Wednesday, March 31, 2010
Kadang2 menyampah baca komen anoyying..
Akak nih uollss letak la status ' Saket gila pinggang..'
kat dalam FB nun.. ade pulak yang komen.
' Terlebih overtime ke tadi malam. Be carefull k, time mcm ni x boleh lasak sangat'
Pengomen tersebut adelah lelaki. Ok fine. Akak reply:
'Malas nak komen. Laki aku keje shift malam minggu ni xde masa nak buat bukan2'
Dia reply ' Boleh percaya ke?'
Sorry la eh.. Akak tak kiss n tell apetah lagi sex and tell. Akak x kuasa nak cerita berapa kali having sex or watsoever kat orang. Perlu ke nak anggap benda2 macam tu???
Dan ini bukan kali pertama dia komen mcm tu. Kali ni, akak terus delete uollss post status tuh. X kuasa okeh ada ex student akak kat FB akak tuh, Mak bapak Fiza, Kawan2 yang belom kawen lagi..Nan ti diorang baca x kuasa akak nak menjawab. Dan ada kawan2 Mohd Rafi jugak dalam FB.
Kalau ko rasa ko nak sex and tell, letak kat status sendiri. Jangan keluarkan kat FB org lain.
Nak buat assumption lucah sila ke FB org lain. Kat FB akak, akak delete terus. X kuasa nak layan.
Lantak la kalau orang lain suka. Yang penting akak x suka. Bolehhhhh???
Tuesday, March 30, 2010
Pinggang adelah saket....
Tunggu balek kampung nak pegi berurut..
Aku sejak pregnant bak kata Cik Lee kan di serang amnesia. Pastuh aku lupa check up aku 1 hb itu adelah hari khamis merangkap hari tutorial sedunia.
Nak pegi petang mcm malas la puler sbb cuaca skrg adelah panas.
Dan aku lupa aku dah janji dengan student untuk bagi solution for last week tutorial question sbb ada 1 soalan tu x sempat nak buat.
Oh... seriously aku saket pinggang..
And aku adelah paranoid dengan check up minggu nih. Kenapa kah??
Sbb aku trauma dengan pregnancy yang lepas. Yela.. without any sign dia dah xde..
Even kau berhati2 pon, even kau jaga sepenuh jiwa pon.. kalau bukan rezeki kau ia tetap pergi.
perasan tak, orang yang x nak anak tu, dikurniakan pregnancy yang cukup mudah. Ade yang minum air nenas bergelen pon tetap x gugur.. Selamat pulak tu melahirkan bayi dengan Normal.
Sedangkan orang yang betul2 inginkan anak, bukan je morning sickness, nak mengandung pon setahun baru lekat..**aku la tu.. Lepas tu mcm2 dugaan ketika mengandung. Bleeding la... fatique la.. nausea lagi..pening2 lagi...
Start minggu lepas, loya dah kurang cuma sekali sekala. setiap kali aku x rasa apa2.. Maksudnya tak rasa pening atau loya, aku rasa paranoid... Sbb aku takut itu tandanya bayi tidak bertindak balas.. If you were me, you will feel the same too..
Perut pon tidak lah menunjukkan kebuncitan yang melampau membuatkan aku lagi paranoid. Cuma breast aku ade besar okeh sekarang nih. Pastu saket dan sengal.. Pergh.. Kadang2 tuh dalam ofis aku rasa mcm nak bukak bra pon ada sbb sengal..
Aku cuma harap kali ni bayi ini kekal sehingga melahirkan.. Aminnnnnn...
cepat ramai2 aminkan!!
oi...TM oi...
Tension akak okeh. TM nih punya service memang la mcm Hanj tau..
Ke dua. Akak penat gila 2 3 hari nih carik rumah sewa. Makcik kg Limau Manis tuh time akak call cakap ada la rumah sewa, time akak nak tengok, call banyak kali never la angkat.
Last2 kat Desa Pinggiran ade rumah kosong. Tadi malam jugak pegi tengok.
Rumah ok la.. Dapur pon x sempit sangat. Cuma toilet tu nak kena repair sikit kot.
Sewa RM550 deposit sebulan sajork. Tapi kaedahnya akak mintak kurang RM500 owner x bagi uollss... So, kawtim punya kawtim, dapat la RM525... boleh la tu uollsss...
Tapi rumah tu ada orang duduk lagi sebenarnya. Ujung bulan baru dia pindah. So x dapat la nak amek kunci bagai..
Akak dah malas nak pikir2 carik rumah dah. Akak amek je la rumah tu. Lagipon deposit pon sebulan je. X beban sangat.
So, petang ni nak pegi bayar deposit bagai kat UKM. Fakulti Pengajian Islam. Menurut penyewa lama, beliau adelah seorang ustaz. Harusla akak bersopan santun hari inih..
Sunday, March 28, 2010
Downtown...downtown...dan downtown lagi..

Tengok tu muka dah itam asik berjalan tgh panas sajork.. Dah nak sama dgn Mohd Rafi.
Uolllss... laki akak nih suka sangat pegi downtown kaedahnya sebab kat situ dia boleh beli baju RM5 dengan seluar chap ayam yang murah..
Motifff laki orang lain suka pegi Pavillion, KLCC bagai laki akak suka pegi downtown.
CD Owner : Kan aku dah cakap dgn ko, first time datang Downtown laki aku mesti suka pegi situ.. Merasa!!
Jumaat malam dah pegi downtown.
Pastu sabtu semalam pegi beli barang servis kete. Singgah rumah Leed. Akak kan suka uolls pegi rumah dia tgk Aishah kaedahnya.. Tapi Aishah tetap kerek dgn akak. Pastu pegi tesco beli barang dapur.
Dan pegi maxis kena tunggu lama gila nak tukar no supplimentary line. So, senang, akak call mohd rafi free sajork.. Dapat henpon canggih.. Muahahaha.. Berbaloi jugak la sbb kat luar henpon tuh mahal jugak..
Hehe..akak dapat duit terpijak uolls.. So ketepikan duit spa dgn kunci, duit pindah, yuran master dan simpanan. Lebihnya dpt la henpon murah yang baru..
Cik sha, jangan nak kutuk mak punya henpon lagi okeh. X de la akak malu uolls nak keluarkan henpon didepan student. Motiff student skrg pakai henpon semua lebih canggih dari akak???
