Sunday, March 11, 2012
Walaupon aku duduk rumah saja, kau ingat aku free 24 jam kah?
Just sebab akak duduk rumah, orang ingat akak ni free 24 jam.
Bila nak suruh tolong, call time tu jugak suruh buat.
Bila aku taknak. Bebel2 marah2 aku. Apehal??
Aku memanglah suka tolong orang. Ko tanya la CD owner ke Fiza ke.. Tapi jangan lah melampau sangat.
Aku pon ada 380 bijik muffin nak buat. Kena berkejar buat sebelum Pahat bangun tido. Aku ade roti jala nak tebar, adunan choc chip lagik, Kek2 orang berkejar aku nak buat. Bukanlah aku duduk rumah 24 jam tu maksudnya aku free 24 jam.
Kalau aku tak buat semua tu pon. Jaga Pahat+ buat keje rumah dah cukup buat aku busy.
Ingat aku duduk rumah mengangkang tengok TV ja kah??
Heloooo, nak bukak internet pon kena tunggu Pahat tido hokeh.
Kalau nak cepat bgtau la awal. Jangan lah pagi tu berkejar suruh aku buat time tu jugak.
Paham??
Sorry, ni first and last aku tolong. Lepas nih, sorry!
Friday, March 9, 2012
Kau dah kenapa???
Bukan mentensionkan. MENAIKKAN DARAH akak.
Kau percaya tak kebangangang manusia break off dgn boyfren sebab baca kisah lama dulu kat blog akak??
KAT sini : http://ilotsalove.blogspot.com/2009/01/kisah-cinta-ilot.html
Cuba uolls cakap kat akak sikit.
Apa uolls buat kalau tiba2 dapat message bagitau pompuan tu dump boyfren dia sebab baca entry tu??
I say bangang! dan aku bengang!
Heloooo... tu kisah lama kot.
Apehal pulak nak sampai memutuskan hubungan. Dah tu apehal pulak kena mengena dengan sekarang??
Kenapa pulak nak salahkan entry aku.
Pompuan tu sebenarnya tak terima lelaki tu seadanya. Better or worse.
Get it? kalau ko betul2 suka kat orang ko terima apa sahaja history orang tuh.
And just so you know, kenapa baca blog aku dan percaya bulat?? dan kenapa tak dengar other side of story? Tahukah kau ntah2 akak tipu kah??
Paham tak aku tido pukul 4 semalam dan subuh2 pagi dah bangun dan aku tak koser nak melayan cinta2 mcm nih??
Hei.. akak nak cakap. Untung lah kau bercinta orang setia mcm tu. Yang kau pegi putuskan KENAPA???
Lainlah akak tulis dia merompak bank ke merogol ke, playboy jalanan ke... ?
Motipppppppp???
Dah, suka hati kau nak bagi komen2 maki akak. Akak koser nak layan. Tapi syok jugak baca.
P/s : kalau dah tak suka tu tak baca jadikan blog aku alasan nak putuskan hubungan. Paham?
Monday, October 10, 2011
Emak Bapak Bodoh!!
Sebab?? emak dia dalam pantang.
Aku takde perkataan lain nak ucap selain dari.
'Babiiiii!!!!!'
Babi tak perangai bapak dia tu. Babi sangat kannnn?? kurang ajar!
Aritu akak ada baca, seorang emak kat uk, umur 20an camtuh, blowjob anak dia umur 10 bulan.. Pastu amek video send kat Boyfrend dia. Bongok tak???
Dah tu, emak dia kena hukum seumur hidup penjara. Padan muka kau..
Tapi kes bapak liwat anak ni adelah much worse than that... Ko tau tak baby umur 23 hari tu nak masukkan jari kat bontot dia pon susah, ni bapak dia liwat dia???
Memang babi gila!!
Bagi hukum gantung sampai mati je boleh tak orang mcm nih??
Tak tau nak gambarkan kegeraman aku.
Tuesday, May 24, 2011
Bila penulis column akhbar tak buat research...
