Monday, January 31, 2011

Percubaan membuat Macaron

Adelah...........................

GAGAL okeh!!

Taste wise boleh tahan lah.

Tapi not rise enough. Ape tak nya akak feeling2 gagah pukul guna tangan. Macam nak pengsan tunggu putih telur tu kembang. Sampai gigil2 okeh tangan akak memukulnya..

Koser lah, lepas nih kalau nak try buat lagi sila beli whisker dulu.

Saturday, January 29, 2011

Syok Sendiri lagi..

Kan akak dah cakap. Selahi ado gambar photoshoot selagi tu la akak upload hari.. Ado kau macam tuh??

Akak suka sekali gambar ni sebab masa ni Pahat ketawa. Kulit Pahat hampir2 menyerupai ayah dia.. ***Larikkkk!!!

Akak pun suka gambar ni sebab kaki akak nampak panjang. Boleh pose2 jadi America's Next top model. Ado kau terpengaruh?? akak tengok ANTM nan ado la chantek2 mana, tapi bila amek gambo terus chantek okeh... Kagum akak tau.

Muka benyek Pahat sebab dia dah boring okeh.


Seorang bayi debab dan seorang bayi yang bakal menjadi debab. Anak sape yang comel sangat tu?? matila kau syok sendiri anak comel.. Lantakla uollss akak penat2 meneran tahan contraction bagai haruslah akak cakap anak akak comel. Ingat senang???

Friday, January 28, 2011

Bodo la kau!

Pernah tak korang dapat sms lebih kurang macam ni:

Salam, ni ayah. Ayah kat balai polis ni. Jangan call ayah. Top upkan credit ke nombor 01******

Akak rasa nak call balik maki orang bangang tu.

Bodoh tau tak. Bapak akak dah meninggal okeh. Bila masa pulak emak aku kawen baru?

Harga Dinar hari ini

Tetiba akak buat promosi kannn??

Harga Dinar terbaru : RM613/

weight : 4.25g
Purity : 916

CEPAT!! lepas raya cina naik....

Contact Azli : 0122284420

Thursday, January 27, 2011

Did I tell you??

Ada tak aku bagitau 15 jan lepas adelah birthday Mohd Rafii??

Tapi sorry okeh nan ado sambutan. Jangankan sambutan wish pon akak lupa.

Sebab birthday akak pon mcm tuh jugak. 10 hari lepas tuh baru Mohd Rafi belikan kek comel masa membeli belah di Jusco Tebrau. Suprise la sangat kannn??

Hadiah akak bagi kat Mohd Rafi cukuplah memBESARkan anak akak yang besar tuh..

Akak tengok anak orang lain semua 5 bulan baru berat 7 kilo.

Anak akak?? baru 3 bulan dan 7.3kilo.

Patutla akak pelik tengok baby2 masa check up tuh comel2 belaka saiznya. Rupanya bukan diorang yang kecik. tapi anak akak yang besar.

Kalau tengok anak akak tu nan ado lah gemok sangat. kenapa ntah berat sangat.. Menyusu pon biasa2 je. Akak bagi baby sitter pon sehari 4 botol je. Kadang2 akak bagi 2.5oz, kadang2 3oz.

Agak2 korang kenapa agaknya Pahat akak nih bila timbang berat sangat??

Berat anakk korang 3 bulan berapa eh??

Nih dah 3 bulan lebih tanda2 mengiring pon nan ado... Berat sangat bontot dengan kepala ntah.

Eh, akak nak citer pasal Mohd Rafi, motippp tetiba pahat masuk campur????

Rampas merampas...

Kannn??

Akak kan pose2 meroyan okeh kalau ada orang yang suka rampas laki orang nih..

Selalu akak baca feeling2 sorang jah.. Nih akak dah tak tahan.. korang baca lah pulak...

http://aidaryzal.blogspot.com/ >ni blog ex dia

http://azierizal.blogspot.com/ >ni blog wife baru dia..

bila tengok muka wife baru dia tuh akak nak pengsan 10 kali... Plissss lah!

