Saturday, February 28, 2009

X habis-habis lagi...

Gambar tersebut ialah gambar terbaru akak dgn anak sedara akak Icah. X payah la korang request nak tgk gambar perut akak, mmg x nampak pun. Sampai akak sendiri pon confuse betul ke ada baby dalam perut akak ni uollss??

Dah la xde morning sickness, xde la mengidam bukan2.. akak pulak yang pening sbb akak boleh happy2 je.. Motiff kan??

Akak doa2 anak akak putih mcm Icah. X nak la gelap mcm Mohd Rafi. Nanti dah x comel.. Volehh??

Slides akak nih asik direject oleh supervisor akak je.. 40 kali akak buat correction...**nampak sgt tipu.. ye la.. baru 3 kali je.. Sampai dah malas nak buat boleh?? **matila kalau supervisor baca blog aku!

Balik Mantin akak bawak Adik akak Temok. Dia bakal menemani akak selama 2 minggu.

Friday, February 27, 2009

Still busy during holiday

Sebenarnya, sorry la.. akak mmg x sempat nak baca sangat blog korang dan juga tinggal comment..

2 3 hari ni busy sket siapkan keje Master. Automation dah siap.. Ape? korang ingat akak happy2 balik johor x payah buat keje?? Supervisor akak kejar sampai johor okeh..

Dah. akak nak tido.. Tunggu je la update2 selanjutnya..

Wednesday, February 25, 2009

Korang suka Tag akak kann???

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Baby dalam kandungan.... Mohd Rafi??? siapa tuh??? **oppssss

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
Tudung ala2 ekin berharga 2 RM18. Akak kan suka membeli barangan murah...Munawarrah ke Ariani ke.. xde makna dalam hidup akak... Vollehh gitu berlagak??

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
Kat rumah je... Yang penting kawen pun... ada aku kesah kawen kat mana pon??

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
jap akak kira... 3 tahun kot...

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
Agaknya kot..

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
Restoran??? x ingat la... memang hari2 makan kat rumah je... Last makan kat Restoran 3 4 bulan lepas kot..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Dik Cerdas - episode 48 **sungguh x ilmiah kan?? Buku mahal okeh.. koser nak beli..

8. Apakah nama penuh kamu??
Fazilah Kamsah ....haha..kamsah tu akak yang tambah

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
Ayah dah xde, so, dengan mak...

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
Jawapan poyo: Rasulullah... jawapan x poyo: Valentino Rossi >> nak mintakkan autograph untuk Mohd Rafi..

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu
CD Owner - fiza- cw-cik lee-cik sha-mader-fila-......

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
Yep, pakai TANGAN okeh... kau ado??

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
UK

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Siapa? Farhana? hmmm... hAppYlY MarRieD...

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
Blog-duit-mohd rafi-Icah comel-baking-........

16. Pelukan atau ciuman??
Boleh x akak xde mood nak peluk or cium sejak pregnant nih?? Padan muka Mohd Rafi...

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
Haiyohhh-gila ke ape?-jelek-.......

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
Semua journal compilers DSP Processor

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
Seriously x dengar lagu. Dalam laptop ni pon langsung xde lagu kecuali lagu raya.

20. X nak TAG sesape pon....

Tuesday, February 24, 2009

haish...

Haiyohh la kan Supeervisor akak reject slides akak sbb missconception on compiler dgn assembler. So kena betulkan esok.
Pastu dia kata suruh aku cepat sikit buat programming sbb dia risau aku x siap2 lagi.. Kannn??? cemana la nak cepat kalau memang x tau buat?? Pening lak akak..

Td pagi mak akak mimpi apa ntah masak nasi lemak siap bungkus2 dalam daun pisang. Pastu makan..

Tengah hari td ada org datang jual keropok. Mak aka x nak beli. Pastu dia tanya akak, mengandung ke. Akak cakap 'x la..' sebab malas nak layan kalau dia nak jual ubat-ubatan mengandung..
Pastu dia cakap lagi ' Betul ke x mengandung? nampak mcm mengandung je..'
Wah! hebat betul orang tu. Padahal perut akak x nampak pon. Last2 akak ngaku je la pregnant.
Rupa2nya dia nak bagi akak free keropok kalau akak pregnant.
So, akak dapatla keropok 1 paket.
Terus malu sbb x beli keropok pastu dpt free.
X pe lah, akak doakan orang tu murah rezeki..

Master...

Td pagi tengah sedap2 tido kan, supervisor akak sms suruh jumpa dia petang ni bawak segala research yang dah siap..
Wah, terus bangun okeh. Kau x pitam akak kat Johor lagi?
So, akak sms supervisor akak bagitau akak kat Johor. So, akak email je slides untuk presentation next week dengan Short report. Nasib baik la semua benda tu dah siap..

Ni automation untuk Training part x siap lagi dah 2 bulan.. Bolehhh?? Memangla supervisor akak tanya2 nanti. Leceh la buat programming ni.. Sebenarnya programming untuk training tu x automate pon xpe. Memang dah siap pon. Cuma nak automate je tu yang susah..

Semalam kan uolls, akak xde keje. Akak ajak adik akak berkebun kat belakang rumah. Kau ado mcm akak tengah2 pregnant sibuk mencangkul tanah?? Mohd Rafi dah marah2 akak okeh.. Dia kata nanti dah sakit2 sibuk mengadu dengan dia.. Keji x??

Tapi akak cangkul lite2 sajork. Adik akak Temok yang mencangkul, angkat batu blok untuk buat sempadan sebab kalau x nanti Babi sondol. Rumah akak belakang tu kan ala2 hutan, time2 ujan gini dia suka berjalan2 rumah orang sondol pokok orang uollss..

So, semalam akak tanam sawi putih, kacang panjang, kacang buncis dgn pokok lada. Kita tengok je la tumbuh ke x.. haha.. kalau project tanaman ni berjaya lepas ni kitorg nak buat project menternak ikan keli dgn ayam kampung pulak.. **tetap verangan kan???...

Mula2 kan, konon nak mencangkul tanah je la kat belakang rumah. Tapi ampunnn penat gila... last2 pegi beli tanah kat Nursery..

Doa2 kan la yek...pokok2 tu membuahkan hasil...

Sunday, February 22, 2009

Keletihan ya amatss...

Uolls...

Akak kan konon terer time pregnant nih drive jauh2 sorang2 dari serdang ke Johor. Akak ingat akak hebat time pregnant uollss..Rupanya tidak okeh..

Lepas tu sampai rumah, mula la pening2... sakit kaki... sakit pinggang.. sakit badan.. dan macam2 lagi..