HUJAN lebat yang melanda ibu kota Kuala Lumpur kelmarin tidak menjadi penghalang kepada ribuan peminat K-Pop untuk berhibur ketika ‘showcase’ kumpulan popular dari Korea berlangsung di Wisma MCA.
Empat anak muda - Jo Kwon, Changmin, Seolong dan Jinwoon - yang menggelar kumpulan mereka sebagai 2AM itu bukan saja diminati di negara kelahiran mereka, tetapi turut terkenal di seluruh Asia.
Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di Malaysia, malah julung kali membuat persembahan untuk peminat yang sudah lama menantikan kehadiran mereka di tanah air.
Disebabkan permintaan ting�gi, DiGi Telecommunications dan Universal Music memenuhi impian peminat 2AM di Malaysia.
2AM sangat teruja bersua muka dan menghiburkan peminat mereka di sini. Kumpulan ini tidak menyangka mereka mendapat sambutan yang ha�ngat dari peminat di Malaysia. Mereka sangat terharu dengan sokongan yang diberikan peminat mereka di sini.
Setiap kali 2AM berada di atas pentas sama ada menya�nyi atau beramah mesra dengan peminat, dewan itu pasti akan digegarkan dengan sorakan dan jeritan tanda sokongan mereka terhadap kumpulan ini.
Kunjungan mereka ke Malaysia bukan hanya menghiburkan peminat mereka di sini, tetapi juga untuk mempromosikan album terbaru mereka iaitu Saint O’ Clock.
Bernaung di bawah syarikat rakaman JYP Entertainment, mereka memilih untuk menyanyikan lagu bergenre balada kerana ia sesuai dengan vokal mereka.
“Berlainan dengan 2PM, kami membawa genre lagu yang berlainan dari mereka kerana apabila kami menyanyikan sesebuah lagu yang berentak balada, ia harmoni dengan vokal kami. Kami lebih me�ngutamakan vokal berbanding tarian,” kata Changmin ketika sidang media di Hotel Hilton.
Menyanyikan lagu Never Let You Go sebagai lagu pembuka tirai, peminat yang rata-rata dari golongan wanita itu menyanyi bersama-sama dengan mereka walaupun lagu yang didendangkan itu dalam bahasa Korea.
Selain membuat persem�bahan, peminat yang bertuah juga turut mendapat peluang berada di atas pentas untuk berinteraksi dengan kumpulan itu menerusi ‘games’ yang sudah diaturkan pihak pengurusan.
Ada antara mereka tidak dapat menahan air mata apabila dihadiahkan pelukan oleh setiap seorang dari ahli kumpulan 2AM.
Vokal empat anak muda itu nyata mampu membuat bulu roma meremang apabila mereka menyanyikan lagu terakhir mereka berjudul This Song tanpa iringan muzik.
Peminat tidak lupa untuk membuat kejutan untuk tiga orang ahli 2AM yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan ini.
Sebelum menyanyikan lagu terakhir, empat orang peminat bertuah naik ke atas pentas untuk memberikan hadiah dan membawa kek hari jadi berbentuk menara berkembar Kuala Lumpur untuk Changmin, Seolong dan Jinwoon.
Mereka yang terkenal dengan lagu I Can’t Let You Go Even If I Die menyanyikan enam lagu untuk menghiburkan peminat yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli tiket showcase semata-mata untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka.
Fenomena K-Pop yang melanda ini menawan ramai penggemar muzik di Malaysia. Walaupun tidak memahami lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan itu, tetapi melodi yang mendayu-dayu berjaya menarik peminat yang hadir untuk melambai-lambaikan ‘banner’ yang dibuat sendiri.
Ketika sidang media, Jo Kwon berkata sokongan peminat di Malaysia sangat dihargai dan ia menjadi semangat untuk terus berusaha menjadi lebih baik.
ha nampak???? Yang aku merahkan dan BOLD tuh??
Aku rasa dah fucking many times the MC said 'THIS IS THEIR SECOND TIMES IN MALAYSIA'
Apa penulis ni buat masa MC tu cakap? Not once, not only at the beginning of the show. at the middle of the show pon MC tu ada cakap. This is thier second times inmalaysia.. bla...bla...
