Saturday, August 27, 2011

Akak tak mampu beli fareeda uollss...






Dapat tudung ala2 ropol mcm fareeda pon ok la...

Yela..untuk orang2 yang mesken mcm akak tapi feeling nak tudung ropol2 konsepnya boleh la pegi ratu yang harga 3 kali lebih murah dari Fareeda. Kalau uols kaya uols beli la Fareeda. Akak mesken kaedahnya.

so, kasik akak feeling2 buy n blog walaupon akak nan ado beli beg flip bag channel pelbagai color konsepnya... **larikkk dulu!

Konsep ijau tahun ni haruslah akak beli tudung ijaau walaupon akak dan lupa ijau apa baju akak tuh, di buatnya ijau apple tak ke color clash nak pakai dgn ijau lumut?? takde orang lain tukang komplen, tu haaa laki akak yang itam tuh... matila lagi.

Dari tepi.

Harga yang inniew rm59, less 20% untuk non member, utk member 30%. Jadila dalam rm42 gittuuu.


Ni pon konsep ropol ado less jugak, 20 and 30%. Rm59 jugak.

Last skali,
Yang ni kain chiffon, akak suka sebab pakai tak panas. Rm89 ado less jua 20 n 30%.

Ada anak breastfeed takde makna okeh nak pakai shawl lilit2.. Dah la anak aku tu suka main tarik2 tudung akak. Lebih baik akak pakai tudung konsep TAK PERLU IRON dan SARUNG siap.

Esok nak balik kampung tapi Pahat demam uolls.. Akak pon dah mcm dedar2 nak demam jugak.. Merasa tipah ompong kena masak... Matila tak sedap.
Ni dia budak tak sedar diri demam tetap nak memanjat2...

Dah la uolls.. akak bakal x update seminggu gamaknya.. jangan rindu akak yeah!


Friday, August 26, 2011

Aadekah kau tak cukup makan??

Dah beberapa kali akak jumpa customer and kawan2 cakap akak dah kurus mcm tulang. Adooo???

Akak bukak diet okeh. Apetah lg tak makan. Akak makan banyak jah. Korang patut tengok masa akak makan buffet aritu, abes semua akak makan.

Cuma, masa akak adelah limited untuk makan for 2nd and 3rd time. So, kalau akak makan sekali, sekali tu je la.

Lepas raya akak berniat nak makan banyak2. Matila kau lepas raya pon aku busy kaedahnya sebenarnya!!

Adoii... kueh untuk johor tak buat lagik...

Pahat dah dapat duet raya!! Yeay!! thanks cik ien!

Last skali, SELAMAT HARI RAYA UNTUK PARA PEMBACA DAN PEMBELI KUEH RAYA AKAK< segala kekurangan dan kelemahan akak mintak maaf dan hallalkan. Maad zahir batin. Jangan serik beli kueh dengan akak yek.

Thursday, August 25, 2011

Akak maseh hidup uolllssss...

Akak baru dapat bernapas lega sebentar sebab kueh raya untuk customer dah siap.

Alhamdulillah, semua yang order thru blog and fb semuanya dtg pick up walaupon takde mintak deposit. Kannnn??? akak perchaya uollsss jah koonsepnya..

Tapi malam ni akak still kena buat keuh jugak uolllss.. ada order emergency yg akak on hold dulu. Dan juga kueh raya untuk kampung.

Lepas raya pon akak full dgn order kek, macaron and cookies jugak. So, konsep yang sama juga. Siapa order dulu dia dapat camtuh.

Last weekend akak busy gila babi buat kueh raya. Tiba2 tgk jam dah pukul 6. Nak masak?? lauk nan ado stock. Pegi baazar?? ujan lebat uollss.. Last2 akak search internet buffet yang terdekat. Akak feeling2 nak pegi picc tapi fully booked. Call Palm Garden still ada vacant so akak pegi la situ. Dah le tersalah book, dtg 5 org pegi booking 4 orang. Merasa kau duduk di luar!


Harga buffet rm65. Satay dia sumpah sedap okeh. Satay daging pon lembut je. Dari satay station yang mahal nak mampus tuh.

