Sunday, February 28, 2010

Ciskek lagi sampai korang muntah..

Order dari fiza. Oreo ciskek. Tapi sbb akak gedik dan pemurah..Muahaha... Topping freshcream and milo.

Fiza, agak2 ko dapat rasa tak??

Friday, February 26, 2010

Thanks for the holiday..

Mula-mula, akak nak cakap akak dah redeem kuali kat Giant. Siap ada lebih lagi 8 stamp lagik.

Padahal aku pegi giant sekali sekala je. Yang lain banyak2 tuh hasil derma akak akku, adik aku and BA. Thanks uollss..

Pastu arini cuti. Best!. Dah seminggu uollss akak cuti masak. Sebab asal balik je kepala terus pening. Pinggang mesti saket. Pastu Mohd Rafi kata, tak larat tak payah masak.

Aku pon suka la kan. Lgpon letih sangla skrg nih tak tau kenapa. Maybe sbb heat kot.

So, arini masak ikan tongkol masak kari dgn sambal goreng jawa. Harap2 aku boleh makan dgn selera.

Next week ada check up. Nak check heartbeat. Aku doa2 sangat2 baby dah ada heartbeat. Aku trauma sebenarnya takut jadi mcm dulu..

Sekian update cuti dr saye.

Thursday, February 25, 2010

Gelagat student M dan student C

Ni kisah sebelum raya cina aritu:

Student M tak datang kelas tutorial.

Akak pon tanya la uolls ' Nih M nih tak datang pegi beraya awal ke?'

Pastu kawan dia jawab, ' Tak rasanya, dia bangun lewat kot..'

Akak pose2 tengok jam. Pukul 10 okeh.

Pastu akak cakap la 'Aik dah pukul 10 takkan tak bangun lagi?'

Kawan dia jawab 'Tido lambat, bangun la lambat Cik..'

Wah!! Boleh gitu konsep kau. Tido lambat bangun lambat konsepnya. Akak pon nak pose2 bangun lambat jugak kasik ko markah attendance '0'. Rasainnnn!!

Pastu student C pulak x datang kelas tapi tetiba akak tengok dia tgk tunggu bas kat bus stop depan kolej. Nasib baik akak tak buat gila tumpangkan dia pegi komuter.

Tadi kat kelas akak pose2 menyansang:

'Last week before chinese new year, I ada nampak la sorang student nih tak datang tutorial tapi lepas tu i tengok dia tengah tunggu bas. Pakai baju putih belang2 dengan seluar pendek'

Lepas tu kecoh kejap. 'woi...siapa woi...' budak2 nih bising..

Pastu budak tu ngaku. ' Saya la Miss. Saya pegi sunway pyramid, carik kerja maa...'

Motifff carik kerja sampai sunway kaedahnya kann?? Kat The Mines tuh berlambak keje kosong akak tengok..

Yang kes arini pulak. Akak nih dah la pening2 uolls. Kena diri lama2 mengajar lagi la akak tingtong. Dah la soalan math calculus tuh solution bapak panjang. Pastuh budak2 ni bising2 okeh. Ade la sorang student M nih cakap secara kuat kat kawan dia:

' Brian, u ada CD The Sim tak?'

Akak terus menyirap uolllss... Motifff mintak CD time waktu kelas?? Lepas kelas ko dah tak reti mintak? Time suh buat soalan kat depan tau pulak slow.

Akak terus sound ' weh, apa ni mintak CD game dalam kelas? lepas2 ni tak boleh mintak ke?'

terus budak2 ni sound akak, ' Wah...macammana Miss boleh tau itu CD game? Miss main game ke?'

zassss!! motiff speku akak main game? Akak tau sbb si Norafiza Wahi Anuar tuh yang suka main game kaedahnya..

'Pastu akak jawab, I tau la sbb kawan i suka main. korang ni mesti suka bercucuk tanam dalam Facebook kan?'

Pastu ada yang jawab ' Apa itu facebook? Muka tangan buku ka?'

Yang lain ' Mana Miss Tau, Miss ada face book ke?'

Pastu terus tanya soalan maut 'Apa facebook Miss?'

Terus akak rasa nak pitam.
Agak2 lepaas ni kalau facebook akak dah tak wujud didunia fana ini korang tau la sebabnya..

Wednesday, February 24, 2010

No...no...no...

Hari mabuk sedunia uollls..

Sekarang pon rasa tingtong lagi.

Pagi2 jangan cakap, keluar semua isi. Sampai Mohd Rafi tanya aku, ' Apsal teruk sangat u muntah arini?'

Akak rasa sebab penat sangat kot semalam..

Arini dapat keropok lekor. Best gila lah!.

I discover new allergy masa pegi pasar. AKu tak boleh tengok ayam. Nanti muntah disitu juga. Lepas tuh, geli gila lah tengok kulit ayam tu. Howww???

Nampaknya 7 bulan 2 minggu akan datang jangan harap ada makanan berunsur ayam dalam rumah aku.

Boleh ke jumpa doctor mintak ubat kurangkan mabuk??