Adekah kau tido maca nih??
Secondly,
Hell.... 2am nyanyi This Song with music. Mana letak telinga masa tu?
Third,
This ticket is free damn it! We dont pay hundred to see their show. We only need to be DIGI customer.
Bayangkan eh, penulis yang pegi konsert pon boleh buat kesalahan macam nih. Buat research ke tak buat research.
Kalau article lain tak tau lah berapa banyak diorg merapu agaknya.
Monday, May 23, 2011
Penyewa yang menyakitkan hati 2
Meh akak citer kronology penipuan tenant rumah akak nih.
4.5.2011 : Dia call akak bagitau anak dia sakit. Baru keluar hospital. Gaji baru masuk. So dia lambat sikti masukkan duit. Dia kata dalam 5 atau 6 hb dia masukkan. Dia mintak bayar RM450 dulu sbb dia tak cukup duit.
Aku kata : ok takpe. Tak kisah la lagi Rm50 tuh... ****baikkan hati kauuuu????
7 hb : akak sms dia tanya mana duit sewa rumah? ****serious akak nih tak rajin okeh nak tuntut duit orang.
Dia kata dia dah suruh laki dia masukkan dalam account aku.
So, aku check through cimbclicks > dia ingat aku nih keje pegi ATM ke check duit dah masuk ke tak??? Online jahhhh!!!!
TAKDE OKEH.
Aku suh dia fax slip.
Dia senyap je.
9 hb : aku message dia lagi suh fax slip. Dia kata slip laki dia pegang. Dia mintak laki dia asik kata takde je. DIa kata nanti dia check.
Ok Fine.
Dia kata sebelum 12hb dia cuba settlekan.
14hb : Dia sms aku kata dah dapat duit. Dah on the way pegi bank nak masukkan duit. ***wTH kannn??? yg ko sms aku kata nak pegi bank tu kenapa? lain lah dah masukkan.
Aku tunggu sampai malam. Nan ado jugak duit masuk.
So, akak sms ' Ni dah malam dah. duit dah masuk ke belum?'
15hb : Dia sms aku lagi (dia tak berani nak sms Mohd Rafi okeh takut kena maki). Dia kata dah masukkan duit konon2 bagi detail:
seg no dgn atm no, pastu 15/5 to Fa****** Hassan, RM500.
Akak terus check duit. NAN ADO okeh!!
Aku suh dia fax slip. DIa senyap lagi. Tak reply apa2.
16 hb - 17hb : Aku sms dia hari2 suruh fax slip tapi nan ado. Tu yang aku call bank. Bank kata takde problem dengan machine. If ada, pon machine deposit tu akan notify kat user tuh.
Dia reply. Nanti dia check.
Aku reply, aku bagi masa sampai 20hb, kalau takde sila keluar.
Siap kasik kata2 nasihat lagi boleh?? aku cakap, aku pon gaji cukup2 makan tiap2 bulan, sewa rumah aku RM600 kat KL nih. Tapi tak pernah bayar lambat. Hari tu gaji, hari jugak aku transfer duit. Anak aku pon sakit jugak tapi xde la aku kasik alasan nak lewat bayar sewa.
19hb : dia sms kata jangan risau. Esok mesti dah settle duit rumah. Dia dah kirim kat budak opis dia RM100 sbb dia kata takut nak kirim duit banyak2 kat orang.
Ok. Fineeeeeee. Aku tunggu esok.
20hb : aku check rm100 tu ada. Tapi dia sms aku:
Lebih kurang mcm ni lah. Malas aku nak copy paste:
Kak, ni A** yang sewa rumah akak. Duit RM100 saya dah masukkan smlm. Nanti petang ni saya masukkan lagi RM200. Tu pon pinjam duit orang. Segitu je yang org tu boleh bagi pinjam. Lagi RM200 saya usahakan lagi. Hari sabtu saya settlekan lagi RM200 tu.
