Friday, July 27, 2012

well..well..well..

Akak terpaksa naik kerja harini walaupon hakikatnya akak nak cuti 5 hari. Bos akak tak bagi uollss..
Padahal akak nih bukan hado kerja pon kat opis. Dok menanguk jah, ataupon tengok citer korea.

Eh, korang tengok citer BIG kat KBSW tak?? akak tension sebab sama waktu dengan GHOST kat Sone. So, akak tengok BIG online jah. Boringlah ending dia tak tunjuk cemana badan kyung jun dengan yun jae boleh bertukar tetiba je dah tukar.

Weh, akak taste gila dengan Yun Jae okeh. Badan dia sangat taste. Eh, puasa! Takpe akak tak puasa pon..Pompuan kan ada cuti.

Alhamdulillah sepanjang aku buat kueh Pahat takde kacau, cuma dia gedik je nak duduk atas riba lah. Nak baring atas peha lah.. Dah pandai jugak ikut tone orang bercakap tapi yang simple2 je la mcm,
go go go
tau
haip!

Camtu jah. Yg lain2 dia bebel apa nan hado akak paham.

Semalam akak beli emas untuk diri sendiri. Hoiiiii yg bawah 1k semua halus2 sahajork kalau org ganas mcm aku pakai sah2 kejap je putus. Mula2 akak nak beli henpon mahal. Tapi kann akak fikir2 berapa lama sangatlah henpon mahal tu bertahan kannn? Pastu kalau jual balik harga menjunam. So akak beli lah emas untuk diri sendiri sebagai pelaburan.

Mula2 ingatkan nak beli dinar. Tapi leceh sangat, sebab skrg ar rahnu dah tak amek dinar emas dari public gold. Pastu kalau nak jual nak kena pegi sunway pulak. Leceh gila!

Pastu nak beli rantai, dengan budget akak tu rantai halus nak mati pastu pendek. I dont like.

So akak beli gelang. Tapi kannnnn...akak punya excited, akak beli kat kedai emas first akak masuk iaitu Tomei.

Dapat la voucher rm100 untuk pembelian diamond dengan emas putih. Nak buat hapa kann?? Sapa nak bgtau akak, akak bg free je voucher tuh. Koser haku nak beli diamond bagai.

Pastu kannnnn.... akak tengok kat Habib 916 RM165/g

Aiyoooo terus akak sentap rasa nak jual balik emas akak. Kejihhh!!

Tapi akak tak bgtau Mohd Rafi habib jewel lagik murah. Mati haku!!!

Tapi kannnnn.. emas pahat lagi banyak dari emas emak okeh. Nanti aku nak jual semua emas dinar dia tu tukar jadi jongkong 999 terus. Pastu malas dah nak beli dari public gold, leceh sangat nak jual balik.

Emas pahat tu nanti dia boleh guna untuk belajar oversea.. Feeling2 sangat emak padahal berapa ketul jah ada.

Sunday, July 22, 2012

Iftar hari pertama

Daging kunyit, sayur kubis, ubi rebus cicah sambal ikan bilis.

Berserta jus epal+nanas+oren buatan sendiri.

Baazar sini tak meriah lalu menjimatkan duet hakak.

Friday, July 20, 2012

Ucapan Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua kawan2 blog dan juga rakan2 surrey yang suka silent reader. Rakan2 se uitm juga.

Semoga Ramadhan kali ini membawa Barakah dan juga Rezeki untuk semua.

Jangan lupa banyakkan amalan dan juga bersedekah dibulan barakah ini.

Juga meminta maaf sekiranya ada sesapa boring, sentap dan juga annoying dengan akak yang chantek nih.

Juga sesapa yang dengki dengan rezeki yang Allah bagi tu rajin2 lah berusaha. Kalau dengki mendengki tu Allah tak bagi rezeki pon kat kau melainkan kau berusaha sama. Akak tengok orang yang kau dengki tu rezekinya makin banyak kau je yang saket hati sorang2.. kannnn???

Akak akan cuba buat kueh uolls semua cepat2.

Malam ni  nak stock up lauk2 dalam fridge. Esok buat jem nenas dan pegi beli barang2 untuk buat kueh, terpaksa tambah tiba2 order banyak.