Akibatnya, orang kenduri akak baring2 je kat rumah.

Eh, mak akak buat Nasi Ambeng. Akak suka!.. sedapp sangat...

7 minggu : xde loya2... tapi susah nak tido...

ok la uolls... ni pon rasa nak demam.... huhu

Friday, February 20, 2009

Activity masa lapang..

Next week kelas akak selasa n Jumaat Batal.. So ape lagi???

Yehh!! akak dgn gigihnya balik kampung!!!

Boleh jugak mak akak layan akak yg tengah pregnant nih...

Eh, esok mak akak buat kenduri Arwah. Suruh dia buat Nasi Ambeng dia x nak.. Ade ke keduri nak masak Nasi Lemak.. Pelik betul la mak akak itteww....

So, kalau esok2 sampai minggu depan x update.. harap maklum je la yek..

Pelupa punya olang!

Haiyohh... akak bangun awal arini uollls. Bangun pagi2 masak Nasi Goreng. Pastu kemas2 beg. Tengok jam dah pukul 8 lebih.

Haiyohh... Dah lambat! Dalam hati akak berkata.. Opppss..**adegan x perlu sangat..

Akak pon mandi dgn laju. Gosok baju lebih kurang. Turun rumah. Start enjin kete. Pastu baru teringat ada barang tertinggal..

Time-time nak cepat.. time tu la ada barang tinggal kan?? Naik balik rumah. Amek barang tu.
Start enjin lagi. Panaskan kete lebih kurang. Nasibla kan? akak dah lambat... koser nak tunggu enjin panas.. Tengok jam dah pukul 8.35 am.. haiyohhhh sempat ke x sampai U**M nih.. kelas pukul 9..

Skali je tengah jalan. Baru teringat. Arini Jumaat!! Kelas pukul 10.00 am lah!!!

Haih...menyesal kelam kabut tadi...

Minggu ni so far xde loya2 lagi. Akak rasa baby ni tau ibu dia duduk sorang2. So dia x nak susahkan ibu dia. Kaki cepat lenguh. Dan makan macam RAKSASA GORGON.. Haiyohhh...akak takut sekaliss gemukksss lepas bersalin nanti uolllsss...

Ada hati kan nak pakai skinny jeans lepas bersalin... Muat lagi ke x ntah.. Dah la baru pakai sekali je.. Isk..isk.. Ni yang akak nak nanges ni...

Sape nak ssponsor akak pegi MayFair menguruskan badan lepas bersalin???

Ni baru pregnant 6 minggu sibuk citer pasal bersalin. Kau ado? nasib baik jantina anak belum tau.. Kalau x mesti akak meroyan pegi beli baju baby pulak....

Thursday, February 19, 2009

costumer is always right tapi kalau customer yang x munasabah???

Aritu masa Mohd Rafi datang, kitorg pegi pasar malam kat Batu 11 Cheras. Akak sangat pening tengok orang lalu lalang ramai2.. Pastu pegi beli DVD haram..

Ade la sorang mamat ni buat scene kat situ:

Mamat : saya nak tukar dvd ni. X boleh tengok.

Amoi jual dvd : (tengok tajuk dvd).. x boleh ma.. ini dvd punya u beli 6 bulan lepas. Sekarang sudah x keluar..

Mamat : yela..saya xde masa nak tengok. Semalam baru nak tengok tiba2 x boleh..

pastu mamat tu dengan Amoi dvd tu bergaduh kat situ. Last2 mamat tu baling DVD haram yang dia beli kat situ pastu sambung bebel2. Amoi tu buat x layan je..

Masalahnya di sini, logik x beli dvd pirate 6 bulan lepas, pastu nak tukar?? Cerita yang dia nak tukar tu pon dah x keluar lagi masalahnya.. Amoi tu pon cakap kalau 2 bulan dia boleh terima lagi.. Ini 6 bulan!!!.. Akak x paham apa masalah mamat tu. Dah la beli DVD haram yang xde warranty pastu boleh x nak tukar lagi???
Dah tu, ape masalah dia x sempat tengok ke ape? balik rumah x boleh check dulu ke?.. Pelik betulla diorg nih.. Kalau dia beli DVD original pon belum tentu lepas 6 bulan kedai cd tu bagi tukar... Ape la merepek sangat...

I dont feel...

Boleh x aku rasa mcm x pregnant je. Sbb xde loya langsung. And perut pon x besar. Aku tanya akak aku semalam,


'Weh, kenapa perut aku dah 6 minggu x besar pon?'


Akak aku jawab dgn laser ' Ko pregnant 6 minggu ke 6 bulan?? tunggula 2 bulan baru nampak'

Lepas tu msg Mohd Rafi pulak risau kalau tiba2 xde baby dlm perut??

Mohd Rafi mcm biasa. Dia ingat bini dia meroyan.. Dia cakap baru 6 minggu.

Aku dah mendapat persetujuan dgn Mohd Rafi untuk bagi nama anak. Kalau lelaki aku bagi nama. Kalau pompuan dia bagi nama..

Mohd Rafi suka. Time aku pregnant ni, kalau tido terus tido je. Xde sibuk2 nak berbual dgn dia. Dia happy sebab dia boleh tenang tido. Hampeh!.

Ingat x citer Umi ex Mohd Rafi tu?? Aritu dia bagi msg kat Mohd Rafi:

'Ko boleh x lupakan perasaan ko kat aku?'

Wah...motifff bagi msg mcm tu kat laki aku?? Bila tanya Mohd Rafi dia kata kawan-kawan je dgn Umi tu.. Hellloooo... aku pon ramai kawan2 lelaki jugak. Ade ke kawan2 lelaki aku bagi msg mcm tu?? Ni yang aku rasa nak msg balik pompuan tu je... Bolehhh tetiba nak serang oraang x semena-mena...

Oh.. mengapakah dah 2 hari aku x online? aku rasa AK pemilik Maxis dengki dgn aku. Tetiba Maxis Broadband kat tempat aku susah nak connect pastu dpt gprs yg mcm haram nak tunggu loading. Aku rasa AK tu tension sbb kekayaan dia berkurangan tahun ni...


Jadi mintak maaf jugak la ye sbb x dpt reply comments kat entry lepas. Maxis sungguh dengki.

Monday, February 16, 2009

Ada apa dengan nama?

Semalam Mohd Rafi datang,

Dalam kete terus gaduh nak bagi nama apa.

