Monday, December 21, 2015

Tak busy tapi malas.

Ampunnn uolss, x sangka ada lagi peminat blog hakak. Akak baru lepas hantar report. Nak christmas ni kann kenalah gigih sikit lepas tu kan nak cuti.

Sebenarnya boleh je buat hari jumaat sabtu tapi akak xde mood nak menulis report. Nampak tak?? nampak tak?? Adik2 nak buat phd jangan tiru mcm akak. Akak suka2 bagi cuti untuk diri sendiri. Kau adoooo???

Tapi kan sebenarnya selagi kau x siapkan kerja otak kau dok fikir je, 'aku ada kerja lagi tak siap'.. tapi kau ala2 ignore signal tu dan mengelim karipap. Hahahahaha

Tu project akak 2 hari lepas iaitu experiment karipap pusing.

Mula2 tak jadi. Esoknya akak gigih lagi menguli dan mengelim. Usaha tangga kejayaan atau nama hipsternya dongibab.

Gambar Farha jadi model background. Dia tengah makan karipap la tu.Kali ni jadi la jugakkkk walaupon x berapa flaky sangat. Menurut resepi google kebanyakannya guna vegetable shortening. Akak sepupu akak yg berniaga kueh pun suggest guna vege shortening. Tapi akak x koser nak keluar pi kedai sejuk2. Lagipon aku malas jalan kaki, bolehhhhh??

Mula2 nak bagi sv try. Tapi nanti sv kau cakap. Ni rupanya kerja kau hantar report lambat??
Haaaaaa. So kau lupakan jahhhhhh

Btw, nak christmas ni pening okeh nk bagi sv hadiah christmas. Google suggested bagi wine, eh harommmmmm. Lps tu bg chocolate, oh boringnyaaa. 3rd, home baked good, kekdahnya oven aku antik koserrr aku nak layan. Setelah seharian berjalan sekitar bandar lincoln. Penatt hokeh akak kehulu kehilir. Last2 akak beli travel mug flask jenama thermos. Within budget lagi. Reason behind the travel mug purchase is my sv drink coffee everyday and dia selalu komplen coffee dia gone cold and taste like crap. So hopefully dia guna lah hadiah murahan akak tu.

Ikhlas dari hati gittewwww.

Sebenarnya hakak nk upload gambar chrismas play pahat. Nak bgtau jugak Farha dah setahun bulan lepas. Haha. Juga birthday akak minggu lepas. Matilah semua dah lepas.

Masa birthday akak tu akak ada meeting dengan sv, balik singgah iceland beli kek chocolate Gbp2. Sumpah sedap kek tu. Pastu akak paksa Pahat nyanyi lagu Happy Birthday Ibuuuuuu. Lepas tu baru boleh makan kek.
Esoknya nak makan kek lagi paksa Pahat nyanyi lagi Happy Birthday Ibuuuuu. Matilahhh nakkkkk. Tunggu Farha dah pandai cakap nanti Farha pon aku paksa nyanyi lagu Happy Birthday Ibuuuu....

Hadiah? Dah kertu tak payah nak hadiah2 sangat!!

Merry Christmas!!


Friday, December 4, 2015

Tiada input.

HAri isnin, ada loooongggg meeting dgn sv. So dia siap draftkan 3 paper. Optomistic sgts sv akak!. Meeting dr pkl 3 sampai 8malam. Kau ado. Akak dh x masuk dh apa dia cakap tu. H2 norm Hinfinty norm, kejadah semua tu. Lepas tu akak ckp nnt balik akak baca balik

Selasa, ada one new phd malaysian student datang. Dia akan duduk rumah akak sementara dpt rumah. So I spent 1 whole day showing her around lincoln and university. So, x productive.

Rabu, pi opis, just baca paper sahajork sebagai pemahaman. Kekdahnya agak dh tua, dh slow nak pick up. So x sentuh matlab. Yg aku baca tu pun kira basic. matilah nakkkk

Khamis, ada budak2 ni nak makan asam pedas. Lalu akak panggil sekali budak2 lain dtg makan. So haroslah kau x buat apa2 pasal research.

Jumaat, akak, mohd rafi n farhah kena sakit perut. cirit birit. muntah2. Tak tau kitorg mkn apa semalam. Yg penting semua lauk semalam tu mmg baru je masak. Cuma akak n mohd rafi makan nasi yg dh lama, 2 hari. selalu ok je uollss sbb winter ni mmg nasi lambat basi. And then akak n mohd rafi xde selera nk mkan dan terjelepuk atas katil.

Memang matilah haku next week meeting xde update langsung!!! matilaaaa matilaaaa

Sunday, November 29, 2015

Busier is good??

Last week, memang minggu paling busy. Aku nak lunch pun x sempat. Padahal nak makan bekal bawak dari rumah je. Takde konsep lunch kau nak keluar pegi makan. Makan depan opis jah. Makan dalam opis kang omputeh jeling2 hakak.

Aritu akak bawak nasik lemak makan depan opis sekali bukak bau 1 floor. Terosss akak tutup balik. Esoknya bawak sandwich jah.

Last week sv akak kejar hari2 ya. Dia panggil meeting pagi, lepas tu dia suh buat kerja, afternoon dia kata dia nak tengok. Kau x kelam kabut???

Lepas tu balik rumah pukul 6 atau 7 camtu, masok la email dr sv bertimpa timpa. Balik rumah Farha pun dah tido. Kesian pulak dia, emak xde masa sgt dgn dia. Biasanya pagi akak hantar Pahat pegi sekolah. Lepas tu masak laju2 utk farha n Mohd Rafi.

