Friday, March 30, 2012

4 pagi

haa..akak feeling2 akak bakal mengantok arini sebab akak bangun pukul 4 am arinih buat 380 donut camtuh.

Kerja pon akak amek order donut jugak. Ala.. boleh tambah pendapatan. Boleh jalan2 ke korea jumpa Lee Seunggi. Keji kannnn?? nanti mesti ada yg cakap, baik pegi umrah.

ok. fine.

Lepas tu Mohd Rafi bangun pukul 5 tolong goreng donut, sebab akak dah buat perjanjian dengan dia, yang dia kena tolong akak buat donut tiap2 jumaat kalau nak akak kerja gituuuuu...

Clust tak perjanjian akak??

Pastu akak cakap, duit donut nanti kita boleh jalan2... Camtuhhhhh.

Tetiba akak dah tak tau nak tulis apa. Akak nak sambung experiment. Bye!!

Thursday, March 29, 2012

hiii...akak ngantok setelah telan nasi lemak ditengah hari yang sejuk.

Ngantok lah uollss setelah makan nasik lemak time lunch.

Sejak kerja nih balik rumah ngantok, pastu komplen2 kat Mohd Rafi.

Pastu laki akak kata, 'Keje senang pon ngantok. U buat apa je kat opis?'

Sebab akak kena baca2 lah akak ngantok uollls kannnn?

Pahat sungguh happy okeh setiap kali hantar kat BS. Bukan main lagi terus menerpa kat rumah akak tuh.

Tapi time balik kang akak sampai je terus dia peluk kaki suruh dukung. Baru je dukung terus 'bye bye' akak tuh.

Boleh gituu??

Sebab akak dah tak pump kat opis, maka terjadi lah kejadian bengkak atau block duct buat kali ke 100 **matila exagerate.

Maka kena lah tuam2, mandi air panas bagai..

Eh, citer pasal ngantok tadi, dah 3 hari akak jadi pembeli setia coffee mc D. Sebab kat sini nan hado air panas. Air pon dah abes selamattttt. Akak import air dari lab tingkat bawah. Biasa la duduk dengan student2 postgrad haruslah air cepat habes.

huarghhhh!!! ngantok lagik. bye.

Wednesday, March 28, 2012

Saya suka hujan

Semalam balik keje akak tebang 1 pokok pandan. Nasib baik akak menanam pokok pandan.

Malam tuh Mohd Rafi tabur 1 rumah. Terus berbau harum rumah aku. Jangan cakap ada kuntilanak okeh.

Akak mimpi Pahat pandai cakap. Tiba2 datang kat akak dengan tangan masok duri alu berkata,
'Cabut kan'

Lalu akak terjaga. Ntah hapa2 emak kau nih.

Hobi anak aku adelah menyepah rumah. Kalau letak atas meja dia raba2 meja tuh sampai dia jumpa barang dia nak.

Akak start keje nih akak hantar Pahat kat Baby Sitter lama lagi. Alhamdulillah dia serasi dengan BS tu. Rumah bersih, jaga baby pon sorang je since Pahat kan dah toddler.
Akak pon dah tak bekalkan dia makanan since BS tu kata tak payah dah sebab pahat dah boleh makan nasik ketul. Gigi pon dah nak penuh. Lagi 2 3 batang geraham tumbuh penuh la gigi Rossi tuh.

Akak memang bersyukur sangat2 dapat BS tuh uollsss... yela macam jodoh jugak kan uollss... Dia pon takde masalah jaga Pahat. Cuma sila amek anak ko cepat. Pukul 5 lebih dah amek. Kalau ko balik pukul 6 dia dah risau2.. Kalau nak balik pukul 7 sila hantar nursery camtuh.

Bayar pon RM250 jah sebulan.

Start keje balik nih akak dah malas nak mengepump. Akak bagi FM jah kat BS. Sebab akak cakap dengan Mohd Rafi,

'I nak bersara lah breast feed. Penat tau'

Gila tak penat?? Cuba kau guugle berapa kalori hilang breasfeed kan anak??

Mohd Rafi kata ' Tak baik tau. Tu kan anak..'

Camtuhhhh... So, akak cuba slow2 la. Sebab by the time Pahat 2 years nak kena stop terus kalau tak lagi susah nak berenti. Kang jadik 4 tahun lagi susah nak berenti. So, petang akak balik terus bagi BF. Cuma siang je lah bagi FM.

Skrg pon dia dah 1 tahun 6 bulan, slow2 sampai 2 tahun.

Apa akak nak bgtau adelah, yang penting disini bukan fully breast feed sehingga 2 tahun.

Fully breastfeed 6 bulan sahaja.

Kalau korang bagi nestum segera tu pon ado fm juga. So sama jah. Tak payahla ada yang obsess sangat nak fullybreastfeed sampai 2 tahun. Bagi akak takde istilah fullybreastfeed setelah kau bagi solid food kat anak kau.

