Wednesday, August 29, 2012

scientific calculator

ok. akak jakun.

dah tak payah bawak calculator pegi kelas.

Nak 1 pliss!!

Hai uollss...

Akak dok gatal2 bukak website sekalian. Akak pon baju je discover website poplook. Akak feeling2 nak pakai dress tapi akak confident kena kutuk dengan laki akak.

Dia kan kuat komplen apa akak pakai.

Akak suka lah dress nih.

Tapiiiii....alkisah nya. Akak yang bijak pandai sudah masukkan semua duet berjoli katak kedalam ASD Pahat.

Eh aku sebenarnya nak masukkan dalam ASB aku. Tapi buku ntah mana hilang masukkan la dalam ASD Pahat.

Jadi. Duet yang tinggal cukup2 bulan sahajork tidaklah boleh ku nak berbelanja.
Kebetulan pulak lepas 3 hari masukkan duet tiba2 kereta bunyi2. Bila Mohd Rafi check rupa2nya drive shaft kena tukar.

Hellooo...sah2 akak baru ja masukkan dalam ASD takkan nak keluarkan kannnn??

So, akak pose2 tak da duet sahajork. Jadi pakai duet laki akak lah.

Pastu tiba2 dapat call dari BFF Mohd Rafi dia nak kawen bulan 9 kat Ganu.

Since dia dah janji nak pegi sejak dari dulu. Jadi kena la pegi. Lagipon kawan baik + banyak tolong dia dulu.

So cancel lah project Mohd Rafi nak amek henpon baru.. Hahaha...Padan muka dia..

Sebelum puasa tu kan dia dapat banyak project repair motor orang kat rumah. Tu yang ada rezeki lebih sikit. Alhamdulilllaahhhh..
Merasa jugak akak duet raya laki akak bagi tahun nih.. Muahahaha.. Tapi duet raya tu pusing balik kat Pahat pulak. Bolehhhh??

Lepas tu pulak...akak yang bijak pandai telah pon membeli voucher ke Langkawi untuk 29.9 inihhhh... Book bulan 7 aritu uollss... Tak expect kawan dia tu tiba2 nak kawen bulan 9.

Mungkin kena let go kot voucher tuh sebab kalau pegi pon lagi banyak perbelanjaan dengan ticket flight lagik. Sewa keter lagik. Nak shopping choklat lagik..

Ni kang aku citer macam nih tetiba ada orang komen duet tak bersih kannnn?? **matila akak sengaja carik pasal... **matilah dah tak boleh nak komen sesuka hati kennnnn??

Tuesday, August 28, 2012

Wassup! Wassup!

Ok. Akak bimbo.

Whatsup kena add guna phone number kann??

So ni no akak.

0182807586

Utk whatsup atau messenger2 yang sewaktu dengannya.
Kalau call akak tak angkat jangan sentap..

Nak call sila atau sms sila guna no maxis akak.

BTW, mungkin ada orang nak tau harga Note sekarang adelah rm1850. Mana tau ada orang nak survey2 beli ke... Ni harga kat The Mines. Akak malas lah nak survey tempat lain. Lagipon akak masa tu dah kemaruk nak berhenpon baru...**Matila kannnn.

Kalau beli package sekali dengan line telefon mungkin dapat lagi murah. Tapi sebab bercontract 2 tahun tu yang akak cancel amek pacakage.

Sekarang akak guna prepaid broadband sahajork. Mula2 nak beli s3 pastu kenapa ntah akak tiba2 kena rasuk kat kedai tu pi beli Note pulak..

Note pon note lah...Rezeki juga.

Kalau tak gunala henpon berskrin ijau yang dah retak2 tuh. Nak amek gambar cake pon tak boleh.

Instagram akak malas nak register. Kang banyak2 sangat apps bukan2 dalam ni bukan aku guna.

Sekian sahaja. Sila add saya sebab akak malas nak transfer no phone sekalian.

Monday, August 27, 2012

All about Rossi..

