Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Cookies raya haji..



Choc chip cookies untuk raya.

Sapa order lambat kalu dapat lepas raya.

Semalam Pahat baik. Pukul 7.40 dah tido. Jadi emak boleh la buat keh sebanyak 4 balang. Tu pon ada lagi adunan tak siapkan lagi sebab choc chip dah abes. Malas pulak aku nak pegi Yummie tuh.

Monday, September 12, 2011

Pahat now 11th month old!

Eh, tiba2 bulan depan Pahat dah setaun.

Jalan? Nan ado dia nak berjalan. Berdiri sendiri pon takut ya ampunnn.. Kalau akak lepas tangan cepat2 dia duduk. Ikut perangai sapa penakut nih???

Bila orang yang dah lama jumpa Pahat akan berkata ' E..eh... dah putihh..' Lalu jeling Mohd Rafi.

Masa Pahat 1-6 bulan kan dia hitam sket. Tiba2 dia menjadi secerah emak... Clust emak tau!!

Masih lagi breastfeed 24jam sehari kecuali bila hantar kat BS kena campur la 1 botol FM kalau EBM tak cukup.

Tak sangka berjaya aku breasfeed dia dah nak sampai setahun pun. Emak suka!! Jimat tau duet emak!

Pahat dah kenal orang. Kalau orang hulur tangan dia akan pegi kat orang yang dia kenal sajork. Yang tak kenal kalau orang amek pon dia tak kisah pon. Takde malalak meraung2 kecuali kalau dia bad mood baru bangun tido.

Yang paling best dia lebih suka kat akak BS dari emak sendiri...**nangesss!! Adekah sebab emak suka marah dia?? Matila kannnn??

Suka mengutip. Sampah2 hatta sehalus semut tu pon dia kutip masuk dalam mulut. Kertas jangan cakap favourite dia koyak kertas dan masuk mulut. Ada sekali tu dia makan serangga apa ntah cepat2 akak korek molot dia. Kalau kat dapur suka korek bawang lalu makan kulit bawang. **pengsan akak nak masak.

Nak tidokan dia emak kena tidokan sekali. Tapi selalunya emak tido dulu baru Pahat tido. Keji punya emak!!

Di sebabkan Pahat setahun 8/10 nih, jadi raya nih nan ado open house. Open house akak sekali dgn Birthday Pahat, insyaAllahhh..

p/s Akak nak feeling2 buat announcement jugak, sapa2 yang nak order tat gulung nenas boleh la sms akak 0177703251 sebab akak ada lebihan jem nenas yang akak buat minggu lepas. Kalau nak order chocolate chip pon boleh tapi harga RM24. Tat gulung harga sama.

Thursday, August 25, 2011

Akak maseh hidup uolllssss...

Akak baru dapat bernapas lega sebentar sebab kueh raya untuk customer dah siap.

Alhamdulillah, semua yang order thru blog and fb semuanya dtg pick up walaupon takde mintak deposit. Kannnn??? akak perchaya uollsss jah koonsepnya..

Tapi malam ni akak still kena buat keuh jugak uolllss.. ada order emergency yg akak on hold dulu. Dan juga kueh raya untuk kampung.

Lepas raya pon akak full dgn order kek, macaron and cookies jugak. So, konsep yang sama juga. Siapa order dulu dia dapat camtuh.

Last weekend akak busy gila babi buat kueh raya. Tiba2 tgk jam dah pukul 6. Nak masak?? lauk nan ado stock. Pegi baazar?? ujan lebat uollss.. Last2 akak search internet buffet yang terdekat. Akak feeling2 nak pegi picc tapi fully booked. Call Palm Garden still ada vacant so akak pegi la situ. Dah le tersalah book, dtg 5 org pegi booking 4 orang. Merasa kau duduk di luar!


Harga buffet rm65. Satay dia sumpah sedap okeh. Satay daging pon lembut je. Dari satay station yang mahal nak mampus tuh.

Balik dari buka puasa walaupon kueh feeling2 tak siap lagi tetap akak pegi shopping metrojaya warehouse sale kat picc. Tapi too bad, duet akak dah habes buat bayar buffet. Dah tu emak aku bawak duet rm60 sajork. Merasa la beli handbag murahan berharga rm44 sajork. Itu pon akak pose2 berebut time happy hour.

Nah akak tepek gambar di Picc. Akak malas letak caption.


Ha... uolls mesti nak tau Mohd Rafi pegi Jakarta beli apa kannn??

Dia beli helmet batman uollsss... Pastu pagi2 buta bangun pakaikan kat Pahat. Motippp??




Sunday, August 21, 2011

Announcement to all kueh raya customer.

Minggu ni dah boleh amek kueh. Please sms bgtau kuih apa yang uolls order for re-confirmation dan hari apa.

Thanks semua!

Thursday, August 11, 2011

Bad news not worse

Akak terima khabar buruk hari ini. Tapi tak pe lah dah prepare for the worse pun. Alhamdulillah.... Harap2 cukup untuk hidup..

Semalam akak feeling2 rajin buat puding caramel. Rasa dia biasa2 je... Akak nak puding caramel yg mcm tesco UK punya tuh... Yang dalam bekas 45p tu... