Showing posts with label catering. Show all posts
Showing posts with label catering. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Penat tapi berbaloi..

Hi uollss..

Alhamdulillah semalam akak dapat order buat catering untuk 40 orang.
ALhamdulillah jugak ramai puji makanan sedap. ** ni bukan akak cakap tau...diorang cakap.
Alhamdulillah jugak berjaya buat semua sorang2 sajork termasuk mengangkut makanan ke atas, dan setting meja. Ala...lagi pon akak angkut guna troli uollss... Relax je akak angkut naik tingkat 4.

Alhamdulillah jugak kereta kenari akak tuh boleh dilipat2 menjadi VAN...gittteeww... keter kau ado?? Nasib baik semua boleh sumbat dalam tuh.

Gambar nan hado uolllss sebab henpon akak kan kena curik. Henpon yang ada nih yang skrin ijau tuh. Dah tu orang call memanjang off sendiri. Mati tak?

AKak sempat amek gambar 1 lauk jah guna HP Mat rapi, tu pon lepas tu teroff sendiri jugak. Matila laki bini mesken nak beli henpon baru.

Tapi uollsss, masak akak nan ado masalah, tapi BASUH PINGGAN ittewww memang bercinta sungguh okeh. Lepas ni nak hire bibik tolong basuh pinggan sajork.

Walaupon upah nan ado lah mcm gaji RATU MLM itteww 6 angka katanya...**matilah perli sapa tak tau. Tapi akak puas hati dan akak happy gitteww walaupon penat. Kau adoo buat catering sorang2??

Eleh emak Fiza boleh, akak pon boleh!! **tetiba emak Fiza jadi idola.

Akak nak ucapkan Terima Kasih kat Awin sebab order dengan akak.
Terima kasih kat Mohd Rafi yang balik keje pukul 12 malam ***pengsan tepi pintu. Terus ikut akak pegi pasar, pastu volunteer basuh ayam dan ikan keli bagai.

Hoi..nak cakap basuh ikan keli bersihkan segala kau hengat senang?
7 kilo ikan tuh mula2 kena tuang garam supaya ikan tu mampus. Ikan keli tu kan kadang2 liat nak mati. Ni kena tunggu 30- sejam baru dia mati. Pastu bersikan ikan guna serbuk kunyit utk hilangkan lendir2 kat badan dia tuh. Pastu bersihkan ikan buang isi perut dia tuh. Pastu akak suruh Mohd Rafi kelar 2 ikan tuh supaya goreng lebih garing gituuu.. Pastu kena rendam dengan air asam untuk hilangkan hanyir, pastu basuh dan boleh di goreng.

Ha akak nak cakap, makanan akak memang takde problem,. Tapi minuman akak ya ampunnn hazab uolls.. Sebab Tong Air akak tuh mcm bocor okeh air asik keluar meleleh. Dah tu akak terpaksa pinjam jug kawan akak transfer air dalam tuh.

Aiyooo...Pahat dah bangun pulak. Bye!

Monday, December 5, 2011

Pemalas punya orang!

Seriously shit, dah nak masuk tahun 2012.

Akak tak carik keje lagik uollss... Akak confuse apa akak nak buat lepas nih.

Akak ingat nak buat keje sendiri jah sebab akak x nak duduk kat opis mengabeskan duit company lagik dah.

Tengok nih time bekerja boleh main fb dan blog. Sudah tak berkat disitu kannn??

Kalau keje sendiri suka hati la nak main FB ke apa..

cuma... Duet cukup kahhhh????

Semalam Mohd Rfai tanya, 'Nanti u dah tak keje cemana eh? Sapa nak bayar utang2 tu semua?'

Buat masa ni akak malas nak fikir uolllssss...

AKak dalam kepala memang nekad nak buat catering jah.

Tapi ada pulak, orang yang demotivated akak seperti suruh carik keje dulu, bila bisnes dah stabil baru buat full time bisnes. Masalahnya, akak nak tanya,

Boleh kah catering nak buat part time??

Nak tak nak kena buat full time. Lagipon akak dah takde hati lah nak keje dengan orang, takut akak meraban2 perabih duit company sajork. Dapat dosa uollss.. Dah la akak suka datang lambat. Keji sangat disitu!

Lagi best kalau boleh duduk rumah sajork jaga anak. Tapi kewangan tak mengizinkan.

Jangan suruh aku jaga anak orang lagi la harapan okeh.. Anak aku pon dah kelam kabut aku nak buat keje rumah. inikan pulak nak jaga anak orang.