Balik dari buka puasa walaupon kueh feeling2 tak siap lagi tetap akak pegi shopping metrojaya warehouse sale kat picc. Tapi too bad, duet akak dah habes buat bayar buffet. Dah tu emak aku bawak duet rm60 sajork. Merasa la beli handbag murahan berharga rm44 sajork. Itu pon akak pose2 berebut time happy hour.

Nah akak tepek gambar di Picc. Akak malas letak caption.


Ha... uolls mesti nak tau Mohd Rafi pegi Jakarta beli apa kannn??

Dia beli helmet batman uollsss... Pastu pagi2 buta bangun pakaikan kat Pahat. Motippp??




Tuesday, August 23, 2011

Aku harap ini yang terakhir...

OMG, akak adelah exhausted okeh. Matiila kau kan dah 3 entry cerita pasal penat mcm nak pengsan.

Kueh raya orang adelah hampir siap. Most probably esok siap. Hasil kerahan tenaga buruh asistant2 akak. Walaupon asistant no 3 akak tuh berkerja ikut mood. Kau adoo??

Akak feeling2 nak bagi dia upah rm20 sajork. Keji tak?

Asistant tambahan no 4 iaitu Mohd Rafi aku sangat benci kalau dia masuk dapur. Nanti sibuk suruh orang kemas itu ini. Hellooooo kueh aku belum siap okeh motippp nak kemas semua membazirkan masa emak yang precious nih??

Uolllss, dari mengemas selama 2 jam, lebih baik akak siapkan kueh orang dapat 4 5 balang kaedahnya.

Jangan speku akak ada masa tambahan sebab tu akak update blog okeh. Akak feeling2 tak period so tak payah puasa so tak payah bangun sahur. Lauk and nasik semua dah ada tinggal diorg panaskan jah esok.

Alhamdulillah, rezeki lepas raya pon masih ada. Harap2 percaturan akak lepas bulan 12 nanti berhasil. Kalau tak gamaknya balik kampung la tolong motong sawit.

Aku tengah pikir cemana nak buat kek besar meja 9hb nih. Kek boleh cantum2kan, base dia tu nak pakai apa uolllss?? plywood dengan alumunium?? pening akak pikir.

Jangan speku akak kaya jual kueh raya banyak. Akak pose2 nak kumpul duit untuk hidup selepas bulan 12 nanti. Kot2 tak dapat keje? tak ke pitam nak bayar loan kete rumah bagai??

Siapa yg kampung dia ada orang miskin dan memerlukan baju raya sila bagitau akak. Bagi size(anggaran) sekali. Akak nak dermakan bukan baju akak. Baju akak pon sikit. Akak nak bagi baju raya baru la uollsss...

Oklah. Akak nak sambung baca buku sin chan.

Akak ada gossip diri sendiri tapi esoklah. Akak mcm feeling2 malas pulak.


Sunday, August 21, 2011

Announcement to all kueh raya customer.

Minggu ni dah boleh amek kueh. Please sms bgtau kuih apa yang uolls order for re-confirmation dan hari apa.

Thanks semua!

Saturday, August 20, 2011

Tolong pengsankan untuk aku sebab aku tak sempat nak pengsan!





Akak rasa nak pengsan tapi akak tak sempat nak pengsan sebab kuih banyak lagi!

Dah tu ada lagi orang sms nak order uollss. Termasuk kek red velvet akak yang famous. Aik?? mcm kenal je ayat tu.... ***larikkk 500km. Tapi semuanya kena tolak.. Maaf la sangat2 uolls semua akak nak abes kueh yang ada pastu nak pegi semayang tarawikh. Keji kannn last2 day baru feeling2 semayang tarawikh??

Kalau BA jaga mak dia, aku pon jaga mak aku dibulan puasa yang mulia nih, Sbb tangan mak aku xray aritu patah. Pastu degil taknak simen. Pegi berurut je. Dari aritu aku suruh datang sini aku jaga dia taknak. Ni baru la nak datang.

