Monday, May 30, 2011

Wish list ilot. Pahat and baking.

Mula2 letak gambar Pahat gedik dulu.. Tengah buat aksi manja dia... Geramm jek okeh..


Kesiannn tido dalam kereta sambil duduk isap jari..

Tetiba akak nak buat wishlist tahun 2011. Howwwwww??????? MOJ....**mak ok jahhhh ...tiru nabil kaedahnya..

1. Master >>> nak abeskan masterrrrrr!!! Tengah writing. Spvisor aku yg kachak tak baca lagi chapter 3 n 4 yg aku bg tuh.... Padan muka kau, selalu dia suruh buat kau tangguh2.. Ini rasainnn dia tangguh baca thesis kau.

2. Nak kabinet dapur yang proper. Kabinet dapur rumah akak ala2 sedihh uollssss... Cemana la Pahat tak main garam kaedahnya...
Mak mertua aku datang siap sound suh beli kabinet yg proper sikit takut Pahat dah pandai jalan nanti abes dia geledah.

3. Nak oven BESARRRRR punya. Oven skrg ni paling besar boleh sumbat 10' sajork. Aku nak oven besar so that aku boleh bake cake sekali jalan je. Tak payah la kalau 3 layer tuh nak kena bake 3 kali.

4. Nak meja MAKANNNNNN!! Hina tak rumah aku takde meja makan?? Aku nak meja makan bukan sebab nak makan kat situ tapi sebab nak buat kek senang atas tu. So Pahat nan ado la sibuk capai2 barang kek aku.

5. Nak asterok BEYOND!! Nak tengok channel S ONE HD!!!!

6. Nak camera canggih supaya cantek la sikit gambor kek tu aku amek. Ini guna camera phone quality pon sungguh hina sekali uollsss..



Wishlist untuk Pahat:

1. High chair
2. Nak beli botol+puting baru. Lepas 6 bulan kena tukar eh??


Dah la...kang banyak2 mcm banyak duit je kaedahnya kannnnnn??

Yang mesken,
ilot.

Eh, nak tambah. At least aku mesken aku tak pernah bayar lewat ok sewa rumah. Apatah lagi miss bayar... Xde jugakk aku utang orang gunakan alasan wife pregnant, guna alasan beli barang baby untuk tak bayar utang... Dah la utang 4k.. ***matila perli sape tak tau...!

Saturday, May 28, 2011

Ngantok okeh.

Baru pukul 10 tapi mata ngantok.

Pahat awal2 akak dah paksa tido. Sebab arini akak ralit bawak dia berjalan dia tido kejap-kejap dalam kereta.

Emak akak dah balik tadi pagi. There goes hidup aku yang bersenang lenang tu kan??

So, arini aku berpoya2 dengan cousin cd owner dan cd owner.

Lupa bawak stroler. Hampir kebas tangan aku dokong Pahat. Berapa la berat budak ni sekarang.

Emak aku kata tak baik cakap anak berat.. cakap SEMANGAT.

Apa kena mengena kann???

Air rumah aku karat. Motippppppp??

Aku ngantok lagi sekali.

Terima kasih untuk para2 customer yang pernah order kek dari akak nih...

New product Marble Nutella ciskek menurut Fiza lagi sedap dari oreo ciskek. Kan Fiza kannn??

Bye. Nak tengok criminal mind.

Nah. Kek dah siap!

Aku tak tau apa motip aku post entry nih memalam buta kaedahnya.

Gambar dibawah Pahat kepanasan. Aku bukak baju dia. Nak bogelkan mak aku tak bagi. Sejak dia baik batuk selsema nih minum susu kuat gila okeh. Kadang2 mcm dah tak cukup stok. Aku nak tambah susu tepung akak baby sitter tu kata tak payah. Susu badan ada guna je...

Pahat ada lesung pipit kat belah kanan.

Friday, May 27, 2011

Rapikan ilot !!

* Emak akak and emak Mohd Rapi aka emak mertua ada kat rumah akak nih. So akak feeling2 seronok okeh. Balik tengah hari makan dah siap masak. Baju aku yang dah sebulan tak lipat tu pon berlipat okeh.
Siapkan order kek ada orang tengok2kan Pahat.
HEAVEN okeh.. HEAVEN!

* Esok paling crucial. Hantar mak aku kat TBS. Pegi kenduri kawen kat keramat. Hantar kek kat Puchong. Berdua je dengan Pahat. Harap Pahat tak buat hal.

* Aku rasa tension okeh financial bulan ni sedikit crucial tak boleh shopping baju Pahat.

* Lagi tension tengok almari baju aku. Bilakah kali terakhir aku beli baju eh?? Asik recycle baju sama je kaedahnya kannn??

