Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Buang tebiat.

Akak rasa laki akak dah buang tebiat.

Matila kannn...

Tetiba beli hair gel code 10 lepas potong rambut. Sebelum2 nih tak pernah pon nak pakai selama 4 tahun aku kawen dengan dia.
Aku belikan gel afterbed loreal pon harammm nak pakai.
Selalu dia pakai baby oil tu ha share dengan pahat. Kau mampu buat konsep sharing dengan anak ko?

Semalam tetiba ajak pegi Icity. Dah kenapa dengan laki aku nih?
Akak pegi je lah.
Mampos parking RM10 kat jalan batu tu.
Dah la jalan pon jauh jugak.
Dah tu bukannya parking tar pon.
What the hell mahal gila parking.

Dah tu Mohd Rafi ajak naek wheel tu yang ala2 eye of malaysia tuh. Sebab tu je yang Pahat boleh naek. Yang lain tak lepas tinggi 90cm.

Akak nak cakap sikit. Akak gayat hokeh. Sama mcm naek cable car kat Langkawi tuh.

Mula2 sebenarnya Mohd Rafi feeling2 nak masuk rumah 4 musim tu ha... yg ado winter, autumn, spring bagai..

Akak cakap dengan dia:
'Elehh...i tak heran pon dengan benda tu. I dah pernah rasa kat uk'

Berlagak gila. Dah tu, dia kata nak masuk feeling2 bawak Pahat.

Sekali tengok harga Mahal terus cancel. Merasa!

Akak baru lepas masak dan bagi Pahat makan. Lepas makan dia tido amann donia akak.

Arini masak kari daging dengan bayam jah. Sekarang akak dah insaf sikit2. Kalau masak makanan darat akak tak feeling2 campur dengan laut. Kalau konsep hari tersebut akak masak ayam, kalau nak campur pon akak campur dgn daging. kalau hari tersebut masakan laut, semua masakan laut gituuuuu.

Tapi awas uolllss, jangan makan makanan laut banyak sangat. Banyak asic urik penyebab stroke.

Camtuhhhhhh....feeling2 konon nak sehat tapi malas exercise. Kau ado?

Bila surat naek kerja akak nak di sign nih uolllsss?? penat akak tunggu. Akak takut tak sempat habes bulan 6 ni jah project tu okeh. BTW, report utk project tu kena hantar bulan 6. So ada 2 bulan je lagi.. aiyoooo, nak kena cepat tapi tak panggil naek kerja lagi. Howwww??? Pening akak memikirkannya..

Eh, akak nak citer lagik. Kawan Mohd Rafi hari2 dok tanya akak buat ROti jala tak, masak apa arini. Tak hantar makanan ke, aiyooooo...pengsan akak. Tujuan utama dia adelah nak makan lah uolllsss.... Mohd Rafi kan suka berbagi rejeki konsepnya makan sharing is caring.

Ada sibuk nak jadikan Pahat sebagai adik angkat dia sebab konsep nak makan free katanya. Koser tau.

Bye. Sambung buat kerja sana. Akak nak kena buat cookies tapi takde mood. Matila tak sedar diri duet takde.

Wednesday, December 7, 2011

Durian sedap!

Akak dah 40 kali mintak kat Mohd Rafi suh beli durian. Nan hado dia nak beli. Sah2 dia tak boleh cium bau durian.

Aku pedulik hapa kan?? so semalam kat Pasar Serdang akak beli la 2 bijik. RM15. Dia kata situ Durian Pahang.

Sebenarnya uollss, yang akak meroyan sangat nak makan durian bukannya akak makan banyak sangat pon. Paling2 pon setengah bijik jah.

Kebetulan Filla datang dengan Farah sebab nak choc chip cookies. Farah kata sedap gila.** dia kata bukan akak kata. Minggu ni je pon akak pulun buat choc chip untuk orang berbalang2.

So, akak suh diorang abeskan sebijik. Sebijik lagi 1 pangsa jah akak makan. Lebihnya akak buat kuah durian..

Sedapnya kuah durian makan dengan roti. Simpan dalam fridge sejukkan dulu. Heaven uollss.. Heaven!

Semalam jugak aku beli ketam 5 ekor RM10, balik aku masak kelima2 tu, budget Mohd Rafi nak makan banyak. Nan ado! dia makan setengah jah sebab resdung katanya.

Mata gatal2 katanya. Lempang kang!

Ketam masak lemak cili api pon heaven uollss.. Ni gara2 tengok 2 days 1 night akak dok sibuk beli ketam.