Maksud obsess akak disini adelah tak payah nak judge orang atau kondemn orang yang bagi fm kat anak dia camtuh..

Start bagi solid = no longer fully breastfeed ye maksudnya.

Dah. Arini ujan. Walaupon akak datang lab/opis lambat sebab menyinggah bank lah, menyinggah beli cofee lah, tetap akak yg 1st.

Tuesday, March 27, 2012

alo cayang2 cik ti....

alooo rumah akak setelah setahun lebih duduk tiba2 ada cik ti. Mohd Rafi kata bukan tikus lah tapi cencorot sebab color hitam...

eiiiiii...geli hokeh!

Mula2 last week aku nampak sekor je. Mohd Rafi halau keluar, sekarang nih makin berlelluasa pulak.

Akak suspect disebabkan oleh kekurangan kucing2 liar kat belakang rumah akak tuh. Akak insaf, ada jugak guna kucing2 tuh.

Akak risau lah uollss+geli nak mati hokeh. Akak nih buat kek utk orang kang tak pasal2 je. Akak tutup order dulu ye sampai cik ti2 yang chantek ittew dapat dihapuskan.

Filla, pinjam kucing seminggu plisss!

Ada orang kata tak boleh maki2 nanti dia bawak kerabat ramai2. Kena cakap baik2 sopan2 gituuuu... aiyooo..

ada yang kata guna kapur barus atau dahan durian belanda. Mana nak carik dahan durian belanda?? kat kampung boleh la kannnn??

Aiyooooooooo!!!

Monday, March 26, 2012

FIRST DAY

Makan gaji buta dah.

Sebab equipment nan hado. Tengah tunggu lect abes kelas pukul 12 kang, sebab equipment tu takde kat lab nih.

Nak kena check dulu equipment tu ok ke tak.


Pagi2 tadi kejut Mohd Rafi mintak dia 'payung' kan akak. Sebab akak kan mesken sebab tak keje. Dapatla belanja untuk seminggu. Paling2 pon aku makan roti jah. Malas nak pegi cafe.

Bye.

Saturday, March 24, 2012

Makan2 @ Bagan Lalang Sepang.

Semalam kawan Mohd Rafi ajak makan seafood kat Bagan.

Akak ikut sajork, sepang dgn purajaya tak lah jauh mana kalau ikut jalan belakang tuh. 50 minit camtuh.

Kitorang makan kat kedai warna merah tuh. Seri Senandung kot nama kedai tuh.

Sebab tu pakcik awek kawan Mohd Rafi punya. Dan awek dia pon keje situ. Merasa!!

Seafood dia memang fresh. Hari2 dia bawak naik dari Jeti.

Kitorang makan:

Udang (yg besar hokeh bukan yg kecik sekilo rm20 selalu kat pasar tuh) goreng butter.
sotong goreng tepung
ikan kembung 3 rasa
ikan pari bakar
kerang bakar - mohd rafi abeskan sorang. Keji!
lala dan pahat masak cili
sup ayam
tomyam seafood
kailan ikan masin

nasik 5, air kelapa 2, air sedap 3.

RM88 sajork.

Murah hokeh. Tapi makanan dia takde lah sedap gila babi sangat. Biasa2 jah. Tapi seafood dia fresh la. Ikutkan hati aku nak amek ketam. Takut mahal. Sekali tengok 100g rm4 jah.

Yela uolllss, kat senibong Johor tuh kalau amek ketam mau kau kena beratus. Orang belanja pon agak2 la kannn.. Kang terkejut orang tuh nak membayar. Jadi akak cancel amek ketam.

Lain kali boleh datanglagi sebab murah.

Sebab memang murah atau awek kwn Mohd Rafi keje situ ntah. Yang penting kenyang.. Alhamdulillahhh..

Bye.

Friday, March 23, 2012

Rambling merapu episode 2

Haiii uollsss... Ni akak nak membebel.

Budak yg sewa rumah akak itteww memang suka bayar sewa rumah lewat. Bukan lewat 2 3 hari, tapi sebulan dua.

Tapi so far, selama setahun nih dia menyewa bayar lah, takde la macam tenant dulu yang suka menipu tuh. BTW, tenant tu hutang akak dekat 500 dengan bil2 tertunggak+sewa tertunggak.

Tenant sekarang ni pulak student Poli. Kata nak keluar bulan 4. Since bulan Feb punya sewa ada tunggakkan, kitorg suruh dia bayar. Dengan ganti rugi pintu toilet yang diorang pecahkan.

Uollss percaya tak, diorang tak boleh bukak pintu toilet diorang pegi pecahkan pintu???

Ganass tak budak2 pompuan zaman skrg??

