Thursday, June 29, 2017

Raya 2017

Hi uolss..

Juga pada hari Jumaat, 9 june 2017 di bulan Ramadhan. Ibu mertua akak telah meninggal dunia. 2 hari sebelum beliau meninggal dunia beliau katakan pada adik ipar akak yg dia mintak maaf kat Mohd Rafi and akak. Masa tu FIL panggil semua anak2 dia balik kampung tgk arwah yang sedang tenat.
So Mohd Rafi telefon mak dia sempat bercakap dan mintak maaf.
Hari esoknya, nak bawa ke Hospital Doctor datang rumah check dan bgtau, it's too late. Makcik akak gilir2 jaga arwah masa tengah tenat dgn adik beradik dia. Kemudian lepas solat jumaat makcik akak suruh Mohd Rafi telefon arwah bercakap kat phone. Mohd Rafi ajar mengucap, masa tu air mata arwah terus meleleh. Lepas tu ustaz baca surah. Then, beliau pun meninggal pada pukul 11 malam waktu malaysia, di hari, Jumaat Ramadhan.

Akak rasa bersalah x dapat bg Mohd Rafi balik tengok arwah mak dia sebab tiket mahal. Alhamdulillah jugak kami sempat tengok arwah masa balik Malaysia bulan 2 aritu. InsyaAllah akan balik for good Sept atau Oct ni.

Alfatihah untuk arwah Mak mertua akak. Patimah Binti Ghani.

So cerita pasal raya.

Alhamdulillah raya tahun ni jatuh pada hari Ahad. So xde lah kau rasa bersalah celebrate lebih2 kannn.

So kat Lincoln ni ramai yang dah balik Malaysia for good. Tinggal berapa kerat je la yang ada. So akak invite la kwn2 dari negara lain datang makan memeriahkan majlis.

Pada hari tersebut akak masak rendang cili api arwah mak mertua akak, ayam masak kicap, lodeh dan kuah kacang. Jemput melayu mmg ada 4 org je kat Lincoln. Lebihnya akak jemput kawan dr Thailand ada, Nigeria ada, Indonesia, Omputeh pun ado. Tak sampai 10 org pun.





Baju raya semua xde hahaha. Baju hakak tu 3 tahun lepas punya. Baju Pahat and Farha tu baju baru. Tapi baju kurung and melayu mmg kitorg x beli sbb leceh nak pos2. Baju kurung and melayu lama ada tapi dah 3 tahun berturut pakai. Pastu baju Pahat and Farha dah senteng. So we settled with baju tak berapa raya.

So dikesempatan ini akak nak ucapkan Selamat Hari Raya, maafkan salah dan silap akak selama ni ye. Kalau ada salah sengaja atau tidak akak mintak maaf ye.

Byeeeee...

Thursday, May 25, 2017

Sempena Ramadhan 2017

Hi uollss..

Cakkk!

Pitammm update kelaott skrg ni.
Akak x berapa busy pong. Sibuk thesis writing je. Tu pon ikut mood. Bolehhhhhh???

Esok puasa kan uolls. So kat sini akak nak mintak maaf la kalau ada tersalah silap ye kan. Maap zahir batin gituu.

Bye... Tu je update. Hihi

Tuesday, May 2, 2017

Paper published.

Hahaha.......

Ampunnn noks, emak malas lah nak ngadap blog skrg. (40 kali dh ckp sila pegi ig- feeling popular).
Hari sabtu sv email bgtau paper yg kitorg hantar to FCAA (fractional order calculus and application) dah accepted to published with minor correction. Ni 2nd paper akak yg di accept to publish. Lagi satu paper published last January now ada 659 reads since then.Tapi ni paper biasa2 je, ranking pun nan hado cuma ni open access to everyone sbb tu sv suh publish kat situ. Dah la kena bayar $1000 nak publish. Tapi akak x bayar tu sv yg uruskan. Halooooo student mana ada duit kan??

Paper tu adalah paper Q1 ranking 9th in mathematic and applied journal.

Bagi setengah org tu biasa je kan. Bg akak this is huuuuugeeee. Sbb sv dh bgtau awal, dia x expected paper ni akak di accept tp at least we get a review.

Alhamdulillah selepas 6 bulan yaaaa hakak submit. Lama gila diorg review weh.
Walaupun sebenarnya tu bukan KPI hakak. And akak tak gain apa2 in term of financially pun published paper Q1. Cuma self satisfaction and pendorong semangat je.

So sv kata dh boleh stop dulu tulis paper. Focus kat thesis pulak.

Akak kena tulis kat sini sbb bukan selalu dpt publish paper kat Q1 rank. Ntah2 lepas ni bila lagi lah kannn.

Byeeeee

Monday, March 20, 2017

Cerita balik malaysia.

Awas! Entry jenis malas upload gambar.

Flight akak 15.2, pastu passport kurang 6 bulan. So akak and farhat kena buat passport. Alang2 kitorg pegi London 2 hari dr tarikh flight buat passport.

