Showing posts with label ilots kitchen. Show all posts
Showing posts with label ilots kitchen. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Experiment2 yang berjaya dan gagal.

Sebagai seorang bakers, dan penjual kek, akak nak bgtau, bukan semua resepi2 internet menjadi sedap ye uollss..

Kadang2 resepi tu kata sedap gila, the best, the most delicious ka, tapi kalau tak kena dengan tekak uollss maka tak sedap la jawapannya.

Selalunya akak ber'experiment' dengan recipe. Biasanya ada la tukang2 lab rat akak.. **matilaa.. Kasik orang makan dulu. Kalau depa kata sedap baru proceed jual.

Kalau resepi kek orang mintak memang akak bagi sebab akak tak cipta resepi tu sendiri. Paling2 pon akak ubah sikit demi kesedapan. Seperti resepi red velvet dan juga rainbow cake.

Resepi cookies, memang harap maklum adalah rahsia, sebab macam nak mati berapa kali experiment baru jadi sedap. Dan juga harap maklum resepi cookies adelah resepi aku sendiri tidak ditiru dimana2. Mula2 mcm nih aku buat kali berapa ntah hapa aku letak dalam tu, tiba2 menjadi sedap termasuk cd owner makan.

Tiba2 akak lupa apa akak masukkan, dan juga sukatan. So, merasa la kau beberapa kali buat baru jumpa apa yang aku letak dan sukatan.

Dan mintak maaf ye sapa yang mintak resepi cookies adelah akak sorang je yang tau. Eh, CD Owner ko tau ke? Tapi sukatan exactly adelah akak sorang je yg tau.

Resepi kek akak boleh bagi. Cookies memang mintak maap uolllss. Lantaklah korang nak cakap akak kedekut ka apa ka.. kau hengat senang nak buat experiment banyak2 kali untuk dapatkan resepi yang betul??

nak update price dan product ilots kitchen:

Muffin (apa jua jenis) : RM0.80 sebiji > untuk order lebih 20 biji sahaja.
Donut : RM1/ 3 biji
Karipap : RM0.40 sebiji - Tanya cik Ien sedap ke tak.

Lain2, akan di update kemudian.

Thursday, September 8, 2011

Nak bukak account company pon susah!

tetappppppp!! gambar takde kena mengena dengan tajuk entry kannnn??

Ni freestyle konsepnya masing2 buat keje masing2. Sila kenal anak masing2 sendirik.

Ha, citer pasal business nih, akak dah register dah business catering+bakery akak di bawah nama:

ILOTS KITCHEN (002066643-M)

Dah la akak salah tempat mula2 nak register. Ingatkan kat kementerian kewangan precint 2 tuh. Feeling2 pegi tanya rupanya situ tempat register lesen kewangan.

Nanti akak bgtau lesen kewangan tu untuk apa.

So register company dekat KPDNKK precint 2 tu jugak. Ground level. Pegi pagi2 orang tak ramai dan amek masa dalam 1 jam untuk register.

Nasib baik xde orang guna nama ilot lagi kannnn??? merasa register sekali jah tak payah tukar2 nama.

So, lepas tuh akak feeling2 pegi maybank nakk bukak account di bawah nama company. Untuk apa?? untuk register lesen kewangan la uollss..

Lesen kewangan untuk apa?? untuk register tender2 gov, bukan gov pon boleh. Yang diperlukan adalah, lesen perniagaan, company account dan perjanjian sewa.

Tapi akak nan ado buat lagi. Kalau dah berjaya nanti akak citer.

Tapi... nak bukak account company bukan senang ye... Feeling2 sangat akak bawak duet pegi bank rimau nak bukak account. Ingatkan masukkan 2k dah boleh bukak account kann??

Silapppp yeee...

Korang kena ada seorang 'introducer' mcm tukang recomend gituu.. Yang mempunyai CURRENT ACCOUNT, bukan saving account ye. Current account nih lebih kurang biasanya orang yang ada company guna current account sebab ada cheque book.

Merasa la akak tanya semua orang ada tak current account bank rimau. Nan ado okeh. Akak call Mohd Rafi tanya boss dia ada tak current account. Ada tapi cimb. Filla pon ada tapi eon and cimb.

Akak malas la kann sbb saving acc dah cimb. Tiba2 cd owner bgtau abang dia ada current account sbb abang dia yang uruskan registration company2 yang malas nak ke sana sini konsepnya.

Tanpa berlengah akak terus jumpa abang dia mintak sign dan chop jua no account.

Yee... kena sign okeh bukan simply letak nama dan no account. Merasa la korang cari pemilik account terdekat.

Tapiiiii... belom settle pon nyehhhhh... Kat borang registration company tu mintak stamp company puilerr... Merasa pegi Pudu pulak buat stamp konon2 nak buat express,
tapi bila tanya harga:

EXPRESS (1 jam) : RM25 biasa, RM50 sekali ink.
Sehari : RM9

Korang rasa akak pilih yang mana?? haruslah yang RM9 ittewww... Jauh gila beza harga okeh.

Kesimpulannya akak tak boleh pon bukak account bank rimau ari nih.

Kalau akak dah berjaya bukak account nanti sapa2 nak suh akak introduce kan untuk account korang bgtau je, insy akak boleh jah, tapi lepas setahun la uollss sbb syarat dia kena setahun baru boleh introduce kat orang..

Kannn??? nak bukak account pon susah tau.

Ada apa2 pertanyaan?? sila kemukakan nanti akak foward kat cd owner, cd owner foward kat abang dia gituuuu...

iklan