Harap2 esok aku tak buat hal. Aku ada kelas sampai pukul 1 esok...

Oiiii..........!

Tuesday, February 23, 2010

Bos pompuan or bos lelaki???

Akak rasa pelik la dalam topic hot fm morning crew pagi nih..

Weh, apsal lak cuepacs nak mempersoalkan pasal kebanjiran pompuan dalam sektor awam??

Motifnya ialah pompuan bukan pembuat keputusan yang baik..

Pada akak, kalau dah mcm ramai pompuan je yg apply jawatan tuh takkan nak bagi lelaki pulak tetiba sedangkan orang tu xde apply pon..

Lagi satu ade satu caller tuh buat statement ' pernah tak dengar pompuan kena tangkap sbb rasuah? tak pernah kan? Selalu kita dengar lelaki je yang kena tangkap sebab rasuah'

Sah, caller tuh tak baca paper.. Yang kuar paper pasal pegawai pos kena tangkap tu apa??

Aiyohhh.....!

Pada akak lelaki ke pompuan ke sama sajork. Kalau dah tak reti buat keje, tetap tak reti buat keje, tak kira lelaki ke pompuan..

Monday, February 22, 2010

Long Day...

For those yang tanya pasal No tepon Acik Zarah tuh akak pon x boleh bagi uollsss... Kalau uolls nak berurut kena pegi skali dgn Mak akak sbb tu kawan dia dan sebab acik Zarah tuh sebenarnya dah bersara mengurut orang kalau nak ikutkan..
Tapi sbb dia kawan omak den dan lagipon dari kecik pon akak mmg mengurut dgn dia kalau kembung perut ke tergeliat ke ape ke.. so, dia pon susah nak tolak permintaan omak akak... Tapi kalau pegi dgn Mak akak dia ok sajork..

Tapi masalahnya uollss, Acik Zarah nih dia nan ado la slalu kat rumah tu haaa... Sbb dia suka pegi kebun kaedahnya... Kalau time musim kenduri kawen mmg jgn harap la korang nak jumpa dia sbb dia busy rewang..

Aritu time akak pon dah berapa kali pegi rumah dia asik nan ado kek rumah sajork... Tu pon nasib baik mak akak terserempak dgn dia kat pasar lalu terus book dia petang tuh jugak... Bolehhh????

So, dia urut sambil borak2 dgn mak akak... Dia urut tak sakit uollsss... Selalu kalau orang urut rahim sakit kan? Acik Zarah nih urut tak sakit langsung. Rasa sedap je badan lepas tuh..

Tapi tak boleh la nak cakap sbb Acik zarah urut sbb tu pregnant. Semua pon bergantung pada rezeki. Kita cuma berusaha..

Tapi mak akak cakap ada lagi satu mbah yang teror urut kat tempat akak tuh. Slalu kalau orang yang dah kawen lama tapi tak dapat anak lagi pegi berurut situ terus pregnant. Tapi mak akak kata Mbah tuh dah tua, so, dia dah retire also mengurut orang nih. Tapi mak akak kata dia ada turunkan ilmu mengurut tuh kat sape ntah. Mak akak kan suka pelupa uolllss... So, dia pon tak tau lah..

Tapi selalunya, ada je bidan2 kampung yang terer mengurut nih jugak uollss... Tinggal carik je... Nanti kang jauh2 pegi mengurut tak berbaloi minyak pulak uolllsss... Try tanya2 orang2 berdekatan situ dulu... Tapi jangan pegi makcik2 yang urut biasa tuh.. Kang terpusing rahim akak tak bertanggung jawab..

Tanya mak uollss ke... Atau makcik2 ke.... Mak akak tuh memang konsep dia berurut sbb tu dia tau...

Tips Acik Zarah kalau terlampau lahap sangat makan. Maksudnya tak boleh nak makan sikit. Nak kena banyak je. Maksudnya perut dah mengembang.

Ambil air gamat setengah gelas. Perat sebiji limau nipis dalam tuh. Tumbuk 3 biji manjakani chap pompuan pakai selendang tuh. Dan masukkan dalam air gamat tadi dan baca selawat mcm biasa. Dan Minum.

Sekian tips hari ini..

Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak datangnya dari saya sendiri.

Bukan perkara main2...

Mabuk2, pening2 dan kepala pusing bukan perkara main2 okeh..

Kalau ingat seseorang itu mengada2 mengadu pusing2 cuba la tunggu waktu korang pregnant pulak..

Alahan morning sickness adelah berbeza bagi setiap kali mengandung.

Semalam Mohd Rafi cakap bila akak mengadu tekak terasa nak muntah.
'Yang, gagahkan diri sikit...'

Bolehhhh?? Sebenarnya dia malas nak picit2 kaki aku, sbb setiap kali rasa loya atau pusing, bila ada org picit2 kaki, automatic jadi lega..

Boleh tak sambung lain kali??? tetiba rasa pening.....

bye.

Sunday, February 21, 2010

Ciskek la....

Oreo polkadot Cheese cake, order dari Fizi.

