Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Planning...

Uolls...

Baru2 ni kawan akak message akak dia kata kawan dia tanya klinik mana yang boleh gugurkan anak sebab wife dia pregnant anak second dan dia tak ready (financialy).

Astaqfirullah... kawan akak cakap kalau bini dia bersalin kasik je kat dia. Dia nak jaga. DIa tak subahat menggugurkan bayi yg tak berdosa.

Akak pon paham dia tak mampu untuk jaga anak ke 2 nih, tapi nak gugurkann?? tu the last thing he should do. Akak cakap kalau dia tak nak, ramai lagi yang nak anak tu.

Ye la kat Malaysia nih berapa ramai yang nak anak tapi tak dapat kan?? Sanggup beli bayi dengan harga 20k bagai..

Akak tanya kenapa dia tak 'PLAN'. Kawan akak kata wife dia ter MISS makan pil.

SO, jadila ANAK.

It takes two to tango betul tak? Lelaki patut tau bila waktu subur wife sendiri. UNLESS kalau dia tak kisah wife dia pregnant 2nd time.

Akak pon kalau nak kira2 takde la mampu sangat kalau beranak dua. Tapi takdela sampai fikir nak gugurkan anak. Akak percaya dengan rezeki anak.

Dulu masa berdua je dengan Mohd Rafi memanjang tak cukup duit kannn?? Bila Pahat ada sekarang nih murah rezeki uollss.. Alhamdulillahh duit sentiasa ada walaupon tak la mewah. Masih lagi la ada duit setakat untuk berlibur pegi jalan2, makan kfc ke...

Rezeki Mohd Rafi pon bertambah sejak akhir2 nih. Tapi akibatnya faham2 je lah uollss.. 2 3 bulan nih memang harapan la dia nak balik rumah selagi tak pukul 10malam. Minggu ni hari2 dia balik pukul 2 3 pagi. Pengsan akak dengan Pahat!

Tapi sebab akak bakal tak keje tahun depan akak redha je lah.

Still, gaji dia berapa nan ado dia bgtau. Tapi bulan ni dia bagi lebih la duet.. Bukan untuk enjoy ye uolllss, akak simpan dalam account company untuk masa depan. Ala xdela banyak sampai ribu2 dia bagi.. akak pon sedar Mohd Rafi tu keje apa je kann.. Dapat lebih dari separuh gaji akak tu kira banyak la, tolak bayar bil semua, ada lebih untuk akak berjoli... Belanja diri sendiri air starbuck java chips. Ehehehe.

Mampos kalau catering business aku tak jalan. Dah la hutang berlambak2.. Company modem pon nan ado contact akak lepas meeting aritu. Suppose next week ada food tasting kalau akak terpilih untuk tender ittew.. Tapi akak rasa tak dapat la kot sebab akak terus terang je cakap akak tak banyak experience in catering. Takpelah, there's always first time in anything kannn?

Boleh cuba lagi... Kottt.

Eh, korang birth planning cara apa? Akak tak cara natural. Sendiri mau ingat okeh. So far berjaya la jugak. Tapi tak tau la sampai bila. Time lambat period je mula la sendiri gelabah. Aritu period akak lewat sampai 15 hari, merasa gelabah ayam, akak beli 5 kali pregnancy stick tu tetap negative. Nasib baik tak feeling2 pegi klinik.

FYI, kalau period uolls lewat dalam 2 3 hari cepat2 pegi klinik sebab kadang2 sperm tu baru berjalan2 dalam rahim uolls belum senyawa lagik. So doc akan tanya nak atau taknak. Kalau taknak dia akan bagi pil turun darah. Kalau nak mungkin sperm tu akak senyawa dengan ovum dan menempel di dinding uterus gittuuuu. So akan jadi lah anak.

Pastu time pregnant tak payah risau berat naik. Lepas bersalin pon tak payah risau sangat perut gelebeh, dalam 7 8 bulan nanti kempis balik.

