Monday, November 30, 2009

segment mencerca...

matila kan tajuk je dah berbaur nurakah gituuu kann???

Akak nak citer pasal Umie tu lah..

Ingat lagi tak citer Umie itteww??

KLIK SINIH!!!!!!!!!!!

Mula2 uollls.. akak pose2 tak nak ikut Mohd Rafi pegi kenduri kawen kawan dia ittew.. Akak pose2 nak ikut Fiza pegi shopping.. IKUT sajork okeh. Akak nan ado budget nak shopping bagai..

Sekali je on the way kat pagoh, Mohd Rafi kata Umie tuh pegi. Zassss...akak bagitau Mohd Rafi akak nak ikut pegi kenduri kawan dia. Merasa tukar baju kurung kat hentian air keroh. Baju aku dah la renyok. Mampos tak layan. Dengan tudung tak match. kau ado baju biru pakai tudung color cream..

Pastu, akak siap pose2 make up bagai okeh.. Matila tak nak kalah, tetap nak chantek..

Tiba sana Umie ittew dah ado.. Boleh tahan uolls muka dia. Free hair rambut panjang gittew.. Memang taste Mohd Rafi okeh. Cuma muka dia banyak jerawat...**matila kau tetap nak menang kannn???

Umie tuh nan ado la berborak dengan akak. Dia dok berbual dengan Mohd Rafi sajork.. motifff lah kann?? Dan Mohd Rafi boleh pulak tinggalkan aku duduk sorang kat meja pegi berbual dengan Umie itteww... Motifff sangat lagi kann??

Pastu weollls pegi times square dgn kawan Mohd Rafi, yang baru kawen last week, Ijal. Kat times square akak koser nak ikut Mohd Rafi sibuk layan kawan dia. Lagpon kalau dia sibuk kawan dia bukan dia kesah kat akak.

Pastu akak jumpa Fiza. Akak tinggalkan dia dgn kawan2 dia. Pastu akak nak ikut Fiza pegi Midvalley dia tak bagi.. Kejihhhh!!!!!!!!!!!

Pastu akak malas nak ikut dia jumpa kawan2 dia akak pegi semayang. Rupa2nya time akak pegi semyang itteww, diorg jumpa Umie tuh di tingkat 3 kaedahnya. Motifff sangat nak pegi kenduri kawan dia kat Equine tapi melencong ke Times Square..
**matila tetiba tak puas hati..

FYI, si Umie tuh single lagi ye sampai sekarang.. So, howww???

Tapi takpe la uollss... Akak lagi chantek! **tetappp kan tak nak kalah??

mok-ko

Pergh! rasa terliur pagi2 tengok iklan New Zealand ice cream nuffnang tuh..

Nak pegi beli very the jauh, malas haku nak pegi KLCC semata2..

Sekian Entry Lapar.

Congrats to Mili and wife from http://kehidupanbaru.blogspot.com/ dapat anak lelaki.
Walaucemana pon, meh kita doakan baby dia sehat sebab lahir tak cukup bulan.

Bye.

P/s : citer umie nanti2 lah.. malas la pulak..

Sunday, November 29, 2009

Poket Bocor..

Akak dah kat Mantin nih uolllss...

Semalam pagi pukul 8 pagi dah gerak dari Kota.

Tapi kaedahnya, tayar kete akak pecah. Pastu disk break dah nipis. Pastu tayar belakang botak.

Mati tak kau 5 in 1 sekalai ganti.

Hari sebelumnya, konon2 beli barang untuk service kete sajork. Minyak gear, filter dgn minyak hitam..

Sekali je, zasssss.... dengan tayar2 kena ganti dgn disk break skali. Botak la akak bulan nih.
Howw nak shopping year end sale??

Verangan la kaedahnya...

p/s : semalam kenduri rumah kawan Mohd Rafi akak jumpa ExGF dia. Yang UMie tuh.. ingat tak akak ada citer dulu??
Nanti akak update pasal akak jumpa dia pulak. Okeh???

Thursday, November 26, 2009

Dah Balik ke Belom??

Aku tak pack baju lagik..

Tengah sibuk masak Ayam Kampung Organik Rendang..**matila nama..
Abes tu, ayam tuh memang ayam organik kampung okeh. Akak kan pose2 nak jaga kesihatan kaedahnya..

Anak sedara akak yang Bena tuh umur 7 tahun. Hari2 bukan siaran kartun 24 jam okeh. Motiff sangat??

Pastu bila akak amek remote tukar citer lain dia kemaruk pulak baca buku kuat2.. Motifff??? Tengah kemaruk reti membaca, semua buku dia baca okeh. Sampai akak halau dia baca dalam bilik sana. Akak nak tengok TV okeh bukan nak dengar dia baca buku.. **matila mak sedara yang tak memberansangkan..

Pastu dia dah reti baca Quran. Hari2 mak dia call suruh aku ajar dia. Tapi aku pass kat adik aku suh ajar.. Bolehhhh???
Si Bena tuh boleh la baca sendiri Quran tapi tajwid memang tak betul la.. Lagipon sekolah agama belom ajar pasal tajwid lagi.

Akak balik kampung malam nih. Mampos jalan Jammed!..

Raya haji ni turn rumah mak mertua akak uolllss.. Nih akak balik lambat. Kalau awal sehari, akak jadi tukang anyam ketupat. Sebab dalam rumah tuh semua tak reti anyam ketupat.

Hari sabtu pagi dah balik Mantin, Mohd Rafi nak kejarkan wedding kawan dia kat Gombak.
Ape ntah yang best sangat padahal orang tu tak pegi pon wedding aku. Nak lama2 kat kampung pon tak boleh.
Aku cadangkan jumpa kawan dia awal pastu pass hadiah tak nak. Nak pegi jugak kan wedding tuh. Siapla kalau lauk tak sedap. **matilah tak ikhlas..