Nih akak nak bgtau, korang suka makan ikan tongkol? Kalau nak beli ikan tongkol make sure beli ikan tongkol hitam yang ada bintik bulat kat kulit dia. Yang tu lembut dan sedap mcm ikan tenggiri. Kalau tak merasa la ikan tongkol kau keras tuh.

Ni emak mertua akak yang ajar uollss..

Pastu sekarang ni tengah musim pisang kaki kan? so hari2 memang ada stok kat rumah. Akak suka lah makan, feeling2 korea gituh!

Dah. Apesal akak citer pasal makan jah ni uolllssss??? Merasa berat akak dah naik tapi akak happy sebab nan ado lah orang jumpa akak kang cakap,
'kurusnyaaa!'

Akak nak maintainkan berat 50kg. Nak feeling2 kim kandarsian gituuuu.. Kau hado??

sekian entry makan2.

Tuesday, November 1, 2011

Dessert I made last week..

Sebenarnya nak update last week time depavali kannn? tetiba tak boleh upload gambar terus akak sentap lalu peram jah entry. Matila kannnn???


Portugese egg tart. >> LAki aku dah bosan makan. Bolehhh??
Recipe amek kat ilot's kitchen belah kanan tu.


Butterscotch choc chip cookies. Guna recipe dalam buku 'KITCHEN AID' yg aku beli kat Big Bad Wolf tu.
Tapi aku ubah sikit recepi dia sebab akak tak suka buat choc chip guna castor sugar dan whole egg. Eh, sebenarnya banyak aku ubah dengan tepung2 sekali aku ubah.

Dah mcm buat recipe sendiri daaaaa... Pastu mula2 rasa mcm tak sedap. Mohd Rafi kata choc chip raya lagi sedap. Ni akak tak tipu memang dapat banyak review orang kata sedap.

Pastu Choc chip ni aku peram la 2 balang kat rumah tuh. Niat asal nak bagi kat kawan aku kat UK tu dari raya tak post2.. Janji palsu sangat akak kannnn??

Sebab tak sedap akak tak jadi la post uollss... Tapi kaedahnya, pakcik akak datang dengan anak2 dia dok melantak choc chip ittew sajork. Dah tu, akak suh la dia bawak balik. Siap mintak resepi lagik.. Kellasss akak.

Bila akak rasa lama2 sedap la pulak kannnn...!! **motippp?? **ahhhh resepi nantilah, korang pi carik butterscotch chip dulu. Akak beli kat yummie dah lama tapi peram tak tau buat apa.


Ni Puding caramel french recipe. Guna recipe dari buku 'DESSERT'

Akak suka!! sebab dia smooth xde lubang2 dan tak hanyir!!
Recipe nanti jugak akak bagi. Matila janji2 manismu sangattss..

Yang lain2 akak ado buat pavlova tapi sekor pon x nak makan termasuk akak... eeeee...tak suka lah! Tapi for the sake of nak mengabeskan telur putih aku buat jugak kurangkan gula lalu peram dalam fridge dan buang ke tong sampah.

Hari ahad malam akak feeling2 buat puding koktail pulak sebab senang jah nak buat guna tepung custard..

Raya haji akak nak buat cream brulee pulak. Tapi recepi dia guna 6 bijik egg yolk seram pulak akak. Tapi recipe dia senang je.

Nanti akak share yeah.. boleh kita feeling2 duduk kat French sana.

Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 6.

Sebenarnya akak feeling2 malasssss banget nak masak arini. Dah la pose2 malas nak masak, masak nak keluar pegi baazar puiler.... Tapi adik ipar akak kan ada kat sini tolong akak buat kueh takkan nak bagi dia makan meggi pulak kennnn??

So akak pon masak la jugak.

Ikan gelama goreng.

Sayur sawi goreng.

Ayam halia blackpepper.

plan asal akak ialah ayam nak goreng. ikan nak masak pecel jawa tuh. Cemana ntah tetiba akak ting tong masak lain puilerrr...

Air lagi la hina gila. Ada la air soya semalam tinggal 1 cawan pastu air milo sahur tadi pagi yang panas nak mampus Mohd Rafi buat aku tak boleh minum aku simpan dalam fridge.

So, adik ipar aku, aku bg minum soya. Akak minum milo. Kau adoooo akak ipar pemalas mcm tuhhh????

Akak nak bgtau tau, sape2 yang sms, akak tak balas atau setaun baru akak balas tu jangan sentap ye, akak pose2 busy sekarang nih. Lainlah kalau uollss nak tolong akak secara free.. Nanti akak bg la resepi free gituuuuuuu...