Paham takkk??? Kenapa bayar duit rumah sampai nak kena pinjam orang kannn?? 15hb tu kenapa ko sibuk kata kau dah masukkan duit kat aku? Pastu 19hb tu kenapa ko kata ko ADA duit cuma taknak bagi kat budak opis tu masuk banyak2 je..
Nampak sangat menipu kannnnnn???
Aku kasik chance lagik. Tapi aku sms jugak dia. Panjang jugak tapi aku ringkaskan.
'Lain kali, kalau takde duit cakap. Jangan asik nak menipu kata dah masukkan duit. Kawan akak ramai keje bank boleh check. Tak payah menipu'
Pastu dia tak reply sampai ke hari ni. Janji2 paslu dia nak masukkan duit tu NAN ADO okeh!!!
So, aku sms dia suruh keluar dari rumah before 31 may. No compromise. Buat sakit hati je layan dia.
Bayangkan eh, dia start masuk bulan 11 2010. Baru duduk rumah tuh 6 bulan tapi dah 3 kali dia menipu mcm tuh. Sakit hati tak kalau kau???
Monday, March 28, 2011
Kalau dah berhutang tuh pandai2 la bayar..
Akak nih ado seorang kawan yang sangatlah baik hati. Dan orang2 suka lah mengambil kesempatan dengan meminjam duit beribu2 tapi tak reti2 nak membayar..
Ada yang nak kawen pinjam kat dia RM4k... Motippp nak kawen pinjam duit orang?? cut la budget mana2 yang patut... Kalau tak mampu jemput 500 orang, jemput la 200 orang sajork.
Pastu yang ni tak pe lah sbb dia ingat hutang dia. Dia remind tiap2 bulan dia tak boleh bayar lagi. Tunggu dia keje off shore katanya..
Ada lagi sorng pompuan nih namanya S, keje kat putrajaya tuh bawak keter Waja. Nasib baik aku tak tau noplat kalau tak aku letak kat sinih jugak.
Dia tuh not even kawan akak tuh punya kawan. Dia meminjam duit kawan akak tuh kawan atas kawan. Baru jumpa sekali je kot.
Masa tu keter dia rosak, kena overhaul kot cam tuh.. Dia pinjam RM1800. So, kawan dia, M beg to kawan akak nih untuk bagi dia pinjam duit tuh.
FYI, itu adelah citer tahun lepas. Dah setahun dia pinjam, satu sen pon nan ado bayar. Dah la tak bayar bila org msg mintak tak nak reply.
Dah tu, sikit pon tak sms kawan akak ni cakap, dia takde duit, nanti dia bayar ke hape..
Senyap gitu je... Bagus tak perangai???
Last2 kawan akak tension dia sms kalau dia tak bayar dia pegi rumah, lebih kurang cam tu la.. Baru dia bayar, tu pon RM200..
Bulan ni langsung senyap... Blehhh??
Yela..mentang2 la orang tu baik hati, tapi tolong lah jangan pijak kepala. Orang tu nak guna duit jugak.
Yang akak heran tuh pompuan ni keje. Duduk rumah family. Belum kawen, anak pon takde nak ditanggung. Kenapa tak boleh bayar RM100 sebulan??
Paling2 pon ingat la bayar RM50 atau sekadar termampu... Ini, buat mcm ko takde hutang dengan orang.. At least sms la cakap bulan ni takde duit, bulan depan bayar la rm50 sebulan..
Nasib baik aku tak kenal dia, kalau tak aku yang pegi mintak duit kat dia..
Eh, akak nih x dela kaya mana tapi belum lagi akak pinjam duit orang sampai beribu2.
Akak geram pon ada walaupon dia tak pinjam duit akak kaedahnya..
Monday, February 28, 2011
Bayaran saman pdrm - website down dari pagi sampai ke malam.
Since thursday akak dah try bayar tapi website pdrm through myeg and erilek sangat lahar.
Pastu arini tetiba down sepanjang hari. Dalam myeg try after 6pm. Tapi adoooo??? Nan ado!
Mujur time my lucky day sempat akak bayar saman keter akak. Pastu tetiba nak buat untuk Mohd Rafi berkali2 TAK BOLEH...
