu kau tau sehari berapa upah dia? 40 sen sajork!!

Akak menanges tengok.

Dia kata mula2 dia sedih. Hari2 dia nanges sejak parents dia takde. Lama2 dia kata, dari dia nanges baik dia kerja cari cuet untuk makan.

DIa kata dia kerja tak kisah upah banyak ke tidak asalkan cukup untuk makan pada hari tu.

Bukan dia sorang je dekat Ghana mcm tu. Memang ramai lagi kanak2 yang hidup melarat terpaksa kerja sebagai buruh.

Budak perempuan pulak terpaksa kerja sebagai kayayo. Iaitu tukang angkat barang. Upahnya 10 sen sajork..

Terus akak nanges sambil bebel2 kat Pahat dapat makanan sepah2. Tengok tu dia tak mak bapak kena kerja bagai...

Akak rasa dari tolong negara yang kena bencana alam tapi masih boleh survive sendiri, baik lah tolong nagara2 yang miskin melarat mcm nih.

Kesian uollss... Akak rasa nak bawak budak tu jadi anak angkat pon ado. Kalau akak bagi RM10 sebulan pon dah banyak bagi diorang agaknya.

Oi Cd Owner, bila kau nak balik?

Hari2 pon emak cutiiiii..

Korang balek kampung kah?

Akak tak pose2 balik kampung dah sebab last week dah balik jumpa peminat2 Pahat kat kampung.

Eh, akak ado citer kah akak balik kampung tumpang Tipot?

Akak ada citer tak akak balik KL Mohd Rafi amek?

Takde kann??

Mula2 kann akak nak naek flight dengan Pahat. Tapi system booking online Air Asia sangat lah vavi.
Masukkan nama pahat tak boleh sebab 'has future birthdate katanya'
Padahal akak masukkan 8.10.2010

Lepas 40 kali selama 3 hari akak try tak boleh, akak call customer service.

AWAS!! customer service air asia charge RM1.95 per minute okeh. Mahal nak mampos.

Dia suruh akak kosongkan part birthday pastu proceed payment.

Gituuu...akak pon buat. NAN HADO boleh!! Puaka sungguh!

Akak pon pose2 malas nak call lagi. Kau nak mampos kalau 10 menet dah RM11.95 sekali call?? Koser mak!

Akak pon pose2 pasrah mau naik bus PLUSliner sajork. Tapi memikirkan anak aku ittew tak reti duduk diam akak nan ado beli tiket dulu.

Last2 Mohd Rafi kata dia datang amek akak kat kampung.

Hellooo..not for the sake bini dia okeh. Tapi anak dia.

Kalau tanya khabar pon tanya anak dia dulu. Keji sangat.

EH, sebenarnya aku nak update ilotskitchen tapi gambar semua dalam phone lama. Kejinya!

Friday, February 3, 2012

Penat tapi berbaloi..

Hi uollss..

Alhamdulillah semalam akak dapat order buat catering untuk 40 orang.
ALhamdulillah jugak ramai puji makanan sedap. ** ni bukan akak cakap tau...diorang cakap.
Alhamdulillah jugak berjaya buat semua sorang2 sajork termasuk mengangkut makanan ke atas, dan setting meja. Ala...lagi pon akak angkut guna troli uollss... Relax je akak angkut naik tingkat 4.

Alhamdulillah jugak kereta kenari akak tuh boleh dilipat2 menjadi VAN...gittteeww... keter kau ado?? Nasib baik semua boleh sumbat dalam tuh.

Gambar nan hado uolllss sebab henpon akak kan kena curik. Henpon yang ada nih yang skrin ijau tuh. Dah tu orang call memanjang off sendiri. Mati tak?

AKak sempat amek gambar 1 lauk jah guna HP Mat rapi, tu pon lepas tu teroff sendiri jugak. Matila laki bini mesken nak beli henpon baru.

Tapi uollsss, masak akak nan ado masalah, tapi BASUH PINGGAN ittewww memang bercinta sungguh okeh. Lepas ni nak hire bibik tolong basuh pinggan sajork.