Order2 cawangan Johor, kau ado cawangan??? Kuih2 akan dihantar insyaAllah pada 17hb nih.

Lupa lagi nak pesan. Kalau uollss call akak mcm nak mati tapi akak nan ado jawab mahupon reply jua sila jngan sentap. Tangan akak nih sentiasa lah memegang doh kuih takde maknanya aku nak kotorkan telepon sebab henpon akak touch screen.. Touch scree henpon murahan ye... Bukan i phone mahupon samsung galaxy mahupon HTC HD desire mcm henpon Cik Li.. Cik Li gadis urban berteknology tinggi harusla mempunyai gadget2 terkini... Larikkkk..!

Jadual akak time weekend nih adelah.

Lepas sahur : celup coklat almond London sebb time ni sejuk, so coklat dia cepat keras.
sampai pukul 8 atau 9 akak stop. Tido sama2 dgn Pahat.

Pukul 11 bangun rehatkan minda sebentar, tengok TV, main2 dgn Pahat. Bila pahat tido je, selalunya pukul 1, maka start la buat kueh. Sampai habis adunann. Biasanya sekali buat 4 adunan.
Kalau Almond 4 adunan boleh dapat 10 balang. Choc chip 7 ke 8 balang.

Pukul 2 kang Pahat bangun maka terpaksa bergilir2 dgn adik ipar akak jaga dia sambil buat kueh. Tu yang melambatkan keje. Pukul 5 kang abes, rehat kejap.

Pukul 6 masak. Tunggu buka. Pukul 8 sambung balik buat kueh sampai pukul 11.

camtu lah rutin weekend....ngantok. nak tido. bye.

Monday, July 25, 2011

Pahat dan girlfren... Matila...

Hari sabtu akak, shilla dan Kher feeling2 buat nasi ambeng konsep potluck... eh akak lupa, Fiza pon wujud di hari tersebut dengan membawa roti jala dan kuah durian, sampai arini ada lagi aku makan dengan roti. Sedap.

Shilla bawak ayam masak kicap, tembikai, eh air gas dalam fridge tu uolls bawak kah? tiba2 ada dalam fridge boleh gitu???

kher bawak mee goreng dan sambal goreng jawa.

Akak masak nasik, urap togeh ala2 pucuk ubi segenggam..**matila, dan serunding.
Eh, ado lagi. Akak goreng ikan kering bulu ayam dan buat air sarsi.

Bila di campurkan kesemua lauk ittew jadilah nasi ambeng. Gambar nan ado. Ado gambar Pahat tengah mengorat awek je.. Matila fitnah Pahat..

cekcii mulut Myra. Tu budak baju hitam tu mulut senyap tapi kaki dan tangan tak reti diam. Penat tau emak nak kejar.


Pahat sibuk Myra amek port dia menyepahkan magazine.


Tukar posisi, berjaya menyepahkan magazine emak.

Overall, nasi ambeng SUCCESS!! Cuma nan ado dulang bulat besi tu jah.. Kalau ado lagi feel okeh.

Hari ahad, selesai hantar kek dan cookies order dari Mama Aufa . Sorry ye lambat sampai tesco tuh sesat punya pasal carik Puncak Saujana tak jumpa2. Kawasan perumahan baru uollss.. Nan ado dalam GPS. Comel sangat Aufa. Boleh jadi calon girlfren Pahat no 2.. Matila kannnnnn...

Yang akak nak citer ialah, Mohd Rafi feeling2 nak buat makan2 sempena before ramadhan. Jadi, mangsanya adelah akak lah merangkap tukang masak. Jadi pegila pasar borong.. Sekali je aku lupa Oficemate aku punya wedding!! Keji gila perangai...!!

Dah tu, balik pukul 2 lebih memang takde makna aku nak pegi majlis dah nak abes.

So, menu tadi petang ialah meehun goreng singapore, ayam and sosej bbq, sup tulang dan buah2an. Akak masak puding tapi lupa nak kuarkan dari fridge. Keji lagi di situ...

jemputan 20 orang je, yang akakk tak jemput jangan sentap ye..

Kesimpulannya weekend nih aku rasa mcm nak pengsan kepenatan siapkan order orang dan memasak..

Selasa Mohd Rafi pegi Jakarta puiler... Pengsan lagi!

Friday, July 1, 2011

Happy naked baby!

Wah tajuk bakal di guugle dengan perkataan naked kannnn??

