Showing posts with label Farhat. Show all posts
Showing posts with label Farhat. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Kemeskenan + Inject 1 tahun 6 bulan

Akak nak pitam. Gaji akak masuk bulan depan. Matila lah akak duet negative.
Duet belanja tak kisah sangat. Akak kan banyak hutang uollss... hutang keter, credit card semua tu ha.. merasa bank call akak hari2 tuntuntu hutang.. Merasa aku silentkan Phone jah!

Eh, sebelum orang lahar akak nak jelaskan pegi cameron di sponsor oleh Mohd Rafi. Manakala beli starwbery tu jah pakai duet akak. Itupon untung Mohd Rafi nak jugak bawak akak jalan2.

Lagipon hutang akak, akak bayar sendiri eventhough akak tak kerja. Akak bayar guna duet buat kueh. Tapi bulan ni kan akak feeling naik kerja so akak dah berenti buat kueh banyak2 tuh.

Padan muka kau!

Semalam akak pegi check up Pahat 1 tahun 6 bulan. Macam biasa Pahat punya ketahanan sakit dia memang hebat. Nangis pon tidak kena cucuk jarum.

Balik aku bagi ubat sekali je.

Dah tu, BS sms arini dia demam. Kesiannn anak akak!

Semalam bagi makan dia taknak. Dia luehkan balik. AKak paksa2 sumbat pon dia taknak. Maybe sebab dia tak sedap tekak.

Tadi balik tgh hari tengok rumah dah berkemas. Mesti Mohd Rafi kemas tadi pagi. Akak kan pegi keje awal.

Akak yakin malam nanti dia balik dia bebel2 kat akak puiler!!

Dah la semalam dia suruh sidai kain sebab dia dah basuh akak buat bodo je..**matilah nuraka.

Hellooo.. akak tak buat keje hokeh kalau takde mood. lagipon akak baru lepas masak. Matila CD Owner kata ALASANN sangatttssss...**mak dah tau kau nak cakap apa..

Bye. Nak balik keje!

Monday, April 9, 2012

Pahat sudah 1 tahun 6 bulan..

Nah gambar Pahat tengah berak kat cameron. Adik aku si gila tu amek. Pastu, si Pahat nih suka berak sikit2. Pastu main. pastu sambung berak lagi.

Aritu aku ingat dia dah abes berak, so pegila basuh bontot dia. Pastu adik aku Temok bising2 kata:
'Eiiii busuknya taik Pahat'

Dah tu, lepas aku basuh, Pahat tu pegi duduk sebelah Temok tiba2 terberak kat situ. Padan muka Temok geli2 sangat last Pahat berak sebelah dia. Rasainnn loh!

Kannn?? entry berunsur berak. Kau ado?

Pahat dah 1 tahun 6 bulan dia cuma tau sebut ayah dia sajork. Time nanges2 sebut ayah kau. Padahal ayah kau tu nan hado disitu. Koser emak!

Tuesday, March 20, 2012

rambling merapu at 3 am

Ha..tu dia, tak sedar diri minum coffee merasa tak boleh tido.

Yes, uolllss, akak memang tak boleh minum coffee before tido. Memang selamat mata aku segar bugar.

Akak nih dah berapa minggu plan nak buat kueh seri muka. Nan hado. Barang2 dah beli tapi nan hado. Pastu feeling2 nak buat opera cake pulak. Dah keluarkan egg whites, beli almond, juga nan hado.

Kalau dulu masa takde anak, terus jah buat. Ni kalau kau buat time dia tak tido memang selamat lah kek kau. Kalau time dia tido pulak, baru bunyi air paip kat sinki dah bangunn. Sensitif gila dengan bunyi.

Ye, sebab akak pon sensitif dengan bunyi. Even bunyi jam dinding pon boleh menyebabkan akak tak boleh tido. Jadi jam loceng Mohd Rafi tu aku campak keluar bilik.

Speaking of job tadi siang, lect tu call suh naik isnin nih.

Esok kena bagitau babysitter nak hantar Pahat...

Alaaa sedihnya kena hantar Pahat. Pastu akak risau kalau tak boleh siapkan project tuh. Pastu risau kalau tetiba aku tak suka job tu kannn?