Balik rumah sempat rehat sejam, pastu kuar balik pegi carik rumah. Hampa lah.. Semua mcm mahal je. Ade tu deposit sampai RM3k. X kisah, boleh je bayar deposit banyak tu. Tapi tiap2 bulan belum tentu lah nak bayar sewa mahal mcm tu. So, cancel la kwsn puncak jalil + Equine.
Pegi Desa Pinggiran, ade 1 rumah sewa tapi owner ittew akak call nan ado lah jawab. Kejiii tau.
Pastu alang2 singgah rumah Filla, tumpang kencing dan semayang. Culik kawan Mohd Rafi dan pegi Alamanda carik Cherry kat cold storage.
Tapi ado cherry??? Nan ado okeh... Ado blueberry, rasperry dan strawberry... Dengki tau cherry nan ado..
CD Owner kata di KLCC juga nan ado cherry di MBG. Ado kotak sajork... Kejam tak???
Akak dah gave up. Sape jumpa cherry bgtau akak okeh.
Lepas tu uollsss... Kawan Mohd Rafi kata dia x pernah pegi Downtown.. SO, Zasssss! Laki akak tu sepantas kilat bawak kawan dia tu pegi downtown... Sentap tak hari2 ko nak melepak kat downtown tuh..
Akak pose2 tido kat belakang. Akak suruh kawan dia, joe tu duduk depan. Sampai downtown akak cakap dgn Mohd Rafi.
'I tak nak ikut. I penat. I nak tido kat dalam keter je'
Pastu Mohd Rafi kata, 'U kata kan semalam nak buat inai..'
Wah, terus akak laju bangun. Semalam dia x bagi akak buat henna. Arini bagi pulak. Rasuah la tu kan?? Tapi akak pose2 duduk kat tempat henna tuh pastu akak suh dia pegi jalan2 dgn Joe. X koser aku nak ikut. Penat okeh. Akak skrg nih jln kejap je dah penat + pening.
So akak buatla Henna. X ramai org sbb kedai baru bukak.
Ni tengah buat lagi. Belom siap. Merasa akak customer first.
Ni rupa bila dah siap. Chantek kah tangan akak?? Larikkkk!!Ohh..harga buat henna ni ada RM5, RM8 dan juga RM10.
Pastu akak tunggu Mohd Rafi bawah pokok duduk atas batu depan kedai Henna tu. Sbb akak kedai henna tuh tengok akak mcm kesian agaknya, dia suh duduk kat kedai dia. Harusla akak segan uolls.. So akak duduk kat bawah pokok ittew sajork tengok orang lalu lalang.
Balik, akak duduk kat seat belakang, tido sampai rumah..
Arini duduk rumah sajork. Penat berjalan.
Friday, March 26, 2010
Topic semalam..
Tengah hari call streamyx sekarang nih boleh guna. Tapi telepon rumah??? harammmm jugak x boleh guna.. Akak dah hangin nih. Padahal semalam akak check nan ado outstanding balance. Semua akak dah bayar okeh..
Okeh.. Pasal topic semalam.. Ramai lelaki tak paham kenapa pompuan nak mengamuk sangat pasal orang ke tiga?
Bukan masalah kawen dua or so. Tapi masalahnya kau betul2 mampu ke kawen dua?? Banyak ke ko bagi nafkah kat bini kau?? Kalau setakat sewa rumah pon bini yang bayar, x payah la berangan nak kawen dua..
Lagi satu, kalau pompuan lagi satu tuh boleh bertolak ansur dan tak TAMAK mcm tu laki dia sorang xpe la.. Ini simpan laki dia kat rumah seminggu tak balik2 rumah bini first. So, where the justice?? Lagi hanjeng bila madu tu memburuk2 kan bini lagi satu sampai laki dia yang dah kawen 20 tahun dgn bini first tu percaya. Bodoh tak jantan tu??
Syarat akak senang, nak kawen dua suka hati kau, tapi kau boleh adil kah? Mampu kah?? Boleh ke kedua2 wife berbaik??
I tell you, arwah bapak akak juga kawen dua. Tapi dia ceraikan bini ke dua dia tuh sebab caught in the act dia maki2 mak akak kat rumah. Masa tu dia ingat bapak akak dah pegi keja. Tapi bapak akak patah balik sebab arwah nenek akak bagitau dia. So, dia jumpa second wife dia tu maki2 mak akak dengan kata2 yang kesat masa tu mak akak tengah tidokan abang akak. So arwah bapak akak ceraikan dia kat situ jugak..
Kalau second wife tu baik dan sedar diri xpe la jugak. Yang ramainya adelah x sedar diri.
Lagi satu, akak pantang sekali kalau lelaki suka menipu. Kalau ada scandal cakap ada scandal. Jangan nak berdating2 tengok wayang atau berzina. Kalau dah suka sangat cakap je dengan bini kau ko suka kat someone. Terpulang pada bini kau nak buat keputusan.
Buat lelaki, kalau sendiri tak perfect tak payah salahkan pompuan untuk jadikan alasan kawen dua. Buat orang ketiga, kalau rasa diri tu orang ketiga, jangan nak TAMAK dan x sedar diri..
Sekian entry emo lagi.
Thursday, March 25, 2010
Topic Hot FM : Orang ketiga..
Pastu ada pulak statement orang ke-3 tuh kan, yang BF dia merangkap suami orang ada Henpon lain yang hanya disilentkan khas untuk dia..
Macam siyal je statement.. Eh, helloooo ko dah tau dia suami orang yang ko pegi gatal tu kenapa kaedahnya..
Ada yang call husband dia slalu outstation.. last2... rupanya outstation dengan scandal.. Howww??
Pastu caller tu cakap dia x kan maafkan ex-husband dia sampai bila2..
Mohd Rafi kata : X baik la x maafkan orang sampai bila2.. Semua orang dalam dunia ni buat silap lelaki ke pompuan.
Akak cakap : Jangan harap. Kalau i pon I x kan maafkan sampai bila2. Pegi mati la dengan dia kat akhirat carik I. Pastu kalau dia kawen dengan pompuan tuh I akan porak peranda kan rumah tangga dia sampai dia bercerai.. Rasainnnnn!
Mohd Rafi bebel2 kata x baik.. Ada aku kesah? Asalkan aku puas sudah...
Akak cakap kat Mohd Rafi, kalau nak kawen dua cakap betul2 x payah nak berscandal ke nakk berdating ke apa.. Pompuan lagi saket hati kalau kena tipu hidup2..
Weh, apesal banyak sangat kes Suami curang nih sekarang? Padahal jantan tuh bukannya ada duit. Pastu sibuk sangat nak kawen dua. Boleh tak sedar diri sikit??