* Aku tengah tunggu kek red velvet org order masak sambil tengok 2days one night kat kbsw. Citer Favourite aku sebab ada Lee Seunggi.. Macam Lee Seunggi tu kenal aku kannnnn??



*** Ni pengumuman. Tahun ni akak tambah choc chip cookies untuk order raya. Sape nak order before raya pon boleh. Nanti lah akak buat baru akak letak gambo. Yang aritu punya dah abes satu telap aku letak kat opis dalam masa sehari je abes.

* Setiap kali contract nak abes mcm ni lah perasaan nya.

* Aku nak merepek lagi tapi nak kena tengok kek dah masak ke belom sebab oven dah bunyik 'Ting!'

Anyong gaseyo!

Kain murahan dan kek

Ini adelah kain murah yang aku beli kat Mydin RM20/4 meter. Murah eh. Upah jahit FREE sbb emak aku lah jahit.
Tapi emak aku feeling2 aku dah gemok lepas bersalin jadi beliau telah besarkan baju aku 1 inci. Sekali jek aku pakai gedebeh gilak ah baju aku. Dah tu mak aku offer nak repair aku kata x payah lah sebab aku dah nak balik KL masa tu. So aku pakai je lah.


Kek chocolate.

Ada yang meleleh air liur?


Badan akak dah slim kembali... ***matila.... Tapi kaedahnya perut akak nih cemana nak kempiskan tuh uolllsssss???

Bagi tips plissssss...

**sape tanya cemana aku slim, sorry uollsss akak tak mengamalkan diet. Makan jah bila ko suka makan. Merasa perut kau tak slim2 lagik.

p/s : Penat pegi jerantot semalam. Thanks god akak singgah rumah BA makan2. Borak2 dgn emak dia. Tompang pump susu. Kendian mak dia suh tapau bawak balik semua lauk. Konon malu2. Last kat umah sangat bersyukur sebab dah penat gila tak perlu nak masak. Yeay!

Wednesday, May 25, 2011

Pahat dah tumbuh gigi yeay!!!!!!

Pahat dah tumbuh gigi bawah dia ada 2 batang. Tapi lagi satu tu mcm malu2 je nak tumbuh.

Tu muka tengah happy. Memang hari muka happy mcm tu pon. Bila ko amek dia mula lah sengih2...

Pastu anak aku tak reti takut orang okeh. Ado dia nak menjerit melalak kalau orang lain amek dia? Dia buat bodo je okeh. Yang penting orang dukung dia. Ado dia kesah kena culik??

Dah 7 bulan lebih tapi nan ado dia reti duduk. Duduk kejap je boleh. Pastu goyang2.

Mainan kegemaran dia ialah Kasut keje apak dia dengan kotak CD.

Pantang lepa, kesitu la dia sampai. Siap isap2 kasut apak dia ntah sedap agaknya.

Aritu dia suka isap2 door stoper tuh. Kaedahnya aku geram, aku campak keluar. Ni suka kasut apak dia pulak. Takkan nak campak kasut Mohd Rafi pula kannn?? Mampus kasut tu dicampak ke muka aku pulak kang.

So, nak pegi mana dikawasan rumah sila lah bawak dia. Kalau tak kang ntah hapa2 dia makan kat rumah tuh.

-------------------------------------

Arini aku call TNB, tanya outstanding bill rumah aku tuh. Ada RM212. Tak pernah bayar ke hape agaknya ntah. So aku suruh TNB potong je. Merasa lah kau bergelap.

Gara2 kau bulan ni duit gaji aku cukup2 makan je tau tak? Kalau aku boleh bayar duit rumah tu tiap2 bulan tak payah la aku sewakan kat orang. Tambah lagi dengan bil2 yang outstanding dia tak bayar tuh. Tu belom aku check bil air lagi.

Secara kesuluruhannya, walaupon dia bayar deposit, aku tetap mengalami kerugian. Tu belom kerosakan rumah tu lagi yang aku tak tengok.

Sebab kau la aku terpaksa memalukan diri mengutip utang tau tak?

Lesson learn : lepas ni sewakan orang sila buat agreement. Plus deposit 2 bulan. Kalau nak cepat jaya contohi owner rumah Cik Lee, selang setahun suruh tambah deposit rumah lagi sebulan + sewa rumah naik RM50.

Heran lah aku, kenapa ada orang2 yang suka tak bayar sewa mcm nih?

**pengsan mengadap belanja kira2 bulan nih.

Tuesday, May 24, 2011

Update kisah penyewaan

Tak habes lagi kau kannnnnnnn???

