Monday, June 24, 2013

Alhamdulillahh...

Many good news happened last week.

1. Alhamdulillah..Mara approve my appeal to go to Sussex. So my problem consider settle lah. I'm happy. So did my SV. Dengan segera dia reply email aku walaupon ketika ittew UK pukul 6 pagi...Gitteewww kan... So hopefully next visa aku lepas lah... paling nervous adelah buat visa hokeh!
Sebab financial affidavit kena cukup.
Document kena lengkap.
TB test(medical) kena buat utk akak dan juga anak beranak yang nak pegi tu la.

2. Order kueh raya secara pukal.
Alhamdulillah.. Weekend lepas akak baru bukak order 4 hari ada reader order secara pukal. Akak teros tutup order orang lain. Sebab tak berani nak amek order lain kang tak siap mampos aku kena maki. Alhamdullillah...hasil order2 kueh korang adelah untuk tujuan membayar visa fee+TB test dan juga untuk membeli ticket flight anak beranak.. Hahaha...
Yela uollss nk harap guna duet gaji kumpul tiap2 bulan memang tak dapatla... gaji aku cukup2 bayar hutang sahajork...
So, semua sekali akak perlukan lebih kurang 10k ya... pitammmmm!!

3. Period aku dah keluar selepas 10 hari makan ravimed. Which is unusual. Tapi as long as dia keluar I'm happy. Sepanjang period tak keluar akak gain weight banyak jugak ya sebab hormone ke apa ntah. Padahal aku makan sikit je. Sampai ada student ingat aku pregnant. Keji sangat kannn??

So, semua sekali syukur alhamdulillah...

Maaf ye, sapa2 nak order kueh raya, sama ada selit2 ke...nak 1 balang je ke...mengidam ke...akak memang tak boleh tunaikan sebab yg ada ni pon mau aku tak tido 1 malam buat hari2... Maaf sangat2...

So, sempena jerebu ni kita duk dalam bilik/rumah sahajork ya..stay indoor. Tak yah feeling2 pegi picnic bagai... Dan keluar rumah sila pakai mask samaada kau chantek atau tak..

Byeeeee. Doakan visa akak lepassss!!

PROMOSI KUEH RAYA!! SEMUA SEDAP2 AKAK TAK TIPUUUU (ORDER CLOSED!!)

 **EDIT : SEMUA ORDER UNTUK RAYA TELAH DITUTUP. MAAF DAH LEBIH QUOTA. THANKS PADA YANG MENGORDER. BILA DAH SIAP AKAK BGTAU.. THANKSSS!!!



Ok uollss semua... menjelang nak puasa ni akak bukak lah order kueh raya.

Akak tak tipu kueh raya akak buat sedap2...**matila angkat bakul. Semua guna butter. Tak percaya tanya orang2 yang pernah beli kueh raya dengan akak.

Mula2...

Choc Chip. Makan sekali pasti nak lagi!... **ini betul akak tak tipu!. Cookies ni sebelum akak bukak order pon orang dah dok message tanya ada buat lagi tak tahun ni..
With almond nibs and choc chip.
Tahun ni akak baik hati naikkan 10 gram.
So, RM 25 per 410g (biasanya 1 balang ada +- 100pcs)



Crunchy Almond London with whole almond inside. Best Seller every year!!.
Almond sebijik je bukan separuh. Akak pon tak kuasa nak kerat2 almond tu.
Coated with beryls chocolate!!
Harga RM25 per 50pcs

Tart Gulung. Pon Best Seller!!
Home made jem nenas. Yang ni limited sikit. Sebab akak tak boleh nak kopek nenas banyak2 sangat ujung2 tangan aku luka uolls.. Pastu process nak tunggu inti nenas tu kering adelah lama..
Tart dia gebu dan jem rasa sungguh nenas tanpa campuran bahan2 pemekat.
Harga RM25 per 50pcs (limited to 100 balang only! Sapa cepat dia dapat)


Cheese Button.
Sapa suka cheese suka biskut ni. Rapuh dan sedap!
Sapa nak order biskut ni akak kena bagi dekat2 nak raya sebab takut berkulat cepat. So akak kena siapkan biskut ni last..
Harga RM25 per 50pcs

Harga semua sama mcm tahun lepas. Cara order:

Email : ilotshikamaru@gmail.com
Whatsapp/message : 018 2807586

Special price untuk customer2 tahun lepas!! RM23 per balang!! Cepat2 order!!

Tarikh tutup akan diumumkan apabila dah sampai quota. Thankssss!!