Next time ye, kalau feeling2 nak suruh orang bayar saman tu sila lah upgrade capacity server tu dulu.
Aku benci gila saman ekor. Kereta aku 3 saman adelah saman ekor. Dan bukan aku yang buat. Tu Mohd Rafi tu haaa... Yang kena bayar aku lah sape lagi.
Pastu keter Mohd Rafi pulak dia letak kat kampung. Ada saman 3 jugak. Yang kena bayar tuan punya kereta lah walaupon bukan dia yang drive kereta tu..
Kenapa kalau laju tak tahan je kereta tu, saman org yanng drive. Kalau saman ekor nih tak pasal2 orang yang tak bersalah kena. Yela, kadang2 keterr bukan kita sorang yang drive.
Bayangkan kalau org yang guna beli keter guna nama org lain? Tak ke niaya orang tuh kalau saman sampai 12. Kau ingat orang yang kena saman sepatutnya tu nak bayar ke????
Thursday, February 17, 2011
Etika seorang perampas..
Xde la akak ni mengalami uollss...
Tapi akak tengok orang2 yang merampas nih dah la taksedar diri merampas. Dah tu buat mcm itu kepunyaan diorang.
Dah la kau merampas hak orang, berpada2 lah kalau jadi perampas tu. Lelaki tu pon ada tanggungan lain nak kena layan bukan kau sorang.
Lelaki tu pon ada anak lain nak bagi makan bukan anak kau sorang.
Tak boleh ke kau baik2 jumpa orang yang kau rampas tu mintak maaf. Bagi buat jadual jantan yang kau rampas tu elok2, sehari rumah sana, sehari rumah sini.
Ini tidak, kau buat jantan tu mcm hak kau sorang. Mcm jantan tu bapak anak kau sorang.
Tolongla berpada2. Kalau kau tau sakit hati bila husband kau pegi ke wife tua, mcm tu jugakla peraasan yang tua tu. Suruh la lelaki yang kau sayang sangat tu berlaku adil.
Akak memang emo uolls citer2 mcm nih.
Baru je lunch tadi dok bincang dgn opismate. Hidup tu janganlah mementingkan diri.
Dan tak payah nak kutuk2 wife tua tu tak sempurna bagai sebab tu laki dia cari lain. Kau bagus sangat kah??
Akak lemang, saya harap akak tabah. Akak sungguh bersabar. Kalau saya dah lama saya maki hamun kat blog hari2....
Sekian.
Tuesday, February 15, 2011
Bila ibu saya boring..

Tapi saya tak suka saya tarik tuala sambil isap jari. Jari saya rasa coklat okeh.
Saya tamak. Dua2 tangan saya masuk mulut. Macam muat.
Pastu saya bosan. Saya cebik2 nak nanges. Ibu saya mms gambar ni dekat kak Beena. Kak Beena kata saya nanges pon comel. Boleh gituuu??
Lepas tu ibu saya terpaksa jadi clown kejap supaya saya berenti nanges. Baru la saya senyum pandang camera.
Bila nak tido saya isap jari sambil menggentel tali bantal peluk ibu. Stim cemana ntah agaknya.Sekian cerita saya.
Cerita ibu saya pulak.
Laptop akak masuk virus uollss.. Sungguh keji disaat kapersky akak dah expired. Nasib ado CD. Hanta kat dia. Arini baru amek. Broadband pon langsung tal boleh bukak disebabkan berontok tuh. kejilah!
Thursday, January 27, 2011
Rampas merampas...
Akak kan pose2 meroyan okeh kalau ada orang yang suka rampas laki orang nih..
Selalu akak baca feeling2 sorang jah.. Nih akak dah tak tahan.. korang baca lah pulak...
http://aidaryzal.blogspot.com/ >ni blog ex dia
http://azierizal.blogspot.com/ >ni blog wife baru dia..
bila tengok muka wife baru dia tuh akak nak pengsan 10 kali... Plissss lah!
Wednesday, January 19, 2011
Entry Kejihhhh....
