Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Breastfeed Toddler.


Akak copy and paste dari FB. Click lag gambar kalau tak nampak kaedahnya.

Akak nak bagitau jugak, nanti kang orang kata akak propahna betana metana.

Tak semua lah fact kat situ betul. Bukatinya ialah anak akak tuh. Yang THUMB SUCKING itteewwww..

Anak akak isap jari jahhhh!! Start dari dia 3 4 bulan ke camtuh sampai ke sekarang nih.

Yang kulit halus tu ikut orang lah kot. Ada kawan akak BF kulit biasa jah. Tapi kulit Pahat memang halus mulus walaupon hitam..**matilah.. Tapi lembik hokeh. Orang kalau cubit pipi dia mesti cakap.
'Lembiknya pipi Pahat camtuh'

Rambut dia jangan citer. Memang tak tumbuh2. Dari lahir tetap mcm tuh. Akak redha jah. Kang kalau rambut dia kembang mcm rambut akak kang pengsan pulak apak dia.

Tapi yang akak tau vitamin2 terkandung dalam breastmilk adelah yang terbaik untuk anak anda.

Kalau uollss gigih bolehla breastfeed sampai 2 tahun tanpa bagi formula milk. Jimat gituuu.

Akak feeling2 malas jadi akak dah start campur sebab malas nak pump kat opis. Nanti dah dua tahun terus nak wean off.. Wah, bunyi mcm Pahat terus setuju nak wean off jah!!

Ada orang kata lepas 2 tahun kalau masih menyusu badan akan melembabkan otak kanak2. Pandai2 je orang tu!

Uollss ada bukti sahih tak berkenaan fact tu. Akak rasa mcm tipu jah!

Wednesday, March 28, 2012

Saya suka hujan

Semalam balik keje akak tebang 1 pokok pandan. Nasib baik akak menanam pokok pandan.

Malam tuh Mohd Rafi tabur 1 rumah. Terus berbau harum rumah aku. Jangan cakap ada kuntilanak okeh.

Akak mimpi Pahat pandai cakap. Tiba2 datang kat akak dengan tangan masok duri alu berkata,
'Cabut kan'

Lalu akak terjaga. Ntah hapa2 emak kau nih.

Hobi anak aku adelah menyepah rumah. Kalau letak atas meja dia raba2 meja tuh sampai dia jumpa barang dia nak.

Akak start keje nih akak hantar Pahat kat Baby Sitter lama lagi. Alhamdulillah dia serasi dengan BS tu. Rumah bersih, jaga baby pon sorang je since Pahat kan dah toddler.
Akak pon dah tak bekalkan dia makanan since BS tu kata tak payah dah sebab pahat dah boleh makan nasik ketul. Gigi pon dah nak penuh. Lagi 2 3 batang geraham tumbuh penuh la gigi Rossi tuh.

Akak memang bersyukur sangat2 dapat BS tuh uollsss... yela macam jodoh jugak kan uollss... Dia pon takde masalah jaga Pahat. Cuma sila amek anak ko cepat. Pukul 5 lebih dah amek. Kalau ko balik pukul 6 dia dah risau2.. Kalau nak balik pukul 7 sila hantar nursery camtuh.

Bayar pon RM250 jah sebulan.

Start keje balik nih akak dah malas nak mengepump. Akak bagi FM jah kat BS. Sebab akak cakap dengan Mohd Rafi,

'I nak bersara lah breast feed. Penat tau'

Gila tak penat?? Cuba kau guugle berapa kalori hilang breasfeed kan anak??

Mohd Rafi kata ' Tak baik tau. Tu kan anak..'

Camtuhhhh... So, akak cuba slow2 la. Sebab by the time Pahat 2 years nak kena stop terus kalau tak lagi susah nak berenti. Kang jadik 4 tahun lagi susah nak berenti. So, petang akak balik terus bagi BF. Cuma siang je lah bagi FM.

Skrg pon dia dah 1 tahun 6 bulan, slow2 sampai 2 tahun.

Apa akak nak bgtau adelah, yang penting disini bukan fully breast feed sehingga 2 tahun.