Hopefully kalau tak sedap sila bgtau.. hahaha

Friday, February 19, 2010

yet stil strong..

Morning sickness bertambah teruk. Pagi2 bangun terus loya dan pening dan pusing. Naik kereta pon tak boleh lama2 nanti pening.
Diri lama2 pon pening..

Ape nak jadi nih??

Menaip pon sambil baring. Critical sangat ke?? Hahahaha..

Membaca lama2 lagila aku mabuk.

Tapi, tetap siapkan kek order orang. Boleh gituuuu??

Yang jadi mangsa aku harusla Mohd Rafi tukang tumbuk biskut sbb aku pening nak menumbuk.

Tapi x bolehla manjakan diri sangat betul tak?? Still buat keje rumah jugak sikit2. Masak tu keje tetap hari2. Membasuh pinggan ke kain ke kena buat jugak la..

Harap2 hari nak pindah rumah tu mabuk2 nih dah kurang la.. Kalau tak....hmmmm..jawabnya Mohd Rafi la buat sorang2..

p/s : Sesiapa yang incase nak berurut dgn acik zarah akak boleh tunjukkan rumah dia. No tepon akak ada tapi takut kena maki la sbb bg kat org sembarangan. Tapi nnt kalau nak pegi, pegi skali dgn mak akak sbb mak akak dah kenal Acik zarah tu lama... Tapi kita hanya berusahakan, rezeki tu tetap Allah yang bagi..

Thursday, February 18, 2010

For those who curious, the answer is YES..

Sebenarnya I dont mean to keep it secret. Tapi tu la kan, sbb akak x nak excited sangat.

Takut jadi mcm dulu.

Tapi terkantoi pulak dalam FB. So, akak bgtau kat sini je la.

ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah, I am 5 weeks pregnant. Baru confirm semalam after doing ultrasound scanning kat Klinik Mesra..

Sorry la yek.. scan tersenget.. Hehehe.. Benda kecik belah kiri itu adelah baby..

Doc kata kalau ikut ukuran scan tuh, baby berusia 5 minggu. Sama la development dia dgn ikut kira2..

Pregnant dulu akak relax je kan?? siap boleh makann banyak.. Kali ni nan ado lah... Tekak loya2. Kepala pening2.. pusing2... Duduk dalam keter lama kepala pusing. Diri lama2 keepala pusing.

Tapi Alhamdulillah, belum tahap muntah2 lagi.. Lagipon akak tahan diri dari muntah sbb susah nak makan kalau muntah nanti..

selain dari tu, akak masih trauma dgn kejadian tahun lepas. So, skrg nih tak nak happy2 sangat sbb Doc kata ada possibilityy jadi mcm pregnancy yang lepas. So, skrg nih akak dan mohd rafi buat relax sajork..

Oh... Due date bersalin sama mcm tahun lepas juga 16.10.. Tak tau la kenapa sama mcm tahun lepas. Adekah nak gantikan baby yang lost last year??

Sekarang akak cuma mampu berdoa semoga baby dalam kandungan ini selamat dilahirkan sehingga waktu yang ditetapkan.. Tak sanggup rasanya menunggu lama lagi...

For those who curious, akak pregnant sebaik sahaja selepas berurut dengan Bidan kat kampung tuh.. Syukur Alhamdullillah Acik Zarah cakap benda yang betul.
Buat yang lain sedang berusaha, cubalah pegi berurut Tapi AWAS, make sure bidan yang dipercayai sahaja!!

Ohh...lupa lagi... vitamin intake daily akak adelah folic acid, mujur dah start makan sejak 2 bulan lepas cuma ada selang2 hari je time lupa dan juga obumin. Doc kata Obumin tuh kalau muntah2 tak payah makan. Tapi akak makan sajork sbb nan ado muntah2..

SEKIAN, doakan kandungan akak selamat hingga ke akhirnya... AMINNN...

Yeay... Kek Hantaran in the House...

Nampak tak kiri bawah skali tuh dalam kotak??

Tu la kek yang akak buat mengikut tema Black and White. Coklat Sponge cake with Buttercream Topping.
Kek yang belum masuk kotak tak sempat nak amek gambar sbb akak nan ado camera gamaknya..
Strawbery celup coklat tu pon akak yang buat jugak.

hantaran hasil buatan tangan Fiza. Chantek tak??
Tangan akak ada sikit2 sajork since akak terlebih pening..

Wednesday, February 17, 2010

Fuh...lega!

Pegi check dekat Klinik Mesra arinih. Lega sangat22..


Doc sahkan mengandung DALAM rahim... Syukur Alhamdulillah..

Next appointment lagi 2 minggu Doc Check heartbeat baby pulak.. Berdebar2 jugak takut2 mcm dulu... Nauzubillahh...

Ya Allah, berikan bayi yang kukandung ini peluang untuk hidup..

Aminnn...

Anyway, due date adelah sama seperti tahun lepas. Coincidence kah??? 16/10/2010... Akak dengki Mohd Rafi bagitau dia akak nak beranak 10.10.2010. Barula tarikh cantek kan?? Lagipon padan muka dia tak dpt tengok MotoGP.