Yang pompuan2 sekalian tu dah xde jantan lain ke ko nak kebas selain husband orang?? Ko hengat kalau ko kebas laki orang sampai orang tu bercerai berai hidup ko selamat kah kat dunia nih??
Time bercinta memang la jantan tuh cakap sayang ko lah, sehidup semati lah.. Bila dah kawen, silap2 laki ko carik yang lain yang lagi best pulak...
Eh, akak ter EMO pulak pagi nih..
Akak nak cakap sikit. Nak trust husband atau pasangan boleh. Tapi janganla sampai percaya membuta tuli kaedahnya... Segala resit2 yang uolls bayar kena simpan untuk menyusahkan dia di kemudian hari.
Tapi kita pon x tau apa yang akan jadi akan datang. Nak tak nak apa yang jadi kita kena terima dan teruskan hidup sambil2 tu doa kan orang yang menganiaya uolls tuh hidupnya tak tenang..
Boleh gituuu penuh dendam kesumat kaedahnya...
Kalau korang, apa yang yang uolls buat?? Adekah mcm akak?? Adekah hanya berdiam diri dan redha??
Wednesday, March 24, 2010
I tell you....
Sampai sekarang ni dia nan ado reply..
Mula2 aku suspect dia pon nan ado lah reti memjawab. Tapi rupanyadia cuti uollss..
So howw dengan tutorial nih esok??
Tapi akak buat la 1 soalan instead of 2.
Tutorial Logic Digit baru dpt pukul 3.30 td. Hmmmm....
Akak cuma nak cakap sikit. Akak tau lecturer busy.. Tapi at least bagila soalan tutorial sehari awal dari hari tutorial tu..
Yela.. eventhough bagi solution pon.. Ko hengat theyolls bagi solution penuh?? Paling2 pon solution sepatutnya 3 helai, yang dalam solution dia bagi tuh cuma 3 baris. Tak ke pitam tiba2 nak carik jawapan tuh..
lagi satu, bagi solution ke tak, tutor balaci macam akak nih tetap lah kena study dulu... Abes tu pegi kelas bodoh2 je salin solution. Pastu kalau student tanya ko nak jawab apa?
Jawab 'saya tak tau.. saya salin je solution nih'
Akak tau la akak hamba abdi je kat sini.. Main pass-pass suka hati je la kan bila nak bagi soalan dengan solution.
At least buat la solution dari 3 helai tuh jadi 1 helai ke... kalau 3 baris je akak pon confuse mana dapat jawapan..
Pastu akak nak tekankan di sinih.. Jadi tutor adelah sucks!!
2015 aku nak apply lecturer University Politeknik lah. Contract dengan U**M pegi mampos aku rela bayar balik.
Sekian.
Not so random..
Ok. tu bukan pointnya. Aku tgh tunggu lecturer bagi solution math sbb aku x brp paham sgt nak buat. So hopefully dia akak reply ASAP. Actually aku dh email dr semalam and no reply. I'm stuck okeh.
Ok. So the randomness of sunday:
Pastu jalaan masuk pool tu ada satu je, masuk dari belakang...
Bangang sangatlah!.. Aka x pernah lagi jumpa apartment ke Kondo ke yang diorang pegi pagar keliling pool tuh...
Akak kembur2 almari terjumpa pulak tudung tuh. Teringat pulak kesah scandal france/tganu. Dia yang bagi akak tudung tuh sempena dia balik kampung cuti summer ke winter ntah.. Pastu dia pos dari France. Tempat dia blajar la.
Tapi hubungan scandal tersebut tidaklah berjaya kerana ada seorang minah gila yang tiba2 xde feeling terhadap mamat tuh.. **akak le tu.. Kesian mamat tuh frust. Masa tu akak langsung xde mood nak layan dia. Dia call dari france akak neverla angkat. Dia email pon akak never la reply setelah akak memutuskan hubungan. Tapi skrg nih weolls dah jd friends balik.
Mamat tu pon dah berkeluarga. Akak harap dia happy sbb dia adelah lelaki yang lebih baik. Dia melayan akak lebih baik dari Mohd Rafi.
Tapi akak anggap xde jodoh je la.. Walaupon cd owner turut merasa kecewa akak memutuskan hubungan dengan mamat tuh.. Mungkin akak tengah gila pada masa itu akak pon x tau la...
Mula2 akak suka tau uollss.. Pastu kenapa ntah tiba2 akak x suka.. Howwww??? Ntah2 ada orang guna2 kan akak.. Wah! fitnah sangatsss...
Kesimpulannya, Kalau ada lelaki baik yang suka kat uolls, uolls terima je lah kaedahnya...
Tuesday, March 23, 2010
Aku dah agak dah...
Kalau dia pose2 nak OT. Akak pose2 kena tunggu dia jugak.
Apa yang terjadi bila balik mesti akak muntah2 pening2 uollss..
Sbb kehidupan sangatlah hectic kalau mohd rafi OT.
Pagi bangun 6.30 panaskan lauk. Buat breakfast(buat air milo jek..atau panaskan mee yang dah masak malam semalam) ko hengat aku rajen nak bangun pagi2 masak breakfast. Kalau malam x sempat nak masak sah2 makan roti ataupon minum air milo sajorkk... Paling x sempat, x payah lah breakfast kaedahnya..
Pegi pukul 7pagi. Pukul 8 tunggu mohd rafi balik. Sampai rumah biasanya pukul 9 malam.
Sampai2 rumah jek masak nasik. Keluarkan ikan ke ayam dr fridge pastu mandi dan semayang semua.
Siap tuh, masak lauk sambil2 iron baju. Pastu makan.
Pastu lauk malam tuh panaskan esok paginya untuk dibawa bekal..
Pastu pagi esoknya nak bangun macam badan naik roller coaster. Pastu merasa lah fasa pening sampai petang.
Aish... last week aku boleh balik pukul brp suka hati tanpa tungguu Mohd Rafi xde pon pening2 sangat mcm nih.
sacrifice la kann..?
Yela.. kenapa akak x beli lunch kat luar jek.. kenapa nak kena masak bawak bekal bagai?
Laki akak uolls dia x suka makan kat cafe kilang tuh. Dia rela beli nasi lemak kat tepi jalan pajam tuh. Akak koser lah nak makan nasik lemak hari2.. Lebih baik akak masak.. Lagi sedap okeh.. **sempat lg puji diri sendiri kaedahnya..
Monday, March 22, 2010
Every now and then...