Ni budak nih liat sangat nak tido akak bogel kan dia. Pastu sibuk berdiri ketawa2.. Abaikan background belakang tu ye, tempat dia berdiri memang kena alas tilam n toto sebab dia suka hati dia je nak landing cemana gaya pon. Tetiba kang dah melalak.





Arini terRAJIN masak rendang campur (daging+hati+paru+limpa) . Ni first time masak limpa and I dont like it!!


Akak jugak masak urap (jawa punya), togeh+pucuk ubi. Ni memang favourite lauk akak okeh. Kalau nasik ambeng selalu carik nih dulu.

Aku rela makan urap sajork dari makan limpa tuh. Ceh!!

Saturday, May 28, 2011

Ngantok okeh.

Baru pukul 10 tapi mata ngantok.

Pahat awal2 akak dah paksa tido. Sebab arini akak ralit bawak dia berjalan dia tido kejap-kejap dalam kereta.

Emak akak dah balik tadi pagi. There goes hidup aku yang bersenang lenang tu kan??

So, arini aku berpoya2 dengan cousin cd owner dan cd owner.

Lupa bawak stroler. Hampir kebas tangan aku dokong Pahat. Berapa la berat budak ni sekarang.

Emak aku kata tak baik cakap anak berat.. cakap SEMANGAT.

Apa kena mengena kann???

Air rumah aku karat. Motippppppp??

Aku ngantok lagi sekali.

Terima kasih untuk para2 customer yang pernah order kek dari akak nih...

New product Marble Nutella ciskek menurut Fiza lagi sedap dari oreo ciskek. Kan Fiza kannn??

Bye. Nak tengok criminal mind.

Sunday, February 27, 2011

Anak tunggal kesayangan beta...

Clust! tiba2 nak guna bahasa istana pulak..

Weekend akak sibuk melayan anak akak yang debab ittew di samping melipat baju yang dah menggunung tu okeh. Pengsan!! tu belum masuk baju Pahat lagi.

Tu belum masuk Laki akak yang suka membebel suruh sapu sampah la ape la..

Campur dengan sibuk ke carrefour sebab tengok iklan PetPet RM30.99 tapi tiba sana harammmmm... satu bungkus PetPet pon akak nan ado nampak. Motippp Carrefour memperdaya akak???

Last2 akak beli Fitti Basic RM22.89... Sudahhh Pahat, jangan nak verangan pakai mamipoko okeh!!

Hari sabtu akak masak ikan tenggiri goreng tepung, Tempe goreng tepung, sayur masak lemak dan sambal belacan.

Ahad akak masal, ikan terubuk masak asam pedas. Ikan terubuk memang sedap uolllss tapi time makan nak asingkan tulang tu adelah rasa menyampah. Akak rasa mcm nak upah org jah buangkan tulang.

Pastu akak feeling2 masak bubur pulut hitam... Sedap ah!

Resepi pulut hitam paling senang dalam dunia: Basuh bersih pulut hitam. Rebus guna sedikit air. Masakk gula merah dalam periuk berasingan. Bila pulut dah masak, tapis air gula merah dalam tuh. Masukkan santan kelapa pekat. Masak sekejap pastu tutup api. Nanti lama2 pecah pulak santan tuh. Ada paham???

Last skali saksikan aksi2 comel Muhammad Rossiudin Farhat nih.. **siapa punya idea ntah bagi nama panjang mcm nih berbelit lidah nak sebut.

Baju ijau belum basuh sebab comel sangat akaak pakaikan jugak. Pastu kena marah dengan Mohd Rafi okeh sbb kemaruk sangat. Ado akak kesah?? RM9 jah kat reject shop.

Tu hobi baru Rossi...**matila tukar nama panggilan. Suka buat molot mcm tuh.

Ok Dah. Nak bukak MATLAB. Kang tunggu orang buatkan tiap2 minggu busy memanjang. Anyong gaseyo~!!

Saturday, July 10, 2010

A little of everything in 1 pot..

Akak feeling2 masak lemak cili api ikan duri arinih..

lepas tu mula2 akak nak pose2 masak buncis goreng.

Pastu nak rebus telur masin.

Tetiba akak feeling2 malas uollsss.. Howw??

So, akak campak semua skali dalam 1 periuk. So, nama masakan tersebut ialah ikan duri kacang buncis dan telur masin masak lemak.

Kau ado masak mcm tuh??

Jimat okeh masa akak. Lagipon akak sorang jah yang makan. X kesah la kann???