Bila la rendang aku nak masak nih??

p/s : Henpon akak Mohd Rafi bawak pegi keje. Sape2 ada urusan sila email atau tinggal komen kat sini. Tadi pagi Mohd Rafi kesiangan. Bangun pukul 7. Padan muka dia. Dia yang pandai2 set alarm semalam. Selalu akak yang buat uollls.. Nih, dia yang set ntah pukul berapa pastuh letak kat sebelah dia.. Rasainnnnnn!!

Wednesday, November 25, 2009

7 hours straight!

Akak pegi balik jerantot arinih.

7 jam pegi balik non stop driving. Gigih tak??

Rupa2nya bukit bukau kat karak tu nan ado la seram sangat..**matila berlagak..
Lebih kurang mcm Bukit Mantin sajork..

Penat la weh. Pagi tadi pukul dekat pukul 7 dah gerak. Pukul 3 sampai rumah balik.

Weh, apsal orang TM nih takde pon datang install telepon??? Aku dah la nak terminate maxis nih esok.. Motiffff???

Nih yang rasa nak carut TM dalam hati nih..

BA : weh, jangan rasa bersalah aku tak pegi rumah mak ko. Next time ada lagi.

Wokeh. Aku nak tido. Penat nak mampos okeh. Nasib baik adik aku bukan kat kelantan. Kalau tak aku koser nak hamek dia.

Cik Chelsea : Time Kaseh. Eh, tapi mana satu jawapan yang betul??? **matila menang kuiz tapi tak tau jawapan..

Tuesday, November 24, 2009

Chenta Balqis..

Korang tengok ke citer cinta Balqis setiap haari pukul 6.30 di tv3 tuh?? **soalan dah macam iklan. How??

Akak tengok uolllsss.. Walaupon ala2 tak memberansangkan gituu...

Tau tak sebab apa akak tengok??

Sebab lokasi dia kat Kampung Mak akak la.. Kat Sedenak dan Kampung Murni Jaya itteww..

Harus kan Mak akak tetiba bangga sebab dia tau semua tempat kat situ??

tetiba Mohd Rafi pon tumpang sekali sebab dia lahir kat situ. Kau adooo???

Akak lahir kat Felda Sening. Sekian Terima Kasih..

**matila entry tak perlu lagih!!!!!!!!!
Ado aku suruh kau baca??? ***Taksii!!!!!!!!!!

Lelong...Lelong!!!

Semalam akak dapat flyers uollss..

Bank nak lelong rumah kat kawasan akak duduk nih.. Starting price from RM35k. Ada satu rumah yang akak interested tuh starting price RM38265.

Akak feeling2 nak beli uollss.. Sbb murah kan. Tapi mana nak dapat downpayment 10% itteww untuk booking kan??? Kaedahnya akak nak konon2 kuar kwsp tapi tak boleh gituuu.. kena bayar guna bank draft kaedahnya..

Takpe la noks... Bukan rezeki akak.. Lagipon bank memang slalu lelong rumah2 kat sinih pon..

Aha..rumah kat Johor tuh dah lulus dah loan. Tapi nama akak sorang jehh... motifff nanti aku kena kuar kwsp sorang2?? Nama mohd Rafi black list sebab dia volunteer guna nama dia masa kawan dia beli barang kat Eon kredit pastu tak bayar dan pastu menyusahkan aku.. Boleh tak mcm tuh??
Pastu, akak terus pose2 tak nak rumah tuh kalau guna nama akak sorang.. Motiff sangat nanti kalaau jadi apa2 aku kena tanggung sorang2 la kan hutang rumah tu?? jangan harap okeh!

Dah. akak tak nak carut banyak2 hari nih.

Akak sentap nih uollss.. Akak tanya Mohd Rafi:

'Bang, I punya birthday bulan 12 nih. Nanti U nak bagi hadiah apa?'

Dia jawab:

'Hadiah apa nya?? Duit tak de..'

SENTAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Next life nak kawen dengan orang kaya lah.. **matila statement tak nak kalah..

p/s: tetiba kenapa bil tepon aku ada -RM50?? Siapa yang bayarkan RM50?? ke maxis baik hati bagi aku debit RM50??

Monday, November 23, 2009

Cak!!

Akak tengah tengok The Amazing Race uolls... Akak benci okeh dgn adik bradik yang cik gayah tuh.. keji sangat tau!

Mak dgn anak buah akak ada kat sini. Hari rabu nih nak pegi jerantot amek Ongos.

Dah! Aku malas nak update. Boleh gituuuu???

Maxis broadband akak minggu ni agak hanjeng uollss... Ni pon akak updet kat rumah fiza.. Kau ado nak guna internet menumpang rumah orang??

Tapi takpe la uolllss... akak dah nak terminate pon maxis nih. Merasa seminggu akak nan ado internet sementara tunggu streamyx pasang..

Sunday, November 22, 2009

Menoren..

Akak dah register streamyx uollss semalam..

Tapi tak sure la ada kat sini ke tak..

Ada streamyx jeh, harus la akak buat activity menorrent uolllsss...

Dah 2 tahun tak download citer korea/jepun okeh..

Merasa!!

Friday, November 20, 2009

I will be so lucky!..lucky!..lucky!

Dah!

Akak dah dapat dah cara nak blok IP.

Tapi baru mengexperimentkan diri sajork..

Sesape yang bertuah tuh kalau tetiba kena block. Harap maklum je la yek.. Merasa nak view blog kena pegi CC.

Kalau tak jalan jugak, kena privet la jugak uolllsss...

Sekian dari Ilot yang ngantuk nak mampos sebab tunggu Mohd Rafi tido tadi malam tak tido2..

Eh..jap...jap...

Belom abes lagi entry nih..

