Wednesday, December 31, 2014

2015

When hearing 2015 I become depress and stress. The clock is ticking. Worrying if I can make it there again.

Praying and hoping.

2015 please be nice to me.

Wednesday, December 24, 2014

Married to all boys family.

Yeah.. laki akak 6 org adik beradik semua lelaki.

Sepanjang 8 tahun ni, aku rasa baru 2 kali dia bg hadiah besday. Anniversary kau jangan harap. Wish pon nan hado!.

Suprise2 gift ke jangan la nak mengharap. Sekarang ni akak dah tau, time dia ada duit ko kena mintak apa ko nak. Kalau kau nak hint2 dia suh beli matilah sampai kiamat nan hado. Nanti kan ujung2 dia cakap, 'time i ada duit x nak mintak. Sekarang dah xde'. Ha gituuuuu.

Konsep akak pulak, akak tau la laki akak bukan gaji banyak. Kalau akak ada duit apa yg akak nak akak beli sendiri je. Skrg sebab akak x berkerja kena la mintak. Seperti baju nursing dress entry bawah ni. Tu akak mintak sebab susah payah beranakkan Farha. Yela...kang akak mintak henbeg pradah matila memang x dapat.

Laki kau pernah bagi bunga? time bercinta ke time dah kawen ke?? Laki akak nan hado sekali pun ya... pitammmsss!

Mohd Rafi memang bukan sweet dengan bini dia. Tapi dengan anak2 dia. Kalau keluar memang jarang la akak pegang anak. Masa pahat jugak farha ni, jalan2 memang dia yang dukung. Akak memang x pernah dukung kalau dia ada.

Baby lepas kuar hospital akak x mandikan sbb takut. Yang mandikan baby sampai seminggu adalah apak dia. Lepas tu mak aku pulak. Hahahaha. Akak mandikan selepas 10 hari.

Time makan, memang dia akan suruh akak makan dulu. Dia jaga anak. Mesti ada org ngumpat aku, bini makan sedap2 laki jaga anak.. Kennnnnn?

Kat rumah mmg selalu dia yang basuh and sidai kain. Akak tukang lipat tu pon selepas 2 mggu. Larikkk. Yang tukang sapu rumah dan kemas pun dia. Akak masak basuh pinggan jah.

Kesimpulannya lelaki yg semua adik beradik lelaki ni memang x sweet langsung. Tapi independent buat keje rumah.


Tuesday, December 23, 2014

Nursing dress/jubah

Kalau dok browsing ig sekarang ni memang tgh berlambak seller jual jubah/dress nursing ni. Bagus jugak, senang ibu2 nak bergaya sambil susukan anak. Tak payah nak selak2 baju.

Kalau dah dok browsing tu kan mula lahhh. Harus terjebak membeli. Kriteria pemilihan nursing dress bagi akak adalah;
1. Zip atau poket. Butang is big NO NO. Anak aku dah melalak meraung2 baru sempat bukak 1 butang. Howw..? So nak senang Zip je.
2. Murah.. of course la kannnn
3. Ada butik fizikal. Sebab x semua saiz universal. Kadang saiz seller terkecik.. Kadang2 saiz S terbesar. So akak cadangkan test pakai kat butik dulu
4. Selesa dan x perlu iron. Akak terbeli 1 jubah satin.. Alahaiiii x rajin sgt aku nak mengiron.

So far memang banyak seller yang ada butik fizikal dan juga ig dan website. Boleh check @calaqisha @rinasallehclothing @dreemika @mmbasic dan etc.
@feedmilk pun ada tp akak baju dia akak rasa agak mahal sikit.

Yang ni seperti akak cakap kat entry lepas. June dress from Rina Salleh Clothing. Beli masa SALE kat butik kat JB. RM100

Yang ni jubah apa ntah namanya dari Rina Salleh Clothing jugak. Beli time sale jugak RM179. Tapi malas nak iron. Jubah ni saiz S. Akak boleh pakai since pregnant 9 bulan sampai skrg ni. Bagus untuk menutup perut buncit selepas bersalin.

Ini Sabrina Dress from Calaqisha. Ni free size tp untuk pengetahuan adik aku temok yang bersaiz 'L' pakai dah macam sarung nangka. So free size dia hanyalah untuk org2 bersain S to M. FUngsi baby disitu adalah untuk menutup kecelaan perut buncit selepas bersalin. Dress ni beli time sale juga. RM100 di butik JB. Kain x perlu iron. Terus sarung sahajork.

Sekarang calaqisha tengah sale di website fashionvalet. Most items rm100. Silalah pegi terjah. Akak dah insaf nak shopping sejak debit card kena block ni. Debit card akak kena block sbb amazon fraud duit akak dalam bank. So bank block card akak. Kena unblock balik bila balik uk sbb diorg x boleh issue card baru sbb aku kat malaysia.

Speaking of UK. Akak stress sekarang ni sebab urusan transfer tak lancar. Offer letter pun x dapat lagi. Tu belum submit kat mAra lagi. Macam2 hal. Referee lambat bagi recommendation letter. Mintak surat engish requirement from sussex. Nak mintak gambar visa masa sussex. Lps tu mintak visa masa degree yang dah 10 tahun tu. Motipppp Lincoln ni nak bagi aku masuk ke tak sampai ke visa degree and passport pun dia mintak? Aku kena korek2 mana aku letak passport lama tu. Padahal masa tu visa jenis stamp je. Bukan mcm skrg.

Ni akak x tau la sempat ke x masuk uni bulan 1... Huaaaaaaaaaa....

Thursday, December 18, 2014

Kenduri akikah dan potong jambul Farha

Akak sebenarnya tak nak buat potong jambul. Aku nak buat akikah je. Sbb aku x nak leceh2.

Tapi makcik2 akak suruh buat. Aku layankan sahajork.
Kambeng tumbang 2 ekor. Sekor untuk Farha, sekor lagi untuk Lion.
Majlis memang simple2 je. X kuasa aku nak sewa2 pelamin ke buai bagai. Mana yg wajib jah.

Menu adalah nasi ambeng. Kambing tu side dish. Makcik akak masak kari keling. Pedas nak mampos.

Di hari kejadian, Farha yang susah nak tido siang tu tetiba tido dengan lenanya. Selamba je x sedar org gunting rambut dia renjis2 bagai. Miracle sgt akak rasa.

Gambar semua hasil dr fb sbb aku malas nak upload gambar.

Gambar ada lagi tapi akak malas nak transfer.

Dress akak pakai tu adalah June dress from Rina Salleh clothing. Shawl akak buat sendiri beli kain kat jakel. Gigih sgtsss... apa kejadahnya org jual shawl silk satin ni sampai 80 hengget? baik akak buat sendiri. Jakel pun tgh sale.

Wednesday, December 10, 2014

Check up sebulan.

Di sebabkan johor Ahad kerja dan laki akak cuti ahad. Kami pegi check up Farha hari Ahad lah.
Tapi...begitu ramailah manusia pegi klinik hari ahad itteww.

Eh, akak nak buat correction. Nama anak akak ejaannya adalah RANIA FARHAH. Laki akak pandai2 je pegi register tambah another 'H' kat belakang tu.

Btw, farha lahir 2.78kg, Sebulan berat dia 4.14kg. Panjang 55cm. Makin kuat nangis dan susah tido... **emak pun nangis sama.. T_T

Sabtu ni cukup dah 40 hari.

Muka pon dah kembang semangkuk. Baju new born ko tunggu sikit hari lagi x muat.

Akak dah train bagi botol. Alhamdulillah dia nak. Masa Pahat dulu macam hapa nak bagi botol. Berperang dulu baru nak.

Akak nak tya serious ni. Sapa2 ada kat johor weekend akak nak jemput ke majlis akikah farha.

Akak plan nak bake congo bars dan brownies utk majlis tu nanti.

Ok byeeee.

Friday, December 5, 2014

Bayi kuning jangan bagi benda merepek!

Uols pantang bersalin ada tak orang dok sibuk2 bagi nasihat seperti:

'Nak bagi turun kuning mandikan dengan daun senduduk atau daun dukung anak'

'Baby bagi minum susu kambing nak elakkan kuning'

'Baby bagi minum air buah kundur  elakkan kuning'

'Ibu makan ubat C** nnt anak kurang kuning. Baby mandikan dengan air C**'

'Kenapa baby asyik nangis je. Masukkan lah dalam buai senang'

'Bagilah baby air masak'

And many more.....
Konsepnya orang2 itu kalah Doctor kannn??

Sebenarnya nak elakkan dr jaundice atau kuning kau tak payah makan benda merepek2 konon2 breasfeed nanti turun ke baby minum. Whatttt????
Yang penting lahir2 je terus kerapkan breastfeed. Hari ke 5 dan 6 paling crucial. Menurut nurse hari tersebut adalah hari puncak jaundice naik. Jadi hari ke 4 tu breastfeed sejam sekali. Jangan bagi baby tido. Jangan baby kau tido kau pun ikut tido lama2. Oppsss.

Hari 1st and 2nd mmg susu x keluar banyak. It's normal. Teruskan breastfeed. Hari ke 4 5 biasa susu dah banyak.

Akak xde amek suppliment apa2. Cuma minum air banyak2 je. Lagipun baby girl x minum banyak sgt compare to Pahat dulu.

Tu je tips akak utk elakkan jaundice. Yang penting kerap susukan anak sebelum hari ke 5 dan 6. Sebab kuning tu akan keluar melalui air kencing dan najis dia. Alhamdulillah, dua2 anak akak takde jaundice.

Now akak nak tanya sapa ada tips untuk tidokan anak dengan cepat supaya kau boleh buat kerja lain dan kau boleh tido mencukupi???

Sila share.

Thursday, December 4, 2014

My second star

Hi....fuh..fuhhh
akak kembali membersihkan sawang!!
Ala uolll...laptop akak rosak balik baru je seminggu amek dr service centre batery problem balik. Hanjjj lenovo service centre. Dah la akak bayar mahal tukar motherboard segala. Very the membazer duet aku. Ini pon tetiba batery laptop akak cepat habes. 30 menet dah kaput.

Sakit pulak hati kitewww... Nak beli laptop baru xde budget puiler.

