Thursday, March 31, 2011

Bukan semua experiment menjadi..

Ha, kat bawah ni salah satu contoh macaron yang hazab kerana kegagalan experiment kaedahnya.
Akak kan feeling2 nak buat macaron less sugar kaedahnya. So mencipta la resepi sendiri. Merasa la macaron kau kaki bangku. 'Kaki' pon takde.

Oh.. I went to wilton icca yesterday. I had fun browsing trough their shop. I had some regret though why didn't i buy 'red coloring with no taste' tuh kannn?? Boleh buat kek red velvet.

Should I try using 'christmas red?'. Ada bitter aftertaste tak eh??

so, minggu nih akak akan buat experiment macaron lagi uolllsss.... Nanges! dah la almond mahal.

------------------------------------

Another update.

Akak beli baju baru untuk Pahat. From MIERA, Klik sinihhh!!

Pastu feeling2 pakai kan kat Pahat.. Beriya nih pakaikan topi kat Pahat kononnya dia bakal menjadi comel bila pakai topi..

Tapi... Topi tuh tak muat nak sarung abes uollls kat kepala Pahat. Tuh sipi2 masuk kat kepala jah, sambil meraung2 akak paksa masuk. For the sake of camwhoring punya pasal kaedahnya.

Besar sangat kah kepala Pahat?

Chantek sangat kannn buat mulut mcm tuh??

Bukan tu jah, set baju dia pon akak rasa tak lama lagi bakal tak muat je.. Untung ah Lion dapat baju Pahat best2.

Nasib baik baju muat tapi fit2 sikit. Paling sedih seluar dia tuh. Mcm terseksa perut Pahat akak tengok.

Nih semua salah emak dia beli size kecik feeling2 anak ko berbadan comel tak sedar Si Pahat tu adelah semangat.

Padahal akak suka sekali baju ni tau... Comel sangat ada gambo turtle..

Nanti ibu kaya ibu beli baju yang besar sikit eh.... Aiyohhh!

Tuesday, March 29, 2011

Pahat dan Pahat lagi...

Akak sebenarnya baru lepas buat soalan math 4 pages tapi tetiba jawapan salah. Terus sentap dan update blog.

Esok pagi la gamaknya sambung. My brain not thinking straight rright now.

Plan mlm ni asalnya nak buat lemon filling for macaron tapi kaedahnya lemon nan ado dijual sekitar kedai kat rumah akak nih.
Akak sentap lagi sekali.

Baru je bersemangat nak baking macaron low sugar ciptaaan sendiri.. Matila kan experiment.

So ni adelah gambar Pahat minggu nih.. Emak dia kan syok sendiri, haruslah amek gambo anak hari2.. Kau adooo??


Muka happy nampak ibu dia.


Yang ni pulak, Happy sebab dapat tarik rambut ayah.



Shhhh.... saya busy gentel bantal la ibu.


Terdampar kesepian. Kena main sorang2 waktu ibu masak.


Akak rasa Pahat nih bakal mewarisi sifat 'takde perasaan ibu dia'

Ada dia kesah kena tinggal sorang2 kat depan tuh?? dia happy dok bercakap2 dengan langsir. Tapi time mood dia tak baik merasa dia meraung2..
Itu pon jarang sekali lah.

Dia menjerit pon sebab kena paksa minum susu guna botol kaedahnya.

Eh, tetiba teringat makanan Pahat belum defrost kat bawah. Bye.

Monday, March 28, 2011

Pahat makan...

Ha, semua orang pon dah tau Pahat dah start makan. Akak kasik puree sajork. Bubur nasik tak kasik lagi.

Nestum akak tak beli sebab nanti menjadi penyebab malas nak sediakan makanan untuk Pahat. Beli biskut je in case of travelling.

Lagipon dalam Pa&Ma bulan inih kata, kalau boleh jangan bagi makanan segera. Seeloknya masak sendiri.

Lagipon bukan susah sangat pon. Rebus dan tinggal. Pastu blender.

Nih suka sangat buat mulut itik mcm tuh. Siapa ajar nih?


Pakaikan bib siap2 ye uollsss... unless kalau nak mandikan dia lepas tuh.

Macam Pahat nih, 7 8 suap dia ok la.. lepas tu dia dok menyembur2 abes berterabur. Lepas tuh dia boring dah tak nak makan.


Lepas makan dok menonggeng mcm nih.

Aishh.. sekarang nih jangan mimpi okeh nak tido atas katil.. Si Pahat nih tido ganas gila pusing 360 darjah. Pastu kalau ada org kat sebelah ke atau sendal badan dia dengan bantal, dia tak dapat pusing meniarap nanti dia meraung2 time tido tuh..

isk... ba-bap kang!

Kalau ko tido sebelah dia merasa lah esok pagi ko terpaksa tido atas lantai sebab dia dah conquer space kau.

:: Hah, selain dari Wafiy yang bam bam hasil susuan ibu... Syami nih lagi bam bam okeh... 5 bulan dah 9 kilo. Kagum akak dengan emak dia tau..

p/s : Bubur nasik boleh ke simpan mcm puree buah dalam fridge?? akak feeling2 malas nak masak hari2 uollsss

Kalau dah berhutang tuh pandai2 la bayar..

Akak nak citer sikit ni,..