Sekarang nih akak ada tanggung jawab baru okeh. Hari2 kena gosokkan baju dengan seluar Mohd Rafi pegi keje.
Baru je aritu akak happy tahap gemilang yang akak pose2 nasib baik laki aku tak keje opis. kalau tak hari2 kena ironkan baju.

Boleh tak akak menyampah iron baju?? Baju kurung akak pon akak malas iron okeh. Akak pose2 carik yang tak nampak renyuk..
Sekali je, Mohd Rafi balik bawak uniform. Terus rebah akak di katil**matila mcm lucah je ayat..
Terpaksa la iron uniform dia hari2..

Pastuh, hari2 kena masak air dan sediakan sarapan untuk dia. Selalunya akak bertindak sebagai isteri keji.
Akak bangun, semayang, buat air, buat breakfast pastu zassss tido balik sambil pesan kat Mohd Rafi.
'Bang, keluar nanti tutup lampu bilik'

Hahaha.. paling keji. Mohd Rafi siap mandi akak terus salam cium tangan dan tido balik.
Keji kan?? Padahal orang tu belom nak pegi keje lagi..

Tapi tak ssemua hari la akak malas uolllss... kadang2 sampai ke pagar akak hantar gituuu..

Akak ngantuk!! **tetiba takde kena mengena!

Throttle

Noksss... kaedahnya, akak punya maxis broadband dah lebih download limit sebanyak 3G. Jadi akak punya speed kena throttle, diorg slow kan sampai slow nak mampus sampai tak boleh bukak internet langsung.

Bayangkan la loading je dah 30 minit?? Koser la akak nak update blog bagai..

Jadi, rajin la kaedahnya pegi ofis.

Sejak akak bercita2 nak pegi korea nih uollss.. Akak tetiba rajin buat research. How???

Akak ada sebulan je lagi nak abeskan research nih sebelum kena bertugas. Sah2 akak kena ajar subject bukan2.

Tapi akak rasa boleh habes kot dalam masa sebulan. Final stage dah nih.. Aminnnnnn..

P/s : jangan lupa saksikan, 1 night 2 days di KBSW channel 303 malam ini pukul 11.20!!
Ulangan, hari ahad, pukul 5.20pm.

Sekian. Promosi Astro yang tidak mendapat keuntungan.

Wednesday, November 18, 2009

Apa yang kau rasa dan apa yang ku rasa??

Hujan lebat kucing dan Hanjeng...**matila direct translation sangatsss..

AKU LAPAR WEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian, Terima Kasih..














P/s : entry sangat tak perlu orang baca.

Adekah blog akak lucah??

Motifff kawan2 akak cakap blog akak lucah???

Akak arini pegi breakfast kat company depan IRIS.. **matila nama company dirahsia kan. Breakfast dgn Cik lee, CD and fiza. Cik lee belanja sebab dia kata dia bukan nak belanja tapi nak pecahkan duit... Bolehhhh???

Clust sangat statement.. Tapi mak tak kisah, asalkan free.

Balik turun tangga cafe, jumpa plak pompuan A, yang memang hendak dielakkan dari jumpa. Blehhh?? Call Huda tak dapat. Kau pegi mana???

Nasib baik pompuan A tak tanya akak keje apa, laki akak keje apa.. Mampos kalau dia tau laki akak keje paling bawahan. Tapi, kesah ke kan?? bukan dia bagi akak duit pon.. Lagipon duit minyak orang pon dia never la bayar lagi...

Ade aku kesah?? cak..cak..cak.. **sawan cik lee la nih!

Akak bawak bekal pegi ofis arini. Lauk kari semalam tak abes. Sebab semalam akak menumpang makan kat rumah Fiza, sebab mak dia masak lagi sedap dari akak masak.. Hahaaha.. Sebab tu lah lauk rumah akak tak abes.

Mohd Rafi lagi hebat. Balik keje dia makan nasik. pastu kat rumah fiza dia makan nasik. Pastu balik dia makan burger. Pastu pose2 buat sit up dgn pumping sebab dah makan banyak..

Takde maknanya, baru buat 5 kali terus, baring tido... Perot dah boncet mcm pregnant 3 bulan. Jangan terpedaya dengan badan dia yang kurus tuh. Sila raba perut dia.. **sila cuba kalau nak kena lempang dgn bini dia..

siapa nak ajak akak lunch arinih??? nanti akak pose2 minum air sajork..

Okeh. bye. Nak sambung buat research. nanti ada orang cakap akak asik tulis blog jah bila nak abes research? Kan PIAN kann??? **matila nama sebenar.. Taksi!!!

Tuesday, November 17, 2009

a month to birthday.

Weh.. lagi sebulan okeh nak masuk birthday akak ke 2-lapan.. **matila tua!

Akak harap ada orang yang baik hati nak kasik akak hadiah tahun nih.. Paling koman pon kasik la cheese cake ke..**matila nak kek mahal.., mixer ke camera dlsr ke.. **tetapppp..

Nak harapkan Mohd Rafi kasik hadiah memang tinggal harapan jeh uolllsss... Harapan sangatss dia nak bagi akak hadiah..

Akak feeling2 nak balik kampung sempena birthday akak lah. Akak nak pose2 celebrate kat pantai Desaru.. howww???

- siapa reti nak block orang dari baca blog aku, sila angkat tangan!

ottoke??

Wow! Ramai pulak yang komen kat entry private kat bawah..

Akak feeling2 nak private kan sebab bila tengok webstat punya traffic ramai pulak dari tempat2 yang tak sepatutnya view blog akak..

Akak feeling2 risau uollls.. Akak kan suka ngumpat dalam nih..**nuraka sangatsss... Bila orang2 tersebut baca, akak dah tak boleh nak ngumpat dan menyatakan ketidakpuasan hati akak dalam blog..

Lagipon tetiba student jumpa atau supervisor jumpa tak ke mampos akak nih uollssss???