Sapa nak rasa sample boleh amek kat opis akak atau kat rumah..

Friday, June 21, 2013

Eh, reply pulak..

Akak kan feeling2...

Akak dok cari2 SV buat control system specifically in train system dalam ranking TOP100 bak kata mara kennn.. Nan hado.

Last2 aku cari apa ko tau??

ENGINERING MATHEMATIC!!

Pitammmmss...suka2 kau je kan tukar2 bidang. Btw, sv ittew telah reply setuju dan suh akak proceed dengan proposal and apply letak nama dia disitu.

 Dari SV yg berada diranking 74.

Tapi cik sha kata situ susah sebab kena present tiap2 minggu. Ntah akak pon tak tau.

Yang akak concern sekarang ini adelah how to break the bad news to Sussex supervisor.

Alooo...sedihnya.... dah la selalu beremail-emailan dgn sv tu and dia reply cepat.

Xde rejeki dengan dia....

ok. BTW. Order kueh raya masih dibuka!!

Thursday, June 20, 2013

FAQ: KUEH RAYA.

1. Heh..semalam akak buat sample kueh raya lepas balik opis. Sempat siapkan 5 balang almond london dengan 4 balang Cheese Button. Yesss...aku malas bagi sample bungkus2 dalam plastic sebijik-sebijik..
Konsep akak letak 1 balang terus kat department. And, kalau orang nak beli, belilah. Kalau x nak, nk makan habeskan pon akak tak kesah.

2. Akak ingatkan buat kueh raya time Pahat baby paling mencabar sebab kena stop kejap breastfeed kan dia. Pastu kena tidokan dia...**pastu dengan aku2 sekali membuta..ujung2 kueh x siap..hahaha...
Tapi uolllsss....
Ni dah besar ni lagi mencabar ye...Sebab dia dok tunggu depan tray kueh tu ye nak makan... Aku x tau berapa bijik Almond London dia telan. Pagi2 amek cheese button masuk dalam mangkuk dia makan pastu duduk depan sambil tengok TV... Amboiiii chantek sangat kannn??
Ni nak kena potong elaun duit raya Pahat ni sebab dia menyebabkan emak kerugian jual kueh raya...

3. Pos tak kueh raya??
Akak boleh pos tapi untuk choc chip dan almond london sahajork. Kalau chese button atau tart nanti pecah. And cost post ditanggung oleh tukang order.

4. Buat tak kueh tart blueberry??
Ha ni soalan kawan adik aku. TIDAK adelah jawapannya sebab kueh2 akak semua kueh yang akak suka makan sahajork akak buat. Lagipon akak malas nak buat kueh banyak2 jenis..

5. Tepung apa akak guna?
Untuk mengelakkan keraguan. Akak hanya menggunakan tepung faiza atau bunga cempaka TANPA BENZOYL PEROXIDE (BLEACHING). Jadi, boleh la makan tanpa ragu2...

6. Delivery kat mana??
UPM. PUTRAJAYA. CYBERJAYA. area EQUINE. dan BANGI.

7. Nak jadi agen boleh tak??
MAaf uollss... Akak bukan buat secara besar2an sangat sebab tukang buatnya akak sorang. Pastu buat lepas waktu kerja. Jadi xde agent... Tapi kalau korang customer akak last year akak bg harga RM23 satu balang. Ni promosi kat blog sahajork... Dont worry akak ingat sapa2 dr blog akak yg beli tahun lepas.

 Ni kueh yang sedang selling fast!


Choc chip cookies like no other. Tak percaya boleh tanya previous2 customer tentang review cookies ni.

Ok. Bye.. Nnt akak update lagik! **mentang2 student dah habes exam....

Wednesday, June 19, 2013

Hormon Imbalance....

Uollss...dulu bulan 10 tahun lepas kan tiba2 akak x period 3 bulan kann?

Tapi lepas makan ravimed 5 hari berturut2 lepas 5 hari dia keluar period.

Lepas tu every month period akak keluar mcm biasa.

Pastu bulan 4 ni jadi lagi ye uollss..

So Doctor bagi akak Ravimed lagi makan 5 hari berturut2. Sepatutnya dalam masa seminggu period akan keluar.

Tapi ni dah lebih seminggu tak keluar juga.

So Doc advise suruh tunggu sebab ravimed tu tak boleh makan 2 kali sebab agak kuat jugak ubat hormon tu.
Kalau dalam masa sebulan tak keluar jugak dia akan bagi surat jumpa pakar. Nanti pakar akan inject bagi keluar darah...