Ingatkan arini nak kuar pegi beli lauk kat pasar Bangi sbb lauk rumah akak tuh dah ala2 nyawa-nyawa ikan sajork.. Tapi akak ada penyakit malas juga uolllss...

So, tunggu pasar kat serdang la ari isnin puilerr..

p/s : Akak doa kan Pasir Gudang ujan lebat malam ni, Biar padan muka Mohd Rafi.

Monday, July 5, 2010

Soalan...soalan..dan soalan....

Gambar di atas adelah kuih tiram yang gemok2 akak buat.. Taste wise boleh la... Tapi rupanya mmg la gemok..

Resepi akak amek kat internet. Nantilah akak nak belajar dgn makcik akak. Dia buat lagi sedap dan chantek.

Arini masak asam pedas ikan duri dan peria goreng. Walaupon peria tu pahit, for the sake of menambah HB akak telan juga lah..

Uollssss... Akak kadang2 malas nak jawab uollss bila org tanya :

'Bila mohd rafi nak balik?'

Sbb.. akak x tau nak jawab. Sbb akak pon x tau bila.. Semuanya bergantung pada masa dan duet okeh.

Sekarang ni, duit kena jimat2. Walaupon baju aku banyak dah tak muat. Seluar pon ada 2 3 je yang muat. Tetappp nak beli suar pregnant berkira2 walaupon chap scarlet jusco tuh.

At the end, aku pakai je apa yg ada. Baju mana yang muat tu pakai je la ulang2 pegi opis. Lantak la kalau student ngumpat aku kang pakai baju ulang2 je next week. Ado aku kesah??

Dan nasib baik jugak la, aku banyak jugak baju kurung yang besar2. So ade lagi baju aku yang muat..

Yela.. kena fikirkan untuk baby yg bakal keluar ni juga.. Tu yang lagi penting..

So bulan nih, sorry nak makan kat luar. Makan kat rumah jahhhhh!!

P/s : Xde orang nak derma 2 ribu kah kat akak???

Saturday, July 3, 2010

Takut tak duduk sorang??

Akak x berapa takut tinggal sorang. Tapi akak risau kalau terjadi apa2 nan ado orang hantar pegi hospital uolllss.. So, akak buat emergency calling list mengikut jarak kerumah akak:

Org yang first akak call ialah Filla, 2nd Fizi, 3rd: cd owner n cik lee..

Kalau akak call tengah2 malam tu sila la angkat uollls... Kalau Mohd Rafi x sempat sampai tolong azankan anak akak okeh.
Tadi pagi akak kepada akak sampai pukul 3 pagi okeh. Akak dgn gigih drive pagi2 buta tu ke tol Bangi sbb dia x tau jalan ke rumah akak. Pastu sampai rumah akak tengok bola.

Pastu akak nak tido tak boleh sbb anak sedara akak yang icah 3 tahun tuh adelah bising menceceh..
pagi bangun awal masak kari ayam dgn prata segera dan juga kuey tiaw goreng.

Pastu hantar theyols pegi Sepang sbb ada kenduri kat sana.

Sebelum tu sempat prepare ayam kampung masak ungkep. balik dari sepang sambung masak nasi 1 periuk. Masak lemak udang dan juga sayur campur orang malassss...

Dan panggil cik Lee dan Cd Owner makan.

Alhamdulillah, lauk semua habes. Akak suka uollss feeling2 masak dan makan beramai2 nih. Kalau tak kan makan sorang2 sajork dirumah... Lain kali aku panggil uollss dtg makan lagi okeh. Kalau tak pon kita buat potluck makan kat Pantai Pullman tuh..

And thanks Cd Owner kasik mak tupperware mahal siap label harga sekali. **larrrrikkk..

Mahal okeh akak rasa. Kalau aku beli sah2 sebijik tuh dapat 5 tupperware biasa.

Nantilah aku buat kueh tiram aku kasik kat ko.. Note: Bila aku rajin.

p/s : Apesal la pemalas sangat nak membaking sekarang nih?? adekah sbb anak akak lelaki???

Friday, June 4, 2010

Peristiwa gagal dimalam hari..

Kau pernah tengah2 masak tiba2 gas abes??

Akak td malam kena uolllss... Dah la pukul 10 malam masa tuh. Nan ado lah kedai bukak kaedahnya..

Mujurla akak bijak bertindak. Sambung masak guna rice cooker lah. Apa lagi kaedahnya kan??


Hasil mangsa keadaan. Mee sup campak namanya. Guna Mee Lidi. Yang penting sedap uolllsss..

Kau ado puji diri sendiri masak campak2 sedap??