Akak nak feeling2 low profile.. **matila low profile tapi letak gambar kaedahnya..

Nantila akak fikir. Nak private atau tukar nama blog.

Dah!. Akak nak sambung buat programming.

watch it!

watch for this space.

I'm going to privatized it soon!!

Monday, November 16, 2009

Kemaruk I

Akak tengah kemaruk korea uollss... Howww???

Pastu verangan nak buat PHD kat korea pulak.. Bolehhh?? Wah..verangan sangatsss.. Master nih pon mcm haram nak buat...
Eh, sebut pasal master, programming nih ada lagi sikit je weh nak buat. Pastu siap. Pastu transfer plak kat processor board.. Thanks to azrul yang banyak membantu. Hahaha.. harapkan akak?? terkial2 okeh..

Weh, Korea University tuh dalam english okeh.. Tapi xpe.. akak pose2 nak belajar hangul(bahasa korea) pulak..

Akak memang kemaruk uollss... dulu time tengok meteor garden, akak sibuk nak sambung degree kat Taiwan. Nak mampos sangat kann?? pastu siap pose2 beli dictionary bagai.. Pastu paksa kawan akak ajar mandarin sbb dia memang terer gila mandarin..

Pastu mandarin susah nak mampos.. Motifff nak cakap pon kena ikut intonasi. Salah Tone bermakna salah maksud. Akak gave up!

Pastu tengok citer jepon kat UK, kemaruk pulak nak pegi jepon.. Kau adoo?? Akak siap beli dictionary dia bagai. Masuk kelas jepun kejap. Pastu belajar online.. Haiyohhhhh... Hasilnya?? akak tau cakap sikit dan paham sikit2. Berkat tengok citer jepun hari2..

Sekarang nih tengah kemaruk blajar bahasa korea pulak.. Silap2 hari bulan akak beli jugak kamus korea.. **matila... Eh, tapi dulu pon akak pernah belajar kejap. pastu malas nak ingat tulisan hangul dia tuh. akak gave up..

Lagipon Jepun lagi senang nak blajar..

Korang jangan ikut akak. Akak ni gila!

Akak tinggalkan korang dengan lagu yang tengah HIT kat korea. Bukan sebab lagu ni sedap. Sebab Lee Seung Gi tuh tengah popular kat sana.

Perfect song to propose someone **jeling Aisar... Oppppsss!!


Will You Marry Me by Lee Seung Gi


Translation:
Will you marry me? Will you live forever with me?
Whilst loving each other
I want to have a child that looks like me, another one that looks like you
And live, unhurt, for 1000, or 10000 years

To be honest with you, I like you more than you like me
And people say thats better between a man and a woman

I’ll love you more. I’ll take care of you
If you cry, if you’re having a hard time, if you’re hurt, I’ll hurt with you

I’ll love you forever, I’ll protect you forever
I’m thankful that I’ve met someone like you
I want to love only you everyday

Will you marry me

(Rap) Marry me, there’s a feeling of happiness everyday
And I look forward to tomorrow with you
Why am I nervous
You are the best, no matter how much I look at you
Until our black hair becomes white
Until our lives end
Even if I put water to your hands, I won’t put tears in your eyes

You as my half, I as your half
I’ll love you as long as I breathe

When time goes by and we get wrinkles
You and I will be together like now

I’ll love you more. I’ll take care of you
If you cry, if you’re having a hard time, if you’re hurt, I’ll hurt with you

I’ll love you forever, I’ll protect you forever
I’m thankful that I’ve met someone like you
I want to love only you everyday

(Rap) You’re like the light which lightened up my dark life
The sound of soup boiling greeting me
The rain that falls on my thirsty heart
The poem that contains the meaning of love
The string of destiny that the heavens have allowed
The meeting between you and I was meant to be
You’ll be irreplaceable even if I was given the whole world
You’ll be the only person in my life forever

I’ll love you more. I’ll take care of you
If you cry, if you’re having a hard time, if you’re hurt, I’ll hurt with you

I’ll love you forever, I’ll protect you forever
Im thankful that Ive met someone like you
I want to love only you everyday

Will you marry me?

Sunday, November 15, 2009

Hari2 yang tak OT

Minggu nih Mohd Rafi tak OT..

So, ari ni akak telah dipaksa oleh Mohd Rafi untuk mengemas rumah. Tension tak??

Akak telah dipaksa kemas dapur, cuci toilet, lap dinding dapur dan sewaktu dengannya.. Tapi akak ngelat sikit uollss..

Mohd Rafi lagi buat keje banyak.. Dia sapu sawang. Mop lantai. Basuh baju. Sidai baju. Sapu satu rumah dan mengarah akak buat keje.. Bolehhhhh??

Apehal la akak dapat suami rajin nak mampus dan suka paksa akak jadi rajin jugak?? rajin sorang2 tak boleh ke?? akak nak tengok YOUTUBE secara gembira pon tak boleh okeh..

Ohh.. tengah hari tadi akak feeling2 malas masak. Akak masak meggi sajorkk.. **mati tak kauu???
Pastu akak sambung tengok citer korea..**pengsan!!.. Pastu tetiba Mohd Rafi masak jemput-jemput ikan bilis.. Pastu akak tumpang makan.. Kau ado jadi bini mcm tuh???

WARNING!! : sila jangan contohi aksi akak sekiranya anda sudah bersuami.

Dah. Akak nak pegi buat anak! ***opppssss....!

Friday, November 13, 2009

CSI NY

haiyohh...

Arituu Mohd Rafi tension2 dengan akak sebab dia kata CSI new york selalu cerita tak abes.. Selalu tak berjaya tangkap penjenayah dalam 1 episode..

Mula2 akak tak percaya lah uollss.. Motiff sangat baru 1 episode nak bising2 kann??

rupa-rupanya memang betul okeh setelah akak tengok berminggu-minggu..

