Dia bukan rakan rapat dengan aku.
Kenal through Filla.
We got along well.
Macam baru semalam je aku datang rumah Filla tengok perut dia dah berisi. Rupanya sudah 5 bulan.
Kami bercerita tentang pregnancy. Dia kata tangan dan kaki dia bengkak tiap2 pagi sampai nak berus gigi pun susah.
Macam baru semalam aku saksikan dia goreng kentang sambil berborak dengan Filla dan Auntie. Kami ketawa.
Aku tak percaya aku boleh menangis sambil menaip entry ini....
Alfatihah untuk almarhum Ilyana Sulaiman.
Beliau meninggal ketika melahirkan bayi lelaki beliau. Bayi tersebut hidup berkat kasih sayang ibunya. Manakala ibunya tewas...
Hari ini adalah hari yang sedih. Aku tak dapat bayangkan dengan orang yang benar2 rapat dengan beliau.
Manakala, aku cuba bayangkan anak itu. Suami beliau.
Ya Allah, berikanlah ketabahan kepada mereka. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 beriman....
Aminnnnnnnnnnnnnnn........