Thursday, November 29, 2012

Austin Steak Bangi

Hari ahad Mohd Rafi cakap dengan akak.

'Yang, nanti esok I bawak u pegi makan grill western kat Bangi'

'Yelah..'

Akak suka je lah x payah masak kennnn. Aku ingat nama kedai tu Grill.

Fine.

Hari isnin akak message dia.

'Jadi x pegi makan grill bangi yang u cakap tu?'

Ko tau dia reply apa? Dia reply ni:

'Ebab2 ayah..Pahat comel..comel..'

Ada kena mengena tak dgn pertanyaan akak??  Takde kann?

So akak assume x jadi la.

Akak balik keje dah kebulur lalu masak nasik goreng. Makan bersama Pahat.

Tup tup akak tengah makan dia balik lalu sentap.

'Kan dah cakap nak makan kat Bangi..'

Ek eleh...message bukan2 pastu kata jadi. Lempang jugak kang.

So tadi malam la baru pegi. Gigih akak tahan lapar sampai pukul 9 malam. Mana tak gemok kalau makan lebih pukul 7pm.

Ek eleh....rupanya dia bawak akak pegi Austin Steak. Dah banyak kali aku pegi dah.

Pastu akak cakap dengan laki akak mcm tu dia cakap,

'Apsal i x tau? kenapa u pegi x bgtau i?'

Ha....kan dah kantoiii... Akak pegi banyak kali dengan Fizi and Filla.... kan Filla kannn?

Budak ni melalak sebab nak main sudu garpu bagai. Pastu apak dia suh duduk kerusi sebelah x nak. Nak duduk atas riba apak jugak. Chantek sangatlah tu nanges bukak mulut luas2 mcm tu?

Makanan kami order. Mohd Rafi order Lamb Chop. Akak Mix Lamb. Harga rm13.90 sekali dengan package2 fries, colleslaw, salad, baked bean dengan roti.

Gravy dia sedap. Daging liat sket. Daging kat Ayer Rock lagi lembut dan senang dikunyah. Of course la kan dah mahal.

Air dia akak suka sebab gelas besar. Harga RM3.50 to RM4.

Ni tukang sedut air akak. Apak dia makan sambil pangku Pahat atas riba. Mesti org confuse tengok emak relax je makan. Apak pulak layan anak.

Eh, laki akak memang mcm tu. Kalau makan dia suh akak makan dulu..**ulang lagi ayat, cemana tak gemok??

Dia kan obsess sgt dengan anak dia. Merasa lah dia layan. Kecuali kalau dah lapar gila. Sebab tu bila ada anak nih selalu masak sahajork ataupon bungkus.

Kalau nak makan kat luar kena laju2.

Kalau Mohd Rafi xde, akak bawak je makan makan sorang2. Bukan Boiboiboy kat Phone boleh la makan dengan laju sementara dia belom boring.

Dia start boring dia campak Note aku tu ke lantai...**sedihhhh!

Monday, November 26, 2012

Update Weekend!.


Hii uollss...

Semalam akak pegi Midvalley. Pitammm ye nk kawal Pahat.. Sebab tu akak suka pegi Alamanda sebab alamanda kids friendly sket. Boleh bawak troli carefour tu naik turun sebab escallator dia troli friendly. Pahat kalau letak dalam troli dia diam.

Kalau ko lepaskan Pitamm ko nak kejar. Kalau bergandingan dengan Lion lagi la pitammmm!

Pegi Midvalley tanpa agenda sebenarnya. Jalan2 sahajork.

Actually semalam akak hantar mak akak balik Johor kat putrajaya sentral. Alang2 akak tanya kawan akak ajak jalan2 sekali.

Actually kalau tempat kecik senang lagi nak kawal anak dari berlari2.. Ni tempat sebesar Midalley pitammm.

Terpaksa main2 pass baton dengan Mohd Rafi. Dia tengok2 barang akak jaga. Akak tengok2 barang dia jaga.

Pahat bila penat, suka2 dia je duduk kat tengah2 alam tuh.