Wednesday, January 26, 2011

Omelan...

Minggu ni tutorial Locus. Yang z plane tuh. So tak berapa susah sangat.

I love teaching LAB okeh. Walaupon aku kadang2 tak tau nak guna osiloscop yang dah canggih tu. Tapi I likee!!

This past 2 days ada orang hantar motor kat Mohd Rafi suruh repair. Dia suruh tukar SEMUA termasuk blok. Pastu kasik RM200. Expect nak barang original. Gila ke hape kannn??
Sah la budak tu tak pernah hantar motor repair.
Mohd Rafi dah hangen je. Padan muka dia..

Akak feeling2 nak buat business tapi tak nak modal banyak2.. Takkan nak jual kueh raya dimusim tak raya ni pulak kannn??

Jangan ajak akak jual korset popular tuh sebab akak tengok yg jual pung pang pung pang tuh nan ado pon kurus.

Akak yang tak pakai nih lagi kurus walaupon ado lemak2 berselindung tak dapat dilihat oleh mata kasar.

Eh, jap akak ada barang2 baby nak jual sebab tak guna pon beli. Antaranya ialah:

1. Baby bouncer my dear baby - guna 2 kali je okeh. Pahat rejek.
2. Pacifier NUK - Kena beli sekali 2, guna 1 je pahat tak nak. Dah la mahal.
3. Pureen breast pump - Pakai sekali je
4. Buai elektrik - Ni adik akak punya pakai tak sampai sebulan. Dia nak jual RM120 jah. Satu set.

Nanti lah akak buat entry khas pasal nih.

p/s : Arini akak penat pegi bank ke bank bayar utang. Bye.

Tuesday, January 25, 2011

Emas pertama Farhat..

Bukan akak beli jewelery uollls..

Kan duit Farhat yang orang bagi time melawat Farhat tuh akak beli Dinar from PUBLIC GOLD.

Macam ni rupa Dinar tuh.

1 dinar = 4.25g = Harga semasa ikut harga pasaran emas. Bertukar tiap2 hari.

KENAPAKAH AKAK PILIH EMAS??

1. Sebab Farhat belom 6 bulan tak boleh bukak buku akaun lagi.

2. Sebab harga emas akan menjunam naik dari masa ke semasa.

Time akak kawen 2008 emas 916 tuh baru 97 hengget okeh. Sekarang dah RM150.

Lupa lak. Public Gold nih ada jual emas dinar, dan juga jongkong emas.

Website dia akak tanya kawan akak dia nan ado reply sms akak ittewwww...

***EDITED: website dia : www.publicgold.com.my

Yang dinar tu 916, yang jongkong tu purity dia 999. Paling ringan ada 20g. Lebih kurang RM3k kalau ikut harga sekarang..

OFFER! OFFER! Siapa cepat harga emas sekarang tengah turun. Sempena nak raya cina nih. Ikut prediction lepas raya cina dia naik balik.

Semalam 1 dinar = Rm621.

Masa akak beli RM651. Terus akak sentap.

Kalau uolls xde duet, boleh pajak emas nih kat Alrahnu. Theyolls amek ikut harga semasa. So uolls tak rugi jual kat situ.

Tapi AWAS ye, ini untuk long term invesment. Kalau rasa2 beli bulan ni bulan depan nak jual balik memang la tak untung. Tunggu harga naik baru jual.

Sesiapa yang berminat dengan pelaburan emas nih boleh contact:

Azlee : 0122284420
atau email azlicn@yahoo.com

atau contact akak, nanti akak fowardkan kat dia. Harap maklum akak bukan pengedar emas tuh ye uolls.. Akak tolong2 kawan jah.

Lagi gambar photoshoot..

Suka hati akak la uolls nak letak gambar banyak2 dlm nih.. akak pose2 syok sendiri okeh. Konsep akak adelah hari2 akak upload gambar photoshoot sampai habes korang tengok.. bolehhh??
Kau ado mcm tuh??

Tu diah...nampak tak dagu si Pahat tuh berlipat??

