Tuesday, July 20, 2010

Suami saya dah balik dah....

Ehehehe....

Akak biasala uollss kalau laki akak ada kat sini akak pose2 malas nak update..

Nih Mohd Rafi dah balik Johor semula baru la akak boleh update sbb akak bosan.. Hahahahaha.. Lagipon akak update ke tak update ke bukannya ada nuffnang pon blog nih.. So x memberi kesan kan? kan??Activity sepanjang Mohd Rafi datang adalah berjalan2. Hari sabtu jalan2 kat Pesta Floria. Tujuan asal hanyalah nak naik cruise sbb ada harga promotion kan, RM15.Tapiiiii.......... Tetiba penyimpangan banyak berlaku. Dari aktivity geram tengok pokok2 buah yang kecik2 dah banyak buah. Tengok pokok2 herbs.

Nan ado lah akak nak beli sbb rumah akak nan ado tanah.
Penat jadi model bergambar Mohd Rafi. Muka jangan cakap berminyak gila. Muka akak jadi tak berseri sbb mengandungkan anak lelaki bolehhhhhh????
Ha..itulah rupa perut pregnant 27 minggu. Minggu nih dah 28. Cukup 7 bulan.

Jalan2 penat gila. Beli ice blended. RM7.90 kopi 1 malaysia ke hape nama dia tapi sedap uolllsss... Setaraf starbuck okeh.

Sehingga menjilat jari. Mohd Rafi dengki amek gambar ni. Pastu dia suruh letak kat blog. Tunjuk perangai tak senonoh akak.

Dah jalan mcm org gila punya penat baru la jumpa booth cruise tuh. Itu pon selepas rasa mcm nak gave up berjalan dan nak balik. Gambar banyak tapi akak letak gambar romantik akak dgn Mohd Rafi atas cruise feeling2 Titanic. Kau ado?????


Siapakah yang tukang amek gambar??? Guess who??

Masa akak atas cruise itteww.... Ada la orang sms akak tanya bila nak balik maasak ungkep bagai sbb dia dah beli ayam n lauk.

Dah tu sesat puilerrr ke PICC. Motipppp???

Akak amek theyolls kat PICC, balik rumah terus gigih masak.

Ado ayam ungkep masak 2 jam?? Ado??

Menu adelah Ayam ungkep (lagi dan lagi....), cendawan masak tiram campur tempe sikit. Dahh orang beli akak masukkan je semua dalam tuh. Dan juga kerang rebus untuk menambah HB darah tapi akak makan 1 ketul sajork. Haha..

Hasilnya pada hari ahad itu akak dan Mohd Rafi lepak gila lalu duduk di rumah sahaja.

iklan