Terima kasih semua yang order lagi kueh tahun ini. Alhamdulillahh masih ada rezeki di tahun ini.


Persiapan


Nampak tak? akak dah turunkan dahiklan kueh raya? Akak dah tak terima order dah untuk blog. Mula2 ingatkan nak buat sikit je tahun ni dalam 100 balang je ke, tup tup terbanyak pulak okeh. 


Weh?? Apesal blogspot aku nih mcm bangang harini? punya la susah nak edit. Hampir2 akak mencarut, nasib baik esok baru puasa.

   Ni pembuatan jem nenas. Merengsa uolls nak kopek nenas, paling tension nak kopek nenas lah. Yang ni guna nenas madu, sebab masa tu nenas moris habes stok kat pasar borong tu, jadi terpaksa la akak guna nenas madu. Sapa2 yang bertuah tu dapat la jem nenas madu dalam tat dia.

Eh, vavik sangatlah blogspot nih tak boleh nak edit salah type. Nasib lah kannn?? Apesal keji sangat nih kan?? Ke akak yang keji tak reti uollsss??



A



Thursday, July 19, 2012

Kueh Raya Ilots 2012

Gigih akak pinjam DLSR fiza semata2 nak buat photoshoot cookies raya 2012.

Dah boleh start order sekarang. Last due date adelah 22 Julai (hari ke 2 puasa). Unless ada kosong lagi baru akak bukak order. Bare in mind, order2 tahun nih adelah limited, first come first serve, kalau kuota dah penuh terpaksa akak tutup.

Semua cookies guna butter ye, harap maklum. 

 Kuih2 yang ada tahun ini sama je :


1. CRUNCHY ALMOND LONDON , RM25/ 50pcs
Almond sebijik dalam tu, tapi kadang2 almond tak sama saiz jadi terkecik sedikit biasanya akak akan bagi lebih dalam 52 ke 53 bijik. 




2. CHOCOLATE CHIP COOKIES, RM25/400gram (Seriously BEST SELLER!!)
Chocolate chip import, with almond. Satu balang biasanya ada lebih kurang 100pcs.




3. TAT GULUNG NENAS, RM25/50pcs
Melt in your mouth tart with 100% home made jam.





4. CHEESE BUTTON, RM25/55pcs
Tasty cheesy cookies.


Sapa2 yang mau order banyak akan ada diskaun. Sila message di henpon, atau PM dekat FB atau email.

ilotshikamaru@gmail.com (FB and email)

Boleh tengok dekat sini untuk review cookies. Nak order pon boleh:

http://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/media/set/?set=a.3712173161107.197594.1178976262&type=1

Note : Sapa2 yg ada sms nak order aritu boleh tak confirmkan lagi sekali??

THANKSSS!!



Wednesday, July 18, 2012

Sensitivity PENJUAL insuran

Uollss.. akak tension hari2 dapat call dari orang jual insurans. Bukannya tak bagus amek insuran tapi kannnnn akak dulu amek selama 4 tahun, akak rasa mcm rugi je sebab akak bukannya masuk hospital, membazir duet hakak bayar rm200 sebulan selama 4 tahun.

Yang pelaburan tu pon membazir jugak sebab dividen tak de lah banyak mana. Lebih baik akak amek loan ASB tu ha lagi untung uolllsss..

Pastu kan penjual2 insuran nih macam tak sensitif dengan keadaan. Ada status penjual insuran kat FB mcm nih:

' Alhamdullillah, 2 orang nyawa dapat diselamatkan dengan insuran, yang LIAT tu tunggu masa je'

helloooo...mcm dia tuhan pulak selamatkan nyawa orang. Doctor pon tak cakap mcm tu. Ala nyah, kalau takde duit or takde insuran masuk je lah Hospital Goverment. Aku pon sedar diri, dah tak mampu baik aku masuk spital gov je. Bukannya nak cakap insuran tu tak perlu tapi tak payah nak agungkan sangat boleh tak?

Ni lagi satu akak baca komen kat blog gossip pasal derma anak Fynn Jamal tu:

'Di sini lah letaknya kepentingan Medical Card…x kira usia, waktu & ketika penyakit blh menimpa sesiapa saja…semoga adik kecil ni cepat sembuh dan segalanya Berjalan dgn lancar..amin'

Pastu ada orang reply:

'bdk ni mmg lahir dgn jantung berlubang, medical card x cover anak2 yg dilahirkan mmg sakit. klu nak jual insurans pun better tau cerita org lain dulu. tq.'

Pastu dia reply lagik:

'Kalau sy nak jual Insurans mesti sy letak ctc no…just my Ibadah to educated people ttg kepentingan medical card…fyi medical card cover baby seawal usia 3 bulan dlm perut ibu…boleh cek with Prudential product Pru MyChild…tq'

Pastu nasib baik ada orang reply:

'and again, u have to know the real story, arjuna tidak dikandung oleh fynn sendiri. bagaimanakah beliau mahu mengambil policy prumychild sedangkan bdk itu tidak hidup dlm rahim beliau. yg boleh beliau boleh ambil pun medical card biase selepas anak itu sah berada dlm jagaan dia. yes, niat anda baik utk menerangkan kebaikan medical card, cuma di waktu2 genting, yg kita perlukan adalah doa dan sumbangan. selepas waktu genting baru la kita mula berckp hal2 yg lain. sekian.'

Uolllss... perlu tak saat2 genting nyawa orang kau sibuk suruh amek medical card?

Nak derma tu derma je lah tak payah bising2 betul tak? Kalau tak nak derma just duduk diam2 sahaja.

Memang lah insuran tu sangat perlu untuk waktu2 kecemasan mcm nih, tapi situasinya lain.

Lagipon bukan semua orang mampu beli insuran beratus2.

Kalau kau beli insuran yang murah merasa lah ada sakit kau yang tak dicover plus ada limit setahun untuk guna.

Bukan akak tak nak beli insuran ye, tapi gaji akak ni pon cukup2 makan, korang dok jual insuran beratus2 kat aku, kau hengat aku mampu??

Tu belom lagik kawan akak yang tak contact selama 5 tahun tiba2 call ajak jumpa, rupa2nya nak jual insuran jah. Memang koser hakak nak beli.

Lain lah kalau company cover insuran kannnn??


Monday, July 16, 2012

Takde keje

Student cuti 3 bulan. Akak dok melangut kat opis takde keje.

Bosan hokeh.

Aritu ada la jugak busy baca paper untuk buat proposal. Nih application dah pon submit tinggal tunggu offer letter sahajork. Pastu dah tak tau nak buat apa kecuali baca blog orang which is never ending activity.

Kadang2 akak dah boring sangat akak tido. Kadang2 pegi Mines. Kadang2 merayau tak tentu hala. Kau adoo??

Next week akak cuti seminggu nak siapkan kueh raya korang. Tempahan pon tak banyak sebab akak tak pass kat agent tahun nih. Moderate je lah unless aku ada assistant 4 orang.

Ada sepupu aku offer indon tapi kena tido kat rumah aku. Koser haku!!

Aritu akak call mara uolllss.. dia kata kena bg offer letter la pulakkkss.. Tapi tetap la application akak di KIV kan, tunggu program khas SPM lepas katanya. Tapi no prob, next year akak boleh apply lagik.

Cuma perlu defer entry sahajork. Kalau ada rezeki tu ada la..

Good news kan, elaun rate C dah naik jadi 1k pound okeh. Which will be enough for family. Kalau bujang tu siap ada lebih lagik. Yela rumah sebijik kalau rate C tu around 500pound jah. Kalau kau bujang sah2 kau share 4 orang. Dah tu lagik 900pound lebih tu nak buat apa? Haruslah berholiday sakan. Matila mak kena caci!!... Masa akak belajar dulu dapat 393 pound sahajork, masa tu bayar accomodation around 260pound, siap boleh berjalan2 ke london lagik..Akak pon tidak lah paham kenapa diorang perlu naikkan elaun dengan begitu banyak sekali sedangkan kat Malaysia cuma dapat RM900 sahajork sebulan!! Alasannya adelah supaya student Malaysia tidak berkerja di UK. Hellooooooo, kawan2 akak yang berkerja ok je dapat first class kannnn?? Takde alasan sebenarnya uolllsss...

**Matila akak kalau pegawai ma ra baca, matilah di tolak application.

Padahal cost living kat malaysia nih lagi mahal nak mampos berbanding UK. Sapa yang duduk UK pastu balik malaysia mesti mengeluh pasal benda nih. Bukan akak tak bersyukur elaun naik tapi, perlu dinaikkan jugak elaun untuk mereka2 yang study di Malaysia nih.

Akak ada lagik sehari puasa nak kena ganti uollsss.. Apesal ntah tahun nih lembab sangat nak ganti puasa. Jap lagik kang nak bayar fidyah kat pusat zakat.


Friday, July 13, 2012

Happy And Sad


Nangis sebab kena dengki dengan emak dia.

Akak tiba2 puasa dihari jumaat inih, sebab nak habeskan ganti puasa uollss..

Buruk gila Pahat nanges.

Akak plan balik nih nak bake lasagne lah..
Puasa kan mengidam makan macam2, kalah orang pregnant. Bye.

Tuesday, July 10, 2012

Gara2 baju Rizalman!

Kannnn?? Gigih akak heret laki akak dgn Pahat pegi Tesco Nilai semata2 nak beli baju Rizalman kaedahnya..

Yela uolllsss kalau kau nak pegi tempah dengan Rizalman memang tak dapek la.. Unless kau artis atau ada pangkat Datin atau penjual korset ****Oppppsss!!

Disebakan hasutan pekerja Tesco, akak try beberapa baju yang akak rasa berkenan.







Baju mana yang akak beli? Tunggu raya lah. Tapi akak beli 1 sahajork. Mula2 akak try saiz S (seperti dalam gambar), Tapi akak beli saiz M sebab perut akak nampak buncit.

Pastu akak suka baju biru belang2 itteww tapi Mohd Rafi tak suka. DIa tak suka semua baju kecuati yang color coklat hitam ala2 60an tuh.

Tapi kaedahnya akak beli jugak baju yang dia tak suka sebab akak guna duit sendiri, suka hati akak lah nak beli..**matilah nurakah!

Range harga adalah RM200-RM250. Akak beli yang RM200**aku mestilah nak yang murah kannn??

Baju dia suprisingly sedap dipakai dan terletak chantek dibadan kuu ini.. So, akak agak puas hati jugak lah beli.
Material kain adelah jersey. Tak payah gosok terus pakai. Ha ni lagik akak suka.

Masa sedang shopping tu akak tengok Pahat mcm tak aktif. DIa asyik melepek kat orang je. Senang citer dia baikkk sangatlah, sampai tak percaya akak dgn Mohd Rafi Pahat baik mcm tuh.

Rupa2nya dia demam uolllsss.. Terus pegi Klinik dekat GianT Nilai tuh.

Malam tuh, dengan apak pon sekali demam.

Apak dia demam selera besar sungguh. Macam2 nak makan, pastu asyik suruh emak urut je.

Tu la kannn orang jarang jatuh sakit sekali sakit mcm tuh lah, satu badan bisa2.

Jadi hujung minggu akak menjaga 2 orang sakit kat rumah tuh.

Hasilnya, ni akak pon dah sama terpalit dengan penyakit 2 orang itteww..

Friday, July 6, 2012

Fitnah itu berdosa!

Dalam dunia nih ada jugak orang yang cemburu dengan kita kan walaupon kita tak chantek dan kaya raya??

Pelik jugak akak, apa agaknya dia dapat dari menyebarkan cerita2 mengenai orang...

Kalau cerita tu betul sekali pon tak perlu lah sangat nak ceritakan keaiban orang serata donia.

Tapi sebenarnya, bila orang buat cerita2 macam ni bukannya diorang dapat apa2 pon. Dapat puas hati kah? Merasa lah kau carik kat akhirat nanti mintak mahap.

Bila orang melayu buat Business kan uollss ada je orang2 suka sebar cerita bukan2.

Akak ni bila tak suka takde la sibuk dok jaja citer pasal orang, dok diam dalam hati jah sudah.

Rupa2nya lelaki pon suka tabur fitnah jugak.

