Tuesday, June 30, 2009

KONSERT SATU SITI...

Sorry uollss... arini akak busy berguling2 dgn Mohd Rafi..**larikkkk..

Okeh, Semalam akak pegi Konsert SATU Datin Seri Datuk Siti Nurhaliza... **amek ko gelaran je dah penat type..
Ni je la gambar Istana Budaya paling hebat yang akak boleh amek.. X boleh amek gambar okeh dalam IB.. Lepas tu camera phone akak kan hazab siikit uolllsss..

Best okeh!!.. Siti nyanyi 30 lagu..oppss..extra 1 lagu.. Lagu BUDI BAHASA iklan kat TV tuh.. Mak kira okeh berapa banyak lagu dia nyanyi **matila x percaya dia cakap bakal nyanyi 30 lagu.. sbb tu akak sibuk kira uolllsss....

Siti nyanyi memang x pancit okeh.. Maintain je suara dia mcm dengar lagu dalam CD, dari awal sampai akhir.
Baju dia yang opening color Putih tu akak suka sekali... Ropol2 kat bawah kain tu chantek sangat..

Akak kagum okeh siti tukar baju cepat sekali... Magic David Cocopil betul..

Secara keseluruhan akak bagi 9.5/10. X penuh sebab akak x suka penari masa lagu cindai.. Mak lebih suka tarian zapin gituuuu... cik Lee dgn Cik Sha bagi 10/10..

Ahli rombongan malam tadi.. Sah-sah akak yang paling chantek kan?? **larikkk **matila tiket paling murah..


Bersama Cik Tau yang beli tiket mahal belakang okestra tapi dapat harga Murah.. **matila..

Sorry la uollss...camera phone kan ala2 hazab nak amek gambar malam kan.. so paham2 sendirissss okeh..

Konsert abes pukul 11.30. Pastu call Mohd Rafi, dia suruh balik cepat jangan singgah makan. Tapi akak cakap nak gi makan kat kampung baru dia ala2 x nak bagi x bagi je..
Sekali skala okeh jumpa kawan2 lama, so weollss makan kat Nasi Lemak antarabangsa.. Sambal sotong dia sedap uolllssss..
Akak terpaksa rasuah Mohd Rafi dengan belikan Nasi lemak bungkus..

Sampai Mantin dalam pukul 2 pagi gituuu... Mohd Rafi x tido lagi. Tapi dia x makan pon nasi lemak itteww sbb dia dah kenyang melantak kat Rumah Fiza secara Marathon..

Pastu dia cakap ' nak pujuk la tu, belikan nasi lemak..'

Hahaha... mcm tau-tau je..

Balik-balik tengok baju dah basuh dan dah sidai.. Bila tanya dia, dia cakap,

'I boring duduk rumah..tu yang basuh baju..'

Bagus! hahaha... Rasainnnn sangat kan.. slalu dia tinggalka akak sorang2 kat rumah, kali ni rasainnn akak tinggalkan dia kat rumah sorang2 pulak..

Esok balik kampung amek barang dia untuk pindah sini terus..

Penat la nokkssss!

Sunday, June 28, 2009

Cake Of the Day.

Tempahan dari custtomer tetap akak.. Iaitu Fiza.. Blehhh???
Untuk Birthday bapa dia yang ke 50.. Mohd Rafi kata, bunga-bungaan tu banyak sangat..

Choc Moist Cake.


Oreo Cheese Cake.

Western saturday.

Lunch :
Grill black pepper chicken, Mashed Potato, Black pepper sauce

>> Black pepper sauce terlebih black pepper. Merasa pedas nak mampus!
>> Salad, lupa nak beli.. bantai je la piramid makanan yang x betul..


Dinner : Fiza buat Pizza **macam word pun x??

Gigih nih Fiza datang rumah akak masak Pizza. Ada 3 tapi sempat amek 1 gambar je. X clear plak tu.. Bantai la yek..

Arini, oven akak very the busy. Bakar 3 keping pizza. Pastu bakar cheese cake lak. Pastu Choc Moist cake lak..
Choc Moist cake merekah sket sbb terlebih masak. esok akak letak gambar..

Errr...esok xde orang puasa kan??

P/s : Sian Mohd Rafi kena selsema pulak.. Rasainnn jangkit dari akak...

Friday, June 26, 2009

oh no! Oh NO!

Mohd Rafi is coming!

Rumah sepah... Matila kannn..

Kete x hantar car wash lagi dan OF COURSE bersepah dgn TISSUE(sbb aku selsema n batuk. remember?).

Peti sejuk. KOSONG. Serious. Satu lauk pon xde..

Plan.
1. Pegi beli barang buat kek.
2. Beli barang dapur
3. Anta BCL kat carwash
4. Kemas rumah
5. Tido.

Boleh x, nak cancel no 1 sampai 4, tapi nak buat no. 5 jek??

Adekah aku isteri keji??

p/s : pandai pulak Mohd Rafi ni datang lepas akak abes period. Kalau tak, manjang datang tengah period je..

Midnight..


oh..oh... semalam tengok Transformer dgn Fiza.

Kitorg tengok show pukul 10.30. Sbb ada orang x sedar diri esok dia keje. Dia kata xpe...

Tiket Transformer memang HOT STUFF okeh.. kitorg beli pukul 10.20 nan ado seat kosong 2. Yang ada separate seat. Tapi amek jugak la sbb dah nak tengok sangat..

Akak bagi 5/5 bintang lah citer Transformer nih.. And MEGAN FOX tu memang HOT giler okeh..

Isnin nih.. akak nak pegi GENTING naik HELIKOPTER SABAH AIR.. Feeling2 mawi dan Ekin kejap kan..
Akak menumpang family fiza. Bapak dia keje Sabah Air, so merasa la akak tumpang kebahagiaan diorg naik Genting sekali...

Akak kan memang suka tumpang2 nih uolllsss.... Akak kan anak tumpang parents fiza gituuuuu...

Thursday, June 25, 2009

Harga emas naik lagi kann??

Naik la.. aritu tengok RM107, arini RM122..

Akak tengok bukan nak beli pon uolllssss.. Saje jalan2 kat situ ternampak pulak kan..

Nanti la, kalau akak kaya banyak akak beli la rantai emas yang macam rantai basikal tu ha..

Masalahnya, bila nak kaya ha???

Mak akak x jadi datang plak.. Kejap jadi kejap tidak kan???

Fiza : jom tgk wayang! aku blanje!! Tapi sila bawak student card ko skali supaya kita boleh dapat harga RM6 ***matila keji dan kedekut!..

Akak nak pegi rumah Leed jap lagi. Mula2 nak datang tgk2 rumah baru dia. Di samping tu boleh tengok2 rumah keliling tu. Kalau best, ingatkan nak pindah area situ je..
Pastu, alang2.. nak tanya Azrul programming skali...