Motipp Mohd Rafi posing ala2 america's next top model?
Tapi no neck, nanti kalau Miss J tengok dia cakap
'I hate no neck monster'

Blehhhhh???

Monday, January 24, 2011

Exclusive Breastfeed kah???

Ha ah kan, akak terpikir pulak..
Akak kan fully BF si Pahat tuh. Tapi ado bagi ubat paracetamol yg nurse suruh kasik tuh. Ada bagi gripe water sesudu time dia kembong. Ada bagi air masak( ni ayah dia bagi sebab time dia jaga tuh Debab tak henti2 sedu.

So, dah tak kira exclusive la kan??

Xpe lah, macam aku kesah je. Asalkan dpt BF dia sampai 6 bulan dah ok.

So far tak pernah bagi FM lagi. Masih ada breastmilk lagi.

Stok EBM pon cukup2 makan untuk seminggu jah sbb memang tak buat banyak since Pahat bukan suka sangat minum EBM jadi kalau perah2 pon rugi je terbuang banyak2.

So, banyak direct BF je. Time Farhat tengah stim2 isap jari time malam2 tu akak sumbat jah direct. Biar dia minum banyak sket time malam since siang dia tak nak minum sangat.

Masalahnya ialah, sejak dia isap jari ni hobi dia ialah suka tido okeh.

Senang sangat stim2 feeling2 tido. Asal tinggalkan dia sorang2, dia boring, isap2 jari, tengok2 dah tido. Howww????

Sunday, January 23, 2011

Hasil photoshoot bersama bayi debab.

Tadaaaaa!! Hasil photoshoot ari khamis lepas..

Muka Pahat benyek mcm kentang lenyek. Sepanjang photoshoot Pahat di pegang oleh ayah dia. Sbb emak dia tak larat nak angkat lama2.

Konsepnya konon2 merah. Tapi tak jadi pulak konsep akak. Bolehhh??

Gambo akak ado 2 jah. Nanti puan Kher dah bagi cd baru akak upload banyak2.

Akak suka sekali gambar inih sebab akak kelihatan chantek disitu.. **matila sempat make up walaupon dah lambat...
Tak lah, akak suka yang ada effect air2 merecik tuh okeh.

Sesiapa yang berminat untuk amek gambo family package macam nih sila hubungi Puan Kher:

http://umyraepisode.blogspot.com/

Harga tanya dia okeh. Akak nan ado tau.

Friday, January 21, 2011

Bayi2 comel di rumah akak...

Ado kau ngaku bayi sendiri comel.. Takpela uolls kalau org rasa x comel asalkan bapak dia kata comel sudah.
Kat rumah akak ni ado anak adik akak yang baru abes pantang.
Sebab nama dia Rayyan kitorang panggi Lion.
Motipp tahun ni nama Rayyan adelah begitu popular??? Kat mana2 nama bayi rayyan okeh.


Motippp Lion conquer space Pahat??? Pahat cepat meniarap hempap dia.. **matila...


Lion punya ayat masa ni : ' Apa tengok2?? Nak kena tumbuk???'

Si Pahat tu mcm tu je la.. Diam je.

Semalam ado photoshoot bersama Puan Kher okeh. Akak penat feeling2 tengok Britain Next Top Model tiap2 malam. Ado aku applykan?? Nan ado.. Time bergambo mcm tiang lampu memasing.

Adik akak kena gave up bergambar awal sebab anak dia sudah mengamuk.

Ntah kenapa ntah si Lion tu. Sambung lagi esok. Malas la pulak.

Wednesday, January 19, 2011

Entry Kejihhhh....

Walaupon maxis telah mengjanhengkan akak suatu ketika dulu...**matila kau ayat.

Akak terpaksa subcribe broadband maxis uollss sbb sebagai pengguna maxis akak dapat rm38 jah per month selama 5 bulan. So, akak terminate TM sebab TM pon menghanjengkan ahkak jugak sebab suruh extra bayar line telepon 27 hengget tiap2 bulan sedangkan akak amek pakej kombo. Saje la tu nak suruh akak tak bayar pastu blacklist nama akak. Keji la tuh..

