Tuesday, December 27, 2011

Jalan2 ke pantai puiler..

Sebab akak esok nak balik johor. Tak tau la seminggu ke 2 minggu ke forever ke... SO akak tinggalkan dengan update2 yang lapuk. Matilahkan feeling2 diva.

Ni berita last week semasa Mohd Rafi pegi Jakarta.

Bawak anak sedara aku Beena nih jalan2 kat pantai putrajaya sebelah Pullman tuh.
Beena kurus kena tiup angin melayang.


Nak melepaskan diri. Si Beena tu dengan Pahat dah nak sama besar uolls.. Kalau dibiarkan Pahat tuh mau terjun dalam tasik tu kang.


Sibuk berjalan atas pasir.

Masa akak pegi keje Beena tu lah yang mandikan Pahat. Sebab Mak akak tak kuat nak angkat Pahat, tangan mak akak kan patah tak baik2 lagik.

Akak pon suka sebab dia boleh jagakan pahat time akak masak gituuu.

Esok akak balik johor dengan membawa 20kilo durian beli kat pasar. Sampai luka2 kaki aku mengangkat. Gigih punya pasal kannnn??

Dah tu balik rumah Mohd Rafi paksa aku letak kat luar sebab dia tak tahan bau durian. Keji sangat kann??

Byeeeee... Dont Miss Me!

Kereta baru

Uolllss aritu akak balik johor, akak singgah rumah Tipot Ompong. Pastu ada kereta Lion tu, Pahat suka la pulak naik. Pastu memekak picit lagu2 yang ado kat keter tuh.

Pastu Pahat tu over la pulak naik keter tu mcm dia punya..

Pastu akak citer kat apak dia. Apak dia kata:
'Nanti ayah belikan tau..'

Cuba kalau akak yang mintak. Hado??? nan hadoooo!

Budak botak kesayangan apak. Akak pon tak tau sapa yang ajar dia buat molot mcm tuh. Mohd Rafi tuduh akak tauuu..

So, ahad christmas akak pon feeling2 pegi KL cari kereta dia. Pegi lah kat jalan apa ntah yang banyak2 kedai jual toys tuh.

Ni kat depan kedai toys tuh.

Tapi nan ado jual kereta murah2 uollss.. Ado kereta remote mcm Aaron nephew Fiza hado,

Ala...yang duduk pastu orang kawal keter tu guna remote tuh... Harga kat situ dalam RM370. Koserrrr lah kitorang yang mesken ni nak belikan Pahat.

Pegi dalam 3 4 kedai pon nan ado.

Pastu pegi la Jalan Tar misi utama nak bawak mak aku jalan2 cari kain.

Ya Allahhhhhhh.... ramainya manusia kat Jalan Tar. Kat depan SOGO tuh dah mcm ado parade akak tengok.

Last2 akak pegi 4 5 kedai kain je dah. Koserrr uollss nak jalan jauh2. Pastu terus pegi SOGO.

SOGO memang SALE banyak. Kalau akak kaya dah lama akak kirai duit kat SOGO itteewwww..

Tapi cari barang pahat sajork.

Beli la baju yang sekali dengan seluar tuh RM10. Emak mesken. Dan Apak belikan Pahat Lori askar.

Ni ha Lori askar Pahat. Harga RM47 hengget. Memang yang paling murah yang ado kat situ akak beli uolllsss..

Thursday, December 22, 2011

Aquaria dan Zoo and garret popcorn

Ahak, dah khamis baru nk citer. Akak pose2 malas uollss minggu nih. Motipp??

Ahad lepas akak bawak pahat dan anak sedara akak pi Aquaria.

Mahal tau aquaria. RM35 dewasa. Macam nak pengsan jalan kaki dari klcc ke aquaria dengan mendokong Pahat. Akak lepaskan dia berjalan melencong ntah ke mana2.

Eh, sempat aku beli garret popcorn itteww.. Akak beli caramel crisp. Ampunnnnnnnn manis nak mati uolllsss!! Tapi still sedap.

AKak beli yang small rm16, tukang habeskan anak2 sedara akak ittew.

Pastu kat Aquaria ramai gila manusia. Nak beli tiket pon beratur panjang.


Sorry yah, xde sape nak amekkan gambar, terpaksa iols amek gambar sendiri. Anak sedara aku yang buas tu sibuk memanjat tiang kat aquaria tuh.

Hari ahad Mohd Rafi dah balik dari Jakarta kitorang pegi Zoo Melaka pulak.