Akak dah cakap dah dgn Mohd Rafi jangan laser2 sangat mulut tuh. Ha kannnnnn orang dok sibuk kata bukan2..

Last resort dia kata nak berenti kerja je. Plus, bos dia pon dah tak trust dia, so dia kata no fun keje situ lagik.

Akak bukan apa, kesian jugak kat Bos dia, sapa nak overhaul dgn modified motor kannn kalau laki akak nan hado?

Memang lah laki akak tu kalau dia tak suka, dia cakap je nan hado tapis2. Tapi, kalau dia buat kerja dia sungguh2 takde sambil lewa macam akak nih.

Takpelah, duduk rumah pon dia boleh buat moto orang + tolong akak buat kueh raya.. ada jugak pendapatan.

Semoga bahagia je lah orang yang menabur cerita tuh yek...!

Laki akak kata, ingatkan nak tolong melayu, tapi lebih baik dia kerja dengan Cha ya nun alif jah masa kat johor..

Macam tuh dah tawar hati kaedahnya...

CD Owner, nanti mak gossip!

Tuesday, July 3, 2012

Cuti seminggu

Laki akak cuti seminggu uollss..

Semalam akak balik tengok dia sedang berkemas, kedudukan perabot pon dah berubah.

Clustt kann??

Akak duduk rumah tak koser nak ubah2 posisi perabot.

Peti sejuk tu ha dia pegi ubah, dapur lah.. Pastu dia dok kemas2 dapur tu.

Pastu dia cakap kat akak 'Barang2 kueh u, I dah letak kat satu tempat. Jangan sepah2 lagi'

Macam tuh kann? Pastu akak duduk tercegat kat situ dia sound.

'Jangan nak sengih2 kat situ, pegi tukar baju'

Tetiba akak terlibat dalam proses pembersihan. Akak kena paksa sapu lantai. Dia Mop lantai.

Jadi rumah akak sudah bersih berkilat.

Tapi ujung2 Mohd Rafi sound akak:

'Ntah berapa hari la tahan rumah bersih mcm ni' Sambil jeling2 akak.

Motipppp?? Bukan akak okeh buat sepah. Pahat!!

Monday, July 2, 2012

Rossi junior.

Nama pon ROSSIudin kannnn?? Keje dia nak merempit je. Tak kira lah kaki orang ke apa ke..

Atas lori dia tu dah pelbagai aksi dia buat. Seram aku tengok. Kang kalau jatuh satu hal pulak.



Aritu pegi rumah kawan aku dia kemaruk main basikal anak orang tu. Jadi semalam jalan2 Apak kesayangan pon belikan lah basikal. Walaupon anak dia nan hado reti kayuh. Hasilnya mcm ni uolllsss..







Mengelupur kan anak aku? Atas troli tu jugak naik atas basikal tuh.
Lepas tu Mohd Rafi angkat dia nak masukkan basikal dalam bonet mengamuk sakan. Pengsan emak!!

Masa beli basikal ni pon abes 1 giant tu dia round. Tu belom pantang dengar bunyi motor ayah dia mula lah gegar2 pagar nak naik atas moto..

Nasib la kau kan Apak dia kena layan, nak sangat anak Rossi. Rasainnnnn!

Anak kau hado mcm nih???


student nan hado dan henpon jahanam

Ya allahh... henpon emak dah la dah memang hazab, di campak2 kelantai pulak. Dah jahanam dah henpon zaman batu skrin hijau aku tu. Kejap2 kang teroff sendiri gara2 budak nih.

Minggu check up Pahat, aiyooo matilah aku nurse tu tanya2 kenapa pahat tak cakap2 lagik.. Eh, dia pandai cakap...... dia cakap:

'mmmmmuahhhh'

bila kiss orang. Bila ajar one two three four five.. butir2 dia sebut tak jelas, tone dia je hado,

Arahan semua dia pandai ikut. Pandai pakai selipar sendiri.

Paling dia suka merempit!! pengsan!!


Student dah start cuti jadi aku pon takde keje. Jadi aku plan nak tido hari2.. matila kannn?? kang keluar berjalan2 boss carik pulak. Takde motifff sangat kan entry aku??

Nak beli s3 lah... lalalalalalalala

iklan