Kalau lelaki akak nak letak depan 'Ahmad'

Mohd Rafi nak letak 'Muhammad'. Sbb nak sama dgn dia. Gaduh dalam kete.

Lepas tu pegi Tesco beli susu Anmum. Apesal kat Tesco xde enfamama?? Keji...

6 Minggu>> xde loya2. Alhamdullillah.. Tapi lapar tahap raksasa. 2 jam sekali mesti nak makan. Gila x? Adekah aku bakal gemuk lepas bersalin??

Pagi2 ni pulak gaduh dgn Mohd Rafi nak baby nanti panggil apa, ibu ke mama ke mommy ke..

Dia x nak Mama atau Mommy sbb dia kata melayu biar panggil Ibu.. Keji!!

Tapi best. Sbb akak cuma longgokkan semua pinggan. Dan dia basuh semuanya.. Hahaha

Sunday, February 15, 2009

Siri bercakap dengan baby..

Baby,... arini ayah datang... So, sementara tunggu ayah, baby duduk diam2 je dalam perut ibu ni tau.. Suka x ayah nak datang??

Kalau lapar nanti ibu bagi makan. Tadi malam lepas Uncle Cd Owner call, perut ibu berbunyi2.. Ibu tau baby lapar tapi ibu pun x tau nak makan apa. X kan la ibu nak masak tengah2 malam pukul 2 tu?.. So, ibu minum susu Anlene je.. Boleh ke mcm tu.. Tapi lepas tu lapar lagi kan??

Start dari hari ibu tau baby ada dalam perut, ibu dah start baca Al-quran hari2.. Tapi ibu baca 4 pages je sehari. Itu pun ibu mula dari baca surah Al-baqarah.. nnt bila kita dah khatam satu al-quran, ibu start baca surah Yusuf pulak, lepas tu surah Luqman, lepas tu Maryam. Ibu percaya kita boleh khatamkan satu al-quran.

Nanti kita pegi beli MP3 player ye?, nnt kita boleh dengar bacaan2 ayat Al-quran walau dimana pon kita berada..

Ibu harap baby duduk baik2 dalam perut ibu.. Nnt lepas 9 bulan, baby keluar ibu bagi nama cantik2.. Ibu beli baju cantik2 untuk baby...

Saturday, February 14, 2009

Tag : 16 random fact

Tag lagi weh.... Tag dari Ciktari (bebelan aku) dan Ayu (myhiddenstories);

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.

1. I'm 5 weeks pregnant and i can't still believe that I am pregnant
2. I've been married for 10 month.
3. I dont have washing machine at home.
4. I'm doing Msc in UPM and I hate my research...duhhhh!!
5. I just bought skinny jeans from ASOS last month and only wore it once. Now, I have to forget about wearing it again... **muat lagi ke nanti***nanges~~!
6. I dream that i will give a birth a baby boy.
7. my shoes size is 7
8. My baby will have a lot of godfather and godmother.
9. I'm soo happy and worried right now.
10. I actually dont have the mood to do this tag.
11. I always forgot to take a daily dose of folic asid **important!!!
12. My brother's wife is pregnant and due this early year. Mohd rafi's brother's wife is 3 month pregnant as well. So my baby will be the same age with my brother's baby and Mohd Rafi's brother's baby.
13. Why do i keep talking about baby in this tag????
14. I skip this part....
15. I need to read a lot of journal.......
16. I..................................(fill in blank)

No one to Tag though..

Friday, February 13, 2009

End of week...

Td pagi pegi kelas inform supervisor yang aku pregnant. Dia kata ok je. Rasanya x ganggu sbb aku pon malas okeh nak extend2 nih.. kalau boleh nak abeskan cepat..



Pagi td sedikit sewel dan confused. Akak buat skali lagi pregnancy test. Mana tau result tiba2 lain pulak ke kan..? Ye, fiza n fila dah cakap akak gila.. Result tetapla positive kan... kau ado mcm akak..



Arini ramai sms ucapan tahniah..



Tapi x boleh lawan sms dari Cik Lee bila akak bagitau akak pregnant:



'Nyah, mak pregnant 5 minggu!'



sms cik Lee ; 'What?!!! R U serious?? Ntah2 uolls buncit sbb banyak makan kek bantat. Baik uolls check lagi skali'



Sentap sangat kan msg dia?? Keji tauu.... Hahaha..

Pastu dia sms lagi skali:
'Dah check ke siapa bapaknya? mat ropi ke niger depan rumah?'



Haiyohhhh....motifff sangsikan kesucian mak???



Arini kenduri Mc D and KFC dgn filla n fiza. Yela, sejak orang boicott ni kan Mc Value meal RM5.95 sajork.. Ado akak kesah boicott ke x? Sah-sah la orang yang boicott tu x tau KFC, Pizza hut and Ayamas, Malaysia, Indonesia, Singapore dan Cambodia adalah milik Jcorp (Johor Corperation).. Tau x, Jcorp tu adalah milik org islam. Jcorp adalah company milik muslim yang tidak ada campur tangan politik. Diorang ada buat Masjid wakaf, klinik wakaf, rumah anak2 yatim hasil dari keuntungan diorang..



Cemana akak tau?? Pegi la google sendiri. Malas okeh nak type.

Malam ni akak nak kena sediakan makanan. Takut tetiba lapar. selalu akak buat bodo je. Sekarang dah tau ada baby kena la layan.

Tengah pikir2.. nak check up kat goverment atau private. Tapi rasanya nak buat dua2 kot.. Senang.. in case tetiba xde duit nak deliver kat private boleh pegi Hospital Serdang tu je.. huhu..

weird feeling..

Actually, aku masih lagi confused. Betul kah aku pregnant?? Betul ke Doctor x salah tengok??

Xde muntah2 ...lagi... cuma 2 3 hari ni mcm pusing2 sikit kepala dan susah nak tido.. dah la tu pukul 5 mesti terjaga.. Adekah baby suruh semayang sunat bangun pagi2?? haha..

serious, aku x rasa mcm pregnant pon before this. Ingatkan akan period sbb breast mcm bengkak pastu perut mcm sakit lite2.. So dah ingat akan period.

Nak tido dah la susah kan? sbb kaki rasa mcm lenguh2 je. pusing kiri x boleh.. pusing kanan x boleh... last2 pukul 5 terjaga. Pusing2 lagi tido kejap. 6.30 bangun terus x boleh tido balik.. terus masak nasi buat nasi goreng dan breakfast.. selalu x breakfast x pe.. tapi skrg x boleh nnt baby lapar... kesian. dah la td malam dia lapar aku buat bodo jerr.. Malas okeh nak bangun masak. Dah la x suka makan biskut. So minum susu je td malam..


