Thursday, September 29, 2011

Pahat 1st Birthday - Planning

Akak tengah pening uollsss Birthday Pahat nih.

Mula2 ingatkan nak ajak 20 orang jah.. tetiba list guess mcm ramai pulak.. Gituuuuu kannn??

Yang akak pening nih akak pening fikir menu bolehhh??

Sebab dah lepas raya takkan nak masak nasik impit kann??

Konsep lauk tengah hari boleh tak uolllss?? sapa datang lambat merasa makan telur goreng jah. >> Fiza suka la nih..

Pastu akak pening nak buat kek Pahat gaya cemana ntah.. Tiru kek Myra boleh ka Shila...**matila tak kreatif..

Wednesday, September 28, 2011

Lambatnya datang bulan nih....

Aiyooo...sudah lambat adekah Pahat bakal menjadi abang???

Hahahaha... saje spekulasi. Hahahaha.

Sebelum itu......berita sedih.

--------------------------------------------------

Takziah kepada BA diatas kehilangan Ibu beliau disebabkan oleh breast cancer. Mari sama2 sedekahkan alfatihah.

Mak aku kata, terngiang2 je waktu dia pegi rumah ko. Harap sekeluarga tabah diatas kehilangan.

-------------------------------------------------------

Lepas tu Mohd Rafi takde 5 hari pegi Jakarta. Dah tu akak feeling2 hari ahad lepas setelah akak sentap hari sabtu ado lah dia nak bawak akak jalan2 dgn Pahat. Adoooo??? Nan adooo!!...
Dia pegi keje uollsss walaupon Bos dia bagi cuti.. Sentap akak uollsss sambil urut dada.

-------------------------------

Lab ari inih adelah Lahar gila babi sebab aku tak reti nak buat langsung last2 aku release student awal.

_________

dah. Nak balik jumpa Pahat.

Kau adoo!!!!

Sunday, September 25, 2011

Kisah sentap weekend...

Uollss...

AKak cancel pegi perak sbb akak cakap dengan Mohd Rafi nak pegi Shah Alam.

Dia tanya pukul berapa?, akak cakap tak sure.

Tengah hari sikit sms Kher pukul berpa. Pastu bagitau 1-6 majlis Puan Shilla.

Dah tu, dia cakap, 'Tak nak pegi, banyak keje'

Terus akak sentap!!

Akak bukan suh dia ponteng pon uollsss since Boss dia xde. Akak suh dia break 2 jam mcm tu pegi open house Shilla....

Eleh..time kawan dia kawen boleh pulak half day kannnn??

Siaplah nanti bila kawan dia kawen bulan 11 jangan harap akak nak pegi jugak..

what u give u get back la kannnnn???

Thursday, September 22, 2011

Open House classmate merangkap housemate surrey..

Matila gambar curik dari FB.

Ni first open house rakan2 yang akak pegi tahun inih uollsss... Merasa la orang tak popular takde sapa jemput kauuuuuuu!!

Actually ado open house lain, tapi ari tu ujan lebat gila dan akak ni datang sorang dengan Pahat je terkontang kanting nak pegang payung. Sbb sabtu kan Mohd Rafi keje..

Ni open house rumah kawan akak masa kat surrey dulu, Dyana. Nampak tak muka akak buruk berganding dengan Dyana??? **matila pose2 beli make up lepas nih. Make up pon dah tak mampu beli. Howwww???

Pahat sedang menggigit angpow. Macam tikus dah anak aku.


Ex surreyians. Bao kekok gila pegang baby, pastu pass kay Hussain (baju putih belang merah). Bagus okeh dia ni pegang baby tak kekok siap main2 dengan Pahat, boleh emak makan dengan tenang..
Dan Pahat maseh menggigit angpow.. Tension emak bila amek dari tangan dia melalak.

EH, tu baju raya akak taun nih.. Perlu kah bagitau??

Sabtu ni akak tak tau nak pegi mana, ada wdding kat perak, pastu open house rumah Puan Shilla dia shah alam, open house rumah As di kajang.. Aiii xdo ke rumah doket2 sikit senang nak pegi..

