Saturday, February 5, 2011

Segamat dah tak banjir dah. Tapi aku penat nak mati pegi segamat.

Cuti CNY akak balik kampung dipendekkan menjadi 2 hari sajork gara2 ke segamat punya pasal.

Kota Tinggi ke Pemanis, Segamat adelah jauh nak mati.

Ni gara2 adik ipar akak yang nak pegi merisik. Pastu emak mertua akak puler ajak (read: paksa rela) Semua ikut pegi merisik. Mohd Rafi berkata kenapakah tak langsung tunang jah. Perlukah merisik jauh2 begitu sampai 5 kereta??

Yess...5 kereta uolllssss.... Motippp??

Tapi emak pompuan ittew tak mau tunang. Nak risik dulu.

Pastu ingatkan pegi sabtu. Sekali je jumaat. Akak nan ado lah nak patah balik segamat kota tingg pastu naik KL balik. Koser uollssss... Kang anak akak mengamuk tengah jalan siapa nak tanggung??? Ahkak jugak..

So, kota tinggi - segamat - KL.

Jalan ke segamat adelah LAHA. Sebab baru lepas banjir kaedahnya. Dan jauh nak mati. 5 jam dari Kota. PAdahal kalau akak naik KL baru 3jam setengah kaedahnya.

Pastu dari segamat akak lalu gemas-Tampin bagai untk ke KL. Ada jalan banjir sikit tapi still boleh lalu.

Pastu akak call Cik Sha Tampin, dari Segamat sampai ke Tampin neverla nak angkat kau kannn?? Kekwat kah tengah cur uollss???

Sampai KL dalam pukul 9 malam.

Balik rumah seperti yang ku jangka terjadi. Farhat mengaruk lah uollss... Dia kepenatan + Lapar.

Farhat adelah spesies bayi yang tak nak menyusu duduk. nak kena baring okeh. Dalam kereta menonggeng2 akak nak menyusukan dia.

Hasilnya hari ni, akak demam+sakit badan.

Eh. Akak tobatlah nak pegi lagi Segamat kaedahnya. Tunggu dia kawen lah baru pegi.

iklan