Tau x sbb aku ingat aku period, badan sakit2 rasa mcm nak demam minggu lepas. aku telan sebiji actifast and sebiji panadol.. Bahaya kah untuk baby? mana la aku tau aku pregnant..


pastu aku ingat perut aku buncit sbb banyak makan. Aku buat sit up.. Gila x?? Senak baby dalam perut agaknya..


anyway, td malam buat cheese cake!

visit my cooking blog for recipe!

Thursday, February 12, 2009

I'm pregnant!!!!

Oh my god!.. Oh my god!... I'm 5 weeks pregnant!!

Alhamdulillah.. terima kasih untuk semua yang telah mendoakan akak..


Kan akak cakap kuar mcm warna coklat mcm darah tu je kan? So, akak check kat internet td malam. Rupanya itu adalah tanda2 pregnant.. Tapi akak x mabuk okeh.. cuma meroyan sikit2 sajork..**larikkk!!


Pastu td siang pegi Tesco semenyih. Pastu pegi farmasi. Beli Pregnancy Test. RM10.. Matila kan masa tu akak ada RM7 duit seringgit2 je. Pastu akak korek duit syiling nak cukupkan RM10.. sabo je kan??


Time tu jugak akak masuk toilet kat Tesco tu punyala x sabar kan?? check. Tapi mcm clear x clear je..



Nampak x line belah kanan tu? kan mcm x clear je kan? so akak confuse betul ke x uollls??


Pastu akak msg BA tanya. Dia call suruh buat skali lagi. Tapi dia suh buat pagi esok.


Sbb akak meroyan+excited, akak gi bank kuar duit. Pastu drive pegi Giant nilai beli pregnancy test yang lain pulak...



Akak beli yang ni pulak. Sbb akak TAMAK, akak beli yang 2 test punya. So terus pegi kencing kat toilet giant tu..Gila x sabar kan?? Resultnya tetap menconfusekan akak..


Nampak line belah kiri yang kurang jelas tu??


Sebab akak confuse, akak pegi Klinik Sariah yang kat Nilai tu.

Tunjuk kat Doctor tu result test tu. Dia kata ' pregnant la tu..'
Akak mcm x percaya 'Betul ke Doctor? x payah buat test lagi ke?'
'Nak buat test apanya, dah betul la tu awak pregnant. Llagipon we use the same test. X de beza pon'
Akak dah rasa confuse sbb Doctor tu x nak buat test lagi skali guna klinik punya test. Pastu dia tanya akak period bila. Dia kira2, akak pregnant 5 minggu.
PAstu Doctor tu cakap la suruh jaga makan.. Bila kena check up mcm tu...


Sebab akak rasa confuse lagi. Akak pegi Pusat Rawatan Islam Azzahrah pulak. **merasa sekali 4 test baru akak puas hati kan?? kau ado??
Kali ni Doc Lelaki pulak. Tunjuk kat dia test tu. Nurse dgn Doctor tu sama2 tengok. Pastu sama gelak. Diorang cakap..'Dah jelas tu ada 2 line. Pregnant la tu..'
'Betul ke Doctor? xde test lain ke?'
Doctor tu gelak2. 'Ni mesti first baby kan?'
Akak senyum je.
Pastu Doctor tu cakap ' Ok. Kita buat UltraSound'

So, akak buat la ultrasound. Nampakla baby dalam bentuk gumpalan darah je..


Pastu Doctor cakap ' OK, Confirm awak pregnant. Tahniah. Dah boleh call Abang bagitau'

Akak senyum2 je.

Baru puas hati sbb dah buat ultrasound. Haha..


Pastu call Mohd Rafi. Dia happy gila. Dia cakap ' Dapat jugak kitaa anak kan?'.. Sambil gelak2..
Pastu sms CD Owner sbb dia bakal menjadi Sirius Black untuk anak akak gituuu...

Pastu call dan sms orang2 yang sewaktu dgnnya..


Akak x bagitau pon mak akak. Volehhhh?? Tapi akak bagitau adik akak Tipot. Tiba2 je 5 minit lepas tu, adik akak, Temok yang duduk dgn mak akak, call tanya 'Ko pregnant eh?'

Kepoh sangat si Tipot tuh..


Patutla sejak akhir2 ni akak meroyan je kan? Pastu susah tido. Pastu selalu pusing2 mcm darah x naik ke kepala. Pastu kalau makan lambat sikit kaki mcm menggigil.. Rupanya baby yang nak makan..


Sorry uolls.. Entry panjang. Sbb akak happy..


Lupa lak.. Akak due 16 oct 2009. Harap2 baby sihat dan bijak mcm akak.. Hahaha

sesuatu yang aneh...

hari selasa aritu, akak ingat akak period sbb ada kesan mcm coklat2 kat panty liner. Akak pon beriya pakai pad. Tapi lepas tu sampai ke malam dah tak kuar dah. Apekah tandanya?? Adekah akak sakit??

sampai sekarang dah x kuar lagi dah.. Sepatutnya dah tiba waktu period nih... Tetiba menjadi risau okeh.

Kimot, sakit ape kalau mcm tuh?? Bolehh tanya kimot padahal dia bukan Gyne.

Tengok Spa Q, akak teringat hakak2 yang verangan. Cik Sha verangan Datin Sofira. Cik Lee verangan Qistina...**matila padahal dia lebih layak menjadi Shiela Oh la la.. **tetap nak jadi Qistina katanya...

Yang paling hanjeng kan, dia letak akak sebagai Azizah Mahzan.. Motifff sangat kan??

Akak rasa, akak paling layak menjadi tetamu jemputan yang merasmikan spa Q itteww....iaitu Datuk Siti... **motifff uollss title Datin sajork??? **matila belum2 apa2 dah riak..

Bila tgk cermin, rambut akak adelah sangat buruksssss exponen seratus. Dah la x rata. Pastu ade tokak sikit belah telinga kiri. Sape suruh cari pasal sendiri kan??

Akak dah bagi tau Mohd Rafi dah. Dia kata 'ayang ni.. ape la nak jadi dgn u..'
Akak balas 'x pe la.. dulu buruk, skrg pon buruk jugak... xde beza..'

Lepas tu terus dia x balas. Sbb dia tertido.. Keji sangatlah!!

eh, balik kepada citer Spa Q, **matila korang pening kan kejap spa q kejap rambut.. Akak rasa Zafrul tu sesuai dgn Marlia.. Dua2 sewel.. Memangla match made in heaven katanya.. Padan la ko duaorang... koser la nak layan!