Fully breastfeed 6 bulan sahaja.

Kalau korang bagi nestum segera tu pon ado fm juga. So sama jah. Tak payahla ada yang obsess sangat nak fullybreastfeed sampai 2 tahun. Bagi akak takde istilah fullybreastfeed setelah kau bagi solid food kat anak kau.

Maksud obsess akak disini adelah tak payah nak judge orang atau kondemn orang yang bagi fm kat anak dia camtuh..

Start bagi solid = no longer fully breastfeed ye maksudnya.

Dah. Arini ujan. Walaupon akak datang lab/opis lambat sebab menyinggah bank lah, menyinggah beli cofee lah, tetap akak yg 1st.

Tuesday, November 29, 2011

Kesakitan breast feeding.

Pahat kan dah tumbuh 7 batang gigi sejak 8 bulan. Tapi tak pernah la dia menggigit time tengah breastfeed.

Tapi sekarang nih, 1 tahun 2 bulan (lebih kurang), dia ada hobi baru menggigit nipple akak time breastfeed.

Tapi mula2 takde la saket. Ari sabtu aritu, dia gigit sekuat hati dia pastu dia sentap. Ya allahhh tuhan saja la yang tau saketnya.

Lepas tu luka lah nipple akak uollsss... terus trauma akak nak breastfeed dia lagi.

Tapi akak bg la jugak tapi selang 6 jam baru aku kasik belah kiri tuh. Gila sakit time breastfeed, macam kena toreh dengan pisau okeh.

Jadi sampai hari ni aku kena menanggung kesakitan ketika breastfeedkan Pahat.

Semalam dok main2 dengan dia, tiba2 dia gigit pulak belah kanan.. Sakit gila babi okeh!

Last2 aku cubit kaki dia.

Akak dah trauma uolllss nak breastfeed kan Pahat kalau keje asik menggigit je.. Kalau gigit2 manja takpe.. Ni gigit sekuat hati dia..

Aiyoo... akak nak carik minyak gamat tengah hari nih!


Lagi satu, pump akak rosak kat bahagian soket dia. Gara2 selalu kena banting dengan Pahat. Nasib baik emak Lion ado pump Avent. Pinjam Pump dia dulu.

Monday, October 31, 2011

First time pegi Petaling Street..

Weekend nih busy okeh. Pakcik aku datang dari kuantan tido kat rumah akak sbab konvo anak dia tu ha dekat PICC. Kan dekat je kat rumah akak tuh.

Pagi sabtu akak yang indah dicemari oleh berak Pahat yang berlambak2 sampai kena kat toto dan bantal akak okeh. Kelam kabut bangun. Mohd Rafi terus mandikan dia pagi2 buta tuh. Merasa la menjerit2 Pahat sebab sejuk.

Pastu, akak Fiza ajak akak pegi Petaling Street beli bunga. Haruslah akak ajak Mohd Rafi sekali, habes tu sape nak dokong dia kannnn??

Murah gila kan bunga kat situ.. ramai la pulak orang membeli bunga2 konvo.

Fiza dan bunga pepel yang chantek!

Alang2 sampai petaling street akak pon jakun lah pegi jalan2 kat situ sekali.. Wahh... banyaknya beg imitation kennnn?? Tapi tak berani beli takut dia letak harga mahal buang duet aku jah.

Eh, sebenarnya duit aku yang takde. Aku bawak 20sen sajork. Bolehhhhh???

Akak first time uollss jalan2 kat situ.. Kalau orang nak rompak akak pon akak pasrah sajork, setakat 20sen kannnn???

Budak botak dan ayah kesayangan..

Bila rambut kau nak tumbuh Pahat??? Orang lain siap dah 2 3 kali gunting, rambut kau memang segitu la tak gunting2..

Balik tu singgah alamanda kejap jalan2. Pegi carefour beli Pet Pet. Sekali berak pulak si Pahat tuhhhh... motip membantutkan niat emak nak pau apak???

Jadi laju2 akak pegi baby changing room ittew.. Ramai gila orang dalam tuh.