Sekarang aku suka lagu FALLING by John Park. Tenang je dengar lagu tu.

Esok nak puasa ganti. Tengok status Shilla kat FB baru gelabah nak ganti.

Tadi Pahat kena marah dengan Apak dia. Marah je pon. Tapi aku kesian gila dia kena marah. Padahal kalau aku marah lagi teruk siap kena babap lagik.

Kannnn?? Kalau emak buat takpe. Orang lain tak boleh tau... Sayu hati emak.

Pahat nih dah nak 1 tahun 6 bulan tapi tak makan saman punya budak. Orang kata jangan, takde makna dia nak dengar. Makin dia buat. Mana tak kena babap.

Mohd Rafi kata emak dinasour, bukan singa hokeh, dinasour terus.

Akak harap, akak dapat kerja dengan ikhlas minggu depan. Akak juga harap akak tak malas dan juga banyak main internet dari bekerja. Biarlah gaji yang akak dapat tu halal supaya lebih berkat gituuuu..

Akak tak ckp org lain, tapi diri sendiri. Keje dulu flexible lalu menyebabkan akak suka mengular hokeh. Walaupon semua keje siap tapi mcm tak sedap hati la pulak kaedahnya.

Meh ikut CD Owner, kalau kau ajak lunch pon makan macam nak kena langgar keretapi. Pastu weekend sibuk pi kerja. Kau mampu???

Eh, tapi Mohd Rafi pon sama. Kalau ada motor2 orang pending mesti dia rasa tak sedap hati. Lalu sibuk siapkan juga.

Atau lelaki memang mcm tu? Perempuan kalau keje asik teringatkan anak kannn??

Lagi2 kalau anak sakit.

Harap2 Pahat happy kena tinggal sebab anak akak BS tu pon suka dengan dia. Dan harap2 juga Pahat nak minum susu botol. Dah sedap kan tinggal dengan emak 4 bulan direct BF jah.

I will miss you! Walaupon emak selalu marah2 dan babap tapi emak tetap sayangkan Pahat tau.

Monday, March 12, 2012

My little Rossi

Anak akak yang bernama Rossiudin tuh sudah kemaruk naik motor sekarang.

Pantang apak dia naik motor dia pun sibuk.

Kalau ko amek time dia tengah duduk atas motor tu jangan harap dia nak. Siap tepis2 lagik tangan ko.

Lagi 2 3 tahun memang la apak ko belikan pocket bike untuk anak dia. Pocket Bike to motor yg kecik untuk budak2 tuh. Eh tapi laju okeh. Kalau takat nak jalan2 kat putrajaya nih sampai la sangat..

Korang tengok je la nanti Apak dia tuh. Silap2 kejap lagi dia ajar modify motor. **pengsan emak.

Skrg ni pon boring2 dia bawak lari anak dia naek motor keliling taman.

Pahat, kalau takat nak jadik racer cup prix jah baik tak payah. Alang2 jadi mcm Zulfahmi tu ha.. Clust dah kaya dan boleh travel around the world.

Pahat dah 1 tahun 5 bulan, harammmm tak cakap lagik sepatah pon. Next month mesti aku kena jumpa doctor lagik tau..
Masalahnya...masalahnya... hari selasa tu ramai orang sekali dgn orang2 mengandung... Jadi kena tunggu Lamaaaaa uolllssss.

Dah la Pahat tu tak reti duduk diam. Pastu suka tegur2 orang. Pegang2 orang. Kadang2 suka tarik rambut atau tudung orang. Orang yang suka tu takpe la.. Yang tak suka tu jeling2 akak tau.

Eh, ada orang kan cakap akak manjakan Pahat.

Aiyoooo... dia tak tengok lagi akak babap di Pahat tuh agaknya.

Masalahnya, tak kan depan orang ko nak pukul atau marah2 anak ko kan??

Tak nak aku jadi orang gila kat depan orang ramai pukul anak. Pastu anak ko nanges satu hal tak ke jadi centre of attraction??

Akak pernah tgk ada cha ya nun alip tu anak dia pegang mainan kat Jusco je dia pegi pukul budak tuh sampai nanges. Tak logik langsung.