Akak segan la uolllss... Akak asik susahkan Azrul je.. Balik2 muka akak pegi rumah diorg tanya programming..

Kalau korang jadi akak segan x???

Akak segan, tapi kena buat muka tebal.. Kalau tak research akak x jalan..

Padan muka orang bodoh programming mcm akak ni kannn???

Marilah mari....

Mari lah kita membayar semua hutang2 yang ada arini uolllsss...

Sah2 arini CIMB click lambat nak mampus loading..

Kena jalan gi bank la nampaknya...

Wednesday, June 24, 2009

Suspected...

Akak rasa Mohd Rafi ni kejam dan keji la..

Bini dia sakit pon x nak datang melawat kan???

Dah la sorang2 kat sini..

Siap la dia lepas nih. Akak nak lancarkan mogok.

Rasainnnnnn!

Tuesday, June 23, 2009

Mak saye nak datang..

Hebat!!!... Batuk akak dah kurang!!

Menurut teori Fiza, ia adalah disebabkan aku minum air sejuk semalam..

Teori fiza : Apa yang menyebabkan penyakit tu, itula jugak yang akan jadi penawar..

Kelassss sangat teori dia kan??? Akak pon x tau batuk kurang sebab ubat batuk mabuk yang doc kasik atau teori Fiza itu sememangnya BENAR????

Weh, mak akak nak datang minggu nih.

Nanti akak nak bawak dia pegi Nilai Square beli BAJU RAYE.. akak dah gelabah nih uollls, x beli baju raya lagi.. nanti mak akak x sempat nak siapkan...

Semalam akak mimpi org pregnant. X tau la betul ke x org tu pregnant.
Arini dapat berita wife ofismate akak tuh, Mili pregnant..Setelah hampir 2 tahun mencuba.. Tahniah untuk theyolllsss.. Akak rasa happy gila untuk diorg....

Akak?? Nanti la akak cuba lagi berkali-kali dgn Mohd Rafi.. Akak suspect sperma Mohd Rafi x berkualiti.. **matila salahkan orang lain...

Mabuk..mabuk..mabuk!

Ya ampunnnn... apesal ramai sangat orang kat Azzahrah semalam??
Ramai sangat kah orang sakit sekarang nih??
Akak dapat ubat batuk yang memabukkan. So, akak x suka. Akak stop minum la uolllsss... Susah nak wat keje kalau mabuk2 cam tuh..

OK... akak sambung citer Makcik tuh..

Ada la sorang makcik kat kampung akak nih tau.. Dia nih suka sangat citer bangga2 pasal anak2 dia..
Dia citer anak dia yang first tu gaji besar. Dapat 3k sebulan.. Padahal keje ape? Kerani bank?? Motifff? Pastu suka citer pasal menantu dia konon2 paling baik, slalu bagi dia duit.. Keje bagus.. Eleh..keje kilang Titan.. Ada kedai makan sebanyak 5 biji.

Pastu tiap kali datang rumah orang suka ulang2 citer yg sama selama 10 tahun. Kau x bosan??

Yela kan.. menantu mak aku kan keje biasa2 je.. Technician camtuh. So, dia suka la citer kat mak akak uollss.. Mak akak ppon layan sajork.. siap hidang air lagi kalau dia datang SEMATA-MATA nak citer bangga2 pasal anak2 dia dgn menantu dia tuh..

Tup..tup...dengar citer anak dia tu cerai dgn laki dia tuh.. Kenapa??? Sbb laki dia tu sebenarnya ada pompuan lain dan memang kaki pompuan. Zasssss kan...

Pastu, boleh x anak dia tu bagi hak penjagaan anak2 dia yg 3 org tu kepada laki dia sbb laki dia nak bagi RM350 je sebulan..

Masalahnya, dia bukan x kenal ex laki dia tu. Bukan suka dgn budak2. Last2 anak2 dia duduk dgn laki dia tu x makan la.. pegi skolah x bawak duit..Baju semua x terurus..
Ko sanggup x tengok anak2 ko sengsara mcm tu semata-mata sebab RM350..

Tapi sekarang lepas cerai 3 bulan. Anak dia tu dah kawen lain dah..
Tapi anak2 dia tetap duduk dgn ex laki dia tuh..

Pastu makcik tuh, sibuk jaja citer pasal menantu baru dia pulak.. Baik la hape la.. Pening mak akak dengar..

Adik akak gossip dgn akak semalam dia datang rumah makcik tu. Makcik tu citer la pasal anak dia yang keje kat maybank damansara the curve ***matila siap baitau tempat... Dah beli rumah harga 100k... Hellloooo...Kat KL nih dapat ke rumah teres 100k?? aprtment dapat la..
Yang paling keji skali dia siap tunjukkan kat adik akak nih offer letter anak dia yang lepas matrik tu dapat USM. Pastu citer la pulak anak dia tu bijak pandai...

Haiyooooo... adik akak bengang gila okeh.. Yela.. kitorg pon masuk Uni jugak.. xdela sampai nak tunjuk kat orang offer letter kan.. kang aku keluarkan offer letter UK kang...

Masalahnya ialah.. makcik tu suka sangat citer kat mak aku sebab mak aku ni senyap je.. X pandai nak balas balik...

Mak aku tu memang gitu.. orang citer dia dengar je.. Pastu nanti kitorg pasal telinga skali.. Pastu gossip adik bradik.. hahaha..

Eh...pastu...citer paling baru, anak dia yang cerai dgn laki dia dan kawen baru tu dah pregnant. Lagi SENTAP akak dengar!.. Boleh gituuuuu??

Monday, June 22, 2009

Tetap la kan...

Hari bapa nih akak x sambut pon uollsss..
Bapa akak kan dah meninggal 8 tahun lepas...

so, akak wish kan Mohd Rafi je yang bakal jadi bapa tapi tak jadi sebab anaknya dah keluar awal.. **sedih...!

Batul akak nih x baik lagi okeh. Tension akak tau. Akak rela dapat selsema dari batuk.
Sebab selalu selsema akak 2 hari je, kalau batuk boleh sampai seminggu baru baik..

Kalau bagitau mohd rafi kan nanti dia cakap macam ni:

'Tu la...sape suruh makan durian banyak2...'

Benci sangat tau. So, akak pon balas :

'Dah. I dah insaf. Lepas ni kalau ada durian kat kampung cepat u nyorokkan tau.'

Betul okeh. Akak dah phobia tengok durian apetah lagi bau dia. Rasa mcm menyucuk2 tekak akak kalau bau dia.. haiyohhhh..

Kesian tau akak ni noks...**matila kesian kat diri sendiri.. Hari2 makan bubur sajork.. Makan bubur dgn kicap je.