Kaedahnya akak gugle2 tetiba jumpa puiler nama penyewa rumah akak nih kat FB. Aku tengok2 la update Fb dia nan ado pulak citer pasal anak saket masuk hospital bagai.

Akak tengok kemain happy lagi update fb dia mengisahkan siap pegi jalan2 makan bagai..

Ye la kan, mungkin dia tak citer kisah sedih anak masuk hospital bagai dalam FB.

Kannnn?? bersangka baik kaedahnya.

So, aku suruh la akak aku hantar surat NOD kat dia. NOD tu hape akak pon nan ado tau. Lebih kurang notis tuntutan la suruh diakeluar rumah.

Pastu akak suruh akak iols call bgtau surat akan sampai dalam masa 3 hari.

Eksyen gila dia jawab mcm tak bersalah je menurut akak iols.
Siap tanya 'Bila nak hantar surat?'

eh..eh.... akak iols kata berlagak gila dia jawab call akak iols tuh.

Boleh gituuuu mcm ko tak bersalah je kannnnn??

**P/s : Sesiapa yang nak contoh agreement sewa rumah boleh email kat akak. email carik sendiri kat blog ilotskitchen.

Bila penulis column akhbar tak buat research...

Akak dok baca metro semalam. Terus rasa sakit hati. Motippp penulis nih tulis fakta yang tak betul?

Peminat menangis dipeluk 2AM

Oleh Hellinie Sina
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HUJAN lebat yang melanda ibu kota Kuala Lumpur kelmarin tidak menjadi penghalang kepada ribuan peminat K-Pop untuk berhibur ketika ‘showcase’ kumpulan popular dari Korea berlangsung di Wisma MCA.

Empat anak muda - Jo Kwon, Changmin, Seolong dan Jinwoon - yang menggelar kumpulan mereka sebagai 2AM itu bukan saja diminati di negara kelahiran mereka, tetapi turut terkenal di seluruh Asia.

Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di Malaysia, malah julung kali membuat persembahan untuk peminat yang sudah lama menantikan kehadiran mereka di tanah air.

Disebabkan permintaan ting�gi, DiGi Telecommunications dan Universal Music memenuhi impian peminat 2AM di Malaysia.


2AM sangat teruja bersua muka dan menghiburkan peminat mereka di sini. Kumpulan ini tidak menyangka mereka mendapat sambutan yang ha�ngat dari peminat di Malaysia. Mereka sangat terharu dengan sokongan yang diberikan peminat mereka di sini.


Setiap kali 2AM berada di atas pentas sama ada menya�nyi atau beramah mesra dengan peminat, dewan itu pasti akan digegarkan dengan sorakan dan jeritan tanda sokongan mereka terhadap kumpulan ini.

Kunjungan mereka ke Malaysia bukan hanya menghiburkan peminat mereka di sini, tetapi juga untuk mempromosikan album terbaru mereka iaitu Saint O’ Clock.

Bernaung di bawah syarikat rakaman JYP Entertainment, mereka memilih untuk menyanyikan lagu bergenre balada kerana ia sesuai dengan vokal mereka.

“Berlainan dengan 2PM, kami membawa genre lagu yang berlainan dari mereka kerana apabila kami menyanyikan sesebuah lagu yang berentak balada, ia harmoni dengan vokal kami. Kami lebih me�ngutamakan vokal berbanding tarian,” kata Changmin ketika sidang media di Hotel Hilton.

Menyanyikan lagu Never Let You Go sebagai lagu pembuka tirai, peminat yang rata-rata dari golongan wanita itu menyanyi bersama-sama dengan mereka walaupun lagu yang didendangkan itu dalam bahasa Korea.

Selain membuat persem�bahan, peminat yang bertuah juga turut mendapat peluang berada di atas pentas untuk berinteraksi dengan kumpulan itu menerusi ‘games’ yang sudah diaturkan pihak pengurusan.

Ada antara mereka tidak dapat menahan air mata apabila dihadiahkan pelukan oleh setiap seorang dari ahli kumpulan 2AM.

Vokal empat anak muda itu nyata mampu membuat bulu roma meremang apabila mereka menyanyikan lagu terakhir mereka berjudul This Song tanpa iringan muzik.

Peminat tidak lupa untuk membuat kejutan untuk tiga orang ahli 2AM yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan ini.

Sebelum menyanyikan lagu terakhir, empat orang peminat bertuah naik ke atas pentas untuk memberikan hadiah dan membawa kek hari jadi berbentuk menara berkembar Kuala Lumpur untuk Changmin, Seolong dan Jinwoon.

Mereka yang terkenal dengan lagu I Can’t Let You Go Even If I Die menyanyikan enam lagu untuk menghiburkan peminat yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli tiket showcase semata-mata untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka.