Pastu dia kata, kalau lahir 10.10 dia namakan anak tuh Rossi. Kalau kau bengang tak???

Sakit kepala la uollss..

Baru balik dari klinik Mesra. Nasib baik Doc kata xde pape.

Sekarang nih akak dah jadi seorang yang sangat pemalas dan xde mood buat apa2 termasuk bukak laptop dan juga tengok TV.

Nak jalan2 nanti saket kaki dan pinggang pulakss..

Tido banyak2 nanti saket kepala pulaksss..

Banyak pulak cekadak kan??

Ke sebab cuaca terlalu panas yang jadi pemalas sangat nih??? Ataupon hormon ngada2??? Bolehhh????

Esok dgn Jumaat akak pose2 cuti sbb nakk pegi conference kat Holiday Inn Melaka sbb Cik Sha dah bayar dan dia tak dpat hadir.. so since dia dah bayar RM800, dan akak tak mampu kaedahnya nak pegi conference guna duit sendiri, so akak rasa useful jugak akak join conference ittew..

So, akak apply lah cuti esok dan jumaat!

Tuesday, February 16, 2010

Bohsan weh..

Serious bosan arinih..

Mohd Rafi nan ado dirumah, pegi repair moto orang.

TV nan ado cerita best.

Tengok You're beautiful lah buat kali ke 100 nampaknya.

Plan tergendala....

Actually, hari khamis nak pegi KPJ petang. Tapi rupanya Dr Kala session ada pagi je... Petang TUTUP...

So, plan nak pegi isnin. Pegi isnin, rupanya TUTUP jugak sempena raya cina.

Haiyohhhh... Tunda hari rabu pulak lah..

Dah,, entry nih jgn buat spekulasi bukan2.. Nanti akak sentap..

Aiyohhhhh......!

Monday, February 15, 2010

Speculation is hurting...

Jangan buat spekulasi bukan2 la tentang entry dibawah..

Nanti owner blog sentap.

Saturday, February 13, 2010

Sebaliknya..

Walaupon akak dapat berita gembira tapi sedang berjaga2 sbb disuspek akan bertukar menjadi tidak gembira..

Anyway, InsyaAllaah... Dah bersedia terima..

Wednesday, February 10, 2010

2nd time better or worse??

Pagi2 check UPT. Positive then paksa Mohd Rafi bangun tengok. Pegang UPT test tuh pon menggagau..

Nak confirmkan pagi2 buta pukul 8 pegi Klinik Mesra. Sbb malas nak pegi Bangi. Tapi tutup pulak.

Balik opis siapkan tutorial keluar balik pegi Klinik Mesra tengok ramai gila orang.

No pada masa itu adelah 15 dan aku dapat no 41. Motifffff???

Doc pulak sangat lembab. 20 minit pon tak siap2 lagi check patient. Pukul 11.30 aku dah kurang sabar. Dah la aku lapar. Aku call fiza dan weolls pegi lunch dgn CD owner di Giant Kinrara.

Balik pegi Bangi. Ramai jugak orang tapi cepat dapat giliran.

Doctor yang attend aku adelah Lelaki muda bernama Dr Syahrizal. Kalau aku belom kawen sah2 aku ngorat dia.

Scan perut tapi tak nampak apa2. Dia kata ada 3 kemungkinan:

1. Terlalu awal (sbb baru 3 weeks 6 days cam tuh)
2. Kantung kencing tak penuh
3. Luar rahim

No 3 tuh aku rasa mcm nak pengsan dengar. Dia suggest aku datang lagi 2 minggu untuk confirmkan..
Pastu dia suruh aku buat urine test untuk confirmkan. Resultnya positive. Confirm pregnant.

Aku doa sangat2 harap2 pregnancy Normal. Cukuplah kehilangan tahun lepas. Nak tunggu dapatkan balik setahun baru ada.. Ya Allah.. aku memohon pada mu selamatkanlah kandungan ku ini..

So, disebalik berita happy tadi pagi.. Still kena berjaga2 lagi 2 minggu. Kalau sakit perut je cepat2 pegi hospital.

Dan untuk itu juga aku terus call pejabat Dekan buat surat GL. Yela, kita tak tau apa yang akan terjadi kannn.. prepare for the worst la..

So, sekarang ni cuma mampu berdoa semoga segalanya selamat..

Aminnnnn.....

Pic of thousand words..

Baru lepas siapkan tutorial Math 2. Yang beast Math 3 dah tak payah ajar.. yeay!!

Perasaan malas nak tulis journal. Pergh, dah 2 minggu tulis tak siap2.. Padahal tinggal result analysis je..

Jumpa mathlab code for Vector Quantization. Lega gila.. InsyaAllah siap VQ nih tandanya siapla experiment aku.. yeay!!

Ok... berada diatas dua garisan.