Open house rumah akak sekali dengan besday pahat, sekali launching business catering, boleh gituuuu??

Wednesday, September 21, 2011

ini semua kau punya pasal Pahat!!

Aiyooo... selagi laptop aku rosak selagi tu la nan ado gambar di blog ini melainkan gambar curik..

Anak uollss dah berjalannn????

Anak akak nan adoooo! Berdiri sendiri pon nan ado.

EH, Lion dah berdiri sendiri tau. Lion baru 10 bulan.

Akak check2 buku check up Pahat semalam nak tgk next appointment berapa hb.
Tengok kat berat dia, eh, aritu 10 bulan 9.9kg rupanya.

Patutla macam nak pengsan aku mendokong dia sambil beli ikan kat kedai.

Perangai dia dah nak setahun nih ada 45 macam kadang2 nak pengsan akak layan. Kadang2 akak tak koser nak layan. Sudahhh!! emak banyak order nak buat... **matila...

Yang paling akak tak suka ialah dia suka sangat mengutip. SAMPAH. Mengutip je takpe, tapi package KUTIP dan MAKAN tu akak tak tahan. Aritu ntah serangga mana tersadai tepi dinding dia kutip makan, akak jolok mulut dia dah hancur binatang tu dikejekan.

Eh, dulu kan bila Pahat duduk dalam car seat orang mesti cakap:
'Baiknyaaaa Pahat duduk diam je dalam car seat..'

Sekarang, ya ampunnnnn....beristiqfar aku nak pegi carrefour yang 5 menet tu jah. Kalau pangku dia sibuk nak pegang stereng main hon lah, main signal, main wiper. Tak boleh duduk diam.

Kalau nak baca paper jangan depan dia. Habes dia koyak pastu dia gigit kunyah masuk dalam mulut.

Kat dapur abes bawang aku diteraburkan. Tak tenteram emak nak masak tau.

Gigi ado 6 batang tapi suka menggigit orang. Tempat favourite dia lutut aku ni ha. Ntah rasa manis ke hape.

Paling tension bila nak melipat kain. Aku lipat dia kembur, aku lipat dia kembur. Last2 emak longgok je kain dalam bakul.

Konsep Pahat, selagi emak tak tido selagi tu dia x nak tido. Merasa Emak pon tido sekali. Dah tu semua keje pon tak buat.

Orang cakap Pahat dah putih, dah tak hitam mcm apak dia time dia bayi dulu.

Makan pulak, akak nak bagi nasik tapi akak BS tu kata kasik la bubur yang kering sikit sbb dia bukannya reti mnguyah dan kurang minum air masak. Nanti berak sembelit melalak2 mcm kena pukul emak jugak yang tension kena bangun pukul 3 pagi.

Selalu lauk dia sayur akak blend siap2. Tapi ikan masak daily lah. Selalu ikan rebus je. Dah start seasoned jugak tp very lightly lah. Tapi dia ni suka menyibuk kalau orang makan. Nanti melalak2 kat bawah suh suapkan dia jugak.

Maka, sediakanla nasik putih sikit untuk dia..

Eh, panjang pulak entry Pahat. motippp??

Tadi pagi akak bakar choc peanut butter cake. Petang kang nak frosting pulak.. Byeeeeeee!!

Tuesday, September 20, 2011

Tak semua bersalin kat hospital swasta tu best..

Ni pengalaman kawan akak ARNI bersalin dekat An Nur Bangi.

BACA SINI!!

Ramai juga akak dengar pengalaman ngeri bersalin dekat An Nur nih.

Siap pesan kat Arni ni jangan tulis kat Blog bolehhhhhh???

Dah tu service hampeh cemana? Orang buat komplen langsung takde tidakan diambil LANGSUNG!

Akak copy paste org yang comment kat entry tuh:

hi.. tertarik dengan entry you kali ni.. first time i bump to your blog from my friend's link dari facebook..

i pity with your condition dekat an-nur.. tapi dekat sini jugak i nak kongsikan pengalaman auntie i beranak dekat sane 3 tahun lepas..

macam you jugak, she has been forced to take epidural, padahal mase tu ikutkan she doesn't have to take epidural pun.. tapi lagi kesian dia you.. lepas dia beranak, dia jatuh sakit, tak boleh langsung dukung anak dia, badan jadi lemah dan macam-macam lagi.. kiterng suspect doktor bius tu salah cucuk epidural dekat dia,

kesian sangat, for the past 3 years, she has been struggling untuk diri dia, anak dia yang bongsu tu very independent sebab mak dia tak sihat.

alhamdulillah after three years, this year, baru i tengok dia happy, baru i tengok dia dah boleh masak untuk anak2 dia.. and now dia memang happy.

and dia selalu pesan dekat i, kalau boleh tak payah lah pergi an-nur tu, with her bad experienced semua tu...


Sapa2 yang feeling2 nak pegi An Nur bersalin tu renti kan lah, akak suggest pegi KPJ lagi best bilik dia. Luas pun luas. Kat An nur tu mcm hectic+crowded sangat lah..

Ada sapa2 yang mempunyai pengalaman sebegini juga???

Monday, September 19, 2011

Musim ujan tak boleh la nak buat macaron...

Latest from ilotskitchen. Red velvet cupcake yang bawah sekali tu, dengan macaron pelbagai color kat belakang tu..

Eh? apesal aku update kat blog persendirian pulak nih?? ahhh... lantak lah yek..

Gambar cilok FB kawan aku.

So, order dari kawan se 'surrey' akak.

Matila kan dia order 50 bijik Mac tapi aku berjaya buat 40 biji je di musim hujan nih..

Almaklumla akak buat french mac yang sensitip dengan cuaca, kalau ujan abes crack semua mac. Itu pon ntah berapa batch masuk tong sampah.

Jadi ujan2 begini macaron terpaksa la di hold dulu ordernya unless tak kisah nak pick up bila gituuuu.

Oh ye, batch last 2 weeks yang macaron disaster adelah disebabkan akak pakai eggwhite yang dah lama simpan time buat kueh raya bulan puasa lepas.

Red velvet pon terpaksa on hold dulu. Aku ada 1/2 botol je wilton red-no taste cukup2 untuk buat order kak ina next week.

empat lain semua takde stok termasuk kota dem.

Tapi kat hartamas ado, tapi akak nan ado tau jalan.

Merasa banyak order on hold minggu ni.

Harap bersabar semua dan nantikan kemunculan kek2 baru from ilotskitchen!!
Matila promosi mcm popular.

Bye



hai la anakkk......

Uollss... akak sentap sangatss... Skrin laptop akak pecah dikejekan Pahat. Akak pon tak sedar bila dia buat tetiba je dah pecah..
**nangesss!

CD owner kata nak tukar skrin RM800.. elloooo! baik aku beli baru. 2nd choice dia suh beli skrin PC connect ke laptop dengan cost RM200. Agak2 akak pilih yang mana??? pandaiii!!!

Next week Mohd Rafi pegi Jakarta lagi bos dia ajak(paksa). Konsepnya Bos dia tuh tek berapa reti sangat pasal barang2 moto yang perlu untuk bengkel. Jadi kena angkut Mohd Rafi. Dulu Bos dia pegi sorang merasa barang2 merepek dia beli dengan konsep murah tapi nan ado laku.

Dah tu, dulu bengkel tu ada sorang mamat ni keje sebelum Mohd Rafi keje nama dia Amir. Tapi mentang2 la bos dia tu tak tau apa2 pasal motor dia kelentong bos dia ni kaw2 punya..

Bayangkan la dapat duit betulkan moto separuh dia masuk kocek, separuh lagi dia kasik bos. Pastu resit beli barang moto pon dia selalu tipu. Kalau Bos suruh dia beli harga rm120, dia mark up jadi RM170.

Ada sekali akak pegi sana Mohd rafi suh tengok resit tuh, obviously tipu..

Well, kalau nak tipu pon beli la resit baru ke kannn... ini pegi tukar tulisan 2 ke 7, tak ke obvious???