Nasib baik ada sikit simpanan duit boleh la bertahan untuk sebulan dua.

Lepas tu mari gadai buah pinggang...**matilah..

Owh... catering yang entry kat bawah ni, akak tersalah baca email. Diorang nak food tasting semua menu yg akak buat tuh..

Rasain!!!!


So, azam akak tahun 2012 adelah.

Nak kaya. Kalau boleh nak simpan duet 4k sebulan.

Tinggi sangat angan2 kau kannnnn????
Verangan kan indah uolllsssss...

Thursday, December 1, 2011

Oh...my ..my... HELP!!

Aritu aku ada masuk tender catering kat satu company pembuat Modem nih.

Mula2 dia suruh bagi quotation. Menu western.

Aku pon send.

Dah tu. Dia suruh tambah Menu. Western and Mediteranean.

Tapi si Bodoh Ilot. Telah menyangka Mediterranean ittew adelah Middle east food, lalu akak letak Menu Middle East, nasi khabsa, mandhi semua tuh. ***Note: Akak tak pernah masak pon, tapi sebab gugle resepi senang jah nak buat so akak includekan dalam menu.

Pastu akak kena maki dengan CD Owner sebab Motippp tak buat research betul2??

So, akak pon anggap tak dapat la untuk second stage punya pemilihan.

Tapi, semalam akak dapat email yang akak dapat utk 2nd stage....

TAPI...

Dia nak jumpa akak, have a meeting. Sila bawak company profile which include No of Worker and History.

TAK KE MATI???

No of worker is ONE and ONLY adelah akak.

HISTORY semua adelah cake order. Howww???
Paling2 catering yang akak buat adelah makan2 kat rumah sajork..

Matilah....


Tolonglah bagi cadangan kat akak ni apa akak perlu buat uollsss!!!

Perlukah tipu????**matila tak berkat.

Tuesday, November 8, 2011

Be careful what you wish for!

Seriously, time akak amek tempahan kueh raya berlambak2 aritu akak cakap,

'Biarlah Pahat jalan lambat sikit, nanti senang nak amek order orang. Nanti dia dah jalan susah nak jaga'

Memang tuhan makbulkan okeh sebab dah setahun sebulan nan ado berjalan. Nan ado berdiri lepas tangan. Merasa la kau.

Ari ni aku dapat call offer untuk buat catering kat Cyberjaya.
The problem is, diorang nak WESTERN menu. And aku kena bagi diorang quotation.

Mengagau aku carik contoh quotation. Sadly, available quotation semua malay food.

Adoii... pengsan nak survey harga western food pulak..

Sapa2 yg pernah order western food sila lah bgtau akak harga yang patut.



Tadi malam Mohd Rafi belanja makan kat Mudzalifah Fried Chicken. Pastu dia bagi aku elaun LEBIH sikit bulan nih berkat keje bagai nak mati kaedahnya. Dah tu, akak tanya berapa gaji dia dapat bulan ni tak nak bgtau okeh. Motiipppp nak rahsia2??? Takut akak mintak la tuuu...

Monday, October 31, 2011

Kerja! Kerja! Kerja!

Kaedahnya tempat kerja akak sekarang sedang dalam proses menterminatekan para2 pekerja yang berstatus kontrak bulan 12 inih.

Kesian tau uollsss, dah kerja 5 6 tahun tiba2 lepas bulan 12 ko takde keje. Cemana??
Kalau single takpe lah uollsss... Ko pikir duit untuk kau je kalau tak keje boleh balik kampung duduk rumah parents kejap. Kalau dah kawen ada anak cemana??

Mana nak bayar rumah, kereta, utang2 lain semua? Bil bagai... Anak2 lagi... Kesian kannn??

Pastu kan, akak dengar2 Uni yang dekat dengan MidValley itteewww lagi lah uollss... semua Tutor diterminatekan... merasa kannnn??

Eh, takpela kitorg ni pon jawatan SEMENTARA... suka2 dia lah kannnn?

Eh, cakap orang padahal aku pon sama kannnn??

Ala... akak pon risa jugak lepas bulan 12 nak keje apa. Tapi akak malas nak pikir bolehhh??

Buat je la keje apa2 asalkan halal konsepnya.

Lepas bulan 12 pada mana2 company yang memerlukan catering sila contact akak tau.

Akak dah register dah business catering akak..

Mohd Rafi lagi best, confident2 je business catering akak berjaya kaedahnya.. Padahal satu contact company pon akak nan ado... **matila haku!

Doakan akak berjaya yah!! Ameeennnnnnn....

iklan