Anak akak dah pandai mengamok2 nak barang yee.

dulu boleh la kau pujuk2 atau nyorokkan barang yg dia nak. sekarang tidak lagi.

Nanti mulala dia meraung2. Kalau kejap xpe. Ni lama pastu tido malam tetiba bangin melalak2 mcm siangnya.

Aritu 1 malam jadi camtu. Lama gila dia nanges x berenti. Bila akak dgn Moha Rafi nak amek dia tepis sambung melalak2. Kitorg dah panik y. Apak dia siap basuh muka anak dia dgn air la. Haram x jalan. Last2 akak amek dia kat riba peluk dia kuat2 barula dia berenti nanges.
sebenarnya dia mengigau yang td siang tu melalak2.

So pengajaran bg akak dan apak dia adelah layan dulu apa yg dia nak pastu khayalkan dia dengan benda lain sambil nyorokkan benda yg dia nak seperti henpon akak nih. Aiyooooo pandai pulak dia mintak henpon suruh bukak games dia.

Akak adelah install game utk dia. Ala games learning for kids tu. Masalahnya terlebih pulakye. Henpon akak nih nak beli 10 tahun sekali baru mampu. Kalau dia campak skrin ni sahajok nak ganti 1k lebih. tak berani la akal nk bg dia main lama2.

Kang aku citer macam ni ada yg mengata akak tak pandai jaga anak. Hover!


Sunday, August 26, 2012

raya ke 2

tu diah, dah raya ke 8 sibuk citer pasal raya ke 2. Akak busy uollss main game. matila kannnn tak berfaedah.

Lagipon sejak ada note akak banyak chatting atau messaging guna Line atau whatsup atau fb.

sapa nak add id akak ilot.

so raya ke 2 akak tradisi tiap2 tahun adelah balik kampung emak akak ada kenduri. Disamping itu juga emak akak mendapat bonus hasil getah hasil dari tanah pusaka arwah ayah dia dulu. so bagi2 la 10 adik beradik.

pada hari tersebut akak pakai baju rizalman tp kena kutuk dgb gemok tak chantek. Adik beradik akak kata baju 1st lady yg akak beli harga rm39.90 ittew lagi chantek. Saksikan baju hijau dibawah tu baju 1st lady tersebut. akak tak tipu harga dia memang rm39.90. Baju kurung moden. Akak beli bukan sebab chantek tapi sebab murah. Matila kannNn?



Friday, August 24, 2012

raya 2012

susah pulak nk update blog guna smart phone. nk bukak laptop mlas haku nak transfer gbrbagai. so, kalau banyak typo sila maafkan akak ye uolllsss.

so tahun ni akak beraya kat rumah mohd rafi. sebenarnya rumah dia dgn rumah mak akak nan hado jauh mana. 20 menet sahajork.

dah tu laki akak last minute baru sibuk cakap nk pakai biru thn ni. padahal dari sebelum puasa aku tanya nk pakai baju color apa.

jadi malam sehari sebelum raya lepas sejam sampai dari kl akak drive dgn mak akak dan adik akak pi bandar kota cari baju Pahat.





merasalah baju akak biru lain. baju apak biru lain. baju anak biru lain.

Wednesday, August 22, 2012

rumah dekat2 pon nk gaduh

uollss...akak lah tu yg rumah dkt2 pon nk gaduh raya kannn?

pastu kan uols pi marhaban kat felda tu org dok usung ipad la.. tab la. camera dlsr la..

fuyoo.. keje kampung jah uolss..

akak pon koser nk bwk note besar gabak tu pi marhaban. akak koser nk mengusung. dah la malas bawak handbag.

akak beli note guna hasil penat lelah buat kueh. alhamdullilah.. tp besar gabak la pulak..

Thursday, August 16, 2012

Weaning off Pahat.

Akak dah weaning off Pahat completely.

Sekarang dia dah boleh tido tanpa nak breastfeed tiap kali bangun. Bila dia bangun, tepuk2 dia tido balik.