14hb tu akak pegi Malaysia high comminsion kat London dengan Farhat sahaja. Sbb nak cepat kang leceh kalau bawak Farha sbb tak semua tube stroller friendly. Sampai dalam pukul 9.30 am. Tak ramai orang. Document semua akak dah photostat siap2 memang akak check kat website high comm mana yag kena bawak and photostat. Sebab kat sana photostat 20pence per page. So kau jangan bazirkan duit. And sila bawak CASH sahajork sbb kat sana x accept card. Dan ATM machine jauh.
Ada couple nak hidupkan passport tak bawak cash terpaksa lari pegi ATM machine kat hyde park tu.

Pukul 10,30 dah siap buat assport. Boleh pick up pukul 3pm. Pastu akak pun balik hotel relax2. Btw, akak sewa travelodge for 2 days. Kalau ikutkan rate asal Gbp39 per day tapi sbb guna acc kawan akak dapat Gbp14.99 per day. Alhamdulillah rezeki masa tu dia offer nak bookkan. Travelodge Hackney tu betul2 depan overground. Memang senang gila nak ke mana2.

Kalau sapa2 nak pi London, instead of stay kat central London uols boleh try hotel yg ouskirt sikit tapi dekat dgn tube/train/overground. Sebab London ni senang je transportation dia.

Sempat beli karipap pusing dgn Nasi lemak kat High Comm. Sedap jugak karipap dia.

Pukul 2.30 akak dh pegi high comm nak pick up passport. Akak pegi sorang sebab Farhat malas nak ikut. I'm tired dia kata. Sampai sana pegawai tu kata kena bawak Farhat sebab nak kena chop jari. OMGGGG... Aku xde credit masa tu. And xde cash nak call!. Jumpa public phone boleh guna card. Syukurrrr.. Call Mohd Rafi suh bawak Farhat jumpa kat victoria station. Which is tengah2 jalan antara hackney to hyde park station. Sebab kalau akak balik x sempat pick up farhat. High comm tutup pukul 4pm.

Nasib baik la sempat uolsss. Dah la esok nak flight kalau x sempat pick up passport, pitammmmmm. Pukul 4 tepat sampai High Comm okeh.

Lepas tu dh alang2 kat central London, kitorg pegi Piccadily jalan2 sampai ke china town.
Pastu makan kat Rasa Sayang cafe. X sedap. hahahaha. Yg sedap milo dinosour je.

Pastu balik rehat sbb esok nak naik flight kat Gatwick.

Dalam train ke Gatwick kitorg jumpa satu couple wife dia Spain, husband dia sweeden. Borak2 dgn kitorg. Dia kata kenapa cakap dgn farhat english. Dia kata cakap je malaysian dgn Farhat so nnt dia boleh cakap banyak bahasa. Anak diorg cakap 5 language. kat rumah samaada cakap sweedish atau spanish.

Check in kat Gatwick sekali je flight Turki to Singapore kitorg dapat single seat!. Boleh bayangkan tak Farha yg 2 tahun tu duduk dengan stranger??. Ticketing officer tu kata nanti tukar dgn orang. Bgtau stewardess. Tiket London to Turki xde masalah dapat group seat.

Flight Turki to Singapore. Naik2 je kitorg inform stewardess. Obviously we have 2 small children kan. Takkan nak bg duduk asing2. Alhamdulillah manage to swap seat. Kalau tak kau hadapla si Farha tu meroyan ddudk sebelah kau kalau tak nak tukar kennnnnn.

Btw, ada org tya kenapa turun singapore? Sbb kitorg duduk johor, so Singapore lebih convinient. Lepas tu sibuk la org tersebut nak paksa2 akak turun KLIA, motipppp?? kau ada share ke dgn KLIA ittewww?
nah. ni je gambar yg ado kat GATWICK.
Kalau turun KLIA kang kena tunggu flight ke Johor pulak. Pastu dr senai kena tggu org amek pulak. Leceh gila. So akak suka turun Changi airport
Lagipon akak suka Changi airport. Sangat Child friendly.

Cerita sampai Malaysia nantilah akak tulis sambungan. Akak tetiba malas pulak. Nanti akak share cemana nak cross border Singapore-Johore.

Sekian. So sapa nak tgk gambar banyak2 silalah ke ig akak. Fb pun aku malas bukak sekarang ye.

Tuesday, March 14, 2017

Dah balik dah pun...hahaha

Hahahaha...nampak tak? nampak tak?

Ala uols...akak mmg malas tau nk update blog. Akak x feeling busy pun.

Akak dah pun selamat balik UK.

Kat malaysia 12 hari je. So xde sempat kemana2 sgt. Lebih banyak spend masa dengan mak akak.