I feel u babe.. Aku pon sakit hati gila baca pasal makcik x sedar diri tuh. Aku suspect dia dah bomohkan jantan tuh.. Yela sebelum2 tu kan dia sibuk bagi bekal kat jantan tu tiap2 hari...
Ko x rasa mcm ko nak jumpa makcik tu dan maki dia beramai2 ke??
Aku pulak yang Emo bila baca..
...............................................................................
Esok adelah perjumpaan Alumni ex-surreyian. Staff dari University of Surrey akan turun KL join. Venue adelah dia The Apartment KLCC. So, ex-ex student surrey sekalian boleh la pegi..
Aku TAK pegi sbb aku balik pon dah pukul 8malam. Ntah bila nak balik rumah tukar baju dan mekap bagai..
Lagipon Alumni nih tiap2 tahun ada kan? kan? kan??
..............................................................................
Vah..tutorial math dah dpt soalan untuk minggu nih.. sungguh cepat!.. So malam nih aku boleh siapkan!
minggu nih sah-sah aku kena balik pukul 8 malam sbb Mohd Rafi OT hari2.. Bermula lah nanti Fasa pening2 lalat bila aku balik rumah.
another year of our annivesary..
Or.. may be PD. Ni pon bakal kena maki jugak sbb rumah pakcik aku kat situ apehal sibuk nak tempah hotel?
or Cameron High perhaps?? Tapi tgh fikir ongkos juga sbb dua2 nih mesken.. so may be kat rumah je buat bodoh? How about that??
Mak aku nak pegi melawat anak lelaki dia yang bungsu kat jerantut April minggu ke 3 nih. Sbb mak aku dah sedih2 dia mimpi adik aku tu ikut jiran aku arwah poji tuh. Masalahnya jiran aku pon mimpi benda yang sama mcm mak aku. Dia mimpi adik aku ikut arwah adik dia. Pagi2 dia datang rumah mak aku, sambil nangis2 cerita.
Mak aku dan jiran aku tersebut bangun dari mimpi je azan subuh. Apekah maksudnya tu??
Akak seram memikirkannya sbb akak pon mimpi adik akak tu maninggal.. Tapi akak mimpi masa tido siang uolllss.. so kira x aci lah..
Did I tell you akak pegi tengok Pidato Peniti jumaat lepas kat Kolej 5? Saje tengok student berpidato since Filla jadi judge.
And, akak terserempak dengan one of lecturer kat sini td. Dia tanya apesal muka mcm x sehat? Adekah obvious muka akak mcm orang x siap?? Akak cakap la akak morning sickness...
itu sahaja update. Yang penting mak akak tuh sedang bersedih-sedihan sbb mimpi mcm tuh. Adik akak tuh pulak pegi camping kat Taman Negara nun 3 hari 2 malam.
Pastu yang mak akak tension, baik2 adik akak tuh boleh keluar tahun nih jadi delay pulak sbb dia kena denda sebab akak sulung akak tuh hantar dia lambat masuk asrama arituh..
Kesian mak akak sunyi duduk rumah sorang2....
Sunday, March 21, 2010
Kadang2 menyampah jugak dengan FB..
'hari nih Babah pegi keje sunyi kat rumah dgn Nurin(bukan nama sebenar)'
Pastu 5 minit kemudian:
'Bagi nurin susu, kesian nurin lapar..'
Pastu lagi 5 minit:
"Nurin dah tido..'
Haiyohhh...perlu ke setiap 5 minit update status memenuhkan page FB akak uolllss???
Last2 sekarang nih akak 'Hide' kan dia.. koser haku nak baca status setiap 5 minit dia tuh..
Pastu lagi satu menyampah suka tag gambar2 business... Nyampah gila okeh memenuhkan page.
Pastu, sorry la sape yang add akak, akak koser nak approve kalau x kenal. Ada student add akak jangan harap akak nak approve. X kuasa aku nak bermesra dengan student bagai.
Lagi la orang yang akak kenal tapi akak x suka pon akak ignore kan sajork friend request...
Yela uollsss...dari status2 dia tuh jadi bahan ngumpat akak, lebih baik akak ignore sajork..
Akak nak tengok Alice In Wonderland. Tapi xde geng ah nak tengok. Mohd Rafi mcm x minat jek tgk citer tuh.. Bila citer rempit dia tuh akak layan jeh uolls tengok.. Time turn akak, haram sangattttsss...
Saturday, March 20, 2010
Bini orang, single dan laki orang..
Akak pon pose2 amek plastic, masukkan beras pastu stapler kat ujung.
Hasilnya?? Akak terletak beras sikit sangat. Pastu lembik lah uolllsss... Pastu akak koser nak masak lain sbb yang tu akak dah pose2 rebus 3 jam..
Akak sekarang nih baca blog nih:
http://nojj.blogspot.com/
http://bmwwithlove-nenekpenne.blogspot.com/
akak bukan nak kata apa. Tapi siapa pon x nak husband sendiri kena rampas betul tak? eventhough kita berhati2 pon kalau benda nak jadi, akan jadi jugak.
Tapi somehow, akak geram jugak dengan pompuan2 zaman sekarang nih. Banyak2 lelaki rempit, bohjan dan gigolo kenapa nak amek husband orang?
x kesian ke agaknya dengan orang tu ada anak kecik yang baru setahun...
Akak x paham la uollss ada jugak orang2 yang kejam sanggup buat mcm tuh kat pompuan lain.
Bila dia kena balik tau pulak melenting betul tak?? Ape yang best sangat suami orang?? Kalau nak yang kaya pegila ngorat Datuk ke Tan Sri ke..
Pada akak2 mcm ni senang je. Kalau dia ada laki, kita ngorat laki dia pulak. Kalau dia rampas suami orang kita ngorat suami orang tu pulak. Baru la dia tau perasaan pompuan yang jadi isteri orang yang dia rampas tuh..
Benci tau akak ada orang2 macam nih.. Uollss jangan jadi macam tu tau!
Food of our life..
Aritu, diorang buat research pasal cancer without kimoterapi. So, ada beberapa orang yang dia pegi interview, survive cancer operation and completely heal without doing kimo. Diorang cuma makan, sayur-sayuran yang ditanam sendiri yang tak gunakan pestiside dalam erti kata lain organik.
Tau tak, khasiat nutrition dalam buah dan sayur organik adelah 10 kali ganda banyak dari sayur2 biasa.
Lepastuh, diorang makan soya bean untuk prevent cancer. Apa2 je jenis yang menggunakan soya. Tauhu ke tempeh ke air soya of course...