Sebenarnya akak nan hado budget pon nak shopping2. Sebab sabtu tu akak dah hover budget shopping kat Kinrara. Sapa nak dress chantek dan murah sila lah pegi giant kinrara. Banyak booth jual tudung dan dress chantek2. Harga lebih kurang sama dengan Kenanga Wholesale. Pastu Mohd Rafi pon gaji 1hb. Lagipon akak skrg beli barang harga bawah rm50 sahajork. Akak sedar diri mesken.

So, kawan akak ajak pegi metrojaya sebab dia ada voucher. Banyak. Mula2 tanya laki aku ada x nak beli apa sebab dia nk bagi voucher tu. Mohd Rafi cari jacket dia x berkenan. Pastu pusing2 nan hado dia nak beli. Turun bahagian ladies and cosmetic.

Akak cari make up urban decay nan hado. Akak kan jarang pegi metrojaya, mana la akak tau ada jual kat mana.

Pusing2 xde benda best. Last2 pegi beli jeng...jeng...jeng...


Tote bag ELLE. Ala...bag ni pon harga asal RM99 sahajork. I bought it for FREE!! Sebab ada voucher lah. Tenkiu..Tengkiuuu!!!

Ye. Akak happy walaupon dapat bag harga RM99 jah. Bag yg aku ada skrg pon aku beli RM30 jah kat KWC.

Last aku beli bag branded adelah masa hantaran iaitu bag guess. Lepas tu akak beli bag chap ayam sahajork. Bila dah ada anak lagi lah, nak beli barang2 mahal kang rasa bersalah pulak.

Tu pon nasib baik la uolllss akak jual2 kueh raya tu boleh jugak buat beli henpon dan saving sikit. Kalau tak sampai sudah akak pakai henpon skrin hijau yang kejenya asik off sendiri.
Alhamdulillahhh....


Sementara akak pilih bag. Mohd Rafi n Pahat di sebelah orang main Piano. Barulah senyap sikit si Pahat tuh.
Terus feeling2 nak hantar Pahat kelas piano...**matila mahal nak mampos kau mampooo kah?? Matila jual emas Pahat pon belom mampooo beli piano ya...

Dari pukul 10.20 sampai pukul 1 kitorg dlm Midvalley. Dalam Pahat lari2 sana sini. Gigih jugak kitorg 3 jam lebih dalam tu.

OTW balik Pahat tido sampai kat rumah still tido sampai pukul 6 petang. Kepenatan sangat la tu tawaf Midvalley.
 


Thursday, November 22, 2012

Wedding orang.

Sejak dah kertu ni akak suka pulak pegi wedding orang provided dekat la kannn

Sebab bila dah kertu nih kawan2 ramai dah kawen. Yang tinggal belom kawen pon pondan...***Larikk!

So ni adelah wedding opismate akak di Bentong.

Bentong tengah musim durian pulak tu. Bersepah2 orang jual durian tepi2 jalan.

Akak pon beli la beberapa biji. Balik Mohd Rafi jeling2 akak sbb dia kan tak boleh bau and makan durian.

Elehh...dulu dia makan je. Tapi masa umur dia 18, dia overdose makan sampai muntah dan terbaring 3 hari, tu yg merasa teros insaf nak makan durian.

Rasainnnnnn!!


So ni ha gambar dengan penganten. FYI, semua didalam gambar telah berkahwin kecuali jejaka berbaju pink..hehe.. Kalau rasa diri comel dan putih boleh hantar resume kat akak... Matila hakuuu!!

Lauk kenduri pon sedap. Dan agak aneh sebab x pernah makan. Ada terung masak ikan masin ke apa ntah.

Akak sampai pukul 2 lauk dah hampir habes. Tetamu pon tinggal orang2 opis je.

Kalau kat kampung akak majlis pukul 5 baru betul2 habes. Aritu masa akak kawen, pukul 7 lebih pon ada kawan Mohd Rafi datang lagik.