Well... rumah Kak tipah dah ado streamyx. Dia nak amek unifi tp kawasan rumah dia kat ulu tiram nih nan hado coverage katanya... Terpaksa amek streamyx.

Well uolsss... Akak dah bersalin anak ke 2. Setelah overdue 3 hari. Baby girl bernama Rania Farha keluar pada 4 november 2014.

Akak sakit bersalin malam 3 nov tu. Masa tgh baca2 buku cerita dengan Pahat. Sekali je keluar darah. Tapi x sakit. Pukul 4 pagi dah sakit selang 5 menet tapi tak strong. Kejut adik aku temok pegi sepital.
Check bukaan dah 3cm. Tunggu sampai pukul 8 baru 4cm. Oh my!! Pastu diorg sumbat akak dalam labour room.

Lepas tu uollsss... Akak sakit nak mampos sampai pukul 1 tu baru 5cm?? kau mampoooooo?? Yg tu doc tu kata contraction baru 3 in ten. Dia nak 4 in ten untuk deliver. Pastu dia masokkan ubat induce kat tangan. Dan pukul 2 akak mintak ubat tahan sakit cucuk kat peha/

Membantu kah ubat tahan sakit?

TIDAKKKKK ye.  Sapa2 yg nak bersalin tu tak payah feeling2 amek. Sakit sama je. Lepas tu kau ngantok di labour room how?? Sampai laki aku kena tampar2 pipi aku suh bangun. Bolehhh??

Lepas pukul 2 tu sakit dah kuat. Tapi baru 5cm bukaan. Matilah!!. Dekat pukul 3pm, MO masuk check bukaan dah 7cm. Dia try bukakkan jd 9cm. Lepas tu dia suruh try teran tengok. Lepas tu dia kata boleh try teran sekarang. Alhamdulillah 2 kali teran Farha pun keluar. Terus akak rasa lega. MO letak atas badan.

Farha keluar 2.78 kilo, 50cm. Normal.

Hei...kau jgn hingat lepas bersalin tu dah lega. Dah xde sakit2 dah.. Kat Hospital Sultan Ismail(HSI). Awasss ye... Lepas bersalin dia korek bawah tu tengok ada tear ke tak. Dia seluk lagi sampai aku tepis tangan Doc tu. Pastu doc lain pegang tangan aku. Seluk tu sakit ya.... Pastu jahit koyakan. Akak koyak sendiri sampai vontot. Eh, padahal aku xde angkat vontot pun masa teran.
Jahit tu pon sakit uollssss...

Pukul 6 baru dia bawak naik ward. Mohd Rafi dengan adik beradik akak teros dtg melawat. Kau la yang paling kecoh kat situ kannn?

Naik2. Adik akak bagi roti dengan air. Sebab dari pukul 4 pagi malam semalam sampai ke pukul 6 petang esoknya akak tak makan apa2. Masok labour room x boleh makan konsepnya.

Lepas tu akak tukar pad and baju dlm toilet sbb baju penuh darah. Dannn bammmm! pitam kat luar toilet. Nasib baik laki akak ado. Dia tolong angkat akak dengan temok.

Esoknya pukul 12 dah boleh balik. Tapiiiiiii
Sebelum tu doc seluk lagi.. Adoiiiii akak nak pitammmmm bersalin kat HSI. Asek kena seluk je.

Alhamdulillah. Farha breastfeed dari hari pertama 2 jam sekali. So xde kuning. Hari ke 6 nurse datang rumah suruh pegi klinik check. Bacaan 4.8 so xde kuning.

Arini Rania Farha. Suka hati korang la nak panggil Rania ke Farha ke.... Dah sebulan.

Comparekan dengan Pahat. Bersalinkan Pahat sangatlah senang uollss... pukul 10ketuban pecah. Pukul 12 masuk labour room. Pukul 2 dah beranak. Jaga Pahat pun senang nak mampos. Sumbat susu tido lah kau. Kadang2 goyang2 sikit dah tido. Dia minum susu sampai kering breast x sempat nak pump.
Yang Farha ni, susu tak boleh bagi lebih sikit. Nanti dia muntah. Tak boleh angkat lepas menyusu. Muntah jugak. Lepas tu susu sikit2 jah. So akak malam2 kena pump kalau tak breast bengkak. So hari2 pump dapat la 4 to 5 oz. Ada yang aku kena buang sbb fridge x cukup space. Yang lain sumbat kat rumah akak aku sebab fridge dia besar.
Nak tidokan Farha pun masyarakatttttttt nak tercabut kaki tangan aku goyang2 tepuk2. Tido kejap pastu bila letak atas tilam bangun melalak. Pitammm mak uollsss!!

I guess kau beranak dua2 memang x sama. Mungkin anak lelaki dan perempuan berbeza??

Sekarang ni akak pantang sorang2. Masak sendiri. Basuh baju sendiri. Kalau sempat makan. Kalau x sempat kau makan je apa yang adoo sebab Farha ni sensitive. Pahat dulu kau lenjan je. Bising pon dia tidoooo. Minum susu pastu tidooo.. Senang gila jaga dia.

So. akak restlesss jaga anak pompuan ni haa.

So ni gambar Farha sehari kat sepital

Ni gambar 10 hari


Gambar lain2 akak malas nak upload. Giituuulah perangai akak kannnnn???

Ok. Dah. Akak nak makan sebelum anak aku bangun.

Eh, btw, sesiapa ada kat johor 14/12 ni dijemput datang majlis akikah dan kenduri Farha di kulai. Nanti akak bagi alamat sebab akak pun lupaan alamatnya.
Sila msg akak 0197369763. message sahajork. No ni xde whatsApp. Atau sesapa ada no whatsApp akak boleh je whatsApp.

Sesapa nak order choc chip cookies. Lepas pantang akak bukak balik. Sbb akak dah mesken kena la berniaga balik. Hahahaha

ok. See you soon!

Friday, October 24, 2014

Hi. I'm back!!

Halooooo uollss
Akak kembali.

Laptop baru betul. Lepas tu rumah adik akak ado wifi. Baru boleh berinternet. Kalau setakat guna internet mobile memang menyaketkan hati akak. Memang sakit hati kitewww kejap ado kejap nan hado. Nak loading gambar from whatsapp pun setaon baru siap.

Well, balik malaysia ni disebabkan laptop akak menjadi gila tak boleh charging. Kerja2 research pun tergendala. Padahal aku pon pemalas. Matilahhhhhh!!

Lebih2 lagi nak beranak dah ni. Yang rajin adalah hari2 buat roti, buat puding lah, buat choc chip lah buat kek lah. Kau hadoooo??

Pastu kerja merayap je ke sana sini.

Tapi ni haa dah 39 minggu tak bersalin lagi akak. Howwww??

Pahat dulu 38 minggu dah keluar. Ni pun doc kata perut hakak tak turun lagi. Kepala pun x engage lagi. How nak beranak????

Eh, lepas 36 weeks akak tukar check up kat swasta. Sbb kaedahnya akak x larat tunggu lama2. Lagipun akak dah pindah rumah adik akak kat Tiram. So akak check up kat klinik swasta sahajork for a piece of mind okeh.
Takde lah aku saket hati bertuku tangga di klinik.

ok. Bye. Kalau rajen akak hupdate lagi.

Tuesday, August 26, 2014

Fenatttss

Aiyohh uols balik2 malaysia Adik Mohd Rafi kawen.
Pitam penats

Pastu pegi check up kat klinik Felda ni. MasyaAllahh lamanyaaa pitammmmsss.

Tapi yg bagusnya dah ada mesin scan. Blood pun terus dpt result. So ok la x yah tggu2.

Nurse pun baik2 and muda2.

Tapi bab menunggu tu mmg x tahannnnn.

Urine akak kotor uols sbb hari sebelumnya melantak air manis je. Air masak x minum langsung. Rasainnnn

HB low as expected tp kira ok lagi 9.2. Time ngandungkan pahat HB aku 7 okeh. Itu pon makan ubat bertong2 tp nan hado naik. Ni akak x makan ubat apa2 langsung.

Placenta still low. Baby songsang. Tapi still ada masa dia nak betul balik. Berat baby masa check up adalah 1kg++

Balik malaysia kemahen lagi melantak kennn?
Esok test MGTT. Kena puasa. Venci nyahhhhh

P/S : akak open order choc chip. Sapa nak email atau msg akak.

Wednesday, July 30, 2014

Raya di perantauan...

Kemahen lagi perantauan katanya...

Yeay!! tahun ni akak berjaya puasa penuh walaupun penuh dugaan dan cobaaannnn... Ye la uollss time ko balik jalan kaki dari opis dengan cuaca panas kering, sampai rumah memang rasa nak buka puasa yaaa..

BTW, ni bukan kali pertama akak beraya kat UK. So xde la apa2 yang pelik ataupon sedih sangat. Walaupun x semeriah mcm beraya masa dekat Surrey, tp akak ok jahhh..





Hari jumaat tu akak gigih pi city centre beli ayam pencen sbb nak masak rendang. Tapi kekdahnya akak malas nak tunggu ayam tu lembut. Akak pun pi la rebus dulu. Pastu kekdahnya akak biar dlm periuk 4 jam dengan api perlahan. Tup tup tgk daging dah bercerai dr kulit yaaa.

Hari ahad tu baru masak rendang pastu haroslah hancorrrr... Maka jadilah rendang serunding. Malas dah akak nak layan. So sebelum buka ahad tu akak dah siap masak ayam masak merah. Kuah lodeh. Kuah kacang. Rendang serunding tuuuu. Puding koktail dan congo bars.

Lepas buka baru masak rendang daging. Lepas tuuuu teros lepakkk sbb masak banyak2 sorang2... Matilahhh




Nampak x hidangan raya akak?? Ado kerepek pisang cik sha bawak 1 telap besar. 1 hari dah habes dikerjakann. Ada jugak peanut butter choc chip cookies. Puding koktail dalam fridge. Yang hujung tu congo bars.

Ni gambar raya family kami. Baju memang color lain2. hahaha... Mak akak nak pos baju raya akak kata x payah sbb akak dah nak balik, x yah bazer2.

Untuk pengetahuan, ni kali pertama ya MOHD RAFI pakai samping sepanjang raya dengan akak. Ntah kenapa buang tebiat pakai samping pulak.

