Monday, August 13, 2012

Resepi Tat Gulung

Ha..bersempena bulan yang mulia akak nak share resepi tat gulung yang akak dok buat jual tuh.





Jem Nenas

2 biji nenas yang muda. Kalau beli yang dah masak kurang masam sikit dan nanti jem nya lembik sikit + nanti dapat sikit je, silap2 segenggam jah korang dapat. Dan sila cari nenas MORIS bukan nenas Madu, sebab nenas madu tak masam dan banyak serat.

2 biji nenas nih korang boleh dapat dalam 3 balang sahajork. Iaitu 150 biji sahajork. Kalau feeling2 nak bg emak mertua dan juga emak sendiri kau guna  la 10 biji.

So, nenas tu korang kupas. Buang mata dia. Lepas tu basuh dan blend. Kalau korang rajen nak parut, parut lah. Kalau dah sampai 10 biji mau tak crame tangan kau. Lepas tu tahun depan nescaya kau tobat nak buat tat gulung. Eh, tetiba buat jem nenas pon jadi panjang pulak bebelan akak.

Lepas dah blender tapis masuk dalam periuk. Air tu simpan untuk blend the next batch. kalau nak korang gigih nak tungguh jem masak boleh masukkan dalam periuk sekali.

Pastu masak sampai nenas tu agak kering dah air pon dah kurang baru la masukkan 1 cawan guna. Kalau nak manis tambah sikit gula lagi. Pada akak 1 cawan ni biasanya dah ok.

Masak lagi sampai jem kering. BIla nak masukkan gula sila kacau SENTIASA, kalau tak nanti hangit jangan salah kan akak. Kalau malas nak tunggu kering, sila tutup api, nanti sambung lagik mcm akak selalu buat.


ADUNAN TEPUNG

500g butter
2 biji telur kuning
130-150g gula icing - suka hati nak letak berapa sebab jem kan dah manes.
100g tepung jagung
800g tepung gandum.

Gaul butter dengan gula. GAUL ye bukan pukul. Tak payah pukul beriya pakai mixer segala. Pakai wooden spoon je kacau2 pakai tangan. Pastu masukkan telur, gaul sekata. Pastu campak tepung gandum dan tepung jagung dalam tu. Uli sampai sebati. Try pam guna acuan semperit tu, kalau dia keluar kembang2 tu masukkan tepung sikit dan uli lagi. Kalau nak pam mcm nak terberak masukkan butter sikit lagik.

Dah pam potong lebih kurang 2.5 inci, gentel jem jadi lonjong2 dan korang roll tat tu.

Ala, nantilah akak amek tutorial bergambar. Eh, tapi arini akak nak pulang camera dah. Nanti lah bila2 akak feeling2 rajin akak buat tutorial bergambar sebab nak menggulung tu perlukan skill jugak. Kalau tak nanti buruk jadinya.

Pastu amek telur kuning masukkan dalam mangkuk kecil. Masukkan air dalam 5 titik, letak coloring kuning atau akak selalu guna serbuk kunyit jah. Asalkan dia jadi warna kuning.

Pastu sapu telur kuning tadi atas tat uollss.

Bakar pada suhu 160c selama 20 menet. Bergantung pada oven. Atau pon asalkan bawah dia kuning sikit je korang angkat terus. Jangan tunggu bawah dia coklat nanti dah tak gebu.

Sekian... Ada pertanyaan?

Berzakat atau bersedekah perlu meh bagitau orang??

Uollsss... akak ni sorry eh nak cakap bulan2 puasa ni jangan nak judge orang bukan2...

Main sedap2 rasa cakap aku tak bayar zakat  kan?? Hellloo uollsss suka2 je kann buat andaian mentang2 aku tak pernah citer aku bayar zakat atau bersedekah sedap2 cakap aku takberzakat bagai.

Lepas tu cakap duet aku tak cukup sebab tak bersih walaupon dah buat kueh raya kann??

Sentap gila nak mati aku baca.

Akak ada target akak buat kueh raya dalam beberapa amount akak nak simpan duet tu. Duet bonus tu sebenarnya akak plan nak guna untuk raya bagai. Siap akak plan nak belikan baju raya utk orang yang mesken dekat kampung akak...**ini perlu ke cerita.

So, alhamdullillahhh, duet repair kereta RM650 tu aku guna duet aku simpan untuk waktu kecemasan. Duet untuk raya aku dah cut budget so usik sikit je duit untung kueh. Then insyaAllah, target duet untung beberapa amount tu masih ada.

Dah tu jangan cakap aku duet untung banyak2 tak bersedekah pulak kannn?? hellooo aku pernah ada rm15 dalam wallet, orang mintak derma aku bagi rm10. Rm5 tu je yang tinggal dalam wallet.Ini nak kena cerita jugak ke?

Jangan ingat orang tak pernah cerita kat blog, maksudnya dia tak pernah berzakat atau bersedekah. Nak kena letak resit kat sini ke setiap kali menderma?

Nak aku letak transaction dari bank ke setiap kali aku transfer duit kat orang susah??

Suka2 je nak judge orang. U dont know me okeh sedap2 nak cakap duet orang tak bersih sebab tak berzakat.

Lagipon berzakat pon dalam islam bukan perlu ke kaunter2 zakat bayar zakat. Kalau kau boleh cari orang miskin dan bagi kat diorang pon di kira zakat juga.

Malas haku nak layan orang2 macam nih. Kejap lagi kang aku tukar sapa nak komen kena mintak permission dulu.

iklan