Akak paling2 koman pon pecahkan tombol pintu jah. Tombol tu kalau nak ganti Rm20 jah. Pintuuuuu??? Sendiri mau ingat.

Minggu ni kitorang call nak tuntut hutang tak dapat hokeh.. Penyapu sangat!!

Call hari2 tak dapat juga. Maksudnya budak2 tu dah tukar nombor atau ingin melarikan diri dari membayar sewa.

Penyapu lagi sekali!!!

Uollss... akak dulu time belajar miskin juga. Nan hado dapat pinjaman ptptn tuh, tapi sewa rumah akak tetap bayar tiap2 bulan hokeh.

Tu kan tanggungjwab kaedahnya.

Akak tak berani hokeh nak delay2 duit sewa rumah, gaji je terus bayar. Takde maknanya nak tangguh2. Paling lewat pon 2 3 bulan nih sebab akak tak kerja tunggu gaji Mohd Rafi. Tu pon gaji je terus bayar.

Akak rela hokeh tangguh bayar keter dari sewa rumah. Keter kena tarik takpe. Rumah kena halau kau nak duduk mana????

Nasib baik ado kwsp, next month nak kuar kwsp byr ansuran rumah. Lepas tu aku nak halau budak2 tu. Pastu aku tak nak bagi orang sewa.

Aku pon tak sakit hati.

BTW, semalam aku tengok kat FB ado orang nak jual rumah teres kat Kajang 18x55 luas, lebih kurang rumah aku kat johor tu dengan harga 230k. Akak pengsan kejap!!

Hoi...nan ado lah aku mampu membeli rumah di klang valley nih uolllssss...

Wednesday, March 21, 2012

Beramai2...

Mula2 akak feeling2 dgn Mohd Rafi and Pahat jah nak menyambut annivesary ke 4 di cameron highland.

Tiba2 akak aku nak ikot. Pastu adik aku Temok ikut. Emak aku pon ikut.

Jadi lah percutian family.

Tipah, ko nak ikot tak? Aku nak sewa homestay/apartment terus.

Murah jika di sharing is caring beramai2.

Fiza kata homestay yang dia sewa last week around rm200 sajork. Ok la tuh.

Mesti ada orang dengki cakap aku takde duit sibuk pegi bercuti. Asalkan aku guna duet sendiri sudah. Bukannya aku pinjam duet orang pon kannnnn??

Semalam akak feeling2 rajen bake opera cake yang leceh tu.
Sebab aku malas, aku tak buat pon coffee glaze dia.

Akak ikut recipe Dorie Tapi sponge cake dia mcm manes sangatlah. Kalau kurang manes sedap kot.
ha..mcm ni rupa opera cake, tapi cake akak nan hado chantek mcm nih.

akak tersilap uolls... recepi tuh untuk 12x15 pan, tapi akak buat separuh lalu guna 10x10. jadi adunan tak cukup. dah nipis nak mampus, aku takde keje nak mix lagik.

tapi buttercream coffee dia adelah terbaik. Memang aku suka. Cuma kena keep refrigerated sebab dia lembik sikit.

Overall akak cuba lagik with less sugar.

My soothing kind of song.

Currently love love this song by John Park.

Tajuk dia Falling.

Kenal kah Sapa John Park?

Dia nih pernah jadi contestant American Idol 2010 (9). Tapi sampai top 20 sajork. Later he join superstar K2.

http://youtu.be/Dw-kA8bjG8o


So, the lyric in romanji and english translation.

In my head, whitely spreading
I engrave you and fly far away
I close my two eyes that see everything
And I want to turn back time and go back to then

Falling like this, falling for you
Even if you can’t catch me
Falling once again, falling for you
Can’t you embrace me?

The good days and even the painful days
When you look back, was it all just nothing much?
Please say it isn’t so -
If only my bruised heart, my blank heart can feel again

Falling like this, falling for you
Even if you can’t catch me
Falling once again, falling for you
Can’t you embrace me?

On top of the sky, blackly spreading
I see myself endlessly falling

Falling like this, falling for you
Please catch me
Falling once again, falling for you
Please embrace me

Even if I endlessly fall, even if I fall to the ground
Toward you, I’m falling for you
I just look at you




Romanized:

Hayake bonjineun morissogeda
Geudereul segyonoko jo molli naraga
Modeun ge boineun du nuneul gamgoso
Siganeul dwedollyoso geu ttero doragago sipo

Falling idero falling for you
Nal jabajul su obsodo
Falling tto dasi falling for you
Nal gamssajul su omnayo

Joatdon nanaldo nomu apatdon naldo
Ije dorikyobomyon geujo geuressonnayo
Anira mar-heyo mongdeun gaseumdo
Monghejin ne maeumdo dasi neukkil suman itdamyon

Falling idero falling for you
Nal jabajul su obsodo
Falling tto dasi falling for you
Nal gamssajul su omnayo

Kkamake bonjineun haneul wieso
Hanobsi churakhaneun nal bogoman inneyo

Falling idero falling for you
Iron nal jaba juseyo
Falling tto dasi falling for you
Jebal nal gamssa juseyo

Hanobsi churakhadorado badak kkaji ttorojyodo
Geudel hyanghe nan falling for you
Geujo geudeman boneyo



Merasa lidah belit2 baca korea punya romanji.