Ye la uollsss, akak aku tu ada baby kecik 3 bulan takkan nak jaga mak aku, ipah ompong pati sejuk rumah kosong. Dia pon tak sempat nak masak. Abang aku terus terang tak boleeh harap. So aku yang SUPERMAK ni jaga la emak aku tu,

Ye la tangan kanan dia patah cemana nak masak semua kann? nak pegi beli lauk pon tak boleh nak naik moto. Adik aku tu keje merayap je lagippon kalau dia masak balik2 meggi, motippp emak akak nak makan megi jah??

Ari rabu aritu akak balik Johor drive sorang. Penumpang2 lain tak reti drive uollsss.. Mohd Rafi keje so akak balik sorang. Darir rumah pukul 7 sampai pukul 1 pagi sempat singgah Taman Gaya hantar Temok asistannt no 2. Singgah sungai mas hantar Adan asistant no 1. Pastu balik rumah Flat gila babi.

Esok pagi hantar mak aku pegi urut tangan. Petang pegi tiram rumah adik aku. Malam anta kueh kat Fasha dan kawan aku.

Esoknya lepas subuh aku drive balik KL. Sampai letak beg drive pegi wangsa maju anta kuih. Pastu melarat ke tesco dan Param depan stadium tun razak aku jalan suku sajork sbb malas dan panas.

Balik. Jalan jammed gila babi. Penat kaki. aku. Kau ado gigih macam akak?? Ado?? Kesimpulannya aku penat gila. Kaki aku mcm nak patah.

Dah tu, walaopon aku diberi cuti puasa, esok kena bangun pulak panaskan lauk sahur aku dah masak tadi. Setakat ni baru 3 kali la aku tak masak buka. Yang lain semua aku masak. Sebab dari aku bazirkan waktu berjalan kat bazaar tu baik aku masak kat rumah.



Tuesday, August 16, 2011

Nak Pengsan tepi oven!

Ha...kueh ada la dalam 3/5 dah siap.. so siapa2 nak amek dah boleh dah tapi call dulu takut stock takde.

Akak busy. Bukan main2.

Esok kena hantar emak aku pegi hospital putrajaya pulak sebab pegi klinik tadi it turn out tangan dia patah. So, raya ni akak la yang masak lauk raya. Tapi bukan perkara pelik, dah biasa pon kat UK dulu.

Eh, akak suka raya kat UK. Pagi raya balik semayang semua org serbu rumah akak sebb paling dekat dgn quite centre.

My god! Hari2 ada je orang nak tambah order. Tapi mintak sorryy memang dah tak amek. Baik akak siapkan apa yang ada dulu dari dok tamak amek banyak2.

Akak nak tido. Dah beberapa hari tido 3 4 jam sajork.

Pahat, lepas raya ibu layan puas2. Skrg ni ibu busy kumpul duet.

Friday, August 12, 2011

Iftar ke 11 kot? Mak dah lost count.





Ni tengok dulu gambar bayi 10 bulan melalak.. Apsal gigi 2 batang je tak nak tumbuh2??

Iftar aku mostly dengan adik ipar aku je. So masak ikut sedap tekak aku. Kalau Mohd Rafi ada pon aku ikut sedap tekak. Sebab bila aku tanya nak masak apa jawapan dia sungguh tak memberansangkan.

Arini akak masak asam pedas ikan duri.. Gambar2 ni semua lepas makan baru teringat nak amek.. Howww???

Kau ado amek gambar dengan senduk2 sekali???
Peria goreng.

Macaroni goreng semalam yang tak jadi masak akak bring foward ke hari ini.. Kau mampu buat konsep bring foward mcm akak??


Last skali tengok gambar di bawah ni:


Yang akak nak focuskan bukan Pahat ye... Tapi jari akak yang chantek ittewwww...
Masa akak nak amek Pahat kat rumah BS, time keluar kereta nak tutup pintu tiba2 akak tersedar jari akak tersepit kat pintu kereta uolllss... Sakit ya ampunnnnn...