Dah tu bila budak tu melalak. Dia marah2 pulak.

Jadi, depan orang ramai selagi boleh elakkan, sila elakkan. Kalau tak nanti siapa yang malu??

Nak pukul atau marah biar reasonable sikit walaupon kau bukan wardina.. Opppss...Wardina lagik kannnn??

Sunday, March 11, 2012

You need to got some luck dude!

Kisah entry sebelum nih akak koser nak drag panjang2.

Akak buat kesimpulan yang pompuan tu dah ada ustaz minang. So, saja la carik alasan nak putuskan hubungan gituuuuuuu. Watever!

Akak sedang meroti uollss... Tunggu roti naik.

Mula2 akak ingat nak guna resepi Shilla. Pastu pemalas punya pasal. Akak guna jah resepi donut cuma guna high protien flour+warm fresh milk.

Aku kena buat semuanya cepat before Pahat bangun. Kalau tak bakal jadi pemusnah alam.

Kau bayangkan akak dah cetak2 donut. Dah rise nak tunggu goreng. Dia amek blok lego tu dia cetak lagi atas donut tu jadi petak2.

Aku uli donut masukkan tepung dia pon masukkan bawang dalam mangkuk aku.

Akak bakar muffin, dia curik 2 bijik makan kat depan.

Tu belum aku potong tumbuk bawang dia masukkan kulit dalam tu sambil sibuk duduk atas riba aku, sambil tangan sibuk pegang lesung.

Akak try la bagi dia mangkuk lain, biar dia duduk diam2 situ. Eh, tidak hokeh, dia menyibuk jugak kat emak.

Tension nyah!!

Kadang2 aku geram aku cubit. Kadang2 aku jadi Dinosour kata apak dia. Habes tu bila nak siap kalau asik mcm tu je keje aku?

Sorry lah ye, akak bukan Wardina watever.

Mula2 cakap slow2la, -Jangan Pahat. Ibu nak buat keje.

Lama2 terus jadi singa.

Tapi sekarang ni dia dah Paham kalau akak cakap jangan tu JANGAN.

Tak dengar jugak, aku cubit saje.

Akak nak kena beli pagar lah supaya dia tak boleh ke dapur. Tak tenteram hokeh akak nak buat keje mcm nih.

Minggu ni akak dapat rezeki banyak sikit. Tapi penat jangan citer. InsyaAllah next week pon masih ada rezeki.

Jadi, akak belikan mainan ABC magnetic kat Pahat walaupon hakikatnya dia masuk mulut.

Wednesday, February 15, 2012

Rezeki

Pahat di Klinik Desa. **gambar lama.

Ha tu klinik desa berupa rumah papan. Bila kau jalan bunyik ''krikk..krikkk"

Gituuuuuuuu...

Akak pi jumpa Doctor semalam. Doctor kata ok jah. Tunggu 1 tahun 6 bulan kalau dia tak reti cakap lagik jumpa dia balik.
Best tau Doctor tuh, muda lagik boleh gelak2 dengan akak lagi dalam tuh.

Akak baru lah perasa setelah berjumpa dengan kawan2 lama yang FB akak dipenuhi dengan status Pahat.
Bila jumpa kawan yang lama tak jumpa nih, diorang akak cakap:

'ooooo...ni la Pahat? Selalu tengok dalam FB je..'

'ooo ni Pahat yang selalu sebut dalam FB tu eh?

Gituuuu..Pahat menjadi glamer. Clust Pahat!

Citer Pasal rezeki,

Akak dapat cheque lebihan bayar insuran lagik. Ntah berapa banyak aku terlebih bayar ntah.

Dapat 100 jah. Tapi itu pon rezeki bukan??

Nak cakap pasal rezeki ni, datang dari pelbagai punca.

Anak ramai pon rezeki bukan?? Sebab ada orang bukan main susah nak mengandung.

Dapat duit rm10 pon rezeki bukan?? Sebab ada orang nak dapat RM10 sehari pon susah.

Dapat Makan free pon rezeki juga, ada orang tak makan sehari.

Dapat kawan yang baik dan suka menolong juga rezeki, ada orang dapat kawan makan kawan.