Zoo melaka pon ramai orang despite kes budak kena serang siamang tu kan??

Entrance Fee (adult ) RM7... RM7 sahaja!!! Zoo KL RM20 seciput mcm tuh. Keji!
Children RM4, under 5 years FREE. Zoo KL bawah 3 tahun baru free.

Tu la first and last akak pegi zoo kl. Lebih baik aku pegi zoo melaka. Puas hati, binatang pon banyak.


Hanya apak yang larat mendokong Pahat.

Apak dan Pahat. Dia tengah hilangkan rindu kat anak dia, Koserr tau.

Pastu petang tu pegi rumah pakcik akak kat tangjung minyak sambil bergosip. Malam tu ajak sepupu akak jadi tourist guide pegi Jonker walk.

Kat Jonker walk si Pahat nih tido keletihan. Tapi kejap jah. Pastu mata terbeliak tengok orang lalu lalang. Yang kat belakang pakai baju hiam tu sepupu akak.


Sebenarnya kat Melaka banyak tempat nak pegi. Tapi hari hujan bawak Pahat. AKak aku pon bawak baby, tak sesuai nak jalan2. Jonker walk ni pun tunggu ujan teduh baru pegi. Tiba2 kat sana ujan lagi. Cepat2 lah balik.

Dah uollss... Akak nak tengok Law and Order,

Wednesday, December 21, 2011

Hoi... mengantok lah.

Akak lunch kat kedai arab bernama HALF MOON tadi.

Dah tu tersadai atas kerusi opis nih mengantok.

Akak pose2 call tuan rumah la mintak izin nak buat agreement rumah. Dia kata kena tunggu husband dia balik dari vienna.

Kalau tak dpt terpaksa la aku pose2 menyewa kedai mana2 yng murah jah. For the sake of registering Sijil kewangan kaedahnya.

Oih...sebenarnya akak nak citer dan upload banyak gambar tapi akak feeling2 malas+ minggu ni banyak order kek. Alhamdulillah...

CD owner bila nak belanja?? Aku nak restaurant mahal plisss!

Ada student tanya aku,

'Miss lepas ni nak keje apa?'

Akak jawab, 'Saya nak duduk rumah je jaga anak'

DIorang kata ' Sama je mcm jawapan Miss Arni'

KAn...Arni kannnnn??

Monday, December 19, 2011

Tak dapat hadiah pon...

uollss, nuffnang nan ado kasik akak tiket wayang free pon..
Motipp?? Adekah akak tak populer?? **kannnn??

Hadiah birthday nan hado sangatlah. Akak opis kasik akak bodyshop set perisa strawberry. Dah selamat akak try.

Ha.... Mohd Rafi kasik apa kannnn??

Dia kata dia takde duet. Sebab pegi jakarta katanya...

Akak cakap ' Bagila hadiah berupa jam tangan licorne ke..'
**pose2 cd owner.

Mohd Rafi kata ' Kalau ada duit jangankan licorne, jam gucci pon i boleh belikan..'

Camtuuuu kannn???

So, yang dia beli kat Jakarta tau tak apa??

Teh sorso untuk akak!, sebab akak tanya aritu, 'sedap tak?'

dia kata sedap! Jadi dia bawak balik 2 botol dengan 2 kotak teh uncang. **masih tak sedar diri low hb lagi mau minum teh.

Lagi dia bawak balik air coke and fanta yang dalam botol kaca kecik tu. Takde kat Malaysia katanya... Takde sangatttt kannn??

Tup...tup...semalam berjalan kat Jonker Walk, berlambak jual!! Merasa!!

Pastu dia belikan anak dia baju 2 helai.

Pastu belikan akak baju. Walaupon akak meragui taste dia tapi akak tak la cakap apa2...**mtaila kena carot. Sebab nanti dia dah taknak belkan akak apa2 pulak kannnn??

Nanti akak amek gambar baju lah. Malaslah.

Pastu akak tanya berapa hengget, 80rupiah atau rm50. Akak rasa baju mcm tu kat Malaysia boleh dapat lagi murah uolllsss, sah2 laki aku kena tipu tauuuu.

Nasib baik saiz betul... kalau takkkk harusss akak carot lagik.

Thursday, December 15, 2011

Akak sudah kertu uolllsss

Arini 16hb akak dah masuk 30 series..

Merasa uolls lepas dah beranak nih exercise sikit badan sakit2.