Fenomena K-Pop yang melanda ini menawan ramai penggemar muzik di Malaysia. Walaupun tidak memahami lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan itu, tetapi melodi yang mendayu-dayu berjaya menarik peminat yang hadir untuk melambai-lambaikan ‘banner’ yang dibuat sendiri.

Ketika sidang media, Jo Kwon berkata sokongan peminat di Malaysia sangat dihargai dan ia menjadi semangat untuk terus berusaha menjadi lebih baik.

................................................................................

ha nampak???? Yang aku merahkan dan BOLD tuh??

Aku rasa dah fucking many times the MC said 'THIS IS THEIR SECOND TIMES IN MALAYSIA'
Apa penulis ni buat masa MC tu cakap? Not once, not only at the beginning of the show. at the middle of the show pon MC tu ada cakap. This is thier second times inmalaysia.. bla...bla...
Adekah kau tido maca nih??

Secondly,

Hell.... 2am nyanyi This Song with music. Mana letak telinga masa tu?

Third,
This ticket is free damn it! We dont pay hundred to see their show. We only need to be DIGI customer.

Bayangkan eh, penulis yang pegi konsert pon boleh buat kesalahan macam nih. Buat research ke tak buat research.

Kalau article lain tak tau lah berapa banyak diorg merapu agaknya.

Monday, May 23, 2011

2am showcase

wah...sayup2 je nampak 2AM kaedahnya kannn??

Actually seat aku dekat dgn pentas. Tapi disebabkan camera phone aku hanya mampu menangkap gambar begitu, jadi redha je lah yek..

So, hari sabtu aritu akak secara gigih telah paksa Mohd Rafi jaga Pahat sebab akak nak tengok showcase 2AM. Uolls kan tau kan akak gila korea sikit..

So akak paksa jugak Mohd Rafi hantar akak kat Lrt sungai besi, Pastu feeling2 nak transit kat masjid jamek tukar Putra LRT. Haremmmmmmm! aku sesat disitu gara2 mencari lrt putra. Berapa kali aku cross jalan tengok2 star lrt lagik. Rupa2nya putra lrt underground daaaa...

Fiza dah berapa kali call aku tanya bila nak sampai. Harus lah kan, show pukul 6pm, tapi 5.30 kau kat masjid jamek lagi.

Dah la free seating. Mujur Fiza bawak cousin dia boleh chop tempat dulu.

Sampai Ampang Park. (show kat wisma MCA). Hujan selebat2nya.

ADEKAH AKU NAK TUNGGU SAMPAI UJAN REDA??

TIDAK! okeh..

Aku larik pecut mcm hape sampai kena hon dengan keter sebab suka2 jek melintas tak tengok kiri kanan.

Dah lambat okeh + Ujan lebat dah tak kira apa.

Sampai sana dah putus napas dah. Padan muka kau kannn???

So, How was the concert????

AWESOME!!!!! 100 kali AWESOME!!!!!!

Akak pernah pergi konsert artis mesia. Nothing can compare 2AM.

Kau ado nyanyi lagi sedap dari album? Ado???

Officially I am a big fan of them.. Please come again to Malaysia.

Oh sebelum tuh. Tiket Showcase inih adelah FREE!! Anda cuma perlu menjadi customer Digi.
And the 16 earliest lucky bitch dapat beramah mesra dgn 2am atas pentas.

JELES!!!!!!!!!!!

Penyewa yang menyakitkan hati 2

Wah... ada entry bersiri pulak kannnnnn???

Meh akak citer kronology penipuan tenant rumah akak nih.

4.5.2011 : Dia call akak bagitau anak dia sakit. Baru keluar hospital. Gaji baru masuk. So dia lambat sikti masukkan duit. Dia kata dalam 5 atau 6 hb dia masukkan. Dia mintak bayar RM450 dulu sbb dia tak cukup duit.
Aku kata : ok takpe. Tak kisah la lagi Rm50 tuh... ****baikkan hati kauuuu????

7 hb : akak sms dia tanya mana duit sewa rumah? ****serious akak nih tak rajin okeh nak tuntut duit orang.
Dia kata dia dah suruh laki dia masukkan dalam account aku.
So, aku check through cimbclicks > dia ingat aku nih keje pegi ATM ke check duit dah masuk ke tak??? Online jahhhh!!!!
TAKDE OKEH.
Aku suh dia fax slip.
Dia senyap je.

9 hb : aku message dia lagi suh fax slip. Dia kata slip laki dia pegang. Dia mintak laki dia asik kata takde je. DIa kata nanti dia check.
Ok Fine.
Dia kata sebelum 12hb dia cuba settlekan.