Ye...banyak lagi bentuk rezeki bukan dari segi wang saja. Akak bersyukur walaupon kekurangan wang sekarang tapi akak dikurniakan rezeki 'HAPPY' duduk rumah kaedahnya.

Ada aku kesah orang cakap aku ado degree oversea ke hapa tapi dok rumah? Asalkan aku tak mintak det kau sudehhhhh!!

Yela... akak tengah carik keje lah niii..!! Mujur jumpa kawan2 lama. Dapat juga korek2 keje kosong. Kalau ada REZEKI insyaAllah ada lah...

Saturday, February 11, 2012

Saket

Hoih, mengapakah sejak berumur 30 series... nih badan selalu saket2?

Kepala pon selalu saket2. Makan paracetamol tak jalan aku telan ponstan.

Adekah sebab dah jarang exercise. Bukan jarang ye... TAK PERNAH.

Merasa la kau kannnn??

EH,pastu akak pegi check up Pahat kannn, Nurse tu buat appointment dengan Doctor tau next week. Sebab, dah 1 tahun 4 bulan sepatah haram perkataan pon Pahat tak reti cakap.

Arahan dia paham. Kalau suruh bye bye ke, kiss ke, amek henpon emak yang malas nak bangun ke..**matilah.. suruh baca doa ke..

Tapi nurse tu kata masalahnya dia sepatutnya dah bercakap 1 2 patah perkataan.

Jadi next week kenala akak jumpa Doctor.

Akaknan ado lah risau mana tapi dah nurse tu suruh, akak pon pegi jahhh.

Hoih...bye, saket badan.

Thursday, January 19, 2012

Kenapa mengecut??

Akak pose2 tengok gambar2 lama Pahat time baby..

Dulu2 tembam gila uollss... Sekarang dah mengecut.


Nampak?? masa ni 3 4 bulan camtuh kot.

Sekaranggg...

Tu diah aksi tido cemana ntah akak tak tau.

Arini keje dia adelah bukan almari kain, lalu mengembur satu demi satu kain dalam tu.

Oiii Pahat. Kau hengat emak kau ni rajin sangat nak melipat kain??

Lalu akak pon terus bertukar menjadi petir.

Akak dah tak kira tips wardina mendidik anak ke hapa ke..

Tu belom dia mengembur semua baju2 kotor dia dalam bakul. Habis kat situ dia kembur semua mainan2 dia dalam bakul.

Lepas tu pegi dapur pulak keluarkan mangkuk ntah hapa2.

Aiyoooo...tipis kesabaran emak kau ni tau?

Sumbat balik dalam perut kangggg!!

Akak kan cakap dengan Mohd Rafi nak conceive adik Pahat. Tapi dia tak nak. Financially not stable katanya... terus pose2 Nauzubillah gaji kecik...**eh, matila terlaser pulak.

Saturday, January 14, 2012

Takde masa nak boring okeh!



Ha...time senyum mcm ni sejuk perot emak mengandung.

Time menyepah2 barang kat dapur, naek blood pressure emak! Abes segala bawang, food coloring, tepung kat dapur.. Pengsan!!

Lagi Apak kau balik komplen kan rumah bersepahhh??? Aiyooo berapa puluh kali emak nak kemas??

Heh, ingat tak akak ado feeling2 nak regoster sijil kewangan ittewww??

Sampai sekarang wokeh akak tak register sebab owner akak mcm tak bagi jah nak guna alamat rumah.

Tapi bengkel boss Mohd Rafi kan 2 tingkat kannn?? so tingkat atas kosong. Diorang guna tingkat bawah.
So akak tanya boss dia boleh tak nak guna alamat tingkat atas. Boss dia bagi okeh. Siap nak buatkan agreement bagai untuk aku submit masa register nanti. Clust Boss Mohd Rafi tau!!

Lupa nak bgtau. Boss dia adelah melayu. Mohd Rafi kata dia dah taknak keje dengan cha ya nun alip sebab biasa nak untung sajork. Motor rosak sikit pon kasik tukar benda2 tak sepatutnya gituuuu..

Hari selasa ni pegi indon lagik dengan Boss dia tuh. Diorang kan sekarang buat project supply tayar camtuh. sebab kat indon berkali2 murah dari sinih.

