Showing posts with label economy. Show all posts
Showing posts with label economy. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

Aku adelah Bengang!!

Programming hampeh.. isk..isk!

Maintenance rumah aku nih melancarkan system, SAPE TAK BAYAR MAINTENANCE FEE, TAK BOLEH MASUK PARKING DALAM.

Gila ke hape??

Tempat lain takde pon mcm tuh. Tak bayar maintenance fee saman je la owner. Apesal nak libatkan tenant yang innocent mcm aku??

So, aku pegi check owner ada bayar ke tak. Tapi harammmm sungguh la kan? sedangkan cukai pintu pon dia tak bayar. Satu sen pon dia tak pernah bayar okeh.

So, tadi aku bayarrkan dulu Rm300, baru la dapat sticker masuk.

Owner aku kejihh, maintenance rumah ni lagi la kejihhh!!

Dah la maintenace fee mahal nak mampos!
Dah la aku ketandusan money. And banyak utang2 lain lagi yang aku nak bayar. haiyohhhh!!

On the other side, loan mara Mohd Rafi sampai sekarang tak dapat cheque lagi. Pelik lah, padahal dah sebulan sign agreement. Lembab gila lah.

Haishhhh.....................!

Sunday, October 11, 2009

Plan B..

Baru teringat lah...

Aku ada melabur insurans dah 3 tahun. Tapi belum matang. Ada 2. Etiqa dgn Takaful. Kalau dah terdesak, belum matang pon boleh kuarkan kan? kan? kann??

Pastu, next sem ingatkan nak mengajar part time lah.. OUM keji lah! Takde course/subject yang aku boleh ajar pon.. Mungkin USIM ade kot. Aritu kawan aku kata ada vacancy CALCULUS 1, tapi untuk business student...

Lantaklah. Yang penting aku terrer calculus.. **matila angkat bakul..

Serious nih, aku terer calculus. Masa diploma aku, subject math aku tak pernah dapat B. Pastu bila amek degree tetiba jadik bodoh sikit.. Bolehhh??

USIM, sila amek saya berkerja!!!

Saya rajin, berdedikasi, berdisiplin, berhemah tinggi, berwawasan dan juga lemah lembut. Saya yakin student bakal suka dgn saya.. **matila kau macam dekan USIM baca.

P/s : Such a good timing, road tax mampus bulann nih!!
P/s : Fiza, CD Owner > streamyx dah okeh kah??? Maxis aku pon sangat hanjeng disini untuk mendownload.

Tuesday, February 10, 2009

semua yang plastic..

Tiada apa yang menarik berlaku pada hari ini juga semalam... Melainkan semalam pagi2 buta telah menonton Grammy Award.. Mcm la akak peduli siapa yang menang atau tak..

Akak cuma nak tengok my long time Boyfriend je, Justin Timberlake..

Bitter.....

Uolls ada kad plastic?? Ada?? atau Xde tapi bercadang nak apply??
Ohhhh..... x perlu la ye... Akak ni tgh pening kepala nak settle bil.. Matila kan... Kalau xde kad tu x mati pon.. gatal2 sangaat pegi apply... Bila dah apply terasa nak guna je kan???

Ha, la ni akak nak gi terminate kad plastic akak. 1 kad dah abes bayar and dah terminate pon. Sbb sangat menyampah dgn customer service dia yang asik call bila nak bayar. Lempang jugak kang!!

Eh..ke nak terminate kena abeskan bayar dulu?? Cemana aaa?

Tapi cemana agaknya org yang limit dia 40k, x ke mati nak bayar minimum je dah 5k sebulan.. Eh, lupa lak.. akak kan gaji kecik of course la limit 4k je..

So, misi akak tahun ni ialah;
1. Abeskan bayar kad plastic
2. Abeskan bayar loan MARA and YPJ..(Padahal mara kena bayar 2k je, ypj 3k..tu pon liat nak bayar...Motiffff kau ilot???)
3. Cut down petrol and Tol expenses. So, sorryla kawan2 yang nak ajak akak jalan2 sekitar KL tuh.. Pelawaan diteriman sekitar hari selasa dan jumaat sajorkk sbb akak ada kelas, so lepas kelas boleh merambu..
4. Nak banyakkan saving... Matila nak saving punya pasal duit kat purse tinggal RM20 sajork... Kau ado mcm akak???