Lepas tu pi opis. Sambil berdoa janganla terserempak dengan sv. Kalau terserempak, 'Fazilah, can we meet another...10 minutes?'

Heh. lalu kau masok opis, laju2 bukak laptop dan update cepat2 kerja semalam.

Tapi...walaupon akak stress, tapi akak happy. Sebab akak nampak progress kerja akak. Seriously I couldn't get any better sv than my sv now. Akak sgt2 terhutang budi la kat sv sekarang ni. Kalau akak dah grad nanti, I'm gonna miss him. Haaaaa.....

Wah fefeling grad kannnn??

Kami tgh tulis 1 paper. Target publish January, Akak berdoa sangat paper tu will be accepted. Akak jugak nak sign up for academic writing class kat sini sebab academic writing akak mengikut komen sv and my 2nd sv adalah laharrr!. Grammar tunggang langgang!

Actually arini hari sabtu. Supervisor akak email sebanyak 7kali. 1 email je akak reply sebab weekend Mohd Rafi kerja, memang susah nak bukak laptop sambil jaga dua orang ni. Pahat tu xpe. Yang si Farha tu bahaya, sebab kerja dia mengutipppp je apa2 ada kat lantai dan makan. Lepas tu nanti gaduh dengan abang dia. Pening pulak kepala hotak aku.

Lagipun, weekend time dengan anak2 and masa rehatkan otak. Matilah esok sv aku email lagi. Tapi sebenarnya akak plan nak buat malam ni time anak2 tido, instead aku berblogging. Larikkkkkk!!

Jangan kecam akak. Lepas ni akak nak tido puiler sbb akak malas.

Thursday, November 19, 2015

sv saya yang gigih

Sorry. Akak busy uolssss. Kat opis x boleh nak bermedia sosial. Balik rumah kau jgn harap nak pegang laptop. Si kecik tu kerja dia nak meleset je.

Well postgrad opis kat Lincoln ni adalah see through. So does lecturer's offices. So kau boleh nampak dari luar ada sapa dalam opis tu. Berani kau tak datang opis??. Sv pulak memang jenis rajin sangat lah disini. Kejap2 datang jumpa student. Tetiba dia feeling2 free dia masuk bilik panggil meeting.
Bagus jugak sebab senang ko nak cari sv kau. Tp kekdahnya x sempat siapkan task semalam arini dah masuk tanya progress. Pitammmm.

Utk pengetahuan uols post ni dh save berminggu tp update sikit2. Matilah nakkkk.
Nak citer pasal meeting dgn sv. 1st. Kena prepare semua benda dia suruh buat. Else dia suruh kau duduk kat bilik dia buat sampai siap. At the end of the day dia yang buat programming tu. 2nd. Jangan buat programming panjang. Dia x suka. Buat simple n automatic. 3rd. Setiap kali jumpa dia akan tanya. Fazilah, do you want to see me? . Kau rasa apa kau kena jawab?? Kalau kau jawab no maksudnya dh terer sgt kah kau buat research sampai xde benda nak disscuss? So always have something in mind to discuss.

Well td meeting dari pkl 10 sampai 12. Then sambung pkl 3 sampai 5. Biasa meeting kitorg memang lama. Sebab student dia akak sorang jah. Actually dia pun busy sbb dia director of research. Selalu je ada meeting back to back dengan school lah, tesco la. Tp bila tak meeting dia panggil la hakak masuk bilik dia. Memang style sv kat Lincoln ni mcm tu. Panggil meeting on the spot. So kau kena ada dlm bilik tu. Well, akak telah membuat janji2 manis yang too ambitious utk hantar report by friday. Tp sv akak kata, ok. Send report no later than Sunday.

Sapa2 suka control system. Nak cari sv. Memang akak cdgkan sv akak ni. Sangat2 helpful. Kau tanya soalan basic mcm budak degree pun dia jawab. Tapi lepas tu kau standby email kau. Bertubi tubi notes dia bagi.

2nd sv akak pompuan. Nama dia Rebecca. Dia pun baik. Tapi akak xde urusan sgt dgn dia sbb dia buat modelling. Akak punya part modelling x sampai situ lagi. Dia ada cakap jugak, Argy*** keep you busy.

Sebagai phd student. Busy is good. Kalau kau dah tak tau nak buat apa dan banyak masa terluang tu sama ada kau dh nak grad ataupun kau x tau nk start dari mana. Well research akak pun baru settle 1 part. Risau jugak bila nak habis experiment ni.

Actually bagus sebenarnya dapat sv yang suka push kau and strict. Banyak kes akak jumpa yg sv jenis pushy n strict, student depa semua grad awal. Well yang jenis tak tahan quit awal. Yang survive tu grad awal. Sv jenis mcm ni lagi bagus dari sv yang jenis biarr je kau nak buat apa. Semua kau decide. Unless kau hebat and tau apa kau nak buat, memang susah sbb xde guidance.

Nampak tak akak merepek ke phd talk mcm good good je. Akak pun x grad lg dik nonnn. One thing about phd ni ialah nak result cepat kena rajin. Kalau uols malas mcm akak, cr sv yang garang dan pushy. Biarlah kau stress depress 3 tahun asalkan grad cepat.

See you when i see you.

Tuesday, November 10, 2015

Pahat

Pahat dah start sekolah. Alhamdulillah. Tapi baru 2 minggu masuk dah cuti seminggu. Caner tu?. Dia biasala suka je pi sekolah. Tapi bukan suka belajar uols. Dia suka bersosial gituhhh.