Eh, lupa jugak nak cakap, aku tak bayar satu sen pon guna tingkat atas kedai tuh. Tapi nanti aku bagi la boss dia 2 3 balang choc chip cookies yang dia suka sangat tuh. Selalu order 2 balang dalam masa 2 hari diorang dah abeskan.

Akak pon dah tak lalu makan uollss...

Dah..dah.. Pahat dah bangun. Bye!

Tuesday, January 10, 2012

Amboiiii mentang2 dah pandai jalan...

Pahat dah setahun 3 bulan arinih.

Akak nak pengsan tiap kali nak memasak. Dah la konsep kitchen akak tu OPEN. Akak basuh pinggan tetiba dia dah kat tong sampah. Kang akak tengah masak dia tengah mencapai pinggan kaca aku. Kusss semangat aku menjerit.

Tengah basuh kain tetiba abes bawang2 aku terabur. Istiqfar banyak2 emak.

Jadi kalau feeling2 nak buat keje tu kena tunggu dia tido. Ataupon kalau nak masak kena masak yang simple2 je.

Baking pon kena tunggu dia tido jugak.

Eh, aritu kan pegi klinik nurse tu cakap sepatutnya setahun 2 bulan dah tau cakap 1 2 patah perkataan. Nan hadoooo okeh Pahat. Dia pandai bercakap bahasa baby jah.

Lion pandai tau bercakap dengan Pahat. Ntah bahasa apa emak nan ado tau.

Akak nak tunjuk gambar Pahat dengan Lion masa balik Johor aritu.


Rambut macam durian nih adelah LIon.


Yang botak tu anak akak lah. Menyibuk kat Lion yang tengah main henpon apak dia.


Di jusco TEBRAU. Campak dalam troli2 dua2 budak. Tapi kejap je lah nak. Lepas tu meraung2 nak turun jalan sendiri. LIon tu takpe la ada Apak dia kejar. Kau tu Pahat ado emak ni je okeh. Semput nak kejar kau sambil tolong nenek pilih handbag.


LIon sibuk je nak rampas bantak Pahat. Ko tau tak tanpa bantal itteww Pahat tak boleh tido ha??? Dalam gambar tersebut kedua2 budak sedang melalak ye uolls.. bukan sedang ketawa.


Pahat menumpang kasih kat Apak LIon. Pahat kan kekurangan Kasih sayang Ayah dia, so kat Johor tu mana2 lelaki yang berkulit gelap dia ingat APak dia.
Sibuk je PEHA besar emak LIon menyibuk dalam gambar tuh.

OKlah, akak nak tido pulak uollss...

Tuesday, December 27, 2011

Jalan2 ke pantai puiler..

Sebab akak esok nak balik johor. Tak tau la seminggu ke 2 minggu ke forever ke... SO akak tinggalkan dengan update2 yang lapuk. Matilahkan feeling2 diva.

Ni berita last week semasa Mohd Rafi pegi Jakarta.

Bawak anak sedara aku Beena nih jalan2 kat pantai putrajaya sebelah Pullman tuh.
Beena kurus kena tiup angin melayang.


Nak melepaskan diri. Si Beena tu dengan Pahat dah nak sama besar uolls.. Kalau dibiarkan Pahat tuh mau terjun dalam tasik tu kang.


Sibuk berjalan atas pasir.

Masa akak pegi keje Beena tu lah yang mandikan Pahat. Sebab Mak akak tak kuat nak angkat Pahat, tangan mak akak kan patah tak baik2 lagik.

Akak pon suka sebab dia boleh jagakan pahat time akak masak gituuu.

Esok akak balik johor dengan membawa 20kilo durian beli kat pasar. Sampai luka2 kaki aku mengangkat. Gigih punya pasal kannnn??

Dah tu balik rumah Mohd Rafi paksa aku letak kat luar sebab dia tak tahan bau durian. Keji sangat kann??

Byeeeee... Dont Miss Me!

Kereta baru

Uolllss aritu akak balik johor, akak singgah rumah Tipot Ompong. Pastu ada kereta Lion tu, Pahat suka la pulak naik. Pastu memekak picit lagu2 yang ado kat keter tuh.

Pastu Pahat tu over la pulak naik keter tu mcm dia punya..

