Sunday, February 23, 2014

activity memasak dan memakan.

Akak mula2 nak ckp.
Akak kecewa chicken cottage kat Brighton dah tutup. Keji sgt. Padahal kat situ la aku tiap2 minggu beli chicken wing sedap. 12 ketul gbp5.60. Lepas tu aku melantak dengan Pahat and Mohd Rafi habes teros.

Motipp sgt diorg tutup. Akak order online kat justeat.co.uk kedai nama chick. Harammm x sedap. Dah la pemalas nak deliver sampai pintu. Suh orang turun bawah pulak amek. Dasarrrr.

Ok. Sapa2 ada resepi chicken wing goreng setaraf kfc sila lah bgtau akak.

Oh. Kat sini akak memang lah masak hari2. Tak kuasa nak pegi city centre semata2 nak makan naik bus segala. Baik aku masak. Kalau masak aku order je kat justeat.co.uk tu. Tp selection halal food x lah banyak sgt. Tapi ok je kalau kau dah xde mood nak masak sangat.

Lepas tu hari2 kena sediakan lunch box pahat so hari2 la kena masak. Yang bagusnya aku bawak bekal utk aku skali. So jimat lah.. Jimat ke hapanya kalau hari2 kau singgah Cafe beli coffee atau hot chocolate. Berantu betul Cafe tu asal lalu je mesti nak beli.

Ni adalah time rasa nak makan benda2 manes. Jd google la resepi. Chewy chocolate chip. Ni akak buat pastu gulung dalam foil bila nak buat kuarkan potong and penyekkan macam tu. Tabur choc chip atas dia.

Lepas bakar rupanya begitu lah. Oven aku xde timing. Lepas tu selalu lah lupa. Ujung2 kuar hangus.

Aritu dalam kelas. Fikir nk masak apa petang tu habes kelas. Kelas ni start pukul 2 sampai 5. Kau hado dalam kelas fikir nak makan apa?? So rasa nk makan soto. Msg Mohd Rafi.
'Kuar kan ayam. Nanti kalau pandai masak nasik lembik2. Nak buat nasi impit'

Akak balik kelas tengok dah siap dia buat. Cantik pulak tu nasik impit dia buat. Padat je. Syabas Mohd Rafi!


Lepas tu ahad yati dgn afiq dtg. Akak masak meehun goreng. Pastu Afiq pegi makan nasi goreng pagi td punya. Lapar katanya. Mee hun tu aku goreng 1 bungkus. 3 orang makan langsai sekelip mata..
Pastu buat choc molten cake. Version nigella. Resepi ni kalau malas lebihan batter boleh simpan dalam fridge. Time nak buat kuarkan dan bakar je. Akak sukaaa! Sbb akak memang ratu frozen.

Sapa nak resepi ni google je nigella molten choc cake. Memang sedap makan dengan aiskrim. Kebetulan akak ado macadamian ice cream hagen dazs, aku beli offer 1 tub gbp2.

Semalam masak mee kari pulak.

Guna la linguine ganti mee kuning. Boleh la dr takde. Ujung2 aku masak nasik buat sambal belacan. Makan dengan nasik lagi sedap.

Tu je.. Nnt akak upload gbr makanan lagi. Matilaaaaa...





Tuesday, February 18, 2014

Misunderstanding

Tadi pagi hantar Pahat aku pegi jumpa manager preschool.

Sebab nak kurangkan waktu sekolah dia to 2 days instead of 5 days per week. Sbb kalau yang 15 hours free tu dah xde, cemana emak nak bayar mahal2 tu kann?

Lepas tu Manager tu kata,

'Noo....this is only for this term. There will be another term after march'

So, Dr Mimah, betul hang cakap. Nasib baik aku pi tanya manager. Kalau tak aku pon dah salah paham notice dia bagi tu.

So maksud notice tu adalah. This term sampai 21 march je. Next term diorg x decide lagi start bila. So next term kena isi borang lain pulak...