Pastu akak tengok river cottage pulak. Diorang pegi hantar 3 jenis ayam untuk check dia punya nutrition:
1. Ayam daging biasa yg jual kat pasar tuh yang gemok2 lepas tuh malas nak bergerak.
2. Ayam free range - Ayam daging jugak tapi dibiarkan bebas bergerak.
3. Ayam kampung
Suprisingly, ayam daging tuh mengandungi almost NO nutrition at all. So kalau uolls pose2 makan ayam daging tuh x guna pon uolllsss...
Ayam free range adelah sikit nutrition.
Ayam kampung walaupon liat sikit ada omega 3, less fat pastu ada banyak nutrition..
Patutla orang2 sekarang nih banyak sangat penyakit uollss.. Banyak sangat makan ayam daging..
Sape2 nak beli ayam kampung kat Bangi ada jual. Akak slalu beli kat situ.
Thursday, March 18, 2010
9 minggu punya penyakit..
Actually tadi pukul 9.30 ade meeting jabatan. Tapi akak ada kelas uollss so akak nan ado pegi meeting ittew..
Pastuh lepas kelas pukul 1 akak terngiang2 bau sedap dari bilik meeting. Bila akak lalu ada one lecturer nih ajak makan. Tapi akak segan la uolls nak makan sedangkan akak x datang meeting.
Last2 akak beli makanan kat cafe pertama.
Akak nak nobatkan U**M adelah university yang paling banyak vonggol. Pastu menambah lagi vonggol kat bulatan masjid tuh dgn bus stop depan fakulti bahasa tuh. Merasa korang tak boleh nak racing bagai..
Akak heran nih, Mohd Rafi sekarang suka sangat bergesel2 dengan akak. Sedangkan akak nan ado.. Akak pose2 malas nak layan sebab akak layan kepala akak yang pening nih..
Perot akak masih slim untuk pengetahuan uolllss... Dan berat akak sedikit menurun kepada 47kg. Turun sekilo je ponn... Padahal akak rasa akak makan mcm biasa sajork.. adekah sebab tido banyak boleh menurunkan berat???
Lagipon berat embrio dalam kandungan adelah baru 4 grams dan tinggi 1 inchi. Kalau naik 5kg nak jadi ape betol tak??
Akak sekarang malas nak masak. Akak rasa nak balik kampung cepat supaya mak akak boleh masakkan untuk akak. Akak tak suka Mohd Rafi masak sebab x sedap okeh. Tapi dia slalu perasan dia masak sedap. Howww???
Kalau dia masak xde lain. Kicap. Kicap. dan Kicap.
Lauk favourite dia adelah kacang tanah goreng pastu letak kicap.
Padehal, akak benci gila masak kicap.. Kalau balek kampung bolehla request kat mak akak suh masak ungkep ke.... ikan sembilang masak asam pedas ke... urap ke.... boleh makan nasi ambeng...
Mak akak setiap kali telepon suka bagi pesanan dari pihak penaja panjang berjela. Jangan angkat berat2. Jangan makan itu.. jangan makan ini..
Paling akhir pesanan dia. jangan Degil taknak ikut cakap orang.
Akak pasrah uollsss..
Akak nak balek kamponggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, March 17, 2010
Perlu kah??
Serious weh aku carik solution memikirkan jawapan dari pagi sampai malam nih sampai aku rasa nak termuntah dan rasa nak pitam.
Yang paling puaka aku baru tau malam nih sebenarnya soalan itu adelah trigonometry identity sedangkan tajuk tutorial tersebut ade partial diffential equation.
Puaka tak puaka aku siap pegi library pinjam buku calculus tengah hari buta parking pulak xde pastu kad staff aku x boleh buat pinjam buku sbb belum activate?? Nasib baik aku bawak kad student. Terus pinjam buku selama sebulan.
Tutorial logic digit lagi best, soalan tambahan dia email kat aku pukul 4.40ptg. Esok pagi tutorial. Nasib baik aku check email. Kalau tak merasa!!
Time aku sehat kenapalah xde masalah2 sebegini.. Time hari2 aku rasa nak termuntah, panas ya ampunnn dan pening banyak pulak dugaan... COBAANNNNNNNNNNNNNNNNNN.....
haish..
Arini menambah lagi pening dengan kehadiran soalan tutorial Math..
With extra note bawah soalan : Sila rujuk buku advance modern eng math by glynn james.
Masalahnya, aku xde buku tu..
Last2 pegi menjejakkan kaki ke library. Nasib baik buku tu ada tapi x membantu langsung pon.
Esok lantakla.. aku nak buat soalan lain. Sbb aku tengah pening gila fikir soalan nih.
Pastu alang2 pegi library aku bertungku tangga kat situ carik buku lain pulak..
Soalan logic digit pon x tengok lagi nih..
Tuesday, March 16, 2010
Normal or not?
Akak rasa lepas recover nih mcm dah kurang sikit nausea and pening. Is it a good thing or bad thing??
Yela akak pon risau uolls sbb akak x abes 1st trimester lagi. Takkan cepat sangat habes fasa nausea tuh. Risau jugak is tu tandanya baby tuh not responding with her/his mom...
The good thing bila dah tak pening2 nih is I can start back doing my research now. VQ dah boleh run untuk comparison tapi i dont know how it works really.. kau ado run program tapi tak tau cemana result dia dpt??
Another thing, tadi akak jumpa owner rumah yang kat semenyih tuh kat KLCC. Sbb nak pulang kunci rumah tuh since dah tak jadi nak pindah situ. And dia pulang balik deposit yang akak bayar tuh FULL. Thank god, owner tuh boleh bertolak ansur. Sempat jugak berborak sikit. Dia pon congratulate for my pregnancy. Akak dan Mohd Rafi doakan dia pon pregnant jugak cepat, since dia pon dah kawen 3 years and try everything to get pregnant.. Aminnnn...
Since dah ada kat KLCC akak carikla ceri tapi nan ado uollsss.. Kecewa akak tau... i guess it's not the season yet. Tunggu summer lah.
Cold storage ikano pon akak dah carik nan ado jua ceri.... Sedih akak uollsss...
Monday, March 15, 2010
Memang patutla di'banned' awal2 dulu..
Bagi akak lah kan.. citer tuh memang patut pon kena Banned. Banyak scene separa lucah. Motiffff scene tunjuk tet*k pompuan banyak sangat???
Pastu ape motiff citer nih?? Xde kesedaran sivik langsung akak rasa. Xde pon scene insaf kaedahnya konsep dia adelah merempit sampai mati.