Akak nih ado seorang kawan yang sangatlah baik hati. Dan orang2 suka lah mengambil kesempatan dengan meminjam duit beribu2 tapi tak reti2 nak membayar..

Ada yang nak kawen pinjam kat dia RM4k... Motippp nak kawen pinjam duit orang?? cut la budget mana2 yang patut... Kalau tak mampu jemput 500 orang, jemput la 200 orang sajork.

Pastu yang ni tak pe lah sbb dia ingat hutang dia. Dia remind tiap2 bulan dia tak boleh bayar lagi. Tunggu dia keje off shore katanya..

Ada lagi sorng pompuan nih namanya S, keje kat putrajaya tuh bawak keter Waja. Nasib baik aku tak tau noplat kalau tak aku letak kat sinih jugak.

Dia tuh not even kawan akak tuh punya kawan. Dia meminjam duit kawan akak tuh kawan atas kawan. Baru jumpa sekali je kot.

Masa tu keter dia rosak, kena overhaul kot cam tuh.. Dia pinjam RM1800. So, kawan dia, M beg to kawan akak nih untuk bagi dia pinjam duit tuh.

FYI, itu adelah citer tahun lepas. Dah setahun dia pinjam, satu sen pon nan ado bayar. Dah la tak bayar bila org msg mintak tak nak reply.
Dah tu, sikit pon tak sms kawan akak ni cakap, dia takde duit, nanti dia bayar ke hape..

Senyap gitu je... Bagus tak perangai???

Last2 kawan akak tension dia sms kalau dia tak bayar dia pegi rumah, lebih kurang cam tu la.. Baru dia bayar, tu pon RM200..

Bulan ni langsung senyap... Blehhh??

Yela..mentang2 la orang tu baik hati, tapi tolong lah jangan pijak kepala. Orang tu nak guna duit jugak.

Yang akak heran tuh pompuan ni keje. Duduk rumah family. Belum kawen, anak pon takde nak ditanggung. Kenapa tak boleh bayar RM100 sebulan??

Paling2 pon ingat la bayar RM50 atau sekadar termampu... Ini, buat mcm ko takde hutang dengan orang.. At least sms la cakap bulan ni takde duit, bulan depan bayar la rm50 sebulan..

Nasib baik aku tak kenal dia, kalau tak aku yang pegi mintak duit kat dia..

Eh, akak nih x dela kaya mana tapi belum lagi akak pinjam duit orang sampai beribu2.

Akak geram pon ada walaupon dia tak pinjam duit akak kaedahnya..

Sunday, March 27, 2011

Siapa nak carik bekas ice cube bertutup sila carik di Giant, tempat lain memang nan ado!

Ha tu orang degil punya pasal..

Akak dah tanya ashila bekas ice cube tu carik kat mana. Dia cakap kat giant.

Tapi rumah akak nih dekat dengan carrefour. So akak carik kat carrefour nan ado. Ada yang tak bertutup jah.

Pastu pegi mydin pulak. Nan ado.

Pastu degil lagik. Pegi tesco pulak. Budget tesco ada jual kaedahnya kannn??

Nan ado..

Pastu last2 pegi giant. Berlambak okeh!. Mcm2 color ado.

Motipppp kannn??? Dah selamat akak isi puree buah2 dalam tuh. Stok seminggu..

so yang lain2 tu jangan degil mcm akak okeh. Carik kat giant sajork.. Sbb bekas tuh chap giant.

Monster Notes : Hari ini panas gilak ah. Pahat tido pon berpeluh2. Emak aku kata kat johor ujan lebat okeh..

p/s : sila nanti kan project macaron give away!! ***pose2 ramai peminat.. **matila kannnnn??

Saturday, March 26, 2011

Macaron...macaron...macaron....!



Setelah membeli mixer, akak terus feeling2 buat macaron.

Alhamudillah kali ni chantek macaron akak.

Merah menyala tu terletak pewarna banyak sgt uolllssss...
Dah la pewarna murahan... ada pahit2 sket.. Lain kali sila beli jenama wilton.

Tuh fillling dia belom buat lagi sbb lupa kaedahnya beli butter dok excited buat macaron jah.. Lagipon kalau susah2 sangat letak jah jem.

Bye... akak happy macaron akak jadi.

Friday, March 25, 2011

Kereta ooo..kereta...

Semput aku minggu ni dibuat kereta aku..

Mula2 selasa belt altenator/aircon putus. Fineeeeeeeeeeee.... aku gi beli belt baru RM18 jah.

Pastu esoknya belt yang kecik tuh, belt ape ntah... Fineeeeeeeeeeeeeee, Mohd Rafi gi Dengkil naik Motor dengan Shafiq pesakit jantung beli baru.

Malam Rabu, tangki pecah. Fineeeeeeeee... pegi carik dia punya paip ke apa ntah sebab kat situ je bocor.
Nan ado jual.
Kalau beli satu tangki mahal la pulak.

So, call org johor ada jual. Suruh dia pos kan.

Semalam sampai2 je Mohd Rafi try pasang, rupanya tak fit pulak.. Diameter yang nih besar sikit..

Calling2 orang johor suruh pos yang lain dan pos balik yang lama..

So, sekarang nih kereta aku berjalan berdasarkan ihsan Tangki air ditampal dengan gam. Harap2 dia tak merebak atau berasap2 ditengah jalan sewaktu aku tengah drive. Tak ke ngeri..

Tunggu barang sampai dulu kalau nak buat hal..