Sekali tengok Pahat berak selambak jugak okeh, sampai seluar2 dan baju semua kena. Mujur aku bawak baju spare. Dan mujur tak kena baju emak kalau tak Apak kena beli baju baru.

Aku sumbat dia dalam sinki alang2 mandikan terus. Pastu ada budak kat sebelah tu ala2 5 tahun camtuh cakap:

'Eeeee...busuknya!'

Keji tauu! Terasa akak.

Pastu terus susukan Pahat kat situ, since bilik dah penuh, susu kan la kat bench yang ada kat bilik diaper tuh.. Ada siap susukan anak dia sambil diri tuh. Terer tak???

Ni satu akak nak bagitau, para2 bapa tu kalau nampak ada mommy2 tengah breastfeed anak tu tak payah lah masuk dalam bilik diaper tuh. Cukup la wife tu je yang masuk. Lainla kau bapa tunggal. Ini terang2 nampak mommy2 breastfeed anak, sibuk jugak nak masuk beramai2 sekali dengan anak2 dia yang lain dengan troli2 sekali..

Bilik tu dah cukup sesak, tambah masuk beramai2.. Ayah tinggal kat luar kejap jaga anak tak boleh ke? Perlu ke nak beramai2 dalam bilik tu?

Akak pulak yang segan breastfeed depan diorang.

Wednesday, June 29, 2011

Bengkak susu : Susu tersumbat.

Tak pernah2 akak kena bengkak susu tetiba Pahat dah 8 bulan kena bengkak susu pulak.

Bukan bengkak susu tapi susu tersumbat. Bengkak kat area atas breast sajork. Dulu masa Pahat 3 bulan pernah kena jugak sekali tapi masa tu lump kecik je. Just pump atau breastfeed dia hilang.

My god ni lump besar, bengkak dan keras. Akak pump tak keluar setitik pon okeh. **pengsan tepi pump. Bagi Pahat direct pun tak jalan. Tuam punya tuam pastu pump keluar pun tak hilang.

Akak dah tension uollss.. Sbb kat bahagian bengkak tu dah panas. Kalau tak keluarkan alamat bakal demam la esok.

So akak tuam lagi. Bagi direct lagi. Tak keluar. Pump lagi. Tak keluar.

Last2 akak bosan, akak biar je sambil main2 dengan Pahat.

Lepas sejam kasik Pahat direct lagi, Alhamdulillah baru keluar memancut2 sampaikan Pahat stop minum. So pump kasik keluar.

Ni bengkak gara2 skip mengepump tadi petang sibuk pegi bank. Hari2 aku pegi bank kannn?? mcm kaya jahhh!. Semalam masukkan check, arini keluarkan duit. Abes buat bayor utang je lah uollss..

So akak rasa kalau kena bengkak susu mcm tuh kena bertenang and relax kot baru keluar.

Tuesday, June 7, 2011

Quickie : Update breastfeed

Ok, semua jangan ikut mcm akak kalau korang dah ada anak dan feeling2 nak BF.

Aku dah start bg FM semalam. Actually campur2 la.. reason why, aku takde masa nak pump banyak kali.
I'm not proud of it but I'm not feeling guilty at all.
It's not like i stop BF at all. FM tu mcm penambahan sajork.
Watever it is, giving FM to baby is not crime okeh.

So, bye. Very busy.

Tuesday, April 26, 2011

Aksi Pahat..

Sekarang nih akak geram okeh dengan Pahat. Dia kalau angin baik dia datang, dia nak la minum susu guna botol, time angin tak balik dia datang jangan HARAP. JANGAN HARAP dia nak bukak mulut pon..

Kalau dia x nak dia akan buat mulut macam nih:

Atau mcm nih:

Nanti setiap kali akak amek dia dari rumah BS, akak tuh mesti cakap:

'Pa an, tak nak susu sangat arini..'

Ye... akak BS tu panggil Pahat, Pa an. Dia ingat nama dia Farhan. Akak dah betulkan tapi dia panggil Pa an, jugak. Nasib lah!.