Aiyohhhh...Mana la emak tau mcm tu.. So lega lah disitu. So emak pon boleh la pi opis hari2 sementara Pahat pegi sekolah.

Diorang kata nak pindah new building. Maksudnya nnt akan 1 building dengan nursery sbb skrg ni nursery kat building lain and preschool building lain. Nanti2 pindah building yang besar sikit.

Korang yang tengah buat phd or master ada x mcm akak? Balik dr opis kemain bawak balik paper/nota untuk dibaca. Tiba rumah??? Harammmmmm..
Bukak beg pon tidakkkkkk.

Kannnnnn.....?

Akak nak kena beli portable heater. Heater opis ni x panas sgt. And nak tukar line mobile. Line three sejak 2 menjak ni sangat hanjengggg perkhidmatannya.

Bye.

Sunday, February 16, 2014

If you have nothing better to say.

Sorry ini adalah entry tanpa gambar. Akak skrg x kuasa nak transfer2 gambar. Sila ke intagram akak bertajuk:
ilotshikamaru

2 3 menjak ni cuaca adalah x berapa baik. Angin kuat+hujan. Xde snow lagi. Cuma aritu ada la turun 1 minit. Pastu xde dah. Ujan adalah sepanjang hari.

Akak dah dapat opis! Yeay!! Tu pon yang jahanamnya bagi opis x bagi kerusi. Sv akak terpaksa derma kerusi dia temporary.

Cuaca sejuk+hujan hari2 mendatangkan perasaan malas nak keluar rumah pagi2 hantar Pahat. Lepas hantar teros pi opis. Pi opis tgh hari balik makan pastu kalau rajin petang pi balik opis.

Opis tu baru lepas refurbish katanya, but i see no difference. Sama je aku tengok. Pastu aku sorang dok situ. So senang la nak solat. Alhamdulillah.

Akak tengah stress sebab experiment aku x jadi. Tadi baru gatal2 check email terbaca pulak ada email dari sv. Dia bagi paper suh baca.

Since sini xde mphil. Akak direct ke phd. So kena attend kelas research method. Aku paling malas buat assignment dalam kelas ni. Tapi aritu dapat feedback balik akak dapat good review. Padahal phd plan je kot. Lps tu ada assignment lagi satu suh peer review. Macam2 komen akak dapat. Terus stress jugak.

Kelas sv yg aku masuk tu ada sorg budak master Malaysia jugak. Chinese. Tiap2 kali kelas akak dan dia sahaja yang dtg awal. Yang lain semua 30minutes late!... Sv akak masuk kelas...Sigh!!
Pastu budak chinese tu cakap kat akak,
'U know malaysian is known for coming late to appointment, but i think they are worst'
'They' refer to budak2 yg dtg lambat tu.
**kesalahan grammar akan dibetulkan oleh cik sha kemudian hari.

Tadi baca berita online. Ada la berita pasal org mesken mintak derma sebab laki dia masuk indon kena hantar balik negara. Anak ado 5 orang. Emak dia kerja2 kampung je. Akak baca komen disitu:
'Dah tau mesken beranak ramai2'

Uollss....kalau rasa xnak derma jangan komen bukan2. Nak derma2 je la jangan nak bising2. Lainla kalau dia menipu mintak derma ke padahal sebenarnya kaya raya. Lagipon kalau kau derma dapat pahala dan insyaAllah org tu akan doakan kesejahteraan kau.

Akak bukan nak jd ustajah.. Tapi anak tu la agaknya rezeki dia. Mungkin rezeki dia x dtg dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk anak2.

Kau ingat berapa ramai orang yang cukup senang. Gaji cukup boleh shopping2 tapi rezeki anak belum ada walaupon dah kawen 10 tahun. Tu semua rezeki dia.

Sebut pasal anak, as much as akak nak anak lagi tapi kena hold dulu buat masa sekarang ni sebab masalah kewangan. Kalau aku kaya lain citer. Lepas beranak nak pi opis boleh hantar pi nursery pastu pindah rumah 2 bedroom. Sebab x kaya jd duduk lah diam2 je.

