Tadi pagi pegi punch in pastu aku lari pegi klinik sbb ingatkan Doc tak bagi MC sbb bulan lepas pegi dia x bagi MC pon. Agaknya dia tengok aku sihat wal afia. Hahaha..
So, tadi check up heart beat. Akak cuak + nervous uollsss.. Ye la, pregnancy yg lepas kan kena buat erpoc(dnc guna vacum) sbb baby takde heartbeat..
Pagi2 akak bangun hangatkan lauk semalam lepas tu tumpang Awi, adik fiza sampai U**M sbb Mohd Rafi shift malam kaedahnya.
Lagi akak cuak sepanjang naik kereta bersama Awi, akak xde perasaan nak muntah langsung. Yela uolllss..kann orang kata muntah2 and pening2 tu tandanya baby tu bertindak balas dgn ibu dia.. Aku cuak gila.. Dalam kepala dah pikir bukan2 dan terus pasrah.
Pastu tunggu Mohd Rafi ambik. Duduk je dalam keter kenari akak tuh terus rasa nak muntah dan pening2. Howww?? Adekah akak alergy dgn laki sendiri atau kereta sendiri??? ***statement bunuh diri okeh..
Yela, Klinik mesra tuh ramai gila orang check up pregnant. So, harusla kena tunggu lama. Pukul 8 lebih aku pegi dekat pukul 11 baru dapat turn.
Datang2 je, Dr tanya, makin loya dan pening tak?
Wah! Akak kagum dia tau akak makin loya2 dan pening2.
Doc Rahaya scan perut. Pastu dia buat muka confuse.
Akak nampak baby tuh dah semakin besar compare dgn before. Tapi Dr Rahaya tuh x dpt carik heartbeat dia. Dia kata susah nak tengok.
Akak bertambahla nervous uolllsss... Pastu dia pusing2 sikit. Ke kiri ke kanan, baru jumpa.
Lega uolllsss dia dah ada jantung.
So ukuran dia sekarang adelah sama dgn progress dia, lebih kurang 7 weeks 5+-4 days.
Next check up is on april fool. Janganla dia april fool kan akak uollsss... Akak dah la nervous.
So, Dr tuh prescribe akak dgn acid folic, ubat tahan pening (dia kata kalau terdesak baru makan) dan MC.
Terus berlambak acid folic dgn ubat pening akak. Semalam pon dapat jugak dgn Dr kat mantin nih.
Masalah akak ialah td pagi akak lupa akak tutup api lauk ke tak?? Akak rasa mcm tak tutup. sepanjang perjalanan tuh akak dah fikir bukan2 sepeerti rumah terbakar. Bomba datang. Semua org kena berkumpul kat bawah. Akak tak bgtau la Mohd Rafi nanti dia maki akak sbb lupa tutup api.
sampai rumah cepat2 akak naik atas rumah. Check api, rupanya dah tutup. serrious weh akak x ingat bila akak tutup. Ari isnin aritu akak rasa akak lupa nak punch out. Pastu akak dah sampai rumah kaedahnya. Akak suruh la mohd rafi yang nak pegi keje tuh singgah kejap check kan.. Tapi harammm uollsss.. Laki akak tuh buta IT. Dia tak reti tengok. Penat akak ajar.
Kenapa uollsss akak pelupa sekarang???