Lemah okeh satu badan. Padan muka kau!! Yang akak heran tuh, cemana boleh satu jari jah iaitu jari manis jah yang tersepit?? Mengapakah jari2 lain tak kena???

Sampai sekarang berdenyut2 jari akak nih.

Esok first thing pagi2 kena pegi klinik nak amek Ferum. Aku rasa my HB is getting worse la bila aku duduk buat kuih nak bangun rasa mcm nak pitam. Ni kalau aku pregnant lagi skali ntah berapa low HB aku agaknya.

Pastu nak bawak Pahat pegi klinik jugak. Dia selsema puiler. Harap2 jangan selsema lama2 kesian tengok dia..

Akak ado beli pasta untuk baby. Esok akak masak utk Pahat!!



Thursday, August 11, 2011

Bad news not worse

Akak terima khabar buruk hari ini. Tapi tak pe lah dah prepare for the worse pun. Alhamdulillah.... Harap2 cukup untuk hidup..

Semalam akak feeling2 rajin buat puding caramel. Rasa dia biasa2 je... Akak nak puding caramel yg mcm tesco UK punya tuh... Yang dalam bekas 45p tu... Lembut je puding dia.

Kueh tak siap ada hati buat dessert bagai kennnnn??? Semalam masak mee gorang jah. Ingatkan nak masak macaroni goreng sekali tapi tiba2 terpemalas padahal aku dah keluarkan daging dan rebus macaroni bagai. Simpan balik dalam fridge.

Semalam jugak akak ter MISS geng mengaji. Tension akak!. Tapi x pe, asteruk kan suka ulang2 cerita kannn??? Nanti2 ada la tu..

Mengapakah akak miss? akak tido pukul 9 okeh. Pahat tak nak tido pon aku paksa jugak tido sebelah aku.

Bangun pukul 3 pagi sambung buat kuih cheese button. Tiba2 akak dengar bunyi2 orang mengaji.. tengok jam, whattt??? dah pukul 5.30???? Terus pose2 panaskan mee kejut mohd rafi. Makan je la apa yg sempat konsepnya.

Wednesday, August 10, 2011

Orang yang tak buat tak tau susahnya..



Baru2 ni ada kawan akak mintak turunkan harga kueh tat dari RM21 ke RM18.

Serba salah nak bagi. Akak rasa RM21 tuh dah cukup murah dah. Dah la aku guna home made jam. Ingat senang ke nak kopek nenas, blend, tunggu kering lagik. Tapi aku bagi la jugak harga tu sebab dia order 1 je. Kalau 10 sorryyyy..

Semalam, balik rumah dah pukul 6. Jadi masak apa yang ada jah. Jadi lah Mee Sup Mi lidi.



Tapi aku memang suka masak Mi lidi sup mcm nih. Sedap jek walaupon simple..

Sape2 yg tak tau tu Mi Lidi rupanya mcm nih.. Akak cari sekitar KL haramm nak jumpa. Ni import dr johor.


Baguskan bulan puasa?? tak tau nak update apa hari2 citer pasal buka puasa kaedahnya... Clust!!

Tuesday, August 9, 2011

Iftar ke 8.. eh, ye ke?





Emak emak kalau tak letak gambo masakan tak sah kennnnn??

Ni ha menu buka semalam. Dah dua hari tak jejak baazar sebab aku koser nak start keter berjalan di baazar tuh.
Ayam masak kunyit.


Gulai lemak pisang muda. Slurp... sedap makan dengan sambal belacan dan ikan masin.

Tau tak cemana nak masak pisang muda?? Nak siang dia kena rendam dgn air uollss sebab dia muda lagi still ada banyak getah.

Tumbuk kunyit, ketumbar, black pepper, jintan manis, bawang merah, garlic dan ikan bilis.

Kalau ada udang lagi sedap.

Tumis. Letak air sikit. Masukkan pisang. Tunggu sampai agak2 empuk masukkan santan. Pastu dah siap.

Nasib baik akak tak letak nama Gulai Lemak Pisang Muda TERSEDAP di DONIA... **matikannn perli sape tak tau....

Ni progress kuih raya...