Walaupon dia tak berapa nak minum susu tepung sangat. Aritu susu frisolac Lion punya syok dia habeskan. Aku bagi Anmum tak nak pulak. Jadi terpaksa akak campur dengan milo baru la dia minum habeskan.

Pahat juga tidak minum susu FM through botol susu tapi guna sipping cup.

Process men weaning off Pahat adelah sangat senang hokeh. Alhamdulillah.

Dia kan tak reti cakap. So dia tak pandai la mintak. Muahahaa..

Jugak, si Pahat nih tak pandai nak selak2 baju akak nak mintak susu.

Kan senang tu keje akak kannn??

Cuma bapak dia je yang over, anak nanges suruh bagi susu ngempeng walaupon hakikatnya takde susu dah.
Kalau nangis bagi susu, nangis lagi bagi susu, bila masa nak weaning off kan dia kannn??

Perangai pahat sekarang memang kusss semangat emak. Kalau nak buka dengan tenang tak boleh mesti ada nasik masuk dalam air.
Aritu aku buat kueh choc chip, 3 dulang belom bakar. Itu pon aku dok menggentel 2 jam. Dia pi terbalikkan dulang tuh.. Ya ampunnnn menyirapnya emakkk! harus kena babap sedas.

Bila dia kena marah dengan Apak, emak rasa sedih je. Kalau emak marah tak apa pulak kannn?? Keji sangat konsep.

Pandai pakai suar paras lutut je.

Paling suka main jolok2 paip kat bilik air. Pahat semakin gemok sebab asik makan je.

Nanti akak dah beli henpon canggih akak upload gambar Pahat ye.

Wednesday, August 15, 2012

Terima kaseh sangat2kan?

Oh terima kaseh, ada jugak orang rajen bukak blog akak komen banyak kali.
Menambah jugak pendapatan nuffnang kaedahnya...

Cubalah komen lagi..cubalah...cubalah!

Clust sangattt!!!


P/S iklan sat: Cik Ien, iols terhilang no hp uollss.. nak bagi kueh ni. Nnt contact iols yeah.

Contraction..

Alhamdulillah..akak berjaya dah siapkan semua kueh2 orang. Gigih akak tahan perut saket sambil menggetel kueh.

Semalam akak saket perut. Mula2 cirit birit, lepas tu akak saket perut mcm kena contraction nak beranak hokeh. Selang 30 menet. Boleh mcm tuh??

So, Doctor check akak dia kata akak dah hilang air banyak sangat. Dia PAKSA aku buka puasa. Dia kata ubat takkan membantu sangat. Yang penting kena minum air secara kerap.

Doc jugak cakap, kalau akak tak buka sekarang nanti akak kena kejang badan sebab air dah takde dalam badan.

NGeri pulak akak dengar. So alkisahnya akak terpaksa jugak buka. Padahal aku buka minum air jah sampai kesudah. Maghrib baru makan nasik.

Masalahnya, arini saket perut lagik mcm contraction tapi akak dah tak cirit birit dah. Malasnya nak pi klinik lagik.

Sapa2 yg ada order kueh boleh collect sebelum jumaat ye. Ada nombor hp yg akak dah hilangkan kaedahnya.

Terima kasih kepada semua yang telah order kueh akak. Akak mintak maaf untuk sesapa yang nak order kek tu akak terpaksa tolak sebab tak sempat nak kejar. Ni pon laki akak dah bising terkejar2 tido hari2 tak cukup. Alhamdulillah dengan rezeki.

Terima kasih juga untuk yang telah menjadi customer tetap akak tiap2 tahun.

Terima kasih jugak untuk yang beri Pahat duet raya.

Semoga uollss semua dimurahkan rezeki!!

Monday, August 13, 2012

Resepi Tat Gulung

Ha..bersempena bulan yang mulia akak nak share resepi tat gulung yang akak dok buat jual tuh.





Jem Nenas

2 biji nenas yang muda. Kalau beli yang dah masak kurang masam sikit dan nanti jem nya lembik sikit + nanti dapat sikit je, silap2 segenggam jah korang dapat. Dan sila cari nenas MORIS bukan nenas Madu, sebab nenas madu tak masam dan banyak serat.