Akak terpaksa subcribe broadband maxis uollss sbb sebagai pengguna maxis akak dapat rm38 jah per month selama 5 bulan. So, akak terminate TM sebab TM pon menghanjengkan ahkak jugak sebab suruh extra bayar line telepon 27 hengget tiap2 bulan sedangkan akak amek pakej kombo. Saje la tu nak suruh akak tak bayar pastu blacklist nama akak. Keji la tuh..
Takde ke service yang tak menghanjengkan kat Malaysia nih??
Pastu asterok pulak baru sebulan lambat bayar dah kecoh potong service. Lempang kang!
Eleh...baru rm80 okeh bila akak call tanya. Ingatkan rm500 ke hape dia sibuk potong service.
Oh tuhan, kenapa la keji sangat service provider kat mesia nih. Jomla pegi korea!! Matila duet sesen pon nan ado simpan lagi mau pegi korea.
Eh, pastu kan esok cuti. Akak nak buat cis kek. Akak nak pegi bayar bil asterok keji. Benci!!
Monday, January 3, 2011
Penyewa yang meyakitkan hati...
FYI, sewa bulan 12 dia nan ado bayar lagi okeh.
Macam2 alasan dia bagi bila akak mintak.
Awal bulan 12 alasan dia, anak saket. Husband balik lambat tak sempat masukkan.
minggu seterusnya, masukkan duit from maybank to cimb tapi nan ado masuk2 jugak setelah 2 minggu. Kepala hotak dia, akak try pagi tu, terus masuk je dalam akaun.
Nak tipu tak agak2..
Pastu cuti chrismas tuh sebab dia banyak sangat alasan, akak cakap akak nak amek cash. Akak datang rumah nan ado orang keluar sedangkan ada keter dengan moto kat dalam. Telefon banyak kali tak angkat.
Pastu akak message dia kalau by 2/1/11 tak bayar, sila keluar dari rumah tuh.
Pastu tau pulak dia reply kata henpon tertinggal rumah mak dia. Pastu yang kitorg datang tu dia tak perasan ada orang kat luar.
Tak rasa mcm nak tampar ke??
Pastu dia kata nak masukkan 1/1. Akak message dia tanya dah masukkan ke belom dia kata sedara mara dia datang sampai malam2 buat tak sempat nak masukkan..
Blehhhh alasan dia mcm tuh??
2/1 pulak, dia msg akak tengah hari pukul 1 kata dia on the way gi bank nak masukkan.
Sampai pukul 3 akak tunggu nan ado jugak.. Takkan dah 2 jam tak sampai2 lagi bank kaedahnya kann??
Pastu tetiba dia message kata belom gaji. Hangen akak kejap. Masalahnya bukannya sewa bulan 1 yang akak mintak.. Bulan 12 punya. Sepatutnya awal2 lagi dia dah sediakan duit nak bayar. Yang nak tunggu gaji bulan1 apehal pulak..
Dah la banyak sangat alasan tipu.
Akak bagi tempoh sampai hari selasa. Kalau takde jugak berambus kau dari rumah aku.
Saturday, October 23, 2010
Versi hangen + Tension..
Kalau dia pose2 nak jual rumah tu bagitau la kitorg awal2 kannn??
Xde la kitorg mcm orang gila nak carik rumah.
Yela.. akak tau tu hak dia la nak jual ke nak hape.. Tapi akak tetap pose2 hangen sebab dia bagitau bila dah jual rumah tu dan owner baru nak duduk situ.
Kalau uolls HANGEN tak????
Pastu kan uollss... akak dah dapat dah baby sitter Farhat. Yang nih memang very well recommended by makcik2 dan akak2 sekililing. Penat tau akak suruh auntie pujuk dia supaya setuju jaga anak akak.
Tup...tup.... kena pindah rumah pulak.... kalau dapat rumah area yang sama takpe la uollss... Buatnya takde rumah kosong kat situ kena pindah tempat lain yang jauh pulak. Howwww??
Satu hal pulak nak carik baby sitter lain.. Nursery memang lah akak nan ado nak percaya uollss... Banyak sangat kes dalam paper yang bukan2..