Bukan sebab akak mesken okeh. Tapi sebab akak takut nak makan benda bergoreng. Takut batuk makin teruk..

Alamak, sebenarnya akak nak citer pasal makcik kepoh kat kampung akak tuh.. Tapi dah melalut lak.. lenkali kak citer okeh..

Byeeeeeeeeeeeeeeee

Sunday, June 21, 2009

Hari ahad memang sangap..

Apesal ari ahad malam citer semua sucks kecuali citer GHOST kat 8tv..

Yela... akak mesken x mampu nak pasang astro...

Tau x, kalau akak sakit2 nih, kalau call Mohd Rafi nanti dia suruh rehat2..baring2...

Motifff?? Kalau batuk2 sibuk2 baring2 sakit dada aku lama2..

Dari 3 jenis ubat batuk yang aku beli.. meh sini aku buat review ubat batukk..
Kau ado review ubat batuk...

1. Woods peppermint
Terlampau berangin. Kalau minum sampai perut2 berangin. Pastu nanti effect dia kejap je.. X baik pon batuk.

2. Ubat batul chap ibu dan anak
ni ok jugak. Aku suka minum bancuh dengan air suam. Lepas tu lega sikit. Manis sikit sbb dia ada madu dalam tu dan liquid dia pekat.

3. Breacol
Yang paling murah aku beli. RM4.80. Dan paling berkesan minum bila batuk. X manis sangat dan x berangin sangat.

So, ingatla yek, kalau uolls nak beli ubat batuk, sila beli Breacol..

FYI, ubat2 batuk tu semua x abes lagi. Tapi akak minum selang seli gituuu.. Konsep sangat kan?? kalau dah terdesak sangat x sempat nak amek sudu, akak main tonggak je minum direct dari botol.. Nasib la kannn..

I hate u lah.

hehe.. akak dah baik demam dan dah kaya 'sikit' semula......

tapi batuk nih x baik2 lagi.. dah 3 botol ubat batuk yang berlainan brand akak beli..

Benci tau.. Lepas ni akak nak jadi sami x makan durian dgn rambutan..

terpaksala membenci durian...

Saturday, June 20, 2009

DAh la mesken, demam pulak tuh..

Semalam akak batuk kokol... Bukan batuk Kojol... **kau jangan bukan2 mendoakan akak..

Arini akak demam panas + batuk x baik2 lagi..

Ini lepas telan penadol baik kejap. Lagi 2 3 jam nanti panas balik..

Dah miskin, pastu salah beli ubat batuk lak tuh.. Terbeli woods peppermint yang untuk cold and fever. Akak punya batuk, batuk berkahak. Dah la RM6.50 sebotol.

Arini terpaksa pegi kedai balik walaupon aku mcm separuh mati nak heret kaki ke kdai.. Beli Ubat Batuk Chap IBU DAN ANAK.. RM6.50 jugak..

Aku nanges sorang2 kat sini.. Dah la demam sorang2.. Nak mintak tolong orang bawak gi klinik pon xde.. Nak mintak tolong orang belikan makanan pon xde.... Last2 aku maka roti je la..

Akak batuk sampai breast sebelah kanan sakit. Susah nak bernafas. Rasainnnn sangat.. Adekah akak banyak wat dosa sebab tuh penyakit datang untuk hapuskan dosa2 akak di saat akak miskin tegar duit dalam wallet tinggal RM3 sajork??

Mohd Rafi kata nak bank in duit.. tapi masalahnya, sape yang nak pegi bank amek duet tu?? ha..cakap..cakap... Bank tu dah la jauh..

Xpela.. akak hanya mampu pasrah gitu..

Semoga akak cepat sembuh! Aminnnnn...

Friday, June 19, 2009

Jeng...Jeng..Jeng..!!

Akak happy arini uollls... sbb tadi akak gi kedai ada budak ngorat akak..

So, balik akak terus tukar layout template blog... Volllehhhh?? kau ado mcm tu??

Tapi kan... ada link2 uolls yang tertinggal.. Jangan kecik ati.. Nanti akak letak balik..

esok2 la akak edit uollls..malam ni akak penat..

Akak citer dgn Mohd Rafi ada orang ngorat akak.

Mohd Rafi kata.. 'Herannya...'

Akak tanya dia ' Heran apenya?'

'Budak tu tak reti beza ke bini orang dengan anak dara? kan boleh tengok..'

Akak tanya ' Cemana nak tengok?'

Dia jawab, ' Rahsia...'

KEJI SANGATLAH nak rahsia2 bagai.. Chantek ke nak rahsia2 dengan akak?? Gituuu tetiba emo..

Akak tau maksud dia, mesti nak cakap akak x chantek x layak di-ngorati... Sentap sangat lah!!

sometimes, we are just so lucky..

Akak kan sekarang suka baca ruangan Pakar sakit Puan dalam Harian METRO.. Pastu, terbaca yang nih...

Akak copy paste yek..

SAYA berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dengan usia perkahwinan mencecah lebih setahun. Sejak lahir hingga kini, saya memang tidak didatangi haid.
Saya sudah membuat pemeriksaan doktor pakar yang mendapati saya tidak mempunyai rahim manakala laluan persetubuhan juga tiada. Saya amat sedih dan tertekan apabila memikirkan keadaan saya ini. Sebelum berkahwin lagi, suami saya tahu mengenai hal ini kerana dia selalu mengikut dan menghantar saya ke hospital. Dia mengatakan dapat menerima saya seadanya. Tetapi kini, saya rasa bersalah pada suami kerana tidak dapat menjadi normal seperti wanita lain. Doktor ada menyarankan saya menjalani pembedahan untuk membuat lubang rahim supaya saya dan suami dapat bersama dengan sempurna.
Tapi suami berpendapat, buat masa ini tidak perlu kerana dia merasa puas apabila bersama dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya kurang yakin keadaan ini akan berpanjangan.
Adakah saya perlu melakukan pembedahan terbabit? Adakah pembedahan itu akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap diri saya? Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Saya juga ingin tahu kos yang perlu disediakan untuk melakukan pembedahan berkenaan.