Tapi serious weh, panggung penuh masa akak tengok tuh. Sah sah la citer mat rempit sells kan..
Akak nasehatkan kalau ada adik2 yang ada ura2 nak merempit tuh toksah laa tengok citer nih. Banyak benda yang x elok dari elok dan takde motifff dan akak rasa cuma mat2 rempit sajork yang suka.
Laki akak yang mat rempit tuh pon kata citer nih x best. So howwww???
Akak bagi 1.5/5 sbb citer xde moral kaedahnya..
Akak dgn laki akak dah kering nih uollss... Kaedahnya lama sungguh nak tunggu gaji. Sbb tu la akak benci gaji awal. Nak menunggu 25hb tuh sakit gila.. Dah la Mohd Rafi punya gaji bulan 2 cuma masuk basic je sbb comp dia cakap x sempat nak kira elaun dgn oT bagai... Haiyohhhh..! Gamaknya next week akak pegi keje naik motor je la dua2...
Sunday, March 14, 2010
Weekend yang tidak selesa..
Malam paling susah nak tido. Dah la asik nak terkencing je.
Pastuh, hidung tersumbat susah nak bernafas.
Semalam tahap dah tak tahan sangat, akak makan panadol soluble 1/2 biji je. Nak makan 1 biji takut uollsss.. Harap2 x affected bayi dalam kandungan..
Semalam pegi deliver Cake kat CD Owner sbb kawan sepermainan dia sewaktu kecil bertunang.
Selepas deliver kek weolls pegi makan lepak kat kedai mamak. Pastu balik secara x sedar diri lepak lagi kat rumah orang sampai pukul 11. Laki aakak tuh uollls dia kalau dah keluar dia feeling2 malas nak balik rumah. Bolehhh?? Padahal akak tengok Cd Owner dah 4 5 kali menguap. Motifff laki akak x sedar2 lagi dengan Hint yang diberi?????
Sorryla CD Owner, laki aku memang mcm tuh. merrasa kau tahan ngantuk kaedahnya..
Motifff CW mak call kau neverla nak angkat?? Motifff neverla nak return call mak?? Mak tau, mak cuma membawa kenari buruksss... Uollls puiler membawa MYVI baru berusia 1 bulan... Mak sedihhhhh...dan sentap kaedahnya..
Sudehhhh! Akak nak tido. Perut rasa x sedap gara2 makan santan basi. Rasainnnnnn!!
Friday, March 12, 2010
stamp 1 malaysia yg gedik..
Tu lah dia stem 1 malaysia bermukakan Icah anak dia. Padahal dia ada 3 anak, yang dia pegi letak muka anak dia yang Icah tu je... motiffff??? Sah2 yang lain tu kang sibuk jeles apetah lagi si Zakir menyerundul tuh (menyerundul tuh gelaran adik aku bagi sbb dia suka2 dia je nak buat apa)..Si Icah tuh sejak umor 3 tahun nih dah sombong nak mampus x nak ckp dgn aku kat tepon. Ko hingat ko chantek x nak cakap kat mak???..
Aku secara gedik pon nak pose2 buat stem 1 malaysia tuh letak muka aku dgn Mohd Rafi. Tapi xde la aku nak guna stem tersebut. Tapi aku nak framekan..
Lupa pulak. Stem tersebut berharga RM20 untuk 16 keping. Siap dalam masa 30 minit. Cuma terdapat di pejabat pos besar sahaja.
Akak aku tuh office dia dekat dgn Pos besar JB tuh. Itu yang dia sibuk pegi buat stem chop muka anak dia tuh..
Chantek kah anak kau nak berstem bagai???? **jeless.......
Akak aku tuh buta IT gila. Pendrive dia x boleh bukak sbb ada virus. Aku kasik link AVG suh download, dia nan ado reti. YM tuh pon adik aku yg Tipot tuh datang opis dia ajar satu2 cemana nak guna... motifff sangatsss..
Owh... Lupa lagi, sesape yg balik Johor 4/4/2010 nih di jemput datang ke majlis persandingan adik aku Tipot yang dah nikah aritu tuuu.
Thursday, March 11, 2010
Kenapala ada Bapak yang Bangang mcm nih??
Akad sambil pandu kereta
Oleh Siti Fatimah Hassan dan Siti Nor Hidayah RazaliPASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.
Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.
Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.
Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.
“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.
“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.
Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.
Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.
Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.
Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.
Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.
Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.
“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.
“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.
Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.
“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.
“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.
Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.
Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.
Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.
Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.
KOMEN AKAK : Ape ke bangan sangat bapak dia tuh terpedaya dengan janji syurga? Dalam Alquran ada sebut ke kaawenkan anak umur 10 tahun dapat syurga?? Ntah budak tuh dah period ke belom ntah suka hati dia je...
Sibuk sgt nak syurga kawen kan anak, jaga lah dulu kebajikaan isteri dan anak. Ini sibuk kawenkan anak dia yg umor 10 tahun tuh dgn kawan dia. Gila ke Hape???
Kalau akak jumpa org mcm nih, akak rasa nak Pijak je kat tengah jalan sbb bangang sangat.
Lebih Lembab Daripada Biasa!!
Nak bukak sekor2 website kena refresh 45 kali...
Otak aku rasa bengap ditambah dengan pening yang sedia ada disebabkan oleh selsema..
Nak mC pon x guna, bukan aku boleh balik rumah pon. Kena jugak tunggu Mohd Rafi balik keje..
Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Wednesday, March 10, 2010
x berapa lah..
tadi malam tiba2 demam, sakit tekak dan sakit pinggang.. Nak makan panadol takut effect kandungan. So akak minum air badak je dengan harapan badan akak jadi sejuk..
Mohd Rafi suruh akak MC. Tapi last week akak dah MC 2 hari x kan nak MC lagi minggu nih. So, akak rehat2 kat rumah kejap. Nanti baru pegi ofis..
Tapi kat rumah bukannya rehat pon. Kena siapkan tutorial untuk esok..
Tak tau la kenapa tiba2 demam. Semalam pegi kwsp check document balik terus rasa x sedap badan. Petang tuh rasa sakit2 badan. Malam terus demam.
Website kwsp nih bila baru boleh bukak???
Monday, March 8, 2010
Sensitif..
Bau.
Dari segi bau jangan cakap, pantang bau kurang enak sikit cepat je hidung aku tangkap..
Lagi2 la bau benda2 yang hanyir..
Sensitif dengan rasa.