P/s : kalau video tak keluar esok je lah aku kejekan.

Tuesday, March 20, 2012

rambling merapu at 3 am

Ha..tu dia, tak sedar diri minum coffee merasa tak boleh tido.

Yes, uolllss, akak memang tak boleh minum coffee before tido. Memang selamat mata aku segar bugar.

Akak nih dah berapa minggu plan nak buat kueh seri muka. Nan hado. Barang2 dah beli tapi nan hado. Pastu feeling2 nak buat opera cake pulak. Dah keluarkan egg whites, beli almond, juga nan hado.

Kalau dulu masa takde anak, terus jah buat. Ni kalau kau buat time dia tak tido memang selamat lah kek kau. Kalau time dia tido pulak, baru bunyi air paip kat sinki dah bangunn. Sensitif gila dengan bunyi.

Ye, sebab akak pon sensitif dengan bunyi. Even bunyi jam dinding pon boleh menyebabkan akak tak boleh tido. Jadi jam loceng Mohd Rafi tu aku campak keluar bilik.

Speaking of job tadi siang, lect tu call suh naik isnin nih.

Esok kena bagitau babysitter nak hantar Pahat...

Alaaa sedihnya kena hantar Pahat. Pastu akak risau kalau tak boleh siapkan project tuh. Pastu risau kalau tetiba aku tak suka job tu kannn?

Sekarang aku suka lagu FALLING by John Park. Tenang je dengar lagu tu.

Esok nak puasa ganti. Tengok status Shilla kat FB baru gelabah nak ganti.

Tadi Pahat kena marah dengan Apak dia. Marah je pon. Tapi aku kesian gila dia kena marah. Padahal kalau aku marah lagi teruk siap kena babap lagik.

Kannnn?? Kalau emak buat takpe. Orang lain tak boleh tau... Sayu hati emak.

Pahat nih dah nak 1 tahun 6 bulan tapi tak makan saman punya budak. Orang kata jangan, takde makna dia nak dengar. Makin dia buat. Mana tak kena babap.

Mohd Rafi kata emak dinasour, bukan singa hokeh, dinasour terus.

Akak harap, akak dapat kerja dengan ikhlas minggu depan. Akak juga harap akak tak malas dan juga banyak main internet dari bekerja. Biarlah gaji yang akak dapat tu halal supaya lebih berkat gituuuu..

Akak tak ckp org lain, tapi diri sendiri. Keje dulu flexible lalu menyebabkan akak suka mengular hokeh. Walaupon semua keje siap tapi mcm tak sedap hati la pulak kaedahnya.

Meh ikut CD Owner, kalau kau ajak lunch pon makan macam nak kena langgar keretapi. Pastu weekend sibuk pi kerja. Kau mampu???

Eh, tapi Mohd Rafi pon sama. Kalau ada motor2 orang pending mesti dia rasa tak sedap hati. Lalu sibuk siapkan juga.

Atau lelaki memang mcm tu? Perempuan kalau keje asik teringatkan anak kannn??

Lagi2 kalau anak sakit.

Harap2 Pahat happy kena tinggal sebab anak akak BS tu pon suka dengan dia. Dan harap2 juga Pahat nak minum susu botol. Dah sedap kan tinggal dengan emak 4 bulan direct BF jah.

I will miss you! Walaupon emak selalu marah2 dan babap tapi emak tetap sayangkan Pahat tau.

Monday, March 19, 2012

Buang tebiat.

Akak rasa laki akak dah buang tebiat.

Matila kannn...

Tetiba beli hair gel code 10 lepas potong rambut. Sebelum2 nih tak pernah pon nak pakai selama 4 tahun aku kawen dengan dia.
Aku belikan gel afterbed loreal pon harammm nak pakai.
Selalu dia pakai baby oil tu ha share dengan pahat. Kau mampu buat konsep sharing dengan anak ko?

Semalam tetiba ajak pegi Icity. Dah kenapa dengan laki aku nih?
Akak pegi je lah.
Mampos parking RM10 kat jalan batu tu.
Dah la jalan pon jauh jugak.
Dah tu bukannya parking tar pon.
What the hell mahal gila parking.

Dah tu Mohd Rafi ajak naek wheel tu yang ala2 eye of malaysia tuh. Sebab tu je yang Pahat boleh naek. Yang lain tak lepas tinggi 90cm.