Arini akak masuk treasure hunt Fakulti. Wakil 6 orang perjabatan.

Akak MENANG uollss.... Hebat tak team akak?? Yang penting akak berjaya naik kayak dekat tasik fakulti walaupun hakikatnya akak nan ado reti berenang.

Tapi, balik rumah sakit2 satu badan hokeh. Gara2 berlari kesana sini. Mula2 jah berlari. Lepas tu dah penat jalan jah.

Fakuti akak tu dah la besar, jauh jugak berkejaran kesana sini. Kalau hari biasa harammm kau nak berjalan, Akak naik keter jah pegi lab.

Pastu petangnya pegi check up Pahat. Nasib baik akak tak kena maki dengan nurse sebab hilangkan buku check up dia. Diorang kan ada record kat sana.

Ramai pulak petang nih yang check up anak. Pahat dok jalan ke sana sini tegur baby2 lain.

Anyway, berat dia tak banyak pon naik. 200g jah. 10.2kg.

Ok la. Kang obese kang susah pulak dah besar nanti dia nak diet.

Ok. Last. Happy birthday untuk diri sendiri.

Akak mungkin mesken takde duet, dan bakal nan ado kerja tapi akak ada husband dan Pahat, I'm happy enough! My life is complete.

Wednesday, December 14, 2011

Ketiadaan suami..

Adekah akak kesah Mohd Rafi nan ado???

Takde pon.

Eh, Mohd Rafi pegi Jakarta lagi sebab barang spare part kedai boss dia tu dah habes, so kena top up lah sebab banyak order baru.

Akak pon nan ado kisah, sebab? ada dengan takde sama jah uollss.. Selalu pon dia balik tengah malam akak dgn Pahat dah tido haaa. Takde maknanya nak rindu2, nak ber sayu2. Koser uollss!!

Lagipon akak dah biasa duduk sorang pon 2 tahun. Lagipon dulu duduk sorang boleh la nak meroyan. Sekarang dah ada Pahat akak dah tak kisah sangat.. Pahat adelah segalanya, bolehhh??

Kadang2 dia balik terus keluar jumpa orang amek moto. Kadang2 melepak.

Yang akak geram tuh kalau akak pegi hantar cake atau jalan2 tinggalkan dia sibuk telepon tanya bila nak balik. Kalau dia xpe kuar lama2.

Pastu akak pose2 nak carik keje kat Johor dia tak bagi.. Sebab dia kat KL aku kat Johor pulak.. Elehhhh, dulu dia boleh pulak kannn??

Akak suka duduk johor uollssss... Adik beradik akak semua kat situ. Emak akak pon kat Johor, senang nak tengok2 emak akak in case of anything.

Kat airport dia sibuk sms akak tanya anak dia. Elehhhhh.... ado Pahat heran?? Heran lah jugak tapi still manage.

Pastu sibuk suh aku mms gambar Pahat. Motippp??

Pastu suh aku mms gambar Pahat hari2. Motippppp lagiii???

Malas haku nak layan.. AKak mms la 1 keping. Kang meroyan pulak apak kau. Apak obses sikit dengan anak dia, dengan bini dia tak heran..


Uollsss.... breast akak ni tersumbat lagik. Tension akak tau. Puas akak tuam kasik Pahat minum. TUam lagik.. Kasik Pahat minum. Lalukan dengan air panas still tak berkesan. Ada tak pill yang boleh hilangkan bengkak tuh??

**kalau aku jadik wartawan dah lama kena pecat cerita tiba2 masuk bab lain.

*** MInggu ni akak pegi Z00 lagik!! Akak aku ajak. Z00 melaka pulak. Pastu nak pegi Aquaria, aku paksa akak aku belanja sebab masuk mahal hokeh!

p/s : Dah siap brownies cheese aku. belom potong check jadi ke tak.

Tuesday, December 13, 2011

Perempuan gigih.

Semalam cuti kannnn??

Akak balik johor. Merasa. Balik hari uolls..

Akak dan Pahat sajork.

Akak kan memang suka buat keje2 impulse nih.

Pagi pukul 9 call mak akak tanya nak datang kl tak. Dia kata nak. Terus akak cakap. Akak amek sekarang!

Terus siap2kan Pahat mandikan, pack bag. Start keter. Isi minyak. Keluar duit. Zooom! Balik johor.

Alhamdulilah Pahat ok je dalam keter. Dahla aku sorang je kalau dia ngamuk menaya aku.

Dia tido dalam car seat.