Okla.... TAG dari Cik Chelsea:

Gambar dari folder ke 5 my picture and gambar ke 5:

Masa berbuka puasa bersama pada tahun 2008 di hotel sebelah tesco di Shah Alam tuh.. Ape ntah nama hotel tuh mak lupa.. Sbb ala2 hotel tak grand sbb tuh mak lupa..Oppss..

Persoalannya; Mengapakah ada Fiza disitu???? Motifffff????

Akak nak Tag : Fiza sajork sbb ala2 bagi dia update blog uollsss...

Jap..jap...sebelum korang spekuh, No 1 dan 7 dibawah nan ado berlaku kat akak la uollsss.. Melainkan no 1 ittew sajork.. Yang lain berkenaan dgn cerita kisah 1 dan 2 la uollsss...

Dah, Akak nak pegi Klinik..

Tuesday, February 9, 2010

Kisah suami orang 2..

Kisah 1 semalam anggap dah abes la yek.. Nih akak sambung kisah 2 secara gigih:

Kisah 2 : BM dengan BM, motifff matrix tetiba ada dalam citer nih???

Uollss... Ada satu Mamat A di satu company B yang telah berkahwin selama hampir 10 tahun telah terjatuh cinta dengan seorang Minah S yang gedik. Theyolls keluar makan sama2 and etc.

Masalahnya uollss.... Minah S nih satu company dengan dia. So jadi la bahan gossip satu company. Bangang tak kau carik scandal satu company?? Lepas tuh, yang minah S nih pulak ada BF kat dalam company tuh jugak dan terkenal dengan reputasinya suka kacau hak orang lain..
Motifffff????????
Dan Minah S nih ada la citer2 yang mengatakan yang bila dia clash dengan orang tuh. Siaplah cerita buruk kau dia jaja.
Buatnya, dia jaja citer kat bini Mamat A tak ke niaya?? Dah la BM mamat A wife dia yang sponsor. Howww????
So, mamat A nih mcm tak percaya la Minah S tuh begitu teruk perangainya, maklumla sudah buta kerana cinta...
Ayat selanjutnya adelah ' Aku tak pernah suka sesiapa selepas wife aku, ni la first time aku suka kat someone..'

OK.... Malas akak nak komen ayat tuh. Nanti akak mengeluarkan kata2 Nista.

Ok. Komen akak adelah. Kalau setakat nak cari lain dengan seorang perempuan yang bermasalah macam tuh, lebih baik tak payah. Kalau betul nak carik, cari someone better perangainya. At least better than wife dia yang ada sekarang.

Kalau setakat cantik je. Boleh letak kat tapak kasut cinta kau tuh.

...................................................................................

Senang citer mcm nih la.. Akak tak percaya cinta tu boleh datang sendiri. Kalau sendiri tak cari pasal menjebakkan diri dengan scandal. Benda2 tu takkan terjadi. Contohnya, kalau dah kawen, tak perlu sibuk kalau orang nak berkenalan pegi bagi no telepon. Mula2 bagi no telepon.. Lama2 nanti bagi apa???
Walaupon waktu tuh jantan ittew puji uollss chantek mcm Nasha Aziz walaupon husband uollss sendiri tak puji..
Dan jangan bandingkan pasangan sendiri dengan orang lain. Adelah Big NO NO. Itu adelah kesalahan terbesar. Setiap orang ada cara tersendiri to express their love. Nanti kalau husband uollss bandingkan uolss dgn ex gf dia uolls nak???
Biar la suami orang lain romantik dan suami uolls tak... Yang penting heollls nak kawen dengan uollss... Orang lain adooo nak uollsss??? **matila soalan sedih untuk diri sendiri..

Yang tak perlu:

1)MMS gambar kat laki orang adelah big NO NO **dengar tu ye Umi.
2)And call laki orang lepas tuh bila wife dia ada kat situ terus ko tak nak cakap adelah BABI.. **Sorry tetiba teremo..
3)Dan tak payah sms laki orang bagi tau ko baru clash dengan scandal terbaru kau.
4)Kereta rosak tak perlu telefon laki orang melainkan dia kerja mekanik. Sila call towing.
5) Owh... lagi satu, tak payah mms gambar baju yang bakal korang pakai kepada laki orang... Ini yang paling babi sekali.. Chantek sangat ke baju kau nak MMS bagai???
6) Masih berhubung dengan laki orang sedangkan masih tidak dpt menerima kenyataan yang heolls sudah berpunya adelah SALAH!!.. Tunggu bila uolls dah xde apa2 perasaan baru contact balik.
7) Eventhough, wife dia skrg adelah perampas kekasih uollss, tolong jangan hancurkan rumahtangga theyollls... Doakan yang terbaik sajork... Sheollls pon rampas BF sajork.. Bukan suami uollsss kannn???

Dah.. itu sahaja..

Monday, February 8, 2010

Kisah Suami orang..

kisah 1 : Diserang oleh bini kawan..

Ingat lagi tak akak pernah citer dalam blog akak pasal Nizam? Yang dia kawen dengan pompuan tuh baru 3 minggu tetiba wife dia cakap dia pregnant... Tapi sebenarnya itu bukan anak dia.. Rupanya anak exBF dia seorang penganggur...