Akak nak cakap sikit. Akak gayat hokeh. Sama mcm naek cable car kat Langkawi tuh.

Mula2 sebenarnya Mohd Rafi feeling2 nak masuk rumah 4 musim tu ha... yg ado winter, autumn, spring bagai..

Akak cakap dengan dia:
'Elehh...i tak heran pon dengan benda tu. I dah pernah rasa kat uk'

Berlagak gila. Dah tu, dia kata nak masuk feeling2 bawak Pahat.

Sekali tengok harga Mahal terus cancel. Merasa!

Akak baru lepas masak dan bagi Pahat makan. Lepas makan dia tido amann donia akak.

Arini masak kari daging dengan bayam jah. Sekarang akak dah insaf sikit2. Kalau masak makanan darat akak tak feeling2 campur dengan laut. Kalau konsep hari tersebut akak masak ayam, kalau nak campur pon akak campur dgn daging. kalau hari tersebut masakan laut, semua masakan laut gituuuuu.

Tapi awas uolllss, jangan makan makanan laut banyak sangat. Banyak asic urik penyebab stroke.

Camtuhhhhhh....feeling2 konon nak sehat tapi malas exercise. Kau ado?

Bila surat naek kerja akak nak di sign nih uolllsss?? penat akak tunggu. Akak takut tak sempat habes bulan 6 ni jah project tu okeh. BTW, report utk project tu kena hantar bulan 6. So ada 2 bulan je lagi.. aiyoooo, nak kena cepat tapi tak panggil naek kerja lagi. Howwww??? Pening akak memikirkannya..

Eh, akak nak citer lagik. Kawan Mohd Rafi hari2 dok tanya akak buat ROti jala tak, masak apa arini. Tak hantar makanan ke, aiyooooo...pengsan akak. Tujuan utama dia adelah nak makan lah uolllsss.... Mohd Rafi kan suka berbagi rejeki konsepnya makan sharing is caring.

Ada sibuk nak jadikan Pahat sebagai adik angkat dia sebab konsep nak makan free katanya. Koser tau.

Bye. Sambung buat kerja sana. Akak nak kena buat cookies tapi takde mood. Matila tak sedar diri duet takde.

Sunday, March 18, 2012

Experiment2 yang berjaya dan gagal.

Sebagai seorang bakers, dan penjual kek, akak nak bgtau, bukan semua resepi2 internet menjadi sedap ye uollss..

Kadang2 resepi tu kata sedap gila, the best, the most delicious ka, tapi kalau tak kena dengan tekak uollss maka tak sedap la jawapannya.

Selalunya akak ber'experiment' dengan recipe. Biasanya ada la tukang2 lab rat akak.. **matilaa.. Kasik orang makan dulu. Kalau depa kata sedap baru proceed jual.

Kalau resepi kek orang mintak memang akak bagi sebab akak tak cipta resepi tu sendiri. Paling2 pon akak ubah sikit demi kesedapan. Seperti resepi red velvet dan juga rainbow cake.

Resepi cookies, memang harap maklum adalah rahsia, sebab macam nak mati berapa kali experiment baru jadi sedap. Dan juga harap maklum resepi cookies adelah resepi aku sendiri tidak ditiru dimana2. Mula2 mcm nih aku buat kali berapa ntah hapa aku letak dalam tu, tiba2 menjadi sedap termasuk cd owner makan.

Tiba2 akak lupa apa akak masukkan, dan juga sukatan. So, merasa la kau beberapa kali buat baru jumpa apa yang aku letak dan sukatan.

Dan mintak maaf ye sapa yang mintak resepi cookies adelah akak sorang je yang tau. Eh, CD Owner ko tau ke? Tapi sukatan exactly adelah akak sorang je yg tau.

Resepi kek akak boleh bagi. Cookies memang mintak maap uolllss. Lantaklah korang nak cakap akak kedekut ka apa ka.. kau hengat senang nak buat experiment banyak2 kali untuk dapatkan resepi yang betul??

nak update price dan product ilots kitchen:

Muffin (apa jua jenis) : RM0.80 sebiji > untuk order lebih 20 biji sahaja.
Donut : RM1/ 3 biji
Karipap : RM0.40 sebiji - Tanya cik Ien sedap ke tak.

Lain2, akan di update kemudian.

Thursday, March 15, 2012

Sudah.

InsyaAllah dah dapat kerja. Tengah tunggu bos sign surat.

Alhamdulillah. Tapi contract jah. Project habes bulan 6.

Tapi aku tengah godeh2 resume juga. Nak cari keje yg bagi better offer.

Nak keje industry memang harapan lah. Muka aku nak balik rumah lambat??? Terbayang2 je muka anak aku tu kang.

so, akak feeling2 nak keje pegi pukul 8 balik pukul 5. Keji nak mampos memilih.

Dah la Mohd Rafi balik lambat, kang aku pon balik lambat jadi apa anak aku tuh.