Bayangkanla, time dia keje sorang, sebulan ujung2 duit kedai tinggal rm500 sajork?? RM500 nak buat bayar sewa kedai pon tak lepas uolllssss...

Lepas tu bila Mohd Rafi keje kat situ dia la ajar Bos tu sikit2 pasal barang motor. Harga2 semua, ajar dia sikit2 repair moto.. Pastu mamat tu sentap dgn Mohd Rafi.

Abes tu dah ko buat keje tak jujur kannn??

Ujung2, bos dia dah bengang, dia pecat lah mamat tuh. Dan pindah kedai baru. Kedai lama dia tutup.

Pindah kedai baru ni alhamdulillah sales pon banyak 30kali ganda.

Jadi, Bos dia ni pulak siang berkerja, nak kena transfer ke Kuantan.

Dah tu dia pun suruh Mohd Rafi jaga kedai tu. Menambah lagi keje Mohd Rafi. Mati la kan dari pukul 9 malam balik ntah pukul berapa pulak. Kalau gaji tak naik merasa berenti jah! cam tak berbaloi gila je gaji sekarang.

Wednesday, September 14, 2011

Barang baby, Perlu atau ikut nafsu?

Ok, untuk orang2 yang mesken mcm akak nih merasa baca.

1. Breastpump : Perlu atau tidak??
Bagi akak, kalau korang nak jimat duet+berkerja breastpump is a must. Sebab susu FM tu ko hengat harga dia dah berapa?? Mahal hokeh.

TAPI... tak perlu lah nak beli sampai Madela swing bagai.. Memang la dalam blog+internet orang dok sibuk2 kata Madela, spectra 3. Tapi sebenarnya ada lagi breastpump yang lebih murah dan sama kualiti mcm Madela dan spectra 3.

Suggestion akak adelah The first year, kalau korang feeling2 nak double pump baru RM500++

2. Baju baby : Perlu kah yang berjenama?
Akak nak bgtau akak tak pernah belikan baju Pahat lebih dari rm50. Chop! aku rasa lebih rm30 pon tak pernah kot, ke ada sehelai je.. ntah emak lupa nyeh!

Akak beli baju2 jenama high street seperti ck, osh kosh atau GAP adelah di FOS atau internet. FOS sehelai baru RM10. Murah jah.

Yang lain2 kadang2 akak beli yang satu set terus. Jeans Pahat pon akak tak koser beli kat anakku ka butik2 terkenal kah. Akak bantai FOS atau reject shop juga. Pastu akak suka pegi TESCO Plentong ada 1 kedai jual barang bayi mcm FOS jugak dan murah.

3. Barang persiapan baby : Perlu tak beli semua?
Ha.... barut pon aku jahit sendiri sebab nak jimat punya pasal. Barang2 lain mcm warmer atau strelizer tu kalau korang ada budget lebih boleh la beli. Kalau mesken mcm akak sendiri mau ingat rendam kat air panas sudahhh.

4. Stroler
Nak tau tak stroler Pahat akak beli dengan harga RM75.. Lagipon akak bukannya nak beranak 10 nak beli stroler yang mahal dan tahan harga seribu lebih tuh. Sah2 kalau anak 4 orang bei stroler murah 4 kali baru RM320 < rm1000.

5. Car seat
Bagi akak ni penting sebab jalan kerja Mohd Rafi dan akak adelah tidak sama. So keje menghantar Pahat adelah akak. Tapi beli jugak yang murah. Akak beli Mydear baby time warehouse sale.

Tetiba akak malas nak sambung tapi akak nak citer pasal duit raya bolehhhh??

Uollss... akak kan mesken, so akak sedia duet raya rmdan rm2 sajork utk anak2 rakan. Tapi akak segan la pulak orang bagi Pahat rm5. Patutkah akak up duit raya menjadi RM5 sedangkan akak mesken? ataupon buat bodo je lah kannn???

sambung balik citer barang baby tu akak nak cakap ialah, kalau tak berkemampuan, sediakan mengikut apa yang kita ada je. Tak perlu lah kau feeling hutang orang tak bayar tapi bila wife ko bersalin nak dekat spital swasta yang mahal. Bila orang tanya pasal hutang ko kata bulan ni guna banyak duit sebab baby baru lahir sedangkan ko keje O&G dah sedia gaji banyak tapi hutang orang nan ado bayar..