Walaupon upah nan ado lah mcm gaji RATU MLM itteww 6 angka katanya...**matilah perli sapa tak tau. Tapi akak puas hati dan akak happy gitteww walaupon penat. Kau adoo buat catering sorang2??

Eleh emak Fiza boleh, akak pon boleh!! **tetiba emak Fiza jadi idola.

Akak nak ucapkan Terima Kasih kat Awin sebab order dengan akak.
Terima kasih kat Mohd Rafi yang balik keje pukul 12 malam ***pengsan tepi pintu. Terus ikut akak pegi pasar, pastu volunteer basuh ayam dan ikan keli bagai.

Hoi..nak cakap basuh ikan keli bersihkan segala kau hengat senang?
7 kilo ikan tuh mula2 kena tuang garam supaya ikan tu mampus. Ikan keli tu kan kadang2 liat nak mati. Ni kena tunggu 30- sejam baru dia mati. Pastu bersikan ikan guna serbuk kunyit utk hilangkan lendir2 kat badan dia tuh. Pastu bersihkan ikan buang isi perut dia tuh. Pastu akak suruh Mohd Rafi kelar 2 ikan tuh supaya goreng lebih garing gituuu.. Pastu kena rendam dengan air asam untuk hilangkan hanyir, pastu basuh dan boleh di goreng.

Ha akak nak cakap, makanan akak memang takde problem,. Tapi minuman akak ya ampunnn hazab uolls.. Sebab Tong Air akak tuh mcm bocor okeh air asik keluar meleleh. Dah tu akak terpaksa pinjam jug kawan akak transfer air dalam tuh.

Aiyooo...Pahat dah bangun pulak. Bye!

Wednesday, February 1, 2012

syarikat telekomunikasi berPUAKA

Hi uolllss, akak dah balik kl.

Semalam akak pegi amek cheque insuran terlebih bayar, alhamdulillah, time2 mesken dapat jugak duet.
Pastu pegi cimb nak masukkan syiling dalam account mesin pulak rosak.

Eh, lupa nak cakap, akak angkut sekali Pahat ye..

Pastu pegi Maxis, sebab henfon akak kena curik so akak nak buat simkad baru guna no lama.

Aiyooo...tobat akak nak bawak Pahat pegi buat urusan sorang2... dia sibuk nak berjalan, bila akak dukung nak turun sambil meraung2... pastu dia suka sentuh2 orang lain tau.. Orang2 disituuu dah jeling2 akak. Keji.

Pastu bila nak buat kad baru tu orang maxis tu suh akak bayar yang broadband punya outstanding.

Eh, akak cakap broadband akak masuk dalam bil telepon.

Pastu dia kata ada akaun broadband outstanding.

Vavi tak? rupanya kes yang dulu maxis alamanda salah masukkan akaun. VAVI tau..

Akak tak halalkan duet akak bayar itteww sebanyak RM144
sebab akak tengah mesken uolllsss..!

Dah la budak yang attain akak tu kerek nak mampus senyum pon tidak. Lagi la menhangatkan lagi perasaan kuuu inih!.

Eh, aritu akak citer ada orang offer jadi RA kan? akak dah bagi email setuju last 2 week. Tup tup...senyap jah sampai sekarang... Sendiri mau ingat kannn?? Mesti Bos dia tak approve.
Verangan konon nak beli laptop. Kannn?? Takpelah nan ado rezeki uolllsss..

Sebut pasal rezeki, akak apply lah bantuan 1 malaysia tuh sebab akak kan layak gituuu... Dah lulus gituuu.. Alhamdulillah... uollss jangan nak cerca2 akak ye apply benda tuh, sah-sah akak mesken dan layak.

Orang2 bergaji banyak tak payah nak cerca orang lain sanggup beratur kerana duit 500 itteww ye, bagi orang yang mesken 500 tu banyak benda boleh buat.
Keji sangat kutuk2 orang gigih menapply bantuan itteww!

Bye, akak nak masak sarapan nasik goreng!

iklan