Lagipon masa aku amek offer keje RA ni pon aku suruh Lect tu email detail project yang dia nak aku buat.

Aku cakap, kalau aku tau buat baru aku amek offer tu. Since project tu lebih kurang CCNA, dan aku pernah amek course walaupon FAIL.**matilah.

Pastu baca prospect kerja tu ok la kot. So aku accept. Tapi gaji tak lah banyak mana. Lagi banyak gaji dulu. Tapi boleh la kan dari takde.

Rezeki jugak tuh.

Di samping tuh bisnes kuih muih, catering dan cake masih berjalan cuma tak boleh nak supply time office hour.

Ujung minggu nih banyak order. Jangan sentap kalau aku tak angkat tepon lalu nak melaser2 mak. Sila text!

Wednesday, March 14, 2012

going to 4th year

BTW, semalam akak sibuk dok google pasal cameron. Harga hotel yang murah2. Tempat2 menarik. Feeling2 nak ajak Mohd Rafi bulan 4 nanti.

Tapi akak syok sendiri jah. Akak kena lah kira2 dulu duet cukup ke tidak uolllss... Dah lepas bayar hutang2 semua barula boleh enjoy kat sana.

Pastu Mohd Rafi balik tadi malam tiba2 cakap;

'yang, bulan 4 kita pegi cameron nak?'

'bila?'

'Awal bulan la....'

Hoye...hoye... akak joget2 gembira. Ternyata Mohd Rafi mendengar isi hati akak.. Hahaha..gedik gila.

Pastu, ahad ni Boss dia saja2 nak datang rumah. Dah tu, dia ajak budak 1 kerja dengan dia sekali. Dah tu, ajak kawan2 dia yang lain. Eh, tiba2 ramai pulak.

Pengsan akak fikir menu.

Akak ingat nak masak nasik tomato. ayam masak merah. daging masak hitam. dengan dalca. koser aku nak buat acar bagai. Malas nak kopek nenas.

Eh, korang tau tak? since bulan puasa tuh aku kopek beratus2 nenas nak buat jem. Sampai bulan2 lain aku tak hadap nak tengok nenas dah. Keji tak?

Kalau aku rajin nasik tomato. Kalau malas buat bbq jah senang hidup mak.

Kalau lagik malas, roasted chicken jah. Tak payah nak tengok2. Tak payah jaga api. Nah, duduk kau ayam didalam oven selama 2 jam.

kalau aku rajin lagik aku buat pavlova sebab egg white berlambak2 dalam fridge.

Koreng tunggu dan lihat sajork.

Ni anak jantan akak dah bangun sibuk2 depan laptop. bye.

p/s : apahal aku eja malas sebagai masak? tingtong sangatsss

Monday, March 12, 2012

My little Rossi

Anak akak yang bernama Rossiudin tuh sudah kemaruk naik motor sekarang.

Pantang apak dia naik motor dia pun sibuk.

Kalau ko amek time dia tengah duduk atas motor tu jangan harap dia nak. Siap tepis2 lagik tangan ko.

Lagi 2 3 tahun memang la apak ko belikan pocket bike untuk anak dia. Pocket Bike to motor yg kecik untuk budak2 tuh. Eh tapi laju okeh. Kalau takat nak jalan2 kat putrajaya nih sampai la sangat..

Korang tengok je la nanti Apak dia tuh. Silap2 kejap lagi dia ajar modify motor. **pengsan emak.

Skrg ni pon boring2 dia bawak lari anak dia naek motor keliling taman.

Pahat, kalau takat nak jadik racer cup prix jah baik tak payah. Alang2 jadi mcm Zulfahmi tu ha.. Clust dah kaya dan boleh travel around the world.

Pahat dah 1 tahun 5 bulan, harammmm tak cakap lagik sepatah pon. Next month mesti aku kena jumpa doctor lagik tau..
Masalahnya...masalahnya... hari selasa tu ramai orang sekali dgn orang2 mengandung... Jadi kena tunggu Lamaaaaa uolllssss.

Dah la Pahat tu tak reti duduk diam. Pastu suka tegur2 orang. Pegang2 orang. Kadang2 suka tarik rambut atau tudung orang. Orang yang suka tu takpe la.. Yang tak suka tu jeling2 akak tau.

Eh, ada orang kan cakap akak manjakan Pahat.

Aiyoooo... dia tak tengok lagi akak babap di Pahat tuh agaknya.

Masalahnya, tak kan depan orang ko nak pukul atau marah2 anak ko kan??

Tak nak aku jadi orang gila kat depan orang ramai pukul anak. Pastu anak ko nanges satu hal tak ke jadi centre of attraction??

Akak pernah tgk ada cha ya nun alip tu anak dia pegang mainan kat Jusco je dia pegi pukul budak tuh sampai nanges. Tak logik langsung.

