Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Beramai2...

Mula2 akak feeling2 dgn Mohd Rafi and Pahat jah nak menyambut annivesary ke 4 di cameron highland.

Tiba2 akak aku nak ikot. Pastu adik aku Temok ikut. Emak aku pon ikut.

Jadi lah percutian family.

Tipah, ko nak ikot tak? Aku nak sewa homestay/apartment terus.

Murah jika di sharing is caring beramai2.

Fiza kata homestay yang dia sewa last week around rm200 sajork. Ok la tuh.

Mesti ada orang dengki cakap aku takde duit sibuk pegi bercuti. Asalkan aku guna duet sendiri sudah. Bukannya aku pinjam duet orang pon kannnnn??

Semalam akak feeling2 rajen bake opera cake yang leceh tu.
Sebab aku malas, aku tak buat pon coffee glaze dia.

Akak ikut recipe Dorie Tapi sponge cake dia mcm manes sangatlah. Kalau kurang manes sedap kot.
ha..mcm ni rupa opera cake, tapi cake akak nan hado chantek mcm nih.

akak tersilap uolls... recepi tuh untuk 12x15 pan, tapi akak buat separuh lalu guna 10x10. jadi adunan tak cukup. dah nipis nak mampus, aku takde keje nak mix lagik.

tapi buttercream coffee dia adelah terbaik. Memang aku suka. Cuma kena keep refrigerated sebab dia lembik sikit.

Overall akak cuba lagik with less sugar.

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 19, 2011

Musim ujan tak boleh la nak buat macaron...

Latest from ilotskitchen. Red velvet cupcake yang bawah sekali tu, dengan macaron pelbagai color kat belakang tu..

Eh? apesal aku update kat blog persendirian pulak nih?? ahhh... lantak lah yek..

Gambar cilok FB kawan aku.

So, order dari kawan se 'surrey' akak.

Matila kan dia order 50 bijik Mac tapi aku berjaya buat 40 biji je di musim hujan nih..

Almaklumla akak buat french mac yang sensitip dengan cuaca, kalau ujan abes crack semua mac. Itu pon ntah berapa batch masuk tong sampah.

Jadi ujan2 begini macaron terpaksa la di hold dulu ordernya unless tak kisah nak pick up bila gituuuu.

Oh ye, batch last 2 weeks yang macaron disaster adelah disebabkan akak pakai eggwhite yang dah lama simpan time buat kueh raya bulan puasa lepas.

Red velvet pon terpaksa on hold dulu. Aku ada 1/2 botol je wilton red-no taste cukup2 untuk buat order kak ina next week.

empat lain semua takde stok termasuk kota dem.

Tapi kat hartamas ado, tapi akak nan ado tau jalan.

Merasa banyak order on hold minggu ni.

Harap bersabar semua dan nantikan kemunculan kek2 baru from ilotskitchen!!
Matila promosi mcm popular.

Bye



Wednesday, June 29, 2011

Baru puasa sehari..

Aiyohh.... baru puasa sehari jah. Lagi 3 hari nak kena ganti. Nasib baik aku gigih jugak puasa tahun lepas cuti 3 hari jek. Itupon sebab buat kuih punya pasal. Siap berbuka dalam kereta depan tengah2 panas buta minum air yogurt bliss didepan Mohd Rafi.
Nasib baik dia tak berniat nak berbuka sama.

Arini sakit kepala gila2. Sebab semalam aku buka puasa minum susu coklat sajork!.. Pastu aku feeling2 call PHD ingatkan diorg boleh hantar Pizza tp nan ado sebab luar daerah walaupon rumah aku sejengkal jek dari situ.

Kaedahnya sebab alamat aku kajang. Kejiii!!

Last2 aku makan pukul 9 itu pon makan 1 slice jek sbb pizza masalla tu masinn!!

Pukul 12 aku paksa Mohd Rafi beli kuey tiaw tomyam.. Eleh...sebenarnya dia suka okeh, sbb dia boleh melepak kat kedai tuh.

Konsep dia ialah melepak sambil mempromosi service repair moto dia. Elehhhhh...

Alhamdulillah, so far red velvet tidak mengecewakan akak. So far customer feed back sgt sedap... Wah!! 'sangat' tu akak tambah sendiri uollsss sbb nak promosi punya pasal... Matila kannnnn???

Minggu ni akak kena buar hampir 20 balang cookies raya, sbb ada orang nak order untuk makan2 before raya...

So sape nak order untuk before raya pon bolehhhhhhh... EH, salah... before puasa okeh.

Just call/sms sementara akak nak buat banyak2 nih... alang2 konsepnya...