Takde ke service yang tak menghanjengkan kat Malaysia nih??

Pastu asterok pulak baru sebulan lambat bayar dah kecoh potong service. Lempang kang!

Eleh...baru rm80 okeh bila akak call tanya. Ingatkan rm500 ke hape dia sibuk potong service.

Oh tuhan, kenapa la keji sangat service provider kat mesia nih. Jomla pegi korea!! Matila duet sesen pon nan ado simpan lagi mau pegi korea.

Eh, pastu kan esok cuti. Akak nak buat cis kek. Akak nak pegi bayar bil asterok keji. Benci!!

Tuesday, January 18, 2011

Rombongan Puan Ilotss

Suka2 kau kan letak sss belakang nama nak kasik glamer... kau ado??

Gini ceritanya emak akak nak tengok adik akak kat jerantot tuh. Pastu adik akak nak ikot sama, sekali je mak mertua akak pon nak ikot. Howww??

Terpaksa la bawak 2 keter.

Adik akak tuh baru abes pantang. Anak dia suka nanges. Serious tak tipu anak dia nanges 10 jam. 14 jam lagi tido. Xde la straight 10 jam nanges, agak2 la kalau nak tipu. Tapi tido 1 jam, pastu nanges la gitu..

Mak akak kata dia dah kurus jaga anak si Tipot tuh. Howw?? Dah la orang tua tu ada high blood pressure.

Akak pon tak tau nak buat cemana anak dia tuh. Nak kata lapo, sumbat susu dah. Ni pon sebulan je berat dia naik 1.7kg, dari lahir 3kg lepas sebulan 4.7kg.

Pegi berurut ke amek air penenang ke sama je anak dia.

Tukar nama jadi Ismail pon sama okeh.. BTW nama anak dia Rayyan Nafiz tapi kitorg sajela panggil Ismail mana tau berenti nanges ke.. Tapi ado???? Nan adooo okeh..

Korang tau ke cemana nak kasik anak dia kurang sket nanges??

BTW masa kat kampung dia tido sebelah Pahat debab tuh, Si Pahat tu pulak tak boleh tido..haha sebab bising. Hahahaha... Rasainnn kau debab!

p/s Rindu kat Pahat. Harap2 arini dia nak la susu botol. Aku dah mengangkut segala jenis botol, puting kat rumah akak tuh. Siap dengan syringe dengan sudu semua aku bawak okeh.

Macam2 pe'el nya..

Akak nak pengsan kejap..

Biasala Farhat kan x nak botol sangat. BF pon sekarang kalau dia kenyang dia tak nak. Dulu main nganga je, sekarang tidak lagi okeh.

BF pon nak sebelah KANAN dan nak BARING sahaja. Kau tak pengsan???

Pastu untuk kosong kan yang belah kiri punya pon aku terpaksa bagi dari sebelah kanan juga. Sila bayangkan sendiri bagaimana hodohnya posisi aku menyusukan Pahat tuh.

Padahal rasa sama je kanan ke kiri pon. Bila aku susukan dia dari posisi kanan baru la dia nak.

Disebabkan siang dengan babysitter tu dia x nak susu sangat, jadi malam terpaksala juga aku berjaga 2-4 jam sekali susukan dia. Supaya siang tu dia tak lapar sangat.

Nanti kalau kurus kan dah tak comel.. Kan? Kan??

Aku mula2 ingat nak pegi beli puting arini. Tapi BA weh, aku baca kisah M, terus tobat plak aku..

Gasak ko la Pahat nak isap jari ke apa...

Cerita pasal Babysitter Pahat, so far Alhamdulillah.. akak tu ok. Rumah pon bersih dan kemas gila okeh. Kalah rumah aku yang anak sorang nih. Dia jaga pon 3 orang je. 2 orang tu dekat 2 tahun dah, dengan baby Pahat.

Sebab Pahat sorang kat situ, jadi dia suka lah semua orang dok agah2 main2 dengan dia.