Uollls... Baru2 nih wife dia serang Fiza okeh.. motifff??? Mula2 dia sms bagitau jangan call husband dia malam2.. Lama2 berbaur cacian dan makian..

Masalahnya uolllsss... Fiza call setahun sekali sajork.. And dia tersalah call. Bukannya sengaja nak call... And kalau call pon bukan bercakap benda yang jiwang..

Dari intipati cacian makian tersebut ialah :

1. Dia kata husband dia save no fiza sebagai nama lelaki.. (in fact semua no pompuan dia save sebagai nama lelaki). Bila dia tanya sape call, laki dia jawab 'Adik pompuan..'
2. Dia cakap fiza penipu dan hipokrit mcm tuh.. Fiza balas, 'At least saya tak menipu saya masih dara lagi sebelum kawen dengan suami saya'.... Cayalah Fiza melaser.
3. Dia claim dia kena rogol dengan kawan2 dia... Motifff tak report polis?? Lepas tuh bila Fiza cakap kawan dia jahat dia maki Fiza balik. Howwww???
4. Dia ada maki2 fiza dalam facebook dia... Motiff lagi???

Akak rasa pompuan nih dia rasa unsecure jeh sbb dia pernah menipu husband dia tu kan. And akak rasa husband dia tuh alang2 jadi pak sanggup akak rasa dia nak balas dendam keatas apa yg pompuan tuh dah buat kat dia.. Padahal sebenarnya, lelaki tuh takde affair dengan sesape pon..

So, akak rasa dalam hal nih, Nizam tuh saje nak sakitkan hati pompuan tu je..

Ada Kisah 2, tapi sambung jap lagi.. nak pegi Bangi..

Projek Hujung Minggu..

Weekend busy buat kek.. takde la busy mana pon.. Buat kek 1/2 jam dah siap. Letak dalam oven tinggal.. Paling meyampah nak basuh mangkuk2 yang guna banyak tuh.. Lagi2 kalau guna buttercream.. Lebih effective basuh guna air panas.

Choc Moist Cake, After baked.


Choc Moist Cake untuk Tahlil rumah Fila sempat deliver duduk2 5 minit sajork uollss... Versi serabai..

Choc Moist Cake lagihhhh... Order melalui Mohd Rafi. Dia sms Mohd Rafi nak kek choc pastu decorate lawa2 tulis nama dia. Masalahnya, lawakah akak deco???? Tolong ye, jangan bagi jawapan sentap.. **matila in denial...On what purpose dia order masih lagi menjadi tanda tanya kerana birthday dia lama lagi.. Kek 2kg++... Terbuat 2kg uollsss howww???? Choc Moist cake kan memang berat sikit..


Dari sisi... Tergelap pulak bawah dia.. nih gara2 amek gambar pagi2 buta..


Opss..lupa.. On the other hand, supervisor akak jadik pengarah I***C. Naik pangkat uollss... But he really deserved it.. He work really hard...

I work?? Really slow.... huhu

Sunday, February 7, 2010

Cake lagi...

Bosan tak korang akak balik2 citer pasal kek sajork??

Kek coklat akak untuk order esok ter'crack' uollss kat tengah.. Gatal sangat letak temperature tinggi.. Zassss... crack..

Takpela uollss... Akak cover dgn choc ganache banyak2 la... hohohoho..

nak letak gambar kek yang crack ittew tapi tuan punya henpon bercamera nan ado pulak...

Berani dia tulis kat FB akak muka akak pon dah mcm kek??

Malam ni jangan berani masuk dalam rumah!

Cake coklat inih adelah kali ke 3 , setempat kerja Mohd Rafi order selepas Mohd Rafi bawak kek besday dia aritu..

Alhamdulillah ramai yang suka la so far..

Tapi apesal choc powder kat Yummie semalam takde?? Terpaksa akak guna cocoa powder sajork.. merasa!!

Friday, February 5, 2010

Rezeki datang dan pergi...

kan duit akak dah dilaburkan kepada ream kereta yang chantek tu kann??

Akak dapat duet lain pulak uollss.. Akak buat business cadar tuh sold out akak letak kat kampung..

Pastu isnin nih ada orang tempah choc moist cake lagi untuk besday.

Boleh la buat top up duet minyak dgn tol..

And cadar tuh ada lagi orang tempah suh beli kan.. alhamdulillah la.. Ada yang keluar dan ada yang masuk..

_______________________________

Mohd Rafi nih suka sangat makan pedas. Pastu semalam rasainnn akak buat sambal belacan pedas nak mampos..

Serious sampai nanges2 dia makan.. Mampus tak akak letak cili merah je semua... Merasa uollss makan lepas tuh tadah lidah kat freezer..

pastu tadi akak masak mee goreng. Ada ke dia suruh letak cili api??? Gila ke hape?? Tak insaf2 lagi tuh...