Sampai bandar putra kulai, amek emak aku dan anak sedara aku yang cuti sekolah tu nak ikot. Balik Sening. Emak pack baju segala. Pegi rumah mertua kat sungai Mas, amek pucuk ubi.

Order je bukan aku yang petik. Bapak mertua akak tolong petik.

Naik hiway, singgah Tiram rumah Tipot ompong.

Pastu ingatkan gigih nak pegi JPO(Johor Premium Outlet). Tapi aku dah tak larat kang pukul berapa nak sampai rumah???

So terus drive balik KL. Sampai lepas machap Pahat mengamuk. Emak aku pujuk2 dia tak nak tetap melalak2. Gila nak berenti tepi2 jalan tuh?

Jadi akak gigih jugak drive sampai Pagoh, susukan dia. Letak balik kat car seat tak nak meraung2.
Dengan mak aku pon tak nak.

Jadi, terpaksa la akak drive sambil pangku dia. Ye, tolong jangan ikut cara akak inih. Tapi kalau dah anak ko meraung2 kau tahan kah nak dengar??

So, sambung drive balik. Lama2 dia tido kat lengan akak. So belah kiri pangku dia, tangan kanan drive.

Perempuan very the multitasking sangatss kannn?? Lelaki ado?

Pastu stop kat hentian tangkak kot, baringkan dia kat belakang sebelah mak akak.

Dan dia tido sampai rumah.

Dan aku penat nak mati arinih. Takde sapa segigih akak balik johor sehari drive sendiri.

MOHD RAFI mana?????

Lagi mau tanya. DIA KEJEEEE laaaaaa!

Sunday, December 11, 2011

Berjalan2 ke Zoo KL.

Ingat tak entry akak pegi Zoo Melaka yang binatang2 ittew semua pose2 ala pemalas nak keluar feeling2 duduk tempat berteduh jah??

Kini akak pegi zoo lagi bawak Pahat. Sebab akak bising sibuk berzikir kat telinga Mohd Rafi bawak Pahat pegi zoo.

Tadi pagi pegi la Zoo. Bayar RM20. Mahalnya uollsss! Zoo Melaka kalau tak silap RM7 jah.

Toddler under 3 FREE.

Sebab akak feeling2 dengar orang cakap Zoo KL nih besar penat nak jalan konon2nya. Akak pon naek tram. Kena bayar lah! ingat free?? RM3 dewasa, under 3 FREE.

Ni atas Tram. Pahat xde apa2 perasaan naik nih. Contoh akak pakai BB produk. Chantek kahhhh??? **matila..

Sibuk je tangan Mohd Rafi yang gelap nak interframe kat situ. Dah la tak sama color dengan akak dan Pahat.

Tram tu stop kat station tengah. Kat kandang harimau. Tapi harimau tu pemalas uollss... Dia pose2 baring jah. Motippp??


Ramai gila manusia kat Zoo arinih okeh. Nak pegi satu2 kandang binatang pon kena mencelah dicelah2 orang ramai.

SI Pahat ni sibuk nak berjalan, taknak dokong. Tapi dia berjalan banyak tempat dia stop. Asal jumpa daun je dia stop sibuk nak pijak.

Tapi ZOo KL ni tak la sebesar Zoo Melaka. Akak jalan2 dengan Mohd Rafi n Pahat tiba2 eh, dah sampai pintu masuk balik dah? Kejap gila.

Masa pegi Zoo Melaka mcm nak mati jalan pegi pintu masuk balik. Kan Fiza kannnn?? Binatang pon mcm tak banyak jah. So, akak lebih suka Zoo Melaka.



Ni dah nak balik amek gambar dengan badak replika. Kau hengat Syella Kamarudin jah ada replika?? **tetiba.

Tangan Mohd Rafi tetap enter frame di situ. Chantekkan tangan kau??


Jangan tak tau nak amek gambar dengan gajah ni pon kena beratur okeh. Tetap tangan Mohd Rafi nak interframe. Tension hakak!

Walaucemana pon we had fun bawak Pahat pegi Zoo. Balik kitorang belikan Pahat Gajah mainan. Nanti tunggu Pahat 3 tahun baru bawak pegi Zoo melaka pulak. Hopefully masa tu dia dah kenal binatang.

Sekarang nih bawak pegi Zoo dia sibuk main Daun bukan tengak binatang. Emak bapak dia je yang lebih2..

Planning...

Uolls...