Sample kuih dah siap tapi ada yang dah habis adik aku telan. So, merasa buat lagi skali.
So, sesiapa yang request sample, tunggu yek!!

or kalau uollss pegi birthday Aqeef Jiha akak insyaalllah datang bawak sample... Eh, x pe kan Jiha????

Saturday, May 28, 2011

Nah. Kek dah siap!

Aku tak tau apa motip aku post entry nih memalam buta kaedahnya.

Gambar dibawah Pahat kepanasan. Aku bukak baju dia. Nak bogelkan mak aku tak bagi. Sejak dia baik batuk selsema nih minum susu kuat gila okeh. Kadang2 mcm dah tak cukup stok. Aku nak tambah susu tepung akak baby sitter tu kata tak payah. Susu badan ada guna je...

Pahat ada lesung pipit kat belah kanan.

Friday, May 27, 2011

Kain murahan dan kek

Ini adelah kain murah yang aku beli kat Mydin RM20/4 meter. Murah eh. Upah jahit FREE sbb emak aku lah jahit.
Tapi emak aku feeling2 aku dah gemok lepas bersalin jadi beliau telah besarkan baju aku 1 inci. Sekali jek aku pakai gedebeh gilak ah baju aku. Dah tu mak aku offer nak repair aku kata x payah lah sebab aku dah nak balik KL masa tu. So aku pakai je lah.


Kek chocolate.

Ada yang meleleh air liur?


Badan akak dah slim kembali... ***matila.... Tapi kaedahnya perut akak nih cemana nak kempiskan tuh uolllsssss???

Bagi tips plissssss...

**sape tanya cemana aku slim, sorry uollsss akak tak mengamalkan diet. Makan jah bila ko suka makan. Merasa perut kau tak slim2 lagik.

p/s : Penat pegi jerantot semalam. Thanks god akak singgah rumah BA makan2. Borak2 dgn emak dia. Tompang pump susu. Kendian mak dia suh tapau bawak balik semua lauk. Konon malu2. Last kat umah sangat bersyukur sebab dah penat gila tak perlu nak masak. Yeay!

Wednesday, May 18, 2011

Bertemu bayi2 comel 2

Semalam akak pegi Shah Alam hantar order kek. Thanks Iema!.

Pastu akak culik Kher ajak teman pegi hantar kek sbb akak dengan Pahat jah kaedahnya. Kang sesat sia2 je uolllsss...

Pastu akak pegi anta mac kat Ain mama Syami. Syami bam bam okeh. Kalau dukung dia rasa penuh je. Pahat jugak semua orang jumpa kata dah kurus... Siannn kau Pahat..

Sorry eh gambar ni Syami pejam pulak. Gambar lg satu akak pulak yang pejam.. Tu Pahat tu memang menggeletis tak boleh duduk diam.

Kat umah Madam kher sibuk dok sondol2 orang.. Thanks Kher belanja A&W and bg tompang rumah kejap. Nanti lain kali iols datang lagi... Matilaaaa!!!

Maklum la... laki iols kan keje sabtu ahad dan cuti umum. So terpaksa la akak berdikari berjalan2 seorang diri. Aritu offer petpet kat carefour dengan gigihnya aku pegi beli feeling2 letak pahat dalam stroler sambil jinjing pampers 2 pack. Last2 Pahat mengamok dalam tuh. Pampers letak dalam stroler, pahat aku dukung sebelah. Sorong stroller sebelah.

So balik dari SA, akak paksa Pahat tido sebab ujan kaedahnya akak pon nak tido jugak... Hahaha...


Baik tak Pahat tengok TV? Tengah tengok Music Bank. KBSW. Nanti dah besar jadik Lee seunggi atau Gigwang tau???

***matila emak dah addicted dengan Gigwang pulak sekarang..



Ni version kek yang sama mcm entry sebelum nih. Choc Moist cake with creamcheese and chocolate in every layer. Ada 3 layer. Kek ni sangat berat. I guess almost 3kg kot. 9'. Price RM70.
Kek ni mahal sket sebab cream cheese yang akak guna untuk salut kek ni almost the same amount with cheese cake.
Sedap. Tak tipu. Larikkkkkkk!!

Thursday, May 12, 2011

Khas untuk Tontonan Ciktari

Chocolate cake junior mastechef inspired. Kek tu choc moist cake frosting dalam cream cheese. Kat atas choc ganache.

Kek Donna Hay tu guna soda bikarbonat, carik2 tak jumpa kat umah, last2 guna lah resepi sendiri.

Kek dah selamat aku bawak pegi rumah Filla feeling2 sambut hari ibu. Tapi frosting cream cheese kat dalam tu sikit sgt pulak letak padahal banyak je lebih.

Kek ni 9 inci dan tebal..