Pastu akak citer kat apak dia. Apak dia kata:
'Nanti ayah belikan tau..'

Cuba kalau akak yang mintak. Hado??? nan hadoooo!

Budak botak kesayangan apak. Akak pon tak tau sapa yang ajar dia buat molot mcm tuh. Mohd Rafi tuduh akak tauuu..

So, ahad christmas akak pon feeling2 pegi KL cari kereta dia. Pegi lah kat jalan apa ntah yang banyak2 kedai jual toys tuh.

Ni kat depan kedai toys tuh.

Tapi nan ado jual kereta murah2 uollss.. Ado kereta remote mcm Aaron nephew Fiza hado,

Ala...yang duduk pastu orang kawal keter tu guna remote tuh... Harga kat situ dalam RM370. Koserrrr lah kitorang yang mesken ni nak belikan Pahat.

Pegi dalam 3 4 kedai pon nan ado.

Pastu pegi la Jalan Tar misi utama nak bawak mak aku jalan2 cari kain.

Ya Allahhhhhhh.... ramainya manusia kat Jalan Tar. Kat depan SOGO tuh dah mcm ado parade akak tengok.

Last2 akak pegi 4 5 kedai kain je dah. Koserrr uollss nak jalan jauh2. Pastu terus pegi SOGO.

SOGO memang SALE banyak. Kalau akak kaya dah lama akak kirai duit kat SOGO itteewwww..

Tapi cari barang pahat sajork.

Beli la baju yang sekali dengan seluar tuh RM10. Emak mesken. Dan Apak belikan Pahat Lori askar.

Ni ha Lori askar Pahat. Harga RM47 hengget. Memang yang paling murah yang ado kat situ akak beli uolllsss..

Tuesday, December 13, 2011

Perempuan gigih.

Semalam cuti kannnn??

Akak balik johor. Merasa. Balik hari uolls..

Akak dan Pahat sajork.

Akak kan memang suka buat keje2 impulse nih.

Pagi pukul 9 call mak akak tanya nak datang kl tak. Dia kata nak. Terus akak cakap. Akak amek sekarang!

Terus siap2kan Pahat mandikan, pack bag. Start keter. Isi minyak. Keluar duit. Zooom! Balik johor.

Alhamdulilah Pahat ok je dalam keter. Dahla aku sorang je kalau dia ngamuk menaya aku.

Dia tido dalam car seat.

Sampai bandar putra kulai, amek emak aku dan anak sedara aku yang cuti sekolah tu nak ikot. Balik Sening. Emak pack baju segala. Pegi rumah mertua kat sungai Mas, amek pucuk ubi.

Order je bukan aku yang petik. Bapak mertua akak tolong petik.

Naik hiway, singgah Tiram rumah Tipot ompong.

Pastu ingatkan gigih nak pegi JPO(Johor Premium Outlet). Tapi aku dah tak larat kang pukul berapa nak sampai rumah???

So terus drive balik KL. Sampai lepas machap Pahat mengamuk. Emak aku pujuk2 dia tak nak tetap melalak2. Gila nak berenti tepi2 jalan tuh?

Jadi akak gigih jugak drive sampai Pagoh, susukan dia. Letak balik kat car seat tak nak meraung2.
Dengan mak aku pon tak nak.

Jadi, terpaksa la akak drive sambil pangku dia. Ye, tolong jangan ikut cara akak inih. Tapi kalau dah anak ko meraung2 kau tahan kah nak dengar??

So, sambung drive balik. Lama2 dia tido kat lengan akak. So belah kiri pangku dia, tangan kanan drive.

Perempuan very the multitasking sangatss kannn?? Lelaki ado?

Pastu stop kat hentian tangkak kot, baringkan dia kat belakang sebelah mak akak.

Dan dia tido sampai rumah.

Dan aku penat nak mati arinih. Takde sapa segigih akak balik johor sehari drive sendiri.

MOHD RAFI mana?????

Lagi mau tanya. DIA KEJEEEE laaaaaa!

Sunday, December 11, 2011

Berjalan2 ke Zoo KL.

Ingat tak entry akak pegi Zoo Melaka yang binatang2 ittew semua pose2 ala pemalas nak keluar feeling2 duduk tempat berteduh jah??