Kadang2 akak tu terpaksa la picit2 puting botol tu kasik keluar air masuk dalam mulut dia sebab dia tak nak hisap langsung. Siap mengilai2 kat situ lagi ado.



Suh minum susu pon mcm kena dera daaa... Kalau kain mcm nih rajin pulak kau makan kan??

Lagi satu hobi dia isap jari. Rela lah dia isap jari dari minum susu. Kau tak hangen??

Akak kadang2 geram pon ado. Kang akak marah2 ado dia takut? Dia gelak2 lagi ado...

Sekarang dia dah pandai errr merangkak? mengesot? aku pon tak tau nak panggil apa. Dia merangkak+mengesot.

Dia angkat badan mcmm merangkak tapi dia jatuhkan badan dia untuk ke depan. Paham tak korang?? akak koserla nak post video kaedahnya. Imagine sendiri..

Bila dah sampai hujung2 sofa mcm nih, tangan dia terselit bawah sofa tu, melalak mintak amek...

Bila main2 dengan Apak dia nampak je Emak dia lalu terus nanges suh Emak amek..

Apa? Apak tak mampu gembirakan Pahat kah????


Monster Note : Ntah hape aku merepek tengah2 malam buta nih. Baru siap buat keje. Tak siap sangat pon, sambung esok. Botol Pahat nak kena basuh. Baju nak kena kemas. Bubur nak kena masak. Nak kena pump lagi...

Busy tau jadi emak.. Kan...kan...kannn??

Friday, April 15, 2011

Pahat dan Neb

Semalam balik opis, nafas Pahat berbunyi kuat. Kitorang risau, terus bawak pi Klinik.

Doc check paru2 dia dua2 penuh kahak. So Doc suggest amek Neb. Jadi amek la Neb... Ha tu gambar tengah melalak2 amek Neb. Kesian tengok dia.

First time dia kena amek Neb.

Pastu balik rumah malam tuh akak diserang sakit kepala yang amat sangat. Terbaring la kat katil. Telan paracetamol berkali2 tak jalan jugak. Arini pegi kelas pastu balik rumah baring sebab tak larat gila sakit kepala. Serious akak tak pernah sakit kepala mcm nih sekali. Amek Paracetamol lagi 2 kali pagi ni akak amek, tak jalan okeh. Tak memberi kesan langsung.

Nak bangun lagi la tak boleh. Kepala berdenyut2 je.

Last2 petang tuh pegi klinik lagi. Doc kasik ponstan. Makan sekali je lepas tu dah ok.

Lagi satu, sejak sakit demam selsema dan sewaktu dengan nya susu sikit sangat. Breast pon lambat penuh. Dah la stok susu takde... Adoiiiii.. kesian la Pahat mcm nihh..

Friday, April 8, 2011

Pahat dah tak debab = 6 bulan hari ini...

Sebelum tu, sorry uollsss... akak promise nak buat tutorial macaron tapi tak buat lagi kaedahnya kannnn???

Musim ujan tak boleh nak buat macaron uollsss... Terpaksa la tunggu cuaca panas sikit ye.. Harap bersabar.

____________________________________

Back to topic. Pahat dah 6 bulan uollsss arini. Cukup 6 bulan akak susukan dia takde campur2 susu formula.

Alhamdulillah juga proses penyusuan tu mudah bagi akak. Takde lagi kes susu pump2 tak nak keluar ke apa.. Susu kurang tu memang ada tapi tu biasa la kan.
Problem lain pon yang ada cuma bila Pahat taknak botol.

Yang lain bagi akak breastfeed adalah keje senang sebab tak payah nak bangun tido bancuh susu. Boleh susu sambil baring dan mata pejam gituuu.

Lepas tu travel-less... bila travel hanya bawak badan sajork +pampers dan baju extra.

Dan paling penting jimat...

So, hopefully akak dapat berjimat sehingga Pahat setahun, selepas itu 2 tahun.

Monday, March 28, 2011

Pahat makan...

Ha, semua orang pon dah tau Pahat dah start makan. Akak kasik puree sajork. Bubur nasik tak kasik lagi.

Nestum akak tak beli sebab nanti menjadi penyebab malas nak sediakan makanan untuk Pahat. Beli biskut je in case of travelling.

Lagipon dalam Pa&Ma bulan inih kata, kalau boleh jangan bagi makanan segera. Seeloknya masak sendiri.

Lagipon bukan susah sangat pon. Rebus dan tinggal. Pastu blender.

Nih suka sangat buat mulut itik mcm tuh. Siapa ajar nih?


Pakaikan bib siap2 ye uollsss... unless kalau nak mandikan dia lepas tuh.

Macam Pahat nih, 7 8 suap dia ok la.. lepas tu dia dok menyembur2 abes berterabur. Lepas tuh dia boring dah tak nak makan.


Lepas makan dok menonggeng mcm nih.

Aishh.. sekarang nih jangan mimpi okeh nak tido atas katil.. Si Pahat nih tido ganas gila pusing 360 darjah. Pastu kalau ada org kat sebelah ke atau sendal badan dia dengan bantal, dia tak dapat pusing meniarap nanti dia meraung2 time tido tuh..

isk... ba-bap kang!

Kalau ko tido sebelah dia merasa lah esok pagi ko terpaksa tido atas lantai sebab dia dah conquer space kau.

:: Hah, selain dari Wafiy yang bam bam hasil susuan ibu... Syami nih lagi bam bam okeh... 5 bulan dah 9 kilo. Kagum akak dengan emak dia tau..

p/s : Bubur nasik boleh ke simpan mcm puree buah dalam fridge?? akak feeling2 malas nak masak hari2 uollsss

Tuesday, March 22, 2011

Mulut terkatup rapat

Tadi pagi sebab keter rosak, sementara tunggu penyelamat, akak masak la bubur Pahat.

Bubur nasi + epal, pastu lenyek guna tapis.

Campur EBM sikit...

Mohd Rafi pegang Pahat. Akak tukang suap.

Ado dia nak makan????

Jangankan telan, bukak mulut pon tidak ye.. Dia mcm tak reti makan je lah..

Pastu dia keluarkann balik..

Ba-bap kanggg!

Monday, March 21, 2011

Adekah production susu akan terjejas sekiranya period??

Jawapannya ialah Tidak.

Sebab akak dah 3 kali period okeh lepas pantang. Apsal ntah cepat sangat datang period.. Baru feeling2 tak period 6 bulan mcm org lain.

Sepanjang period, production susu tak terjejas pon. Dapat je mcm biasa. Asalkan makan and minum secukupnya susu takkan kurang kot..

Lagi satu, last week aku pose2 puasa, time pump susu, alahaiii sedihnya, sehari dapat 10oz jah.

Tengah fikir2 cemana aku nak menempuh bulan puasa nanti nih??

Kalau orang arab, merasa tak puasa okeh alasan breastfeed kan anak.
Tapi tak koser la pulak aku nak menggantinya..

Ni pon nasib baik last year cuti puasa 3 hari je. Tu pon belom ganti uollss... korang dah ganti?

Monday, March 7, 2011

Project EBM ver 1

Di sebabkann demand Pahat semakin meningkat dan semakin gedik tak nak susu direct BF.

So, akak terpaksa memulakan project EBM ver 1 iaitu konsep mengepump 3 kali sehari kat opis dan 1 sekali dirumah. Maksudnya 4 kali lah kaedahnya.

Jadual pumping akak di opis adelah pukul 10am - 2pm- 4pm. Selalunya akak pump 2 kali 11am-3pm. Dan kat rumah malam atau bangun pagi sekali. Selalunya kat rumah dapat 4 atau 3oz. Kat opis dapat lah pagi2 tu 7oz pastu 4oz~5oz petang. So total lebih kurang 15oz. Kalau Pahat minum 3oz adelah cukup siap buat stok siap buang stok expired feeling2 cuci muka tangan bagai.

Tapi start arini, akak kena pum lebih sbb Pahat minum 4oz sekali. So akak tambah waktu pumping lagi sekali.