Baru buat kuih2 raya yang tahan simpan lama2. Tat and cis button may be rabu baru start sbb kuih2 rapuh ni takut tak boleh simpan lama. So sapa nak amek cepat baru akak buat.

Long way to go, to baru 50 balang, yang belum celup coklat ada dalam 30 balang. Mampos tak sampau suku pon lagik. Minggu ni asistant lagi sorang sampai.


Sapa rindu dengan Lion, ni gambo terbaru dia. Mcm muka emak dia ke apa ntah.


P/s : akak lupa nak announce bahawa order kek and mac pon akak tutup. Kalau lg seminggu nak raya tiba2 miracle happened kuih raya akak siap akak buka utk order raya...





Monday, August 8, 2011

Laki orang dan tunang orang...

Ha...ni baru cerita yang betull uollsss... Pahat tak interframe dalam entry nih..

Mula2, ingat tak cerita laki orang yang bercinta dengan perempuan se Ofis? Satu opis tu jugak tau diorg bercinta padaal bini dia cukup baik dah??

Kaedahnya itu hari dah kantoi uolss... Pastu adegan drama swasta mintak maap tak buat lagi bagai.. I sayang u sorang je..

Pastu, dalam sebulan tu baik la kejap..

Tup...tup... sambung balik bercinta... Kau mampuuu mcm tuu?? Tak serik kannnnn?? Mati la kau kalau bini kau tau lepas nih..

Ayat dia: ' Aku tak paham kenapa perempuan tak boleh terima lelaki bercinta dengan org lain.. Sedangkan aku still sayang kat dia'

Bull shit sangat ayat... Masalahnya kau tu bercinta sorok2. Kan Fiza kannnn??
;
;
;
Cerita ke 2. Tunang dengan orang lain. Bercinta dengan orang lain. Tak cintakan tunang dia tapi tak nak putuskan. Tetap jugak nak kawen dengan tunang tu dalam masa yang sama tak nak putuskan.

Hellooooo..... Mana satu ko nak??
;
;
;
Cerita ke 3.

Laki orang yang sibuk usha2 budak2 pompuan kat FB mcm single lagi. Padahal status jelas mengatakan Married. Eh, dont be suprise budak2 pompuan skrg ni dah tak kira Married or single. Bila tanya, aku nak kawan je dengan dia...
Oh My god! Ada ke istilah kawan je kalau nama panggilan dah tukar Sayang n Abang??
;
;
;
Cerita ke 4.
Kes pemain bola terkenal ittewww kannnn?? Yang tunang dia... opssss! Ex tunang dia sibuk merempan kat FB bagai... Yang ex tunang ni pon satu, dah tau tunang kau ittewww popular yang emo di FB uollsss...Gaduh laki bini pon nan ado letak kat profile bagai tau.
Mula2 kata tiada orang ke tiga. Hanya abang dan adik.
Tup...tup keluar gambar berpegangan tangan gituuuu...


Abang adik sangatsssss kannnnnnn???

Kannnnn??


Lelaki nih uolllss kalau orang hulur, dia amek je. Free sape tak nak kannn?? Bohsia pon skrg kena bayar tauu guna top up. Dah tu bila bini/tunang orang tu serang kau, ko cakap bini orag tu tak pandai jaga laki kannnnn??? Clust!!
Dah kau goda2 dia haruslahh dia amek je... Tak payah cakap laki orang kannn, lelaki mana2 pon sama je kannn??

Mula2 konsep test market, pastu lama2 dah terjerat kaedahnya.

Bak kata kat satu blog nih, kalau tak silap aku cupkekasih kot... Akak lupa, guugle la eh.

Kalau tiba suami tak bagi pegang hp. Angkat phone tergesa2. Start dengan 'aaaaa...aaaa...apa? tak dengar' dan terus keluar jawab telepon, dan tiba2 extremely baik dengan korang siap belikan bunga bagai...

Hati2 uolllsssss!

Sekian sahaja entry peram.

Sunday, August 7, 2011

Shopping raya...