Ni gambar tetamu. Yg baju oren tu andrew, Malaysian chinese. Steve omputeh tu. Dan Mai from vietnam.

Diorg makan rendang serunding akak tu diorg suka ya. Pitammmmss.. Siap tanya resepi. Matilah koser akak nak bgtau sah2 rendang emak x jadi.

Steve tu bawak air gas berbotol2.. Mak aih. Kitorg jenis x minum air gas sangat so derma kat org2 lain. Ni pun ada lagi 3 botol.

Lepas semua balik. Kami pi melawat kak mas yg baru bersalin tu. Untuk pengetahuan dia hampir die on table lepas operation sebab bleeding yg melampau. Tapi alhamdulillah dia survive. 2 minggu jugak la kat spital tu.

Lepas tu akak pi jumpa midwife untuk check up kali terakhir di UK dan mintak surat 'safe to fly'. Nasib baik dengan midwife free je. Kalau dengan GP kena bayar GBP35. Koserr.

Dah settle semua kami ke OUTLET!!. Pegi Gunwarf Quays Portsmouth. Padahal dah x tau nak sumbat mana barang2 aku shopping tu. Beli henbeg clark utk mak dgn adik aku. Pastu beli kasut timberland.

Akak suh adik akak tunjuk kat mak akak beg Cath Kidson sbb tengah sale kat outlet. Tapi dia x nak uolss. Katanya beg pesen cina2. Matilahhh... Akak tunjuk beg clark dia nak. So akak belikan jahh

Balik rumah, packing barang sampai pukul 2pagi.

Esoknya akak nak pitammm. pinggang rasa nak tercabut yaaa. So raya ke 2 akak rehat2 dirumah sahajorkkk. Makan pun lauk raya pertama.

Last skali, gambar Afiq and Mohd Rafi. Dia pi beli juice sempat lagi berphotoshoot. Patutlah lama akak tunggu.

Sekian, raya akak.

Saturday, July 26, 2014

Finalize.

Tiket dah beli.
InsyaAllah lepas raya baru balik.

Actually kalau nak balik esok pun bolehhhh. Tapi the cheapest ticket yg ado lepas raya. So after raya it is.

Tadi dok try baju kurung bawak masa dtg uk aritu. Nasib baik muat la kann.. Kalau tak kau pakai lah skirt dgn blouse jah time raya.

Masalah akak adalah, time akak fly tu akak 27 minggu pregnant. Perlu kah surat doctor?

Akak baca after 28weeks kena ada surat doctor. 27 weeks??? Ada sesiapa tau?

Di sini akak nak ucapkan selamat hari raya. Maafkan salah silap akak....

Yeayyy!! lagi 2 hari je nak puasa. So far x pernah ponteng lagi. Walaupon balik dari opis jalan kaki kau rasa mcm nak buka puasa tp belum tergamak lagi nak buka.

Bye, InsyaAllah... see you in Malaysia in a couple of weeks!!

Thursday, July 17, 2014

18 hari puasa...

Dah 18 hari puasa. Alhamdulillah akak xde ponteng walaupun sehari. Masih gigih berpuasa dan pregnant.

Dah officially withdraw from current uni. Sebab sv nak pindah Lincoln. Sebab withdraw awal adalah.

1. Akak dah habes annual review
2. Sv akan cuti bulan 8 sampai 9. And masuk uni baru bulan 10. Jadi sangatlah membazir waktu aku duduk kat sussex lama2 sedangkan SV nan hado
3. Sebab nak deliver baby bulan 11.
4. Kontrak rumah habes ujung bulan ni. So x kuasa lah nak sambung bayar sewa rumah kalau saja2 je duduk.

So, akak decide sementara tunggu proses transfer, akak akan balik malaysia. Sedang kumpul duit tiket flight lagi. Kemungkinan besar pertengahan August. Akan register semula di Lincoln pada bulan January.

Akak harap segala urusan lancar. Sebab banyak benda kena uruskan. Akak rasa serabut.

Lebih2 lagi sementara kontrak rumah habes dan tggu waktu balik. Akak serabut nak duduk mana. Ada akak kat sini offer duduk rumah dia. Tapi akak segan lah pulak sbb rumah dia 1 bedroom mcm rumah akak nih. Pastu ada husband dia. And akak tu nama dia kak Mas, baru je lepas melepasi waktu2 cemas deliver baby twin. Pahat nanti bising takut kacau baby twin tu nak tido.

Pening pulak akak memikirkannya.

Kalau boleh x mo susah kan orang..

Bye.

Sunday, July 6, 2014

Summer! When everything is cheaper!

Nah.... Akak dah mesken.... Nak beli tiket flight lagi kannnn?

Pitammm tgk sale sana sini. Ada sesiapa cari airfryer?

Tgh SALE. RM650 including shipping to Malaysia. Sapa nk kirim kena byr full okeh. Sbb akak nk stanby beli tiket flight.


Lepas tu kitchen aid pun sale. Uk spec x perlu transformer2 bagai. Boleh terus masuk je kat socket malaysia.

Aritu aku dah menggila shopping kat mothercare. Jenis pulak mak subscribe notification email mothercare kennn? Sale 70%. Dress chantek2.

Pastu pi deliver kat store sbb akak malas nak bayar delivery cost. Ada pulak clearance disitu. Aku dengan yati la dok menanguk cari baju. So dapat lah dress and baju sepasang dengan seluar 60pence and 70pence.
Keluar mothercare plastic kiri kanan pegang. Pitammmmss

eh. Btw 60pence tu lebih kurang RM7 kat malaysia.

Tu pon tujuan masuk mothercare nak beli baby carrier brand mothercare. Kalau x silap GBP19.90 harga dia. Tgk kat website macam memenuhi ciri2 keselamatan. Tapi masuk tgk sale terus lupa. Howwwwww??

ujung2 aku x beli lah.

Cosider jugak nak beli mothercare bottle warmer sbb murah, GBP9 sahajork. Tp x tau ok ke tidak..

Kesimpulannnya summer adalah di mana duit kau keluar secara tidak sengaja. Pitammmsss

Thursday, July 3, 2014

Pregnant dan puasa 19 jam. Perfume for sale!

 Nampak?? lepas annual review terus relax2 suka hati mak pak kauuu... Haha...

Dah 4 hari kan puasa?

So far akak ok je puasa 19 jam time summer ni. Xde apa sgt. Time management sgt2 penting.
Buka pukul 9.30pm. Lepas tu tunggu isya pukul 11.30pm. Lepas tu MESTI terus tido sbb bangun sahur kang pukul 1.45am. Kalau tak memang kehausan lah di hari tersebut.

Akak rasa ok jah puasa. Yang tak puasa ittew semua alasanmu exist okehhh.

Sebelum puasa akak masak sambal tempe ikan bilis nih. Pastu bagi kat afiq dengan kak mas, sbb kak mas yg bagi kat aku ikan bilis tu. So berbagi rejeki org kata.
Tapi diorg kannn 2 hari dh habes makan. Pastu suh aku jual pulak kat uni tu.

Akak punya pun dekat nak puasa tinggal sipi2 je dalam bekas tu. So buat lagi skali sambal ikan bilis kentang and kacang pulak.

Hari ke 2 puasa kami buka ramai2 kat rumah.

Semua tu akak masak kecuali siakap sweet sour yati bawak. Ada nangka masak lemak. Nangka dalam tin sahajork. Ikan mackarel asam pedas. Ayam goreng berempah. Donut and karipap.

Akak keboringan tunggu waktu berbuka lama sgt. Jd aku pi la buat donut. Karipap tu memang dah ada frozenkan.

Hasil dr buka beramai2. Akak kekenyangan mcm dugong. Lepas isya; tido lepas tu kaedahnya sahur pon ke laotttt.. Nasib baik aku jaga pukul 3 solat subuh. Kalau tak, kelaottt jugaa

Boring lagi akak buat german cookies lagi sekali. Cookies ni senang gila nak buat. Aritu time bbq dh buat. Ni buat lg skali. Yg aritu dok guna butter lesecure yg ni guna anchor. Yess.. butter lesecure tu lagi sedap. Rasa milky sgts.

resepi sila lah google. Bersepah dan senang gila nak buat. Akak gantikan potato flour dengan corn flour.

_____________________

Next!

Perfume sale dtg lagi!!

contohnya perfume dibawah,


Elizabeth Arden. Provocative Interlude.
100ml for RM100 sahajork. Original yeeee.... bukan gred dubai ke gred AAA ke

Siapa nak atau mencari perfume2 lain sila email akak ilotshikamaru@gmail.com
atau whatsapp.



Wednesday, July 2, 2014

Annual review. The day!

Hah.. akhirnya sampai ke 4th draft aku buat correction annual review report. Padahal baru 1st year.  Dah mcm nak buat thesis.

Tapi last2 aku hantar je kat interviewer iaitu sorang 2nd supervisor, lagi sorang lecturer yg ala2 dalam bidang aku jugak la. Sebab esoknya terus nak interview session. So the day before interviewer patut dh dpt report aku untuk dibaca.

Itu pon sv aku dok check lagi report aku untuk dicorrect. Dia kata for the future.

Interviewer akak sorang chinese sorang british. Yg chinese tu just tya soalan2 biasa je. Macam plan. Graduate dari mana. Experience kerja. and educational background.
Yang briton tu mamposss yaa.. Tanya soalan technical. Dia jumpa pulak flaw kat report aku iaitu aku salah letak tahun,

Yang lain2 dia komen report akak too technically detailed. Sepatutnya ltk banyak lagi introduction sbb reader x berapa paham tetiba aku masuk banyak sgt technical. Apa tak nya sv aku siap suh masukkan preliminary result segala. Modelling. Sebenarnya x perlu. Diorg suh letak basic literature review banyak sikit je.

Takpe lah, kang tulis thesis akak masukkan basic pastu copy paste semua. Matila kannnnn...

At last. Diorg bagi lulus. Haha. Sbb dia kata akak dh tau apa akak nak buat dr report akak tuh. Interview makan masa 60 menet. Kau mampoooo dh macam nk viva pon ado. Tapi viva kena present. Ni x payah present.

Ada certain question tu akak x berapa igt nk jawab. Akak tanya 'can i look at my notes?'
Interviewer tu teros jawab. 'No...'