So, untuk sesiapa yang bakal berkahwin tu, 'Selamat Pengantin Baru' akak ucapkan.
Akak bulan april ni dah masuk 5 tahun uolllss berkahwin..!

Ye...akak dah kertu!!

Wednesday, November 21, 2012

Ti...ti...ti...

Cik Ti telah menyerang rumah akak kembali. Yg akak hangin, bila pasang perangkap tau pulak dia tak keluar. Bila akak simpan perangkap mula la dia keluar. Keji sangat kann??

So, last resort, semalam mak akak kata beli je la racun tikus. Akak bukan apa, racun tikus ni kalau dia makan bukannya mati immediately. Nanti rumah bau bangkai kena cari2 kat mana pulak dia mati. 1 hal pulak nak bersihkan.

Pastu mak akak kata, kalau dia mati biasanya dia cari air. Pegi cari kat tempat yang ada air, lopak2 tepi tumah ke..longkang ke... OO..mcm tu ka?

So semalam mak akak tabur dalam tong sampah. Sebab situ tempat dia suka korek2 kannn? Tapi kat ubat racun tu tak tulis pulak berapa lama dia akan mati. Tapi semalam cik ti tu dah termakan dah umpan..

Agak2 dosa tak bunuh cik Ti???

Uollss..akak nak bgtau ye...kalau ye pon uolls jual product kechantekan, boleh tak jangan nak exargerate sangat??
Takkan la 1 product tu boleh sembuhkan cancer, boleh dpt anak, boleh buat muka berseri2, boleh rapatkan **tutttt.. Boleh banyakkan susu lah...Boleh kuruskan badan....Pitammmmm ye!

Jangan Hover boleh tak? Agak2 la nak promote pon...

Lagi satu colagen boleh putihkan kulit lah, boleh hilangkan jeragat lah..

Helllooo jangan nak menipu sangatlah! Takde research kata collagen boleh putihkan kulit pon.

Unless ada tambahan bahan lain selain collagen.

Please ya uollss yg nak beli barang kecantikan tu tengok orang yang jual tu dulu. Mencerminkan product yang dia jual katanya..

Lepas tu please check dulu berapa mg collagen dalam tu. Kadang tulis collagen tapi berapa mg tak tulis. Biasanya org amek collagen dalam 5000mg. kalau 10000mg biasanya diorang akan advise makan 2 hari sekali.

Kalau bawah 5000mg harga rm100++. Tak payah beli. membazir duit korang je..

And collagen tak digalakkan untuk pregnant and lactating women. TAK digalakkan bukan tak boleh. Kalau baca kat website2 seperti ephyra and origen and total image pon semua warning ye, kalau pregnant and breastfeed women nak makan kena mintak advise doctor dulu.

Jangan nak pandai2 sangat...

Monday, November 19, 2012

Selepas sebulan dengan Collagen

Akak kan dah complete sebulan makan collagen.

Apakah perubahan yang akak dapat??

Pada akak takde la perubahan ketara sangat. Perubahan yang akak alami adelah:

# Kulit muka licin sikit - ramai yg tegur. Tp actually kulit muka akak memang xde masalah jerawat. So kulit jd halus ja. Pori muka xde pon kecik. Biasa sahajork!

# Tapak kaki dah x merekah. Ha yang ni betul. Tapak kaki akak memang over. Kalau kena simen mesti merekah siap terkopek2 kulit dia. La ni dah ok.

# Eyebag dah kurang.

# Perut mcm aritu lah tegang sikit. still tetap buncit.

Lain2. Nan hado. Kalau tanya laki aku kang. Dia jawab 'Biasa je..'..

Ha ni gambar close up.

ni Lepas make up lite2. Haruslah nampak chantek kann?? Kalau x make up haruslah hazab muka aku.

Side effect dari taking collagen ialah..............

AKAK JADI GEMOKKKK!!!

Ye uollsss...collagen ni kan protien... kau tau kan kalau nak kurus orang diet tak amek protien banyak2?... merasa lah kau...