Last skali, meh sama2 doakan akak dapat cari rumah area2 yang sama dengan rumah akak tuh. Mahal sikit pun xpe lah.
Akak dah tak kowser lah nak pindah jauh2 nih..
Last but not least,
I HATE U OWNER RUMAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saturday, June 12, 2010
That was the memory....
So, ada la jugak yg upload gambar kat UK di FB. Tapi cuma ada 2 la gambar akak..
Gambar raya. Gemok weh masa nih. Dont mistaken yang depan kedua kiri tu adelah Dayang Nurfaizah puilerr... Yang lain mostly dah jadi mak orang dan bapak orang.
Ini selepas solat raya dia quiet centre. Akak nan ado dalam gambar sbb bangun lambat. Pastu, mcm org gila bersiap sbb theyollls semua semayang theyolls terus serbu rumah akak sbb rumah akak terdekat kaedahnya..Nasib baik la akak dah siap masak malam nya... (pagi exactly...)
please...please my hard disk.. Show yourself..
Patutkah akak pegi jumpa bomoh utk mengetahui dimana letaknya harddisk kesayangan akak ittewwww??
Pic credit to Abg Bob.
Tuesday, June 1, 2010
Rasa bengang!
Akak tension uollss... Xde apa2 perasaan ke diorang tuh buang bayi suka hati. Orang lain nak pregnant punya la susah diorang sedap2 je buang.
Ape agaknya perasaan diorang tanam bayi tuh tepi sungai la... tepi komuter la.. buang kat bus stand la..
kalau nak buang, time pregnant sebulan 2 tu buang lah.. Masa tu budak tu x cukup sifat lagi.. Nih bila dah beranak buang merata2... Ko hengat tu anak ayam???
Kalau x nak sangat bayi tuh, meh bagi kat aku nih.. kalau tak pon register je la kat jabtan kebajikan masyarakat...
Kesian budak2 tu.. Dah comel2 gebu2 semua yang diorg buang tu..
Korang nih yang buang2 bayi nih, lebih hina dari binatang.. Mak Ayam tu pon tau sayang anak dia...
Heh, Emo sungguh akak memikirkannya tau..
Thursday, May 27, 2010
Akhirnya ketemu.... 2 kali scan jantina yg sama tu confirmla kan??
Tapi last2, akak cakap dgn technician tuh akak nak modem sajork tak payah datang setting. So dia suruh jumpa dia amek modem tu dan akak pon pose2 amek modem tuh.
The rest is history sbb banyak sangat cerita disebaliknya. Yang penting, kalau nak cepat sila PUSH hari2 call..
2nd story.. Akak dah dapat Cherry.. Yeay!! Makan sambil nangis sbb mahal nak mampos..
Sbb excited tak pegi la survey kat tpt lain, terus beli kat cold storage. 250g =RM25.Dalam tu adelah 25 biji.. Sebiji seringgit uollllssss... Nanges makan okeh.
Wednesday, May 26, 2010
Mari mencarut TM..
Tapi uollss org TM nih memang la nak kena dengan akak..
Akak buat report Modem Faulty sejak hari khamis okeh.. Tapi ado dia datang????
NAN ADO...
Hari sabtu akak buat report lagi.. Semalam akak buat report lagi...
Tadi pagi akak call lagi... Macam siyal sangat NAN ADO jugak orang datang..
Theyolls kata tunggu 24 jam.. Sampai pukul 3.45 pm nih kalau xde orang datang jugak. Call dia lagi..
Vavii lah berapa banyak kali aku nak call TM??
Bukan susah sangat pon.. Bukan kena repair apa2 pon.. just tukar modem sajork sbb Modem tuh ade warranty 1 year.. Itu pon lembab nak mampos..
Yang hanginnya, khamis tuh akak buat report pasal telefon skali sbb xde dial tone.
So, jumaat tuh, akak balik keje tengok ada notis mengatakan yang diorang ada datang pukul 12.
Macam vavii sangatlah datang tapi x telepon.. Ko hengat aku nih tak payah pegi opis menunggu ko datang je???
Uollss.. tapi bukan semua techniacian TM mcm tuh.. Ade yang sibuk nak amek job tuh tapi pemalas. Buat keje lembab.