14hb : Dia sms aku kata dah dapat duit. Dah on the way pegi bank nak masukkan duit. ***wTH kannn??? yg ko sms aku kata nak pegi bank tu kenapa? lain lah dah masukkan.

Aku tunggu sampai malam. Nan ado jugak duit masuk.
So, akak sms ' Ni dah malam dah. duit dah masuk ke belum?'

15hb : Dia sms aku lagi (dia tak berani nak sms Mohd Rafi okeh takut kena maki). Dia kata dah masukkan duit konon2 bagi detail:
seg no dgn atm no, pastu 15/5 to Fa****** Hassan, RM500.

Akak terus check duit. NAN ADO okeh!!

Aku suh dia fax slip. DIa senyap lagi. Tak reply apa2.

16 hb - 17hb : Aku sms dia hari2 suruh fax slip tapi nan ado. Tu yang aku call bank. Bank kata takde problem dengan machine. If ada, pon machine deposit tu akan notify kat user tuh.

Dia reply. Nanti dia check.
Aku reply, aku bagi masa sampai 20hb, kalau takde sila keluar.
Siap kasik kata2 nasihat lagi boleh?? aku cakap, aku pon gaji cukup2 makan tiap2 bulan, sewa rumah aku RM600 kat KL nih. Tapi tak pernah bayar lambat. Hari tu gaji, hari jugak aku transfer duit. Anak aku pon sakit jugak tapi xde la aku kasik alasan nak lewat bayar sewa.

19hb : dia sms kata jangan risau. Esok mesti dah settle duit rumah. Dia dah kirim kat budak opis dia RM100 sbb dia kata takut nak kirim duit banyak2 kat orang.

Ok. Fineeeeeee. Aku tunggu esok.

20hb : aku check rm100 tu ada. Tapi dia sms aku:

Lebih kurang mcm ni lah. Malas aku nak copy paste:

Kak, ni A** yang sewa rumah akak. Duit RM100 saya dah masukkan smlm. Nanti petang ni saya masukkan lagi RM200. Tu pon pinjam duit orang. Segitu je yang org tu boleh bagi pinjam. Lagi RM200 saya usahakan lagi. Hari sabtu saya settlekan lagi RM200 tu.

Paham takkk??? Kenapa bayar duit rumah sampai nak kena pinjam orang kannn?? 15hb tu kenapa ko sibuk kata kau dah masukkan duit kat aku? Pastu 19hb tu kenapa ko kata ko ADA duit cuma taknak bagi kat budak opis tu masuk banyak2 je..

Nampak sangat menipu kannnnnn???

Aku kasik chance lagik. Tapi aku sms jugak dia. Panjang jugak tapi aku ringkaskan.

'Lain kali, kalau takde duit cakap. Jangan asik nak menipu kata dah masukkan duit. Kawan akak ramai keje bank boleh check. Tak payah menipu'

Pastu dia tak reply sampai ke hari ni. Janji2 paslu dia nak masukkan duit tu NAN ADO okeh!!!

So, aku sms dia suruh keluar dari rumah before 31 may. No compromise. Buat sakit hati je layan dia.

Bayangkan eh, dia start masuk bulan 11 2010. Baru duduk rumah tuh 6 bulan tapi dah 3 kali dia menipu mcm tuh. Sakit hati tak kalau kau???

Thursday, May 19, 2011

Pahat ketika masih tembam.

Gambar masa dinner final year student jbtn aku.

Masa ni Pahat tembam. Emak pon tembam.

Eh, pahat dah kurus tapi Pahat dah putih tau.....

Syukurrrrr tak itam mcm bapak dia... Larikkkkk!!!

Bye. Nak buat kek.

Penyewa yang menyakitkan hati.

Akak geram gila uolls dengan penyewa rumah akak kat johor nun.

Okeh. Dia keje IOI corp. Akak rasa tu company besar. Adelah mustahil IOI kasik gaji lambat sampai seminggu.

Ok fine. Akak pon cakap seminggu takpe lah bayar lambat.

After seminggu. Eh, senyap jek. Akak mintak dia kata nanti dia pi bank. Alasan dia anak dia sakit. FYI, memanjang kalau dia lewat bayar sewa tu lah dia alasan. Anak sakit.

Anak aku pon sakit jugak bulan ni. Tapi sewa rumah hari tu dapat gaji hari tu jugak aku bayar.

Pastu, dia sms akak. Dia kata dia dah suruh laki dia masukkan. Tapi sampai kesudah akak check bank akak nan ado.

OK. Fine. Akak suruh dia fax slip bank. Mcm2 alasan pulak dia bagi. Laki dia kata hilang la apa la...

Pastu dah minggu ke 3 lewat ni. Sabtu lepas beriya dia sms akak bg no seq and atm bagai bagitau dah masukkan RM500.