Esok akak nak try buat cupcake banana split ala DC cupcake tu pulak. Mcm sedap je aku tgk.

Monday, May 9, 2011

Minggu ni PANAS gila lah kan???





Panas gila okeh weekend nih. Sampaikan bukak kipas full blast. Pahat ntah berapa kali aku lap2 badan dia. Malas nak mandikan punya pasal. Emak apa nih???

Lap sebab panas satu hal. Lap sebab berguling atau garam satu hal. Yesss uolllsssss dia berguling atas garammm.. Akak sibuk kat dapur dia sibuk capai garam. Jadi garam tu jatuhlah. Yang dia sibuk guling2 atau garam tuh.

Nasib baik lah akak tak sapu badan dia dengan black pepper pastu terus masuk dalam oven. Jadi Pahat panggang.

So, weekend akak bogelkan dia jah time siang. Tinggalkan pampers je. Time malas pakai baju singlet lubang2..

Cengginila keadaan dia tido.. Style menonggeng. Kalau takde bantal tu dia sibuk sondol2 akak pulak menonggeng atas lengan akak.

Pastu, dok umah boring lah kaedahnya. Mohd Rafi kan keje, sabtu ahad pon keje sampai pukul 10 malam. So, akak angkut Pahat pegi opis sebab boring. Opis kan ada aircon > Keji!

First time okeh aku bukak tutup stroler sendiri. Hahaha... Rasain kau selama nih harapkan Mohd Rafi je kannn???

Kau ni memanng tak boleh duduk diam kannn?? Ada je tangan nak mengeletis.. Aiyohhh... Tak boleh duduk diam okeh dalam tu. Sibuk nak meniarap pon ye.. Ngeri aku.

Pahat dah 7 bulan uollssssss... Sekali dengan mother's day. Dia sekarang pantang letak sorang2 bukan sebab melalak. Tapi tangan dia Pantas mencapai. Tempat favourite tong sampah pampers dia. Mana tak keje mengelap dia je. Nanti kang dah pegang kotor2 sibuk isap jari pulak.

Hobi baru dia ialah isap jari kaki. No!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Hari ahad pulak pagi jumpa Jiha anta kek nih:

Ulang suara; Tepi kek tu macaron takde kaki dalam erti kata lain macaron takde kaki. Dari buang lebih baik guna. Kan...kannnn??

Thanks Jiha for your order.. Segalan komen2 membina adelah di alu-alukan.

Byeeeee......!

Wednesday, April 20, 2011

Siapa nak CUPCAKE FREE???

I still have 7 or 8 pieces choc cupcake in my fridge without frosting.

Siapa nak????

I give it for FREEE!!!

With free frosting! Nak cream cheese or fresh cream.

Available for self pick up only.

Email me or comment.

or message at this number :

After office hour ye amek..

Tuesday, April 19, 2011

Kelam kabut. Rasainnn kau!!

Sebelum tu, saksikan gambar Pahat tengah ketawa berserta tangan apak dia yang itam itteww...
Pahat dah kurus kannn???


Semalam tengah2 mengadap laptop buat thesis, tiba2 dapat sms:

'Ilot, jangan lupa kek esok'

Matila kannn. AKak lupa uolllssss!! Akak ingat hari khamis. Merasa!!

So, jadilah kek seperti di blog kak ilotskitchen itteeewwww...

eh, lagi apa ntah akak nak update... akak ngantok kekenyangan okeh..

oooo...jap...jap...

Disebabkan kesedihan dgn pemergian allayarhamah yana tuh. Akak terus cakap kat Pahat:

'Tengok Pahat, orang lain takde emak nak kasik susu badan tau. Ni Pahat ibu kasik susu tak nak'

Motipppp bebel2 kat Pahat mcm dia paham. Hakikatnya dia ketawa ado lah!

Akak marah pon dia ketawa uolllssss.....

Wednesday, April 13, 2011

Update orang sakit.......

Akak tetiba telah menerima tempahan mencabar iaitu melukis gambor kereta.

Gila tak berseni nak lukis gambar kereta atas kek.

Jadi, jalan mudahnya, akak pi menggagau carik kedai2 edible printing kaedahnya.

Dalam masa 5 saat jugak tetiba terer menggunakan photoshop.. Mati tak kauu??

Nih hidung rasa nak tanggal, mcm santa claus pon ada. Perut aku dah senak2 kes batuk tak berenti punya pasal. Kepala rasa berat +bengap je...

Itu aku, cuba bayangkan Pahat yang bayi tuh... kesian anak akak dah kurus tau..

Pastu kannn... kenapa eh, time demam2 nih aku pump susu tak banyak?

Adekah effect mengambil ubat selsema or batuk?

Tension aku pump2 dapat 4oz jah.... adoiiii...