Mohd Rafi tuh kalau dia sorang boleh pulak bangun awal.. Time akak ada gedik nak mampus kejut bagai nak gila baru bangun. Tuh pon setelah ditipu jam awal 15 minit...

Misi mencari rumah sewa...

uolsss...

Akak dah sepakat dengan Mohd Rafi tak larat nak bayar duit tol+minyak = RM500++ sebulan pegi balik keje...

So, weollss laki bini menjalankan misi mencari rumah sewa minggu inih... Since area KL, Selangor nih sewa rumah teres adelah RM500++ pastu deposit 2bulan +api air.. so, weolls rasa mahal okeh... Matila mesken tegar..

Jap..jap.... akak dah lama tak tepek gambar dalam nih betul tak?? so, ini adelah gambar misi mencari rumah sewa..







Pics randomly taken using Aino.. Sumpah tak best Aino nih.. Cepat Hang okeh.. Kena cabut batteryy.. So uollss jangan bazirkan duit beli.. **Matila aku kena saman dgn sony ericson ni kang...

So berbalik pada rumah sewa tuh... Kau ado buat selingan letak gambar pose2 sendiri mcm akak???

Mohd Rafi gedik uollsss taknak apartment or flat or rumah tinggi2... Susah basuh keter katanya.. Pastu susah dia nak buat activity setting motor... **matila laki mat rempit sejati... Laki akak ajak tengok cerita V3 uollss bulan 3 nih?? Asal ada citer rempit keluar je dia ajak akak tengok.. Howww???

So dalam misi mencari rumah teres untuk disewa, since tempat lain mahal dan weolls nak tol murah... kitorg settle dgn carik kat mudah.com.my

Last2 weollss decide nak sewa je rumah kat semenyih. Since tol cuma RM1 sajork.. So weollss pegila survey kat Taman Semenyih Impian.. Kawasan dia not bad, kawasan baru rumah pon baru tapi akak tak tau la ado streamyx ke tak uollsss...

So, kiotrang pon call setiap rumah iklan untuk disewa.. Semua nak sewakan RM400 tapi deposit sebulan+api air sajork.. Ado RM300 tapi deposit 2 bulan..

Last2 uollss bukak Mudah.my.. Ada abang tuh nak sewakan rumah kat situ RM300 deposit sebulan..
Gambar curik dari Mudah.my...

Ada abang lagi sorang tuh nak sewakan rumah jugak kat semenyih, sewa RM250 deposit suka hati nak bayar ke tak.. Nak selamatkan rumah katanya dari terbiar.. Tapi rumah flat uollsss... So Mohd Rafi reject..

So, weolllss ingat nak amek rumah yang kat mudah.my tuh sajork.. Rumah pon baru.. Deposit pon sebulan sajork..

Rumah ini adelah jalan pegi sengai tekala.. So sape yang pose2 nak pegi sungai tekala boleh singgah gituuuuu...

Harap2 rumah tuh tak berhantu la uolllsss... dah la Mohd Rafi keje shiftt malam... Aiyooooooo!!

Thursday, February 4, 2010

Sakit Otak..

Penat dan ngantuks puiler pagi2 nih..

Tido lewat tadi malam siapkan tutorial. Dah lama tinggal uollss subject tuh, merasa dah lupa.. Kena study balik takes time.. Tuh yang angkut tutorial bawak balik rumah..

Ha..sape kata tutor relax???

Time2 weekend pon malam2 buat tutorial lagi okeh.. Kau tak pitam dalam otak ada nombor2? Mana nak siapkan research mak nih lagihh...

Pastu, solution yang lecturer bagi pon kadang tak memberansangkan.. Nak tak nak buat cara lain..

Yang akak hanging pagi nih, akak beriya siapkan tutorial tadi malam lepas tuh, pagi nih kelas pukul 9 student tak datang!!.. Kalau kau, hangin tak???

Wednesday, February 3, 2010

@Pusing@....

Lagi tadi aku tenung kertas sepah2 atas meja nih..

Tengah confuse cemana nak masukkan dalam journal. Bab method je dah kantoi.. Howw??? Pening la cemana nak masukkan semua method2 tuh..

anyway, dibwah adalah gambar kenduri yang sempat diambil masa kenduri hari ahad..

Ini adelah nasi ambeng. Lauk ikan masin bulu ayam, ayam masak kicap, serunding kelapa, urap dan mee siam goreng..(mee hun goreng)..

Urap tu adelah favourite akak. Urap tuh ala2 kerabu la uollss.. dlm tu ade kelapa, taugeh, pucuk ubi.. Teringat pulak akak daun pucuk ubi kat rumah yang mak mertua akak petikkan..

CD Owner : ko nak pucuk ubi? Belakang rumah mak mertua aku banyak gila..

Pastu uollss dalam urap tuh letak daun turi.. Akak nih pose2 tukang celur daun pucuk ubi tuh. Pastu mak mertua akak nih letak daun turi sebelah akak.. Akak pon pose2 la celur daun turi tuh jugakk.. Sekali je uolllss mak mertua akak jerit...

'Menantu aku.... Daun turi tak payah celur...'