Lepas tu budak2 ni tanya aku : 'Kak, cemana ni. Apa kita nk bgtau mara pasal elaun tu..'

Akak malas nk fikir, akak cakap tggu je la bulan 2 ni tgk diorg bg berapa. Kau explain and complain pon bkn dpt apa2. Mara is like that.

Sebelum sapa2 nak dtg sussex brighton akak nak remind. Especially for family, cost living memang tinggi. Kalau nak sewa rumah kena sediakan 3 month deposit + 6 month rental in advance. Jadi kena ada 9 bulan deposit+bayaran agent. And bills!.
Unless, kau duduk university housing macam akak.

Lepas tu Brighton ni memang la ramai student malaysia self sponsored. Ada sorang budak yg aku kenal kat sini sewah rumah gbp950 sebulan. Deposit 9 bulan tu dia bayar sorang ya. Pastu duduk sorang je. Memang kaya.

Malaysian student society? sekali seumur hidup tu je la aku join. Perjumpaan kata pukul 12. Aku dtg pukul 12 tunggu punya tunggu sampai pukul 2 baru start. Memang last la tu aku join.

Tak macam kat surrey. Time masak untuk jamuan semua kerja sama tolong. Time jamuan/party kalau pukul 12 start paling lewat pon 30minit. Lepas tu surrey best dulu2 ramai kawan2 yang best. Somehow akak rindu Surrey masa buat degree dulu.

Ok lah. APa aku merepek nih? Byeeeeeeeeeeee.....

Thursday, February 13, 2014

Omputeh nya anak aku.

Ni hot choc akak beli tiap2 pagi lepas hantar Pahat. Nampak sedap x? Murah la compare to starbuck, costa and nero. Sebab jual dalam Uni je.

Nak bgtau Pahat ngada2 gila skrg. Makan semua nk guna sudu garpu. Chanteknya muka kau. Emak ajar guna tangan je. Suapkan dia pon guna tangan.

Tapi sbb kat sekolah dia guna sudu, jd terbawa2 ke rumah. Pengaruh sekolah ni penting sebenarnya. Sebab tu orang kat sini sanggup pindah rumah dekat dgn sekolah yang dia suka semata2 nak sekolahkan anak dia kat situ.

Influence rakan sebaya lebih senang dihadam dari influence parents. Tapi sebagai emak, akak cuba la terapkan ajaran kat rumah jugak biar dia tau beza. Tak tau la dia absorb ke tidak.

Oh tahap kroniknya si pahat guna sudu garpu adalah makan roti guna garpu. Chanteknya muka kau kann.. Omputeh pon makan roti guna tangan.

Yang bagusnya carer dia slalu cakap he'is very helpful. Dia suka tolong orang. Tolong kemas mainan kat sekolah. Tolong susun pinggan orang lepas makan.

Lepas tu akak cakap dengan adik akak Temok.
'Pahat rajin macam aku, malas mcm kau'

Adik akak jawab:
'Ko jangan berangan kau rajin. Yang rajin tu Mohd Rafi. Kain kau tu 3 tahun bergunung tak lipat berangan kata rajin'

Kuang hajo adik aku...

Lepas tu kan bagus la Pahat sejak sekolah preschool ni. Bila dia makan atau pegang sesuatu tangan kotor dia terus pi sinki 'wash hand'.
Pinggan lepas habes makan letak kat sinki.
Kalau pegi kedai buku jatuh atau barang ke jatuh dia amek letak kat rak balik.

Tapi yg free 15jam sekolah tu sampai end of march je. Kami tengah consider bulan 4 ni nk hantar dia pegi sekolah berapa jam seminggu. Sbb sejam GBP5.50 kena bayar. Mungkin nak hantar 2 hari je kot.

Ok lah. Akak tgh fikir balik Malasia nk hantar Pahat sekolah kat mana. Gituuuuu belum2 dah fikir.