Arini akak tak masak sebab akak malas.. Beli makanan kat baazar jah. Tapi akak dah pesan awal2 kat Mohd Rafi beli makanan yang penting sajork utk elakkan pembaziran.

So, arini pegi mencari baju raya Pahat. Baju melayu dah tempah dengan Mak Mohd Rafi... Tempah kononnn kannnn padahal free sajork... Tema akak cotton hijau. Tipot ompong, kalau ko nak raya rumah mak, pakai baju ijau plissss.

Ni aksi2 pahat dan Apak ketika shopping baju. Terjumpa cermin besar.


Suka dia tengok cermin besar.

Barang2 shopping koser akak nak letak. Akak beli murah2 sajork. Anak akak tu bukan tau kalau akak belikan baju Burberry sekalipon.

Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 6.

Sebenarnya akak feeling2 malasssss banget nak masak arini. Dah la pose2 malas nak masak, masak nak keluar pegi baazar puiler.... Tapi adik ipar akak kan ada kat sini tolong akak buat kueh takkan nak bagi dia makan meggi pulak kennnn??

So akak pon masak la jugak.

Ikan gelama goreng.

Sayur sawi goreng.

Ayam halia blackpepper.

plan asal akak ialah ayam nak goreng. ikan nak masak pecel jawa tuh. Cemana ntah tetiba akak ting tong masak lain puilerrr...

Air lagi la hina gila. Ada la air soya semalam tinggal 1 cawan pastu air milo sahur tadi pagi yang panas nak mampus Mohd Rafi buat aku tak boleh minum aku simpan dalam fridge.

So, adik ipar aku, aku bg minum soya. Akak minum milo. Kau adoooo akak ipar pemalas mcm tuhhh????

Akak nak bgtau tau, sape2 yang sms, akak tak balas atau setaun baru akak balas tu jangan sentap ye, akak pose2 busy sekarang nih. Lainlah kalau uollss nak tolong akak secara free.. Nanti akak bg la resepi free gituuuuuuu...

Order2 cawangan Johor, kau ado cawangan??? Kuih2 akan dihantar insyaAllah pada 17hb nih.

Lupa lagi nak pesan. Kalau uollss call akak mcm nak mati tapi akak nan ado jawab mahupon reply jua sila jngan sentap. Tangan akak nih sentiasa lah memegang doh kuih takde maknanya aku nak kotorkan telepon sebab henpon akak touch screen.. Touch scree henpon murahan ye... Bukan i phone mahupon samsung galaxy mahupon HTC HD desire mcm henpon Cik Li.. Cik Li gadis urban berteknology tinggi harusla mempunyai gadget2 terkini... Larikkkk..!

Jadual akak time weekend nih adelah.

Lepas sahur : celup coklat almond London sebb time ni sejuk, so coklat dia cepat keras.
sampai pukul 8 atau 9 akak stop. Tido sama2 dgn Pahat.

Pukul 11 bangun rehatkan minda sebentar, tengok TV, main2 dgn Pahat. Bila pahat tido je, selalunya pukul 1, maka start la buat kueh. Sampai habis adunann. Biasanya sekali buat 4 adunan.
Kalau Almond 4 adunan boleh dapat 10 balang. Choc chip 7 ke 8 balang.

Pukul 2 kang Pahat bangun maka terpaksa bergilir2 dgn adik ipar akak jaga dia sambil buat kueh. Tu yang melambatkan keje. Pukul 5 kang abes, rehat kejap.

Pukul 6 masak. Tunggu buka. Pukul 8 sambung balik buat kueh sampai pukul 11.

camtu lah rutin weekend....ngantok. nak tido. bye.

Kisah tamak haloba..

Mula2 akak nak cakap, motippp harga makanan kat baazar ya ampunnn mahal???

Aku beli ayam golek popular kannn kat serdang ittew, end up dia bagi chicken wing yang mentah.
MENTAH OKEHHH!!! bukan lepas bakar dia mentah uollss... tapi2 mentah2 dia belum bakar. Rasa keji tak???

Last akak bakar guna oven... Tension Mak!!