Matila kannn... So akak jawab apa yg akak igt and basic je. Nasib lah.

Yg penting, dh lepas lega lahhh

Nak kena uruskan transfer uni pulak. Peninggg lagi sekali.

Friday, June 27, 2014

SV pindah uni. Serabut kepala otak aku!

Yess... SV akak nak pindah uni uollss.
Akak kena ikut pindah sekali, sebabnya dekat sussex ni mmg xde sv yg buat research yg sama. Kalau akak stay akak kena cr sv baru and buat research baru, and start all over again.

So I decided to follow my SV to new uni.

Tapiiiiii bukan semudah tu ya pindah. Step banyakkkkk:

1. Make sure contact sponsorship. Make sure diorang bagi. Dalam hal ni mara bagi, cuma diorg kata processs lambat gila, dalam 3 bulan.

2. Withdraw uni sekarang.

3. Apply uni baru as transfer student.

4. Reapply for visa.

Adalah diingatkan ya... reapply for visa gunakan duitttttt. Tambah akak nak beranak ni. Haroslah 4 kali gandaaa... Pitammm tak?

Tambah pening, akak ni duduk university housing. Contract habes 1 august. Akak x boleh renew contract kalau x register full time next term. Takkan la aku nak sewa rumah kat luar. Oiii mahalnya.

Peningggggggg!!!!!

Tuesday, June 24, 2014

Summer sale.

Akak nk bgtau, aritu kan Pandora tgh SALE 70%. Akak pikir2 lah nak beli ke tak. Lepas seminggu akak nak beli dah SOLD OUT.... **nanges tepi PC.

Lepas tu akak suka lah time summer sale ni. Time tu la aku memborong barang baby. Amboiiii nampak pink je semua. Laki akak sound,
'Aik, takkan semua beli color pink. Beli lah color lain. Kang kuar tetiba lelaki'

Takpe.. akak percaya kata2 sonographer tu. Iaitu akak membawa baby girl.. Larikkkkk.

Lepas tu kan Pahat feeling2 barang sampai aku beli online kat rumah tu semua barang dia. Bath stool baby tu pon dia sibuk dduk dalam tu. Akak perati je takut patah. Akak kuarkan stroller pon dia menyibuk masuk dalam tu. Padahal kaki dah terkeluar2 gitu ada hati nak naik.

Oh, btw, barang akak shipping 16/5 aritu dah sampai hari jumaat!. Pantas jugak. Kena tggu kastam clearance pastu dia akan hantar ke rumah.
Next shipping untuk sesapa yang kirim barang kat akak adalah 11/7 ni tp collection from shipping company adalah 28/6 ni. Jadi korang berdoalah semoga sampai malaysia cepat.

Tapi kannn time summer sale ni, akak hari2 lah dpt email notification sale. Pitammm nakkkkk!!. Tapi kaedahnya ujung2 sale Baju Pahat jugak yang aku beli. Padahal maternity pant pon akak xde. Menyampah tau uollss susah nk jumpa straight cut maternity pant. Balik2 boot cut atau skinny.

Peha aku dh macam kayu balak nak pakai skinny amendanya. Aritu akak beli bootcut sbb murah. Tapi bila aku pakai buruk. Dah la ASOS hantar salah saiz. Aku mintak saiz 10 dia bagi saiz 12. Aku malas nak return balik. Tggu kang dah 8 9 bulan akak pakai.


Monday, June 23, 2014

Preorder ! Avent Breastfeeding set (breastpump set)

RM550 per set sahaja. (RRP untuk breastpump sahaja RM899)

Dalam kotak termasuk:

1 single electric breastpump
10 storage cups with lids and 2 adaptor
1 ribbon bra clip
1 natural feeding bottle and teat
12 day breast pads
6 night breast pads
2 nipple protectors
1 moisturizing cream
1 easy to carry pouch

ETA : insyaAllah August (menurut shipping company)

Deposit : RM250
Nanti barang sampai baru bayar selebihnya. Once deposit paid consider sold, sapa yang cancel deposit kira burn okeh.

Order before 31st May, mengikut pada stock availibility. Stok terhad! 

Siapa Cepat dia dapat! 

Email : ilotshikamaru at gmail dot com
atau
whatsapp only  018 2807586 (sorry ye number ni mmg x boleh call and message, cuma boleh whatsapp sahaja)

p/s : kalau ramai order insyaAllah akak guna air freight, so cepat sikit sampai. Dalam 2 mggu. Kalau x ramai akak guna shipping laut lah uolls.

Tuesday, June 17, 2014

20 weeks detail scan

Musim malas buat correction telah tiba. Larikkkk! Mentang2 la sv cuti kennn, kau pon sama malas.

Semalam pegi hospital, scan 20 weeks.
Bawak Pahat sekali naik bas.

Pahat ok je, Behave. As long as dia x nampak budak2 baya dia, dia diam je. Kalau dia nampak mula la dia sibuk jd peramah ajak main.

Appointment 1.25pm. Tapi akak sampai lambat uolss sbb time summer ni jadual bus dh lain akak x tau pkl brp bus pi hospital tu sampai.

Sampai pukul 1.35pm. Tapi xpe pun sbb selalu turn mmg lambat 30 menet. Pi register, pastu Pahat duduk diam. Pastu 1.50 sonographer panggil. Masuk bilik scan.

Dia tanya, 'Do you want to know your baby gender?'

Akak jawab,' Yes please, if u can see it'

So mula2 dia check otak. Pastu check heart.
 Btw, Pahat excited gila dpt tgk baby scan. Haha...sampai ke rumah dia tunjuk perut dia ada baby. haha

Kidney, ok. fingers, bone semua ok. vessel cord. ok.

Sebab ni scan detail, amek masa sikit. Dalam 40 minit. Tambahan lagi baby x reti duduk diam. So sonographer tu x dpt view yang tepat, so dia kena dok pusing2 berapa kali.

Kesimpulannya dia scan beberapa kali dia cakap, ' Oh, i can see your baby's gender. Can u see it?'

Aiyooo mmg la akak x nampak kaedahnya.

Tapi dia bgtau, 'It's a girl !'

Pastu cakap kat Pahat, ' U r going to have a sister'

Pahat dia gituuu je lah. Dia bukan paham sgt.

Overall everything was fine. Cuma plasenta kebawah sikit. So dia suh dtg scan lagi on 36 weeks.

Akak request print gbr baby, tp sonographer tu x dapat gambar muka yang cantik. Sbb baby x duduk diam. Keje bergerak je. So dia print mana yang termampu and bagi free je gambar tu. X yah bayar. Hahaha...

 Gambar baby sedang mulut ternganga. Bolehhhh???

Now i know it's a girl kannn, apa lagi, balik rumah bukak website mothercare cari baju pink. H&M kids pon baju chantek2... Amboiiiiiiiii

Sunday, June 15, 2014

Summer Sale.. amboiiiiii....

Uollss summer sale dah start pitamm akak tgk website2 segala.

Paling best ni ha... PANDORA sale 70%

http://www.republicofjewels.co.uk/

Uolls tengok lah...kot2 berkenan, iols boleh belikan. Boleh email and whatsapp kat no entry breastpump. Kalau nak barang avent selain breastpump set tu pon boleh email or whatsapp iols. Nnt akak quote harga. Mmg confirm murah dr malaysia uolls.

Esok hari bapa kannn? Korg nak tgk kad hari bapa Pahat??? Pitammm akak tengok.

Tak berjenis kad dia. Xde konsep. Aku tgk anak org lain buat elok je. Anak aku punya giiiiituuuuuuulahhhh!!

Speaking of annual review report lagik. Sv akak return correction report akak. Ada la kann kena tambah and suh tukar structure. Dia kata, tambah jadi 40pages. Aiyoooo akak baru tulis 23 pages tu ya. Lepas tu dia ajar cemana nak jawab kalau interviewer tanya masa annual review tu. Siap bagi template jawapan. Kelllasss sv aku.
Kawan akak yg lain sv ala2 dont bother ya dgn report kauuu.. Kau hantar jelah apa kau tulis konsepnya.


Lepas tu dia kata suh tulis conference paper submission date 15 November kalau akak nak ikut dia pi Asian Control Conference kat Sabah 31 May 2015, tahun depan.

Eh, mesti lah aku nak ikott... Sah2 akak nak balik sekali. Sambil menyelam minum air. Tapi part tulis conference paper tu....Opppppsssss!!

Ah, yg penting, settlekan annual review dulu. Pastu baru fikir conference paper.

Sapa nak beli breastpump set silalah cepat, sbb harga murah stok pon limited uollss... And sbb ni preorder, ujung bulan August baru sampai. Korang jgn berzikir hari2 pulak tya bila nak sampai... Larikkkk!!

Byeeeee

Wednesday, June 11, 2014

London again!

Baru siapkan correction. Lambat sikit sbb akak kena baca semua thesis balik and cari balik journal2 ntuk tambah dalam tu.
Bagus la jugak so ada lebih pemahaman disitu.
Yang menyampahnya akak tulis guna Latex, pastu dia dok la ltk figure semua kat last pages. Dah betulkan bila run pdf sama jugak. Sudehhhh akak dh malas nak betulkan akak anta je kat sv.

Speaking of sv, sv kawan akak kan x check pon report dia. Sv dia kata, report dia sv x nak masuk campur. Hantar je lah apa dia tulis tu.

In the middle of sibuk siapkan correction, akak sempat la pegi London ari ahad beramai2. Beramai2 tu penting sebab tiket murah bila pegi dgn group. All day pass termasuk tube n train GBP9.90 sahajork. Kalau bukan group GBP21. Koserrrr

Matlamat asal pegi makan je pon uollss... Tu memang matlamat kitorg. Lunch pi Tuk Din.

Makan untuk 6 org 2 children, GBP120. Mahal sikit lah TukDin. Ada lauk yang sedap ada yang x sedap.

Ahli rombongan. Nampak??

Pastu pi London Eye, ahkak dh pernah pegi tp ada akak sorg lg tu x pernah. So kami bawak la dia. Cuaca di hari kejadian panas gila okeh!

Jadi akak x kuasa nak berjalan, biar je diorg jalan2 merayau kemana2. Akak duduk bawah pokok.

Ni pon kulit akak dah berbelang. Akak nak kena beli sunblock. Penat akak putihkan kulit time winter.

