Anak akak yang bernama Rossiudin tuh sudah kemaruk naik motor sekarang.
Pantang apak dia naik motor dia pun sibuk.
Kalau ko amek time dia tengah duduk atas motor tu jangan harap dia nak. Siap tepis2 lagik tangan ko.
Lagi 2 3 tahun memang la apak ko belikan pocket bike untuk anak dia. Pocket Bike to motor yg kecik untuk budak2 tuh. Eh tapi laju okeh. Kalau takat nak jalan2 kat putrajaya nih sampai la sangat..
Korang tengok je la nanti Apak dia tuh. Silap2 kejap lagi dia ajar modify motor. **pengsan emak.
Skrg ni pon boring2 dia bawak lari anak dia naek motor keliling taman.
Pahat, kalau takat nak jadik racer cup prix jah baik tak payah. Alang2 jadi mcm Zulfahmi tu ha.. Clust dah kaya dan boleh travel around the world.
Pahat dah 1 tahun 5 bulan, harammmm tak cakap lagik sepatah pon. Next month mesti aku kena jumpa doctor lagik tau..
Masalahnya...masalahnya... hari selasa tu ramai orang sekali dgn orang2 mengandung... Jadi kena tunggu Lamaaaaa uolllssss.
Dah la Pahat tu tak reti duduk diam. Pastu suka tegur2 orang. Pegang2 orang. Kadang2 suka tarik rambut atau tudung orang. Orang yang suka tu takpe la.. Yang tak suka tu jeling2 akak tau.
Eh, ada orang kan cakap akak manjakan Pahat.
Aiyoooo... dia tak tengok lagi akak babap di Pahat tuh agaknya.
Masalahnya, tak kan depan orang ko nak pukul atau marah2 anak ko kan??
Tak nak aku jadi orang gila kat depan orang ramai pukul anak. Pastu anak ko nanges satu hal tak ke jadi centre of attraction??
Akak pernah tgk ada cha ya nun alip tu anak dia pegang mainan kat Jusco je dia pegi pukul budak tuh sampai nanges. Tak logik langsung.
Dah tu bila budak tu melalak. Dia marah2 pulak.
Jadi, depan orang ramai selagi boleh elakkan, sila elakkan. Kalau tak nanti siapa yang malu??
Nak pukul atau marah biar reasonable sikit walaupon kau bukan wardina.. Opppss...Wardina lagik kannnn??