Hari ke 3 puasa akak beli jah makanan, konon feeling2 malas masak. Beli mee RM1.50 2 bungkus. Chicken Wing 6 ketul. Cucur udang RM2. Oblong 2 bijikkk... Last tak habess uolllssss.... Syaitannnn sangatssss..

Esoknya akak pegi baazar beli kuih dan air jah. Arini pon aku beli kueh dan air jah. Koser tau semua dah naik harga dan aku tak nak membazri amalan syaitannn...


Menu hari ni siakap stim, sayur campur dan hati pedal goreng tepung.
Ada murtabak mini jugak aku buat tapi termasinnnn uollsss... maklumla puasa kennnnn..

Order kueh officially closed. Tu pon ada lagi orang order cake aku terpaksa tolak. Ada jugak order kueh yang nak last minute nak next week pon aku tolak. Bukan akak tolak rezeki uollsss tapi akak kena selesaikan order2 terdahulu dulu kaedahnya..
Nanti kalau uolls semua tak dpt kueh raya ni harus akak kena maki bertubi2...

Kalau nak order jugak boleh tapi akak tak boleh confirmkan dpt sebelum raya ke selepas raya. Sorry ye, order dah FULL capacitynya.

eh, lupa sapa yang order by comment blog tp tak reconfirm balik pon akak tak amek ye ordernya.. Sorry uollsss...!

Friday, August 5, 2011

Announcement Kueh Raya!!

Sesiapa yang berniat nak order tapi belum order, sila berbuat demikian within this week..

Lepas minggu ni order akan ditutup!

Akak nak pose2 beli barang2 kuih pulak uollss... Akak malas nak pegi 2 3 kali kaedahnya..

Bye!

Pahat @ 10 months check up..

Anggap je la Pahat dah 10 bulan sebab dah check up kannnn?

So, berat dia 9.3kg, tinggi 75cm..

apak dia kata nak beli stroller yang lipat mcm payung tuh sebab dia dah pandai duduk dan kecik nak letak dlm bonet.

Semalam akak gelak mcm nak mati tgk GENG MENGAJI. Uollss tengok..

Kau hado feeling2 pakai handbag emak pegi mengaji isi batu??? Clust Yeye, kecik2 dah ado sindrom Diva sangatsss..

Kau mampu nyanyi lagu godek...godek..godek??

Ha, belajar dari sekarang.

Akak tak boleh ingat lah Yeye.. kelakar gila sampai tok Imam pon tak berani marah dia.

Thursday, August 4, 2011

Tahun lepas ada Geng Surau... Tahun ni ada GENG MENGAJI!!

Walaupon akak kecewa sebab tahun ni nan ado Geng Surau tapi citer moreh yang suam2 kelakar ittewww...

Tapi tahun ni pukul 9 di astro prima (105) ado Geng Mengaji.. Kelakar nak mati uolllssss...

Pandai tau budak2 tu mengaji.. Yang akak kelakar tu tok Imam Hashim tuh, Rotan dia siap ada banyak version dia simpan dalam almari okeh. version 0.9 lah, 0.10 lah...

Dah la budak2 mengaji tuh ada 2 geng, geng kambing dengan geng jajan. Boleh gituuu???

Yang kelakar semalam tuh, budak baru tu mengaji baca auzubillah dgn bismillah bukan main siap berlagu2 lagi.. tapi lepas alif lam mim kantoi terus..

Merasa kena rotan dengan Tok Imam...

Godek...godek...godek....Haha

Wednesday, August 3, 2011

Puasa, laki orang, putus tunang dan sebagainya... eh Pahat pon ada.

Matila kau tajuk sekali harung konsepnya... akak kan feeling2 dah malas update blog sekarang nih...

Tadi pagi akak terbangun pukul 5.39 okeh... sempat minum air jah sahur..

Tadi pagi jugak Pahat jatuhkan balang berisi almond london togel(belum celup coklat) satu tupperware besar dalam 10 balang punya adunan. Lalu pecah almond2 dalam tuh. Nanges emak sebentar. Lalu emak marah Pahat dan dia buat muka bodo je...