Laptop memang harammmmmm x sentuh langsung.
Sv aku sampai siapkan 1 paper letak nama aku 1st pastu dia pi submit kat journal.
Gila tak?
Aku x buat pape langsung kat paper tu. zero contribution yaaa.
Pitammmmmmmm

Kat Malaysia haroslah makan mcm2. Tapi malas nak upload gambar boleh tak.

Ok lah bye.

Tuesday, February 7, 2017

hey pemalas

Hai uolsss...

Lagi seminggu nak balik mesia. Akak pun dh lemau. Dah malas buat kerja
xde mood.

Howww...pitammm kalau sv tau.

So tu je akak nak bgtau.

Hahahahahaha

Wednesday, January 25, 2017

I'm coming homeee

Sapa yg follow ig/fb akak confirm dh tau. Akak nak balik cuti bulan 2 ni.

Mula2 akak stress sbb pening tak hilang2. Lepas tu akak bukak skyscanner. Sejenis stress apa ni bukak skyscanner? Stress nak perabih duit.
Hahaha
sekali je Turkish Airline buat offer. Murah gila kot.

Pastu bgtau Mohd Rafi. So discuss2 sbb budget nan hado so Mohd Rafi balik dengan Farha sahajork.
Eh, kau jangan eh nak tinggal Farha kaklong kawasan tu. Dia mana boleh pisah dengan ayah dia. Tido pun atas bahu ayah dia. Koserrrrrr.

So plan asal Mohd Rafi balik dengan Farha sahajork. Then, check lagi tiket mcm murah gila kot. Sebab skyscanner kan ada ticket alert tu, just letak je email nnanti dia bgtau tiket turun ke naik harga.

So akak pun mcm rindu sgt dh kat family kat Malaysia. Last2 kitorg decide balik semua lah. Harga tiket GBP269 return. Untuk 4 orang GBP1074 return. Kitorg amek tiket London-Instanbul-Changi.
Kenapa Changi? sbb dekat dengan JB la, lagi dekat. Akak pernah turun KLIA pastu kena tunggu pulak flight ke Senai. Koserrr lah uolllsss. Leceh.

Tu je akak nak citer, Doakan perjalanan akak dipermudahkan ye uols.
Aminnnn.

Tuesday, January 24, 2017

Blood test yang kantoi.

Hi uolsss...
Naik tahun baru akak x berapa ok.
3kali buat blood test platelet tetap lebih 400. Mula2 403, 2nd time 424, 3rd time 464.
Hemoglobin and Hemocrit normal. Red blood count turun.

Then GP buat another blood test, Ferritin level. Semua normal. So doc kata ok je lah. Platelet tu maybe sbb akak thalassemia and stress+anxiety.

Alhamdulillah takde pape.

Lagi 3 to 6 months repeat blood test.

Bye.

Monday, January 9, 2017

Update tahun baru

Hi uolsss...

Pening akak dah ok dah. Ada la saki baki pening tapi ok je.
Masa krismas sakan berjalan. Gila masa tu sejuk sampai suhu -3.
Balik tu akak and farha demam terus. Akak demam tonsil. Akak baru cakap kat kawan akak masa pegi Liverpool tu. Dah lama tak kena demam tonsil. Ada la kena tapi lite2 je, Just minum air banyak. Makan lozenge pastu ok dah. Kali ni memang teruk. So serah diri ke NHS dia bagi antibiotik macam biasa.
Farha pulak batuk. Then akak tengok hari sabtu tu dia nafas susah gila. Manakala inhaler dia dah habis. Dada dia lekuk bila dia bernafas. and panas every 4 hours. So apa lagi pagi ahad terus ke NHS walk in. Dalam tu staff nurse tu geleng kepala.
Dia tanya sejak bila mcm ni. Akak cakap, akak sedar tadi malam.
Dia kata, next time kalau jadi lagi mcm ni. Go straight to the hospital!
Ni kes emergency!
So dia bagi neb. Check oxygen level after 20 minutes.
Pastu dia prescribe steroid, inhaler, and antibiotik.

Farha pulak demam tak kebah. Termometer pulak cap ayam. sbb yg infra red tu rosak. So pakai yg kena tunggu berapa menet tu ha baru dpt bacaan. Yg Farha x reti duduk diam. Tengok2 reading 33c. Apa kejadahnya.
Last2 aku order infra red termometer kat Amazon. Tapi Farha dah baik baru sampai. Bolehhhh??

Dah tu. Batuk si Farha jangkit pulak kat emak and Farhat. Tapi dah nak baik dah skrg. Makan ubat batuk cap ibu dan anak. Kalau makan ubat batuk UK mau 2 minggu baru baik.

Tapi rupanya mmg tgh viral batuk skrg akak tgk kat news. GP just nasihatkan minum air banyak je. Dia kata nothing we can do about it. Ploughing cough depa panggil. So bertabah je la. GP kata kalau ada difficulty in breathing baru dtg klinik. Kalau tak kau minum je air banyak2. Sekiannnnnnn

iklan