Yang ni memang akak heran. Akak hari2 bertekak dengan Mohd Rafi. Dia cakap akak masak x rasa apa, maksudnya tawar. Tapi bila akak rasa, akak ok je x rasa tawar pon.
Semalam beli mash potato marybrown akak rasa masin gila tapi Mohd Rafi kata biasa je.
Air tropicana twister tuh pon aku rasa mcm manis gila. Howww??
Perasaan.
Yang nih akak nak cakap akak x sensitif langsung. Mohd Rafi balik kampung tinggalkan akak pon akak nan ado rasa apa2. Kadang2 akak x suka tgk Mohd Rafi sbb kadang2 rasa nak muntah.
Volehhhh???
arinih 40 kali bukak website kwsp tak boleh bukak. Aiyohhhh... Akak nak print statement nih untuk pengeluaran beli rumah. Kwsp sedang busy kah mengira dividen??
Bosannya nak tunggu Mohd Rafi balik pukul 8........
edisi rempit
So, hasil dia racing dapat no 2. Tapi peringatan ye untuk mat rempit diluar sana. Laki akak x racing haram okeh. Dia racing kat Johor Circuit tuh. Oh, lagi satu, bukan dia pon yang merempit, dia kan mekanik, tukang setting motor sajork..
check website nih untuk keterangan lanjut : http://www.johorcircuit.com.my/
oo..sape2 yang nak repair moto perlukan mekanik on call tapi sabtu ahad sajok booleh call laki akak. Dia usung toolbox yang berat 60kg tuh kehulu hilir dalam kereta akak. Buat berat kereta je..
Arini jam sepanjang bulatan lumba kuda. Pastu akak nak escape akak masuk tol serdang tuh, pon jammed jugak. motiffff arinih semua jalan jammed? Tension mak...
p/s : Dah check ke dividen kwsp korang? Website kwsp x boleh bukak lak arinih. Dividen kwsp tahun inih adelah 5.65%. Banyak sikit berbanding tahun lepas.
Sunday, March 7, 2010
The things about 2 months..
Tapi masalahnya, pantang akak letak kepala kat sofa atau meja je mata mesti ngantuk. Howww???
And paling obvious dan dialami oleh kebanyakan kawan2 akak yang mengalami fasa seperti akak ialah pantang lapar mesti rasa nak muntah. Gitu la kaedahnya kena sentiasa ada stok makanan.
Since minum susu anmum secara panas adelah susah nak ditelan tekak, sekarang nih akak sejukkan dalam fridge. Pastu minum baru lah sedap.. Haha...
Pastu kan Mohd Rafi tak makan kat kantin kilang dia keje tuh. So kupon meal tuh dia amek air soya sebanyak 2 tin tiap2 hari bawak balik. So, akak letakk dalam fridge dan hari2 minum. Moga2 anak aku putih la hendaknya..
Oh...akak x minum coffee dan stop jugak minum teh kecuali green tea. Tapi kaedahnya kadang2 dalam diet akak nan ado sayur. Tapi akak nak sedapkan hati akak berfikir secara logik yang akak telah memakan sebiji acid folic sehari sebagai ganti sayur.
Stop minum coffee xde masalah bagi akak sbb akak mmg tak minum coffee sangat ponn (kopi dan nescafe)..
So, sekarang nih akak sediakan stok MAMEE kat opis dgn kat rumah.
Sbb ini adelah yang terpaling senang nak dimakan ketika lapar. Tapi harusla x boleh makan depan Mohd Rafi nanti dia bising tak sehat la ape la..Tapi masalahnya, akak baca okeh kat depan plastic tuh tulis:
No trans fat, No artificial flavor, No bla..bla..bla..
Siap awarded sbg food for kids kat Aussie lagi...
Tak kisah la kalau dia tipu yg penting plastic dia ado tulis gitu... Kau ado???.. Lagipon akak bukan makan perencah dia tuh uolllss, akak makan mee dia sajork utk tahan lapar kaedahnya.. So, akak x rasa bersalah pon makan banyak2... Boleh gituuuu??
Akak rasa kan uollss, perut akak nih buncit bukan sebab ada bayi tapi sbb akak asik makan pastu minum air sejuk pastu duduk. Yelah alasannya sebab tak boleh berdiri lama nanti pening.. Logic tak alasan akak tuh? Tapi tu memang alasan ikhlas uollss..
Mak akak bising akak pegi scan perut. Dia kata x elok untuk bayi. Motifff mak akak ingat akak buat xray kah??? Penat taau akak terangkan kat dia akak buat ultrasound untuk check perkembangan bayi tuh. Akak kepada akak pon sama bising akak pegi scan. motifffff??? Yela uollss mak akak tuh kan orang kampung mana tau ultrasound nih.. Zaman dia dulu beranak pon kat rumah. Selamat sajork...
Akak sebenarnya bosan nih uollss... Mohd Rafi balik JB selama 2 hari tinggalkan akak kat rumah sorang2. Akak x nak ikut sbb nanti muntah dalam bas siapa nak lapkan muntah aku??? Sia2 nanti akak kena halau turun bas.
Ape kejadah yang aku tulis malam nih???
Friday, March 5, 2010
Bila terasa pening...
Aku pegi opis pon lambat. Last2 akak telan je la ubat muntah uolllss...
Pastu dah ok. Sbb akak kena drive kaedahnya dari mantin tuh.. Kang akak pening2 langgar tiang x ke niaya?
So, akak makan la sebijik sajork. Walaupon arahan 3 kali sehari kaedahnya.
Konsepnya, makan bila perlu sajork..
okeh. daaaaa!
Thursday, March 4, 2010
ceri mari mari!
Gambar ihsan guugle..oh, Siapa tau kat mana ada jual cherry nih?? Akak teringin pulak tetiba nak makan. Sah2 la skrg bukan musim kaedahnya sbb europe tgh musim sejuk..
Tapi kat mana ada jual?? kalau boleh yg berdekatan dgn rumah akak sajork.. Akak koser nak pegi KLCC.
Arini akak dpt limau. Student bagi sempena chinese new year. Akak amek je la uollss..
pastu semalam akak gigih buat roti gulung sbb akak pose2 beli roti gardenia satu plastic besar yang dah nak expired esok. Merasa tamak sangat beli banyak2..
So, td pagi akak letak kat opis 1 tupperware.
Akak pose2 la ajar mak akak cara buat roti gulung tuh, pastu kan uollss hari2 dia kemaruk buat okeh. howw??? Sampai akak dah naik muak tiap kali balik kampung ada je roti gulung tuh. tapi skrg nih dia dah insaf. Hobi dia pagi2 makan nasi ambeng bungkus beli kat kedai depan pulak.
