Dah lama kan mak tak citer pasal budak2 kat rumah tu.
Kan minggu lepas semua results periksa akhir tahun Farhat dah keluar. Ya ampunnnnn sissssss. Dia dapat 3E sisssssturrrrrr. Math, BM pemahaman and BM penulisan dapat E. Urut dada makkkkk. Jangan cakap mak tak ajar kat rumah eh. Dah habis buku latihan aku suh dia buat. Tambah lagi dekat nak periksa tu mak siap print soalan contoh banyak2 sampai habis ink printer aku. Lepas tu balik kerja mengadap dia lagi ajar sampai malam. Lepas tu mak anta tuition lagi. Tuition tu dia yang mintak nak pegi eh. Mak tak paksa pun sebab dia gembira pegi tuition bersama2 sepupu dia Rayyan. Actually masa buat kat rumah kan ok je emak tgk. Xde la excellent tp mak harap lulus la kan. Time exam tak tau la apa dia jawab uollss. So mak anggap takde rejeki je lah kott.
Lagipun tak semua anak pandai dalam pelajaran kan. Mak dah usaha, dia pun dah usaha kalau dapat segitu je redha sahajok. Lagipun yang lain2 mak happy dengan dia. Kalau emak cakap biasa dia dengar je. Dia jarang memberontak. Dari baby dia memang jenis calm je.
Sekarang ni kalau dia nak makan pape pandai dah request. Kalau tak dulu dia makan je lah apa mak dia masak.
Aritu ada seminggu mak tak masak sebab hari mak akak masak kat rumah adik akak tu. Rumah akak dgn rumah si Tipah tu dekat je. So hari2 balik kerja singgah rumah dia mkn pastu baru balik rumah sendiri. So Farhat satu hari tu dia sound,
'Ibu, Abang esok taknak lah makan kat rumah Rayyan. Ibu masak la esok. Abang nak makan ibu masak'
So emak pun masak sup seperiuk. Tapiii dia makan supnya sahaja dengan carrot. Ayam tak makannnn. Dia memang jenis mcm tu. Kalau makan lauk sikit je letak. Ayam jangan letak besar2 nanti tak habis. Kadang2 makan nasik dengan kuah je lauk taknak.
Pastu semalam, dia nampak org jual burger tepi jalan dia cakap,' Ibu, esok balik kerja ibu belikan abang burger tau. Abang dah lama tak makan burger '
So, mak buat apa? mak pusing balik kereta singgah la beli burger. So dia makan dengan happynya.
Kadang2 request nak makan nasi lemak. Emak malas masak so emak belilah. hahahaha.
Citer adik dia lenkali mak cerita.
Mak rasa nak pindahkan dia punya pusat tuition kot. Mana tau dia bertambah baik ke lepas tu kannn?