JAWAPAN DOCTOR :

ANDA mengalami suatu keadaan yang dinamakan agenesis mullerian atau sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser, sejenis keabnormalan kongenital dalam pembentukan sistem mullerian yang berlaku satu dalam setiap 4,000 hingga 5,000 perempuan. Dalam istilah perubatan yang dipermudahkan, sepasang duktus mullerian di kanan dan kiri badan janin sepatutnya bercantum di tengah-tengah untuk membentuk sepasang tiub falopio, rahim dan dua pertiga bahagian faraj. Bagi diri anda, percantuman ini tidak berlaku kerana anda ketiadaan duktus mullerian.
Namun, anda masih mempunyai sepasang ovari memandangkan asal usul ovari bukanlah daripada duktus mullerian. Anda juga mempunyai kromosom normal seorang perempuan iaitu 46XX. Dengan kehadiran ovari yang berfungsi, anda masih boleh mengeluarkan telur (ovulasi) dan hormon kewanitaan estrogen serta progesteron daripada kedua-dua ovari. Anda juga mempunyai ciri fizikal dan emosi seorang perempuan sehinggalah ovari berhenti berfungsi kelak dan anda mencapai menopaus.
Memandangkan anda tidak mempunyai rahim, anda tidak berupaya hamil. Namun, seseorang yang mengalami agenesis mullerian masih boleh mempunyai bayi yang mewarisi genetiknya (daripada telur ovarinya) dan suaminya (spermanya) jika menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) ibu tumpang, ini tidak dibenarkan dalam Islam. Doktor anda pasti sudah menerangkan keadaan ini.

Komen akak : Akak rasa kesian uolllss dengan wanita tersebut. Seteruk2 kita pon masih ada harapan nak pregnant. Boleh lagi ikhtiarkan cara untuk pregnant. Kalau mcm dia tu, rahim untuk pregnant pon xde. Xde langsung peluang nak pregnant.

Insaf terus akak tau..

Lauk tengah hari akak..

Ikan cencaru sumbat.
2 batang pak choy masak lemak.. Akak masak 2 batang sajork , kalau masak 1 pokok nanti x abes buang je..

elakkan pembaziran di saat miskin tegar!! ***larikkkkk

p/s : nanti akak update lain yeh.. akak nak makan dulu.

Thursday, June 18, 2009

ITIK SERATI..

Arini orang call akak semua x percaya yang itteww suara akak.

Lebih2 lagi Mohd Rafi. Gelakkan akak mcm ape je..


Itik sangat ke suara akak nih uollllss???

Adik bradik akak siap selang 5 minit nih call akak semata2 nak dengar suara itik akak tuh..


KEJI sangat lah!

Akak dah ok sikit nih.. Selepas minum air bergelen2 jua minum air BADAK chap KAKI TIGA berbotol2..

Itupon pegi rumah fiza FAMILY dia offer akak makan durian lagi..

AKAK PHOBIA OKEH DENGAN DURIAN!!..

Haruss akak pose2 geng Mohd Rafi x makan durian lepas nih..

Kat rumah akak nih ade sebiji lagi DURIAN akak REMBAT dari rumah FIZA semalam. Sape nak makan tuh???AKAK DAH TOBAT nak makan uolllsss...

Akak pening la uollss.. X boleh tgk laptop lama2... Akak tido dulu okeh!

TAKE CARE! Jangan makan DURIAN banyak2..

Bak kata pepatah akak ; Durian tu kecil2 sedap, bila makan banyak sengsara... gituuuuu

byendui!

akibat orang berlagak..

Aritu kan akak berlagak dengan Mohd Rafi yang akak makan durian dgn manggis selang seli x jadi apa2 kan???

Rasainnnnnn semalam tekak akak sakit2. Pastu ada hati lagitu bantai durian kat rumah fiza..

Arini??? Suara pon serak susah nak keluar... Rasainnnnn!!!

pastukan akak call la Mohd Rafi. Dia gelakkan akak sebab aritu berlagak.

Dia bebel ,' tula.. kan i dah cakap jangan makan durian banyak2.. bla..bla..bla..'


akak cakap ' Abes tu, sedap. U lain la x makan durian'

Pastu dia sambung lagi, ' Lepas ni nak makan, jangan makan sebiji je'

Akak yang vodo tanya, ' Nape lak?'

'Makan 5 biji. Alang-alang Biar suara hilang terus.'

SENTAPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sangat tau......

p/s : akak sakit tekak sangat lah.. Cemana nak ilangkan sakit tekak nih?? dah ber'liter' air akak telan.. air asam jawa lagi.. xde kesan pon.. Err... Kapt Doc Kimot, apa yang perlu saye buat???

Wednesday, June 17, 2009

X jadi nak tukar template..

Mula2 gatal nak tuka layout blog uollss... Chantek2 okeh.. amek kat sini:

http://deluxetemplates.net

Tapi kan.. bila preview mostly bloglist kat sebelah kanan tu hilang..

So, akak mmalas nak type benda2 tu balek.. x jadi la tukar..

Tapi.. akak tukar template blog kitchen akak:

http://ilotskitchen.blogspot.com/

Chantek x?? chantek kan??


Mak akak kata... Durian kat blakang rumah akak tuh dah gugur..

Tapi nan ado duit nak balik kampung la uollss.. tengah miskin hina nih..

So, duduk diam2 kat rumah sajork la.. Isk...isk..iskk

Eh..eh..chop-chop.... Period akak lepas miscariage nih sangat pelik lah..
Last month lambat 2 minggu. Bulan nih cepat seminggu pulak.. Pening serebelum akak memikirkannya..

Adekah sebab akak minum SENORITA sebab tu period akak tetiba cepat??? Motiffff????

Meroyan, jeles, rindu, motiff x jelas...

Hambek kau tajuk orang gilak!!

Meroyan di malam hari setelah godeh2 matlab tetiba boleh run plak.. Wah!! aku dah hebat PROGRAMMING!! **matila exagerate.

Tetiba rindu nak tido bawah ketiak Mohd Rafi. Ketiak Mohd Rafi bersih je sebab dia cabut bulu ketiak dia. Kalau kitorg banyak masa nanti main2 cabut bulu ketiak.. Kau ado laki bini gila mcm tuh?? So, ketiak kitorg halus mulus dan bersih okeh..

Serious jeles dengan orang lain yang boleh tido bawah dgn husband hari2. Jeles dengan orang lain yang boleh masakkan husband hari2..

Weh, masak untuk husband tu heaven tau tak?? lebih2 lagi bila dia makan banyak..

Aku dah tau dah lauk favourite Mohd Rafi. Ikan goreng sambal. Sayur masak lemak dengan sambal belacan. Confirm dia tambah 2 kali!..

Lepas makan nanti dia kemas meja sendiri. Basuh pinggan sendiri. Kadang2 dia yang basuhkan pinggan aku..

Pastu, aku jeles orang lain dah beranak pinak. Lagi jeles dengan orang yang bunting pelamin.

Masa orang lain dah kawen aku belum kawen, aku relax je.. Xde rasa pape.. tapi bila orang lain sibuk pregnant aku lak gelabah.. hahaha.. sebab aku kesian dengan Mohd Rafi.. Dia suka budak2.. esp baby... lagipon aku x sabar nak tengok muka kacukkan kitorang.. mesti anak aku hensem kalau lelaki dan chantek kalau pompuan.. **merasa bayangkan ramai2...