Berat akak before pregnant 48kg, sebelum bersalin 60kg. Selepas 30 hari bersalin 51.5kg. Bulan puasa aritu paling kurus aku tak tau berapa kg tapi semua orang tegur akak kurus sangat. Sekarang nih dah ok balik. Tapi akak pun tak sure berapa berat sekarang sebab tak timbang lagi. Tapi akak suspect dalam 48-50kg kot.

Tapi masalah akak adelah stretch mark akak nih nan ado hilang. Time pregnant akak tak pernah miss sapu vitamin E tapi nan ado berkesan. Esok akak nak beli bio oil. Nak paw Mohd Rafi. Dia rela di paw sekarang nih!

Korang ada tips tak hilangkan strecth mark.

Eh, lupa akak nak cakap, Victoria Beckham pon buat surgery hilangkan gelebeh perut lepas bersalin, so korang tak payah risau.

Thursday, October 7, 2010

On contraction....

Akak nak bagitau yang akak confuse dengan rasa contraction.

Tadi pegi jumpa Doctor purposely nak mintak MC. Sebab darah akak masih keluar dan akak sakit perut rasa mcm nak period.

Pastu Doc tu kata nak buat VE terus akak jerit tak nak sbb sakit uollls.. Pastu Doc tu check perut tekan2 sajork.

Pastu dia kata dia tak berani bagi aku MC sbb dia kata aku dah nak bersalin sangat dah tinggal tunggu masa je. Dia suspect akak bersalin petang nih.

Terus akak cuak uolls...

Alamak, sambung lain kali.. Akak sakit perut!

Darah sebelum bersalin..

Mula2 akak sangat confuse. Darah sikit2 yang keluar nih adekah darah HAID atau WILADAH atau NIFAS?

SO Perlu atau tidak solat???

Akak jumpa jawapannya disini:

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/22/status-darah-sebelum-bersalin/

Kita ikut Mazhab Syafi'e kan?? So, darah tu diconsider as darah haid. Jadi tak perlu solat.

Akak rasa takut nak bersalin nih.. Akak takut sakit. Howw???

Sekarang nih jangan harap la dapat tido dengan nyenyak okeh. Tido pukul 3 pagi. Pastu asik terjaga. Lepas subuh dah tak boleh tido balik. Pastu pukul 8 mcm tuh ngantok pulak.

Wednesday, October 6, 2010

Update Hari ini.....

Arini still keluar darah+lendir tapi sikit2 je.

Ramai orang kata dah nak dekat dah kalau mcm tuh.

Semalam mak akak dengan mak mertua datang dari johor. Mak akak kata perut akak dah turun bawah sangat dah. Tunggu hari je.

Akak ada perasaan cuak dengan contraction. Takut sakit uolllsss....

Dah la masa kena seluk semalam pun akak dah trauma.

Arini secara tak sedar diri akak paksa Mohd Rafi beratur kat burger king untuk burger RM1..

Puas hati akak dapat burger black pepper RM1 sbb whopper dah abes.

Ok. Sila nantikan update selanjutnya....

Tuesday, October 5, 2010

Maseh belum bersalin..

Ceritanya mcm nih, tiba2 tengah hari tadi keluar darah secalit. Pastu akak pose2 tak sakit so akak pegi la rumah Filla makan dulu.

Pastu makan2 kueh raya. Pastu nak kencing tengok darah keluar makin banyak calit. Tapi tak la mcm period.. Mcm dah ujung2 period tuh..

So akak balik rumah mandi2, pastu ajak Mohd Rafi pegi klinik. Tapi klinik Hanita yg dekat dengan rumah tu Doctor dia takde, datang lagi 45 minit. So we decided pegi Klinik check up biasa. Masa tu pukul 5 dah. Sampai Klinik Mesra, ada doc lelaki je. Dan Doctor tu tak tau sangat pasal pregnancy.

So, kami pegi hospital serdang terus. Sampai hospital Serdang, register dia suruh pakai kain batik masuk bilik saringan ke hape ntah namanya..