Lepas tu pi Oxford street. Saja jalan2 cuci mata. Walaupon duit nan hado!. Akak and yati masuk lah Selfridges saja survey2 harga. Hampir semua kedai high end kami masuk and try. Dior je x sempat masuk sebab dah nak tutup.
Sempat tengok2 kasuk Valentino studded tew. Yg org dok beli. Elehhh x delah best sangat. Ujung dia keras. Kalau kaki aku yg kembang ni pakai nescaya jalan 100 meter dah melecet.

Try kasut chanel. OMG. Selesa gila okehhhh. Nanti akak kaya akak feeling2 nak beli kasut chanel 1.

Ni je gambar menetry yang ado. Ihsan dari Yati.
Ini ada lah beg prada. Harga GBP1430. Color ijau akak suka. Tapi nan hado lah nak beli. Baik aku bayar sewa rumah gituuu.

Dress akak tu from GAP. Beli kat outlet je. GBP14. Murah uollss.

Lepas jalan2 kat Oxford street sampai kedai tutup kaedahnya. Kami pegi makan kat Bonda Cafe pulak, still kat Paddington. Sini murah sikit compare to TukDin. Tapi ala2 warung gituuu.

Balik singgah KFC halal tapau chicken wing. Balik rumah menyesal beli 10 ketul je. Dah la sedap. Berebut dgn Pahat pulak makan.

Pahat kan, akak dgn Mohd Rafi tido dia makan ayam. Pastu dia dok minum air dgn fresh milk dia habeskan. Lepas tu dia tido. Apa pon x boleh.

Esoknya isnin kepenatan ya amatsss. Sakit kaki sbb feeling2 berjalan mcm org sihat. X sedar diri mengandung. Jawapannya x pegi la opis. Pahat pon pnteng nusery.

_____________________________________________

Ingat tak pokok Dafodil yang sekolah Pahat suh tanam? Dah besar okeh..

Tapi belum kuar bunga. Preschool dia dah email suh submit journal dia. Alooo cemana nak submit pokok tu x kuar bunga lagi. Malam ni kang emak print semua gambar2.

Bye. Nak kena pi seminar pulak.

Wednesday, June 4, 2014

Annual Review again!

Hah, website baru update last week, kena tulis 10k. (tak tau la kalau dh lama ada tp aku x perasan). Yelah sv akak pon baru je masok sussex tahun lepas. And akak 1st phd student dia kat sussex ni so dia x berapa tau sgt. Dulu dia kat Loughborough xde konsep2 annual review report nih.
Actually memang certain uni je yg ada. Cik sha kat Birm xde. Untong lah.

Tapi bagus jugak ada annual review ni. At least ko tau berapa banyak dah kau buat.

So minggu lepas akak pulun ya siapkan report. Sampai ke sabtu ahad pon aku dok mengadap. Sampai x sempat masak Pahat akak gorengkan wedges je. Dah petang sikit baru akak masak. Pastu mengadap sampai ke malam.

Sebab target akak masa tu akak nak siapkan 1st draft before 1june. Sebab akan ada 2nd draft and so on untuk correction and penambahan. So better siapkan 1st draft cepat. So isnin pagi email kat SV 1st draft. Actually x cukup 10k pun. Cuma ada 17pages. Sbb akak nak elakkan masukkan benda yg aku x tau dan merepek xde kena mengena. Dan juga nak elakkan report meleret dh mcm nak buat thesis. I swear, bila aku buat thesis aku copy paste je literature review dlm report nih. Ha, keje nak senang je kan?

So, lps antar report akak teros shut down ya... Dengan email semua aku x bukak. Selasa aku cuti suka2 hati. Matilahhhh...Sbb nak rehatkan otak. Macam kau buat kerja byk sgt... Tp ini perlu ya untuk mengelakkan kau stresss... Gituuu padahal yg terlebih rehat tu kau x kira.

Td pagi dtg opis jumpa la kertas bawah pintu.

Correction sv bagi. Pastu check email rupanya dia suh dtg jumpa semalam pkl 9am

Padahal semalam aku dok cuti suka hati. Matilah kauuuuu.

So komen dia adalah,
 'indeed the report requires quite a number of changes and updates- it is a good attempt at this point but needs enhancing. I would also like you to add your "input" to the work compared to what is available to date.'

Tu yang color2 merah tu dia suh tambah2 sikit. Pastu buat section. Banyak la jugak kena tambahnya.

Banyak lagi kena baca. Oh. Peningnyaaahhh.

Wednesday, May 28, 2014

Hot-hot chicken Shit sgtss

Haish... simulation akak dh siapkan. Tapi preliminary la. Belum imply to real model lagi. Masaalah akak adalah,
Akak begitu malas untuk mengarang.
Dah la grammar tunggang langgang.

Nasib baik la Latex ada template siap2 untuk conference paper.

Eh, aku jumpa member phd from iraq. So tya dia brp words kena buat. Dia kata 10k. Biar betul? Tanya lagi sorg member dia kata xde specific template. Depends pada sv.

Pening kepala hotak aku. Dalam website xde pon tulis kena brp words. Whatever. Akak ikot cakap sv sbb sv yg bg markah kennnnn.

..................................................................................................................

Next story. Semalam pi check up 17 weeks. Lagi 2 minggu scan untuk 20 weeks. Lepas tu 28 weeks baru ada lagi check up.
Aku tanya la midwife tu apsal lama sangat jarak check up tu? Dia kata sbb aku low risk, xde masalah.

Pastu aku tanya dia. Kalau nak homebirth deliver kat bathtub biasa kat rumah tu boleh ke? Dia kata memang guna bathtub kat rumah tu. Kalau nak homebirth nanti kena bgtau dia. Nanti org dtg rumah tgk sesuai ke tidak.

Eh, akak suka lah sbb x tau nak suh sapa jaga Pahat time aku deliver. So kalau deliver kat rumah je ok la, x yah susahkan org jaga Pahat.

Tapi laki akak x nak. Nak pi spital. Akak x kira, akak nak homebirth jugak. Sama je kat spital pon guna bathtub jugak, cuma lagi besar je.

...........................................................................................................

Next, akak tgh serabut, byk masalah dtg menimpa. Malaih nak citer kat orang.

bye.

Thursday, May 22, 2014

Apakah maksudnya ittewww?

Sv hakak memang rajin pagi2 ketuk bilik aku tengok apa aku buat. Pitammmmss

Td pagi dia dtg discuss pasal project. Pastu plan nak tulis paper dengan upcoming result simulation yg bakal aku buat ni. Skrg cuma ada preliminary result. Kena applykan kan real model pulak.

Pastu akak risau la pasal annual review. Dia kata xde pape pun. Just tulis report. Report pun xde format ikut sv masing2. So dia suggest akak write in the form of paper sbb dia kata senang nnt nak submit kat conference or journal tinggal copy paste.

Pastu dia cakap:
'I dont know, if i were you I already have 1 paper published by now...'

Ha...apakah maksudnya itteeewwww...

Sila lah tekan gear 4 siapkan simulation.

Tapi mcm biasa lah akak ni hot-hot chicken shit.

Semalam Pahat ada hearing test. Dekat Hove. Agak jaoh la dr rumah akak, naik bas sejam. Kena tukar 2 bas.

Hearing test tu senang nak mampos. Akak rasa korang2 boleh je buat kat rumah.

Caranya, dia ada mainan masuk-masukkan barang tu kann

contoh ada 8 barang untuk dimasukkan. So dia akan tunjuk yg Pahat kena tunggu bunyi baru masukkan dalam gelung. Mula2 bunyi tu kuat, lama2 makin perlahan dan perlahan.

Pahat's doing well. Dia kata since dia x buat mistake, maksudnya dia boleh dengar even though bunyi yang sangat perlahan. So dia check telinga, dia kata ok xde masalah.

So dia kata x perlu buat audio test, and x perlu datang lagi. Cuma kena pegi speech theraphy je.

Alhamdulillah. Sbb akak pun malas nak pegi klinik tu lagi sebab jaoh lah uolllssss.. Speech therapy kat klinik sini je. Dekat.

Ok. tu je. Bye. Akak busyyyyy

Thursday, May 15, 2014

Paris

2 minggu lepas akak pi Paris.

Beli tiket eurotrain since bulan 1 lagi. Masa tu harga dia GBP69. Pahat free tapi kena duduk kat lap apak dia. Kalau tak kena beli seat. X kuasa emak nk bazirkan GBP69 lagi kenn

Kami naik train dari St Pancras International London to Gare du Nord Paris. Perjalanan naik train lebih kurang 2 jam.

Actually boleh je korang nak naik flight. Tapi flight direct to Paris nan hado la uollss. Uolls kena transit amsterdam ke mana2 yang sewaktu dengannya. Akak x kuasa transit2 ni bawak Pahat.

Sampai Paris kitorg terus beli tiket subway 1 day pass. Untuk Zone 1 and 2 harganya adalah Euro6.80. Kalau korang nak guna machine pilih tajuk tiket tu MOBILIS. Nnt pilih zone. Biasanya kalau korang berjalan around Paris, Zone 1 and Zon 2 mencukupi. Kalau nak pegi Disneyland harga lain. Tu akak x tau sebab akak tak pegi.

Akak pegi Paris 2 hari 1 malam sahajork.

Sampai amek kunci, dekat Champ De Elysee pastu pegi aprtment pulak kat Etienne Marcel.

Apartment ni 2 bilik. Diorg sediakan 2 katil queen, 2 katil single. Kalau korang nak duduk 6 org memang jimat sangat lah. 1 malam GBP145.
Semua ada ya. Tv cable. Microwave, dapur, pinggan mangkuk periuk, oven, mesin basuh, fridge. Memang lengkap.
Towel disediakan.
Yang kurangnya adalah sabun mandi theyols x bagi. So sila bawak.
Booking di booking.com

Kalau korang nak pegi family ramai2 memang akak cadangkan apartment ni. Namanya Bridgestreet Apartment.

Seberang jalan apartment ni ada kedai halal. Ada banyak kedai halal area situ. So korang x payah risau. Kalau nak masak pun boleh.

Pukul 7.30 lepas makan, and mandi. Akak bawak rendang dr rumah, cik sha bawak microwavable rice cooker. Kitorg masak nasik kat situ. Kebulur uollssss.