Hasil untuk hari inih (3 kali pump):

Lebih kurang 15oz. Kat rumah kang akak kena pump lagi skali. Merasa terpaksa rajin.

Ni untuk self reference akak. Next week nanti akak nak tengok kot2 bertambah ke hasil pump banyak kali nih.

p/s : Comel tak pump akak????

Anak lah anak...

Dulu akak sibuk2 anak akak x nak susu botol kannnn???

Sekarang nih siang2 tak nak direct BF pulak!. Pengsan akak jap..

Aiyohhhh... nak direct BF kena tunggu dia mamai2, paksa sumbat baru dia nak. Kalau kasik botol terus nganga je.....

Pahat, boleh tak jangan bertindak keji begitu?? Motipp lagi sebulan je nak exclusive ko buat hal??

Ni haa... sekarang tido siang nak meniarap sambil hisap jari kaedahnya. Ntah mana skill dia dapat pon akak tak tau..

Kalau susah sangat nak tido akak sumbat dalam buai.

Tapi ado dia nak tido??? Nan ado!! Dia sibuk gelak2 akak buai dia. Keji tau.

Pastu sibuk bergolek2 dalam buai. Last2 akak keluarkan lah uoollss... Biar dia meniarap sambil tertido.

Kalau bawak pegi shopping paling senang. Letak dia dalam stroler sorong la dalam 30 minit. Nanti lama2 dia tido dengan syarat jangan stop sorong dia kaedahnya.

Dia minum susu sekarang tak cukup ye 3oz. Jadi terpaksa la akak dengan rajin mengepump nak cukupkan 4oz kasik kat BS kaedahnya. Dah la direct BF pon kena paksa2..

Cemana nak buat nih??

Monday, February 28, 2011

Oversupply breastmilk...

Next week Rossi check up....**feeling2 anak aku Valentino Rossi kaedahnya.

Akak harap berat dia x naik sampai sekilo lebih. Nanti baru 5 bulan dah 9 kilot tak ke nurse tu nanti soal akak macam2 lagi?

Akak terfikir lah uollss... Adekah akak teroversupply breastmilk kat Pahat... Eh, Rossi. Menyebabkan Rossi begitu semangat sekali beratnya..

Baru2 ni kalau akak ke Mohd Rafi nak angkat Rossi, perlu dimulakan dengan Kalimah

'Alllah hu akbar'

Sambil mengangkat. Terasa tetiba berat Rossi bertambah.

Rossi, harap kalau berat nak tambah pon sila tambah ketinggian tu sekali ye?

Ibu malas la nak jawab soalan2 nurse nanti.

Meh akak citer sket cemana akak kasik susu kat Rossi.

Siang akak tinggalkan 4 botol EBM setiap botol 3oz. Bila balik rumah je asal dia isap jari akak sumbat direct breastfeed. Kalau sejam sekali, sejam sekali la akak sumbat.
Time malam, paling lena dia boleh tido pon 5 jam. Pastu kena BF every 1 jam sampai pagi.

Actually kat rumah kadang2 every 1 hour jugak akak kasik direct BF. Sebab kadang2 akak tengok dia boring, akak pon boring, so akak sumbat.... Kau ado konsep mcm nih??

so HOWW???

Tuesday, February 22, 2011

Breastpump review

**** ni akak review breastpump yang akak pernah guna sajork.. Harap maklum.

MUla2 dulu akak guna little bean yang macam nih:

Harga kalau tak less RM249. Kalau biasa kedai jual RM199. Kalau ada diskaun biasanya RM159.

Tapi akak tak galakkan beli pump nih sebab:

1) Bunyik bising nak mati mcm mesin rumput jangan feeling2 nak mengepump diwaktu hening pagi kalau tak nak seisi rumah bangun.
2) Wayar charger adelah pendek menyusahkan kau nak menunduk2 - x berapa selesa.
3) Hasil suction dia tak berapa best.


Sejak 2 bulan lepas aku start guna MIPUMP from The First Year.

