Thursday, January 29, 2009

Membesarkan diri dirumah Mak mertua..

Ampunnnn lama x update.. Akak bukan ape uolls.. kat area2 kota tinggi tu ada line GPRS je, susah gila nak loading page. Lagipon dari akak update lebih baik akak berguling2 dgn Mohd Rafi. Dapat jugak anak..****opppsss!!
Cuti CNY nih kena balik rumah Mak Mertua. **matila dekat je.. 20 minit sampai dari rumah mak sendiri.. Duduk rumah mertua tu kenala bangun awal sikit. Pukul 7 lebih dah bangun basuh kain. Kemas2 dapur. Yang best duduk sana kejenya asik makan je.. Lengkap kitaran makan akak uolllsss, pagi2 ada breakfast, tengahhari ada lunch, petang ada kudapan, malam ada dinner.. Malam tido awal. Haha..sbb bangun pagi2.. Kat rumah mak sendiri x dapat la nak bangun pukul 7. Lepas subuh membuta saampai pukul 10. Sungguh x senonoh perangai akak.. Sila jangan contohi..
Ari isnin tu ingatkan nak jumpa UMYRA tapi mak mertua ajak pegi Tenggaroh 6 pulak.. Terpaksa la uolllss... So, alang2 pegi tenggaroh 6, akak ajak Mohd Rafi dating pegi Mersing skali.. Haiyoohhhh, pantai dia very the kering mcm xde air.. Kejilah!.. Pastu pegi la beli keropok lekor dgn keeropok kering.. Haiyohhh!! ramainya orang beratur..

Tengok tu ramai orang kerumun.. Nasib baik akak pose2 ayu disitu. Dapatla jugak cepat. Kalau x tunggu lama baru dapat. Dah lama gila x pegi bandar Mersing. Dah 10 tahun. Dah banyak berubah. Nasib baik Mohd Rafi memang kaki round. So, dia tau semua tempat..

Pastu akak meninjau Arnab2 yang baru lahir tu masa kat rumah Mertua tu.. Ada 8 ekor, tapi 2 ekor mati tinggal 6 ekor. Bapak mertua akak asingkan bapak arnab tu dengan mak dia sebab nanti dia makan anak arnab tu.. Lagipon mak mertua akak cakap kalau tidak dia asik mengawan je uolllss... Akak dgn Mohd Rafi pon x mcm tu..**matila..

Akak amek gambar dari jauh je uolls.. Takut nak amek dekat2.. Takut arnab tu gigit. Bapak arnab tu reban lain. Bapak arnab warna putih. Gebuu je mcm sponge cake..**matila lagi..

Eh, kenapa akak boleh update blog?? akak kat kulai. Bukan di Mantin. Ahad baru balik Mantin.

iklan