P/S Terima kasih Post Malaysia. Barang saya pos laju sehari je sampai.

Sticky post : Siapa nak beli kapersky Anti virus?


Nih, siapa nak beli KAPERSKY INTERNET SECURITY 2011 complete protection dengan akak.

Sebabnya ialah akak beli 3 user punya dan akak guna 1 user sajork..

So ada 2 user lagi available.

Price per user RM50. If you buy for 1 user kat tempat lain adelah RM99.

Internet Security nih complete protectiopn including anti virus sekali.

Ada Parental Control. So siapa2 nak bukak website lucah memang dia block kalau korang setting parental control. Tapi kalau tak nak tak payah la ON parental control tuh.

Valid for 1 year suscribtion.

Baca ni:

Here are some key features of KIS 2011:

# Improved real-time proactive protection against all internet threats

# New safe surf feature for unparalled online security

# Protection for your digital identity at all times

# Feature-rich and effective Parental Control

# Application Control prevents dangerous software from harming your system

# System watcher technology

# Unique safe run mode for apps and websites

# Use installation CD as bootable rescue disk

# Easy-access desktop gadget

You can download the 30-day trial version of Kaspersky Internet Security 2011 and Antivirus 2011 using below mentioned links.

Download Kaspersky Internet Security 2011

Download Kaspersky Antivirus 2011



Siapa nak sila email akak kat:

ilotshikamaru@gmail.com


Nanti download dulu kapersky anti virus tu seperti link di atas, nanti akak akan sms korang activation key.

Dah siap activate baru korang bayar kat akak menandakan akak tak tipu kaedahnya.


SOLD!!

Thursday, March 24, 2011

Menyesal kemudian tiada gunanya..

Akak fikir2 rasa mcm menyesal pulak introduce solid kat Pahat before 6 month. 5 bulan 2 minggu to be exact.

Padahal kalau tunggu 2 minggu lagi genap la exclusive BF. So ni dah tak exclusive lah. Keji..

Tapi Pahat tak nak susu botol. Semalam dia minum 1 botol 3 oz sajork.

Itupon BS kena picit2 masuk mulut dia sampai abes. Ado dia nak isap susu sendiri? nan ado...

Dia dok gigit2 pastu keluarkan teat tuh okeh.

Sebelum dia batuk2+selsema aritu elok je dia minum through botol. 4oz sekali minum 4 botol sehari.

Sekarang nih petang2 akak dah tak pump sangat lah. Sebab balik nanti kasik direct kat Pahat sejam sekali.

Arini akak kasik Pahat puree sahaja. Rebus pear+epal+keledek satu periuk. Malas haku nak asing2 rebus. Pastu lenyek sbb keledek tu ada urat2 dia tuh kang tercekik makan. Pastu blender dan simpan dalam fridge untuk stok 3 hari.

Pahat bakal makan puree sahaja sampai dia 6 bulan.

Pastu barula akak kasik bubur.

-Tension-

p/s : keter akak tangki air pecah, tapi akak tengah mesken, akak bawak sajork keter tuh, harap2 dia tak berasap ditengah jalan kaedahnya... Aminnnnn....

Wednesday, March 23, 2011

Ni bukan anak i...

Ni bukan gambar anak akak uollsss... Ni anak adik akak Tipot Ompong... boleh gitu??

Comel kan Lion??

Ini bukan adik beradik dia tapi sepupu dia jah. Yang kiri sekali tu Zakir cucu Acik Maah yang paling terejal.. Pengsan anak2 orang semua dia kejekan kalau balik kampung.

Gambor censored. Boleh gitu? Dulu pusat Lion tuh terjojol mcm antena. Nih dah kurang sikit. Tapi tetap sensitif mcm omak dia.
Lion pon bam bam jugak. Masa kecik mcm muka emak dia. Ni dah muka apak dia pulak.
Emak dia skrg dah keje, dok pump susu pegi buuang.. Kau mampu pump susu dan buang?? Tak sempat nak basuh pump katanya kat kilang... Blehhh??

Yang muka mcm sin chan nih adelah anak akak. Sekian.

Tuesday, March 22, 2011

Mulut terkatup rapat

Tadi pagi sebab keter rosak, sementara tunggu penyelamat, akak masak la bubur Pahat.

Bubur nasi + epal, pastu lenyek guna tapis.

Campur EBM sikit...

Mohd Rafi pegang Pahat. Akak tukang suap.

Ado dia nak makan????

Jangankan telan, bukak mulut pon tidak ye.. Dia mcm tak reti makan je lah..

Pastu dia keluarkann balik..

Ba-bap kanggg!

cerita malang hari ini..

Tadi malam kaedahnya belt kereta akak putus.

Tapi takpe lah, akak cakap dengan husband akak, Moto ada, dia boleh hantar akak naik moto.

Hantar Pahat ke rumah BS pon naik moto sebab dekat je...

Sekali je pagi ni ujan tak nak berenti daaaa... Akak boleh je redah ujan naik moto pegi keje.

Abes tu takkan nak bawak Pahat redah ujan sekali kaedahnya kannnn???

Tengah tunggu la ni kot2 ujan berenti ke.. Arini ada Lab tak boleh nak cuti ye kaedahnya..

Pastu pagi tadi masuk bilik air, tergelincir pulak dalam toilet. Nasib baik aku tak pregnant weh.