Lepas tu naik subway pi Eiffel tower.

Ni akak nak bgtau, subway Paris adalah tidak sesuai untuk membawa stroller. Pintu masuk kecik, certain2 tempat sahajork ada lift. Lepas tu bau hancing. Akak naik subway depa pening2 kepala akak. Stuffy sangat okeh.
Kalau ko nak bawak stroller anak sila lah kau rajin lipat bukak tiap kali naik turun subway.

Eiffel tower xde la apa sangat. Menara tu je la kennn.
So amek gambar dr bawah je. Tak kuasa nak naik. Nak naik tu kena beratur uollss. Beli tiket pon kau kena beratur.

Gambar berlambak. Tapi akak x kuasa nak upload semua. Matilah pemalassss
 Ni dekat the other side of eiffel tower. Nampak tak akak pegang kepala Pahat? Kalau tak dia dok berlari pastu gambar dia semua x pandang camera. Hangin akak okeh.

Pastu dah pun pkul 9 malam. So naik la subway berlari2. Lari okeh. Akak yg menandung ni pon berlari kejar subway. Pitammmmss

Balik kami jalan2 kat Ettienne Marcel tu kat area apartment la. Kalau korang nk jalan kaki pegi Lourve Museum pun boleh dr apartment tu 15 min walking. Tapi kesian kat Pahat kena jalan kaki. Bapak dia aku dh cakap suh bawak scooter dia x nak. Lepas tu rasainnnnnn
Pahat penat mintak dia dukung. Pastu nak jalan jauh2 pun susah.

Pukul 9pm. Banyak kedai dah tutup. Kitorg lepak minum coffee and makan crepe mahal. Matila 1 crepe 7 euro. Pitammm.Tapi sedap jahh.

Lepas tu pi kedai pizza halal beli pizza sbb lapar dan untuk breakfast.

Lepas tu balik rumah, tgk tv bahasa france mcm kau paham. Makan pizza. And tidoo. Selesa sangat katil dia.

Esok check out. Simpan beg kat office apartment tu. Walaupon dh checkout diorg bg simpan beg sebab dia paham org still nak jalan2 lagi.

Office apartment tu adalah dekat tempat shopping kann. So jalan kaki jahhhh. Sampai nampak LV la segala butik mahal2 tu. Akak x masok sbb x mampooo.
FYI, akak bawak 50Euro sahajork. Mohd Rafi pun bawak 50Euro. Budget sgtkan percutian kitorg. Memang x beli apa2 sgt. Beli fridge magnet and keychain sahajork.

Pastu jalan la kaki ke arc de triompe. Pastu pi Lourve museum.

Ko nampak anak aku nak bukak baju? DIa nak mandi kat depan Lourve museum tu bersama itik2 kat situ. Besar sangat darjat kau kannnn?

Ni Pahat pegi main air sambil kejar itik. Mak Bapak dia bergambar.

Sebenarnya banyak lagi gambar. Akak x kuasa nak hupload.

Sila ke instagram akak ilotshikamaru
Tapi akak privatekan. Sila lah add.
Kalau korang guna instag nama jual2 memang lambat sikit akak nak approve atau akak x approve langsung.

Akak actually nak melawat butik LongChamp sbb nak survey harga tapi x sempat and x jumpa tempatnya.
Jadi pulanglah ke pangkal jalan.

Serious ya, dekat Paris akak rasa stuffy and pening sangat.
Sampai london terus akak rasa lega. Pening kepala pun hilang.

Kesimpulannya akak x suka Paris. And x kan pegi lagi kecuali ke Disneyland kelak.

Sekian.

Tuesday, May 13, 2014

Another Thalasemia Update.

Remember akak ada buat another test for alpha thalasemia.
Alpha thalasemia test ni kena hantar pi genetic punya lab. Diorg tgk genetic dalam darah lebih kurang gitu lah akak x paham sangat.

Kalau Beta thalasemia diorg boleh check terus dari blood test. Alpha thalasemia punya test diorg kena hantar ke London sebab dekat Royal Sussex Hospital xde.

So selepas 3 minggu, Karen call akak bagitau, akak juga carry 1 gene alpha thalasemia. Bermaksud, akak carry both alpha and beta thalasemia. Cacat sangat kan pemprosesan alpha and beta globin darah aku??

The good news is Mohd Rafi x carry alpha thalasemia so no risk of alpha thalasemia kat baby. Cuma kitorg kena careful with the risk of major beta thalasemia on our 2nd baby. Karen tanya lagi kalau2 akak nak another counseling on thalasemia. Akak kata tak nak lah sebab akak paham dah pasal thalasemia tu.

Pastu dia kata kalau akak agree utk buat blood test on thalasemia keatas baby yg akan lahir nanti. Akak agree jah. Sbb nnt kat Malaysia dah susah nak buat test2 tu semua esp, Alpha thalasemia test.

Pastu dia tanya, kalau akak nak buat test tu skrg. Which mean kena masukkan jarum through perut untuk amek sample dr air ketuban ke apa ntah. Akak tak ingat. Korang boleh google. Sebab risk dia adalah 1 of 10 chances akan miscarriage akak pun cakap x nak. Sebab test tu cuma boleh buat after 16weeks of pregnancy. Akak x nak la dh tgk baby develop semua. Ada heart beat, disebabkan test tu kami hilang baby tu.

Then Karen kata Ok, nanti kena pi spital lagi. Aiyoooo sgt kan..

Pastu dapat surat result on down syndrom test aritu. Low risk. Alhamdulillah.

And dapat surat untuk test hearing Pahat. Dekat Hove. Aiyoooo ingatkan kat spital. Jaohnyaaaaaa Hove.

Gigih je la emak!

Friday, May 2, 2014

Survived puasa 18 jam.

Fuh... dah dekat summer kan. Kena ganti puasa laju2.
Alhamdulillah dah x pening2, loya2. Dah masuk 13 minggu dia ok. Bagus baby, bagus!

Jadi marilah ganti pusa.

Kebtulan semalam Mohd Rafi pun nak puasa. Lagi senang keje akak.

Walaupun agak lembik sbb sahur pukul 2am kaedahnya, subuh masuk pukul 3am. Pastu nak menunggu ke pukul 8.30pm tu ya ampunnnnnn.

Kalau aku x pregnant memang aku lenjan je puasa straight.

Alhamdulillah dpt habiskan puasa. Maksudnya bulan puasa kang boleh la survive.

Eh, tp bulan puasa ada appointment check gula dalam badan. Ala kalau kat malaysia korang kena minum air gula tak sedap kann? Kat sini minum air lacozade, wah sedap gila!

So semalam buka pukul 8.30 tp pukul 6 akak dh siap masak. Sebab pahat sibuk 'nak nasik...nak nasik'

Jd akak pon masak tomyam campur, telur dadar, ayam goreng berlada dengan rebus telur masin.

Pastu bos Mohd Rafi tetiba msg suh dtg kerja pkl 7pm. So dia pon pegi. X sempat nak buka kat rumah.


Balik pukul 12 malam, mcm biasa, dia kalau nampak akak celik lagi dia suh la panaskan lauk pastu buatkan air kopi.

Pastu makan mcm org kebulur. Dia kata kat kedai dia makan burger ayam. Sbb dh boring makan ns goreng hari2. Hahaha

Kedai siam tu guna ayam halal. Kalau ayam n seafood tu boleh la makan. Akak kalau pegi sana pon suka order ns goreng dgn tomyam. Dia letak seafood tu diahhhh selambak.

Sapa dtg Brighton boleh la ke restaurant tu namanya Sabai Restaurant.

Kalau pegi dgn Mohd Rafi dpt diskaun pekerja. 15%.

Eh, nk citer. Lepas akak buka semalam. Buka puasa terus makan nasik banyak2. Pastu perut akak mengeras. Pastu sakit kat bawah perut sikit. Rasa senak. Rasainnnn sgts. Sbb perut kosong pastu makan banyak2 terus terkejut.

Hospital

Hakak kalau ikutkan memang la malas nak pi hospital sebab kena naik bas no 23 tu.

Selasa lepas pegi sebab full scan dengan down check up. Appointment pukul 4pm. Tapi mcm biasa diorg akan panggil 30 menet selepas itu. Akak pi sorang je sebab aku x kuasa bawak Pahat okeh. Nanti dia lari2 pastu bising dalam tu. Anak omputeh baik je okeh duduk sebelah mak bapak dia. Anak aku je yg x reti diam.

Sonographer buat detail scan. Check tulang dah develop. Jari kaki tangan semua dah develop. Check otak ada 2. Check liquid kat otak aku x sure diorg panggil apa, tp liquid tu normal 2.0 maksudnya low risk utk down syndrom.

Pastu sonographer tanya nak print ke x scan tu. Kalau nak kena bayar Gbp5. Since bukan selalu dpt scan akak request nak print jah.





Lepas tu baby facing toward sonographer tu. Tapi dia x nak baby tu position mcm tu sebab dia nak kira liquid tu pastu measure panjang dia ke apa ntah. Dia nak baby tu mcm position kat gambar scan tu. So dia suruh akak sambil baring kaki lipat dan goyang2 punggung.

Tapi baby still x gerak. Pastu dia suh bangun lompat2. Tetap x gerak ya... Lepas tu dia suh diri tangan letak kat katil dan tonggeng sikit goyang2 bontot.

Lepas tu scan balik baru la dapat position mcm dalam gambar.

Exercise kejap mak kau dalam bilik scan tu.

Siap scan pegi lak antenatal klinik kat building sebelah tingkat 11. Tunggu 30 menet jugak, midwife panggil nama, masuk bilik. Amek darah untuk check down. Midwife kata result keluar jumaat ni. Kalau x dgr pape by friday consider low risk. Gituu.

Lepas siap semua pkl 5.30 naik bas pi Asda beli ayam. Msg Mohd Rafi suh masak sup. Akak balik masak nasik ayam.

Laki akak makan dah la tambah 2 kali. Pastu malam tu gi makan lagi. Pagi2 akak feeling2 nak makan tgk nasik dah habes. Akak masak lagi skali sbb ayam perap tu banyak lagi. Akak feeling2 perap ayam sekor. Merasa kau habeskan kannnn?