Baru2 ni kawan akak message akak dia kata kawan dia tanya klinik mana yang boleh gugurkan anak sebab wife dia pregnant anak second dan dia tak ready (financialy).

Astaqfirullah... kawan akak cakap kalau bini dia bersalin kasik je kat dia. Dia nak jaga. DIa tak subahat menggugurkan bayi yg tak berdosa.

Akak pon paham dia tak mampu untuk jaga anak ke 2 nih, tapi nak gugurkann?? tu the last thing he should do. Akak cakap kalau dia tak nak, ramai lagi yang nak anak tu.

Ye la kat Malaysia nih berapa ramai yang nak anak tapi tak dapat kan?? Sanggup beli bayi dengan harga 20k bagai..

Akak tanya kenapa dia tak 'PLAN'. Kawan akak kata wife dia ter MISS makan pil.

SO, jadila ANAK.

It takes two to tango betul tak? Lelaki patut tau bila waktu subur wife sendiri. UNLESS kalau dia tak kisah wife dia pregnant 2nd time.

Akak pon kalau nak kira2 takde la mampu sangat kalau beranak dua. Tapi takdela sampai fikir nak gugurkan anak. Akak percaya dengan rezeki anak.

Dulu masa berdua je dengan Mohd Rafi memanjang tak cukup duit kannn?? Bila Pahat ada sekarang nih murah rezeki uollss.. Alhamdulillahh duit sentiasa ada walaupon tak la mewah. Masih lagi la ada duit setakat untuk berlibur pegi jalan2, makan kfc ke...

Rezeki Mohd Rafi pon bertambah sejak akhir2 nih. Tapi akibatnya faham2 je lah uollss.. 2 3 bulan nih memang harapan la dia nak balik rumah selagi tak pukul 10malam. Minggu ni hari2 dia balik pukul 2 3 pagi. Pengsan akak dengan Pahat!

Tapi sebab akak bakal tak keje tahun depan akak redha je lah.

Still, gaji dia berapa nan ado dia bgtau. Tapi bulan ni dia bagi lebih la duet.. Bukan untuk enjoy ye uolllss, akak simpan dalam account company untuk masa depan. Ala xdela banyak sampai ribu2 dia bagi.. akak pon sedar Mohd Rafi tu keje apa je kann.. Dapat lebih dari separuh gaji akak tu kira banyak la, tolak bayar bil semua, ada lebih untuk akak berjoli... Belanja diri sendiri air starbuck java chips. Ehehehe.

Mampos kalau catering business aku tak jalan. Dah la hutang berlambak2.. Company modem pon nan ado contact akak lepas meeting aritu. Suppose next week ada food tasting kalau akak terpilih untuk tender ittew.. Tapi akak rasa tak dapat la kot sebab akak terus terang je cakap akak tak banyak experience in catering. Takpelah, there's always first time in anything kannn?

Boleh cuba lagi... Kottt.

Eh, korang birth planning cara apa? Akak tak cara natural. Sendiri mau ingat okeh. So far berjaya la jugak. Tapi tak tau la sampai bila. Time lambat period je mula la sendiri gelabah. Aritu period akak lewat sampai 15 hari, merasa gelabah ayam, akak beli 5 kali pregnancy stick tu tetap negative. Nasib baik tak feeling2 pegi klinik.

FYI, kalau period uolls lewat dalam 2 3 hari cepat2 pegi klinik sebab kadang2 sperm tu baru berjalan2 dalam rahim uolls belum senyawa lagik. So doc akan tanya nak atau taknak. Kalau taknak dia akan bagi pil turun darah. Kalau nak mungkin sperm tu akak senyawa dengan ovum dan menempel di dinding uterus gittuuuu. So akan jadi lah anak.

Pastu time pregnant tak payah risau berat naik. Lepas bersalin pon tak payah risau sangat perut gelebeh, dalam 7 8 bulan nanti kempis balik.

Berat akak before pregnant 48kg, sebelum bersalin 60kg. Selepas 30 hari bersalin 51.5kg. Bulan puasa aritu paling kurus aku tak tau berapa kg tapi semua orang tegur akak kurus sangat. Sekarang nih dah ok balik. Tapi akak pun tak sure berapa berat sekarang sebab tak timbang lagi. Tapi akak suspect dalam 48-50kg kot.

Tapi masalah akak adelah stretch mark akak nih nan ado hilang. Time pregnant akak tak pernah miss sapu vitamin E tapi nan ado berkesan. Esok akak nak beli bio oil. Nak paw Mohd Rafi. Dia rela di paw sekarang nih!