Tapi still, aku rasa guilty gila kena hantar dia pegi rumah Babysitter okeh. Rasa mcm aku tak memberi kasih sayang sepenuhnya. Pycho ke ape ntah..

Sunday, January 16, 2011

Dah pandai hisap jari sampai susu pon tak nak..

**ha tu tido selepas stim isap jari.

Ibu2 sekalian... ada tak anak uolss dok ralit isap jari sampai tak nak susu?

Farhat nih start last week dah pandai isap jari. Minggu lepas tak la terukk sangat sebab dia still nak susu lagi. Minggu nih susu tak nak langsung okeh. Direct BF taknak botol apetah lagi.

Nak menyusu pon kena paksa pegang kepala dia atau time dia tido sbb masa tu dia tak sedar. Time dia sedar meraung2 melalak2 nak suruh menyusu. Tapi kalau siang, dia rela isap jari dia kalau lapar dari menyusu.

Akak dah try pakaikan sarung tangan, dia sibuk isap sarung tangan tu pulak..

Adoii... cemana nak buat uollsss? Kalau mcm ni haruslah pengeluaran susu akak terbantut dan yang penting akak tak nakla berat Pahat tuh turun nanti.

Ada kawan akak cadangkan start bagi dia makan which akak rasa ridiculous untuk baby 3 bulan dan masih belum pandai meniarap.

Tolong uollss... ada tak benda pahit2 yang boleh akak sapu kat jari dia supaya dia tak isap jari??

Friday, January 14, 2011

Adekah anak akak obese??

Uollss semua, semalam akak check up Pahat 3 bulan.

Berat dia 7.3kg
Panjang dia 66cm
BMI dia 17.

Bila akak bgtau berat anak akak 7.3kg 3 bulan semua orang terperanjat uollss... Lalu bertanya:

'Tak obese ke tu?'

'Nurse tak marah ke'



Tapi kan uollss... memang dia berat okeh tapi nan tengok takde la gemok sangat. ke akak yang suka feeling2 anak akak tak cukup makan??

Sekarang ni dia suka isap jari okeh. Pastu bila nak bagi susu suka nak main2 dulu.

Ni gambar paling latest. last week kot. Sbb skrg ni akak dah feeling2 malas amek gambor dia sbb sama jah.

..boleh tak sambung esok entry nih?

Wednesday, January 12, 2011

oh...ampunkan akak okeh...

Arini akak mcm tak cukup kaki berjalan okeh..

Pagi2 bangun breast bengkak.

Nak pump sekali je Breastpump rosak!!

Pastu bagi kat Pahat dia tak nak okeh.

Penat akak pujuk2 + paksa bagi direct tapi dia tak nak okeh.

Ok. Takpe tak bengkak sangat. Pegi opis dulu.

Pukul 11 dah tak tahan breast bengkak gila. Rasa berat je. Pegi puchong. Dua kali salah masuk jalan kena uturn. Macam haram sungguh.

Sekali je sampai sana tak de manual breastpump. HAMPEH!

Pegi IOI lah sebab terdekat. Sebab akak kedekut. Akak feeling2 beli paling murah iaitu Pureen.

Masuk feeding room kat jusco tuh. Konon2 nak pump sikit bagi keluar just nak legakan breast je. Tapi ado??? Bagai nak gila akak pump okeh.. NAN ADO..

Last2 nekad picit guna tangan. Dapatla 2oz. Asalkan lega breast kaedahnya. Tapi untuk kegunaan harian tak kan nak memicit je kaedahnya..

Pegi Bangi pulak nak beli Specra3. Tapi kedai MAnjaku tu Nan ado pulak stok spectra3... Hangennya akak okeh..

Motippp apakah dosa2 akak mendapat hari yang sungguh bad hair day??

Last2 sebab akak desperate. Akak amek pump elektrik yang paling murah iaitu the First Year. Dia kata kat situ Profesional gred. Ntah ye ntah tidak.