Ha...nak chantek ke nak gemok???

Pilihan di tangan anda!!

Thursday, November 15, 2012

Pahat dan cat

Ni kucing rumah makcik aku. Kucing pemalas!!. Kerjanya tido sahajork!

Org amek pon dia dok tido je. Pemalas punya kucing.

Jadi Pahat pon suka la peluk2 dia. Tarik kaki. Tarik ekor. Picit2 muka kucing tu. Cekik leher dia.
Last2 kucing tu dah boring dia gigit Pahat. Muahahaha. Lepas tu teros senyap Pahat. Tak pegang dah kucing tu.

Tapi dia insaf sekejap sahajork. Lepas tu main balik kucing pemalas tu.





Wednesday, November 7, 2012

kawan mu kawan ku jua...

mula2 akak nak tergelak dulu sebab aritu adik akak ada cskap.

'ko ni semua kawan aku nak jadi kawan kau kann?'

ye la uollss.. tetiba kawan2 sekolah dia jadi kawan akak. padahal akak tak sekolah kat situ. jeles lah tu kak Tipah dengan popularity akak kennnnn?

Sekarang ni kawan2 rempit laki akak pulak jadi kawan2 akak. Pitammm!

Padahal aku nan hado pon tau nama sgt. Abes tu masing2 nama pelik2.

Tobek la...Poyo la... Panot la..Botak la... ilot laa... eh, tu nama aku.

Biasanya start dari diorg dtg rumah. Akak bagi makan. Esoknya diorg add kat fb.

Taktik sgtss!! Cik Li terus amek pen catit...Larikkkk!!

Pastu geng2 rempit dia tu ada 2 bahagian ye. Johor dengan KL ni haaa.

Kalau budak2 johor tu msg kat fb pening aku nak baca. Terpaksa laki aku jd translator.

Umut diorg alahaii 21 la 22 la plg tua pon 26. Akak dah tua dik nonnnn

Siap nak panggil aku makcik bila tau umur aku. Kuang hajo sgtss.

Tetiba malas nak sambung howw?

Tuesday, November 6, 2012

Another Lee Seunggi Post. Group Photo

Helooo uollss jangan boring.

Ni group photo with Lee Seunggi.


Nampak tak akak? nampak tak?

Monday, November 5, 2012

Tonight with Lee Seunggi in Malaysia

Ok sambungan entry lepas.

Kena transfer kat PC dulu rotate gambar baru boleh upload kat blog. Kalau update kat phone semua gambar terbalik.

So. location showcase/fan meeting ni di level 15 Kenanga Wholesale City.

Kitorang sampai tepat2 pukul 7.30 ya. kalau lambat merasa ticket x dapat amek sebab kaunter dah tutup.
at the entrance
Show start pukul 8.30 lebih kurang. Sebab delay sikit.

Start Lee Seunggi masuk semua macam histeria termasuk akak. Tapi akak control sikit la sebab akak dah tua. Kalau akak masih remaja sah2 akak verangan nak kawen dengan Lee Seunggi.

Well, Akak buat kesimpulan ramai fans yang pegi adelah ahjumma ye. Tapi Lee Seunggi nak amek hati dia panggil Unni. Hahahaha

Seriously masa akak pegi show 2AM, ramai pegi adelah remaja hokeh.

ok. Pastu dia masuk dia nyanyi lagu apa ntah tajuk dia akak lupa.

Inside showcase


Lee Seunggi !!! Semua org menjerit termasuk akak.

Lepas tu kitorang pegi ke depan sikit. So dapat tengok lagi jelas. Nampak tak gambar bawah ni dah dekat dengan pentas.

 Lepas dia nyanyi adelah games dia panggil peminat2 dia yang bertuah naik atas pentas. Harammmm no akak tak naik. Frust akak tau.
Lepas tu ada mini concert. Then, tiket VIP boleh amek group photo with Lee Seunggi. Group of 30. Kau jangan berangan nak dapat amek gambar sebelah ye..