CSI NY memang tak suka abeskan 1 episode..

Dah! akak tak nak tengok CSI NY lagi!!

p/s : Sila tengok 1 day 2 nights di KBSW channel 303 malam nih pukul 11.20!!

Thursday, November 12, 2009

regarding..

wokeh..

sape2 yang ada add akak kat facebook sila perkenalkan diri uolllsss dengan bagi message dalam FB jugak..

akak tak approve random people uollssss.. Akak takut nanti ntah sape2 menyamar..
Lagi satu akak takut student menyamar uollssss....

Lagi best, sesape yang tak letak gambar and gambar bukan2 (bukan gambar sendiri), akak terus reject friend request.. Kejam takkk???

Haiyohhh...kena berhati2 okeh sekarang nihh!

Siapa nak ikut??

Pertama skali aku jeless dengan Amy dapat pegi KOREA... Rasa nak kumpul duit seringgit-seringgit start dari sekarang supaya 5 tahun lagi cukup untuk pegi korea..

abes tu, nak kumpul rm10 tak mampu kaedahnya..

Pastu, aku kena amek adik aku kat JERANTOT 25hb nih.. Kena drive sorang weh.Mohd Rafi baru start keje takkan nak cuti kot... Sape xde keje nak ikut??? **mampos aku tetiba perompak volunteer nak ikut...

Drive balik johor sorang aku berani. Pegi jerantot aku seram sikit kat gunung ganang tuh.. Ngeri weh tengok lori2 lalu situ.

Lupa lak, sape nak ikut make sure uolls ada insurance PA dan medical card sendiri.. Koser aku nak tanggung kalau jadi apa2.. Bolehhhh gituuu???

BA : M ko dah besar la weh.. Muka pon dah lain sikit.

Wednesday, November 11, 2009

YaNg PaLinG CoMeL..


Guugel sangat comel lah minggu nih!.. Kan..kan..kan..??

Akak lupa uolls... thanks untuk sesiapa yang add akak menjadikan follower akak sebanyak 12 orang.. Kannnn??? orang follower puluh2 orang, follower akak pose2 12 orang sajorkk...

Xpe la uollss, uolllss folow akak pon bukan akak boleh membawa kesyurga kaedahnya... **matila ayat sentap sangatss..

Pastu orang letak nuffnang, kau pon nak letak nuffnang.. pastu earning tak sampai RM50 pon dah setahun... Sedih tak kau noksss???

Terus akak feeling2 tak popular...

weh.. sape view blog akak dari flextronix penang ah??? **tetiba tanya soaalan xde kena mengena..

Akak buat American Choc Cake uolllss...
Amek resepi dari SINI

Resepi dia memang senang nak mampos.. main campak2 je semua dalam tuh..

tapi.....
akak rasa tak berapa suka sangat lah.. akak rasa lagi sedap resepi moist choc cake yang akak amek dari buku tuh.. Tapi kalau nak try, silakan yek..

dah. Nak sambung tengok 1 day 2 nights kat YOUTUBE.

Tuesday, November 10, 2009

Tolong lah weh...

Akak dah addicted dengan lagu kat entry bawah nih!

Cant get rid it of my mind.. Howwww??? tengiang2 sajork di telinga???

Tolong lah carikkan sorang mamat korea hensem untuk aku.

Kalau tak jumpa, aku nak try suruh Mohd Rafi bleach kulit dia supaya putih macam orang korea.. Jangan harap laki aku nak buat!!

weh..tolong la weh.. sesiapa yang ada kenal mamat korea hensem..**matila dua kali ulang.. matila nak cukupkan 40 kali supaya berkat.. Ajaran sesat sangatssss...

Akak mendapat incident yang memalukan kat tesco semalam. Sebab ia memalukan, akak x nak citer. Lepas nih akak dah x nak pegi Tesco lagi.. Akak nak pegi pasaraya Millenium sajorkk..

Eh, pokok PECAH BELING yang akak amek dari rumah CD owner dah tumbuh banyak daun uollss.. Pokok kailan dengan kucai yang Mohd Rafi semai pon dah tumbuh..

Agak2 takde duit nak beli lauk, akak cabut je pokok kailai baru nak hidup tuh.. Goreng pon sedap.. **matila hazab gila.. Kau adooo???

Dari aku merapu, lebih baik aku bagi ikan guppy makan!

Anyong gaseyo!!

oh.. I faling in love..

with this song!



I love you oh thank you by MC mong and Kim Tae woo

so sweet!!

Monday, November 9, 2009

Memperkenal kan Bobo (kiri) dan Mimi(kanan).. Juga model serabai kat belakang tu bernama Ilot..

Akak bagitau Mohd Rafi akak namakan Bobo dengan Mimi.. dia geleng2 kepala.. dia kata

'Pompuan memang macam ni ke??'

'Yela.. nanti u belikan I patung yang besar tu eh? Yang seratus lebih tu..' **wah..ayat2 verangan sangat bini dia..

Pastu Mohd Rafi jawab ' tak payah la yang, nanti abang belikan bantal peluk je.. lagi senang nak peluk....'

KEJIIIII!!!!!!!!!!!!!!

Sekarang msuim orang privatekan blog kahhh???

CIK MAR awat private blog tak invite iollsss??? silalah invite yeh..
email : ilotshikamaru[at]gmail[dot]com

BA ; bila nak kasik aku resepi choc chip famos amos?? email seperti diatas jugak..

hehehe.. SEKIAN TERIMA KASEHHH!!!!!!!!!!!

Sunday, November 8, 2009

Lain kali kalau kalah bakar diri sendiri !!

Sebelom tuh, akak nak ucapkan terima kasih kat suami tercinta yang sudi layan bini dia yang meroyan nak pegi funfair walaupon ujan lebat di iringi dengan petir dan guruh.. Padahal Mohd Rafi baru balik keje semalam aku paksa pegi FUNFAIR kat NILAI...

