Monday, June 21, 2010

Sayang, nak makan durian?? + resepi lontong

Akak nak makan durian uolllsss...

Masa awal pregnancy tu kan Mohd Rafi x bagi makan sbb mak akak pesan kat dia durian nih panas.

Ok lah... Tapi akak makan jugak. Hahahaha... Kat rumah Filla masa tuh. 2 ulas je pon. Tu pon kena bebel dgn Mohd Rafi.

Pastu semalam akak nak makan durian. Akak tanya Mohd Rafi boleh makan tak? (**guna alasan baby...bolehhh??)
Mohd Rafi kata 'Tanya mak'
Akak lurus bendul tanya mak akak. Harrammmmm mak akak nak bagi.

Setitis pon dia x bagi makan okeh. Mak akak kata nanti kembar darah masa bersalin.
Minum air tebu pon dia kata nanti kembar darah (maksudnya tumpah darah la..)

Kalau mandi malam dia kata bersaalin kembar air. **lebih kurang air keluar habes baru nak bersalin lah.. kan sakit nak meneran kalau air ketuban dah xde.

Tapi betul ke tak. Akak nan ado lah tau. Perlukah akak derhaka?? Akak pose2 nak makan 2 ulas jahh uollss.. Tapi bukan mengidam. Tapi sebab tengok durian mcm sedap jahhh..


Ok. Next!! resepi lontong. Gambar nan ado. Kat camera phone Mohd Rafi.

1. Masak nasik impit
2. Masak sambal udang or sambal ikan bilis or ayam masak merah or kuah kacang
3. Masak lodeh:

Cara2 masak lodeh:

Bahan2:
kunyit, Bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis di tumbuk halus. (nak guna udang kering pon bolehhh).
Lada merah (hiris)

Santan cair. Dan pekat. Kalau guna santan kotak letak la air dalam 1 1/2 cawan.

Udang(suka hati nak letak ke tidak)

Kacang panjang, carrot, sengkuang, kubis, terung.

Tempeh, tauhu, kentang (potong kuib dah goreng basah -jangan garing sangat. Kang jadi saambal goreng pulak)

Pucuk tahu, su un - Rendam sampai lembik.

Cara2:
Masukkan bahan2 tumbuk tuh dalam periuk. Akak pose2 tumis guna olive oil. (perlu ke bagitau??). Masukkan udang.
Masukkan santan cair.
Masukkan sengkuang dan carrot.
Bila dah lembik sikit masukkan kacang panjang, kubis dan terung.
Pastu, masukkan lada hiris.

Pastu masukkan bahan2 goreng dan pucuk tahu dan suun tu.

Jangan lupa bubuh garam.
Ajinomoto tak payah letak sbb akak gerenti sedap... Kau ado overconfident.

Senang jeh uollss... Ala2 masak sayur lemak sajork...

Cuma yang menyampah tuh nak potong2 sayur tuh bagai..

SEKIAN, CHEF ILOT yang bawak bekal nasik lemak pastu ngantok nak mampos. Gigih nih bangaun pagi2 masak nasi lemak dan rebus ubi kayu.

Budak sekolah mana ntah nih??

Imej terbaru Mohd Rafi. Jangan komplen gambar gelap uollsss... Dah laki akak memang gelap nak buat cemana.. Tak koser akak nak photoshop bagai cerahkan.

Pengsan akak tengok. Dah macam budak samseng sekolah menengah ke ape ntah. Ntah dia feeling2 apa ntah masa potong rambut tu agaknya..

Hobi akak skrg nih ade mencekik... Skrg nih pon tgh makan biskut wafer music tu ha..

Kalau kat rumah keje aku makan ice cream mat kool..

Kejap lagi balik akak pose2 nak buat ais krim malaysia lah.. Sbb nak pose2 berjimat katanya..

:- Siapa2 yang balik johor atau ada kat johor sila lah datang kenduri lenggang perut yang sebenarnya kenduri kesyukuran kat rumah mertua akak di Felda Sg Mas.

p/s : Baju kurung ada 2 3 helai yang dah x muat.

Bye!

iklan