Korang ada tips tak hilangkan strecth mark.

Eh, lupa akak nak cakap, Victoria Beckham pon buat surgery hilangkan gelebeh perut lepas bersalin, so korang tak payah risau.

Friday, December 9, 2011

Setahun 2 bulan.

Anak Mohd Rafi tido ternganga mcm tuh.

Uollss... sepatutnya Pahat ada check up semalam. Tapi petang tu akak dok carik2 buku check up dia tak jumpa uollsss..

Matila la akak kena maki dengan nurse tau.

So, akak tak pi check up Pahat lagik.

Sekarang Pahat semakin gedik. Terutamanya bila jumpa apak dia. Hobi dia mengekor kau kemana sahaja pergi sambil pegang kaki kau. Dah mcm suster ngesot pon ada aku tengok.

Kalau Apak dia ada bukan main gedik tak boleh berpisah. Pantang apak dia hilang sibuk carik melalak2.. Padahal Apak dia bukannya banyak berjasa kat dia pon. Emak nih yang bangun malam susu kan dia, meneran dia keluar mcm nak mati tauuu...

Akak rasa sebab dia jarang jumpa apak dia, Paling2 jumpa time pagi bangun tido jah. Malam time apak balik dia dah tido. Weekend pon kadang2 Apak keje jugak.

Sekarang ni Pahat cepat belajar kalau ajar bukan2.. hahaha.. contohnya ajar pegang henpon kat telinga, (tapi takde makna aku nak bg henpon aku, kasik la kain ke apa ke..)
Nak tido kena ada bantak busuk untuk digentel.
Aku ajar pekup mulut sekali je terus dia ikut.
Ajar kira one two three four five guna tangan dia tak berapa reti sangat sebab dia tak reti sebut.

So, kesimpulannya kalau ko ajar dia gerak2 kan tangan dia ikut, kalau ajar sebut2 harammmmm!

Nak berbuih akak ajar dia sebut 'IBUUUUUUU' nan ado dia sebut.

Kesian penulis novel OMBAK RINDU

Korang dah tengok kah OMBAK RINDU??

Korang rasa best kah?? akak rasa biasa je, sebab spoil sikit lah Maya Karin jadi Izzah. Kot ye pon stylish dia tu pakaikan la tudung betul2 sikit.

Pastu akak kesian dengan penulis novel dia Fauziah Ashari,

ni akak copy paste:

Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.


Uolls bayangkan uolss adalah pencipta asal, tetiba bayaran tak berbaloi. Bayaran pelakon lagi banyak dari pencipta tak ke korang hangen. Dah la sibuk2 kat paper citer tu meletop. Lagilah hangen kannn??

Dah tu ada ke kat internet diorang dok kata Fauziah tu tamak?

Keji betul kann?? akak rasa tu hak dia. Lagipon dia takde cakap pon dia nak mintak bayaran. Dia cuma jelaskan tentang bayaran yang dia dapat.

Vavi sangat sapa yang tuduh2 mcm tu.

Well, kalau dia nak tamak tu pon hak dia. Uolls tengok JK rowling tuh, berapa banyak dia dapat untuk movie harry potter tu jah.

So, lepas ni kalau ada penulis2 novel yang nak buat filem, mintaklah demand sikit. 30% dari untung movie ke..

Kepada produser Filem OMBAK RINDU : Agak2la sikittt... ingat senang ke nak fikir jalan cerita novel tu. Lagipon orang ramai2 tengok citer tu pon sebab dah baca novel tu.

Tapi akak ada baca kat paper dia kata kalau kutipan 8juta dia kasik la imbuhan.

Aikk?? nak kena tunggu 8 juta kah baru kasik??? Chantek sangat!

Thursday, December 8, 2011

BB cream/balm and rambling nonsense

hi uolssss.... dah lama akak tak citer pasal produk kechantekan kannnnn??

Biasa la uolls lepas beranak huru hara sikit nak uruskan anak, dah tu berjalan2 pakai bedak pon tidak. Jadi muka pucat.

Sampai la laki akak sound:

'Yang, lain kali keluar dengan I make up sikit..'

Baru la tersedar kannnn?? So akak pon pose2 la beli barang make up. eyeshadow beli kan elianto, akak suka color dia! harga paling murah seketul rm8 paling mahal pon rm18. Pandai2 mix and match kan color.