Pastu mcm biasa dia suh kencing, check blood pressure. Dan paling tak best dia seluk kat bawah tuh check bukaaan berapa. Sakit uollssss time seluk tuh..

Doctor kata tak bukak lagi jalan. Dia check CTG untuk jantung baby.

Tapi masalahnya, lepas 30 minit takde pergerakan baby pun. Baby tido.

Pastu dia suruh pakai oksigen nak bagi baby gerak. Tetap guna NAN ADO. Baby akak tetap tido.

Last2, Doctor suruh masuk air 1 botol dalam 1 liter kot. Kena cucuk kat tangan. Jarum dia panjang uollss... ngeri akak tengok.

Akak suh dia drip air tu laju sket sebab akak bosan la nak tunggu terbaring kat situ lama sangat.

lepas abes drip air tuh, baby gerak sikit. Baru la bangun. Lepas 30 minit. Nurse amek graf tuh. Dia bukak semua. Oksigen. Drip air tuh and mesin ctg kat perut tuh. Nurse kata tunggu Doctor siapkan report dulu. Akak dah pose2 happy pegi kencing sebab ingatkan boleh balik dah.

Sekali je akak balik dari toilet, Doctor suh pasang balik CTG sebab graf tadi tak chantek.

Tunggu la lagi kat situ sambil akak gosok2 perut suruh baby bangun kalau tak, tak boleh balik.

Nasib baik dia dengar cakap akak. Dia bangun dan gerak2. So graf dah chantek baru lah Doctor discharge akak.

Dia pesan kalau darah keluar makin banyak macam period cepat2 datang hospital.

HB akak dah naik jadi 11.6. Dah Normal!!.. Alhamdulillah..berkat makan buah delima gituuu...

Ok. tu je cerita cemas hari ini...

Monday, October 4, 2010

Maseh di sini..

Mak akak tengah confuse nak datang rumah akak bila... Yela.. dia bosan uolls nanti kot2 dia datang akak nan ado bersalin2 lagi. Akak nih dah la fail bab mandikan baby apetah lagi pegang baby yang baru lahir. Mcm ngeri je.
So, mak akak pesan kalau sakit2 terus call dia. Nanti dia naik bas dari JB nun.

Eh, perut akak sakit kat belah kanan dr maghrib tak hilang2, kejap datang kejap pergi..

Jangan gelabah uollls.. tu bukan sakit contraction pon.. sakit mcm senak ke ape ntah.

Pastu yang akak tension skrg nih akak susah gila nak berryy (berak). Selalunya hari2 setiap pagi okeh activity wajib melabur kat toilet. Nih dah berapa hari susah nak berryy... rasa nak beli julap pon ada.. kau adoo mcm tuh??

Nih akak baru balik dr giant beli oren satu plastic. Kalau susah nak berry jugak esok memang akak beli julap jah.. boleh gituuu??

Adekah sebab akak makan banyak sangat kat open house menjadikan akak susah nak berryyy??

Gatal2 maseh mcm biasa. Kalau akak makan seafood, gatal2 akan menjadi luar biasa. Seperti makan udang dirumah terbuka. Bila malam tahan je lah mata walaupun ngantuk terpaksa menggaru. Aishhh.....**sambil menggaru lagi***....

Padahal akak sebelum nih relax je makan seafood nan ado gatal2 badan bagai.. Ni semua sebab baby ikut ayah dia yang gatal2 bila makan seafood..

Dah la.. Akak tobat lah nak makan seafood lagi.

Thursday, September 30, 2010

Ramai yang dah bersalin anda bila lagi????

Akak nih uollss dah hari2 pon mimpi bersalin. Bolehh?? Phobia pun ada.

Pastu adik akak hari2 tanya 'bila ko nak meletop nih? Penat kitorang tunggu..'

Boleh mcm tuh??

Oh..tentang gatal2 yang melanda tuh. Akak dah tak tahan sangat semalam akak mandi air panas dengan letak antiseptic dettol 2 cups. Konon2 nak hilangkan gatal. Tapi adooo???