Monday, March 21, 2011

Pahat dan makan..

Pahat sekarang kurang minum susu.

Pastu bila bangun tido meraung2 mcm kena pukul siap mengalir air mata bagai..

So, arini hantar kat Baby sitter, akak tu kata dia tido 15 minit je. Pastu minum susu sikit. Itu pon kena guna syringe. selebihnya dia menjerit2.

So, akak tu mintak aku belikan nestum. Aku cakap nak tunggu 6 bulan. Akak BS kata try je lah bagi takut dia lapar sebab tu dia menjerit2..

Aishh... aku kalau boleh nak tunggu 6 bulan. Lagi 2 minggu je tau.

Jadi, balik rumah, instead of BS yang bagi makan dulu, lebih baik aku yang bagi betul tak konsep akak nih uollss??

So, akak bancuhla nestum dgn EBM sket+ air panas sket. Buat cair2 je..

Pastu sua kat mulut dia. Ado dia nak bukak mulut?? Nan ado okeh..! Mulutnya katup rapat bila akak nak suakan nestum.
Tapi akak sumbat kat mulut dia jugak. Dia keluarkan balik okeh.

So howwwww????

Akak rasa dia tak ready lagi lah nak makan solid kott...

Tapi akak ado jugak beli epal, pose2 nak jadikan puree. Tengok lah nanti cemana.

Adekah production susu akan terjejas sekiranya period??

Jawapannya ialah Tidak.

Sebab akak dah 3 kali period okeh lepas pantang. Apsal ntah cepat sangat datang period.. Baru feeling2 tak period 6 bulan mcm org lain.

Sepanjang period, production susu tak terjejas pon. Dapat je mcm biasa. Asalkan makan and minum secukupnya susu takkan kurang kot..

Lagi satu, last week aku pose2 puasa, time pump susu, alahaiii sedihnya, sehari dapat 10oz jah.

Tengah fikir2 cemana aku nak menempuh bulan puasa nanti nih??

Kalau orang arab, merasa tak puasa okeh alasan breastfeed kan anak.
Tapi tak koser la pulak aku nak menggantinya..

Ni pon nasib baik last year cuti puasa 3 hari je. Tu pon belom ganti uollss... korang dah ganti?

Sunday, March 20, 2011

Twitter me!

Akak secara gedik telah meregister twitter sbb kaedahnya nak follow Rossi, tapi Rossi nan ado twitter. So akak follow Lorenzo. Mcm akak paham dia tulis apa kaedahnya sah2 dia tulis spainish..
Ado kau confident?
Lepas ni akak nak follow Lee seunggi pulak.. Feeling2 tau bahasa korea.

So twitter akak ialah: ilot_pahat

Siapa yg ada twitter pon boleh komen kat entry nih nanti akak follow.

Ramai2 artis malaysia yang nak di follow, akak follow marion caunter okeh.. Kau adooo???

Lepas tu, akak ada up kan resepi baru kat blog resepi akak yang dah terbiar 2 tahun tuh. Feeling sangat kaedahnya.

Tujuannya ialah supaya siapa2 yg nak mintak resepi ungkep tu tak perlulah menalipon akak setiap kali nak masak ungkep walaupon dah 40 kali akak bagi.

Eh, akak baru perasan, mat gebu pon upload resepi ungkep jugak. Tapi akak punya simple sikit tak pakai lengkuas bagai.. Suka hati uolls la nak ikut mana satu..

Tapi yang penting ayam ungkep memang sedap. Bayangkan adik akak Tipot yang tak reti masak tu pon kawan dia gigih mintak resepi. Howww??

Friday, March 18, 2011

Anak Mat Rapi sorang nih..

Tu diah akak baru tinggal kejap tido dah mcm tuh. Kadang2 dia tido akak tinggal masak, alih2 tenngok dah sampai ke simen okeh... Buas gila tido sekarang.

Kalau letak bantal tepi dia pon dok push2 jugak nak meniarap.

Tadi Mohd Rafi pegi kedai. Balik2 dia citer kat akak.

'Yang, tadi I jumpa baby pakai baju sama mcm pahat yang dot dot color biru tu. Comel gila. Tembam mcm Pahat'

So akak tanya dia , 'Mana lagi comel? Pahat ke dia?'

Mohd Rafi jawab, 'Mestila Pahat lagi comel... '

Laki uolls ado mcm tuh?? Macam anak dia sorang dalam dunia comel kaedahnya. Dan mcm lah anak kau comel sangat kannnn??

Pastu dia sambung, 'U tak tau... I bangga dapat Pahat..'

Adoiii... sudah2 la syok sendiri Mohd Rafi oiii....


ni anak adik akak Tipot yang nama Lion tuh... Lain pulak muka dia dari baby.

Emak dia dah dpt keje sejak menganggur selama setahun. Tapi emak akak kata kesian dengan Lion, sebab emak dia keje kilang keluar rumah pukul 6 lebih (pagi) balik pukul 8 malam.
Dia keje 7 pagi ke 7 malam.

Pastu keje sampai sabtu. Gila ke hape kilang tu kannn?? Selalu akak dengar orang keje 7am to 7pm nih keje 4 harii jah. Nih keje 6 hari seminggu. Gila output punya kilang...

Kesiannn ko Lion bakal kurang kasih sayang emak. Dah la apak ko pon keje ikut shift...