Tapi harammmmm sangat bila akak check bank nan ado. Hellooooo akak guna cimbclicks check online jah dah tau masuk ke tak.

Ok. Fine akak tunggu sampai isnin pon nan ado jugak masuk.

Tak logik sangat guna deposit machine sampai seminggu tak masuk2 lagi dalam account.

Akak call cimb customer service. Dia kata impossible tak masuk2 lagi.

Akak mintak slip bank suruh faxkan sampai ke hari ni tak fax.

Nampak sangat menipu.

Ko nak sangat menipu kannnnn???

Akhirnya, akak buat keputusan kalau arini kau tak bayar. Berambus kau dari rumah aku..

Logik la sikit kasik alasan. Alasan2 bodo tu yg akak menyampah nak dengar. Akak pon dok menyewa jugak. Duit pon cukup2 makan je tiap2 bulan sebab akak sorang je keje. Tak pernah lewat sehari pon akak bayar sewa. Tiap2 kali gaji, hari tu gaji, hari tu jugak akak bayar sewa.

Nih dah la laki bini keje. Anak pon sorang je. Pastu sewa pon murah je. Species apa ntah liat sangat nak bayar sewa rumah. Ni bukan kali pertama ok uollllsss.... dah 3 kali dah....

Lepas ni akak dah serik nak baik hati sangat. Lepas ni nak sewakan akak nak buat agreement. Pastu mintak deposit 2 bulan.

Dah tu kan uolllss... Kan register TNB rumah tu guna nama akak. So TNB selalu la dok sms kata ada bil tertunggak. Current bil dah RM130++ dah okeh.

Memang patut pon kan aku halau dari rumah tu????

Wednesday, May 18, 2011

Bertemu bayi2 comel 2

Semalam akak pegi Shah Alam hantar order kek. Thanks Iema!.

Pastu akak culik Kher ajak teman pegi hantar kek sbb akak dengan Pahat jah kaedahnya. Kang sesat sia2 je uolllsss...

Pastu akak pegi anta mac kat Ain mama Syami. Syami bam bam okeh. Kalau dukung dia rasa penuh je. Pahat jugak semua orang jumpa kata dah kurus... Siannn kau Pahat..

Sorry eh gambar ni Syami pejam pulak. Gambar lg satu akak pulak yang pejam.. Tu Pahat tu memang menggeletis tak boleh duduk diam.

Kat umah Madam kher sibuk dok sondol2 orang.. Thanks Kher belanja A&W and bg tompang rumah kejap. Nanti lain kali iols datang lagi... Matilaaaa!!!

Maklum la... laki iols kan keje sabtu ahad dan cuti umum. So terpaksa la akak berdikari berjalan2 seorang diri. Aritu offer petpet kat carefour dengan gigihnya aku pegi beli feeling2 letak pahat dalam stroler sambil jinjing pampers 2 pack. Last2 Pahat mengamok dalam tuh. Pampers letak dalam stroler, pahat aku dukung sebelah. Sorong stroller sebelah.

So balik dari SA, akak paksa Pahat tido sebab ujan kaedahnya akak pon nak tido jugak... Hahaha...


Baik tak Pahat tengok TV? Tengah tengok Music Bank. KBSW. Nanti dah besar jadik Lee seunggi atau Gigwang tau???

***matila emak dah addicted dengan Gigwang pulak sekarang..



Ni version kek yang sama mcm entry sebelum nih. Choc Moist cake with creamcheese and chocolate in every layer. Ada 3 layer. Kek ni sangat berat. I guess almost 3kg kot. 9'. Price RM70.
Kek ni mahal sket sebab cream cheese yang akak guna untuk salut kek ni almost the same amount with cheese cake.
Sedap. Tak tipu. Larikkkkkkk!!

Thursday, May 12, 2011

Khas untuk Tontonan Ciktari

Chocolate cake junior mastechef inspired. Kek tu choc moist cake frosting dalam cream cheese. Kat atas choc ganache.

Kek Donna Hay tu guna soda bikarbonat, carik2 tak jumpa kat umah, last2 guna lah resepi sendiri.

Kek dah selamat aku bawak pegi rumah Filla feeling2 sambut hari ibu. Tapi frosting cream cheese kat dalam tu sikit sgt pulak letak padahal banyak je lebih.

Kek ni 9 inci dan tebal..

Esok akak nak try buat cupcake banana split ala DC cupcake tu pulak. Mcm sedap je aku tgk.

Wednesday, May 11, 2011

Cemana ibu nak solat nih???

Cemana nak solat nih kalau Pahat dok kat bawah kaki akak mcm nih?