Tapi bersyukur jugak sbb AT LEAST aku pernah merasa pengalaman pregnant walaupon sekejap kan???

Rindu bangun subuh pagi2 tunggu Mohd Rafi depan sejadah sambil tertido sebab nak semayang berjemaah sama2.. Walaupon bacaan dia x perfect tapi boleh la kan.. Lepas semayang kiss pipi kiri kanan, kiss dahi.. Pastu masak air, buat air coklat, Paksa dia minum. Pastu tido balik... **hahaha... sampai pukul 10.. Yep..memang x senonoh..

weh...korang kat rumah mertua bangun pukul berapa??

aku lepas subuh terus tak tido okeh.. Mak mertua aku jenis morning person. Pagi2 dia dah bangun kemas rumah, basuh baju bagai.. buat sarapan..

Abes tu, takkan aku nak tido kan?? So, aku bangunla tolong basuh kain ke jerang air ke sapu sampah ke.. Tapi Mohd Rafi paling keji sebab dia akan jadi orang yang last bangun. Itu pon setelah aku usik2 dia baru bangun..

Kat rumah MAK aku??? Lepas subuh tido balik okeh.. Harammm sangat kan????
Mak aku lain.. Pagi2 dia bangun jahit baju sebab risau baju orang x siap lagi.. Baju cucu2 dia jahit awal2.. Baju anak2 dia pagi raya baru jahit... Bolehhh??

Anggapla akak merapu pagi2 yang indah nih...SEKIAN

Tuesday, June 16, 2009

Kad nikah saye.

Kad kawen akak dah siap. Lama okeh tunggu. 3 bulan apply.

Chantek x??

Hahaha.. akak x tau la negeri lain, tapi kalau kat johor, lelaki kena amek gambar pakai songkok.

Akak buat kad tuh sebab malas nak bawak sijil nikah yang hampir lunyai tu kemana2..leceh.

Bayaran buat kad tuh ialah RM30.

Ok lah uolls.. itu sahaja update untuk hari ini.. **merasa!

Kita namakannya sebagai bulan buah-buahan tempatan.

Minggu ni dipenuhi dengan aktiviti memakan buah-buahan tempatan..
Didahului dengan acara AKIKAH anak Leed Dan juga Azrul di SEREMBAN.
Akak mcm biasa la uolllss... Tukang sediakan baju. So, mestila baju suami isteri SEDONDON color hijau... Hik..hik.. **ketawa gedik nak mampos..
Sebelum pegi bapak fiza dah pesan. MINTAK RAMBUTAN kat RUMAH LEED sebab rambutan rumah dia memang sedap.. SERIOUS SEDAP.
TAPI pokok rambutan dia tinggi dan xde galah.. Camne nak amek tuh??
Ape guna bawak laki sendiri kalau x boleh panjat pokok rambutan kan?? Itupon selepas dipujuk dengan kata2 rayuan seperti ... 'Ala sayang.. u kan kacak hensem lagi bergaya..'
So, kami buat perangai x senonoh, memetik rambutan ketika majlis akikah anak orang.. **larikkkk.. Mohd Rafi panjat rendahkan dahan, Fiza petik, akak tukang kutip kat bawah.. Tapi dikutuk oleh Fiza sebab production lambat.. Motifff????

Jangan salahkan camera akak sebab gambar gelap.. tapi memang LAKI akak yang gelap... Larikkkk... Ampunnnn zahir batin bang....

Hasil pada hari tersebut. Diagih2kan kepada tetamu yang lain juga.. Abes tu? xkan kitorg nak bolot semua kan???

Arini, akak serbu rumah Fila. Kenyang makan durian and manggis. Mcm nak meletop perut akak nih.. MOHD rafi kata, makan selang seli durian dengan manggis nanti PANAS..

Eleh... xde pon.. Akak OKEH je nih.. **matila berlagak kan??

FYI, Mohd Rafi TAK MAKAN rambutan dan juga DURIAN.. Tapi Epal dia makan. Gedik nak mampos kan??

Emak..oh emak... Bila durian kat kampung nak gugur nih? Asik rembat durian orang lain jeh nih...

Mak aku kata, 'Durian kat rumah tu nanti kalau gugur cukupla untuk cucu2 makan...'

Keji tak pentingkan cucu dari anak2??.. Eh... Mak saye x keji pon.. saye yang keji... **tak baik derhaka uolllsss....

Akak merapu sket uollss... Mabuk durian.. hahaha

Monday, June 15, 2009

ha.......**matila x tau nak letak tajuk ape kann..

akak tengah miskin tegar nih uolllss... Tinggal Rm20 sajork. Tu pon Mohd Rafi bagi.. Bolehhh???

Ok..xpe.. Jom buat TAG dari Princess (http://akudankamukamu.blogspot.com/)

1. Bekas kekasih saya adalah :
Saye xde bekas.. Bekas tupperware banyak la.. tu pon ramai yang x pulangkan lagi...**opppssss

2. Saya sedang mendengar :
Suara orang bagi resepi dalam Martha Stewart

3. Mungkin saya patut:
Tuntut hutang2 orang kat saya supaya saya boleh KAYA semula... Tapi saya segan la uollsss..**matila sanggup hidup miskin.. **larikkk

4. Saya suka :
Balik kampung ketika duit dalam wallet sedang nazak.. Menambahkan lagi ketenatan duit tersebut.. Merasa orang miskin asek citer pasal duit je kan?? Rasainnnnn...

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Fiza cd owner cw clee csha mader dan sebagainya... hahaha...

6.Saya tak paham :
Kenapa saya miskin...**matila...

7.Saya kehilangan :
cuba teka??.........................hahhaha.......... mood

8.Ada yang berkata :
saya chantek... **matila tipu...hahaha.. suka akak la..tag akak yang buat..

9.Makna nama saya :
kelebihan atau faedah

10.Cinta itu adalah :
Sacrifice for each other...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
apende nih??? Koser nak kepoh2 orang lain..

12.Saya akan cuba :
Lebih calculative with money

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever... **matilah translate..

14.Telefon bimbit saya :
Boleh mengeluarkan cahaya lampu suluh.. dah berharga RM100 sajork.. tapi akak dpt free sbb mohd rafi bagi...

15.Bila saya terjaga dari tidur :
pegi toilet

16.Saya paling tak suka apabila :
saye miskin.. larikkkkk!!!

17.Pesta/Parti adalah :
Parti la... tempat org rami berkumpul and have fun.. birthday party ke.. tupperware party ke...

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Penguin dalam citer MADAGASCAR tuh.. Serious comel!