Wednesday, February 11, 2009

Tolong...saya sangat suka dia..

okeh.. uollsss semua....

Dulu akak ada wedding photographer impian akak.. Gituuuu kan ayat pagi2 buta nih... Impian katanya...**matila dah tengah hari sebenarnya..

Tapi akak x jadi amek dia sbb masa tu x cukup budget. Sebenarnya dia xde la mahal sangat. And keje dia sangat art.. Akak suka...

So, kat bawah ni adalah salah satu kerja dia yang akak suka:

Chantek kan?? bayangkan kalau akak dgn Mohd Rafi amek gambar mcm tu... mesti lagi chantek gituuu...

Sorry la uollss.. gambar kecik.. tu pon akak cilok dari blog dia...

More picture ; http://www.firdausradzi.com/wordpress/photo_gallery/weddings/

siapa2 nak no tepon dia untuk tanya pasal harga, sila check kat website dia tu.. atau tinggal comment nnt akak bagi no tepon..

Pastu, akak ingat nak amek gambar outdoor dgn Mohd Rafi dgn photographer nih. Tapi x tau bila nak buat.. Mohd Rafi pon x wujud lagi kat sini... Kalau buat, boleh frame besar2 letak kat rumah....mmmmmm.....

Hanya orang gila yang membuat kerja gila..

I'm bitter...

Sangat sedih...

Tired of waiting....

Sebab meroyan x pasal2 telah membuat satu perkara yang bodoh sambil air mata mengalir berlinangan..

Tidak la.. akak x bunuh diri, apetah lagi makan racun atau minum coke dgn panadol actifast...

Akak cuma potong rambut sendiri depan cermin sambil nangis teresak2. Sangat hodoh. Rambut tinggal 1/2 inci je. Itu pon hampir2 nak botakkan rambut sendiri..

Tapi masalahnya... kalau akak balik kampung dgn rambut mcm ni, mau mak mertua akak halau keluar rumah..

Tapi, sangat pelik... Lepas gunting rambut mcm tu, akak rasa puas. And dah stop nangis lepas mandi.. May be gunting rambut sendiri tu adalah my sense of healing kot... Rasaa lega!

p/s : Adik2 jangan cuba dirumah. Sila dapatkan permission dari parents atau BF atau husband dahulu... Okeh. Jika korang nak tanya pasal Mohd Rafi. No!. Mohd Rafi x tau aku buat kerja gila arini..

p/s/s : harap maklum. The next 2 month akak tak kan bukak tudung in public apetah lagi nak amek air semayang kat surau.

Tuesday, February 10, 2009

semua yang plastic..

Tiada apa yang menarik berlaku pada hari ini juga semalam... Melainkan semalam pagi2 buta telah menonton Grammy Award.. Mcm la akak peduli siapa yang menang atau tak..

Akak cuma nak tengok my long time Boyfriend je, Justin Timberlake..

Bitter.....

Uolls ada kad plastic?? Ada?? atau Xde tapi bercadang nak apply??
Ohhhh..... x perlu la ye... Akak ni tgh pening kepala nak settle bil.. Matila kan... Kalau xde kad tu x mati pon.. gatal2 sangaat pegi apply... Bila dah apply terasa nak guna je kan???

Ha, la ni akak nak gi terminate kad plastic akak. 1 kad dah abes bayar and dah terminate pon. Sbb sangat menyampah dgn customer service dia yang asik call bila nak bayar. Lempang jugak kang!!

Eh..ke nak terminate kena abeskan bayar dulu?? Cemana aaa?

Tapi cemana agaknya org yang limit dia 40k, x ke mati nak bayar minimum je dah 5k sebulan.. Eh, lupa lak.. akak kan gaji kecik of course la limit 4k je..

So, misi akak tahun ni ialah;
1. Abeskan bayar kad plastic
2. Abeskan bayar loan MARA and YPJ..(Padahal mara kena bayar 2k je, ypj 3k..tu pon liat nak bayar...Motiffff kau ilot???)
3. Cut down petrol and Tol expenses. So, sorryla kawan2 yang nak ajak akak jalan2 sekitar KL tuh.. Pelawaan diteriman sekitar hari selasa dan jumaat sajorkk sbb akak ada kelas, so lepas kelas boleh merambu..
4. Nak banyakkan saving... Matila nak saving punya pasal duit kat purse tinggal RM20 sajork... Kau ado mcm akak???

Akak mcm nyesal pulak time kawen tu berhabisan gila2. Kalau akak saving, ntah2 dalam account dah ada 10k. Padahal majlis akak xde la grand mana pon.. Kalau akak saving duit tu dah boleh beli LV 2 bijik.. **matila tetap katanya... opppsss... x la.. boleh settlekan semua utang2 itteww...

Dah la, uolls jgn jadi mcm akak.. Sbb mak akak xde duit, bapak akak dah xde, semua perbelanjaan akak tanggung sendiri masa kawen okeh.. Uolls pegi la kawen dgn orang kaya ke..carik sponsor mcm Mawi dgn Ekin ke....

Akak sewel la arini uolllsss...

Sekian, dari orang yang mesken...**matila statement last kannn???

Monday, February 9, 2009

tidak jadi..

Arini dipenuhi dgn melihat2 makanan sedap dalam blog orang. Sangat tidak bermotifff..

Mohd Rafi x habes2 suruh akak makan banyak sikit. Motifff sangatlah.. nak suruh akak gemuk kah?? Dia ckp masa dia jumpa akak badan akak berisi sikit. Pastu bila tunang dgn dia tiba2 akak kurus..

Akak cakap akak x nak naikkan badan lagi sbb badan akak dah chantek. Volleehhh?? Kau ado feeling2 badan chantek mcm akak??? Tapi akak rasa nak kena pegi beauty centre la, nak buat selulit nih.. Cemana akak nak feeling2 pakai bikini kalau kaki akak ada selulit??? gituu kan cita2 tinggi sangat.. **matila masuk neraka..

Aritu masa akak tengah sewel akak cakap kat Mohd Rafi,

'Abang, I nak luruskan rambut la.. Lepas tu, I nak free hair'.

Volehhh kan buat statement verani mati... Mohd Rafi x jawab pon. Cuma dia gelakkan akak je.. Dia tau la tu akak x verani buat..

Ape jadahnya bini dia buang tebiat dah tua2 mcm ni.. **matila tetiba mengaku tua..

