Wednesday, July 7, 2010

Craving for this..............

Aku adelah perempuan pregnant yang teringin makan cempedak sekarang.

Adelah menyesal tak bawak balik cempedak kat rumah mak aku aritu.. Sbb cempedak rumah mak aku tu belum masak sgt aritu. Mak aku suruh bawak yang mentah. Tapi aku kan naik bas, nanti bau la satu bas iittew..

Semalam jumpa kat mydin tapi besar gila la pulak, berat nak angkat satu hal. Banyak sangat dan membazir sedangkan aku makan sorang satu hal. So, tak jadi beli lah.

Aku harap bila aku balik johor lagi next time, pokok cempedak rumah mak aku tu masih lagi berbuah dengan lebat.

Kesian akak kan uolllss... teringin makan apa2 kena carik sendiri okeh. Laki akak jangan kata seminggu sekali balik. Sebulan sekali pon belum tentu.

p/s : Tengah tunggu rambutan dan manggis kat rumah mak masak, baru nak balik kampung. Hehehe

Bersyukurlah jika sudah mengandung....

Ewah... motipp tetiba hari2 update time subuh??? Arini bukan sebab akak cirit birit ye... Tapi sbb akak bangun sahur... Ganti puasa la uolls lagi 3 hari..

Sebelum tu lagi, Netherlands(Holland, Dutch and berapa banyak nama lg dia ada) menang 3-2 keatas Uruguay. Akak suke! akak suke!! So, cik Lee... team2 europe sajork yg tinggal seperti prediction mu ittieww..

Ok, suka tau lari tajuk???

Tadi akak chat dgn kawan lelaki akak ex-U**M...... Dia risau dah 2 tahun kawen wife dia x pregnant lagi. Pernah gugur sekali masa beberapa bulan kawen.

Pastu dia dah pegi urut banyakk tempat. Bidan2 tu semua kata OK je.

Yang akak kesian sbb mak dia dan mak mertua dia suka push2 diorang tanya bila nak pregnant... bila nak pregnant... dah mcm zikir pulak kat kepala..

Akak tanya dia buat treatment kat mana, dia kata klinik kerajaan biasa je. Doctor tu bagi ubat betulkan period dulu sbb period wife dia x betul. Tapi kena amek 3 kali je. Kali ke 3 kena stop makan. Pastu jadinya sekarang nih period wife dia terus tak betul.

Dah 3 bulan x period tapi tak pregnant.

Dia kata dia tak mampu la nak pegi swasta buat treatment. Akak pon faham, sbb akak pon nan ado mampu uolllsss... So, akak suggest since dia kat johor, akak suruh dia pegi Hospital Sultanah Aminah sbb kat sana ramai pakar dan murah berbanding swasta.

Yela... I've been in his shoes before kann.. Tapi luckily, mak mertua akak dan mak akak masa tu nan ado pon bising2 tanya bila nak ada anak bagai.. Sikit pon diorang tak pernah tanya okeh benda2 tu semua.

Tapi, akak sendiri yang meroyan. Inikan pulak bila mak2 tanya tiap2 hari kan bila nak ada anak??

Last2 akak cakap sgn dia sabar je la.. Nak beli biodex pon x mampu kann?? **sama jugak mcm akak.. Mungkin belum rezeki. Dan dalam masa yang sama usaha je lah mana yang mampu..

Tak semua orang rezeki dia mudah uolllss.. Kadang2 kita nih suka terlepas cakap tanya orang yang dah lama kawen bila nak ada anak. Padahal kita tak tau orang tu pon meroyan sbb tengok kawan2 dia yang lain kawen lambat dari dia dah pregnant dan beranak. Soalan kita tu walaupon sekadar amek tahu tetap mengguris perasaan dia.

Lain lah, kalau dia ada cakap kat uollss yang dia x nak beranak kaedahnya...

So, bila dah dapat merasa being pregnant and having a child tu, bersyukur la. Jangan banyak komplen time pregnant.. **padahal aku pon sama. Akak dah insaf la ni uollss... Jangan komplen asik kencheng je, asik cramp je, asik sakit pinggang je.. **aku lagi la tu..
Jangan komplen husband x balik rumah layan uolls yang pregnant tuh..**aku lagi dan lagi..

Uolls ingat kalau tak pregnant dapatkah rasa benda2 mcm tuh??

Being pregnant is a bliss.......... Syukur Alhamdulillah!!

iklan