Nan ado. Makin gatal2 mcm akak rasa nak siat2 kulit sendiri. Siap suruh Mohd Rafi garukan guna kunci motor. Boleh??? Nasib baik akak tak guna pisau.. Kau ado mcm tuh punya kronik gatal2..

Pastu baru la akak pose2 baca kat internet pasal penyakit gatal2 on last trimister of pregnancy.

Okeh, nama penyakit tuh ialah PUPPP. Disebabkan oleh regangan kulit. Di alami oleh 1 of 2000 pregnant woman. And 75% of it carrying baby boy.

Yang penting dia kata :

1. Jangan mandi AIR PANAS!! -sbb akan mengeringkan kulit dan menjadikan makin gatal.
2. Jangan GARU -kalau gatal sapu mosturising lotion atau olive oil.
3. Jangan guna sabun yang mengeringkan kulit -Akak pose2 guna dettol mula sbb ingatkan gatal2 sbb germ ke hape..

So, akak terus mandi air sejuk pastu guna Johnson Mosturising shower foam. Baru lah lega uollsss.... Still gatal2 tapi x kronik...

So, sape2 yang mengalami gatal2 mcm akak on third trimister boleh try yah!

Wednesday, September 29, 2010

Terbaru saya ketika 37 minggu..

Nampak tak pompuan gemok yang pakai baju ungu tu?? Sehat sangatkan pipi dia?

Semalam pegi check up pun Doc Rahaya tegur, 'muka awak nampak bloated'

Yela uollss... lemak2 kat lengan tak tumbuh, tetiba pipi mengembang semangkuk.

Check up minggu nih diikuti dengan perbuatan menggaru setiap saat sampai Doctor Rahaya tegur. Mcm biasa dia suruh makan pil jah sbb calamine lotion tuh adelah tidak membantu menghilangkan gatal2.

Berat akak minggu ni naik lagi 0.5kg. Semua sekali 60kg. What??? 60kg??? Macam ngeri je dengar kannn??

Berat baby 3.286kg. Yang lain2 semua mcm biasa je.

Akak dah tak larat nak menggaru nih uollss... Harap2 lepas bersalin nanti hilang la gatal2 ni mcm Doctor cakap.. Kesian akak malam2 tak boleh tido keje menggaru jah.

Monday, September 27, 2010

Semakin hari semakin gatal....

Yes uolls... Akak nih makin hari makin gatal-gatal.. Siang kurang sikit, tapi time malam susah gila nak tido keje menggaru je..

Makan ubat tahan gatal pon dah tak berkesan. Ada satu malam tu akak dah tension sangat akak makan 2 biji ubat tu walaupon Doc advise makan 1 jah!

Mohd Rafi sekarang nih jadi driver akak pegi balik opis time siang. Time malam tukang garu belakang badan dan juga tukang urut kaki. Blehhhh???

Sekarang nih uollss susah gila nak bergerak dan bernapas. Pastu bahagian **tooot* tuh saket gila weh time nak bangun dari duduk, time nak pusing badan masa tido..

Adekah korang mcm tu juga??

Time2 mcm nih akak ado feeling2 nak suruh bby F cepat2 sikit keluar. Blehhh??

Tapi takut pulak nak bersalin. Cemana kalau akak tak reti nak push? Cemana kalau tiba2 air ketuban pecah kat opis?? Tak ke ngeri???
Paling ngeri, cemana kalau tiba2 rasa nak terberanak time tengah mangajar student?? Tak ke kecoh satu kelas tuh???

Aiyohh.. akak dah tingtong.

Hadiah ke dua.. tapi orangnya belum lahir lagi.. how?

Semalam dapat hadiah tilam baby dari Puan Zainab aka mama Filla..

Comel tak? Comel tak?

Comel kannn????

Ni akak tau siapa yang bakal suka. Anak sedara akak yang Icah umur 3 tahun tu memang fanatik dengan teddy bear. Dah la car seat anak akak pon dia rasmikan dulu. Dah la gumuk ada hati nak masuk dalam car seat tuh.. Gedik sangat tau..