Dah tu bila budak tu melalak. Dia marah2 pulak.

Jadi, depan orang ramai selagi boleh elakkan, sila elakkan. Kalau tak nanti siapa yang malu??

Nak pukul atau marah biar reasonable sikit walaupon kau bukan wardina.. Opppss...Wardina lagik kannnn??

Sunday, March 11, 2012

Walaupon aku duduk rumah saja, kau ingat aku free 24 jam kah?

Akak heran lah uollss..

Just sebab akak duduk rumah, orang ingat akak ni free 24 jam.

Bila nak suruh tolong, call time tu jugak suruh buat.

Bila aku taknak. Bebel2 marah2 aku. Apehal??

Aku memanglah suka tolong orang. Ko tanya la CD owner ke Fiza ke.. Tapi jangan lah melampau sangat.

Aku pon ada 380 bijik muffin nak buat. Kena berkejar buat sebelum Pahat bangun tido. Aku ade roti jala nak tebar, adunan choc chip lagik, Kek2 orang berkejar aku nak buat. Bukanlah aku duduk rumah 24 jam tu maksudnya aku free 24 jam.

Kalau aku tak buat semua tu pon. Jaga Pahat+ buat keje rumah dah cukup buat aku busy.

Ingat aku duduk rumah mengangkang tengok TV ja kah??

Heloooo, nak bukak internet pon kena tunggu Pahat tido hokeh.

Kalau nak cepat bgtau la awal. Jangan lah pagi tu berkejar suruh aku buat time tu jugak.

Paham??

Sorry, ni first and last aku tolong. Lepas nih, sorry!

You need to got some luck dude!

Kisah entry sebelum nih akak koser nak drag panjang2.

Akak buat kesimpulan yang pompuan tu dah ada ustaz minang. So, saja la carik alasan nak putuskan hubungan gituuuuuuu. Watever!

Akak sedang meroti uollss... Tunggu roti naik.

Mula2 akak ingat nak guna resepi Shilla. Pastu pemalas punya pasal. Akak guna jah resepi donut cuma guna high protien flour+warm fresh milk.

Aku kena buat semuanya cepat before Pahat bangun. Kalau tak bakal jadi pemusnah alam.

Kau bayangkan akak dah cetak2 donut. Dah rise nak tunggu goreng. Dia amek blok lego tu dia cetak lagi atas donut tu jadi petak2.

Aku uli donut masukkan tepung dia pon masukkan bawang dalam mangkuk aku.

Akak bakar muffin, dia curik 2 bijik makan kat depan.

Tu belum aku potong tumbuk bawang dia masukkan kulit dalam tu sambil sibuk duduk atas riba aku, sambil tangan sibuk pegang lesung.

Akak try la bagi dia mangkuk lain, biar dia duduk diam2 situ. Eh, tidak hokeh, dia menyibuk jugak kat emak.

Tension nyah!!

Kadang2 aku geram aku cubit. Kadang2 aku jadi Dinosour kata apak dia. Habes tu bila nak siap kalau asik mcm tu je keje aku?

Sorry lah ye, akak bukan Wardina watever.

Mula2 cakap slow2la, -Jangan Pahat. Ibu nak buat keje.

Lama2 terus jadi singa.

Tapi sekarang ni dia dah Paham kalau akak cakap jangan tu JANGAN.

Tak dengar jugak, aku cubit saje.

Akak nak kena beli pagar lah supaya dia tak boleh ke dapur. Tak tenteram hokeh akak nak buat keje mcm nih.

Minggu ni akak dapat rezeki banyak sikit. Tapi penat jangan citer. InsyaAllah next week pon masih ada rezeki.

Jadi, akak belikan mainan ABC magnetic kat Pahat walaupon hakikatnya dia masuk mulut.

Friday, March 9, 2012

Kau dah kenapa???

Arini hari mentensionkan akak datang serentak.

Bukan mentensionkan. MENAIKKAN DARAH akak.

Kau percaya tak kebangangang manusia break off dgn boyfren sebab baca kisah lama dulu kat blog akak??

KAT sini : http://ilotsalove.blogspot.com/2009/01/kisah-cinta-ilot.html

Cuba uolls cakap kat akak sikit.

Apa uolls buat kalau tiba2 dapat message bagitau pompuan tu dump boyfren dia sebab baca entry tu??

I say bangang! dan aku bengang!

Heloooo... tu kisah lama kot.

Apehal pulak nak sampai memutuskan hubungan. Dah tu apehal pulak kena mengena dengan sekarang??

Kenapa pulak nak salahkan entry aku.

Pompuan tu sebenarnya tak terima lelaki tu seadanya. Better or worse.

Get it? kalau ko betul2 suka kat orang ko terima apa sahaja history orang tuh.