Kini akak pegi zoo lagi bawak Pahat. Sebab akak bising sibuk berzikir kat telinga Mohd Rafi bawak Pahat pegi zoo.

Tadi pagi pegi la Zoo. Bayar RM20. Mahalnya uollsss! Zoo Melaka kalau tak silap RM7 jah.

Toddler under 3 FREE.

Sebab akak feeling2 dengar orang cakap Zoo KL nih besar penat nak jalan konon2nya. Akak pon naek tram. Kena bayar lah! ingat free?? RM3 dewasa, under 3 FREE.

Ni atas Tram. Pahat xde apa2 perasaan naik nih. Contoh akak pakai BB produk. Chantek kahhhh??? **matila..

Sibuk je tangan Mohd Rafi yang gelap nak interframe kat situ. Dah la tak sama color dengan akak dan Pahat.

Tram tu stop kat station tengah. Kat kandang harimau. Tapi harimau tu pemalas uollss... Dia pose2 baring jah. Motippp??


Ramai gila manusia kat Zoo arinih okeh. Nak pegi satu2 kandang binatang pon kena mencelah dicelah2 orang ramai.

SI Pahat ni sibuk nak berjalan, taknak dokong. Tapi dia berjalan banyak tempat dia stop. Asal jumpa daun je dia stop sibuk nak pijak.

Tapi ZOo KL ni tak la sebesar Zoo Melaka. Akak jalan2 dengan Mohd Rafi n Pahat tiba2 eh, dah sampai pintu masuk balik dah? Kejap gila.

Masa pegi Zoo Melaka mcm nak mati jalan pegi pintu masuk balik. Kan Fiza kannnn?? Binatang pon mcm tak banyak jah. So, akak lebih suka Zoo Melaka.



Ni dah nak balik amek gambar dengan badak replika. Kau hengat Syella Kamarudin jah ada replika?? **tetiba.

Tangan Mohd Rafi tetap enter frame di situ. Chantekkan tangan kau??


Jangan tak tau nak amek gambar dengan gajah ni pon kena beratur okeh. Tetap tangan Mohd Rafi nak interframe. Tension hakak!

Walaucemana pon we had fun bawak Pahat pegi Zoo. Balik kitorang belikan Pahat Gajah mainan. Nanti tunggu Pahat 3 tahun baru bawak pegi Zoo melaka pulak. Hopefully masa tu dia dah kenal binatang.

Sekarang nih bawak pegi Zoo dia sibuk main Daun bukan tengak binatang. Emak bapak dia je yang lebih2..

Friday, December 9, 2011

Setahun 2 bulan.

Anak Mohd Rafi tido ternganga mcm tuh.

Uollss... sepatutnya Pahat ada check up semalam. Tapi petang tu akak dok carik2 buku check up dia tak jumpa uollsss..

Matila la akak kena maki dengan nurse tau.

So, akak tak pi check up Pahat lagik.

Sekarang Pahat semakin gedik. Terutamanya bila jumpa apak dia. Hobi dia mengekor kau kemana sahaja pergi sambil pegang kaki kau. Dah mcm suster ngesot pon ada aku tengok.

Kalau Apak dia ada bukan main gedik tak boleh berpisah. Pantang apak dia hilang sibuk carik melalak2.. Padahal Apak dia bukannya banyak berjasa kat dia pon. Emak nih yang bangun malam susu kan dia, meneran dia keluar mcm nak mati tauuu...

Akak rasa sebab dia jarang jumpa apak dia, Paling2 jumpa time pagi bangun tido jah. Malam time apak balik dia dah tido. Weekend pon kadang2 Apak keje jugak.

Sekarang ni Pahat cepat belajar kalau ajar bukan2.. hahaha.. contohnya ajar pegang henpon kat telinga, (tapi takde makna aku nak bg henpon aku, kasik la kain ke apa ke..)
Nak tido kena ada bantak busuk untuk digentel.
Aku ajar pekup mulut sekali je terus dia ikut.
Ajar kira one two three four five guna tangan dia tak berapa reti sangat sebab dia tak reti sebut.