Tipot, ko post Lion kat umah aku je lah... Sian okeh nak tinggal lama2 kat umah babysitter Lion ko tuh.

Thursday, March 17, 2011

Apa nak buat dengan budak debab tak nak minum susu nih?


Ha, la ni dok menyembur sesaja. Bagi direct breastfeed kalau dia tak nak dia dok menyembur2 jugak.

Kadang2 geram, perah letak dalam botol kasik dia minum (read:paksa)..

Tapi dia dok sembur2 keluar.

Ke, dia dah x nak susu every 2 hours? Atau sudah mengenali erti lapar baru minum??

Macam nih, kurus lah bayi debab akak nih..

Monster Note : Romper hitam mcm kena je dengan Pahat. Baru beli dari SINI akak beli size 9 bulan. Tapi kenapa mcm ketat eh?? Aiyohhh... takkan Pahat nak pakai saiz setahun pulak??

Japan story..

I busy maki maxis okeh arini...
Motipp kann???

Zaman2 muda remaja akak, akak suka baca Manga(komik jepun), Anime(kartun jepun) and download drama jepun secara free (haram) kaedahnya.

Akak juga gila dengan kumpulan NEWS, padahal kalau sekrang aku tengok kumpulan NEWS tu mcm sampah.. Keji...!

Kalau uolls baca manga atau tengok drama dia, semuanya berkisarkan attitude.

Maksudnya, kalau tengok citer jepun selalunya org jahat pon sebenarnya baik di akhir ending... Semangat setiakawan selalu diterapkan dalam citer jepun. Sabar. Dan segala jenis sikap yg baik.

Tapi, i never expected benda tu in real life. Sebab nama pon citer ye tak??

Kalau korang tengok Naruto, betapa Naruto tuh semangat setiakawan sanggup mengobankan diri sendiri demi menyelamatkan orang lain...

So tak de la akak nak terpedaya, akak cakap benda ni mungkin takkan berlaku in real life...

Tapi, selepas tsunami + earth quake kat jepun baru2 nih... Really change my perception..

Rakyat Jepun memang ada attitude yang baik..

Akak rasa malu, rakyat malaysia + muslim belum tentu ada attitude mcm tuh..
Akak rasa kalau time2 disaster haruslah org semua selfish nak selamatkan diri sendiri je..

Ado kau nak beratur amek makanan??? Nan ado okeh, sedangkan beli tiket wayang pon boleh potong queue..

I suggest, we learn from Japanese.

Bongok!

Akak geram okeh.. Motipppp aku sign up for maxis broadband RM48 tapi depa salah key in jadi RM68?

Pastu aku call maxis suh pegi maxis centre.

Aku pegi maxis centre dia suh pegi tempat aku register.

Maxis suka menghanjengkan akak lah!



Entry malasssss....!

Tuesday, March 15, 2011

Anak ayah ni... anak ayah ni..!


Car seat buruk tak lama lagi kena humban dalam stor sebab aku tengok Pahat duduk dalam tuh mcm sempit jah... Tunggu lah emak kaya ye.

Akak nak cite pasal Mohd Rafi obses anak dia part Two... Elehhhh, Harry Potter ada banyak part, citer akak pon ado banyak part. Kau adooo??

Akak dah citer Mohd Rafi mandikan anak dia kannn tiap2 hari pagi2 kalau akak nak pegi keje.

Pastu dia buat ayat mcm nih :

'Pahat mandi dengan ayah, tido dengan ibu, mandi dengan ibu..'

So, ayat ittew menjadi modal akak sehingga kini kalau apak dia malas nak mandikan Pahat.
Okeh, Pahat sudah mula bergolek2 dalam bath tub. Dia kan kemaruk nak meniarap. Dah la tangan akak nih nak support badan dia tak kuat sangat.

2.. Eh, ado no 2 pulak tetiba... Kalau pegi shopping kompleks, Mohd Rafi akan sibuk dukung anak dia. Kalau letak dalam stroler dia yang sibuk tolak. Akak rasa tak pernah lagi akak dukung Pahat bila jalan2. Pastu nanti dia suh akak jalan kat depan dulu mcm org feeling2 nan ado anak.

3. Kalau pegi jalan2 makan, dia akan suruh akak makan dulu. Dia jaga Pahat. Kadang2 akak segan jugak bila time pegi rumah sedara dgn emak mertua akak tetiba akak makan dulu bolehhhh??? Pastu org dah abes makan baru Mohd Rafi tu makan.

4. Akak pegi keje, dia bawak Pahat jalan2 kat Jusco. Bolehhhh??

5. Kat klinik, bila nurse suh bukak baju Pahat, dia yang sibuk2 bukak dengan pakaikan balik. Malu okeh org tengok akak mcm emak yang pemalas je. Pegi jumpa Doctor pon dia sibuk2 nak pegang Pahat... Aiyohhhh!!

Ayat dia bila dengan Pahat, 'Debab ayah ni, debab ayah ni...'
Pastu, 'Pahat ayah ni...Pahat ayah ni...'

Pastu feeling2 tengok muka Pahat senyum2.. Matila bapak syok sendiri mcm nih... Sambil cakap,

'Yang, I tak sangka I boleh hasilkan anak comel mcm nih..'

Matila kannn... Laki kau ado syok sendiri mcm tuh??? nak pitam akak dengar.