Filla, semalam anak2 Puan Zainab semua xde.. tiba2 I dengan Mohd Rafi jadi anak2 dia makan malam kat rumah uolls.. Howww???

Lupa lak, tilam nih hadiah kedua yang baby akak dapat. Yang first aritu dapat baju kawan Mohd Rafi bagi. Tu pon masa pregnant 4 bulan..

Baby cot sepupu akak nak bagi sebab dia dah tak guna dah sbb anak dia dah besar. So, dia bagi akak guna baby cot dia.

Lupa lagi lah.. stroller akak plan x nak beli sebab takut rugi.. Dah la mahal kang anak akak tak suka duduk dalam tu tak ke rugi?
Baby carrier mcm nak beli tapi nanti2 lah baru beli.

Lain2 mcm tak penting je kan...?

Friday, September 24, 2010

Persiapan...!

Mengemas barang2 baby tadi malam.

Lepas tuh saket pinggan pegi angkat bakul alihkan sana, alihkan sini.

Barang2 baby mana yang penting tu insyaAllah nak complete. Breast pump pon dah beli. Beli brand little bean jah sbb murah. Reliable ke tak akak tak tau la uollss..

Akak nak ado mampu beli Madela bagai...

Mula2 ingatkan nak beli jugak spectra tapi akak yang sewa rumah akak kat Johor tu tetiba kata nak pindah Saudi. So akak kena standby duet untuk bayar duet ansuran rumah. Kejilah akak tu! Sewa tak sampai 3 bulan pastu nak pindah keluar pulak.

Pastu kena standby duet untuk hidupkan roadtax keter puiler. Pengsan kejap!!

Nasib baik la duet dividen insuran tu ada boleh jugak buat bayar itu ini.

Rasanya stop dulu la kot beli barang baby. Baju pon akak beli 2 3 helai sajork sbb akak confident orang akak bagi. Kau ado confident mcm tuh??

Barang2 yang belum complete (siapa rasa2 nak bagi hadiah aku ok jah...**larikk!) :

1. Cooler bag -setelah kecewa pegi fabulousmom arituh. pegi kedai lain semua nan ado stok.
2. Nursing pillow - tak berapa penting
3. Set bersalin - Tak beli lagi sbb apsal mahal sangat haa???
4. Storage bottle - Tak penting kot sbb akak dah beli storage plastic tuh. Lagipon nak guna lepas pantang. Time pantang boleh direct BF jah..

Tu je lah kot yang belom siap.. Nak menyambut kelahiran baby nih dah mcm nak buat persiapan bernikah pulak uollss...

Eh, akak lupa ek, duet untuk kenduri kesyukuran tak standby lagi.. Xpe boleh share dengan adik akak..

Tu jah. Nak buat almond london!

Thursday, September 23, 2010

Cerita gatal2 satu badan..

Yes uollss.. akak maseh lagi gatal2 satu badan. Tiap2 malam tak boleh tido keje menggaru je..
Rasa nak terkencing setiap 2 jam tu lain citer. Tambah pulak dengan gatal2 nih. Sampaikan Mohd Rafi tolong garukan tiap2 malam. Bolehhhh??

So, mula2 akak pegi klinik mesra sebab tak tahan kaedahnya. Dr Rahaya bagi ubat tahan gatal Chlorpheniramine dengan Calamine lotion. Tapi nan ado berkesan.

Hari ni pulak akak pegi Klinik Hanita yang dekat dengan rumah tu. Sbb tak tahan sangat gatal. Doc tu pon bagi ubat yang sama. Dia kata tu pregnancy hormone. Lepas bersalin nanti hilang. Pastu akak tanya ada kena mengena dengan baby tak?

Dia kata baby tak kena, cuma ibu dia je, pregnancy hormone kaedahnya.. Dia kata kat akak jangan garu pakai kuku nanti berkudis walaupon gatal2 tu tak tumbuh rashes atau bintik2. Dia suh akak cubit2 atau tekan guna jari jah..