Arini akak lupa bawak staff kad. So akak x boleh la nak lalu bilik lecturer. So lepas mengajar akak pon jadi mcm student, turun tangga 2 tingkat, pastu jalan keliling bangunan baru nampak lift. Pastu naik samapai tingkat 4 terus muntah. Sebab banyak sangat berjalan.
Rasainnnnn!!
Arini akak bawak keter. Mohd Rafi bawak motor pegi keje. Nasib baik tak ujan. Semalam dah la motor dia pancit tgh jalan... Sian laki akak...Boleh gitu?
Wednesday, March 3, 2010
Penyakit ape ntah and second check up..
So, tadi check up heart beat. Akak cuak + nervous uollsss.. Ye la, pregnancy yg lepas kan kena buat erpoc(dnc guna vacum) sbb baby takde heartbeat..
Pagi2 akak bangun hangatkan lauk semalam lepas tu tumpang Awi, adik fiza sampai U**M sbb Mohd Rafi shift malam kaedahnya.
Lagi akak cuak sepanjang naik kereta bersama Awi, akak xde perasaan nak muntah langsung. Yela uolllss..kann orang kata muntah2 and pening2 tu tandanya baby tu bertindak balas dgn ibu dia.. Aku cuak gila.. Dalam kepala dah pikir bukan2 dan terus pasrah.
Pastu tunggu Mohd Rafi ambik. Duduk je dalam keter kenari akak tuh terus rasa nak muntah dan pening2. Howww?? Adekah akak alergy dgn laki sendiri atau kereta sendiri??? ***statement bunuh diri okeh..
Yela, Klinik mesra tuh ramai gila orang check up pregnant. So, harusla kena tunggu lama. Pukul 8 lebih aku pegi dekat pukul 11 baru dapat turn.
Datang2 je, Dr tanya, makin loya dan pening tak?
Wah! Akak kagum dia tau akak makin loya2 dan pening2.
Doc Rahaya scan perut. Pastu dia buat muka confuse.
Akak nampak baby tuh dah semakin besar compare dgn before. Tapi Dr Rahaya tuh x dpt carik heartbeat dia. Dia kata susah nak tengok.
Akak bertambahla nervous uolllsss... Pastu dia pusing2 sikit. Ke kiri ke kanan, baru jumpa.
Lega uolllsss dia dah ada jantung.
So ukuran dia sekarang adelah sama dgn progress dia, lebih kurang 7 weeks 5+-4 days.
Next check up is on april fool. Janganla dia april fool kan akak uollsss... Akak dah la nervous.
So, Dr tuh prescribe akak dgn acid folic, ubat tahan pening (dia kata kalau terdesak baru makan) dan MC.
Terus berlambak acid folic dgn ubat pening akak. Semalam pon dapat jugak dgn Dr kat mantin nih.
Masalah akak ialah td pagi akak lupa akak tutup api lauk ke tak?? Akak rasa mcm tak tutup. sepanjang perjalanan tuh akak dah fikir bukan2 sepeerti rumah terbakar. Bomba datang. Semua org kena berkumpul kat bawah. Akak tak bgtau la Mohd Rafi nanti dia maki akak sbb lupa tutup api.
sampai rumah cepat2 akak naik atas rumah. Check api, rupanya dah tutup. serrious weh akak x ingat bila akak tutup. Ari isnin aritu akak rasa akak lupa nak punch out. Pastu akak dah sampai rumah kaedahnya. Akak suruh la mohd rafi yang nak pegi keje tuh singgah kejap check kan.. Tapi harammm uollsss.. Laki akak tuh buta IT. Dia tak reti tengok. Penat akak ajar.
Kenapa uollsss akak pelupa sekarang???
Tuesday, March 2, 2010
Low pressure...
Sebab aku kan minggu ni kena naik komuter sbb Mohd Rafi shift malam. Pastu bila naik komuter semestinya kena berdiri sebab manusia ya ampunnnn ramai gila. Aku dah la tak boleh diri lama sikit nanti loya2 and pening. Lagi la ada hati nak naik komuter kaedahnya.. memang pitam aku dalam tuh.
So pegi klinik tadi pagi. Doc tuh kata ada ubat tapi dia check blood pressure dulu. Dia cakap:
'Patutla u slalu pening2. Blood pressure u low. 90/60'
ooo..ye ke? pastu dia bagi aku Obumin. Aku dah ada obumin tuh sebenarnya tapi stop makan sbb loya2 dan pening sangat. Pastu dia bagi ubat tahan muntah and pening.
Makan bila perlu sahaja. Dan dia bagi aku MC 1 hari walaupon aku x mintak.
Agaknya dia tgk muka aku mcm hazab sangat tahan pening dia bagi aku MC.
Orang bagi MC, aku amek je la...Betul tak??
Esok check up pulak.
Monday, March 1, 2010
Pencuri yang gila...
Kalau dah parang letak kat leher. Haruss la bagi je apa yang dia nak betul tak??
Akak nih tak kisah la uolls kalau dia nak merompak je. Tapi masalahnya kalau diorang naak rompak akak nih apa yang ada??? Perompak skrg nih bukan boleh percaya, silap sikit main tetak je..
Akak pon rasa tak sedap hati la hari ni. So, ajak la Mohd Rafi tengok rumah baru. Deposit dah bayar. Last week kitorang dah basuh rumah tu. Pastu pasang plastic kat tingkap sbb taknak habuk masuk.
Tadi sampai2, tengok pagar dah terbukak. Pastu kat pasar tu mcm ada kesan ompel. Akak dah taak sedap hati. Sekali je masuk tengok2 grill rumah kena pecah. Pastu tanya la org sebelah tuh, diorang cakap ada 2 3 hari lepas perompak tuh datang bawak parang besar lengan.
Pastu ada sorang budak rumah jiran akak tuh nampak diorang tgh ompel pagar tuh.
Sampai skrg perompak tuh carik budak tu. Hari2 diorg tunggu depan rumah..
Scary tak uollss..
Akak dgn Mohd Rafi terus x jadi pindah situ. Gila!
Call Owner, terus buat report polis.
Nasib baik barang semua belom pindah lagi. Ntah hape diorang dapat pecah rumah kosong tuh pon akak tak tau. Padahal dalam tu ada baldi sajork..
So, akak tengah carik rumah lain pulak untuk disewa.
Pening kepala terus arinih uollsss....