Ni bukan entry up kan laki akak tuh, tapi ada kekurangan ada lah jugak kelebihan, mana ada org perfect dalam dunia nih..

Kalau nak husband kaya, kawen dengan Bill Gates baru cara!

Terima je jodoh kita seadanya..

Monday, March 14, 2011

Getting Better..


Pahat dah hampir sihat. Kahak pon ada sikit2 je.. Itupon selepas aku niarapkan dia atas peha sambil tepuk2 belakang dia.

Pastu kahak yang ijau tu keluar through hidung dia. Sambil nanges2 okeh Pahat aku kejekan. Dah tak kira nanges ke tak asalkan dia sehat. Mohd Rafi tukang jadi badut entertain dia yang tengah melalak tuh dan jadik tukang kesat hingus.

alhamdulillah lepas tu dah ok dah dia.

Baby sitter akak cuti 2 hari uolllsss.... Cuti sekolah, baby sitter pon cuti sekali.. Merasa!

So, arini akak cuti jaga Pahat. Esok Mohd Rafi jaga sorang2.. Esok akak ada lab tak boleh nak cuti.. Gasak la Pahat nak menjerit ke melalak ke dengan ayah dia.

Tapi so far, Pahat adelah seorang bayi yang baik. Jaga pon senang.

Pahat esok jangan naughty2 dengan ayah. Ibu koser nak balik rumah kalau ayah call Pahat tengah mengamuk..

Oreo ciskek.



Order dari Habang Azrin. Baked oreo ciskek.

BTW, arini aku EL. Baby sitter Pahat pegi Rompin...

Pahat tido pukul 11 tadi malam. Tension mak.

Saturday, March 12, 2011

Aktiviti merapu...

Kenapa ntah Pahat pakai tudung lagi comel okeh.... Matila..!

Adekah sebab dia takde rambut??

Makcik bedah bolehhhhhh???? Kaki apak tetap enterframe. Kau ado?

Bila dah bosan jadi la mcm nih. Dia dok tarik kain tu ke depan.

Anyway, selepas membaca info2 pasal baby batuk kat internet dan tanya2 org. Akak bawak jugak dia pegi klinik.

Doc check nafas dia kata ada sikit je kat kanan depan. Kiri depan and belakang dia clear.

So, Doc prescribe ubat salbutamol dan cair kahak. Aku tanya, tak payah Neb ke?

Doc kata, tak perlu, sbb sikit je ni. Makan ubat boleh baik. Lagipun Neb tu akan sebabkan jantung dia jadi laju. Dia kata Neb pon pakai ubat yg sama jugak.

So, balik rumah bagi ubat, Doc suh kasik 2.5ml. Aku kasik 1.5ml jah. Terus Pahat lepak.

I guess salbutamol tuh drowsy sikit kot.

So, hopefully dengan ubat ni boleh baik.... Aminnnn..

Bila dah baik Pahat minum susu banyak2 je biarr bam bam.

Musim demam batuk2 selsema..

Pahat adelah demam, sebab emak dia feeling2 lepas inject pegi KLCC tak bagi paracetamol syrup itteeww..

Sebab uollss, masa inject Pahat tuh, dia tak nanges pon jerit pon tidak. Nurse tu siap tanya akak,
'Eh, tak sakit ke budak nih?'

Bolehhh? sebab peha dia tebal kot sbb tu x rasa. Haha

So semalam Pahat demam. Batuk dah kurang sikit tapi kat tekak dia tuh bunyik kahak lagi.

Akak balik kelas nak bawak dia pegi klinik. Bapak dia tak bagi okeh. Dia kata sikit je demam. Keji tak?

Jadi, sebab kahak dia kat tekak, dia x nak susu sangat. Tido siang pon susah. Malam tido ok je.
Tapi asyik merengek+melalak time nak tido..

Akak ingat nak pegi klinik lah suruh sedut kahak dia tuh. Semua klinik ada ke nebulizer tuh? ke hospital je ada?

Akak kasik madu pon tak jalan lah uollss.. Penat akak beli mahal2 kat alamanda tuh. Kesian Pahat nak bernapaas pon susah kahak sekat2 kat tekak.

Thursday, March 10, 2011

Check up Pahat 5 bulan..

Akak cuti arini sebab check up Pahat. Tapi cuti pon akak tetap datang opis dulu pukul 8 pagi tuh. Sebab ada tutorial, koser lah akak nak ganti bagai..

On the way susur masuk seri kembangan dari puchong/putrajaya tuh jammed lah pulak. Apehal pulak tutup 1 lane? motippp akak dah lambat jalan nak jammed puiler..

Rupa2nya ado accident kereta terbalik. Dengan sepantas kilat keluarkan camera phone. Snap gambor sambil drive. Berani mati tak??? Tak ke polis kat situ kalau nampak aku suka la nak menyaman kaedahnya???Tu yang akak bulat2kan ittew... Tayar empat2 kat atas okeh.

Gambo tak clear uollss.. sbb akak amek gambor lg jauh uollss... Akak amek gambo sebab akak kagum kereta tu boleh terbalik tayar empat2 kat atas.

BTW, driver dia selamat.

So berbalik cerita check up Pahat.

Berat Pahat 5 bulan adelah 8.2kg.
Panjang : 68cm.
BMI : 18

Akak tengok anak orang tembam akak rasa geram... Tak sedar anak sendiri debab. Ado kau mcm tuh???