Ado akak buat???? Akak tak tahan!! Akak garu jah guna kuku.. Kadang2 guna ujung sudu ke... boleh gituuu???

Eh, kejap.. nak kuar.

Tuesday, September 21, 2010

9 bulan uolllsss!!!

Panik tak? panik tak??

Akak sekarang dah feeling2 suruh baby keluar cepat sebab dah tak larat nak bawak badan. Nak jalan lama2 pon semput. Tido Tak boleh lena keje menggaru badan jah..

Pastu kan, terasa rimas gila, berpeluh mcm marathon padahal kipas dah full and kat luar ujan lebat gila.

Time tido Mohd Rafi cakap akak lagi la keji. Jangan harap dia boleh dekat2 dengan akak sbb akak panas+rimas. Asal kaki dia masuk ke kawasan akak je akak kuis ke tepi. Keji tak???

Check up semalam kat klinik. Sepatutnya pegi hospital serdang tapi diorg gila telah postpone check up ke 11.10, pejadahnya delay sampai 3 minggu ye tak??

Hasilnya semalam ialah:

Berat ibu : 59kg - Naik 0.5kg sajork dari bulan lepas.
Berat baby : 3.155kg - Bulan lepas 2.2kg. So, berat ibu dia yang naik itu hanyalah berat baby sajork..
HB : 8.9 cuma naik 0.2 sajork dari bulan lepas.. Cemana nih uollss, akak dah nak bersalin tapi HB akak tetap low.. Yang Hospital serdang pon satu hal jugak suka2 je postpone appointment dgn Doctor.

Yang lain semua ok jah.. Doc kata kepala baby belum masuk sepenuhnya. So, belum waktu nak bersalin lagi..

Minggu lepas akak pitam kejap. Bukan pitam main2 okeh. Pitam betul2. Mak akak dengan Mohd Rafi dah gelabah okeh. Nasib baik masa tu tengah duduk kat sofa sbb baru lepas basuh kain. Pastu jumpa Doc, dia kata lenkali rasa nak pitam minum air manis. Oooo..ye ke??

Akak rasa gatal satu badan nih.. Tak tahan!!!!!!!

Friday, September 17, 2010

Pandai bukak tak pandai nak pasang balik??

Ni la dia kes reti bukak kelambu baby nih tapi tak reti nak tutup balik.. Howww???

Puas Mohd Rafi pusing2 nak lipat nan ado jadik okeh.. Last2 gave up biar je kelambu tu mcm tuh.

Akak mengalami gatal2 seluruh badan. Macam nak gila menggaru. Tapi nan ado pulak tempat gatal tu bijik ke hape.. Mak akak cakap pembawakan budak..

Jalan adelah super slow. Mohd Rafi dah bosan keje sapu minyak je hari2 kat kaki bini dia. bOlehh???

Balik2 rumah je keje dia mengemas dan menyapu. Ntah kena sawan sapu lidi ke hape ntah..

Serious weh, tiap2 malam akak tak boleh tido keje menggaru 1 badan.

Cepatla baby F ni keluar, Ibu dah tak tahan nak menggaru ni weh..

Sekarang nih cepat penat. Kaki baru jalan 10 meter dah saket. Bahagian **to00t** lagilah dari duduk nak bangun saket.

Mohd Rafi siap suruh akak tak payah pegi keje. Duduk kat rumah tunggu bersalin sajork.. Kejilah! takkan nak amek cuti bersalin awal?? Koser lah akak...

Next week student dah naik. Dah start kena ngajar balik. Arghhh tensennya kena berdiri lama2..!

Thursday, September 16, 2010

Rejeki lagi Alhamdulillah.. Syukran!

Dapat duet dividen insuran. Boleh buat beli barang baby arini. Yeay!!!

Mak akak ada kat sini. Pegi hantar adik akak balik jerantot. Thanks BA bagi kitorang rehat kat rumah ko. Kesian pulak kat mak ko susah2 je siap tapaukan lauk lagi.