Masalaah akak arini ialah... akak x tau Si Mohd Rafi nih jadi datang ke x.. Masalahnya sekarang ni mcm dah dekat je dgn period bila2 masa.. Kalau lambat2 sangat dia datang memangla akak dah period. Gigit jari je la datang.. Akak mmg malas nak layan!...

Masalah ke dua akak arini ialah.. akak rasa bosan nak mampus.. Nak kuar malas nak mengabiskan duit beli minyak petrol.. Vollehhh??

Masalah ke tiga ialah, kelas akak esok batal. makinla bosan...

ohh...akak dah bukak blog masak-memasak akak. Sila ke:

http://ilotskitchen.blogspot.com/

Sunday, February 8, 2009

Jadi ke x jadi..

Sebenarnya Mohd Rafi kata nak datang esok (isnin), pastu td dia msg x jadi sbb x gaji lagi.. Akak dah pose sedih..
Mestila sedih uolllss.. Akak dah pose2 beli makanan banyak2 kat tesco untuk dia makan okeh.. Sbb dia suka bukak peti sejuk cari makanan. Lagipon kalau berharap kan pastu x jadi kan frust.. So, akak frust..

Aritu kan, akak tanya Mohd Rafi 'Abang, ex u yang cheq tu penang kat mana?'

Ade x dia jawab, ' Kenapa u nak pinangkan dia untuk i ke? (sambil gelak2)'

Ewah..ewah.. banyak chantek sangat kan?? Terus akak reply 'Kemain lagi u kan? U nak kena potong u punya **tooot** tu?'

Akak bosan gila ni uollss sorang2 kat rumah.. Motifff sangatla waktu weekend duduk rumah je.. Lainla kalau ade Mohd Rafi, Boleh buat xtvt berguling...

Huhhh...Nasib...nasib...

Yang nak kawen tu janganla duduk jauh2 mcm akak.. Hazab sangatlah!

ahead of me..

Muehehehehe...

Semalam Baking Kek Layer lagi.. LAGI!!!!.. Malas la akak nak letak gambar.. nnt uolls bosan pulak..

Pastu Akak , fiza n tipot pegi karaoke kat Nilai pukul 1 pagi balik..

uollss.. akak kesian dgn kawan akak, Azrul. Division dia kat Toshiba kena tutup. Pastu dia diberhentikan.. Akak tanya dia dpt compensation ke x, dia kata x dapat sbb dia baru keje setahun.. Kesian la uolllss... dah la wife dia Lyd tengah pregnant.. Nak cari keje baru dalam keadaan ekonomi mcm ni memang la susah...

Akak rasa insaf la uollss.. terus pose2 cancel nak beli mesin basuh.. Akak nak kumpul je duit tu.. ke patut akak masuk Unit Trust je?? Skrg harga saham tgh jatuh so murah la kalau nak beli saham..

Friday, February 6, 2009

The Meet..

Arini jadual akak penuh okeh..
Pagi pegi kelas, pastu lunch dengan Fiza kat The Mines. Bagi dia cupcake cheese choc tu. Bila akak join dia makan tiba2 akak rasa mcm sedap pulak uolllss... Cemana tuh?? **matila cubaan nak puji diri sendiri..

Pastu pegi Balakong hanta Baulu gulung kat kawan Mohd Rafi. 1 pcs = RM1.20..

Pastu pegi bank. Motifff sangatkan hari2 pegi bank.. Banyak sangatkah duit akak?? Nan ADO okeh..Saje pegi bank jalan2 mana tau tetiba ade duit banyak ke... Tetap jugak Nan Ado.. Sewel ke ape akak nih uollss??

Pastu Pegi rumah FZ hanta extention socket. Dia bagi sourvenier keychain Bali.
Pastu pegi jumpa CIK MAR!!.. Akak kan suka buat orang terkejut.. Suka2 akak je buat kejutan tetiba amek dia kat Nilai.. Dia pon agak terkejut dan kelam kabut bersiap uollsss.. Pastu akak bawakla dia jalan2 sekitar Nilai dgn Seremban.. Akak nak bawak dia pegi rumah akak, akak segan uollss... Bersepah banget.. akak kan baru lepas siapkan assignment.. Harusssla konsep kertas dimana2 jua...

Cik Mar tertinggal baju yang dia baru beli kat Old Town Seremban. Kesian la pulak.. Xpela esok akak pegi Jusco tanya kalau2 baju uolls ade...



Cik Mar bagi sourvenier dr Bali berupa dompet syiling

Note: Gambar blur sbb malam...

Cik ienn uolls jgnla jeles.. nnt bila uolls dah kaya uolls boleh la datang sini dgn Cik Mar. Nnt tido je rumah akak.. Akak buat kursus masakan khas untuk uollls berdua..**gituuu tetap nak buat kursus masakan.. Pose2 diva sangatkan??

Suara Cik Mar dlm phone sangatla lembut okeh.. Teruja akak dengar.. Sbb kitorg pon sama2 Sagi, boleh get along easily..

Seksaan

Ini adalah Tag dr Umyra. Akak ada utang Tag lagi dgn Cik Ienn.. Cik Ienn, boleh x akak nak buat2 lupa uolllssss....??
Ammpunnn... Tag ni paling panjang.


1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE
Nope
2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Last month kot.. ke last year (read: december 2008)
3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Yup,
4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAL?
Nasi campur
5. DO YOU HAVE KIDS?
** Ni soalan perli ke ape?? Sudah!! Akak x nak jawab.
6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Of course la...
7. DO YOU USE SARCASM?
Sometimes...
8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Ni maksudnya sakit tonsil ke hape?? Malas la nak jawab
9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Yes
10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
I dont eat cereal. Dulu masa kat UK beli cereal pastu x makan pon.. X sedap.
11. DO YOU UNITE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Soalan ni salah.. patutnya 'untie'... so, my answer is no and never untie it when took it off.
13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Ice cream Potong
14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Their shoes..
15. RED OR PINK?
Red 60%, pink 40%
16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
I can talk a LOT...
17. WHO DO YOU MISS THE MOST ?
My Husband
18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Nope.. I dont want them to suffer by doing this..
19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Blue jeans and black shoes
21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
The sound of ceiling fan spinning. If you mean music, I don't listen to any.
22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Red
23. FAVOURITE SMELLS?
Smell of Mohd Rafi ***tahap meroyan nih!!.
24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
My sister, Tipot
25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Yes, she is the only lawyer friend that I have.
26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
I dont watch sport
27. HAIR COLOUR?
Like most Asian hair color - BLACK
28. EYE COLOUR?
Deep brown
29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Nope
30. FAVOURITE FOOD?
Nasi Lemak
31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy Endings
32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Benjamin Button - Pirated!!
33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
Black
34. SUMMER OR WINTER?
Spring..so beautiful.. **matila x menjawab soalan kan??