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
23 - 25, masa kat blajar kat UK

20.Hari ini :
Fila ajak makan durian kat rumaah beliau sbb mulut akak nih yang gatal2 mintak.. tapi nanti abesla.. duit akak tuh uollls buat isi minyak... **matila haku duit tinggal RM20..

21.Malam ini saya akan :
tgk tv dan tido

22.Esok pula saya akan :
sama seperti di atas..

23.Saya betul-betul inginkan :
korang rasa orang miskin perlukan apa????

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
mmmm... Chantek!!... **matilaaaa....

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Dua2 pon tak

26.Makanan Barat atau Jepun :
Dua2 ya

27.Bilik yang terang atau gelap :
kalau sorang TERANG, kalau ada orang GELAP

28.Makanan segera adalah :
Makan kat rumah Fiza.. Hahahaha

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
okeh

30.Siapa yang anda nak Tag?

1. fiza
2. fila
3. cik mar
4. cik ienn
5. farhana
6. jiha
7. sufian > ko baca kan??
8. aisar
9. cik gaban
10. cik tari
11. Cik kebom.. Lama sangat kah balik kampung??

dan sebagainya.. yang akak x tag tuh jangan kecik hati.. Lain hari dan di lain masa akak tag uolss pula..

Dia sudah balik.. isk..isk..

Arini Mohd Rafi dah balik JB. Sebab dia kan tumpang kete kawan dia datang sini. So, bila kawan dia nak balik ahad dia ikut skali.. Laggipon tumpang kan FREE. Jimat sangat kan??

Arini xde adegan air mata menangisi pemergian suami TERCHENTA..

Sebab.. kelam kabut okeh..

Dia kena naik bas gi Melaka sbb kawan dia tu balik MELAKA, so dia amek bas dari Seremban pukul 2.30.

Pastu kat rumah terlebihh gurau suami isteri jadi lah tetiba tengok jam dah pukul 2.00.. Kelam kabut semayang and mandi mamat tu..Sampai Seremban Terminal 2 dah pukul 2.37, nasib baik bas x jalan lagi.. Bas transnasional kan selalu ON TIME..

Tu lah kan.. kalau masa itu terhad, jangan cuba nak bergurau terlebih suami isteri... **larikkkk

Friday, June 12, 2009

ciskek 2..

Baru siap buat ciskek tuh... Nama ciskek ape pon akak tak tau nak letak..blehhh??

Pasttu call Mohd Rafi.. tetiba dia dah ada kat Yong Peng.. Volehhhh?? Motifff kata nak balik esok tapi balik arini...

Matila akak uolls... akak baru ingat nak bermalas-malasan malam nih esok baru nak kemas rumah.. Nan ado la jawapan nya..

Siapa volunteer nak jadi tukang Mop rumah akak?? Akak bagi free cup cis kek...**matila pemalas..

Ciskek..

Akak busy buat kek uollss.. Nak bawak pegi rumah Leed esok. Ada akikah anak dia. Diorg yang request Ciskek.. Akak buatkan sajork..bukan susah pon..

Haiyohhh... Mohd Rafi nak datang esok..

Akak kena TAHAN TELINGA uolllss... **matila rumah bersepah.. **matila rajin buat kek tapi malas kemas rumah.. Kau ado??

Akak dah tau dah.. mesti dia komplen pasal kete dah 2 BULAN x basuh.. **larikkk... ampunnnkan mak Bunga CInta Lestari.. mak bukan sengaja nak mengabaikan uolllsss tapi mak miskin nak bawak uolls pegi carwash..**matila gila bercakap dgn kereta..**matila beli tiket konsert mampu...**larikkk..

Rumah akak nih, buku bersepah2.. tapi buat master jua nan ado.. cemana tuh??

Esok kalau Azrul free akak nak tanya programming lagi.. Dia je yang baik hati ajar akak uollss.. Cik Lee?? ajar akkak sambil makan nasi okeh.. AMPUNNN cik Lee... Uolls la kawann mak terbaik..**tetiba mengampu..

Thursday, June 11, 2009

RM1.75

Tadi akak check nuffnang akak uollss...

Ada RM1.75...

Sedih tak?? Sedih kan???

Wednesday, June 10, 2009

cupcake



inilah dia akibat terpengaruh dengan MARTHA STEWART..
Resepi amek kat dalam website MARTHA. Pandai2 la carik kalau korang nak..
Dah la tu.. Pastu khayal lak tengok citer cina kan... Zassss...keluarkan tengok dah coklat2.. Pastu jadi color x sekata... Rasainnnnn!!
Dalam resepi xde letak choc chip bagai.. aku tambahla sebab nak sedapkan tekak.. Muahahaha..

Pastu, second batch baking barula chantek sikit cupcake akak uollss...

Kat tengah2 tu nampak ada line sebab akak cucuk dengan pisau nak tau dia dah masak ke belom.. Akak carik2 lidi sate x jumpa okeh.. Bantaila guna pisau.. Cacat lak jadinya cupcake tuh.
Nak resepi ke?? Malas la akak nak type.. uollls carik sendiri dalam website Martha tuh..

Hobi saye ialah...

Akak ada hobi baru uolllss....

Pukul 11 pagi mesti dah mengadap NTV7 , Tengok Martha Stewart sambil tengok laptop.

Semalam diorg buat Lasagne.. Peh.. Serious macam sedap dan senang.

Tapi diorg guna pramegianno**betul ke eja nih?? cheese.. mana nak dpt kat mesia kan??

Pastu dia buat cupcake...
untuk 1 1/4 cup floor...
dia guna 1 whole eggs, 2 egg white...
pastu 1 cup of milk..

Macam sedap jeh uolllsss... Uolls try la... pastu bagitau akak jadi ke x.

Akak sampai tido mimpi lasagne... hanjeng sangat kan?? Dah la akak puasa arini.. puasa ganti... kau dah ganti puasa??? Koser tau... dah nak puasa dah ni noksss..

ko nak tunggu tahun depan punya puasa kah baru nak ganti????

Tuesday, June 9, 2009

Time Passing by...

Bagusnya ada husband, bila kita xde duit boleh mintak (**paksa**) dia bagi walaupon dia sengkek jugak..

Boleh gituuu??

Akak broke sikit bulan nih sebab aritu pegi bayar kafarah nazar kat rumah orang miskin. Baru buat untuk 5 orang. Kena carik lagi 5 orang. Gigih nih mak akak and akak masak pepagi buta macam nak kenduri sebab nak bagi kat orang.. Pastu akak belikan sikit barang dapur asas untuk diorg skali.. Takkanla nak pegi bagi makan sajork?? Motiffff????