Motifff sangat kann?? Hasilnya?? akak dapat sepasang anak patung bernama Bobo dan Mimi (matila nama letak sendiri..)) Esok aah akak letak gambar Bobo dan Mimi.. Blogspot apehal ntah tak boleh nak upload gambar..

Balik dari funfair terus tengok Bola Piala Malaysia, Negeri Sembilan Vs Kelantan..

Haiyohhhh... harusla akak sokong N9 sebab akak berada di N9.. **tetiba nak mengaku.. Akak tau, cik sha dan cik lee pon sokong negeri sembilan sebab goal keeper dia taste kannnn????

Akak kesian la uolls dgn pemain Kelantan... Motifff supporter dia tak pro langsung nak main bakar2 bendera?? Asalnya diorang main letup2kan mercun.. akhirnya main bakar2 orang dan bendera.. Clust sangatsss...

Kesian uolls dgn Indra Putra, kapten Kelantan , dia gol kan 1 biji dari sepakan percuma direct terus ke gawang takde supporter nak rai atau sorak pon... Motifff?? kau ingat masuk final terus nak kena menang kee???

1 gol tu kira ok la kan dari 0??

Eh..dulu akak taste dgn Indra Putra tuh.. zaman2 dia main piala remaja tuh.. Selalu dia main wing uollss.. Akak nih siap kumpul okeh keratan akhbar yang ado gambar dia.. Kau adoo???
Pastu tetiba jah dia kawen uollss... Akak terus frust tak nak tengok bola lagi..

Nasib baik la aku tak kawen dgn dia... Sebab dia dah tak taste lah. Dulu akak rasa dia taste! **matila tetiba ubah tajuk..

Apa pon, tahun depan, sila banned penyokong kelantan dari masuk stadium! suruh diorng tengok kat luar sajork..!

Saturday, November 7, 2009

Kaya la tokey Emas macam nih..

What the F??

Harga emas naik lagi?? Baru je last week aku tengok 916 = RM127,

guess what, arini jadi RM134 !!

Abesla Mohd Rafi kering...

Eh, ape kena mengena dengan Mohd Rafi plak??

Sebab.... aku dengan special requestnya mintak Gelang atau Rantai Emas untuk hadiah birthday.

hahahaha... Ntah dapat ke tak tu agaknya....

Mengapakah aku mintak EMAS?? sebab, kalau nak tahu cincin risik, cincin tunang, cincin pemberian mak aku masa lepas aku balik UK semua dah takde..

Memang la sayang masa nak let go. Tapi terpaksa lah.. Paling sayang cincin mak aku bagi. Wah.. rasa nak nangis sekarang!!

Lagipon, aku tak pernah mintak apa2 pon dari suami kann.. sumpah! Nafkah sendiri pon aku tak pernah mintak.. So, aku mintak emas sebagai ganti EMAS yang dah takde tuh.

Weh, sebenarnya aku teringin mixer kitchen aid.. Ni yang rasa nak buat keje part time pulak!! Ade tak yang nak jual mixer kitchen aid terpakai bawah RM500.. **matila kan tetap nak murah jah..

Esok dengan Ahad Mohd Rafi OT okeh.. Jadi aku patah kaki la nak jalan2 tak boleh.. Dia bawak keter Bunga. Minggu ni pon tiap2 hari dia OT kecuali arini blehhh??

Alasan dia sebab nak tengok NurKasih... Bolehhhhh???

Semoga Mohd Rafi cepat kaya dan boleh belikan akak EMAS... Dapat pingat EMAS pon boleh la asalkan EMAS.. Anak emas pon akak rela amek.. pisang emas tak nak sebab murah...boleh gitu???

Jangan PAYUNG EMAS sudah... Akak tak rela uolllsss!!!

Friday, November 6, 2009

Mengapakah??

Akak tengok 2 days 1 night semalam kat KBSW.. Klakar nak mampos okeh. Serious kelakar..

Terus akak pose2 fallin in love on the first sight.. **matila statement tak nak kalah..
Sweet la sangat mamat nih.. Pastu dia klakar gila.. Tak reti masak tapi buat2 reti sampai semua orang tak nak makan.. pastu tak puas hati masakan dia tuh orang cakap tak sedap.. kau adoo confident macam tuh??

Nama dia ialah Lee Seung ki.. Mulai hari ini akak chop dia sebagai BF angkat akak.. **matila kau tak sedar diri dah kawen..
Elehh... kalau belom kawen pon belom tentu aku dapat kaedahnya..

Harap2 anak akak nanti muka sweet dan PUTIH mcm nih..

Oh.. sebut pasal anak kann.. akak ingat nak pegi gyne dah 40 kali cakap dalam blog.. Tapi bila time nak pegi je budget nan ado.. Kang tiba kat sana kena beratus sape nak bayar?? kena la suruh Mohd Rafi jual sperma walaupon kurang calsium.. **ehhh..mampos aku kalau laki aku tau aku kutuk kat sini...

CD owner, Fiza, CW, tolong jangan report... **matila pose2 nak privatekan blog takut kantoi.. ***limosin!!!!!!!!!!!!

kejang...kajang..kijang???

Tajuk je dah gila. Motifff???

Semalam Mohd Rafi balik mengadu sakit kaki.

Kaki sebelah kanan tak boleh tegak langsung. Mcm cramp.

So, aku pon sapu2 la minyak panas. Pastu suh dia baring.

Aku ajak pegi klinik tak nak. Pastu makin lama makin sakit kaedahnya.. So, aku kasik makan pain killer yang hospital KPJ bagi dulu. Tak jalan jugak uollsss... Last-last pukul 11 lebih mcm tuh akak paksa jugak dia pegi klinik.