35. HUGS OR KISSES?
Can I have more than that?? **matila tetap nak lebih..
36. FAVOURITE DESSERT?
Pisang goreng
37. MOST LIKELY TO RESPOND?
My supervisor email
38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
Salesman!
39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
I dont read any books nowadays. I read JOURNAL.
40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
I dont use mouse pad.
41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
News.
42. FAVOURITE SOUND(S)?
My sister caller ringtone
43. ROLLING STONES OR BEATLES?
No to both
44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Scotland
45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
I can cook.. **nampak sgt xde talent kan??
46. WHERE WERE YOU BORN?
Felda Sening...

X nak any sesape pon... Seriously tag ni panjang.. kesian kan korang nanti.. Baik kan akak??
Spring... **matila x menjawab soalan..

Thursday, February 5, 2009

Masa untuk berpoya-poya..

Tepuk tangan untuk akak!.. Akak dah siapkan assignment. Tapi programming x siap lagi.. Nnt2 la akak buat.. Nnt malam ke..

Tadi tgk kat tv kuew tiaw goreng mcm sedap jek.... **matila selingan x perlu kannn??

Uollss bosan x akak asik tepek gambar cake je? akak pon bosan uolllsss.. Akak dah jadi mcm surirumah sepenuhmasa yang dah kertu gituuu...**matila tetap x nak mengaku dah tua..
So, nnt akak bukak lagi satu blog yang specially untuk masakan akak jeh.. Kalau korang nak amek kursus masakan meh datang rumah akak. Akak charge FREE OF CHARGE jeh uolllsss... Dengan syarat uolls beli bahan2 sendiri. Pastu basuh pinggan. Akak cuma pose2 Chef Ramsay disitu.. Chef Ramsay tu Idola akak uollss... **matila chef Ramsay katanya...

Tadi malam Negro depan rumah akak tu memekak lagi. Pastu kan dia berdating depan rumah cakap kuat2.. motifff nak suruh satu building dengar? Chantek ke kau aku nak dengar ayat2 jiwang kau?? Sebab akak x boleh tido akak pon pasang telinga.. **matila tetap nak kepoh kaedahnya kann???

Citer pasal kepoh kan, aritu masa akak datang rumah akak akak kat Kulai. Jiran dia bergaduh uollllsss... Drama swasta sangat akak rasa.. Bini dia nangis sambil berteriak-teriak...

'Lepaskan aku!!'
'Hanta aku balik rumah mak bapak aku!!'
'Kenapa kau cakap macam tu?? Aku x pernah cakap mcm tu!! Kenapa kau bagitau orang lain???!!!'

Itula antara dialog2 yang akak dengar. Terus adik akak Temok diri sebelah pagar sbb nak dengar diorang gaduh. Kuat gila okeh bini dia jerit sampai rumah ujung dengar. Anak dia, nanges dia biarkan je.. Akak cakap dgn adik akak,

'Meh la biar aku amek anak dia tu, aku pon xde anak, ade ke anak nanges dibiarkan je...'

Pastu akak akak cakap, diorg gaduh memang mcm tu. Selalu sangat dah. Time2 mengandung dulu pon gaduh mcm tu.. Akak mengucap banyak2.. Uollss... orang lain pon laki bini pon gaduh jugak uollsss... Tapi xde sampai teriak terpekik mcm tuh.. Kan malu jiran2 dengar. Sampaikan Jiran2 datang rumah akak akak tanya okeh.. Malu kan??

Memangla pasangan mana yang x pernah gaduh. Akak ngaku akak pon selalu gak gaduh. Tapi jangan sampai jerit jiran2 dengar.. Kalau sekali skala x pe la jugak.. Ini SELALU.. ulang suara, SELALU!

Akak akak cakap, Bini dia lawa, laki dia pon hensem, pastu akak pose2 tanya anak sedara akak, Beena (7tahun),

'Kakak, pakcik sebelah dgn Mamat(Mohd Rafi) sape lagi hensem?'
Beena jawab 'Pakcik Sebelah la..'

Akak pasrah. Memang laki dia lagi hensem dr Mohd Rafi. Sbb selalunya Beena tu cakap Mohd Rafi paling kacak..**matila ayat nak sedapkan hati..

Kesimpulannya?? Sabar je la uolllssss......

ada assignment malas nak buat tapi keje merapu rajin!!

Adik-adik sekalian... Tau tak ape yang kak Ilot buat disaat dia meroyan????
Cuba teka....?
Ye..tepat skali uollss... Akak baked cake.. **matila gila sorang2..**matila xde orang pon jawab..
Kali ni akak baked Marble cake (choc and cheese)
Resepi amek kat sini : http://hanieliza.blogspot.com/
Harap maklum kalau x biasa buat kek jangan la buat kek ni.. Cream Cheese mahal uollss... RM10++..Kalau x jadi rugi investment uollss..**matila nasihat ada unsur2 riak gituu...
Tapi akak rasa... akak x suka lah cake nih.. Sbb bahagian choc cake tu mcm a bit hard compared to normal choc cake yang akak biasa buat.. And tawar sikit. Kalau korang nak try, apa kata guna resepi choc Moist cake untuk bahagian choc cake tu.. Rasanya mungkin lagi sedap..
Akak x berani la nak buat experiment sbb lagi skali akak cakap, Cream Cheese mahal uolllsss..***matila mesken nak beli cream cheese pon nan ado..
Bukan ape uollss.. gaji Gov bulan Jan awal nak mampus. 17hb. Pastu gaji bulan Feb 25hb. 6 minggu okeh nak tunggu the next gaji. Motifff akak student pon dapat gaji???.. Jadi akak kena la berjimat cermat... Nan ado okeh nak jimat cermat kalau boring asik buat kek jeh.. kalau bleh jual xpe la jugak.. Lagipon akak pon koser nak ambik order orang.. Akak takut orang complain x sedap. sebab akak pon suka complain makanan x sedap. Lebih2 lagi kalau makan kat kedai.. Kalau pegi rumah orang tu merasa pose2 cakap sedap uollsss... Kalau uolls pose2 Chef Ramsay masa rumah terbuka rumah orang merasa la tahun depan nama uolls paling atas dalam Blacklist invited guest..
Akak merapu banyak sangat nih.. Akak pose2 nak baca journal lak.. Jumaat nak kena anta assignment.. guwe pamit dulu yach!! **matila sawan indon..