Akak tengok Pahat mcm kurus jah... Matila kannn..


Bapak kanggaru dengan anak kanggaru. Gambar baru amek tadi kat KLCC. Gedik tak cuti2 pegi KLCC???

Akak pegi redeem voucher 1901 yang akak beli dari milkadeal ittew sambil berniat untuk bergossip dgn BA.. Nurakah sangat niat aku kann??

Balik lepak2 pastu cubaan membuat brownies.. Tu nanti lah citer. Nak tido. Boleh tak tetiba mcm tuh?

Wednesday, March 9, 2011

Bayi perempuan saya

Cilakak blogspot terbalikkan sendiri gambar akak.. motiiipppp??

Comel tak? comel tak??

Sebelum uolls lahar akak... Ni bukan keje akak okeh.. Keje apak dia, sambil berkata:

'Comelnya Pahat pakai tudung!'

Larikkkk!

Baby batuk nak buat apa ha??

Eh sebelum tu, akak baru sedar Pahat dah 5 bulan uollsss semalam. Sorry la debab, omak lupa semalam 8 march.

Pahat batuk teruk okeh. Batuk kokol. Kesian akak tengok dia. Tido pon nanges batuk.

Nak buat cemana eh? kalau pegi klinik pon bukan Doc kasik ubat pon since bawah umur lagi.

Adekah akak tak boleh minum air sejuk? ada kena mengena ke uollllsss???

Tuesday, March 8, 2011

Hati2 sunatkan baby perempuan yeah...

Okeh... Akak punya tutorial math minggu inih adelah agak pening sedikit. Complex z plane. Motippp sejam buat 1 soalan kannnnn????

Okeh... entry hari ini adelah, pasal circumsize atau sunat bayi perempuan.. Akak type dalam melayu supaya omputeh2 tidak membacanya dan melahar akak di kemudian hari..

Tahukah anda, menyunatkan bayi perempuan di UK dan negara barat adelah Illegal ???? Konsepnya sama mcm child abuse okeh.

Adalah akak nih akak gelarkan dia R, baru bersalin kat UK bulan 1 aritu. Secold child. Anak first lelaki, yang second ni perempuan.

So, orang health (ape ntah, motip akak lupa.. kita gelar org health sajork) datang rumah dia untuk check kesihatan dia dan anak mcm tuh.

So, R nih nak balik Malaysia for good this april. So orang health UK tu tanya dia,

Kalau2 dia nak sunantkan atau tak baby pompuan dia tuh.

R tu jawab, dia plan to do it after going back to Malaysia.

Yeah ayat dia adelah 'PLAN TO DO'

Lepas je health visitor tu balik, terus dia kena dakwa okeh. Sebabnya PLAN TO sunatkan anak dia.

Sekarang nih dia tengah prepare lawyer untuk fight case.
Malangnya, tak de lawyer yang berani amek case ittewww...

Worse come to worse, pihak pendakwa dia nak amek anak dia tu dan serahkan kat jabatan kebajikan.

So, sekarang dia tengah kumpul duit untuk fight case.
Eventhough dia nak balik Malaysia for good this april.

May be UK gov ingat kita sunatkan baby pompuan tu mcm org sudan sampai berdarah2 bagai. Sebenarnya sikit je pon.

So, in case you are in other country, be careful.

Monday, March 7, 2011

Project EBM ver 1

Di sebabkann demand Pahat semakin meningkat dan semakin gedik tak nak susu direct BF.

So, akak terpaksa memulakan project EBM ver 1 iaitu konsep mengepump 3 kali sehari kat opis dan 1 sekali dirumah. Maksudnya 4 kali lah kaedahnya.

Jadual pumping akak di opis adelah pukul 10am - 2pm- 4pm. Selalunya akak pump 2 kali 11am-3pm. Dan kat rumah malam atau bangun pagi sekali. Selalunya kat rumah dapat 4 atau 3oz. Kat opis dapat lah pagi2 tu 7oz pastu 4oz~5oz petang. So total lebih kurang 15oz. Kalau Pahat minum 3oz adelah cukup siap buat stok siap buang stok expired feeling2 cuci muka tangan bagai.

Tapi start arini, akak kena pum lebih sbb Pahat minum 4oz sekali. So akak tambah waktu pumping lagi sekali.

Hasil untuk hari inih (3 kali pump):

Lebih kurang 15oz. Kat rumah kang akak kena pump lagi skali. Merasa terpaksa rajin.

Ni untuk self reference akak. Next week nanti akak nak tengok kot2 bertambah ke hasil pump banyak kali nih.

p/s : Comel tak pump akak????

Anak lah anak...

Dulu akak sibuk2 anak akak x nak susu botol kannnn???

Sekarang nih siang2 tak nak direct BF pulak!. Pengsan akak jap..

Aiyohhhh... nak direct BF kena tunggu dia mamai2, paksa sumbat baru dia nak. Kalau kasik botol terus nganga je.....

Pahat, boleh tak jangan bertindak keji begitu?? Motipp lagi sebulan je nak exclusive ko buat hal??

Ni haa... sekarang tido siang nak meniarap sambil hisap jari kaedahnya. Ntah mana skill dia dapat pon akak tak tau..

Kalau susah sangat nak tido akak sumbat dalam buai.

Tapi ado dia nak tido??? Nan ado!! Dia sibuk gelak2 akak buai dia. Keji tau.