Ni aktiviti balik sekolah. Aritu terselit kaki kat pagar tu padan muka dia.
Sekarang dia cakap campur2. Ikut suka hati dia. Kdg2 terkeluar english. Tapi kdg2 dia ckp english merapu.
Masa sekolah kat Malaysia dia x berapa boleh catch up sangat. Kat sini so far ok. Sebab sini bukan jenis belajar lepas tu homework bertimbun2. Budak2 belajar relax je. Skrg belajar phonic. Kekdahnya emak pon x tau sgt phonic alphabet tu bunyi cemana. Emak bukakkan Youtube jahh.

Akak tau la budak2 kat malaysia tu baya2 pahat dah pandai membaca. Pahat memang slow sikit sebab akak ajar ABC pun memang dia x ingat2. Kat sini ok pulak dia ingat.

Tapi Pahat ni memang suka buat kerja fizikal. Tolong angkat air mineral masok dalam almari. Lepas makan basuh pinggan sendiri (ini time rajin je yee... time malas pinggan pun tak nak angkat.


Tolong uli karipap pun dia jugak. Yang ni akak anoyying sebab menyibuk dan melambatkan kerja hakak. Paling best tolong masak. Pitammmmm. Orang masak dia amek senduk nak tolong kacau.

Kalau dia nak coklat dia pandai dah sekarang. Dia akan mintak makan nasik atau mee ke dulu. Dah siap makan dia mintak coklat. Kalau tak jangan harap dapat. Kekdahnya kau dok pleaseeee ibuuu...pleaseee...pleaseee pun tak dapat.

Well, sebenarnya akak banyak kerja since khamis x buat. Masa dekat brighton ada Pahat sorg je boleh lagi aku buat kerja kat rumah time Mohd Rafi kerja. Ada baby ni memang kelaot lah kalau kat rumah. Lepas tu sekarang dah sejuk. Memang lagi kelaotttttt. Stresss emak banyak kerja overdue, lepas tu result tak berapa cantik untuk masukkan dalam paper.
Pagi2 kena masak sediakan makanan utk baby n mohd rafi n pahat. Pahat jangan memain, walaupun kat sekolah dah lunch, balik rumah mintak nasik. Emak rasa lunch vegetarian kat sekolah x kena dgn tekak melayu dia.

Apa emak nak citer tadi? Oh, lepas masak kalau rajin akak basuh kain. Basuh guna tangan yaaaa. Mesin basuh ado. Akak dah beli tapi x reti pasang pipe dia lagi. sebab banyak sgt paip tak tau mana satu. Kadang2 akak basuh. kdg2 Mohd Rafi basuh. Tapi yang confirm tukang sidai memang Mohd Rafi. Kalau dah winter ni memang xde la sidai kat luar. Hari2 hujan. Jadi time bukak heater tu time tu la kau jemur baju.

Heater pun bukak sejam dua je sehari. Sebab bil mahal nyahhh. Tu pun sebulan dah consume GBP40. Sini letrik and gas guna prepaid. Pegi kedai topup baru boleh guna. Actually bagus jugak kat Malaysia buat mcm tu, takde la main petik lampu suka hati je kennn.

Aku paling menyampah ada orang jenis nak judge kau je kerja nya... seperti, 'eh, kata xde duit tapi pegi beli .... GB10'
Eh, aku bukan beli handbag baru pun, bukan beli barang lavish pun. Kasut aku tapak dah tanggal pun aku x tukar, dah la kasut ada 1 je. Pi gam je tapak dia. Kau rasa tak bosan ke hari2 makan kat rumah? sekali sekala nak jugak makan burger atau kebab kennn? Menyampah okeh citer kat orang macam ni. Jenis orang yang suka rendahkan orang lain. Lain la aku pegi bercuti suka suka ke atau beli LV ke beli kasut ferragamo ke... ni sah2 primark pun hakak budget2 nak masok. Kau hingat aku ni suka sangat ke mengabeskan duit. Aku ada utang kau ke??

Ha... entry di kala stress x dpt result semua campur aduk. bye.

Wednesday, October 14, 2015

Pahat's 5th Birthday.

So, we finally have our own house here in Lincoln. (**rental house).

Lepas 2 hari pindah Birthday Pahat. Kekdahnya rumah kitorg memang kosong. And kitorg sempat la beli meja GBP15 kat gumtree, lepas tu beli microwave GBP10 jugak kat gumtree. Lain2 takde budget dah.
Fridge pun nan hado. Mesin basuh nan hado. Basuh pakai tangan sudehhh.

Sebab dah bayar rumah dekat GBP4k, maka dah habes lah disitu.
Jadi sekarang berjimat cermat. Tggu next month la baru beli semua.

Jadi utk birthday Pahat sebab kami pun kemiskinan.. haha. Jd akak beli cupcake kat poundland sahajork berharga GBP1 for 4 cupcakes. Siap icing hokeh!




Tengok cukcake tu, not too bad for a GBP1 eh?

Btw, akak cari lilin x jumpa lalu beli lilin christmas kat poundland jugak. Nampak tak favourite kedai adalah POUNDLAND.

Pahat happy dpt cupcake tu. Sedap je akak tgk dia makan. Hahahaha

Btw, mula2 akak plan nak bake kek dia, tp oven rumah akak ni guna api nyahhh, lepas tu x boleh guna api bawah. lepas tu xde temperature setting. Antik sgt noks oven hakak. Kena beli oven lentrik lain la gamaknya

Minggu ni Pahat dh start sekolah. Sekolah depa free, hatta yuran pibg pon aku x bayar. Depa provide free lunch, so makan lah kau vegetarian sbb depa xde halal food. Padan muka Pahat. Lepas tu balik sekolah pukul 3.15 macam orang kebulur makan nasik.