Akak punya bukan Double mcm nih, tapi single sajork.
Harga tak offer RM359. Harga offer RM249 -skrg tgh offer kat baby manjaku. Price included - travel bag yang comel, botol storage + feeding, 2 liner , set pump.

Akak suka sekali dengan pump nih sebab:

1) Suction dia best gila. Corong dia lembut lekap kat breast.
2) wayar dia panjang, guna tube - so senang nak gerak2 while pumping.
3) Mesin dia adelah comel. Pastu kecik. Lebih kurang 8cm x 3cm
4) Yang penting mesin ni senyap. Pagi2 buta nak bangun mengepam pon ok jah...

**motiipp masa akak beli nan ado double pump mcm gambar tuh??

Yang tak best:
1) Kepala charger dia tu style US. Pandai2 carik soket yang sesuai kat kedai.

For manual pump akak suka Philip Avent. Sape2 yang gigih guna manual pump boleh beli.

Bye. Nak pegi lab.

Friday, February 18, 2011

How to prevent breast cancer?

The low risk of getting breast cancer :

a) woman who getting menstruation after 15
b) Menopause before 50
c) Not getting married after 30- in a way that not pregnant and breastfeeding.
d) errr...tak ingat... matila kena baling telur.

How to prevent Breast cancer:

The easiest way is keep breastfeeding until 40 y.o since breastfeeding could increase the estrogen hormone. For those who not breastfeeding, the hormone will drop significantly. So, it is important to keep breastfeeding. (dan juga beranak untuk terus breastfeeding...**matila setahun satu kaedahnya).

Eat a lot of beans - bean sprout, green bean, black eye bean, soy and etc

To avoid that can cause cancer:

hormone pil. To be exact, estrogen hormone pills (drug). Should you need to take this drug, do not exceed 5 years period.

So, sesama la kita menjaga breast kita sebab breast cancer adelah pembunuh no 1 wanita.

Monster Note : Article di atas ditulis sendiri oleh akak sendiri berdasarkan documentary vitamin.

Friday, February 11, 2011

Tuduhan2 palsu ketika check up.

Tajuk propah katanya..

Semalam akak pegi check up Pahat. Tetiba semalam ramai orang pulak. Jadi ramai la orang sibuk2 tanya sesama sendiri 'Anak berapa bulan? berapa kg?'

Tiba time Pahat semua orang kagum okeh.

'4 bulan mcm ni? Semangatnyaaa!'

Yang paling akak tak tahan ialah nurse kat situ.

Nurse : Berapa bulan ni?

Akak : 4 bulan

Nurse tu tengok Pahat. 'Semangatnyaa. Awak bagi makan ke?'

Akak : Tak lah. Saya bagi susu je.

Nurse : Bagi susu formula ke?

Akak : Tak. Saya breastfeed je.

Pastu nurse tu tengok carta dia lahir. 'Eh, dia lahir tak la besar. 3 kilo je'

Lepas tu akak terus kena interview okeh. Dia tanya akak makan apa. Minum susu ke. Ada makan suppliment ke.
Pastu dia tanya balik, ada bagi makan ke tak. Pastu dia tanya perah susu lah.

Last2 dia cakap , 'Berjaya awak breastfeed kan anak awak. Bukan senang nak breastfeed nih. Kena sabar. Jangan bagi makan sbelum 6 bulan ye?'

Gituuuuuu kannnn???

FYI, akak makan mcm biasa. Semua akak telan. Suppliment akak nan ado makan. Susu jua akak nan ado minum. Susu formula akak tak pernah bagi kat Pahat walau setitik pon. Kasik makan lagi la tak pernah. Motippp sangat fitnah akak kasik Pahat makan tau.

Tapi akak minum air banyak. Pastu hari2 minum milo time breakfast. Malam minum holick. Air teh and coffee tak minum (tapi kalau pegi rumah orang hidangkan air tu terpaksa jugak minum).

Akak pump pon pukul 7 am kalau breast bengkak. Pukul 11 atau 12 . Dan antara pukul 3 hingga 4 ptg tu tengok waktu mana yg tak sibuk.