Matila kannnn perli sapa tak tau!

Tuesday, September 13, 2011

Open house terkejut..

Hari ahad tu akak sibuk2 nak keluar tiba2 kawan2 Mohd Rafi call cakap nak datang raya lepas maghrib.

Aiyohhh... rumah akak kueh raya pon nan ado okeh. Motippp pembuat kueh nan ado kueh raya untuk rumah sendiri kannn???

So balik rumah pukul 7 tu kelam kabut akak masak mee 3 bungkus. Sbb yang nak datang tu ramai- lelaki 10 orang. Dan baking choc cake since barang2 semua dah ada.

Tapiiii.... tunggu punya tunggu dah pukul 10 nan ado jugak datang.. Harammmm sangat kann??

Last2 dekat pukul 11 baru datang. Akak koser nak layan. Akak tido kan Pahat. Mohd Rafi layan diorang.

Monday, September 12, 2011

Pahat now 11th month old!

Eh, tiba2 bulan depan Pahat dah setaun.

Jalan? Nan ado dia nak berjalan. Berdiri sendiri pon takut ya ampunnn.. Kalau akak lepas tangan cepat2 dia duduk. Ikut perangai sapa penakut nih???

Bila orang yang dah lama jumpa Pahat akan berkata ' E..eh... dah putihh..' Lalu jeling Mohd Rafi.

Masa Pahat 1-6 bulan kan dia hitam sket. Tiba2 dia menjadi secerah emak... Clust emak tau!!

Masih lagi breastfeed 24jam sehari kecuali bila hantar kat BS kena campur la 1 botol FM kalau EBM tak cukup.

Tak sangka berjaya aku breasfeed dia dah nak sampai setahun pun. Emak suka!! Jimat tau duet emak!

Pahat dah kenal orang. Kalau orang hulur tangan dia akan pegi kat orang yang dia kenal sajork. Yang tak kenal kalau orang amek pon dia tak kisah pon. Takde malalak meraung2 kecuali kalau dia bad mood baru bangun tido.

Yang paling best dia lebih suka kat akak BS dari emak sendiri...**nangesss!! Adekah sebab emak suka marah dia?? Matila kannnn??

Suka mengutip. Sampah2 hatta sehalus semut tu pon dia kutip masuk dalam mulut. Kertas jangan cakap favourite dia koyak kertas dan masuk mulut. Ada sekali tu dia makan serangga apa ntah cepat2 akak korek molot dia. Kalau kat dapur suka korek bawang lalu makan kulit bawang. **pengsan akak nak masak.

Nak tidokan dia emak kena tidokan sekali. Tapi selalunya emak tido dulu baru Pahat tido. Keji punya emak!!

Di sebabkan Pahat setahun 8/10 nih, jadi raya nih nan ado open house. Open house akak sekali dgn Birthday Pahat, insyaAllahhh..

p/s Akak nak feeling2 buat announcement jugak, sapa2 yang nak order tat gulung nenas boleh la sms akak 0177703251 sebab akak ada lebihan jem nenas yang akak buat minggu lepas. Kalau nak order chocolate chip pon boleh tapi harga RM24. Tat gulung harga sama.

Masih belum berjaya membuka account company di bank rimau..

Fineeeeeeeee! Mencik tau..

Ari jumaat tuh akak pegi la bank rimau untuk bukak account, sekali je dia kata:

'better u bukak di cawangan rimau terdekat dengan alamat company sebab incase nak cash kan cek atau cek tendang kena datang sini amek'

Pastu dia kata, 'ni introducer ni kena sah kan kat cawangan dia bukak account'

Ok Fineee... akak pegi branch tempat introducer tuh bukaka acoount. Sah kan. Check IC akak tak boleh detect berkali2.. Terus akak sentap sebab akak pegi cimb boleh jah!

Pastu pegi bank rimau serdang nak bukak account tak boleh jugak sebab??