Pump little bean akak tuh ada warranty tapi tertinggal kat kampung pulak. Moga2 emak aku yang suka mengemas tu tak bakar kotak breastpump tuh.

Bawak balik pump tu sebab kenala basuh dulu sebelum guna betul tak. Nak strelize bagai lagi. Sampai rumah campak semua benda, bukak kotak tengok charger dia style korea okeh. Pengsan akak kejap.

Last2 pukul 4 baru siap mengepam sepanjang hari tu akak tahan breast sakit.. Aiyohhhh!!

Pastu sambung balik pegi opis sebab keje akak banyak tak siap. Dan sambung balik kat rumah ni haaa...

Haaa... Nak pengsan kejap.

Tuesday, January 11, 2011

Masa berlari-lari tak sempat ku kejar..

Ada anak ni kan, pegi2 nak brekfast pon tak sempat. Apetah lagi feeling2 nak mekap smokey eyes bagai..

Apetah lagi sem nih kena siapkan writing, pastu lab sheet kena buat, ajar lab, tutorial math. Balik tidokan si Debab Farhat tuh tak tido2 jugak. Sudahnya pukul 10 baru tido.

X de la aku nak feeling2 bawak keje opis balik rumah. Dulu boleh la.. sekarang nih harammmm sangatss buat penat bawak beg berat2 balik jah. Dengan aku aku sekali tido pukul 10.
Ntah penat kenapa ntah.

Fb and blog lagi lah time sempat je bukak.

Gambar bulan lepas masa cukur jambul Farhat. Rambut seciput pon akak cukur jugakla uollss..
Mula2 dia sengih2 ketawa2 masa cukur jambul. Bila dah lama sangat dah boring, sibuk pulak eh..eh... nak nanges.

Pemegang adelah Mohd Rafi. Pencukur adelah Pak Long dia.

Alhamdulillah Pahat dah 3 bulan dah. Khamis nih check up. Khamis ni jugak aku ada kelas pukul 8 pagi.. mampos!

Thursday, January 6, 2011

Banyak2.

update malas nak pi lunch. Errr...sebenarnya tak bawak keter arini nak kuar pi lunch. Eh, kalau bawak keter pon tetap malas nak jalan ke parking drive pi lunch.

Eh, kalau pi lunch pon pi balik umah susukan Farhat.

Tapi akak pengasuh kata tak payah balik. Dia ok je jaga farhat tu jadi, aku pon oklah.

..............................................

Akak nak kata yang akak sedang stress pikirkan financing boleh???
Duit Farhat banyak. Nak masukkan Amanah saham didik tapi boleh lepas 6 bulan. Debab baru 3 bulan.
..............................................

Si Ayu yang sewa rumah aka tuh langsung tak reply sms or call sedangkan hari2 akak sms dia okeh. Siap email bagai.. So motipnyaa?? Mangga saje rumah itu esok.
Oh... and, TNB sms tiap2 hari kata ada tunggakkan bil untuk 2 bulan. Motipppp?? Nasib baik aku ada amek deposit bil air api.
..............................................

Farhat dan Rompers

Akak suka pulak pakaikan Farhat nih rompers weh. Betul kata ko Ita weh, senang nak check berak and tukarkan pampers.

Farhat pakai legging mcm kelakar. Tapi akak tetap rasa chomel. So what??? boleh gitu tetiba kerek.

Makcik Temok dengki letak IC dia atas dahi.

Time nih gemok. Sekarang mcm dah kurus sket sebab dia tak nak minum sangat susu botol and dia dah kurang juga bangun menyusu malam. Tapi kadang2 akak kejut dia sumbat jugak sebab breast dah bengkak and malas aku nak memekak pagi2 buta mengepump.

....................................................

Akak peninglah banyak benda nak kena bayar. Akak tengah apply personal loan untuk settlekan hutang. Lagi murah bayar personal loan dari aku bayar interest credit card. Koser tau bayar tiap2 bulan pon nan ado settle jugak.. Tapi orang bank kata nak call arini tapi tak call maksudnya, gagal disitu pinjaman aku.
Keji lah bagi harapan palsu.