Ok.. tapi hasil paksaan dapat la sikit.. lepas la nak bayar utang Fiza ***matila duit tiket anuar zain.. matila xde duit tapi pegi konsert...**larikkkkk

Akak tengah counting the days Mohd Rafi nak datang. Dia kata nak datang sabtu. Pastu dia kata nak pindah sini dah dalam masa terdekat. Dia dah berenti keje pon. Sekarang tengah buat freelance kat rumah sewa dia.. Gituuuu...mekanik pon ade freelance kan?? Kau ado??

Duduk jauh nih macam tuh la uolllss... Bila jauh gaduh.. Bila dah dekat, time Mohd Rafi nak balik johor tuh menangis macam nak rak. Pastu selepas 5 jam gaduh balik.. leyyyy????

Doa2 la murah rezeki untuk kami lepas nih... Aminnnnn

so, akak pon gigih nak siapkan matlab code. Tinggal buat template matching je nih!!! Gambatte ILOT!!

p/s Umyra : terima kasih sebab puji akak lebih jelita live. It must be my make up that day... Nanti kalau akak dtg shah alam akak calling2 uollss..

Monday, June 8, 2009

I got ticket for Abang Nuar Konsert..

ticket2u.biz adalah sangat pelik..

semalam aku tengok tiket RM25 dah habes, Pagi td fiza tengok ada lagi..

Chop..chop... mula2 dia tengok xde. Pastu ada orang book dan cancel booking, so, dia terus booking untuk aku, cik sha dan dia..

Tapi fiza ada booking untuk 2 julai, untuk 3 seats jugak. Baris 2 dari belakang.

So, siapa2 yang berminat, boleh suruh fiza belikan tiket tu. Booking dia up to 3 hari sajork. Lepas tu ticket2u.biz akak jual untuk seat yang x bayar lagi..

Ada paham??

Arini akak dapat rambutan fresh from pokok. Selepas bertandang ke rumah Leed. Akak girang sekals sebab dapat rambutan gula batu. Sedap noksss... **merasa sabtu ni akikah kat rumah Leed ramai2 petik rambutan.. **matila...

x de pape pon....

Ingat x entry akak pasal SENORITA tu?? Minuman tambahan gituuu..

Akak dah minum setengah botol dah..

Tapi ado perubahan apa2 kah?? Nan ado okeh!!

Tapi xpe la nokss... akak abeskan je minum satu botol sebab tak nak membazir kaedahnya..

Sebenarnya akak nak puasa arini, tapi tetiba bangun tido lupa..

Boleh gituu tetiba lupa??

Lelaki inizzzz...

FYI, CD OWNER yang chantek...

Kak Nuar kau.. opppss.. abang Nuar kau nak buat konsert kat IB 1 julai dan 2 Julai nih..


Tiket2 berharga seperti didalam gambar tersebut.. Paling Murah RM25, paling mahal RM250..

Mak memang nak pegi okeh. tapi bila mak check ticket, RM25 dengan RM80 dah habes.

Tinggal yang RM180 sajork... Hampa harapan Cik Sha, mak, dan jua Fiza..

Mak kan miskin.. Koser tau nak beli tiket RM180..

Konsert siti pon mak beli tiket harga RM80 sajork.

Motiff RM25 dgn RM80 habis awal?? Keji sangat lah..

P/s : kalau kau nak belanja mak tiket kau kena belikan untuk 3 orang gituu... konsepnya the more the merrierrrrr... **matila harapan sangatsss..


note : Bagi yang berminat, tiket2 boleh dibeli di
http://ticket2u.biz

Saturday, June 6, 2009

Sibuk ke aku kan??

Uolss, semalam akak pegi kenduri kawen kawan Fiza, yes uollss.... KAWAN FIZA bukan KAWAN AKAK..

Akak tukang sibuk sajork...**matila buat ulasan pasal make up x chantek... **larikkkk

Yang penting, akak makan chicken chop okeh kat kenduri dia.. Kau ado makan checken chop kat kenduri orang??

Family dia ada restaurant uollss... Restauran western kat kampung Subang. Nama Restaurant dia TE AMOR..

Siap ade garlic bread dgn mushroom soup okeh.. Dengan GIRANG akak dan FIZA makan..

Haiyohhh... FIZA ittewww... nak diet, tapi x diet2 lagi.. Akak yang sentap okeh...

Penat okeh akak list kan menu2 diet.. Tapi ado??

Nan ado okeh... tau2 dah 9 tahun ni dah naik 20kg berat. Siapa nak jawab tuh???

Larikkkkkk!

Friday, June 5, 2009

Favourite of the week..!

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu,
Oo… meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenungdi tempat ini
aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu,
oo… aku menunggu




Hijau Daun - Suara ku Berharap

Muahahahahahaha...

**matila tajuk gelak...

Akak suka! akak suka!!

programming akak dah boleh RUN.... Thanks Cik Lee kerana memberi tunjuk ajar di dalam phone sambil makan nasi... X ikhlas sangat kannn?? xde la uollss.. akak yang call salah time...
Dia baru balik keje pukul 8 malam tu.. Berdedikasi laa konon..

Tetiba rasa vangga pada diri sendiri kerana berjaya tulis code walaupon simple..

USAHA TANGGA KEJAYAAN uolllsss.... MALU BERTANYA SESAT JALAN.. **matila karam singh walia..

Nih akak heran nih.. tetiba ada mamat mana ntah add akak kat FB pastu ajak chatt.. Pastu puji2 kata akak nampak lebih muda dari umur.. Motiffff????

Dia x nampak ke kat gambar tu akak tepek banyak2 gambar Mohd Rafi?? Dia x baca ke profile akak yang married itteewww???

Ke dia saje nak buat akak perasan yang akak nih CHANTEK uolllsss?? **tetappppp nak perasan diva.. kau ado??

oklah.. akak nak tido senyum sebab akak happy berjaya run program.. Supervisor akak mesti vangga dengan akak.. **matila dah sebulan keje x siap.. Larikkkkk... Ampunnn Dr. K**nama sebenar dirahsiakan!!!

arini akak masak kari ikan. Sekali je, pegi rumah fiza, mak dia masak nasik tomato.. Isk...iskk.. Menyesal makan kenyang2 kat rumah!!!!..

Fiza : lenkali kalau omak ekau masak sodap2 kabo eh kek den dulu.. x do la den molantak kek umah ni ha.. **matila cubaan berdialog Negeri 9 yang x menjadi...

Tido dulu naa!!

Thursday, June 4, 2009

Ayuh...Lapar!

Harini akak puasa ganti uollss..

Tapi lapar okeh.. Ada lagi 4 hari nih nak ganti puasa..

Tengah pikir2 nak makan apa buka nanti..

Kari ikan pon sedap jugak kan??

Wednesday, June 3, 2009

Musim Meroyan...

Ye la kan... Banyak benda yang buat hidup kita tension..

Paling Tension bila tanya husband sendiri bila nak PINDAH??

Jawapan paling standard 'Tunggu la....'