Wednesday, February 4, 2009

About MUALLAF...


Watching THE BREAKFAST SHOW on NTV7 this morning..

Yasmin Ahmad talked about her latest film Muallaf which will not be released in Malaysia..

Jap... kat singapore dah release movie nih.. And got very good review from audience..
Tapi, menurut Yasmin this morning in THE BREAKFAST SHOW, film baru dia TALENTINE akan di tayangkan di pawagam pada 26/3/09... and MAYBE... dia akan tayangkan MUALLAF kat 1 cinema sahaja... She said MAY BE...
sama2 kita tunggu kalau ada.. kalau xde, sila beli dvd di kedai2 apek berhampiran anda.

Tuesday, February 3, 2009

kek lapis yang best!

Sila la tengok link nih:

http://dayangkeklapis.blogspot.com

Kek lapis dia nampak cantik dan sedap sgt.. Tapi akak pose2 x mampu nak beli.. Lagipon kalau akak beli sape nak makan?? Tapi..akak pose2 nak bake kek lapis cheese la.. Mcm sedap je akak tengok.. Tunggula budget bulan depan pulak.. bulan ni x habes2 asik baking kek je.. Meroyan ke ape??

Aritu kan Mohd Rafi cerita kawan dia cakap muka dia JAMBU..
Akak terus tengok muka dia. Picit2 hidung dia.. Main2 rambut dia.. Pastu cakap;

'Ha ah, U jambu cuma u hitam sbb tu x perasan'

Pastu akak gelak2 dia picit hidung akak kuat2.. Sakit gila!.. Mak mertua akak terus kuar statement cakap kitorg gila. Haha

Arini anta FZ ke LCCT. Dia nak pegi Bali. Agaknya dia mungkin akan terserempak dgn Cik Mar kot kat sana. Akak jeles uollsss....

Overloaded..

Tengok gambar diatas tu.. Muatan sarat gila. Tu belom lagi motor Bai jual roti.. Selagi ada space, selagi tu di sumbat.

Arini pegi kelas lambat 30 min. Yang lambat sebab, dah masuk kete start enjin, tetiba2 teringat henpon tertinggal. Pastu naik rumah balik. Amek henpon. Pastu dah masuk kete, kad pass guard plak tertinggal.. naik balik rumah. amek balik.. Dah la parking dgn rumah jauh.. Pastu Minyak pulak dah merah kena isi minyak dulu..

Parking kat u**m, jalan dgn laju. Pegi kelas xde orang. Rupa-rupanya kelas batal.. Mcm Hanjj sangats akak rasakan... Motifff td malam x baca email?? **matila meroyan salahkaan diri sendiri.. Kalau akak tau sah2 akak x pegi ofis arini.. kejilah!!

Dah! Akak sentapp! akak nak pegi bank.

Monday, February 2, 2009

self made cake..



Sebelum tu, akak nak wish:

Happy 55th Birthday To Mak.. 2/2/1954
Happy 24th Birthday to Tipot .. 3/2/1985


Happy 5th birthday To Zakir (anak sedara akak).. 3/2/2004


So, sebagai meraikan birthday diorang akak dgn adik akak, Temok. Buat 2 biji kek. 1 untuk mak akak dgn Tipot. 1 lagi untuk anak akak yang nakal nak mampus.. Tangan berbalut pon main panjat2 lagi.. Mintak2la anak akak nanti x mcm tu.. **merasakan pose2 doa awal2.. motifff sangatsss

Kek ni akak yang decorate. Yang bawah ni adik akak Temok yg buat.. jelek banget kan??

Akak tau kek akak tu memang jelek bangett uollss... Akak xde piping bag dgn nozzle bagai.. So, akak pose2 guna plastic clear putih jehh.. Miskin kan akak?? Tapi xpela uollss..yang penting kita kena KREATIF...Sebab tu la sepesen je uolls decoration.. Kalau ada piping bag merasa akak buat bunga bagai.. **matila berlagak tapi nan ado..
Decoration guna Buttercream. Cara buat buttercream senang sajork... Pukul 150g butter cream, 150g butter, Bila dah kembang, masukkan 150g icing sugar yang dah diayak sedikit demi sedikit.. Kat internet pon banyak uollsss resepi buttercream.. Motifff malas nak search?? **matila tetiba maki2 orang...
P/s : Bila dah balik Mantin bosan pulak.. Tapi Supervisor akak dah bagi assignment pulak...

Sunday, February 1, 2009

Fashion statement..@2

Uolls....
Akak x jumpa la baju yang Mohd Rafi maksudkan kat rumah mak akak.. ntah mana akak letak ntah.. Penat serebelum akak fikir ..**matila.. Abes tu akak jumpa baju MERAH yang Mohd Rafi x suka akak pakai.. Tapi akak pose2 runway jugak uolls depan rumah..**matila nasib baik jiran akak x nampak.. **matila adik akak tukang amek gambar..

Inilah baju MERAH yang Mohd Rafi benci tu uolls.. Dia kata mcm baju baby2. Tapi dia bagi akak pakai baju tu dgn skinny jeans tuh.. Dengan syarat jangan pakai depan dia.. Akak x pahamla kenapa dia x suka dgn baju tu.. Akak rasa baju tu chantek je uolllss... **matila baju RM29.99 sajorrk.. Yang penting tengok kasut akak tuh... MERAH uolllssss... **Matila adik akak maki2 akak nak posing siap tukar2 kasut...

Lagi satu, Baju ASOS yang color hijau tu..

Bila tuck in mcm buruksss je.. Jeans akak tu baru lepas antar alter sikit sbb akak kan feeling2 gemuk dulu beli jeans Size 28, pastu pakai longgar . Dah pakai belt pon longgar. Mula2 ssayang nak antar alter, ingatkan bakal gemok, tapi x gamok2 pon.. akak antar la modified sket kecikkan 2 inch. Baru selesa.. Dah la jeans Guess.. Suka2 akak je gi kecikkan..

So, chantekkan baju hijau ni? Akak dah try matchkan dgn skinny jeans.. Burukk ya amatsss.. Tapi baju ni akak suka sekalss... ala2 ropol2 langsir gituuu...**matila mak...

Lepas ni akak tobat dah nak beli baju... Akak nak pose2 beli mesin jahit pulak.. Akak nak buat project lain.. **abesla laki akak pening dgn project akak ni uolllsss... kejap baking kek, kejap menjahit pulak.. kejap berkebun pulak... nasib baik akak tak bertukang.. Kau ado mcm akak??

iklan