Wednesday, February 12, 2014

up and down

Hi uolsss... Akak memang malas upload gambar skrg ni jd kau hadap je lah blog ni dengan tulisan2 yg x seberapa hakak nih.
Sekarang pukul 1.30am. X boleh tido. Bukan sebab buat kerja sbb skrg angin malas melanda. Gituuu lah akak uols. Time rajin tu rajin la sgt sampai x tido seharu buat kerja. Time malas jangan harap nk buat apa2.

Ha tu kalau aku tulis kat fb ada lah tukang sibuk kata aku gunakan duit tax dia bayar. Tampar kang... Ko nak sgt guna duit tax kau, silalah apply mara ni jugak.

Sebenarnya akak nk ngumpat pasal mara ni. Ada ke tetiba email nak kurangkan elaun kami dari rate A ke B? Suka2 hati mak bapak dia je. Padahal dalam agreement dalam financial statement semua tulis rate A. Dah xde duit ke apa kannn?

Ini menyebabkan budget akak lari. Dah la akak dok family kat sini. Tampar kang!

Pastu Boss siam laki akak tu balik Thailand. Pastu yg uruskan kedai tu laki dia. Huru hara okeh jd nya. Jadual kerja Mohd Rafi terus tukar jd 3 hr je kerja. Lepas tu semua dok komplen x cukup kaki tgn buat kerja sbb dia suka2 kurangkan waktu kerja org.

So berkurang lah gaji semua org bln ni. Hampeh.

Tambah pulak dengan mara yg biol tu kan...

Sakit hati kitewww!

Thursday, February 6, 2014

Student Nowadays...

Sv akak kan suh masuk kelas master dia. Advance Control in bla bla... Aku x ingat nama dia.

Kelas pukul 2 to 5 every tuesday. Tapi budak2 ni ya ampunnnnn... Yang ponteng tu 1 hal.

Ada ke masuk kelas lambat 40 menet buat bodo je. Selamba badak je uollss masuk kelas buat muka bodo.
Yang paling best dia tanya lecturer:
'Is there any possibility to end early today?'

Sv akak hangen je pastu jawab. 'U came 40 mins late and u dare to ask me when it end?'

Tapi dia ckp cara melawak lah sambil jengil mata. Pastu dia dalam kelas dia dok tanya2 soalan kat budak2 master tu semua senyap... **krik...krik...krik...krik...

Akak awal2 sv dh warn kalau dia tanya kena diam je sbb kelas tu specialy utk budak master. So kalau student phd masuk sekadar observer je.

Abes kelas Sv dok bebel2 kat akak. Dia kata zaman dia belajar dulu xde macam ni. Kalau lecturer tanya at least dia jawab jugak sikit2.

So akak cakap lah, student nowadays is different from our time.

Dia tanya kat malaysia mcm tu jugak ke? Akak jawab mana2 pun sama je...
To many technology kann... Sbb skrg kalau ko x dtg kelas ko boleh google berlambak jawapan. Belajar dr internet, pastu copy paste kannnn??

Pastu dia suh meeting jumaat. Akak cakap belum buat tilting train implementation to scilab lagi. Baru siap buat literature review.

Dia kata 'U have 2 days to friday. Should be enough'

Haha kannn... tp arini akak x buat kerja sbb aku dah seminggu stress buat literature review. Ko hingat x pening baca paper banyak2 tu. Bagus jugak sv suh buat awal2. Kang time writing tinggal copy paste masuk dalam thesis je.

Ni sv akak. Nama dirahsiakan. Matila kannnn...

Bila akak tanya orang lain kann...xde pun yg sv rajin buat meeting tiap2 minggu. Sv aku je rajin sbb akak ni satu2 nya student dia. Pastu dia la paling rajin guide akak tiap2 mggu apa nak buat, apa nak settlekan dulu. Method apa kena guna. I'm so thankful. Bayangkan kalau sv jenis x kisah, suruh cr semua sendiri memang bertambah pemalas hidupku yang sudah sedia pemalas ni.