Akak mcm nyesal pulak time kawen tu berhabisan gila2. Kalau akak saving, ntah2 dalam account dah ada 10k. Padahal majlis akak xde la grand mana pon.. Kalau akak saving duit tu dah boleh beli LV 2 bijik.. **matila tetap katanya... opppsss... x la.. boleh settlekan semua utang2 itteww...

Dah la, uolls jgn jadi mcm akak.. Sbb mak akak xde duit, bapak akak dah xde, semua perbelanjaan akak tanggung sendiri masa kawen okeh.. Uolls pegi la kawen dgn orang kaya ke..carik sponsor mcm Mawi dgn Ekin ke....

Akak sewel la arini uolllsss...

Sekian, dari orang yang mesken...**matila statement last kannn???

Sunday, February 8, 2009

ahead of me..

Muehehehehe...

Semalam Baking Kek Layer lagi.. LAGI!!!!.. Malas la akak nak letak gambar.. nnt uolls bosan pulak..

Pastu Akak , fiza n tipot pegi karaoke kat Nilai pukul 1 pagi balik..

uollss.. akak kesian dgn kawan akak, Azrul. Division dia kat Toshiba kena tutup. Pastu dia diberhentikan.. Akak tanya dia dpt compensation ke x, dia kata x dapat sbb dia baru keje setahun.. Kesian la uolllss... dah la wife dia Lyd tengah pregnant.. Nak cari keje baru dalam keadaan ekonomi mcm ni memang la susah...

Akak rasa insaf la uollss.. terus pose2 cancel nak beli mesin basuh.. Akak nak kumpul je duit tu.. ke patut akak masuk Unit Trust je?? Skrg harga saham tgh jatuh so murah la kalau nak beli saham..

Tuesday, December 9, 2008

Semua Yang Tenat..

---TENAT 1---

Hari jumaat dapat call dari Pakcik aku bagitau Nenek sedara (nenek aku dgn dia adik beradik) dan tenat kat Hospital suruh melawat. Kat Hospital Melaka. Rumah dia kat Muar.

Nak pegi. Tapi mak aku x tau jalan dan aku pon ingat2 lupa. Ade yang sesat 2 beranak pulak karang nih..

Balik rumah. Raya Haji. Jalan2 cari nangka muda. Tiba2 teringin nak makan. Rembat kat rumah pakcik aku kat Lok Heng.

Malam tadi dapat call Nenek sedara dah meninggal. Dah pukul 11 lebih. Call semua makcik2 aku, diorg ckp nak pegi lepas subuh. Aku jadi driver. Tapi sampai Muar je. Pastu aku pass mak aku kat pakcik aku sbb aku nak balik Mantin. **gila derhaka sehhh!!... Aku ajak Mohd Rafi, dia kata dia kena keje.. Ok. Suka ko lah!..

Oh... makcik2 aku punya subuh pukul 5.40 betul2 lepas subuh. Aku punya subuh 6.40 waktu biasa aku bangun subuh.. Mestilah aku kena maki sbb lambat!!..

Hasil rempitan sejati. Sampai Muar pukul 10 lebih. Jenazah baru nak di sembahyangkan kat surau sebelah.. Nasib sempat. Ramai sungguh orang.


---TENAT 2---

Ada sesapa keje company US? atau company dia supply barang untuk company US?.. Kawan aku keje Flextronic kata ramai yang dah kena VSS. Kilang Wester Digital pon sama tenat. Abang ipar aku tempat kilang dia keje supply barang kat Flextronic, dari 6 hari seminggu keje jadi 5 hari seminggu. Sekarang dah jadi 4 hari seminggu je. Yang ada anak bini tu nak makan apa? belum masuk hutang kereta... rumah lagi... errr... credit card lagi....

Adakah anda merasai kesan Ekonomi Global??

Tapi.... kerajaan Malaysia buat promosi Jualan Jimat Malaysia.... Cemana tuh???? ***larikkkkk!!!

iklan