Rasakannnnnn!

Friday, October 9, 2015

Tips menjaga jam tangan G-Shock

Uollsss...Ni akak nak share tips2 menjaga jam G-Shock. Uols mesti pernah beli kan jam G-Shock.
Masa akak zaman remaja dulu popular sangat Jam ni. Sampai sekarang pun macam2 design theyolls
keluarkan. Actually Mohd Rafi pun ada satu jam ni sebab tahan lasak kennnn. Sesuai la dengan
kerja dia...
Jam Gshock ni uols tau kan dari Casio negara jepun tu. Jam ni memang fungsi dia tahan lasak dan
kalis air. Sesuai untuk activity outdoor dan lasak. Tapi tahan lasak pun uols jangan baling ke
dinding 40 juta kali. Haros lah rosak. Motippp?? Uols kena la rajin bersihkan jam, simpan elok2 kat
tempat yang betul, lepas tu jangan malas baca manual. Ni memang perangai hakak, iaitu malas baca
manual. Sebab tu la kekdahnya jam akak asyik rosak jah.





Jam tangan G-Shock ni uols kena selalu bersihkan. Make sure jam tak kotor, yelahkan mentang2
jam tahan lasak lumpur2 daki2 kat jam pun uols tak nak bersihkan. Uols boleh bersihkan guna kain
lembut atau kalau malassss sgt kau hantar je kat cawangan G-shock berdekatan. Gituuuuuu.


Nampak gambar atas tu? Smart kann?? Ni akak nak bgtau lagi satu, kalau uols nak pakai jam ni
dalam air, kena baca dulu berapa tekanan air boleh bawak masuk. Jangan feeling2 mcm akak, dulu
akak eksen dengan Mohd Rafi jam akak boleh bawak masuk air, sekali zassssssss rosak!
Rasakannnn.
Kesimpulannya uols, baca manual disediakan dulu ok?

Friday, October 2, 2015

heh...Selamat HAri raya aidiladha

Heh. Tau. Akak lambat.

Busy nyah.... Siang pi opis. Malam jaga anak. Still duduk kat rumah org lagi. Dah 2 bulan.

Dah dapat rumah. Pindah next week. Tu pon sebab bayar 6 bulan in advance. So akak dh mesken lol.

Memang bosan cari rumah. Akak view 13 rumah. Apply 6 rumah. Semua kena reject.
Yang last ni kami decide nk byr 6 months in advance.

Actually ada je agent accept financial statement. Tapi kau tau la competition dengan student single yg tengah cari rumah. So mostly application kitorg direject sbb landlord amek yg single.

Lepas tu ada agent lg mengarut, akak nak bayar 6 bulan (sebab rumah tu cantik and ada fridge and washing machine segala, so berbaloi la bayar 6 months upfront). Tapi agent tu kata sebab student kena ada guarantor jugak. Kau hingat senang2 omputeh nak jadi guarantor. Koserr akak layan agent tewww.

Eh akak nak citer tu baru 6 months upfront. Deposit biasanya 1 bulan atau 1.5 bulan. Kalau kat area brighton deposit adalah 3 bulan, Rasakannnnn!

Tu baru deposit. Depa ada referecing fee. Referencing ni proses check credit kau. Ada utang dengan bank ke tak. Ada history tak bayar bil ke tak. Ada history tak bayar sewa rumah. Depa check up to 7 years. Jadi jangan feeling2 nak lari tak bayar bil yaaa.
Lepas tu ada moving in and out fees
Ada certain agent kena bayar cleaning fees.

Memang mampos nak sewa rumah pon mcm2 fees kena bayar. So segala mak nenek fees tu akak bayar GBP300

Pitamm ke tidakkk??

Lepas tu rumah unfurnished. Yang ado cooker sahajork. So merasa lah kau tengok2 kat gumtree tu perabot terpakai ke fridge terpakai ke washing machine terpakai keee.

Jd. Kiralah kannn berapa banyak pound sterling dah habes tewwww?

Bulan ni boleh la makan nasik dengan telur sampai 26 haribulan.

Akak malas nk upload gambar harap maklum.
Akak nak bgtau yg farha sekarang samseng nak mampos. Dia buli abang dia. Mainan dia tak nak main. Dia sibuk main dinosour abang dia. Eh, dia tau okeh abang dia nyorokkan kat mana. Lepas tu abang dia pon nanges. Nak je akak lempang.

Ok lah. tengoklah lagi 3 bulan agaknya baru akak update blog. Gittewwwwww

Wednesday, August 19, 2015

Bersiaran dari Lincoln

Hellooo...akak dh register uni 3 minggu. Kekdahnya jumaat dpt visa, isnin beli tiket. Khamis terus amek flight ke UK

Akak feeling2 senang lah cr rumah kat sini,. Tapi nan hadooooo

Ni akak tgh tumpang rumah org. Kalau akak nak citer pasal house hunting ni tak habes 10 muka surat. 

Btw, khamis akak sampai. Jumaat teros meeting. Lps tu terus sv decide suh tulis paper IEEE hokayyyyy. Tak agak2 sv aku punya target kannn.

Tapi akak pi opis sampai pukul 1 atau 2 jah. Lepas tu pi jumpa agent. Pi cari2 rumah sewa. No avail.

Later. Akak tetiba malas nk type. Sawan malas.