Akak tau phd sepatutnya memang kena buat semua sendiri. Tapi I find it better for sv to guide a little bit. I'm so going to follow my sv method bila akak jadi lecturer. It is better for student and it is better for lecturer because at least you can see that your student is doing something or achieve something everyweek.Salah satu sebabnya, sv akan report kat faculty every semester end progress student.

Tu la uollss... Semua bergantung pada rezeki jugak. Dapat Sv yg ok pun rezeki. Dpt project yang ko terer pon rezeki (ni bukan kes akak). Ada jenis yang buat experiment pejam mata je dh dpt result boleh terus writing. Yelah Allah kadang2 tak bagi rezeki kat tempat lain dia bagi rezeki kat tempat lain..

Wah...Tazkirah pulakkk..

Sebenarnya, nak citer akak salah info pasal Academic review tu. Academic review tu bulan 8. Presentation depat 2nd sv and non sv utk 15 minit je. Just citer progress. X payah buat slide. Just meeting pastu citer apa progress yang dh di buat dalam masa setahun tu. Bulan 2 ni sv kena report kat faculty pulak progress akak.

Hope everything will going well with my phd.

Eh, nak bgtau jugak. Setiap kali hantar Pahat. Akak selang seli ikut turn hantar n amek pahat dgn Mohd Rafi, Akak mesti singgah Art Piazza cafe beli Hot Choc with cream berharga GBP2. Sedap gila... Jalan balik sambil minum. Sampai rumah dah habes.

Tu je. Bye.

Wednesday, February 5, 2014

Haloo..haloo..haloo

Sorry nyah... Emak banyak kerja lately. Assignment lah. Pastu sv suh buat literature review. Pastu emak kena attend workshop. Ni requirement untuk 1st year phd student. Sbb sussex xde konsep kena buat mphil dulu baru boleh naik phd. Terus phd tapi syarat dia kena amek Research Method Course and kena masukkan at least beberapa seminar or workshop dalam phd plan.

So akak kena la masuk mana2 workshop.

And sem ni busy sikit sbb kena masuk kelas SV. Dia suh. aku masuk je la nyah.
Pastu kena implement ex student dia pya simulation from matlab to scilab. Yg tu aku x buat lagi sbb sibuk buat literature review.

And seminggu ni akak n pahat adalah batuk and selsema. Bawak Pahat pegi NHS, pastu doc kata lung clear, active macam biasa. Makan pon mcm biasa. Dia suh balik je.

Ubat pon nan hado okeh. Dia kata nothing we can do with coughing.

Kesimpulannya ubat batuk xde untuk kanak2 kat uk. Parents cuma boleh bagi glycerol je. Lain2 xde. Doc kata nak bagi boleh tak nak bagi pon boleh. Dia kata batuk tu akan hilang sendiri.

Lepas 2 3 hari batuk pahat mmg hilang.

Kalau kat malaysia mau berbotol ubat doc bagi. Pastu kalau 3 hari x baik mau dapat antibiotik. Kat sini kau memang jangan harap la nk dpt antibiotik kalau x sakit teruk.

Akak malas nk book appointment kat nhs. Untuk akak yg batuk2 jugak ni. Sebab dok cium pahat jd terjangkit sekali. Rasainnn.. Akak beli je ubat kat Boots.

Lepas tu dekat GBP25 aku habes beli ubat. Standby terus paracetamol kang incase Pahat demam pulak.

Pahat sekolah ok je. Dia dah banyak vocab tp in english la.. Sbb dia byk pick up vocab kat skolah. Kadang2 tiba2 dia cakap benda yg akak xde ajar kat rumah.
Bulan 4 ni ada appointment dgn org nhs. Dia nk tgk speech development Pahat. Kalau x ok lagi dia hantar pi therapy. Tp dia kata theraphy pon kena tggu turn jugak sbb queue panjang.

Oklah.. Sorry nyah.akak  malas upload gambor. Byeeee

iklan