2 biji nenas nih korang boleh dapat dalam 3 balang sahajork. Iaitu 150 biji sahajork. Kalau feeling2 nak bg emak mertua dan juga emak sendiri kau guna  la 10 biji.

So, nenas tu korang kupas. Buang mata dia. Lepas tu basuh dan blend. Kalau korang rajen nak parut, parut lah. Kalau dah sampai 10 biji mau tak crame tangan kau. Lepas tu tahun depan nescaya kau tobat nak buat tat gulung. Eh, tetiba buat jem nenas pon jadi panjang pulak bebelan akak.

Lepas dah blender tapis masuk dalam periuk. Air tu simpan untuk blend the next batch. kalau nak korang gigih nak tungguh jem masak boleh masukkan dalam periuk sekali.

Pastu masak sampai nenas tu agak kering dah air pon dah kurang baru la masukkan 1 cawan guna. Kalau nak manis tambah sikit gula lagi. Pada akak 1 cawan ni biasanya dah ok.

Masak lagi sampai jem kering. BIla nak masukkan gula sila kacau SENTIASA, kalau tak nanti hangit jangan salah kan akak. Kalau malas nak tunggu kering, sila tutup api, nanti sambung lagik mcm akak selalu buat.


ADUNAN TEPUNG

500g butter
2 biji telur kuning
130-150g gula icing - suka hati nak letak berapa sebab jem kan dah manes.
100g tepung jagung
800g tepung gandum.

Gaul butter dengan gula. GAUL ye bukan pukul. Tak payah pukul beriya pakai mixer segala. Pakai wooden spoon je kacau2 pakai tangan. Pastu masukkan telur, gaul sekata. Pastu campak tepung gandum dan tepung jagung dalam tu. Uli sampai sebati. Try pam guna acuan semperit tu, kalau dia keluar kembang2 tu masukkan tepung sikit dan uli lagi. Kalau nak pam mcm nak terberak masukkan butter sikit lagik.

Dah pam potong lebih kurang 2.5 inci, gentel jem jadi lonjong2 dan korang roll tat tu.

Ala, nantilah akak amek tutorial bergambar. Eh, tapi arini akak nak pulang camera dah. Nanti lah bila2 akak feeling2 rajin akak buat tutorial bergambar sebab nak menggulung tu perlukan skill jugak. Kalau tak nanti buruk jadinya.

Pastu amek telur kuning masukkan dalam mangkuk kecil. Masukkan air dalam 5 titik, letak coloring kuning atau akak selalu guna serbuk kunyit jah. Asalkan dia jadi warna kuning.

Pastu sapu telur kuning tadi atas tat uollss.

Bakar pada suhu 160c selama 20 menet. Bergantung pada oven. Atau pon asalkan bawah dia kuning sikit je korang angkat terus. Jangan tunggu bawah dia coklat nanti dah tak gebu.

Sekian... Ada pertanyaan?

Berzakat atau bersedekah perlu meh bagitau orang??

Uollsss... akak ni sorry eh nak cakap bulan2 puasa ni jangan nak judge orang bukan2...

Main sedap2 rasa cakap aku tak bayar zakat  kan?? Hellloo uollsss suka2 je kann buat andaian mentang2 aku tak pernah citer aku bayar zakat atau bersedekah sedap2 cakap aku takberzakat bagai.

Lepas tu cakap duet aku tak cukup sebab tak bersih walaupon dah buat kueh raya kann??

Sentap gila nak mati aku baca.

Akak ada target akak buat kueh raya dalam beberapa amount akak nak simpan duet tu. Duet bonus tu sebenarnya akak plan nak guna untuk raya bagai. Siap akak plan nak belikan baju raya utk orang yang mesken dekat kampung akak...**ini perlu ke cerita.

So, alhamdullillahhh, duet repair kereta RM650 tu aku guna duet aku simpan untuk waktu kecemasan. Duet untuk raya aku dah cut budget so usik sikit je duit untung kueh. Then insyaAllah, target duet untung beberapa amount tu masih ada.