Sunday, June 14, 2015

Update

Hii... akak masih di sini.
Akak bukan apa kat kampung tu line internet mcm lahanat.

So sesapa nk order kueh raya ni no akak. 0182807586

BA nyahhh : Mak whatsapp kau x dpt. Sbb dh tukar no kah??

Tuesday, May 5, 2015

Dilema penjual juih.

Sapa nak order cookies?

Tahun ni akak buat choc chip dengan tart je. Awas! Tart pon tart cetak sbb tukang tekan tart gulung iaitu Laki akak duduk seri kembangan while akak duduk johor.

Harga akak tak decide lg. Akak confuse ni disebabkan gst semua harga naik. Of course la kueh akak xde gst uolss. Akak kena survey harga choc chip, butter, almond dan balang dulu.

Kalau x berapa affected akak kekalkan harga rm25 sebalang. Masuk tahun ni dah 4 tahun harga sama uollss.

Order2 tersebut untuk sebelum puasa insyaAllah sebab akak akan stay KL beberapa hari untuk urusan visa. Alang2 akak deliver kueh2 tersebut.

Macam biasa whatsapp.. Eh korg dh ada kan no akak?

Thursday, April 23, 2015

Cuai!!!!

Kisahnya kecuaiaan akak akan melibatkan visa sebab tak tengok betul2.

Adoiiiiiii

ni kalau akak x dpt pegi balik UK akak pasrah dalam redha je lah.

p/s cari kerja lain plisssss

Wednesday, April 15, 2015

Waiting is stressful!!!

Sapa suka menunggu kan?

Tapi masalahnya kau tunggu 5 bulan apa kejadahnya?

Agak2 kalau aku enroll uni baru dah siap 1 paper.

Bloodyhell!

Tuesday, March 31, 2015

4 month old baby

Yeah Farha dah 4 bulan, actually lg 3 hari nak masok 5 bulan dah.

Skrg tido siang ke malam dah x pakai buai. Buai dah boleh pack simpan dalam store. Masa nak masuk 4 bulan dia dah pandai meniarap, lepas tu tepok2 bontot dia, eh! tido pulak.

So sejak kejadian tersebut dia dah tak berbuai lah uolsss

Tapi sejak dia 4 bulan dia suka makan jari. Lepas tu muntah. Masa dia umur 2 bulan akak ada try puting/pacifier tapi dia x nak. Akak tengok dia dok isap2 jari dia, akak try sumbat puting avent. Dia isap lalu tertido.

Wah double kali senang kerja akak!

Kalau jalan2 senang juga. Letak dalam carrier, tepok2 bontot sambil jalan. Lalu tertido.

alhamdulillah dah besar sikit senang nk jaga dia dah.

Kalau bawak pegi rumah orang nnt org cakap... 'Baiknya anak kauuu... diam jeee..'

Ha ah, tu time dia diam. Time dia meraung2 ko x tau.





Sekarang dia dah pandai pusing2. Aritu akak tinggal kejap dah terjuntai kaki kat ujung katil. Beristifar kejap lalu angkat letak kat bawah.

So far alhamdulillah still breastfeed. In fact direct BF jah. Yelah dok rumah nak buat apa bg botol. Dan duduk rumah jugak nak buat apa akak bg susu formula. Susu pon mahal okeh.

Belom makan lagi walaupon org sibuk2 kata 'Eh, anak ko ni mcm nak makan je'

No no no!

May be bila dia 5 bulan 2 minggu akak try bg makan.

Ingat lagi masa dalam pantang akak dok stress Farha ni asyik nangis dan x mau tido, mak aku suh bg nestum. Jangan harap okeh. Farhat x kena bg suggestion nestum sbb dia masa bayi keje tido je. Alhamdulillah survive sampai dh nk 5 bulan pong.

Akak confuse, masa Farha lahir, putih gila okeh. Lepas sebulan tetiba menjadi hitam. Caner tu??

Ok. Sekian update time free anak tido.



Monday, March 30, 2015

Transfer University (UK)

Alhamdulillah uols, MARA approve transfer akak, kena follow up dgn mara London pulak untuk FA utk visa.

So untuk tips and tricks transfer university.

Ok mula2 bila tau supervisor nak pindah korang ada 2 pilihan:

1. Stay. Selalunya student yang opted for this choice dpt scholar dari university tu jugak so diorang x boleh pindah kalau tak scholarship x boleh transfer. Ataupun jika ada supervisor lain dari bidang yang sama boleh supervised korang. Ataupun uols sanggup tukar field/research title sebab tak mau leceh2 uruskan visa and transfer university segala.

2. Ikut supervisor tranfer ke university yg baru. In my case I opted for this option sebab Sussex xde supervisor lain yang buat train control system. If i choose to stay akak kena tukar research which is membazer waktu dan akak suka research and sv akak yg skrg ni.


Tapi bila korang decided nak transfer university, jadi terpaksala hadap those tedious process all over again.

so ni perkara2 yang korang kena buat;

1. Discuss dengan sv nak ikut pindah atau tidak. Biasanya kalau dah 3rd year dah boleh dependent x perlu ikut sv pindah.

2. Bila dah decide ikut pindah, contact scholarship mintak borang transfer university

3. Suruh sv discuss dengan uni baru samaada boleh terima uols atau tidak. Sv part penting disini. Uols boleh isi borang apply phd online siap2 tp jangan submit dulu. Tulis kat personal statement yang korang apply ikut sv transfer.