Eyeliner beli kat avon, yang liquid tuh, RM12 time offer.. Ala avon kan suka buat offer.

Okeh, paling best adelah prodduct inih. BB atau blemish balm.

Akak pakai blemish balm (BB), cream dan cake powder.

BB balm and cream akak guna Elianto punya, untuk dua2 tu harga RM69

untuk powder akak guna maybelline.

**gambar semua google.

Kenapa kena guna BB uollss?? senang citer BB nih repair kulit korang. kalau guna foundation atau bedak biasa, akak block uolls punya skin. Akak malas nak citer banyak, korang pegi gugle sana.

Akak suspect dekat Korea mesti murah nak mati BB product nih.

Tak kira pakai product chap apa pon asalkan BB. Dah banyak sekarang nih, ZA ado, maybelline ado.

Dulu akak guna ZA, tapi skrg akak gatal gunala ketiga2 jenis tu. Lebih senang nak apply make up.

Dan paling penting sejak akak guna BB product nih jerawat akak pon nan ado.

_____________________________________

Pastu akak nak bagitau korang2 yang pose2 nak beli Galaxy Note nih.

Gambar comparison dengan I phone 4s.
**gambar google jugak

Kalau korang nak beli lebih baik beli sekalai dengan Line kat DIGI.

kalau korang ikat contract 24 bulan harga phone adelah RM1549

Pastu harga line adelah RM68 tapi dia ada rebate RM15 tiap2 bulan, jadi RM43 selama 24 bulan.

Pastu korang kena bayar deposit RM568 yang akan ditolak bil tiap2 bulan sampai deposit tu habes.

Dan line tu boleh buat call jugak. Kalau penggunaan call+internet+msg korang lebih RM200 sebulan, harga internet iaitu RM43 ittew adelah FREE uollss... So korang bayar harga call+msg jah..

Best tak? best tak?

ala lagipon korang beli Note pon memang nak kena amek line pon kannnn??

Wednesday, December 7, 2011

Meroyan!

Uollss akak tengok Johor Premium Outlet tu dah bukak. Terus meroyan nak balik kampung feeling2 nak singgah.

Adekah setaraf dengan Bicester itteww? tempat melabur duet sebelum balik malaysia?

Yang bestnya bukan cuma brand2 mahal je ada kat situ, charles and keith pon ado.

Padahal nak pegi bukan nak shopping pon nak tengok2 jah. Sebab akak kan mesken kaedahnya.

Pastu kan akak jalan2. Saja2 tengok samsung galaxy note. Best la pulak uollsss... Alang2 beli s II, balik beli Note. Besar pon besar.

Processor dia lagi laju dari galaxy tab. 1.4g, tab 1.0G.

Yang lagi best boleh buat phone jugak. Dan akak rasa size dia paling best, sebab tak besar dan tak kecik sangat.

Skrin dia LED HD. Memang clear habes. Akak tanya tadi, dia kata bakal ada papago GPS dalam tu tapi diorg tak sure bila,

Aiyooo... akak bukan promosi uollss.. AKak nak ado dapat apa2 pon nih.

Serious akak suka galaxy note.

Tapi xde la haku mampu kannnn?? Lebih2 lagi dah tak keje tahun depan tak payah nak feeling2 kaya beli henpon canggih.

Takde ke orang nak bagi akak hadiah besday????

Durian sedap!

Akak dah 40 kali mintak kat Mohd Rafi suh beli durian. Nan hado dia nak beli. Sah2 dia tak boleh cium bau durian.

Aku pedulik hapa kan?? so semalam kat Pasar Serdang akak beli la 2 bijik. RM15. Dia kata situ Durian Pahang.

Sebenarnya uollss, yang akak meroyan sangat nak makan durian bukannya akak makan banyak sangat pon. Paling2 pon setengah bijik jah.

Kebetulan Filla datang dengan Farah sebab nak choc chip cookies. Farah kata sedap gila.** dia kata bukan akak kata. Minggu ni je pon akak pulun buat choc chip untuk orang berbalang2.

So, akak suh diorang abeskan sebijik. Sebijik lagi 1 pangsa jah akak makan. Lebihnya akak buat kuah durian..

Sedapnya kuah durian makan dengan roti. Simpan dalam fridge sejukkan dulu. Heaven uollss.. Heaven!

Semalam jugak aku beli ketam 5 ekor RM10, balik aku masak kelima2 tu, budget Mohd Rafi nak makan banyak. Nan ado! dia makan setengah jah sebab resdung katanya.