Dah tu jangan cakap aku duet untung banyak2 tak bersedekah pulak kannn?? hellooo aku pernah ada rm15 dalam wallet, orang mintak derma aku bagi rm10. Rm5 tu je yang tinggal dalam wallet.Ini nak kena cerita jugak ke?

Jangan ingat orang tak pernah cerita kat blog, maksudnya dia tak pernah berzakat atau bersedekah. Nak kena letak resit kat sini ke setiap kali menderma?

Nak aku letak transaction dari bank ke setiap kali aku transfer duit kat orang susah??

Suka2 je nak judge orang. U dont know me okeh sedap2 nak cakap duet orang tak bersih sebab tak berzakat.

Lagipon berzakat pon dalam islam bukan perlu ke kaunter2 zakat bayar zakat. Kalau kau boleh cari orang miskin dan bagi kat diorang pon di kira zakat juga.

Malas haku nak layan orang2 macam nih. Kejap lagi kang aku tukar sapa nak komen kena mintak permission dulu.

Thursday, August 9, 2012

Sentap 40 kali ganda.

Hi uollsss... akak telah bangun pukul 4 pagi masak nasik lemak.

Sebab kaedahnya akak janji dengan laki akak nak masak malam. Tiba2 pukul 8 lebih akak ngantok nak mati sebab hari sebelumnya akak tak boleh tido satu malam gara2 minum nescafe black roast. Ada orang suruh kau minum pukul 11 malam? Merasa lah akak tak boleh tido. Dah tu akak pegi la buat kueh. Siap kueh tak boleh nak tido lagik akak jahit seluar Pahat yang koyak celah kangkang tuh,
Pastu dok tengok TV olympic acara diving itteeewww... matila kan puasa2 kau tengok acara diving?

Pastu sambung buat kueh tat. Sampai ke sudah akak nan hado tido. Kat opis pon tak boleh nak tido. Merasa lah kau!!

So pagi ni sambil buat kueh tat Mohd Rafi bebel2 kat akak:
'Tahun ni takde kueh kat rumah lagi ke?'
akak pon jawab, 'macam biasa la...'

Pastu dia start bebel2 ntah hapa2 ntah.

Ala, dont worry kueh pon dalam ahad ni insyaAllah semua siap. Next week boleh buat kueh sendiri + kueh2 ad hoc last minit (Tak dapat bonus terpaksa akak amek order kueh lagi...**tetiba)

Yela uollls..akak nak kumpul duet beli henpon baru yang canggih sikit. Nak beli galaxy dengan iphong memang lah tak mampu. Nak beli henpon harga RM200 sahajork.

Akak dah 97% weaning off Pahat. Dia pon tak carik atau tak mintak. Tido pon ok jek. Alhamdulillah memang sangat senang weaning off kan Pahat. Rambut Pahat dah tumbuh kasar sedikit berbanding rambut dulu yang tumbuh hidop segan mati tak mau.

Akak malas nak amek gambar Pahat.

Akak beli baju raya Pahat macam banyak pulak. Apak pon belikan juga. Takpe lah kitorang beli saiz besat lagipon 2-3 years. Boleh pakai sampai taun depan.

Citer pasal bonus yang buat akak sentap tuh. Nasib baik la akak dah beli baju raya semua. Duet raya pon dah siap tukar, touch n go dah top up. Kalau tak terpaksa lah akak jual kueh sampai raya pertama.. **matilakan kau punya analogi.

Keter akak ni pon satu hal jugak uollllsss, time2 nak raya ni minyak hitam leaking lah, timing belt nak kena tukar lah...Ohoiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 8, 2012

Akak sentap Bonus tak dapat..

Hai uolllssss..

Uollsss semua yg keje gov atau badan berkanun boleh la check akaun masing esok dapat bonus 1/2 bulan gaji.

Disebabkan akak Teaching Assistant merangkap kontrak, U*M tak bagi akak bonus.