Sebab dia tak boleh jalan, akak kena tongkatkan dia guna bahu akak nih.. **kejap aku kejap akak..Taksiii!!!

Nasib baik ada klinik kat Mantin tuh bukan 23jam.. **apesal 23 jam jeh?? .. Klinik tuh mcm suspicious jeh..
Registerkan Mohd Rafi, pastu Doc panggil terus sebab takde orang.

Doc check tekanan darah dia. Rasa2 kaki dia. Doc cakap:
'Ni sebab urat, sebab tu boleh jadi cramp. U kurang makan calsium'

Pastu aku suruh Doc tuh inject Mohd Rafi sebab dah sakit sangat kan?? So dia shot kat bontot..hahahaha.......
Kena lah RM58... Haiyohhh..klinik buruk pon mahal.. **matila...

Kannnn?? cramp sebab kurang calcium... ape taknya, tak nak minum susu, tak nak makan sayur hijau.. cerewet... Rasainnnnnnn!!!

Akak suspect akak tak dapat anak lagi sebab sperma Mohd Rafi tak berkualiti sebab kurang calcium.. ****larikkkkkkkkk!!!!!

Thursday, November 5, 2009

kau tengah buat apa??

hah..ni tag dari cik chelsea

Kebetulan dah lama takde orang men tagged nih.. Nampak sangat tak fofuler kann????

Ade aku kesah??? cak..cak...cakk ***matila azwan ali cak...cak..cak..

okeh. Tag Akak sedang:

1. Tengok AFC, orag tengah carving ice
2. Buat Tag ***perlu ke bgtau??
3. Mengadap laptop
4. Meniarap **tak senonoh gila
5. Tengah fikir cemana nak bahagikan pixel spectrogram image sambil mengoverlapkan frequency band
6. Baca blog orang
7. Tekan2 remote nak carik citer best
8. Fikir cemana nak dapat anak ***Taksii!!!!!

Oh..kepada orang2 yang bertuah di bawah, silalah buat tag tersebut kalau kelapangan:

1. cik ien
2. jiha
3. farhana
4. fiza
5. kimot**mampus aku kena maki sebab tag orang busy layan patient
6. acik oren
7.umyra
8.Ayu - wife n her daily notes

yg lain2 tuh join la sekali buat tag ramai2 yeh..


hah... promotion secara paksaan..

Nih akak nak buaat promotion secara paksaan oleh CW yang bercita2 berniaga tudung pula..

Tuh salah satu contoh la tudung dia.. Harga akak tak tau la uollss..

nanti dia bukak blog jualan akak promotion kat sinihhh...

Wednesday, November 4, 2009

Nilai 20 sen..

Kaedahnya.. akak nak cerita nih.. **matilakau hari-hari mengumpat!!

Semalam akak turun rumah guna lift.. **pemalas nak mampos rumah setingkat pon guna lift.. Haiyoohh... nanti terbakar la lemak2 yang akak simpan nih kalau guna lift..

Akak tengah nak naikkan berat badan nih uollls supaya akak muat jeans Levis bersaiz 28. **matila tetap nak bagitau..
So, apa aaa nak makan bagi gemok cepat?? Motiff Mohd Rafi komplen akak kurus?? **sedih!

So, berbalik cerita pemalas naik lift tuh..
Dalam lift tuh ada la 3 orang budak2 lelaki umur 6-7 tahun gituhh pakai tuala sajork..

Diorg tuh nak pegi main air kat swimming pool..

Rumah kau ado swimming pool?? **matila..
Eh, akak tau rumah UMYRA ado.. Swimming pool dia lagi best dari swimming pool rumah akak.. **pergh, cakap macam dalam rumah aku ada swimming pool je kannn?? tak lah..public swimming pool la..

Arini akak ting tong..so banyak off topic.. Blehhhh???

Akak tengok lah budak2 tuh tanpa perasaan.. Pastu diorg tutup badan. Pastu cakap:

'Kak, jangan tengok kak'

Motiffff?? kau hengat aku ghairah kah tengok badan kau???

Akak jawab:

'Takde maknanya dik..' **tetap dengan budak2 pon tak nak kalah kan?? Pastu akakk tengok kat tangan dia ada duit Rm11. Akak kan peramah. so pose2 la tanya..

'Tu, duit banyak2 nak buat apa?'

Budak tu jawab 'Nak beli maxis'

Akak yang menjadi terlebih peramah tanya lagi 'Sape suruh? Mak suruh eh?'

Dia angguk. Kawan dia jawab 'Ibu dia kedekut bagi Seringgit je, kalau saya dapat 2 ringgit..'

Kannn?? budak2 sekarang upah DUA HENGGET!!

Akak jawabla uolls ' Ok la tu, dulu akak dapat upah 20 sen je'

Pastu uollsss... akak sedih nih..isk..iskk..iskk

Budak2 tu ketawakan akak sambil cakap 'Hahahahaha... dapat 20 sen je..'

Sampai turun lift uolllsss dia ulang2 ayat tuh sambil gelakkan akak..

Hinanya akak uolllsss... Motiffff gelakkan akak dapat upah 20 sen???

Siapla budak2 tuh..kalau akak jumpa arini akak nak sunatkan.. **matila dendam kesumat sangatssss...

Tuesday, November 3, 2009

Kak, wig saya ok tak??

Kau ado cashier Giant tanya mcm tuh??

Akak pon rasa confuse, kecewa dan kelakar bila nak bayar tadi budak cashier tuh pandang2 akak senyum2..

Akak dah perasan akak chantek arini uolllsss..

Rupa-rupanya nan ado..

Mula2 dia tanya 'Perasan eh??'

Akak dah mula confuse.. Perasan apa??
Pastu dia tanya: 'Ok, tak rambut saya nih?' Sambil pose2 betulkan rambut dia.

Akak jawab la 'OK je.." jawapan nak amek hati sangat kannn??