So, kesimpulannya kalau ko ajar dia gerak2 kan tangan dia ikut, kalau ajar sebut2 harammmmm!

Nak berbuih akak ajar dia sebut 'IBUUUUUUU' nan ado dia sebut.

Tuesday, November 29, 2011

Mana? mana? mana?

Mana citer Cinta Elysa akak????

Tetiba meroyan kannn??

So, lebih baik akak upload gambar Pahat.

Tukang sepah rumah in action. Dia memang suka menyelit kat mana2 dia suka. Ampai kain tu paham2 lah uolls musim ujan nih. Lebih2 lagi tempat pengering mesin basuh akak tuh rosak. Merasa la kain perah pakai tangan pastu, ujan je tak jugak kering2 kain akak.

Nampak tali kat leher dia tu? Dia memang suka letak benda kat leher. Tak kira lah kertas ke, kain ke bantal ke..

Pahat jalan nan ado lah laju. Dia still jatuh bangun lagi. Tak laju mcm Lion. Lion 11 bulan jalan dah laju.

Dah tu, ko tau Lion tak reti stop berjalan. Keje dia meround satu rumah. Nak tido pon berjalan lagi. Bangun tido tup2 berjalan. Pengsan emak dia!!

Pastu dia tak nak dengan orang lain. Nak dengan emak dia jah.. siap panggil..

'ammmmamamama..'

Dah tu, dia suka ajak Pahat round satu rumah jugak sampai ke dapur. Memang la balik kampung tak berapa boleh tido sangat budak 2 orang tuh.

Gambar Lion and Pahat berdua nan ado. Emak malas nak amek sebab sibuk bergossip dan tido..**matila...

Thursday, November 24, 2011

Pahat, cancel jadi rider!

Haaa... cemana tuh?

Akak cakap dengan Pahat mcm ni:

Pahat tak payah jadi Rider mcm Rossi lah, jadi player bola sepak jah. Nanti Pahat dapat 30k, bagi ibu 10k tau. Tapi jangan kawen dengan artis.


Bolehhhh??

Lalu Pahat jawab.

'Ajijiijijiiiiii...bububububu' Sambil tepuk2 muka emak..

Apa maksudnya tuh?? **matila emak pon taktau.

Monday, November 21, 2011

Pahat kat opis.

Arini akak sangat tension.

Pukul 8 akak BS msg akak bgtau dia nak cuti arini.

Motippp??

Aku tak kesah la dia nak cuti. Tapi bgtau la awal.. Aku bukan boleh suka2 je nak cuti. Lagipon arini ada kelas nak buat preparation lagik..

Nak suruh Mohd Rafi cuti mati hidup semula pon dia x nak okeh..

So, akak feeling2 bawak Pahat pegi opis.

Pengsan okeh.

Ni dia tido ok la. Kang bangun semua benda dia nak capai.

Gambar malas mau upload.

Anak apak.


Kannnn??? gaya tido sama kaedahnya. Walaupon Pahat cerah banyak dari apak. Apak nampak sipi2 je kat belakang tuh.

Muka happy dalam parkson Alamanda. Biasala kannn hari ahad adelah hari bersama apak.. **kata apak dia.

Nasib baik arini ujan sepanjang hari. Kalau tak Apak kata dia nak pegi keje jugak... Pengsan dengan pahat lagik!

Friday, November 18, 2011

Tamak

Tu diah semua nak masuk kat mulut.

Semalam kan akak dok busy siapkan order orang, sekali je Pahat dengar bunyi moto kat depan rumah.

DIa pon kelam kabut pegi kat pintu siap melalak2 bagai..

Tapi, tu bukan apak dia uolls... Tu orang lalu saja nak rem kat depan rumah akak kuat2 kannn??

Dah tu dia dok tunggu la kat depan pintu tu sambil capai2 tombol mcm dia tau nak bukak je.

Sebab selalunya apak dia balik dia tunggu kat pintu pastu melalak, nanti apak dia amek.

Semalam lama jugak dia tunggu apak tak amek2 jugak.. Last2 dia mengamuk. Aiyoohhh terus terhenti pembuatan kek akak.

DIa tak tau next week apak nak pegi indon 4 hari.. Merasa apak bawak pahat sekali!

iklan