Pastu nasib baik ada coffee maker. Masak la air guna coffee maker kaedahnya..

______________________________

Akak pose2 beli kain nak buat bengkung tradisional kaedahnya. Pose2 nak jahit la balik kampung. Pastu mak akak cakap mesin jahit rosak la pulak.. Cancel plan.

Yang paling verangan barut pon nak jahit sendiri. Pastu mak akak carut, beli jah kat kedai.. Sah2 murah sajork..

Akak ala2 pening nak beli barang bayi. Mcm banyak je... Akak nak mintak simpati lah kat akak ipar akak, mana tau boleh guna anak dia punya ke.. Lagipon anak dia kan dah besar..

Akak ingat strelizer tu mcm x perlu beli lah kot. Skrg nih ingat nak beli baby coat **betulkah aku eja?? sbb akak x confident lah nak tido sekali dgn baby memandangkan akak suka tido pusing2. Dan bapak dia pulak tido suka melebihi garisan yang dibenarkan..

Nantilah akak buat list satu2.. Cepat angkat tangan sape nak belikan tilam? bantal? tub mandi? baby coat? stroler? baby car seat?

Yang Benar,
Bakal Ibu miskin.

Sunday, May 16, 2010

Hasil Keboringan di Rumah..

Hasil dari keboringan di rumah. Nak keluar takut jalan Jammed kat putrajaya tu.

Maka terhasil lah karipap. Buat banyak2 pastu frozenkan. Hari2 boleh goreng sarapan karipap. Kelassss kan akak??


Monday, April 26, 2010

Bercuti ke pantai!!!!!!!!!!!!!

Weekend lepas akak bercuti ke pantai bersama mereka2 inih...

Pantai mana kah????

Cuba teka..............................

pantai putrajaya okeh. Pantai ala2 buatan kat belakang hotel Pullman tuh... Ala2 10 minit sajork dari rumah... Kelass tak rumah akak dekat dengan pantai. Rumah kau ado??? **motifff tetiba berlagak?

Chantek la jugak uolls pantai dia... Walaupon pantai dia ala2 15 meter panjang sajork yang lain semuanya tasek. Berdekatan dengan Pullman. Kalau uollss pose2 kaya boleh la ala2 bercuti kepantai putrajaya pastu check in Hotel Pullman... Clust!!!!

Nampak tak perut akak buncit pada gambar diatas??? Pliss cakap buncit. Kalau tak akak sentap. Tetiba meroyan kan???

Yela uollss... akak sentap tau jumpa orang semua tanya: ' Ko ni pregnant ke tak? X nampak ponn...'

Akak nak bagitau.. Akak dgn Mohd Rafi pakai baju baru pada gambar diatas. Perlukah bagitau???
Seluar yang akak pakai tu atas dia getah. Beli kat Jerantot. Jauh tak kau beli suar pregnant kat jerantot?? Kau ado mcm akak?? Murah je uollsss... RM19 sajork.. Mohd Rafi paksa akak beli suar pregnant sbb dia malu kuar dgn akak, akak asik pakai suar track sajork sbb seluar lain dah pose2 x muat..
Akak suka uolls suar yang akak beli kat Jeratot tuh.. Akak rasa akak chantek bila pakai... Bolehhhhh??? Akak beli kat kedai nama Big 10.

Arini petang akak siapkan Nasi Ambeng/Ambang. Mohd Rafi nak bagi rakan sekerja dia.

Sorry uolls akak upload gambar senget... Uolls betulkan la sendiri..

Lauk nasi ambang tu adelah serunding kelapa, mee goreng, sambal goreng jawa, ayam kicap dan ikan kering bulu ayam.

1 je kurang iaitu urap. Koser akak nak buat urap nak cari pucuk ubi celah mana ntah...

Dah uollss... Akak penat masak... Akak nak tengok citer korea... Babaiiiii!!!

Thursday, March 4, 2010

ceri mari mari!

Gambar ihsan guugle..

oh, Siapa tau kat mana ada jual cherry nih?? Akak teringin pulak tetiba nak makan. Sah2 la skrg bukan musim kaedahnya sbb europe tgh musim sejuk..
Tapi kat mana ada jual?? kalau boleh yg berdekatan dgn rumah akak sajork.. Akak koser nak pegi KLCC.

Arini akak dpt limau. Student bagi sempena chinese new year. Akak amek je la uollss..

pastu semalam akak gigih buat roti gulung sbb akak pose2 beli roti gardenia satu plastic besar yang dah nak expired esok. Merasa tamak sangat beli banyak2..
So, td pagi akak letak kat opis 1 tupperware.