20 and 21 may ni kena pi spital lagi. Check up lagi dengan hearing test Pahat.

Gituu la kejenya pi spital je.

Tuesday, April 29, 2014

Baju Raya.

Sibuk je kan beli baju raya.

Puasa x habes ganti lagik. Adoyai..kalau akak tau akak nak pregnant sambil loya2 pening2, akak dh ganti puasa siap2.
Apa nak di kata..... skrg subuh start pukul 3 habes pukul 5. Maghrib pukul 8.20pm. Mampooo x agak2 puasa.
Nanti kan time puasa summer. Buka pukul 9 lebih. Pengsan emak.

Eh, berbalik pada baju raya. Akak pon feeling2 jugak nak berbaju raya walaupon time raya tu perut dah kedepan.
Akak dok tengok2 la jugak fashionvalet.com ala2 baju raya ready made from designer. Tapi mahal la pulakk... Yang Saiful Baharim tu ok lagi, akak suka jugak dalam rm300 to RM400. Yang designer lain memang Ya Ampunnnnnn mahal gila akak rasa. Pastu design biasa2 je harga RM799! Pitammm!! Ready made je kot.

Akak nak tggu Rizalman punya baju raya ready made. Pastu akak tahun lepas suka baju raya Arma Couture. Chantek sgt. Tapi akak kan dintis serta mesken x kuasa la haku nak beli baju raya sampai Rm500. Tp kan yang Arma punya baju raya tu akak rasa berbaloi la jugak kalau nk beli sbb design dia chantek sangatss.

Tahun lepas akak ada la jugak feeling2 nak beli baju jovian Mandagie kat Tesco. Tapi dah gi fitting 4 5 baju. Cutting dia x berapa chantek. Terlalu panjang sampai meleret2. And kain agak nipis. Compare dengan Rizalman punya ready made yang akak beli 2 tahun lepas, cutting memang chantek terletak kat badan. Labuh memang ngam2. So akak suka Rizalman punya ready made.

Tahun ni akak usha2 poplook. Sebab pregnant, jd akak pon sedar diri. Beli lah baju dress longgar2 je. Beli jugak blouse. Best gila poplook. Dah la free delivery pastu murah pulak tu. Lepas order, 2 hari dah sampai. Bukan sampai uk tp sampai malaysia ke rumah adik aku. Haros dia menerai baju aku dulu. Baju poplook hasil Paw laki akak sbb dia janji nak belikan baju pregnant. Ok la tu. Beli 2 baju tak sampai GBP30.

Ha baju ni kann sebab kembang2 mmg la sesuai pakai time pregnant.

Dengan dress ni. Adik aku kata buruk. Biarla asalkan laki akak approve. Boleh gitu.

Yang penting sesuai dengan budget. Ntah bila nak pos ke uk akak pon tak tau.

Yang penting sekarang ni uolls. Nak membeli kena la berdasarkan budget yang kita ada. Biarla pakai baju 10hengget pon asalkan tak berhutang semata2 nak memenuhi nafsu.

Sekian. Kejap lagi kena check up kat spital. Nyampah tau asyik ulang alik spital jek.


Sunday, April 27, 2014

6th anniversary.

Anniversary akak dan mohd rafi adalah 6.4.

Tapi kaedahnya uollss akak lupa. Laki akak pun lupa. Howww?

Hari khamis 10hb baru akak teringat, Eh, arini 10hb, bukan ke annivesary 6.4?

Kannnn? Dah tua2 dah lupa. Akak pun ala2 dont bother gituuu.

Akak cakap dengan Mohd Rafi, 'Bang, I rasa i nak anak 2 je dah la. Maximum pun 3. Tak larat la tua2 nak mengandung nak layan loya2 pening2 lagi'

Sekarang dah 13 weeks alhamdulillah dah kurang sikit. Hopefully boleh focus kat phd. Aku pon risau la asyik loya2 pening2 nak buat keje pon x boleh. Harap2 sempat siapkan 1 project before deliver sbb sv plan nak hantar pegi conference kat Malaysia. Aku dengar kat Malaysia akak kena bayar sendiri pon akak sanggup uollss. Gituuu... Doakan akak berjaya gituuuuu..

Akak rasa bersalah sbb sv akak baik memahami tp kejadian pregnant loya2 muntah2 x disangka. Progress pun slow. Haih.

Akak plan nak cuti 3 bulan maternity. Lepas 40 hari pantang nak balik Malaysia cuti bawak baby. Dah alang2 nak cuti tu. Tapi kena discuss dgn sv dulu cemana boleh ke x.

Tu semua cuma plan je.

Pastu x tau caner visa baby. Akak confuse lagi.

Thursday, April 17, 2014

Update on Thalasemia and midwife

Baru lepas jumpa community midwife iaitu Sam. Lepas seisi dgn community midwife akak pegi hospital pulak seisi kaunseling bersama Karen.

Gitu la nyah kalau dua2 carrier thalasemia, your life will be busy go back and forth to the hospital.

Masa dengan Sam dia completekan borang, tanya history pregnancy and delivery Pahat. Dia tanya berapa lama kat labour room. Akak cakap 2 jam kat labour room from 12am to 2am. Tapi dah pegi hospital utk saringan since 10pm sbb water broke. Pastu dia suh citer kejadian masa tu. Pastu since beranak normal and easy labour dia kata. Padahal aku meneran pahat tu bagai nk gila. Sam suggest akak beranak homebirth.

Wah. Akak excited dengar. Yela uollss orang Malaysia beriya nak homebirth tapi x boleh. Sam kata nanti masa 34 weeks midwife akan dtg rumah check keadaan kita and baby cemana. Boleh ke x homebirth. Lepas tu nanti dia akan bawak tub ala2 kolam budak2 mandi tu kot, nnt beranak la dalam air tu. Pastu nanti baby akan di vaccine lepas tu. Sama mcm kat hospital jugak. Midwife akan bawak semua kelengkapan termasuk hearing test.

Jangan tanya akak cemana diorg buat hearing test nyah. Akak x tau. Tapi it's good to hear i be able to opted for homebirth this time.

Akak pulak dah feeling2 la nak homebirth. Senang la kan, kalau x aku pi hospital kang Pahat sapa nak jaga?

Ni buku check up diorang. Semua dia tulis dalam tu.

Pastu suprisingly HB count aku untuk pregnant kali ni, yela uolss untuk pembawa thalasemia ni hb mmg selalu low. HB akak 112. Kira ok la. Masa mula2 check up pregnantkan Pahat HB akak 7.9. Akak suspect kat uk ni susah kau nk dpt makanan2 merapu tepi jalan. Jd time malam2 ptg2 makan buah. Salah satu sebabnya adalah akak loya2 pening2 so makan buah membantu reduce kan loya tu. Kat malaysia wahhhh mmg la best kan lapar2 je gi kedai beli goreng pisang ke mcD ke...
Tertekan aku orang upload gambar makanan sedap2.

Result semua dalam bentuk surat. Pastu dia tampal kat dalam buku tu.

Ok. Citer thalasemia counseling kat Hospital dengan Karen. So dia bawak masuk 1 bilik caunseling. Dia explain pasal thalasemia. Dia tunjuk gambarajah semua. Pastu dia suh aku translate kat Mohd Rafi pulak.

Pastu dia kata x semestinya akan ada anak major thalasemia kalau both parents are carrier. Ada kes dpt anak 6 tp enam2 tu normal. So dia kata 25% chances. Seperti dalam entry dibawah yang akak tulis.

Kalau korang baca website malaysia, rata2 diorg tulis thalasemia major boleh hidup sampai 19 tahun je sebab terlebih iron dalam badan sbb blood transfusion. Tapi karen kata kat UK ni ada yang thalasemia major boleh hidup 50 to 60 years mcm org normal. Karen kata tapi apart from kena blood tranfusion every 3 to 4 weeks. Treatmentnya ada drug untuk buang iron lebih dalam badan. So parents biasanya akan diberi machine dan akan dilatih untuk guna machine tu sbb parents yg akan pasang benda2 tu kat anak dia. Sbb machine ni ke pasang kat major thalasemia 5days per week 12 hours per day.

Dengar mcm ngeri. Tapi mcm tu la org yg thalasemia major survive kat uk ni.

Pastu dia bagi option untuk check baby dalam perut ada thalasemia ke tak. Dia akan cucuk carum dalam perut amek sikit air ketuban pastu sample tu akan dia hantar ke lab. Tapi ada risk nya. 1 of 10 chances akan miscarriage. Sbb dia kata ada parents yang kata, ala anak aku ada thalasemia aku nak gugurkan je kandungan.
Tapi karen kata ada parents yang regret buat test tu sbb it turn out the baby is normal tapi miscarriage sbb procedure tu.

So we decide, we dont want to do that procedure. Takpe la apa2 pun baby lahir ni kami terima. Lagipun ada treatment untuk dia.

Yang aku risau treatment bila balik malaysia nanti. Sama kah mcm kat sini??

Balik tu aku amek maternity bounty pack kat kaunter depan tu. Isi dia sangat2 best.


Receiving blanket. Panty liner. Sabun basuh. Baju cotton organic. Paling best cream stretch mark. Dia bagi besar bukan sample kecik jenis pakai 2 3 hari tu. Dan voucher shopping.

Lepas ni akak nak pi kutip bounty pack kat boots pulak.

Gitu la perangai2 orang melayu kan, suka benda free.

Ok uols... Happy easter holiday!!

Wednesday, April 16, 2014

Thalasemia result.

Semalam midwife called. Nama midwife yg jaga akak adalah Karen. Dia ni yg akan uruskan scan blood test and semua2 tu la. So dia call bgtau yg Mohd Rafi pun thalasemia beta carrier. Diorang mmg taking thalasemia ni seriously. So terus book appointment esok.

Karen tu kata dia akan sediakan translator. Bolehh?? Siap ado translator.

Pastu dia tanya la akak ckp bahasa apa. Nanti dia akan crkan translator.

So td dia call balik x jumpa translator english to malay. The closest dia jumpa malaiam language. So akak kata xpe lah x yah translator sbb akak ok je.

Karen tu kata esok dia akan amek blood lagi untuk test kalau akak ada alpha thalasemia pulak.

