Monday, May 23, 2011

2am showcase

wah...sayup2 je nampak 2AM kaedahnya kannn??

Actually seat aku dekat dgn pentas. Tapi disebabkan camera phone aku hanya mampu menangkap gambar begitu, jadi redha je lah yek..

So, hari sabtu aritu akak secara gigih telah paksa Mohd Rafi jaga Pahat sebab akak nak tengok showcase 2AM. Uolls kan tau kan akak gila korea sikit..

So akak paksa jugak Mohd Rafi hantar akak kat Lrt sungai besi, Pastu feeling2 nak transit kat masjid jamek tukar Putra LRT. Haremmmmmmm! aku sesat disitu gara2 mencari lrt putra. Berapa kali aku cross jalan tengok2 star lrt lagik. Rupa2nya putra lrt underground daaaa...

Fiza dah berapa kali call aku tanya bila nak sampai. Harus lah kan, show pukul 6pm, tapi 5.30 kau kat masjid jamek lagi.

Dah la free seating. Mujur Fiza bawak cousin dia boleh chop tempat dulu.

Sampai Ampang Park. (show kat wisma MCA). Hujan selebat2nya.

ADEKAH AKU NAK TUNGGU SAMPAI UJAN REDA??

TIDAK! okeh..

Aku larik pecut mcm hape sampai kena hon dengan keter sebab suka2 jek melintas tak tengok kiri kanan.

Dah lambat okeh + Ujan lebat dah tak kira apa.

Sampai sana dah putus napas dah. Padan muka kau kannn???

So, How was the concert????

AWESOME!!!!! 100 kali AWESOME!!!!!!

Akak pernah pergi konsert artis mesia. Nothing can compare 2AM.

Kau ado nyanyi lagi sedap dari album? Ado???

Officially I am a big fan of them.. Please come again to Malaysia.

Oh sebelum tuh. Tiket Showcase inih adelah FREE!! Anda cuma perlu menjadi customer Digi.
And the 16 earliest lucky bitch dapat beramah mesra dgn 2am atas pentas.

JELES!!!!!!!!!!!

Penyewa yang menyakitkan hati 2

Wah... ada entry bersiri pulak kannnnnn???

Meh akak citer kronology penipuan tenant rumah akak nih.

4.5.2011 : Dia call akak bagitau anak dia sakit. Baru keluar hospital. Gaji baru masuk. So dia lambat sikti masukkan duit. Dia kata dalam 5 atau 6 hb dia masukkan. Dia mintak bayar RM450 dulu sbb dia tak cukup duit.
Aku kata : ok takpe. Tak kisah la lagi Rm50 tuh... ****baikkan hati kauuuu????

7 hb : akak sms dia tanya mana duit sewa rumah? ****serious akak nih tak rajin okeh nak tuntut duit orang.
Dia kata dia dah suruh laki dia masukkan dalam account aku.
So, aku check through cimbclicks > dia ingat aku nih keje pegi ATM ke check duit dah masuk ke tak??? Online jahhhh!!!!
TAKDE OKEH.
Aku suh dia fax slip.
Dia senyap je.

9 hb : aku message dia lagi suh fax slip. Dia kata slip laki dia pegang. Dia mintak laki dia asik kata takde je. DIa kata nanti dia check.
Ok Fine.
Dia kata sebelum 12hb dia cuba settlekan.

14hb : Dia sms aku kata dah dapat duit. Dah on the way pegi bank nak masukkan duit. ***wTH kannn??? yg ko sms aku kata nak pegi bank tu kenapa? lain lah dah masukkan.

Aku tunggu sampai malam. Nan ado jugak duit masuk.
So, akak sms ' Ni dah malam dah. duit dah masuk ke belum?'

15hb : Dia sms aku lagi (dia tak berani nak sms Mohd Rafi okeh takut kena maki). Dia kata dah masukkan duit konon2 bagi detail:
seg no dgn atm no, pastu 15/5 to Fa****** Hassan, RM500.

Akak terus check duit. NAN ADO okeh!!

Aku suh dia fax slip. DIa senyap lagi. Tak reply apa2.

16 hb - 17hb : Aku sms dia hari2 suruh fax slip tapi nan ado. Tu yang aku call bank. Bank kata takde problem dengan machine. If ada, pon machine deposit tu akan notify kat user tuh.

Dia reply. Nanti dia check.
Aku reply, aku bagi masa sampai 20hb, kalau takde sila keluar.
Siap kasik kata2 nasihat lagi boleh?? aku cakap, aku pon gaji cukup2 makan tiap2 bulan, sewa rumah aku RM600 kat KL nih. Tapi tak pernah bayar lambat. Hari tu gaji, hari jugak aku transfer duit. Anak aku pon sakit jugak tapi xde la aku kasik alasan nak lewat bayar sewa.

19hb : dia sms kata jangan risau. Esok mesti dah settle duit rumah. Dia dah kirim kat budak opis dia RM100 sbb dia kata takut nak kirim duit banyak2 kat orang.

Ok. Fineeeeeee. Aku tunggu esok.

20hb : aku check rm100 tu ada. Tapi dia sms aku:

Lebih kurang mcm ni lah. Malas aku nak copy paste:

Kak, ni A** yang sewa rumah akak. Duit RM100 saya dah masukkan smlm. Nanti petang ni saya masukkan lagi RM200. Tu pon pinjam duit orang. Segitu je yang org tu boleh bagi pinjam. Lagi RM200 saya usahakan lagi. Hari sabtu saya settlekan lagi RM200 tu.

Paham takkk??? Kenapa bayar duit rumah sampai nak kena pinjam orang kannn?? 15hb tu kenapa ko sibuk kata kau dah masukkan duit kat aku? Pastu 19hb tu kenapa ko kata ko ADA duit cuma taknak bagi kat budak opis tu masuk banyak2 je..

Nampak sangat menipu kannnnnn???

Aku kasik chance lagik. Tapi aku sms jugak dia. Panjang jugak tapi aku ringkaskan.

'Lain kali, kalau takde duit cakap. Jangan asik nak menipu kata dah masukkan duit. Kawan akak ramai keje bank boleh check. Tak payah menipu'

Pastu dia tak reply sampai ke hari ni. Janji2 paslu dia nak masukkan duit tu NAN ADO okeh!!!

So, aku sms dia suruh keluar dari rumah before 31 may. No compromise. Buat sakit hati je layan dia.

Bayangkan eh, dia start masuk bulan 11 2010. Baru duduk rumah tuh 6 bulan tapi dah 3 kali dia menipu mcm tuh. Sakit hati tak kalau kau???

iklan