And just so you know, kenapa baca blog aku dan percaya bulat?? dan kenapa tak dengar other side of story? Tahukah kau ntah2 akak tipu kah??

Paham tak aku tido pukul 4 semalam dan subuh2 pagi dah bangun dan aku tak koser nak melayan cinta2 mcm nih??

Hei.. akak nak cakap. Untung lah kau bercinta orang setia mcm tu. Yang kau pegi putuskan KENAPA???

Lainlah akak tulis dia merompak bank ke merogol ke, playboy jalanan ke... ?

Motipppppppp???

Dah, suka hati kau nak bagi komen2 maki akak. Akak koser nak layan. Tapi syok jugak baca.

P/s : kalau dah tak suka tu tak baca jadikan blog aku alasan nak putuskan hubungan. Paham?

Super tired mom.

Hi uollss... akak kembali!

Minggu ni akak busy dengan order orang. Alhamdulillah..

Tapi menyiapkan kerja dengan kehadiran Pahat umpama buat kerja 10 kali ganda. Pengsan emak!

Jadi aku penat tak sempat berehat.

Bayangkan kalau isteri yang PJJ tuh, Penat hokeh!

I hate stalker!

Just wait until I privatized this blog.

Ingatkan job offer RA tuh? actually mula2 dia offer akak. Pastu tak jadi sebab diorang nak guna lelaki.

And then, lelaki itu adelah foreigner and ade problem with visa.

So diorg offer kat akak balik.

Just wait and see je lah sampai bila kena tunggu tuh. Maxis aku agak prob aku tak boleh nak attach resume kat email. Venci mak!

Monday, March 5, 2012

Konflik

konflik seorang surirumah jah uollss..

Hari2 fikir nak masak apa arini?

Fridge dah penuh aku isi dengan lauk semalam pegi Pasar Borong.

Akak tak pernah la feeling2 pegi ari ahad.. Hoi..ramainya orangggg!!

Tapi lagi ramai masa raya haji aritu.

Jumpa emak Naufal. Pastu jumpa lagi di giant.

Sotong sekilo rm17
udang rm16
ikan keli rm5
ikan sembilang rm7
ayam rm5.50
daging rm11
tulang ayam yang dah buang isi dia tuh. Yang selalu orang goreng tu kan.. sekilo rm3 jah.

Kannn?? entry emak2 sangatss kann??

Akak lebih suka beli sekali banyak kat Pasar borong sebab murah sket berbanding kedai runcit tempat akak nih.

Ada la ikan ntah hapa2 lg akak beli akak tak tau nama.

Maxis akak dah ujung2 nih sangat puaka lah uolls.. nak komen nak blog orang pon tak boleh.

Saturday, March 3, 2012

Kenyang~~!

Akak dah beberapa hari tak masak. Sebab konsepnya dapat makan free.
Pastu semalam adelah hari tak masak setiap minggu sebab makan kat Arham.

Sebab kat Arham tu setiap jumaat ada menu special. Kadang2 nasik tomato. kadang2 nasik minyak.
Semalam nasik beriani.
Nasik + ayam + daging + dalca + acar + air bandung = RM8 jah.

So, aku beli nasik asing. Lauk asing. Makan tengah hari dan petang. Clust akak berjimat!

Hari lain akak masak lah uollss. Motippp duduk rumah tapi hari2 keje nak beli jah? Lain la kalau emak kaya kaedahnya.

Uolls semua, harap maklum ye, akak naikkan harga kek red velvet sedikit. Akak dah tak mampu menanggung kenaikan harga bahan mentah.

Rujuk http://ilotskitchen.blogspot.com

Ada orang tanya akak tau:

Ko pening kepala tak? tak keje duduk rumah fikir nak bayar itu ini??

Akak jwab. Tak pon.

Sebab akak duduk rumah bukan goyang kaki uolllsss...

Selasa dengan jumaat akak hanta kuih kat tadika putrajaya tu 380 bijik. Akak hanta donut dgn muffin. Dapatla jugak duit mingguan.

Kalau ada orang order cake ke cookies ke catering ke akak amek jah.

Kuih muih melayu akak jual adelah 3 biji RM1. Order lebih 30 biji sahaja.

Karipap akak tak buat. Malas. Kalau nak harga lain boleh? sebab leceh nak mampus buat karipap.

Sourvenir untuk akikah pon akak buat hokeh. Kan Sid kannn?? Sid request choc chip letak dalam container. Maka akak beli tupperware apple lady yg comel2 tu letak dalam tu. Gambar dalam hp mohd Rafi. Tapi kaedahnya gambar2 dalam hp dia tak boleh nak transfer dalam laptop nih.

Fuaka sangatsss!

Kesimpulannya, apa2 saja keje orang offer. Akak terima sajork!!

Rejeki konsepnya. Syukur Alhamdulillahhhh.

iklan