Wednesday, January 5, 2011

Rumah

1. Ingat tak akak bagi tempoh sampai selasa kat penyewa rumah akak tuh.
Akak message dia okeh td malam, akak dengan baik hati bagi tempoh sampai hari ni untuk bayar. Kalau tak sila pindah dalam masa 48 jam. Baik jugak hati bagi tempoh 48jam.

Ok. Kalau di dah lama sewa rumah akak pastu tiba2 ada masalah kewangan ke akak boleh terima lagi. Boleh tolerate lagi.
Tapi ini, kasik alasan tak logik pastu baru 2 bulan menyewa. Kau tak pitammmm????
Sorry la kan, hari jumaat aku mangga rumah tuh.
Pastu dia pon nan ado message akak and akak call dia off HP. So nampak sangat la kannn??

2. Ok. Akak pon menyewa rumah orang jugak. Tapi kite perlu tau la attitude sewa rumah orang. Akak hari gaji je time tu jugak pegi bank bayar sewa rumah. Tak pernah lagi akak lewat sampai sebulan tak bayar sewa. Ini, i tell you dah sebulan 1 minggu lewat. Tak paham betul ada orang mcm nih..


I love my new hme okeh. Thanks to CD, kawan2 mohd rafi yang tolong pindah. Kalau aku sorang dengan si farhat tuh memang takde maknanya nak berkemas.

Rasa mcm duduk kampung sebab malam2 time ujan ade bunyik katak lah, bunyik cengkerik lah.

Tuesday, January 4, 2011

Rejected!

1 ) Farhat dah start dihantar ke babysitter tapi rejecting minum susu botol. dari pagi akak hantar sampai ke petang tu dia tak nak susu botol langsung.

2 ) My supervisor rejected my Result Chapter. Haish..kena buat balik.

3 ) Ok.. busy. Bye.

Monday, January 3, 2011

Penyewa yang meyakitkan hati...

Ye uollss... akak saketla hati dengan penyewa rumah akak nih.
FYI, sewa bulan 12 dia nan ado bayar lagi okeh.
Macam2 alasan dia bagi bila akak mintak.

Awal bulan 12 alasan dia, anak saket. Husband balik lambat tak sempat masukkan.
minggu seterusnya, masukkan duit from maybank to cimb tapi nan ado masuk2 jugak setelah 2 minggu. Kepala hotak dia, akak try pagi tu, terus masuk je dalam akaun.
Nak tipu tak agak2..

Pastu cuti chrismas tuh sebab dia banyak sangat alasan, akak cakap akak nak amek cash. Akak datang rumah nan ado orang keluar sedangkan ada keter dengan moto kat dalam. Telefon banyak kali tak angkat.

Pastu akak message dia kalau by 2/1/11 tak bayar, sila keluar dari rumah tuh.

Pastu tau pulak dia reply kata henpon tertinggal rumah mak dia. Pastu yang kitorg datang tu dia tak perasan ada orang kat luar.

Tak rasa mcm nak tampar ke??

Pastu dia kata nak masukkan 1/1. Akak message dia tanya dah masukkan ke belom dia kata sedara mara dia datang sampai malam2 buat tak sempat nak masukkan..

Blehhhh alasan dia mcm tuh??

2/1 pulak, dia msg akak tengah hari pukul 1 kata dia on the way gi bank nak masukkan.

Sampai pukul 3 akak tunggu nan ado jugak.. Takkan dah 2 jam tak sampai2 lagi bank kaedahnya kann??

Pastu tetiba dia message kata belom gaji. Hangen akak kejap. Masalahnya bukannya sewa bulan 1 yang akak mintak.. Bulan 12 punya. Sepatutnya awal2 lagi dia dah sediakan duit nak bayar. Yang nak tunggu gaji bulan1 apehal pulak..

Dah la banyak sangat alasan tipu.

Akak bagi tempoh sampai hari selasa. Kalau takde jugak berambus kau dari rumah aku.

iklan