Ni rupa sebelum semayang, tengah2 sujud tuh kang dia boleh masuk celah kaki aku.

Boleh imagine tak cemana aku nak bangun?? Tak ke jadinya Pahat kangkang???

Kadang2 tengah semayang dia dok tarik sejadah tu, lama2 dia baring depan sejadah. Cemana nak sujud kaedahnya. Terpaksa la akak sujud sipi2 kat tepi tuh uolllsss..

Semalam aku tinggalkan kat depan sorang2 kejap dia dok makan Door Stoper pintu. Bukan makan je, siap isap2 lagi. Menjerit aku terus basuh mulut dia...

Cemana la keadaan orang yang husband dok jauh tuh. Pengsan... Memang terer korang jaga anak.

colorful macaron!!

Macaron shell. Blue. Green.Yellow.

Arini baru masukkan filling.

Filling available :>
Choc ganache.
Salted caramel
buttercream
Nutella
Peanut butter

Cream cheese*
Lemon/lime pastry cream*

Filling with '*' mark, available for self pick up only.

Monday, May 9, 2011

Baby TV channel 618.

Kaedahnya semalam Akak dok godek2 channel astro tuh tiba2 ada babytv pulak channel 618.

AKak PAKSA pahat tengok. Dia suka okeh. Terus stop dia dari membuat aktivity mengorek muka akak. Terus dia menangok kat situ diam jee...

Haruslah emak subscribe channel ituuuu kannnnn? RM 5 jah sebulan..

Eh, ni astro tak bayar akak okeh.. Saje nak kasiktau korang nanti boleh subscribe sama2 kaedahnya..

_____________________

eh, lagi satu info:

Buttercup 1 tin kat Yummie RM9.90. Kan murah tuh. Kalau beli sekotak harga jadi RM9.80

Barang2 cookery utensil (loyang ke apa ke) ada 15% off kalau kau member. Murah gilak ah akak beli spring foam 2 in 1 sekali dengan yang ada lubang tu RM10 sajork. Siap CD Owner suh jual kat dia sbb benda tu tinggal 1 je..

Whipping cream Payson Breston 250ml harga RM3.90. Murahh kannn??? Tapi jangan beli sebab baru pakai sekali, esoknya letak dalam fridge dah keras cream dia tuh. So gunalah emborg atau paul's atau anchor.
Tapi incase nak guna sekali je boleh a beli Payson Breston tuh...


Akak sentap, hari2 aku pegi Yummie tu sambil mendokong Pahat nan ado jugak nozzle tip 1a. Aku punya ilang weh! Cemana nak bat macaron nih??

________________________

eh, akak nak kasik tip boleh???

Kalau nak buat kek coklat sila guna imported cocoa powder. Local punya color dia cair sikit dan rasa pon tak pekat sangat.

I am a big fan of beryl's chocolate. Motippp Beryl's x nak jdkan akak sebagai duta??

Kalau nak menimbang sila beli timbang yang banyak sekat scale dia. Jangan jd mcm akak. Nak timbang 40g pon tak boleh.

Alah....beli la timbang digital je senang.

Kalau nak buttercream sedap try guna swiss merigue style buttercream. French butter cream orang kata (internet kata) sedap tapi aku malas nak try.
JANGAN guna KIRMWELL. Nescaya tak sedap.

Mampos aku kena maki dgn pembekal krimwell...

Bye.. Nak larikkkk!!

Minggu ni PANAS gila lah kan???





Panas gila okeh weekend nih. Sampaikan bukak kipas full blast. Pahat ntah berapa kali aku lap2 badan dia. Malas nak mandikan punya pasal. Emak apa nih???

Lap sebab panas satu hal. Lap sebab berguling atau garam satu hal. Yesss uolllsssss dia berguling atas garammm.. Akak sibuk kat dapur dia sibuk capai garam. Jadi garam tu jatuhlah. Yang dia sibuk guling2 atau garam tuh.

Nasib baik lah akak tak sapu badan dia dengan black pepper pastu terus masuk dalam oven. Jadi Pahat panggang.

So, weekend akak bogelkan dia jah time siang. Tinggalkan pampers je. Time malas pakai baju singlet lubang2..

Cengginila keadaan dia tido.. Style menonggeng. Kalau takde bantal tu dia sibuk sondol2 akak pulak menonggeng atas lengan akak.

Pastu, dok umah boring lah kaedahnya. Mohd Rafi kan keje, sabtu ahad pon keje sampai pukul 10 malam. So, akak angkut Pahat pegi opis sebab boring. Opis kan ada aircon > Keji!

First time okeh aku bukak tutup stroler sendiri. Hahaha... Rasain kau selama nih harapkan Mohd Rafi je kannn???