4. Bila sv dah disscuss and uni baru pun nak terima uols, lengkapkan isi application phd online dan submit. Kalau sv belom start kat uni baru tulis situ yg sv nama sekian2 will start at bla2. And tulis to head department of yg korg nak masuk tu.

5. Bila dah apply online make sure contact referee. Dan make sure referee korang tu tak busy memanjang and willing jadi referee. Mcm akak university baru lambat proses sbb salah sorang referee lambat bagi reference, akak dok ingatkan selalu tp dia selalu terlupa atau busy sgt. Last2 akak email karangan surat sendiri dan suruh referee tu upload terus.

6. Surat english requirement dari university lama. Sebab ielts akak dah expired masa ni, Uni baru mintak surat dari Sussex menyatakan english requirement. Sbb benda ni penting masa apply visa nanti. Non EEU student kena ada certain english requirement untuk apply visa.

7. Bila dah dapat unconditional offer letter dari university baru, suruh sv buat surat WITH LETTERHEAD to sponsor. Surat dari sv ni penting. Ala2 surat sokongan.

8. Bila dah dpt semua benda tu boleh la isi form transfer university dr sponsor jpa/mara/kpt. Document2 yang perlu ada (yg akak sertakan masa apply):
  •           Offer letter uni baru
  • Surat dari supervisor menyatakan tentang research. Sv akak buat 5 minit je lepas tu terus email kat akak. Kalau sv uols busy karang sendiri dan suh sv check and mintak dia print with letterhead.
  • Result 1st year (since akak 1st year lah kan). Sebab phd xde result, so akak just lampirkan annual review report dari external examiner dan supervisor akak
  • surat dari uni lama menyatakan yang kita register 1st year disitu
  • surat rayuan dari korang menyatakan kenapa nak pindah university. Bagi reason yang strong. Nak contoh boleh email akak ilotshikamaru(at)gmail(dot)com
9. Lepas tu isi borang, attach semua documents dan emailkan ke Encik Shah kalau sesapa under mara UK.

10. Lepas tu tunggu lah 3 bulan. Merasa!!!!!

11. Bila dah dapat Financial Affidavit boleh la proceed untuk membuat visa iaitu apply ATAS, request CAS statement from uni. Tibi check up.

Kenapa kena apply visa balik?? Bukan ke visa kita dah dapat 3 tahun?? Kan valid lagi???

Well uolsss, visa kita tu yg keluarkan CAS adalah university lama, dan ATAS kita apply atas nama university lama. So bila uols tukar university tak boleh simply transfer visa mcm tu. University baru kena kuarkan CAS sendiri dan kena apply ATAS untuk university baru. Secara kesimpulannya kalau korang tukar university kena la apply new visa. Fahammm??

Dan baru2 ni UK gov implement new rules iaitu semua non EEU citizent yang nak apply visa after 6 APril mesti bayar health fee(NHS fee) gbp150 per year. Kalau buat phd 3 tahun ko darap 3 iaitu Gbp450 tambah lagi visa fee Gbp310. So sorang Gbp760 lepas tu kalau ko bawak family 3 orang, maka ko darapkan lah 4, jd total semua sekali adalah Gbp3040....

itu dalam pound sterling ye uollsssssss. Nak tau dalam RM silalah kau darapkan 5.5 lepas tu pengsan tepi tangga. Akak rasa nak kena gadai buah pinggang dah ni.

ok Byeeee. Harap membantu.

Wednesday, March 18, 2015

Hormone

Not feeling so well this week. Setiap kali period mcm ni lah keadaannya, mesti tonsil bengkak lalu menyebabkan pinggang sakit, demam, sakit kepala dan sebagainya.

Sepanjang akak pregnant 42 weeks, x pernah sekali pon sakit ya. Batuk x pernah walaupon masa tu Pahat and Mohd Rafi selsema batuk. Akak x kena infected langsung. Demam pon tak pernah time pregnant. So I guess it's hormone!. Jangan ckp suh pregnant lg kalau x nak sakit2. Choiiiii!!!!. Anak aku baru belajar meniarap pusing2 badan oiiii.

Lepas tu menambah sakit bila stresss. Bukan stress sbb buat kerja pon tapi sebab jadi penunggu gua. Oiiii bila lah nak dpt result transfer nih.
Lepas tu sv akak email suh hantar report. Report apa aku nak hantar? Since beranak 1 keje aku x buat. Paper pon sempat baca sekali imbas tak masok dalam otak. Baru nak focus anak dah ek ek. Yang lagi sorang 'Ibuuuuuuuuu'... kejap2 kang 'Ibuuuuuuu'. Pukul 10 time anak tido dengan emak2 sekali kiokkk. So memang dalam mimpi lah kau nak bukak matlab.
So akak tell the truth je kat sv akak. Lepas tu teros sv akak x reply lagik. Mesti dia sentap sbb student pemalas. Well lgpun akak tgh cuti bersalin kannnnn? Memang semua lah akak cuti kan.

Well. Bila dok sorang2 jaga anak kdg2 terpikir pulak. 'Kalau transfer tak lulus cemana?' . Apa akak nak buat? Carik kerja lain? Dok rumah jaga anak? Buat bisness kachingggg! Duduk depan komputer sambil menjana pendapatan(Bullshit!).

You know when women had a bad feeling it turn put true!!

gituuuuuhhhhh.

Ntah uols2 semua kalau ada kerja jd trainer engineer bgtau akak.

Bye.....

Tuesday, March 10, 2015

Update.

Semalam akak call mara london. Baik sgt En shah tu jawab. Dia suh call mara hq.