Ni ye la paling dekat akak dapat amek gbr.
 Lepas tu nak salam2 pon bodyguard dia cepat2 tepis. Kejiii sangat.

Dari dekat muka dia wow! Putih gila! Pastu bersih gila...halus je...kalah kulit aku.
Terus rasa diri hitam.

Before balik amek gambar kat poster besar pulak.


Konsert habes pukul 10.30. Mohd Rafi sibuk dok message2 tanya bila nak balik.

Eh, bila dia keluar Nan hado akak tanya2 hokeh. Pukul 1 pagi tak balik lagi baru akak tanya. Keji sangat.

Overall, sebagai penonton VIP akak rasa tidak berbaloi nak beli tiket RM528 untuk show ni walaupon akak peminat tegar.

Akak rasa lagi berbaloi tengok showcase 2am tahun lepas.

Sekian.



Saturday, November 3, 2012

Snippet ¦ tonight with Lee Seunggi

Hi uolllsss... Akak happy ya dpt pegi show/mini concert Lee Seunggi. Actually ni adelah fan meeting.
Kitorang gerak dari rumah akak pukul 6.30pm sebab laki akak balik lambat uollss walaupon akak dah cakap nak pegi pukul 5 lebih.

Akak sambung lenkali. Kejilah gambar terbalik. Nnt aku betulkan dulu.


Friday, November 2, 2012

Dream come true!! Lee Seunggi!

Uolls baca blog akak mesti tau akak memang gila dengan Lee Seunggi kann??

Sebenarnya akak memang feeling2 nak beli tiket konsert/show dia yang ni.

Merasa aku letak gambar extra large teros.

Tapi kan akak mampu beli yang RM158 tu ja. Tapi tu takat tengok dari jauh ja... Koserrr!

Semalam Fiza call akak;

'Weh, kalau aku bgtau aku ada tiket VIP Lee Seunggi ko nak tak?'

Terus akak jerit.

'Nakkkkkkkkk!!'

Alkisahnya, Fiza call Red fm sebab semalam Red Fm interview Lee Seunggi. Pastu malam tu diorang buat contest ka apa ka ntah, so Fiza dapat lah.

OMG. I'm so excited hokeh!

Ticket VIP yang dapat photograph and sign autograph tu. RM528.

Next step adelah bgtau Mohd Rafi since Show tu arini!!! Pukul 8pm.

So aku kena la suruh Mohd Rafi balik awal dalam pukul 5pm sebab akak nak pegi sana uollss..

Laki akak jeling2 akak sambil telepon Boss dia bagtau dia kena balik awal esok sebab ada hal.

Yuhuuuu...yabeda beduuuuuu!!! Boleh tengok Lee Seunggi!! Sambil joget2...

Terima Kasih Bang sebab memahami I minat Lee Seunggi.

Mana tak nya kalau asyik berzikir sebut nama Lee Seunggi je kat rumah..**matilaa

Cemana laki akak boleh bagi pegi?? Sebab dia pegi agenda2 permotoran dia tu pon akak dengan rela hati bagi pegi hokeh. So fair and square lah. Dia x kongkong akak, akak pon x kongkong dia.

See you Lee Seunggi!!

Birthday celebration!

Bukan akak punya birthday tapi belated birthday Pahat.

Kaedahnya malam raya Qurban tu mak akak buat kenduri.

So akak pon cakap 'Nak join buat birthday Pahat sekali lah'

Plan asal aku nak bake cake sebelum balik kampung.

Tapi kaedahnya uolllss.. akak dah tak menang tangan siapkan cookies+cake+macaron orang. Merasa cake anak aku beli sahajork di Secret Recipe.

Dah tu di hari raya Qurban tersebut akak ajak adik akak Tipah pegi Bandar Kota Tinggi cari cake. Terus pegi secret recipe. Whole cake tinggal 2 ketul sahajork iaitu choc moist cake dan black forest.

Jadi ku pilih Black Forrest.


Vaviklah.. akak nak upload gambar rak boleh kat opis nih... Keji!




iklan