Doctor kata sebab hormon tak balance... Dia kata jangan stress.. Akak tak stress pon uolllss howw??

Akak stress dengan mara je sekarang nih! Heh??

Ok la..sapa2 yang pernah jadi mcm akak ni please la bgtau solutionnya.

Sunday, June 16, 2013

Tension emak!

Yess... Akak tension.

Sebab nk kena cari sv baru kat uni Top 100 kononnya. Tak cari Mara kata x dpt lah Loan. XDE KONSEP RAYUAN2 KAEDAHNYA.

Igt senang sgt ke nk cr sv?
Ni aku email sv haramm x reply. Ada yg dah penuh.
Pastu project semua tak kena dengan citarasa emak.

Yela uollss...buat research 4 tahun kalau buat benda yang tak minat haruss lah kang malas2..

Emak dah x koser nk fikir. Kalau diorg rasa nk bg kang bg lah. Bagi aku project n sv yg aku nk buat kat Sussex adelah yg akak suka.

Lantaklah dpt ke x loan. Koser dah nk layan.

Sunday, June 9, 2013

Tak kelakar okeh...tak kelakar!!!

Hahaha...nak citer pasal Loan Mara utk pascasiwazah atau Postgrad to oversea.

Well nak citer kronologi lah. Dia start bukak bulan 3 aritu apply online. Then dekat university pilihan tu akak letak sussex Uni. Ok pastu result keluar batch pertama akak tak dapat. Batch kedua baru akak dapat. So kena buat test Psychometric kat GMI.

Masa test tu kena serahkan borang dan juga document2 lain. Akak tetap letak Sussex uni kat uni pilihan dan juga letak offer letter Sussex. Pastu dia check semua document dan dia tulis situ. LENGKAP dan dia amek simpan.

Then result test( final result keluar 31 may minggu lepas. Bila akak check keluar Pop up mcm ni.


So semua yang apply dapat tu dah happy2 termasuk akak. So akak just tunggu je lah surat tawaran this week. Kat fb group mara siap ada yang dah resign dari kerja sebab diorang kena bagi notis 3 bulan. And intake september 2013. Akak nan hado lah resign, bgtau bos pon tak lagik. Akak just inform Supervisor je. Cuma dah happy2 lah sebab dpt and dah start calculate cost semua. Perlu lah calculate cost sebab nak bawak family and mara only sponsored student bukan family.

So offer letter mara keluar Jumaat lepas ni. Still online. Akak check lambat sebab koser nak check cepat2.. lagipon jumaat tu busy sikit.

Sapa2 yang check awal keluar pop up mcm ni.


Terus akak rasa WHATTTT??? Terus check Sussex uni ranking berapa. No 110 uollss!! Terus rasa nak pitammmm. Untuk pengetahun ollls Uni UK yg masuk ranking ada 10 sahajork. Mostly kat London, mcm UCL, IC, kings College and etc. London memang la bukan tempat yang sesuai bawak family yang self sponsored sebab mahal.
PAstu nak apply uni lain adelah mengambil masa. Nak kena buat proposal lagik. Nak kena cari supervisor yang sesuai... Pastu ko hengat semua supervisor rajin nak reply?? Atau ada vacant di saat2 genting mcm ni.

And to make the matter worse, tup tup akak check keluar pop up mcm ni,

'HARAP MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN'

Whatttt???? Gugur terus jantung aku!!

Pastu check kat FB mara rupanya ramai yang ada problem mcm tu. So mara kata memang ada kesilapan teknikal. Diorg suruh tunggu isnin.

Gila tak kelakar buat lawak macam tu kannn??

Mana2 yang apply uni dalam senarai Top 100 tu terus dapat offer letter mara. Yang apply uni bukan top 100 ni la dapat harap maaf.

Kalau dia nak kitorang apply uni top 100 akak xde masalah kalau diorg bgtau awal2 masa result keluar untuk test tu. Masih sempat nak cari2 SV. Ni bulan 6 uollss...nak masuk bulan 9 okeh...

Tak tau nak nanges ke nak ketawa kann??

But anyway, by hook or by crook akak try lah jugak cari sv kat uni top 100. Kalau tak dapat tu akak pasrah je lah memang bukan rezeki.

Dan tunggu jugak keputusan mara isnin nih. Kalau macam tu jugak keputusannya alamatnya update resume dan cari kerja lain...
Pasrah je lah kalau bukan rezeki..

Adoiii...harap2 system mara next2 year x buat lawak untuk korang yang nak apply. Bertabah je la kalau kena sakit jantung kang.

iklan