Ade yang telepon sehari je dah datang..
Yang amek kes modem faulty akak nih sah2 lembab nak mampos..
Akak nak pose2 pegi tukar modem kat TM point diorang tak bagi katanya kena call 100 jugak buat aduan..
Macam siyall lah.. Mentang2 lah diorang xde competitors..
Mak sentap sangat lah!!!
Thursday, March 11, 2010
Kenapala ada Bapak yang Bangang mcm nih??
Akad sambil pandu kereta
Oleh Siti Fatimah Hassan dan Siti Nor Hidayah RazaliPASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.
Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.
Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.
Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.
“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.
“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.
Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.
Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.
Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.
Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.
Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.
Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.
“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.
“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.
Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.
“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.
“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.
Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.
Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.
Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.
Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.
KOMEN AKAK : Ape ke bangan sangat bapak dia tuh terpedaya dengan janji syurga? Dalam Alquran ada sebut ke kaawenkan anak umur 10 tahun dapat syurga?? Ntah budak tuh dah period ke belom ntah suka hati dia je...
Sibuk sgt nak syurga kawen kan anak, jaga lah dulu kebajikaan isteri dan anak. Ini sibuk kawenkan anak dia yg umor 10 tahun tuh dgn kawan dia. Gila ke Hape???
Kalau akak jumpa org mcm nih, akak rasa nak Pijak je kat tengah jalan sbb bangang sangat.
Thursday, December 24, 2009
Tengok je la gambar
Tadi tgk facebook terus sentap. Kawan mohd Rafi yang kitorg pegi kawen dia jumpa exMohd Rafi yang kat gombak tuh dah pregnant.
Terus aku takde mood nak bergembira. Terus kejut Mohd Rafi bangun dan nanges.. Mohd Rafi kata : 'Rezeki orang lain2'
Terus tido balik.
Aku sambung nanges.
Apesal susah sangat aaa nak pregnant??
Sape kaya meh derma kat aku sorang seribu aku nak buat IVF.
Aku tension+stress tahap gaban nak mampos.
So, gambar dia bawah adelah perabot baru.
Purse dgn henpon buruk gila tuh memang letak sepah2 sebab nan ado duit pon..
Ahhh...aku xde mood nak buat lawak boleh tak?? **matila tetiba meroyan..
Kabinet TV tuh yang baru beli. RM69.
Rak buku kiri kanan yang menyibuk tuh beli kat tesco harga RM9.90.
Konsep aku dgn Mohd Rafi ialah, pegi kedai terus tanya apa yang paling murah. Boleh gitu???
Kalau tak silap aku, barang rumah yang lebih Rm500 kat rumah aku nih adelah Peti sejuk. Tu pon Rm699. Miskin tak???
Ade aku kesah?? yang penting rumah aku ada sofa.. Kau adoooo????
Dah. Aku sentap. Nak sambung buat ciskek.
P/s : CD Owner, kalau diorg rasa cis kek aku tetiba tak sedap. Harap ko tau la kenapa.
Thursday, December 17, 2009
TM pon lembab jugak!!
sejak entry aku memaki TM sebab streamyx aku tak pasang2 lagi walaupon dah 4 minggu aku apply..
Itu pon setelah 3 minggu baru diorg pasang telepon. Kata after 1 week pasang streamyx pulak. Tapi aado???
Nan adooo???
Akak tunggu mcm buah tak gugur uolllssss...
motifff lemppppos???
Penat hokey akak nak pegi TM point tuh hari2. Sampai org TM point tuh dah kenal akak gituuuuhhh...
Tolong la yek orang2 TM, sila pasang streamy rumah akak nih cepat2..
Lagi satu, org courier nih dah berjanggut aku tunggu kata nak hantar parcel arinih. Beriya nih call tanya ada kat rumah ke tak. Tapi harammmmm parcel nan ado sampai..
Kadang2 service nih buat aku darah tinggi cepat jugak..
Takde ke service yang menyenangkan hati kat mesia nih?? **gituuuu soalan lupa daratan sangatsss...