Kau ni memanng tak boleh duduk diam kannn?? Ada je tangan nak mengeletis.. Aiyohhh... Tak boleh duduk diam okeh dalam tu. Sibuk nak meniarap pon ye.. Ngeri aku.

Pahat dah 7 bulan uollssssss... Sekali dengan mother's day. Dia sekarang pantang letak sorang2 bukan sebab melalak. Tapi tangan dia Pantas mencapai. Tempat favourite tong sampah pampers dia. Mana tak keje mengelap dia je. Nanti kang dah pegang kotor2 sibuk isap jari pulak.

Hobi baru dia ialah isap jari kaki. No!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Hari ahad pulak pagi jumpa Jiha anta kek nih:

Ulang suara; Tepi kek tu macaron takde kaki dalam erti kata lain macaron takde kaki. Dari buang lebih baik guna. Kan...kannnn??

Thanks Jiha for your order.. Segalan komen2 membina adelah di alu-alukan.

Byeeeee......!

Friday, May 6, 2011

Macaron Open for Order!

I'm taking macaron order for this weekend.

Price a box of 20~25 (depends on size) RM35.

Filling : Cream cheese, buttercream, choc ganache, milk jam

Will update another flavor later..

Call or sms ilot : 017 7703251

Thursday, May 5, 2011

Apesal kau malas sangat???

Ni ha akak kaedahnya feeling2 malasssss je uollllsss...

Mohd Rafi dah keje, kat bengkel mana ntah akak nan ado tau. Dia start pukul 10pagi, 10 malam baru balik.

So Si Pahat tu kalau akak nak buat keje kena bawak kemana2 okeh. Kalau tak dia mengilai2 kat situ.. Nak semayang kena letak kat tepi. Nanti dia sibuk dok tarik2 sejadah aku yang chantek tuh.

Nak masak, bentang toto kat ruang tengah tu biar dia nampak emak kesayangan dia tengah masak.

Nak baking pon sama.

Nak tido kena baring sebelah dia sambil dia sondol2 badan emak dia sambik meniarap.

Ntah apa pesen ntah tido cenggitu.

Aku tengah confuse apa harga aku nak letak untuk kek dan cupcake aku tuh.

Dah la... bye.

Tuesday, May 3, 2011

Lelong Diapers...

Eh, akak tipu je uolllsssss... Xde maknanya nak jual diapers..

Ni ha akak nak tunjuk Diapers Pahat. Mcm2 brand ado.. Mana yang murah akak beli kaedahnya.

Yang huggies sebelum ni akak nan ado pakai. Sebab mahal bagi akak kaedahnya.

Pastu weekend lepas check2 paper ado offer kat giant RM29.90 for M(80). Kan murah tu kaedahnya..

Akak pon terus call adik akak yang umah dekat dengan Giant suh dia belikan 2. Padahal kat umah ado stock diapers lagi. Tamak kaedahnya...

CD akak belum rajin lagi nak pakaikan Pahat. Baju pon aku malas basuh inikan pulak CD.

Monday, May 2, 2011

Bertemu bayi2 comel..







Entry syok sendiri kaedahnya... Boleh?

Akak balik kampung 3 hari kaedahnya. Pastu kan Pahat kena batuk+selsema lagi okeh. Tadi pi klinik kena amek Neb lagi... Doc kata tak boleh nak buat apa lah since Mohd Rafi pon ada lelah.

Pastu citer balik kampung, akak kena marah oke dgn mak akak sebab telah menyebabkan Pahat kurus.

Mak akak kata Pahat selsema+ batuk sebab akak minum ais. Okeh. Who can resist cold ice water in a hot weather kannn??

Okeh, akak cakap dgn mak akak, akak dah insaf dah lepas nih. Tapi kat umah dok teguk jugak seteguk.

Ni cucu2 nenek. Muka Pahat sebijik muka nenek dia. Lion kat sebelah tuh dok nganga tuh sebenarnya dia tak suka duduk dekat dgn Pahat. Dia jeles. Feeling2 kau sorang baby dalam dunia ni kaedahnya kannnn???


Pastu akak bawak Pahat pegi rumah Lion. Ni kat rumah Lion lah. Emak Lion keje masa nih,. Tinggal Lion dengan Apak dia.

Pahat suka korek muka orang. Rasainnn kau Lion!


Yang akak tak tahan tu Lion dok raba2 muka Pahat. Pahat amek tangan Lion dia isap jari Lion tuh. Pastu dia makan pulak tangan si Lion tuh. Pastu sibuk korek2 telinga Lion. Last2 Lion pon nanges.

Pastu Lion dah tak suka jumpa Pahat. Haha...

p/s : Penat lah pegi Segamat.

iklan