Akak pose2 la ajar mak akak cara buat roti gulung tuh, pastu kan uollss hari2 dia kemaruk buat okeh. howw??? Sampai akak dah naik muak tiap kali balik kampung ada je roti gulung tuh. tapi skrg nih dia dah insaf. Hobi dia pagi2 makan nasi ambeng bungkus beli kat kedai depan pulak.

Arini akak lupa bawak staff kad. So akak x boleh la nak lalu bilik lecturer. So lepas mengajar akak pon jadi mcm student, turun tangga 2 tingkat, pastu jalan keliling bangunan baru nampak lift. Pastu naik samapai tingkat 4 terus muntah. Sebab banyak sangat berjalan.

Rasainnnnn!!

Arini akak bawak keter. Mohd Rafi bawak motor pegi keje. Nasib baik tak ujan. Semalam dah la motor dia pancit tgh jalan... Sian laki akak...Boleh gitu?

Thursday, November 26, 2009

Dah Balik ke Belom??

Aku tak pack baju lagik..

Tengah sibuk masak Ayam Kampung Organik Rendang..**matila nama..
Abes tu, ayam tuh memang ayam organik kampung okeh. Akak kan pose2 nak jaga kesihatan kaedahnya..

Anak sedara akak yang Bena tuh umur 7 tahun. Hari2 bukan siaran kartun 24 jam okeh. Motiff sangat??

Pastu bila akak amek remote tukar citer lain dia kemaruk pulak baca buku kuat2.. Motifff??? Tengah kemaruk reti membaca, semua buku dia baca okeh. Sampai akak halau dia baca dalam bilik sana. Akak nak tengok TV okeh bukan nak dengar dia baca buku.. **matila mak sedara yang tak memberansangkan..

Pastu dia dah reti baca Quran. Hari2 mak dia call suruh aku ajar dia. Tapi aku pass kat adik aku suh ajar.. Bolehhhh???
Si Bena tuh boleh la baca sendiri Quran tapi tajwid memang tak betul la.. Lagipon sekolah agama belom ajar pasal tajwid lagi.

Akak balik kampung malam nih. Mampos jalan Jammed!..

Raya haji ni turn rumah mak mertua akak uolllss.. Nih akak balik lambat. Kalau awal sehari, akak jadi tukang anyam ketupat. Sebab dalam rumah tuh semua tak reti anyam ketupat.

Hari sabtu pagi dah balik Mantin, Mohd Rafi nak kejarkan wedding kawan dia kat Gombak.
Ape ntah yang best sangat padahal orang tu tak pegi pon wedding aku. Nak lama2 kat kampung pon tak boleh.
Aku cadangkan jumpa kawan dia awal pastu pass hadiah tak nak. Nak pegi jugak kan wedding tuh. Siapla kalau lauk tak sedap. **matilah tak ikhlas..

Bila la rendang aku nak masak nih??

p/s : Henpon akak Mohd Rafi bawak pegi keje. Sape2 ada urusan sila email atau tinggal komen kat sini. Tadi pagi Mohd Rafi kesiangan. Bangun pukul 7. Padan muka dia. Dia yang pandai2 set alarm semalam. Selalu akak yang buat uollls.. Nih, dia yang set ntah pukul berapa pastuh letak kat sebelah dia.. Rasainnnnnn!!

Thursday, October 29, 2009

Aku dah Itam!!

Balik dari motoGP muka aku dah itam..

Oh.. tolonglah jangan tengok muka aku yang macam bibik Indon tuh di SINI

Resepi Cheese cake dan FRUIT TART sila klik my OTHER BLOG

Sorry la lambat post entry resepi. tuan punya blog busy dgn urusan.

Jangan ada sesiapa pon ajak aku keluar atau jemput datang rumah minggu nih. Road tax keter aku officially dah mati..

Leceh jugak la duduk kat Mantin, tapi beli keter kat Johor nih..

So, seminggu dari sekarang nih... duduk diam2 kat rumah sudah...

Thursday, September 10, 2009

sahur uollss...

Korang makan ape sahur tadi?

Yela..akak ngaku, dalam seminggu ni la baru sehari akak sahur.. gara2 tido lewat layan kueh..

Serious weh, akak tengok kueh pon dah rasa nak muntah..

Aku tak rasa aku boleh makan kueh, raya nih...

Tapi tadi pagi,

Akak masak char kuey tiaw okeh..

Bangun pukul 5.15 ade hati masak char kuey tiaw kaedahnya..