Introducer tak sampai setahun pulak bukak account. Actually dia dah lebih setahun cuma account lama tu dia dah tutup, so yang ni account baru.

Pastu ic akak tetap tak boleh detect kat bank rimau.

Akak sentap berkali2.... Pegi 2 3 bank dah amek masa sehari. Ari ni dah malas aku nak pi bank!!

Friday, September 9, 2011

I'm having macaron disaster day.

which is happened to all macaron bakers okeh..

Tu nampak tuh? akak rasa akak teroverbeaten the egg white mixture kot. So, 'the feet' naik terlalu tinggi bila baked and it fall, lalu jadi penyek mcm tuh.

Yello macaron turn out nicely!

Tapi yang ni cuma ada 20 biji. Customer nak 50 bijik. Matik aku.

So, 2nd attempt aku buat Pahat dok panjat2 oven. Akak biar je since oven tu tinggi dan tak panas. Tapi tombol temperature tuh still reachable for him. Aku pon biar je lah dia.

So malam tu lepas macaron kering, aku panaskan oven nak bakar. Masukkan 5 minit, Mohd Rafi kata:
'Eh, yang, bau hangus nih!'

Akak buat bodo susukan Pahat. 'I baru je masukkan..'

Lepas tu bau makin kuat. Akak tengok2 dah hangussss uolllssss.... Rupa2nya Pahat ada godeh2 temperature setting tuh ke 230 c, macaron bake at 140 c.

Sentap sangat tau.

3 kali disaster. benci!

Thursday, September 8, 2011

Nak bukak account company pon susah!

tetappppppp!! gambar takde kena mengena dengan tajuk entry kannnn??

Ni freestyle konsepnya masing2 buat keje masing2. Sila kenal anak masing2 sendirik.

Ha, citer pasal business nih, akak dah register dah business catering+bakery akak di bawah nama:

ILOTS KITCHEN (002066643-M)

Dah la akak salah tempat mula2 nak register. Ingatkan kat kementerian kewangan precint 2 tuh. Feeling2 pegi tanya rupanya situ tempat register lesen kewangan.

Nanti akak bgtau lesen kewangan tu untuk apa.

So register company dekat KPDNKK precint 2 tu jugak. Ground level. Pegi pagi2 orang tak ramai dan amek masa dalam 1 jam untuk register.

Nasib baik xde orang guna nama ilot lagi kannnn??? merasa register sekali jah tak payah tukar2 nama.

So, lepas tuh akak feeling2 pegi maybank nakk bukak account di bawah nama company. Untuk apa?? untuk register lesen kewangan la uollss..

Lesen kewangan untuk apa?? untuk register tender2 gov, bukan gov pon boleh. Yang diperlukan adalah, lesen perniagaan, company account dan perjanjian sewa.

Tapi akak nan ado buat lagi. Kalau dah berjaya nanti akak citer.

Tapi... nak bukak account company bukan senang ye... Feeling2 sangat akak bawak duet pegi bank rimau nak bukak account. Ingatkan masukkan 2k dah boleh bukak account kann??

Silapppp yeee...

Korang kena ada seorang 'introducer' mcm tukang recomend gituu.. Yang mempunyai CURRENT ACCOUNT, bukan saving account ye. Current account nih lebih kurang biasanya orang yang ada company guna current account sebab ada cheque book.

Merasa la akak tanya semua orang ada tak current account bank rimau. Nan ado okeh. Akak call Mohd Rafi tanya boss dia ada tak current account. Ada tapi cimb. Filla pon ada tapi eon and cimb.

Akak malas la kann sbb saving acc dah cimb. Tiba2 cd owner bgtau abang dia ada current account sbb abang dia yang uruskan registration company2 yang malas nak ke sana sini konsepnya.

Tanpa berlengah akak terus jumpa abang dia mintak sign dan chop jua no account.

Yee... kena sign okeh bukan simply letak nama dan no account. Merasa la korang cari pemilik account terdekat.