FYI jugak berat Pahat bulan ni nan ado naik sangat pon. Panjang dia lagi la tak naik langsung. Terus akak sedih. Tapi cemana ntah kat klinik tuh semuua org kagum tengok ke'semangat'an Pahat.


Ha. Ni carta berat dia dari lahir. Nampak tak dia carta tu dah tak ikut line dia sepatutnya. Bulan ni berat dia cuma 7.75kg sajork.



Ni carta panjang yang lagi merepek akak rasa. Nasib baik bulan ni tak naik langsung panjang dia. Kalau tak, dah nak masuk ke line baby yang lahir 55cm. Padahal dia lahir 49cm je.

Syukur, Pahat mem'BESAR' dengan jayanya dengan susu akak nih uollss.. Jimat duet akak. Walaupon akak sedih bulan nih berat Pahat naik sikit jah. Paling sedih tinggi dia nan ado naik langsung.

Monday, January 24, 2011

Exclusive Breastfeed kah???

Ha ah kan, akak terpikir pulak..
Akak kan fully BF si Pahat tuh. Tapi ado bagi ubat paracetamol yg nurse suruh kasik tuh. Ada bagi gripe water sesudu time dia kembong. Ada bagi air masak( ni ayah dia bagi sebab time dia jaga tuh Debab tak henti2 sedu.

So, dah tak kira exclusive la kan??

Xpe lah, macam aku kesah je. Asalkan dpt BF dia sampai 6 bulan dah ok.

So far tak pernah bagi FM lagi. Masih ada breastmilk lagi.

Stok EBM pon cukup2 makan untuk seminggu jah sbb memang tak buat banyak since Pahat bukan suka sangat minum EBM jadi kalau perah2 pon rugi je terbuang banyak2.

So, banyak direct BF je. Time Farhat tengah stim2 isap jari time malam2 tu akak sumbat jah direct. Biar dia minum banyak sket time malam since siang dia tak nak minum sangat.

Masalahnya ialah, sejak dia isap jari ni hobi dia ialah suka tido okeh.

Senang sangat stim2 feeling2 tido. Asal tinggalkan dia sorang2, dia boring, isap2 jari, tengok2 dah tido. Howww????

Tuesday, January 18, 2011

Rombongan Puan Ilotss

Suka2 kau kan letak sss belakang nama nak kasik glamer... kau ado??

Gini ceritanya emak akak nak tengok adik akak kat jerantot tuh. Pastu adik akak nak ikot sama, sekali je mak mertua akak pon nak ikot. Howww??

Terpaksa la bawak 2 keter.

Adik akak tuh baru abes pantang. Anak dia suka nanges. Serious tak tipu anak dia nanges 10 jam. 14 jam lagi tido. Xde la straight 10 jam nanges, agak2 la kalau nak tipu. Tapi tido 1 jam, pastu nanges la gitu..

Mak akak kata dia dah kurus jaga anak si Tipot tuh. Howw?? Dah la orang tua tu ada high blood pressure.

Akak pon tak tau nak buat cemana anak dia tuh. Nak kata lapo, sumbat susu dah. Ni pon sebulan je berat dia naik 1.7kg, dari lahir 3kg lepas sebulan 4.7kg.

Pegi berurut ke amek air penenang ke sama je anak dia.

Tukar nama jadi Ismail pon sama okeh.. BTW nama anak dia Rayyan Nafiz tapi kitorg sajela panggil Ismail mana tau berenti nanges ke.. Tapi ado???? Nan adooo okeh..

Korang tau ke cemana nak kasik anak dia kurang sket nanges??

BTW masa kat kampung dia tido sebelah Pahat debab tuh, Si Pahat tu pulak tak boleh tido..haha sebab bising. Hahahaha... Rasainnn kau debab!

p/s Rindu kat Pahat. Harap2 arini dia nak la susu botol. Aku dah mengangkut segala jenis botol, puting kat rumah akak tuh. Siap dengan syringe dengan sudu semua aku bawak okeh.

iklan