Pastu sibuk bergolek2 dalam buai. Last2 akak keluarkan lah uoollss... Biar dia meniarap sambil tertido.

Kalau bawak pegi shopping paling senang. Letak dia dalam stroler sorong la dalam 30 minit. Nanti lama2 dia tido dengan syarat jangan stop sorong dia kaedahnya.

Dia minum susu sekarang tak cukup ye 3oz. Jadi terpaksa la akak dengan rajin mengepump nak cukupkan 4oz kasik kat BS kaedahnya. Dah la direct BF pon kena paksa2..

Cemana nak buat nih??

Friday, March 4, 2011

Patut kah??

Patut kah akak melompat2 kegembiraan sambil menanges tepi tangga sebab nuffnang akak bertambah RM1 sebulannn??

Pitamm!!!

Ado kau nak feeling2 jadi mcm blogger jutawan terkenal ittewww??? Adooo???

Ha ah, tunggu lah lagi 50 bulan cukup RM50 baru boleh cash out....

Matila akak nak tergelak tengok amount earning tuh.

Thursday, March 3, 2011

Perasan putih..

Ha tu laki akak yg golap lah tu perasan dia putih.

Aritu ada lah Pari2 datang nak spray motor. Diorang nak spray color merah terang.. Color Pari2 sangatsss kannn??

Pastu akak borak lah dengan laki akak kat luar, feeling2 takde anak kannn?? Padahal anak aku tido kat dalam.

Cemana ntah tetiba Mohd Rafi boleh pulak kutuk Pari2 tersebut hitam.

Akak cakap ,'Eleh, tak sedar diri. Dia pon hitam ada hati nak kutuk **pari2'

'Tak lah, i sawo matang...'

Sawo matang ke hape nya.. Dari jauh dah tau color sama mcm pari2..

Sampaikan orang banci datang ingat akak kawen dengan India Muslim okeh. Ade ke budak tu nak letak kat column race tu **pari2 uolllss?

Nasib baik laki akak tak dengar, kalau tak harus budak tu kena halau.. Haha..

Pastu akak pose2 msg CD Owner kutuk laki akak yg kutuk pari2 itteww..

Akak tunggu punya tunggu motipppp CD Owner tak reti membalas msg akak??

Sekali je Mohd Rafi masuk rumah cekik2 akak (cekik manja bukan cekik membunuh.. kau gila?)

'Apa u tulis? kutuk I kan? salah bg msg' Sambil gelak2..

Rupa2nya akak salah hantar msg uollsss.. Nak anta kat CD Owner terhantar kat Mohd Rafi.

Merasa lah kantoi. Merasa lah kena denda urut badan dia.. Kejii!!

Wednesday, March 2, 2011

Bapa dan anak

Tengok siapa lagi gelappp???? ***larikkkkk!!
Ita < thanks for the shirt. Sikit hari lagi tak muat.


Seisi gambar terencat bersama ayah. Nyampah akak, asik akak jah amek gambo pahat dengan Mohd Rafi. Gambar akak nan ado pon amek gambar akak.

Mohd Rafi adelah obses dengan anak dia. Dia feeling2 muka Pahat mcm muka dia. Padahal semua org cakap iras muka akak. Dia tak puas hati sebab dia kata hidung Pahat mancung. Mulut Pahat tak tebal mcm akak.. **Ayat carik gaduh kannnn??

Pastu akak cakap lah 'Elehhh, tengok kulit dah tau Pahat ikut siapa..'

Pastu ada hati lagi dia jawab :
' I pon mcm Pahat, kejap itam kejap putih...'

Akak nak pengsan kat situ jugak. Bila masa dia jadik putih??? Jawab!! Jawabbbb!!!!

Guess What ??? Arini saman still 50% off!

Tu diaaaaa kannn?
2 3 hari citer pasal saman jah.

Semalam, even though dah expired kan 50% off tu, akak tetap pose2 try bekali2 bukak myeg tuh tapi server down lagi dan akak sangat sentap.

Pastu malam akak dah malas nak try.

Arinih akak baca blog Khalilah ENTRY INIH

Terus akak bukak MYEG berkali2 tidak berjaya.

Kali ke 4 akak siap baca bismillah segala dengan doa qunut.. EH, tetiba doa qunut.

Sekali je boleh okeh... BOLEH!!!

Saman lama still 50% off. Saman baru (orang lain bawak, orang lain kena..) kena RM200 from RM300.

Sesiapa yang tak sempat bayar saman tuh cepat2 bayar arini..

P/S : AKak dah bengkrap!

Tuesday, March 1, 2011

Macam nih lama2 botak la kepala akak uolllss...

Korang mesti adoo dengar mitos kalau anak start menyembur rambut emaknya nanti gugur kan???

Ha... tu asal ada masa lapang je membebel sambil menyembur2... Meh saksikan aksi2 semburan anak akak yang comel... **budget anak comel mcm artis..


1) style semburan sambil mulut senget ke tepi.


2) Semburan dengan bersungguh2.


3) Semburan sambil buat muka kerek sambil berkata, 'kau ado??'



4) Ni namanya dah penat menyembur. Berada dalam Fasa akhir semburan.


5) Bila dah penat kita sambung balik menyembur... burrrrrrrrr!!


Lalu, ibu pon sedih sambil lap air mata sapu lantai banyak rambut gugur...

iklan