Malas nak citer , tengok gambar je boleh??


Hari isnin pegi opis emak. BS cuti. Tangan sebelah dok tarik cable usb printer... Ampunnn tobat aku nak bawak budak nih lagi... tak reti duduk diam dalam opis.



Feeling2 gedik dengan ayah. Koser emak tengok. Yang tgh berjalan tu adik Mohd Rafi akak asistant akak.


Ni waktu jalan2 dgn MIL and adik ipar kat Pantai putrajaya tuh. Pahat first time jumpa rumput lalu emak dudukkan dia kat situ. Lalu pahat menjadi kaku lalu memetik rumput2 disitu...



Yang ni emak sangat geram, motippp emak nak bukakkan baju dia sibuk nak merangkak la, berdiri la... menggeletis sangatsss...
Last2, aku biarr je baju tu atas kepala dia yang besar tuh. Tau pulak dia cabut sendiri.

Nak mandikan dalam bath tub memang seksa yee... Last2 aku mandi dirikan jah.. Pakaikan pampers sampai senget2 pampers tu aku kejekan sebab dia sibuk menggeletis.

Mulut diam. Tapi kaki tangan berjalan...

Apa nak jadi dengan anak Mohd Rafi nih???

Pahat dah start makan bubur tak blend, dah tak payah basuh blender hari2... Nasib baik aku tak beli blender philip yg steamer blend bagai tuh sebab guna 3 bulan jah.

So far aku kasik Brocoli cincang halus, kadang2 tofu, kadang KALAU rajin bakar ikan tenggiri. Tengok MOOD emak.

Tapi yang penting anak aku tu konsep DBKL. Makan apa saja. Adoooo anak kau mcm tu? Bagi bubur kosong pun habis semangkuk.

Satu benda yang dia tak suka ialah makanan sejuk. Ais ke ais krim ke tembikai ke atau apa2 makanan baru kuar peti sejuk. Merasa dia buat muka ketat.
Apak dia suka dengki bg ais krim nanti dia buat muka mcm makan benda masam nak mati.

Padahal emak time pregnantkan Pahat hari2 makan ais krim okeh. Merasa anak emak tak boleh makan ais krim puiler..!!

Padahal tajuk panjang2 kat atas tuh akhirnya aku citer pasal Pahat je kannnnnnn!!

Larikkkkk!

Tuesday, August 2, 2011

Berbuka Ramadhan pertama

Semalam akak masak jantung pisang masak lemak, sambal belacan. Goreng ikan kering. Ikan caru sumbat.

Wah... bertambah Mohd Rafi makan. Siap tengah2 malam lepas aku masak nasik untuk sahur dia makan lagi.

Pastu, akak feeling2 confident nasik yang akak masak tu cukup untuk sahur..

Sekali jah tadi pagi nasik tu tak cukup uollss... so terpaksa la makan sahur ber catu... merasa!

Monday, August 1, 2011

STicky post ! Kuih Raya Open for ORDER!!

Kueh raya datang LaGI!!! Wah, dah mcm tora pulaksss..

So tahun ni punya kuih raya,


1) Best Seller!!! Almond London. RM21/50pcs
Beryls Chocolate


2. Cheese Button, comes in 2 sizes: M :RM22/50, S:RM22/60pcs


3) Choc Chip and Nuts.
Notes: Change of price. RM22/balang (contain more than 100 pcs)



4. Another best seller! Tart Gulung. RM21/50.
Homemade jam.

Offer until 9/7/2011!!! Grab 10 balang for RM200. Please specify apa2 jenis kuih yang uolls nak.

Order before 1/8/2011. After that depends on my availability. Text or email me if you have emergency order.

I also made macaron for hari raya. Offer for raya only!!! RM30/box. Filling limited to hazelnut and chocolate. Pick up or delivery 5 days befor raya. Nak tahan sila keep refrigerated.

TO ORDER, email:

ilotshikamaru@gmail.com

or

sms or call : 0177703251 (better sms sebab akak kadang2 malas angkat phone)

iklan