Monday, October 31, 2011

First time pegi Petaling Street..

Weekend nih busy okeh. Pakcik aku datang dari kuantan tido kat rumah akak sbab konvo anak dia tu ha dekat PICC. Kan dekat je kat rumah akak tuh.

Pagi sabtu akak yang indah dicemari oleh berak Pahat yang berlambak2 sampai kena kat toto dan bantal akak okeh. Kelam kabut bangun. Mohd Rafi terus mandikan dia pagi2 buta tuh. Merasa la menjerit2 Pahat sebab sejuk.

Pastu, akak Fiza ajak akak pegi Petaling Street beli bunga. Haruslah akak ajak Mohd Rafi sekali, habes tu sape nak dokong dia kannnn??

Murah gila kan bunga kat situ.. ramai la pulak orang membeli bunga2 konvo.

Fiza dan bunga pepel yang chantek!

Alang2 sampai petaling street akak pon jakun lah pegi jalan2 kat situ sekali.. Wahh... banyaknya beg imitation kennnn?? Tapi tak berani beli takut dia letak harga mahal buang duet aku jah.

Eh, sebenarnya duit aku yang takde. Aku bawak 20sen sajork. Bolehhhhh???

Akak first time uollss jalan2 kat situ.. Kalau orang nak rompak akak pon akak pasrah sajork, setakat 20sen kannnn???

Budak botak dan ayah kesayangan..

Bila rambut kau nak tumbuh Pahat??? Orang lain siap dah 2 3 kali gunting, rambut kau memang segitu la tak gunting2..

Balik tu singgah alamanda kejap jalan2. Pegi carefour beli Pet Pet. Sekali berak pulak si Pahat tuhhhh... motip membantutkan niat emak nak pau apak???

Jadi laju2 akak pegi baby changing room ittew.. Ramai gila orang dalam tuh.

Sekali tengok Pahat berak selambak jugak okeh, sampai seluar2 dan baju semua kena. Mujur aku bawak baju spare. Dan mujur tak kena baju emak kalau tak Apak kena beli baju baru.

Aku sumbat dia dalam sinki alang2 mandikan terus. Pastu ada budak kat sebelah tu ala2 5 tahun camtuh cakap:

'Eeeee...busuknya!'

Keji tauu! Terasa akak.

Pastu terus susukan Pahat kat situ, since bilik dah penuh, susu kan la kat bench yang ada kat bilik diaper tuh.. Ada siap susukan anak dia sambil diri tuh. Terer tak???

Ni satu akak nak bagitau, para2 bapa tu kalau nampak ada mommy2 tengah breastfeed anak tu tak payah lah masuk dalam bilik diaper tuh. Cukup la wife tu je yang masuk. Lainla kau bapa tunggal. Ini terang2 nampak mommy2 breastfeed anak, sibuk jugak nak masuk beramai2 sekali dengan anak2 dia yang lain dengan troli2 sekali..

Bilik tu dah cukup sesak, tambah masuk beramai2.. Ayah tinggal kat luar kejap jaga anak tak boleh ke? Perlu ke nak beramai2 dalam bilik tu?

Akak pulak yang segan breastfeed depan diorang.

Kerja! Kerja! Kerja!

Kaedahnya tempat kerja akak sekarang sedang dalam proses menterminatekan para2 pekerja yang berstatus kontrak bulan 12 inih.

Kesian tau uollsss, dah kerja 5 6 tahun tiba2 lepas bulan 12 ko takde keje. Cemana??
Kalau single takpe lah uollsss... Ko pikir duit untuk kau je kalau tak keje boleh balik kampung duduk rumah parents kejap. Kalau dah kawen ada anak cemana??

Mana nak bayar rumah, kereta, utang2 lain semua? Bil bagai... Anak2 lagi... Kesian kannn??

Pastu kan, akak dengar2 Uni yang dekat dengan MidValley itteewww lagi lah uollss... semua Tutor diterminatekan... merasa kannnn??

Eh, takpela kitorg ni pon jawatan SEMENTARA... suka2 dia lah kannnn?

Eh, cakap orang padahal aku pon sama kannnn??

Ala... akak pon risa jugak lepas bulan 12 nak keje apa. Tapi akak malas nak pikir bolehhh??

Buat je la keje apa2 asalkan halal konsepnya.

Lepas bulan 12 pada mana2 company yang memerlukan catering sila contact akak tau.

Akak dah register dah business catering akak..

Mohd Rafi lagi best, confident2 je business catering akak berjaya kaedahnya.. Padahal satu contact company pon akak nan ado... **matila haku!

Doakan akak berjaya yah!! Ameeennnnnnn....

iklan