Masak macam ribut. Seb baik tetap delicous..**matila angkat bakul lagi..

Serious, akak rasa kalau akak berniaga kat baazar ramadan, mesti ramai yang beratur beli...
Kau ado confident mcm akak??

Resepi rahsia nya ialah letak paste udang (atau petis tuhh), kicap sikit, sos tiram sikit, kiub ikan bilis sikit, dan air rebusan udang, juga cili boh..

Sorry la uollss... akak masak memang tak tau specific measurement.. akak main campak2 sajorkk..
Uollss agak2 je la masak okeh... Confirm sedap!!

Kalau uolls dah pandai dan bercita2 nak berniaga.. jangan berniaga sebelah kedai akak okeh. Nanti akak bengrup pulakss... **maklumla akak kan bercita2 nak letak harga tinggi supaya cepat kaya gituuu...**matila...

p/s : akak sentap, saguhati RM500 hanya diberi kepada pegawai sokongan.. Keji...keji...keji!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 16, 2009

sampling theory..

Tau ape tuh sampling theory?? Nyquist theory??
Matila tetiba tanya soalan DSP (Digital Signal Processing)..

Tapi, entry akak xde kena mengena pon dgn sampling theory tuh uollss..

Akak nak citer pasal hangat-hangat taik hanjeng akak buat sample kueh tart gulung..

Operator pengeluaran yang akak import dari bangla.. **opppssss, Mohd Rafi ampunnnn...
Komplen acuan kueh tat yang akak beli tuh mcm nak mampus tekan2 x nak keluar..

Memang betul pon uolllsss... Akak tekan2 langsung tak keluar.. Nak terberak rasanya.. Naseb baik operator pengeluaran bangla akak tu gagah perkasa gituhhhh... **larikkkkk!!

Dah tuh, akak nih baik hati sangat buat besar2 nak mampus.. Saje nak cepat bankruptkan diri sendiri.. Blehhhhhh???

So, x jadi la akak nak bagi sample2 tuh.. Nanti akak buat lain yang saiz sederhana sikit..
Takut nanti org complain, sample kueh besar pastu bila tempah dapat kuihnya kecik sajork..

Harusss bisnesss akak terus lingkup tahun depan org dah x nak order dah... bolehhhhh????

Walaupon akak tengah miskin nih, petang nih akak nak pegi Bangi beli acuan tat gulung yang lain.. Senang nak suruh operator pengaluaran yang akak import dari Bangla tuh buat keje..

Wednesday, July 15, 2009

Kawan makan Kawan la macam nih....

Uolllss.....

Nampak tak ade poll belah kanan tu?? Boleh tak uolls click barang sekali dua cam tuh.. Akak kan tengah meroyan nak buat bisness konon2nya.. Boleh kan uolllss??
Thanksss...


_______________________________

Semalam ex housemate Mohd Rafi , nama dia Shah call Motor RXZ dia hilang. Dengan helmet2 skali hilang.

PAstu Mohd Rafi suruh dia tunggu, mungkin ada budak2 rumah tu pakai pegi kedai.

Sekali je, tunggu lama xde jugak motor tu muncul. Diorg check2, laptop dia pon hilang, duit tabung budak rumah dia , Din, pon hilang. Serta barang2 lain..

Pada ketika itu semua budak2 rumah dia pegi keje. Dia pon baru balik keje tengok moto hilang.

Mohd Rafi suspect, budak2 yang diorg kenal jugak yang rembat. So, Shah and budak2 rumah tu pegi carik sambil report polis..

Mahal ooooo motor RXZ, dah la dia baru tukar casing baru, tukar gear baru and etc dah berabes 2k tukar brnda2 tu.. Merraung la si Shah tu kalau motor tu hilang..

Tadi tengah malam akhirnya diorg jumpa siapa yang rembat. Nasib baik Motor tu ada lagi kat budak yang rembat tu. Laptop dia dah jual.

Tau siapa yang rembat??

Kawan diorang sendiri. Nama dia Wan. Padahal aritu masa si Wan ni accident, diorang ramai2 jaga dia. Bagi dia makan. Basuh kan luka. Siap bagi tido kat rumah diorang sebab kesian member punya pasal kan..

Tup...tupp.. dia curik barang2 kawan sendiri..

Kalau korang, ape korang buat???

Tapi sebab budak2 rumah Mohd Rafi mengenangkan si Wan tu member, diorang tarik balik report polis.. Tapi lepas ni sendiri mau ingat la.........

Hape punya kawan la kan????

iklan