Sebab dia kata ada proses transfer yang tak lulus. Sbb since december banyak sgt transfer application dr phd student.

So dia kata kalau kat Malaysia better follow up dengan HQ lg senang.

Akak call HQ, nasib baik pegawai yang ni senang angkat phone.So dia kata permohonan akak tggu meeting. Nanti yg kuarkan financial statement mara london.

tunggu lagila gamaknya uollsssss

Nanti akak buat entry khas proses transfer ni. Sbb akak google mmg x jumpa. so harap nnt boleh membantu org2 lain yg nk transfer juga/

Tuesday, March 3, 2015

Pahat sekolah.

Pahat dah 5 tahun. Sebenarnya nk tunggu balik uk sbb tu malas nak register dia sekolah.

TAPI...hakikatnya akak tunggu mara x kunjung tiba. Dari January ke febuary ke march ni. Pahat dah banyak ketinggalan dari kawan2 dia yang lain. So akak decided akak masukkan dia sekolah.

Iaitu Tadika Al amin. Tadika islamic. Sebab akak ada baby x sempat nak ajar dia iqra'. So biar dia masuk tadika tu belajar kat situ.

Masa 1st day dia masuk nangis2, sebab malam nya tido pukul 11 lepas tu sekolah start pukul 7.30. Rasakannn dia!. Selalu boleh la kau bangun pukul 9 10 pagi kennnn.

Yang baby pon akak kena hangkut sekali pi hantar Pahat. Jd baby pon kena paksa bangun pkl 7 pagi.

Lepas tu balik tidokan baby balik. Baby tido emak masak lunch. Pkl 11 dh siap masak.

Arini dah ok. Pahat gembira je pegi sekolah. Cuma bangun pagi tu ada drama la kann. Semalam lupa bawak botol air, ustazah bg dia botol mineral. Lepas tu terus pi giant beli botol. Tapi terbesar x muat masok poket beg. Kau tunggu apak kau balik kang beli botol kecik.

Esok 4 march, Farha dah 4 bulan uolssss!! Dah kurang meragam alhamdulillah. Untuk pertama kalinya semalam selepas lahirkan Farha akak dpt tido siang 1 jam!! Oh Heaven gila nokkkss. Kalau tak mata kau dh mcm panda kat zoo negara kennnnnn..

And Farha dh pandai menyembur2. automatic rambut akak berguguran. Akak kena potong rambut weekend nih.

Ok. tu je update untuk sesapa yg tya akak transfer dah settle kebelum. Sekiannnnn

Monday, February 23, 2015

who are you to preach??

well.. sometimes ada jenis2 manusia yg suka bercakap pasal agama tapi sendiri tak lah buat.

Seriously akak kalau org discuss2 pasal agama I rather be silent. Sebab? Ye...pakai tudung bukan tiket kau nak komplen2 org sesuka hati. Lepas tu bercakap pasal agama sana sini. Cerita pasal maksud2 ayat dalam alquran.

Yes, my muslim attire is far from perfect. Kdg2 keluar rumah jugak short sleeve. Kdg2 tudung main selempang je. I know the fact that I am far from being a good muslim. Tapi uollss certain people confident nasihat2 orang pasal agama sedangkan dia pon pakai tudung dengan skinny jeans. Howww??


Friday, February 13, 2015

Lotus Desaru

Last week kan uollss. Akak buat kerja gila hari ahad Mohd Rafi balik dr KL akak terus book Lotus Desaru. Amek bilik 1 bedroom. Masa tu sebilik harga RM155. Ada waterpark and swimming pool. Ye, sbb Pahat suka.

Untuk pengatahuan uolss Desaru tu 15 ke 20 menet je uols dr rumah mak akak dan jugak mak mohd rafi. Kalau aku bgtau diorg nak stay kat desaru mesti akak kena kecam. Hahahaha

Harga bilik termasuk breakfast untuk 2 adult. Pahat free. Pass masuk waterpark. Katil dia adalah extra large queen. Seriously mmg besar katil tu. Muat okeh tido 4 orang. Serious uolsss bilik dia besar gila. Lebih besar dari rumah akak kat sussex tu ha. Ruang tamu kat bawah. Bilik tido kat atas. TOilet ada 2, satu kat bawah satu kat atas. Toilet atas ada bath tub. Memang gembira la Pahat main air.



Gambar byk tp semua censored. Gambar pahat la yg censored.

Mohd Rafi tukang dukung Baby. So dia suh akak layan pahat.

Tu je update, Bye uolss

Friday, February 6, 2015

Cookies.

Last week akak pi KL so seminggu sebelum akak amek order cookies.
Alhamdulillah order memberansangkan, tp akak x boleh amek order banyak2 sebab kenari akak tu bukan lori uollss... So max boleh amek 40 balang sahajork.

Jadi lepasla duit duduk hotel 4 hari dan minyak tol ke KL tu.. Haha...xde la aku cuti2 KL sia2 kennnn?

Akak juga jual congo bars mini, congo bars 10 inci saiz dan juga brownies.

Tengkiu semua yg message2 akak bg review best2. Ada masa akak print screen review2 korang.

Sebenarnya mostly yg order cookies mmg repeat customer. Ada yg mmg order dah 5 tahun okeh. Alhamdulillah. Congo bars tu pulak akak amek dari resepi kitchen guardian. Korang pi gugle. Yang penting kena guna butter mahal. Dan coklat mahal. Lepas tu jangan overbake nanti dry teros x sedap. Adik aku kata letak coklat toblerone sedap. Cantik muka dia kannn????

Ni congo bars mini. Akak jual rm10. Tak boleh pos.