Tapi kan bila akak check pekeliling kata kontrak dan sambilan pon dapat bonus hokeh..

Tapi akak call pendaftar kata kena tunggu mesyuarat dulu. Eh?? Motippppp???

Akak terus sentap tak nak keje lagik..**matilakan tetiba?

Nasib baik lah akak bermati-matian buat kueh raya, dapat jugak duet simpan.

Tapi cancel lah nak beli henpon baru. Pakai henpon buruk je sudah!!

Mood SENTAP SEDIH DAN KEJIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Buruk

Ini adalah henpon akak sekarang.

Berskrin hijau. Skrin siap retak2 sebab kena baling dengan Pahat.

Sedih tak uolllsss??

Citer pasal kueh raya akak memang dah feeling2 nak buat kueh macam2, siap beli cornflakes la, nestum la... verangan sangat kueh orang tak siap lagik dok sibuk buat keh lain.

Minggu ni hari2 lepas sahur, gigih laki bini buat tat gulung. Mohd Rafi memang tiap tahun tukang tekan acuan tat gulung tuh. Menekan acuan tat ittew memerlukan tenaga yang banyak hokeh. Akak kalau takat 3 4 balang no hal boleh pam sendiri. Kalau dah banyak2 memang aku paksa Mohd Rafi yang buat.

Masalah akak ketika buat kueh adelah Pahat suka curik kueh yang akak tengah sejukkan.

Tak kira la apa jenis kueh sekali pon, pantang akak letak dia amek makan. Satu je takpe uollsss, ni satu balang tu pon sanggup dia makan.

Hobi dia sekarang adelah MAKAN. Aritu akak balik johor dengan Pahat je, Mohd Rafi keje, dari Johor sampai KL keje dia makan keropok tak henti2 sampai akak yang tension. Kang anak aku gemok satu hal pulak bila dia besar nak diet.. Boleh emak fikir mcm tu?

So, solutionnya adelah, akak letak semua kueh dalam bilik. Makanan biskut2 kering pon akak nyorokkan uolllss.. Kedekut tak emak??

Okeh.. kueh2 uolls insyaAllah by next week isnin semua dah ready. Sila message akak ye nak amek bila.

Thankssssssssss!!!

Tuesday, August 7, 2012

Kueh raya!! Kueh Raya!!


Kueh raya dah 3/4 siap. Sapa2 nak amek minggu ni silalah bgtau akak awal2 supaya akak boleh siap pack kan kueh uolls.
Eh, kecuali tat gulung belum berapa nak siap. Tiba2 jem nenas tak cukup jadi kena la tunggu sikit sebab proses buat jem ittew lama.

Akak utamakan orang2 yang jauh dulu ye untuk amek. Kalau area2 putrajaya tu next week pon boleh kan? kan? kan?

Ini pon uollsss ada lagik orang2 message akak nak order kueh dan kek bagai... akak boleh cakap hanya lah, kalau sempat baru akak amek. kalau tidak, mintak maaf banyak2 uolllsss..

Ini pon tak siap lagik ada hati nak amek last2 minit order khennnn??? akak baru feeling2 tahun ni nak rehat awal okeh.

Wednesday, August 1, 2012

Meroyan tengok citer korea..

Tu diah kannnnn.. akak kan free kat opis, kalau akak bawak oven buat kueh dah siap 100 balang agaknya.

So dari akak boring2 dan berebut TV kat rumah nak tengok citer Korea Mohd Rafi bising 24jam korea katanya. Akak pon tengok lah citer nih kat opis.


Synopsis kat sini: akak koser nak copy paste.
http://asianwiki.com/Phantom_(Korean_Drama)

Pastukan opis akak nih block utube kaedahnya. Tapi akak tengok kat:

kimchidramas.net

dia tak block pon...muaahahahahahahahahaha

Akak geram je tengok Jo Yung Min tu PUAKA sangat jahatnya.

Tension hakak.

Drama ni sampai episode 20, tapi subtitle baru sampai 18. Merasa lah tunggu lagi 2 episode.



iklan