Mata gatal2 katanya. Lempang kang!

Ketam masak lemak cili api pon heaven uollss.. Ni gara2 tengok 2 days 1 night akak dok sibuk beli ketam.

Nih akak nak bgtau, korang suka makan ikan tongkol? Kalau nak beli ikan tongkol make sure beli ikan tongkol hitam yang ada bintik bulat kat kulit dia. Yang tu lembut dan sedap mcm ikan tenggiri. Kalau tak merasa la ikan tongkol kau keras tuh.

Ni emak mertua akak yang ajar uollss..

Pastu sekarang ni tengah musim pisang kaki kan? so hari2 memang ada stok kat rumah. Akak suka lah makan, feeling2 korea gituh!

Dah. Apesal akak citer pasal makan jah ni uolllssss??? Merasa berat akak dah naik tapi akak happy sebab nan ado lah orang jumpa akak kang cakap,
'kurusnyaaa!'

Akak nak maintainkan berat 50kg. Nak feeling2 kim kandarsian gituuuu.. Kau hado??

sekian entry makan2.

Monday, December 5, 2011

Pemalas punya orang!

Seriously shit, dah nak masuk tahun 2012.

Akak tak carik keje lagik uollss... Akak confuse apa akak nak buat lepas nih.

Akak ingat nak buat keje sendiri jah sebab akak x nak duduk kat opis mengabeskan duit company lagik dah.

Tengok nih time bekerja boleh main fb dan blog. Sudah tak berkat disitu kannn??

Kalau keje sendiri suka hati la nak main FB ke apa..

cuma... Duet cukup kahhhh????

Semalam Mohd Rfai tanya, 'Nanti u dah tak keje cemana eh? Sapa nak bayar utang2 tu semua?'

Buat masa ni akak malas nak fikir uolllssss...

AKak dalam kepala memang nekad nak buat catering jah.

Tapi ada pulak, orang yang demotivated akak seperti suruh carik keje dulu, bila bisnes dah stabil baru buat full time bisnes. Masalahnya, akak nak tanya,

Boleh kah catering nak buat part time??

Nak tak nak kena buat full time. Lagipon akak dah takde hati lah nak keje dengan orang, takut akak meraban2 perabih duit company sajork. Dapat dosa uollss.. Dah la akak suka datang lambat. Keji sangat disitu!

Lagi best kalau boleh duduk rumah sajork jaga anak. Tapi kewangan tak mengizinkan.

Jangan suruh aku jaga anak orang lagi la harapan okeh.. Anak aku pon dah kelam kabut aku nak buat keje rumah. inikan pulak nak jaga anak orang.

Nasib baik ada sikit simpanan duit boleh la bertahan untuk sebulan dua.

Lepas tu mari gadai buah pinggang...**matilah..

Owh... catering yang entry kat bawah ni, akak tersalah baca email. Diorang nak food tasting semua menu yg akak buat tuh..

Rasain!!!!


So, azam akak tahun 2012 adelah.

Nak kaya. Kalau boleh nak simpan duet 4k sebulan.

Tinggi sangat angan2 kau kannnnn????
Verangan kan indah uolllsssss...

Thursday, December 1, 2011

Oh...my ..my... HELP!!

Aritu aku ada masuk tender catering kat satu company pembuat Modem nih.

Mula2 dia suruh bagi quotation. Menu western.

Aku pon send.

Dah tu. Dia suruh tambah Menu. Western and Mediteranean.

Tapi si Bodoh Ilot. Telah menyangka Mediterranean ittew adelah Middle east food, lalu akak letak Menu Middle East, nasi khabsa, mandhi semua tuh. ***Note: Akak tak pernah masak pon, tapi sebab gugle resepi senang jah nak buat so akak includekan dalam menu.

Pastu akak kena maki dengan CD Owner sebab Motippp tak buat research betul2??

So, akak pon anggap tak dapat la untuk second stage punya pemilihan.

Tapi, semalam akak dapat email yang akak dapat utk 2nd stage....

TAPI...

Dia nak jumpa akak, have a meeting. Sila bawak company profile which include No of Worker and History.

TAK KE MATI???

No of worker is ONE and ONLY adelah akak.

HISTORY semua adelah cake order. Howww???
Paling2 catering yang akak buat adelah makan2 kat rumah sajork..

Matilah....


Tolonglah bagi cadangan kat akak ni apa akak perlu buat uollsss!!!

Perlukah tipu????**matila tak berkat.

iklan