Saturday, January 5, 2013

Stress kali dua

Ha bila fikir pasal duit duit duit akak terus stresss. Actually mak akak insyaAllah ada half from what i need. Tapi mak aku tgh sakit. Takkan aku nak drag dia pegi bank kuarkan duit banyak2 demi kepentingan aku kan?

Nak pinjam kawan2 pon terusterang akak memang malu gila. Akak takut diorg fikir bukan2 pulak. Sebab 20k tu kena floating dlm acc akak 1 month before apply visa.

Cakap nak pinjam memang senang. Tapi hati akak ni rasa x sedap je bila pinjam. Apa org tu fikir pulak bila kita pinjam banyak2 kannn?

Last resort actually akak nk buat loan bank sahajork. Lps visa lepas bayar semua sekali 20k tu. Tapi still kena bayar interest yg banyak tu ya.. Merasa lah kau!

Yess...aku ada la sikit duit. Untuk bayar visa fees and flight ticket je dah habes disitu.

Ni pon sepatutnya kena beli laptop. Takkan nak buat programming xde laptop kannn?? Tapi tu nanti dulu lah. Apa yg penting adelah visa...visa...visa...

But anyway i'm going to sell my big oven together with cookies tray as well as baking tray. Gambar dan keterangan akan di beritahu later.

Disini juga akak nak ucap terima kasih jika ada yg mendermakan wang untuk dipinjam. Jasa mu kukenang sepanjang hayat.

I'll work hard for my phd.

Period pain. Cough and flu just make my stress worse. I dont even eat anything today except a piece of bread. Dah tahap serabut sangat la tu kannn?

Thank you all!!

Serabut...serabut...

Hari jumaat tiba2 akak dapat surat dari MARA.

Mula2 happy... Alhamdulillahhh...

Lepas tu fikir2 balik. Gila kah!!

Nak masuk bulan 27 jan ni. Aku contact orang sana kata paling latest 4th febuary.

Still x sempat. Mana nak cari penjamin. Nak apply CAS for visa dah sebulan. Visa biasa 15 hari baru lulus. Skrg dah 5hb.

Mana nak tender resign sekali.

Nak cari duit buat visa lagi..

yesss uollsss...MARA tak sponsor spouse and family ye... so bila nak apply visa untuk family kami kena ada 20k dalam account sebagai prove yang kami ada duit untuk duduk sana dalam 6 bulan gituuu..

Akak terus terang akak memang xde 20k. Lebih2 lagi masa suntuk macam ni. Nak pinjam orang pon rasa tak sedap banyak2 macam tu.

ko hengat orang percaya nak bagi pinjam 20k??? oh...20k tu actually untuk show je. Lepas visa lulus sila lah pulangkan balik kat orang yang dipinjam.

Accomodation pon 1 problem jugak. University accomodation sekarang dalam waiting list semua. Tapi price not bad 115-150 per week. Around 500pound per month. Since mara bagi 1012pound allowance per month, price tu should be ok to survive.
Nak cari through internet tidakla akak percaya nak bayar through online through agent.

So disini, akak mencari sekiranya korang ada kawan2 di area BRIGHTON atau SUSSEX yang mudah untuk dihubungi. AKak nak mintak tolong surveykan rumah sewa.Please...pleasee contact akak!!

Itupon susah jugak, sbb sussex kata diorang ada 35 malaysian students only across sussex. Tu pon melayu tak tau la berapa ramai.

Nak sangatttt kannnn pegi tempat tak ramai melayuuuuu??? Rasainnnn loooo!

Then, akak rasa x berapa sedap juga nak pegi tergesa2 bulan 1 ni since emak akak masih sakit. Rasa x best pulak.

So akak decide to defer entry to may 2013. Tapi kena discuss balik dengan mara next week.

Hopefully diorang bagi. Dan harap2 segala urusan menjadi mudah. Aminnnnnnnn

iklan