Keratan rentas.

Sapa2 nak whole congo bars iaitu saiz 10x10 inci akak boleh pos. Harga rm55. Postage tak masok.

Last but not least, Choc chip cookies. Memang korang takkan jumpa kat mana2 rasa yg sama. Sebab resepi memang akak experiment sendiri tambah itu ini. Adjust bahan2 dalam tu sampai jadi sedap. So far akak cuma bagi kat 2 orang je resepi nih iaitu adik akak dan bff cium molot.





Akak pernah pos cookies ni tapi pecah la uollss. Lepas tu akak dah x nak pos lagi sbb kesian la kat customer dpt cookies pecah2. Akak pon nak jaga kualiti okehhhh...

ops. baby bangun. bye




Thursday, February 5, 2015

Pahat.

Akak perasan, akak kurang cerita pasal Pahat kannn??

Tiap kali jumpa kawan2 atau reader mesti tanya. Pahat dah pandai cakap??

Jawapannya ialah DAH.

Masa balik Malaysia lepas sebulan dia kawan2 dengan Lion, lepas tu sbb org kat sini semua berckp bahasa yg sama lama2 dia pick up speaking skill tu.

Sekarang dia dah cakap dengan lancar. Tak pelat. Tapi construction ayat tu terbalik sikit.


Masa pegi speech therapy kat UK pun therapist tu cakap, bukan masalah budak2 tak boleh cakap hantar [egi speech therapy tapi diorg risau nanti umur 5 tahun dah sekolah tak reti cakap lagi. Nanti susah dia nak communicate dengan cikgu dan kawan2. (Akak dah translate lah apa therapist tu cakap)

Hobi dia adalah MEMEKAK time adik dia nak tido. Stress emak kauuuu. Adik dia baru nk pejam mata abang dia menjerit2. Dia ni kalau cakap suara halus. Tp kalau suruh menjerit nyaring suara keluar.

Dengan baby xde perasaan sgt. Paling2 pon dia panggil. 'Babyyyy...cak! cak!'
Kau hengat baby tu dh pandai main cak-cak la kannn?
Tapi yg sayang baby adelah Lion okeh. Walaupon bukan adik dia. Nanti dia sibuk masuk bilik, 'Ibuuu, nak baby'
Pastu cium2 baby

Akak tak sekolahkan Pahat lagi... sebab nanti kalau jd balik uk rugilah byr yuran 1k++ kalau sekolah 3 bulan je. So akak ajar dia abc sikit2 kat rumah. Sebenarnya kesian jugak kat dia x sekolah. Tapi nk buat cemana. So akak belikan buku2 utk dia buat exercise.

Akak call mara pon depa suh tunggu je. Aihhh bosannya menunggu. Dah berapa bulan daaa nak tunggu. Akak plan nak masuk bulan 1. X sempat ni dah bulan 2. Pun confirm x sempat. Tunggu lah bulan 3 pulak. Kau tak pitammm jd akak???

Akak hanya mampu berdoa dan pasrah gituuuu...

Byeeeee

Tuesday, February 3, 2015

Tension emak tau!!

Ha...cemana tensionnya org belom kawin kena tanya 'Bila nak kawen?'
Atau org dah lama kawen kena tanya 'Bila nak ada anak?'

Begitu lah akak skrg bila org tanya 'Bila nak balik uk?'

Sbb seperti soalan2 diatas akak juga tiada jawapannya.

Sekian.

Saturday, January 17, 2015

Life Planning

Ha...Maafkan akak... Akak punya jadual sekarang ikut si kecik tu. Dia kalau nak tido memang kena struggle melalak2 dulu baru tido.

Oh, sekarang akak letak dia dalam buai sebab aku dah nk pitam tidokan dia guna manual. Dalam buai pon kau buai sejam baru tido. Pitammmm. Lepas tu kau kena buai sahajork. kau berenti dia bangun.

Ni cubaan isap jari. Tapi belum pro mcm abg dia lagi. Dia cari2 jari kdg2 x jumpa lepas tu ngamokk.

Jadi nyah...Akak kekadang je ada masa. Time ada masa mlm tu dah keletihan lalu mengantok.

Begitulah rutin... Paper sv aku email pon baru baca 3 pages tak gerak2.

Lepas krismas akak push Lincoln kuarkan offer letter. Halooo akak dh apply dr bln 10. Motippp lambat?
And akak nk masok bln 2. Nk tggu mara approve transfer lagi. Nak apply ATAS. visa. Dan segala urusan nnt x sempat.
So Lincoln kuarkan open offer. Maksudnya aku boleh masok register ikut suka hati. Tapi kena bgtau awal sbb depa nk kuarkan CAS statement utk visa. Lepas tu CAS mesti sama dengan ATAS.
Biasa ATAS ni cuma bidang2 technical kena apply. Yang buat social science tak perlu.

Sebab akak kena ada offer letter adalah sbb mara wajibkan hantar document lengkap utk transfer. Dan pegawai mara kata amek masa 2 3 bulan nk proses. Pitammm tepi bucu katil!!

So akak harap disini mara approve sebab akak dh x koser membazer masa lama2 duduk Malaysia. Dan akak suka SV akak sekarang. Beliuau sgt helpfull dan memahami. Akak takkan dapat SV sebest mcm ni lagi. Tp skrg dia dah busy sikit sbb dah naik pangkat jd Director of Studies.

Yang penting akak plan nak ship tiang buai ni ke UK kalau confirm semua benda dh lepas.

Doakan akak uolss!!!!

iklan