Tapiiiii... belom settle pon nyehhhhh... Kat borang registration company tu mintak stamp company puilerr... Merasa pegi Pudu pulak buat stamp konon2 nak buat express,
tapi bila tanya harga:

EXPRESS (1 jam) : RM25 biasa, RM50 sekali ink.
Sehari : RM9

Korang rasa akak pilih yang mana?? haruslah yang RM9 ittewww... Jauh gila beza harga okeh.

Kesimpulannya akak tak boleh pon bukak account bank rimau ari nih.

Kalau akak dah berjaya bukak account nanti sapa2 nak suh akak introduce kan untuk account korang bgtau je, insy akak boleh jah, tapi lepas setahun la uollss sbb syarat dia kena setahun baru boleh introduce kat orang..

Kannn??? nak bukak account pon susah tau.

Ada apa2 pertanyaan?? sila kemukakan nanti akak foward kat cd owner, cd owner foward kat abang dia gituuuu...

Tuesday, September 6, 2011

Rumah masuk pencuri..

**Gambar takde kena mengena dengan jalan cerita.


Balik dari johor, akak tengok penyidai kain tu dah masuk ke longkang. Nasib bukan baju akak yang di sidai di situ. Baju Mohd Rafi. Merasa la kannnn?

Lagipon tugas akak bukan membasuh kain, tugas basuh kain+sidai kain kje Mohd Rafi. Keje akak lipat kain tapi dah berlonggok kat atas katil sebab sebelum raya busy buat kueh raya punya pasal kennnnn??

Sebenarnya kat penyidai kain tu ada battery kereta yang dah rosak Mohd Rafi buat sendal. Dah berapa kali apek 'kau kau kunci, kau kau cincang, paper lama! surat khabar lama!' tanya nak jual tak bateri tuh.

Aritu sekali semua orang dalam rumah dia masuk tetiba amek bateri tu okeh. Nasib baik adik ipar akak nampak lalu sergah apek tuh. Terus dia letak balik.

Jadi akak terus masuk dalam rumah check laci katil ada tak duit cash hasil jualan kueh yang akak simpan bawah katil. Matila kena marah dengan mohd Rafi sbb simpan duit ribu2 dalam rumah. Motippp tak masukkan dalam bank kannnn???

Tapi dalam rumah nan ado pon barang2 hilang. Barang motor kat luar pon nan ado hilang. Jadi hanyalah BATERI kereta yang hilang!!

Syukur Alhamdulillahhh....

So suspect utama pencuri bateri sendal penyidai kain mohd Rafi adelah apek 'kau kau kunci, kau kau cincang, paper lama! surat khabar lama!'

Rasainn kauu aritu apek tu tanya ko sibuk kata, tak nak jual! nak buat sendal penyidai kain!!

Merasa apek tu curik bateri kau....!

Sunday, September 4, 2011

Raya tak raya!






Raya akak tak raya sangat uollss... 2 hari nak raya akak n Pahat demam panas. Badan akak saket2 tak larat nak bangun dok melepek jah kat rumah.

Pastu Mak mertua akak suh pegi urut. Pegi la berurut dgn Pahat sekali kat air tawar 5 tuh, motipp hakak call Kher tak jawab??

Pastu esoknya badan akak sakit gila babi hasil kesan selepas urut. Sbb makcik tu kata badan akak masuk angin banyak gituuuu..

Lepas hari ke 3 badan akak dah rasa sedap sikit. Tapi Pahat makin teruk batuk. Malam raya dia tak tido asik melalak je. Jadi, emak dgn apak pon tak boleh tido jugak menjaga Pahat.

Jadi raya pertama dah melawat klinik terdekat yang bukak. Poliklinik Penawar bukak, tapi mahal uollsss raya pertama tuh.

Gambar raya pertama Pahat pon semua tak senonoh je. Tension emak.


Baru lepas melalak.


Batuk kokol.


Melawatt klinik dulu sebelum melawat rumah orang.

Kesimpulannya cuti raya banyak melepek kat rumah sajork. Xde pon beraya beriya. Siannn Pahat sampai skrg batuk tak baik lagi tapi dah tinggal sikit2 sajork.

Selamat kembali berkerja esok!


iklan