Wednesday, April 6, 2011

Red Velvet sempena 3rd Anniv..


Eh, dah 3 tahun dah??
Cepat kannnn??

So sempena anniv, akak telah mem'bake' 20 biji red velvet cupcake yang sudah selamat akak agih2kan kepada orang2..

Lepas tuh, petang2 tu Mohd Rafi tanya:

' Tak masak ke?'

Akak pon jawab, ' Masak. Kek sempena anniv'

Mohd Rafi kata ' Aduhhh... orang lapar nih dia pegi sibuk masak kek'

'Elehh... i buat kek sempena annivesary. Makan kat luar'

Hadiah, xde hadiah2 dah. Masing2 miskin kaedahnya. Kek tu cukup la kannn??

Nak order red velvet cupcake??

KLIK SINI.

Monday, March 14, 2011

Oreo ciskek.



Order dari Habang Azrin. Baked oreo ciskek.

BTW, arini aku EL. Baby sitter Pahat pegi Rompin...

Pahat tido pukul 11 tadi malam. Tension mak.

Saturday, February 26, 2011

Order minggu inih...

3 tub of Tiramisu. I charge RM45 each for 7x7 square container. Couldn't go any lower than that. The price of cream cheese + mascaporne already expensive.

Topping woth chocolate not as usual cocoa powder.

Siapa nak order cheese cake? special price for this week with topping is RM55 since i got 1 kg cream cheese left over.

Wednesday, February 16, 2011

Ciskek

Ni org order. Time nak amek gambar tetiba tinggal berapa ketul je.

Topping fresh cream dengan anggur 6 bijik **tu pon kira ke kann? Deangan taburan oreo crumb.

Balik rumah nak cium Pahat.

Sunday, March 14, 2010

Weekend yang tidak selesa..

Dah seminggu demam akak ni tak baik2 lagi.. Hidung nih dah macam nak tanggal asik menghembus je..

Malam paling susah nak tido. Dah la asik nak terkencing je.
Pastuh, hidung tersumbat susah nak bernafas.

Semalam tahap dah tak tahan sangat, akak makan panadol soluble 1/2 biji je. Nak makan 1 biji takut uollsss.. Harap2 x affected bayi dalam kandungan..

Semalam pegi deliver Cake kat CD Owner sbb kawan sepermainan dia sewaktu kecil bertunang.

Tema adelah color pink. Ade garis2 sbb ade manusia bijak pegi sibuk deco guna buttercream waktu ganache tuh belom betul2 keras. Ammpunnn kepada Ardi kek uolls jd sedikit cacat.

Cupcake diatas akak buat sbb ada lebih batter. So akak bg CD Owner bukan untuk dia makan tapi orang lain. Aku harap ko masih hidup selepas makan kek tersebut.

Selepas deliver kek weolls pegi makan lepak kat kedai mamak. Pastu balik secara x sedar diri lepak lagi kat rumah orang sampai pukul 11. Laki aakak tuh uollls dia kalau dah keluar dia feeling2 malas nak balik rumah. Bolehhh?? Padahal akak tengok Cd Owner dah 4 5 kali menguap. Motifff laki akak x sedar2 lagi dengan Hint yang diberi?????

Sorryla CD Owner, laki aku memang mcm tuh. merrasa kau tahan ngantuk kaedahnya..

Motifff CW mak call kau neverla nak angkat?? Motifff neverla nak return call mak?? Mak tau, mak cuma membawa kenari buruksss... Uollls puiler membawa MYVI baru berusia 1 bulan... Mak sedihhhhh...dan sentap kaedahnya..

Sudehhhh! Akak nak tido. Perut rasa x sedap gara2 makan santan basi. Rasainnnnnn!!

Sunday, February 28, 2010

Ciskek lagi sampai korang muntah..

Order dari fiza. Oreo ciskek. Tapi sbb akak gedik dan pemurah..Muahaha... Topping freshcream and milo.

Fiza, agak2 ko dapat rasa tak??

Sunday, February 21, 2010

Ciskek la....

Oreo polkadot Cheese cake, order dari Fizi.

Hopefully kalau tak sedap sila bgtau.. hahaha

Thursday, February 18, 2010

Yeay... Kek Hantaran in the House...

Nampak tak kiri bawah skali tuh dalam kotak??

Tu la kek yang akak buat mengikut tema Black and White. Coklat Sponge cake with Buttercream Topping.
Kek yang belum masuk kotak tak sempat nak amek gambar sbb akak nan ado camera gamaknya..
Strawbery celup coklat tu pon akak yang buat jugak.

hantaran hasil buatan tangan Fiza. Chantek tak??
Tangan akak ada sikit2 sajork since akak terlebih pening..

iklan