Sampai bila nak tunggu kan?? Penat la duduk sorang dah setahun lebih nih.. Kalau aku boleh breach contract dengan U**M nih dah lama akak buat.. Lagipon akak memeng dah xde hati dan motivasi nak buat research MAster nih.. Lebih2 lagi akak memang xde basic programming pastu kena buat programming...

Dari aritu try tulis matlab code yang rasanya simple je, tapi ERROR.. Menambah lagi tension..

Lebih MENAMBAH tension ialah semua orang yang berkahwin dah beranak..

TENSION weh.. lebih2 lagi baca pasal husband dia belikan hadiah... hidup sama... dapat anak...

Akak rasa nak LEMPANG diri sendiri sebab TENSION dengan hidup sendiri..

WEH, akak dah 28.. Ape achievement aku??

Tulis code MATLAB pon terkial2..dah sebulan tergantung... NYAMPAH la dengan diri sendiri yang xde motivasi.....

ADEKAH aku sejak dulu macam nih???

BIDADARI ke SENORITA??


Aritu kan akak ada tanya pasal BIDADARI kan uollss???

Lepas tu akak nak gi kedai beli...

Sekali je akak tu kata BIDADARI x best.. DIa kata SENORITA lagi bagus dan lebih murah... RM48 satu botol..

So.. Akak pon terpedaya la.. ** matila mak sinchan..


Tapi akak baru minum sekali je sbb baru abes period.. Untuk ibu mengandung dan period tak boleh minum benda ni..

FYI cd Owner, kandungan dia tulis kat kotak tu sirih, manjakani, kacip fatimah, jarum emas, akar serapat, serai, asam jawa, kurma, madu dan lain2..

Lain2 tu apa mak pon tak tau okeh..

Paling tak tahan ialah tagline dia ; 'semakin diminum... semakin dirindu....'

Akak pon x tau la minuman ni bagus ke tak sebab akak kan beli sebab murah ***larikkk... Kebanyakkannya dalam forum2 akak carik banyak yang minum BIDADARI..

Sape pernanh minum SENORITA nih bagitau akak yeh..

Tuesday, June 2, 2009

Hari yang bosan mari buat Tag II...

Hingus dah meleleh macam air paip.. Setakat ni akak dah abeskan 1 kotak tissue. Hidung pon dah merah..

Tapi.. Mari buat TAG!!! **matila intro xde kena mengena.. kau ado??

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Dah kawen kita kan??

2. Sila berikan dua atau tiga contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta
1. Kunci la.. x kan guna playar pulak..
2. Alarm kete dah rosak. Kena guna kunci jugak.

b) Mencucuk plug soket
1. Apa2 sahaja benda yang boleh di cucuk yang berdekatan. Seperti gunting, twizzer, pen, plug 2 pin dan sebagainya.. Yang penting, kita perlu menjadi kreatif okeh!

c) Simpan air minuman
1. Botol air yang comel seperti akak berwarna biru laut.
2. Botol air mineral
3. Jug

d) Ketika blackout
1. Lampu henpon
2. Lilin IKEA

e) Meluahkan rasa hati
1. Blogging
2. Kawan terbaik

f) Siang ikan
1. Gunting atau pisau
2. Suruh je Mohd Rafi.. Dia yang slalu rajin..

g) Susah hendak buang air besar
1. minum air masak banyak2.

h) Di mana anda simpankan dokumen penting
Office

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama,apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
Biar je.. Badan akak kan hot..**larikkkk!!

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
1. Ape punya soalan daa... guna nail clipper la..

k) Melihat waktu
1. Jam
2. Henpon

l) Kalau badan terasa panas
1. Duduk bawah kipas

m) Ternampak pencuri
1. menyuruk.. takut akak pulak kena rompak..

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam,bagaimana anda ingin mengambilnya
1. X payah nak amek. Bukan hak akak pon.. Biar je la duit tu kat dalam longkang

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
1. Mohd Rafi
2. Bantal peluk

Nak tag : Macam malas je nak tag orang.. Semua list kat kanan tu kalau rajin buat la yek..

Bakal rumah saye.... hehe..

gedik nak mampus tajuk kan??
Yela.. Bakal rumah, sbb tengah tunggu loan approve. Tu pon semalam orang scientex call tanya bila nak submit document. Aritu cuma bagi kwsp dgn bank statement sajork..

So... tengok la floor plan bakal rumah akak tu yeh?.. Akak nak letak gambar depan tapi x boleh save pulak dari website diorang.. Keji gila lah..

Kalau korang feeling2 mcm akak nak tengok bakal rumah contoh di sini:
http://www.scientex.com.my/PGWeb/PG-Jasmine-floorplan.html

X besar pon uollsss... Kat tingkat bawah xde bilik.. Bilik semua kat tingkat atas..

Akak guna loan RHB, ok ke uollss?? Ada bank yang lebih best x?? Orang tu kata RHB punya interest paling rendah 3.75%, Pastu flat rate. Dia kira2 akak kena bayar monthly RM490..

Betul ke tuh uollss?? Akak rasa sangsi la dgn orang bank itteewww.... **matila...

***************
SELINGAN
****************

Selamat Pengantin Baru untuk Blogger Misshidden dan juga Umyraepisode **malas letak link, tengok sendiri kat sebelah kanan tuh..

Moga kekal ke anak cucu..

Akak sempat pegi Umyra punya wedding kat Air Tawar 5, tu pon dah lewat pukul dekat pukul 4 baru sampai.. Banyak gila jemputan kat johor. Paling lewat pegi kenduri kawen kawan Mohd Rafi dekat Adela, pukul 6 camtuh baru pegi.. Sampai je orang tengah kemas2 khemah.. huhuhu..

Gambar xde uollss... Henpon akak abes bateri. Pastu Mohd Rafi tinggal henpon dia kat kete plak.. Keji sungguh..

********************

Oh.... akak bertikam tidah dgn mohd rafi pasal issue Akhil, Maizawati dan juga Waheeda..

Mohd Rafi sokong Akhil, dia kata Maizawati tu x patut bukak Aib suami..

Tension akak uollss... Nak melawan x boleh.. Nanti derhaka kata suami... **dan..dan.. kata derhaka..

Tapi kan... dia tinggalkan wife dia 3 bulan tanpa sebarang kata tu x fikir aib pulak kan?? Pegi tengok wayang sama2 tak fikir aib pulak kan??

Tapi betul ke waheda dgn Akhil tu dh kawen?? Kawen kat thailand ke uolllsss???

****************

Akak demam dan selsema nih..

Demam rindu kat suami tercinta kot.. **matila gedik nak mampus..

hahahaha

***************

ok.. dah abes update.... campur2... malas aku nak update berkali2 nanti..

Sekian................!

iklan