So esok appointment dengan community midwife pukul 11.30am. Lepas tu terus pi hospital pulak appointment dengan karen. Nanti dia akan explain pasal thalassemia sekali.

Most probably nnt dia akan check baby jugak.

Kalau nk baca pasal thalassemia ni boleh google. 25% anak akan normal bebas dr thalasemia, 50% minor, another 50% minor and 25% major.

Pahat confirm bukan major. Tp kena buat blood test pulak samaada dia minor atau normal.

xpe, semuanya free. Akak suka!

Saturday, April 12, 2014

Spring!!!

Yes... my favourite season is coming.

Akak suka spring sebab akak suka bunga2 tumbuh. Cantik!

Ni daffodil kat area uni je. Daffodil ni jangka hayat sekejap je. Sebulan kang dah layu bunga dia.

Ni pahat main slide. Nampak muka mcm nk nanges sebenarnya dia gembira. Sampai aku x larat balik sekolah asyik nak singgah taman permainan je. Pulak tu memang kena lalu situ. Merasa!

Td pagi hantar Pahat pegi sekolah saing pulak dengan kawan dia dari Brazil nama Loisa. Dia jerit nama pahat.
'Farhat!!!'

Pahat tengok terus dia excited pegi kat Loisa pastu peluk dia. Hover sgt anak aku.

Arini sekolah dia bagi daffodil bulb ni suh tanam. Pastu bg diari skali suh tulis update tentang daffodil yg ditanam tu. Tangan emak kau ni memang la tanam pokok mati. Tup tup tulis kat diary pokok x timbul2. Howww??

Nanti akak amek gambar kalau2 hidup kan pokok tu.

Semalam health visitor dtg check progress Pahat. Dia ada bawak mainan and analyse pahat. Lepas tu semua benda yg Pahat buat dia bg markah pastu dia kumpulkan.

Kesimpulannya psychomotor and locomotive skill dia xde masalah. Tapi kena check hearing and speech dia. So dia akan refer ke speech theraphy and buat hearing test skali.

Nampaknya ulang alik spital je keje mak bapak kau. Yg emak check up pregnant. Yg anak speech theraphy. Yg bagusnya diorg mmg dah siapkan appointment siap2. Xde la tunggu lama. Paling2 pun 30 menet lepas waktu appointment.





Wednesday, April 9, 2014

Dating scan

what a long day.
Sbb dah 10 weeks so hospital bg surat suruh datang scan. Dia bagi option nak detail scan ke scan biasa2 sahajork. Detail scan ni untuk check down syndrom. Pastu kena pegi Antenatal clinic untuk amek blood aku and Mohd Rafi. Since akak ada thalasemia carrier so kena check husband jugak.
Chance untuk baby ada thalassemia  adalah 1 of 4 child. maksudnya 1 dr 4 org anak kau akan ada possibility ada thalasemia. Thalasemia ni bahaya ye sbb nnt dr umur setahun dah kena masuk darah kat anak. Lepas maximum boleh hidup pun 19 tahun jah. Kesian la kan kat budak tu nanti. If both parents ada thalasemia dia akan check baby pulak.

Akak doa banyak2 supaya Mohd Rafi clear from thalasemia.

Pegi scan dalam surat dah tulis pukul 2.20pm. Sebenarnya kitorg x tau hospital kat mana. Sbb check up kat community midwife je. Scan n blood test buat kat hospital. So main terjah sahajork. Kebetulan dalam.bus jumpa budak malaysia yg amek.medic. And dia nk pegi kelas kat spital. So dia tunjukkan jalan kat mana nak register. Kat mana nak scan. Alhamdulillah. Semoga Allah balas jasa adik tu.

Sonographer panggil akak pukul 3.00pm. Dia scan dia kata kecik sgt utk detail scan for syndrom. Kalau ikut waktu period dah 10 weeks 4 days. Scan utk syndrom dibuat masa 10weeks to 12 weeks. Ikut measurement scan baru 9 weeks. Heart beat dah ada. Alhamdulillah. Tapi baby kali ni bagus la. masa pahat scan 8 weeks dah melompat. Bukanla melompat mcm baby dh besar tu. Ala emak pun susah nk explain. Sonographer kata rahim aku kebelakang sikit so x nampak sgt babynya. But nothing dangerous sbb baru  lagi.

So kena buat appointment lagi skali untuk scan sbb x nampak sgt. Lagi 2
 mggu kena dtg lagi.

Lepas tu kena pegi Antenatal clinic untuk amek blood Mohd Rafi. Tapi x jumpa building. Kebetulan ada staff lelaki omputeh lalu dia tanya. Are you lost?
Lepas tu dia suruh ikut dia. Dia tunjukkan jalan pi building tu.

Sampai antenatal klinik kena tunggu lagi. Ala 30 menet je pon. Cuba kau tunggu check up kat spital serdang tu. Mau berjanggut baru dapat nombor. Lepas tu ada omputeh ni nampak aku boring dia offer paper dia. So akak amek lah baca.

Pahat mcm biasa menggodeh mainan.

Amek blood pastu balik rumah. Mohd Rafi pegi keje terus. Result nanti dia telepon bgtau.

Nanti akak update lagi. Akak memang malas upload gambar. Harap maklum.

Friday, April 4, 2014

Kering.

Kan mara kan suka2 reducekan elaun orang dari rate a ke rate b. Lepas tu kan uollss... Brighton ni adalah 7th most expensive city in uk.
Lepas tu tolak duit sewa rumah, duit dalam acc adalah tinnggalll gbp20. Kau hadoooooo??

Lepas tu akak ni terpaksa la mintak utang2 kat orang sebab dah mesken katanya.

Nasib baik la Mohd Rafi keje. Kalau tidak memang la makan nasi goreng hari2 uoolllss.

Lepas tu sapa2 nak dtg brighton/sussex ni kalau family akak nasehatkan tak payah la uollss... Sewa rumah mahal. Cost living pon mahal. Lepaas tu kalau nk sewa rumah korang kena sediakan 3 months deposit + 6 months rental in advance. So ko kena bayar 9 bulan sekali harung. Mampooooo???

Dah, baik korang pegi tempat murah kat atas2 sikit tu.

Ini nasehat akak. Suka hati kau la nak ikut ke x..

Byeeee.

Thursday, April 3, 2014

London again.

Sementara tunggu sv reply email marilah kita update blog.

Ahad aritu ada career fair kat London. Akak x join tapi akak saja menyibuk dengan Yati n Afiq sebabnya tiket group buy 2 for 4 murah. All day travel card GBP9 sahajork. X payah nk beli oyster card bagai. Oyster card pon dah gbp8. Koser.

Tujuan akak ke London ikut diorang selain jalan2 adalah untuk makan. Konon2 nak makan kat Tuk Din sebab baca review memang best. Pastu rating review pon high. Pastu nk makan kfc halal. Kesian kann duduk sussex ni jakun sgt dgn makanan halal. Balik2 kedai paki boring uolssss.

Jadi ke Paddington kita ke Tun Din. Tapi Tuk Din penuh!! Pastu kitorg nak reserve pon untuk petang pon diorang x bagi. Keji tauu...

Pastu akak dok ingat2. Akak dulu slalu gak makan kat mara house mee goreng sedap. Pastu suh yati google sbb bateri aku dh innalillah. Jadi gambar semua guna henpon Mohd Rafi.

Pegi la Bonda cafe kat bawah mara house tu. Pon penuh!. Kitorg tggu je org habes makan. Menu lunch cuma ada nasi kandar je. Nasi kandar pon nasi kandar la... Kitorg dh lapar makanan melayu. Dah bosan makan masakan sendiri boleh gitu?.

Ni la rupa nasi kandar tu. Sedap gila oh makan. Mcm ni GBP6.50. Standard la harga mcm ni kat uk. Yang penting puas hati makan dengan sirap bandung.

Lepas tu jalan kaki pi Lancaster Hotel, dekat je kat situ. Penuh la budak2 malaysia kat situ pi career fair.
Ko tau, mula2 mohd rafi kata x payah bawah scooter Pahat tu. Tapi akak cakap rajin ke nak dukung di Pahat tu kalau dia malas jalan??

Kaedahnya akak paksa jugak bawak. Nasib la baik bawak. Kalau x, mau pitam seret si Pahat tu jalan.

Lepas tu kitorg pegi la cari kfc halal jugak. Dekat edgware road. Ala, sebelah2 je dengan Paddington. Akak beli hot wing 22 ketul. Kau mampooooo??? 10 ketul dh habes aku melantak kat situ. Lagi 12 ketul balik rumah kitorg habeskan. Sedap lah hot wing dia, x masin sgt, just nice.

Lepas melantak pi convent garden. Saja jalan2 sambil tgk street performance.

Sebab dah masuk spring cuaca aritu memang best. Tu yg anak beranak tu feeling2 pakai baju sehelai je.
Pahat suka tengok diorg ni. Siap tepuk2 tangan duduk menanguk depan tu.

Ni kat sebelah Cafe Laduree ala kedai macaron yg fofuler tu. Akak sempat la beli 7 biji macaron. Sebelum beli tanya dulu uollss ada alcohol ke tidak. Ada flavour yg ada alhohol. And mashmalow dia boleh makan sbb guna fish gelatine. Tapi macaron kat sini x sedap sgt. Dry. Membazer sangat duit aku beli. Baik beli kfc lagi 20 ketul.
Akak lagi suka yang akak beli kat harrods, melt in your mouth gituu.

Lepas tu jalan lagi. Sebab nak cari hummingbird bakery. Tapi kaedahnya tak jumpa tetiba dah sampai Leicester Square. Rupanya sebelah2 sahajork convent garden dengan Leicester Square. Kalau jalan lagi jumpa pulak Piccadily Circus.

Ni budak kepenatan. Duduk depan Kedai New Moon market. Mak bapak dia borong kicap dgn tempe frozen. Murah gbp1 kat china town compare dgn brighton.

Pastu pegi mc d beli air caramel frappe, yg lain2 pegi toilet. Beli air 1 je. Yang pegi toilet 5 orang. Howww??

Lepas tu balik lah. Kepenatan. Akak yg mengandung pon x sedar diri jalan banyak2. Esoknya sakit kaki. Rasainnnn..

Tapi puas hati dapat makan banyak2. Next time boleh makan kat tuk din pulak.

iklan