Mana akak tau uolllss.. slalu kan daun turi masak lemak...

Nak ke resepi urap?? Nantila ek.. Akak tengah tingtong nih...

Nih segala jenis kuih yang ado... Tukang susun temok.. langsung nan ado kesenian..

Kueh telinga keling (benderam), kuih koci, bahulu cermai, kek coklat(bukan akak buat) dan kueh kasturi..

Korang kenal ke nama2 kueh?? **pose2 berlagak gila..

Kueh kasturi tuh uollsss mak mertua akak buat. Tapi anak dia yang pose2 makan terlebih.. howwww?? Sedap katanya.. Syok sendirilah anak dia tuh.. **matila aku mohd rafi..
Yang paling tak tahan, esoknya kueh tak abes tuh dia bawak balik mantin makan dalam kereta gituuu..

Kueh koci tuh mak akak yang buat tapi sebijik pon akak nan ado makan sbb akak tak suka kueh koci.. Tapi anak sedara akak yang gemok iaitu Icah suka gila dengan kueh tuh..

ini adelah makcik aka tengah gotong royong bungkus berkat bagi orang bawak balik..

Lepas tuh malamnya lepak nak mampus mengemas.. Nasib baik adik akak yang tipot tuh dengan temok balik lambat sket.. Kesimpulannya akak puas hati dapat makan nasi ambang walaupon terpaksa berebut dgn Tipot and Temok.. (kitorang pose makan dalam dulang jugak uollls walaupon tuan rumah)...


p/s : Siapa nak comforter+cadar+4 sarung bantal+1 sarung bantal peluk satu set boleh tempah kat akak. Harga sama mcm kat kedai, RM35. Tapi sama ada amek sendiri atau hantar (extra charge) atau pos (extra charge jugak).
Kalau nak, nanti akak letak kat blog gambar2 yang ada.
Quality kain adelah akak rasa 80% polyster 20% cotton cam tuh..
Sementara stok masih ada.

Sekian....Ada hati pulak tuh nak buat business..!

Tuesday, February 2, 2010

Edisi Pitam Bulan inihh...

Uollsss...

Kan tayar keter BCL kan pecah aritu.. Akak tak tukar lagi aritu sbb nak tukar kat Johor murah sket..

So, akak nih pon pose2 nak tukar tayar sajork.. Kena tukar 2 la uollss sbb kalau tak nanti bunga dia tak balance.. Akak pon beli la tayar second sajork sbb akak pose2 mesken....

Tapi uollsss....

Sekali je org workshop tu check,

REAM akak PATAH uollss.....

Howww???? Patutla tayar akak asik pecah sajork.. rupanya ream tuh jadi tak balance...

So, terpaksa lah akak beli ream baru.. Isk..isk... Rasa nak nanges uolls keluarkan RM600...


Ream baru saya... Harap2 anda bertahan lama walaupon lopak dan lubang jalan selalu melanda..

Chantek berkilau takkk??? Matila uollsss kena puji2 sikit bagi sedap hati uollllsss... Sbb dah makan duit banyak kaedahnya...

Makan pasir la....................

Hmmm...dari mana nak start??

Jap..jap..akak fikir setelah 4 hari ketiadaan..

First, akak pegi urut dgn Makcik yang dari kecik urut akak. Nama dia Acik Zarah. Dia sorang sajork bidan yang mak akak dan akak percaya gituuu.. Lagipon dia yang sambut kelahiran akak.

So, dia urut dia kata rahim akak dah kebawah sangat pastu terlipat. Dia kata nasib baik akak dtg cepat, kalau lemak dah masuk kat rahim tuh nak urut dah susah.

Tapi serious weh, mmg ada perubahan yang orang dah kawen sajork perlu tau.. Nanti kang akak citer disini orang chop akak tulis blog lucah.. Howww??

Acik Zarah tu cakap, kalau 2 3 bulan tak pregnant lagi, datang urut lagi.

Bayaran adelah seikhlas hati, ado lagi konsep mcm tuh kat KL?? Harammmmmm..betul tak??

Mak akak kata selalu orang bagi ala2 Rm10 gituu sbb urut kejap sajork tak sampai 5 minit siap uollss.. sambil dia berbual dgn mak akak.. Last2 yang lamanya berbual, bukan mengurut.. gituuuuu...
Tapi akak bagi la RM20.. mcm kejam sangat sajork bagi RM10..

OO...lupa plak nak cakap.. cemanakah rahim akak boleh terlipat??

Sbb aritu akak nak urut dgn Acik Zarah tuh dia nan ado dirumah. So, akak pon pegi la berurut dgn orang lain... Sekali je , rasainnnnnn!!

Dah, tobat akak nak urut dgn orang lain dah..!

Monday, February 1, 2010

Ini bukan entry meroyan...

Ini adelah kek birthday mak akak, adik akak dan juga anak sedara akak..

Ntah kenapa uolls blogspot ni gila sangat tau.. tetiba gambar tuh jadik senget pulak bila akak upload..

iklan