Dia tanya lagi, 'Tak nampak ke saya pakai wig? Ok tak wig saya?'

Haiyoh...aiyohhh...akak rasa nak hentak kepala kat monitor depan cashier tuh.. motifff tanya customer soalan mcm tuh??

Akak pon jawabla ' Ok je... kena dengan awak.. '

Pastu dia sengih2 la kan..

Zass..akak keluarr soalan ringkas ' Dik, stamp takde ke?'

Terus dia bagi akak 8 stamp. Padahal akak beli RM30 sajork.. Sepatutnya dapat 1 stamp sajork..

'Sepatutnya dapat 1 je kak.. tapi ada orang tinggal stamp tu dia tak nak..'

Zasss...akak happy dapat stamp banyak boleh beli kuali RM3.90.. Bolehhhh gituuuu??

Keji kah akak puji2 sebab nak dapat stamp banyak????

Taksiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Seated..

Kerusi gunanya untuk duduk. Bukan diri atas tuh...

Salah satu sebab kenapa aku tak dapat amek gambar Rossi dgn jelas...

Pelik lah aku, portal student GSO nih still tak boleh log in masuk. Dari 24/10 sampai arinih..
padahal waktu2 sekarang nih sepatutnya student hantar report progress..
Ntah hape2 diorang nih..
***edited : dah call orang GSO, diorg kata sebab ramai sangat masuk portal tu.. bolehhhhh???

______________________________

Aritu kan, selepas pujuk mcm nak mati, nak mintak izin Mohd Rafi nak wax bulu kaki... Selalu tak bagi buat la mcm mana pon kan.. Tetiba aritu dia bagi pulak..

Tapi akak pose2 malas and nan ado budget nak pegi beli wax(walaupon murah kaedahnya)..

So, weekend aritu nak pegi beli tetiba dia tak bagi balik.. bolehhh gituuu main tarik balik keizinan??

keji tau.. bulu kaki akak dah la panjang...

Alasan dia, Nak buat apa cabut pon, bukan U pakai skirt...

Tak kisah la pakai skirt ke hape.. akak memang tak suka bulu-bulu nih uolllsss... Kalau boleh nak buat Brazillian wax sekali.. Tapi harammm mohd Rafi tak bagi..

Sebagai isteri Mithali.. terpaksala ikut uolllssss...

Monday, November 2, 2009

Agak bengang sedikit..

Sebenarnya aku agak bengang dengan Student Portal (Website postgrad) U**M...
Haiyohhhh dah 2 minggu student portal tak boleh masuk. Balik2 under maintenance..

Aku nak hantar report progress.. Nak print result nak hantar ke pejabat Pendaftar....
Kalau tak nanti kena tahan gaji uollss...

Haiyohhhh.. time tuh la pulak dia buat hal kaedahnya...

Aku pon satu hal jugak suka lambat2kan kerja..
Oh...tolonglah orang2 IT GSO betulkan cepat sikit link.. Motiff sampai 2 minggu???

Padan muka!!

p/s : first day Mohd Rafi keje arinih.. hope he is doing okay..
Fiza, sila pastikan takde minah indon ngorat laki aku!! Sila sebarkan kat semua laki aku dah kawen.. ***gila!

Sunday, November 1, 2009

Terpedaya, terpesona dgn iklan aishah!

Haiyohhh....

Akak ingatkan yang celcom dok propah kat dalam paper Rm88 ittew ialah harga modem..

Nan ado okeh!!

RM88 ittew ialah registration fees. Pastu bulan2 kena bayar RM119 kalau guna speed yang akak guna skrg 3.2m...
Tertipulah akak uolllsss.... Gigih nih pegi Lowyat naik komuter pastu kat KL Central naik monorail pula...

Sebab rasa terpedaya, akak pon pose ajak CD Owner dgn Mohd Rafi pegi Times Square jalan2 kaedahnya..

Pastu call CW ajak datang dia pose2 pening2 lalat katanya... Motifff?? Alasanmu exist sangat kann?? Pose2 call Cik Lee, beliau di Office katanya.. Stattement dia:

"mak bukan lecturer mcm korang..."

Sentap tak cik Sha??? Sesuatuh sangat kau kan pegi office sabtu ahad? Takpe la uollss.. mak tau kau hakak2 busy...

Tapi akak tak suka lah times square. Mcm susah je nak carik kedai. Blehh??

Eh..eh... Fiza, jangan sentap aku tak ajak ko... Ko yang buat statement tak nak balik kampung sebab nak study kaedahnya... So, aku pon x nak kacau orang nak study..

Makan kat VIVO sebab ada tanda HALAL. Kedai lain walaupon ramai melayu makan dalam tuh, tapi nan ado tanda HALAL ye..

Main Bowling akak menang okeh. Mengalahkan lelaki2 dua orang ittewww.... Akak kan Ratu Bowling Mantin! ****gituuuu baru menang skali nak riak...

Pastu, CD Owner sebagai pemandu pelancong kitorang menunjukkan jalan ke pavilion secara marathon... Jalan kaki okeh!!

Akak dgn Mohd Rafi kagum gila okeh rupanya dari low yat tuh boleh jalan sajork ke Lot 10 dan Pavilion... Haiyohhh.. nampak sangat jakun kannn???

Matila kat pavilion tuh mcm ado benda yang mampu nak beli je kannn?? Entrance je dah Coach.. kau ado?? Tapi akak masuk la Charles n Keith sebab tu ala2 mcm mampu je nak beli kan.. Try semua kasut yang ado tapi nan ado beli... ahahahahaha

Balik pukul sampai rumah dalam pukul 11 malam gituhhh.... Gigih!!

p/s : Terimah kasih cd owner yang bertindak sebagai pemandu pelancong walaupon kaedahnya mak nak tgk sangt show shasha.. May be next time uollsss...

iklan