So kitorg sampai rumah pon dah pukul 9. Panaskan rendang tu terus makan nasik. X payah nak masak dah.

Car seat dah beli. Akak aku belikan kat Kuala. Ala.. 2nd hand sajork..

Sape2 nak datang raya tu silalah datang. Rumah akak ada peyek and kerepek2 sajork. Kueh almond and tart harammmm nan ado sebijik pon. So, sape2 yang terasa nak makan kueh buatan tangan akak tuh mintak ampunnn je la yek..

Mula2 ingatkan duet untung buat kueh nak beli barang baby tapi harammmm jugak okeh.. Bagi 2 dgn Mohd Rafi pastu balik kampung bagi duet raya. Pastu beraya sampai lebam pastu tetiba langsaiiii!!!!!!... Howwww?????

Eh, lupa pulak.. akak beli baju pregnant dgn baju raya dengan 5 helai tudung raya dengan ntah hape2 lagi.. patutla duet akak habes.. Boleh gituu??

Bye..malas nak tulis.

Tuesday, September 14, 2010

Edisi raya : Membawa bom jangka ke mana saja..

Raya kedondong sebab baju tak sedondon.. Redha je la tahun ni kann...

Perut mcm dah tak larat nak bawak badan. Adik aku cakap dia takut tengok perut akak yang mcm nak meletop tuh..

Dia kata, badan akak tak nampak naik tapi perut tu mcm mengatasi segala-galanya.. Aiyohhhh....

Akak mmg dah x larat uollss nak bawak perut nih ke mana saja. Dari duduk nak bangun adelah seksa. Nak berkalih tido dari kiri pon kanan seksa juga. Tapak kaki selalu saket2..

Tapi tu pon tak insaf lagi tetap pegi beraya sakan. Howww???

Kawan akak yang due bulan 9 dah lepas bersalin kedua-duanya.. Dua2 dapat anak pompuan. Akak tengah tunggu bom jangka nih...

Semalam akak MC. Arini pegi opis mcm haram tak boleh nak punch in sbb internet down. Kena tulis nama atas kertas. Howwww????

Dah punch in tu kalau dah internet nan ado nak buat keje apenya kann??? Harussla cabut balik rumah. Lagipon akak pose2 tak larat lah nak naik opis giituuuu....

Stretch mark akak menggila timbul kat perut. Menurut akak kepada akak, dia dah beranak 3 tak pernah stretch mark dia teruk mcm akak. Padahal dia nan ado sapu2 lotion bagai. Keji tak????

Adik akak punya teori ialah, sebab badan akak tak membesar tapi perut besar mcm hape, so strecth mark kat perut tu jadik banyak akak dah x larat nak sapu Bio Oil uollsss...

Akak nak nanges lepas pantang perut akak dah tak seksi!!

Friday, September 3, 2010

Milk leaking...

Akak risau okeh, breast milk akak manjang kuar dengan sendirinya..

Akak nak pose2 pump pastu simpan dalam fridge boleh tak uollss??

Rugi la susu akak kalau asek terkeluar je.

Masalahnya, boleh ke uolls kalau akak pump sekarang??? Boleh ke??

Aku rasa anak aku besar lah!!

Akak tanya orang2 lain, time 8 bulan baru sekilo lebih.. Akak 8 bulan 2.2kg okeh berat baby. Kau tak pitam nanti 36 minggu dah 3 kilo lebih??

Takpe.. akak standby teknik penapasan dulu..

Akak dah ponteng 2 hari puasa sebab tak sahur punya pasal. Bukan sebab tak larat tapi sebab akak kena makan ubat uollss... Kang teringgal makan ubat tak naik2 HB akak..

Cuti akak sikit. Nak simpan untuk bersalin. Belum decide lagi nak cuti berapa hari. Minimum kat opis akak ni pon amek cuti dari 8hb sampai 13.. Aiyohh... Akak tak tau la cemana nak raye dengan keadaan tak larat nih.

