Tuesday, January 18, 2011

Rombongan Puan Ilotss

Suka2 kau kan letak sss belakang nama nak kasik glamer... kau ado??

Gini ceritanya emak akak nak tengok adik akak kat jerantot tuh. Pastu adik akak nak ikot sama, sekali je mak mertua akak pon nak ikot. Howww??

Terpaksa la bawak 2 keter.

Adik akak tuh baru abes pantang. Anak dia suka nanges. Serious tak tipu anak dia nanges 10 jam. 14 jam lagi tido. Xde la straight 10 jam nanges, agak2 la kalau nak tipu. Tapi tido 1 jam, pastu nanges la gitu..

Mak akak kata dia dah kurus jaga anak si Tipot tuh. Howw?? Dah la orang tua tu ada high blood pressure.

Akak pon tak tau nak buat cemana anak dia tuh. Nak kata lapo, sumbat susu dah. Ni pon sebulan je berat dia naik 1.7kg, dari lahir 3kg lepas sebulan 4.7kg.

Pegi berurut ke amek air penenang ke sama je anak dia.

Tukar nama jadi Ismail pon sama okeh.. BTW nama anak dia Rayyan Nafiz tapi kitorg sajela panggil Ismail mana tau berenti nanges ke.. Tapi ado???? Nan adooo okeh..

Korang tau ke cemana nak kasik anak dia kurang sket nanges??

BTW masa kat kampung dia tido sebelah Pahat debab tuh, Si Pahat tu pulak tak boleh tido..haha sebab bising. Hahahaha... Rasainnn kau debab!

p/s Rindu kat Pahat. Harap2 arini dia nak la susu botol. Aku dah mengangkut segala jenis botol, puting kat rumah akak tuh. Siap dengan syringe dengan sudu semua aku bawak okeh.

Macam2 pe'el nya..

Akak nak pengsan kejap..

Biasala Farhat kan x nak botol sangat. BF pon sekarang kalau dia kenyang dia tak nak. Dulu main nganga je, sekarang tidak lagi okeh.

BF pon nak sebelah KANAN dan nak BARING sahaja. Kau tak pengsan???

Pastu untuk kosong kan yang belah kiri punya pon aku terpaksa bagi dari sebelah kanan juga. Sila bayangkan sendiri bagaimana hodohnya posisi aku menyusukan Pahat tuh.

Padahal rasa sama je kanan ke kiri pon. Bila aku susukan dia dari posisi kanan baru la dia nak.

Disebabkan siang dengan babysitter tu dia x nak susu sangat, jadi malam terpaksala juga aku berjaga 2-4 jam sekali susukan dia. Supaya siang tu dia tak lapar sangat.

Nanti kalau kurus kan dah tak comel.. Kan? Kan??

Aku mula2 ingat nak pegi beli puting arini. Tapi BA weh, aku baca kisah M, terus tobat plak aku..

Gasak ko la Pahat nak isap jari ke apa...

Cerita pasal Babysitter Pahat, so far Alhamdulillah.. akak tu ok. Rumah pon bersih dan kemas gila okeh. Kalah rumah aku yang anak sorang nih. Dia jaga pon 3 orang je. 2 orang tu dekat 2 tahun dah, dengan baby Pahat.

Sebab Pahat sorang kat situ, jadi dia suka lah semua orang dok agah2 main2 dengan dia.

Tapi still, aku rasa guilty gila kena hantar dia pegi rumah Babysitter okeh. Rasa mcm aku tak memberi kasih sayang sepenuhnya. Pycho ke ape ntah..

iklan