Baju raya pon nan ado.. Akak pose2 nak beli jubah sajork.. Nak try carik kat 1st lady kalau muat.

Lagi skali.. akak ngantok gila weh. Apsal???? Padahal tido pukul 10 td malam. Over tak??

Thursday, September 2, 2010

Penyapu!!!

Akak busy disamping saket kaki so jadinya malas nak update...

Hari merdeka tidak kemana2 kecuali menatap almond london dan tart nenas..

Alhamdulillah order yang besar 38 almond and 16 tart dari Iris dah settle..

Ni tinggal siapkan sikit2 je.. Aci tak kalau akak beli je jem nenas tuh?? Malas puiler asik keje aku pegi econsave tau beli nenas..

Hari merdeka jugak akak cuti masak sedunia sebab Mohd Rafi offer diri nak masak..


Hasil masakan Mohd Rafi. Favourite dia tapi bukan favourite akak ikan masak kicap. Kacang panjang + tempe goreng.

Sayur kacang tu tawar sikit. Ikan masak kicap tu boleh la.. Ade ke ikan masak kicap yang tak sedap kannn???

________________________________

Hari ni hospital call postpone appointment ke 11/10/2010. Gila ke hape?? Lagi 5 hari je nak due date. Abes tu kalau tetiba akak nak beranak sebelum 11 hb darah still low cemana???

Dia kata : takpe....

Kentut sangat lah.. Akak dah la HB low 8.7 sajork.. suka2 dia je postpone sampai dekat 2 bulan appointment.. Bila masa nya diorang nak monitor darah akak?? Aiyohhhhhh!!

________________________________

Ni kes penyapu yang akak baca kat Metro tadi. Suami orang berkhalwat dgn bini orang bulan2 puasa nih.

Lepas tu yang jantan tuh sibuk nak terjun tingkat 14. Kalau akak biarkan je dia terjun.. Biar padann muka dia.

Pastu yang lagi best, bini dia rupanya ada kat tingkat bawah tengah sarat mengandung...

Penyapu tak jantan tuh?? Akak dah tak tau nak maki apa. Bolehhh??

Yang bini orang tu pon dah ada 2 orang anak okeh....

Bulan puasa pon tak reti nak hormat ke???

Bodoh!!

Wednesday, August 25, 2010

Buka puasa pertama diluar..

Hari ini sempena gaji telah membuka puasa kan diri kat luar. Specifically kat Ayamas Alamanda.

Mula2 ingatkan ada yang free refill tu setiap Rabu kaedahnya tapi nan ado sempena ramadhan. So reserve untuk package 4 orang sajork..
Gambar makan kat Ayamas adelah xde. Tak sempat snap sebab lapar sangat. Blehhh???

Tapi berbaloi la jugak makan 4 orang. Bersama filla n Fizi.
Ini dia minah yang busy dibulan ramadhan nih.. Motippp setiap kali call mesti 'network busy' kau ado???

Pastu sebab ada perempuan mengandung yang mengidam so, pegi la beli minuman ini... Harap maklum setahun sekali baru beli.. Kau ado miskin macam tuh?? Ado???
Caramel Frapucino -Of course la cream base sebab akak diharamkan mengambil caffien.. Tapi yang over ialah amek venti mcm tak sedar diri je.

Wah!! Husband sape yang tangan berurat tuh uollss..?? Matila soalan nak kena maki sangatsss...

Gambar orang yang kekenyangan... jeng..jeng...jeng!!!
;
;

;
;;
;
;
;
;
;

;
;
;
Pusat tersembul keluar. Tshirt dah tak muat sekarang. Tshirt Mohd Rafi akak sapu je pakai. Eh, nasib lah,.. suami isteri sharing is caring kannn????

Kalau uolls ngeri tengok perut akak. Akak nih lagi ngeri okeh. Tengok strecth mark terus pose2 pengsan uollss...

p/s : Arini penat dan sangat panas... Bila la nak hujan kannnn???

iklan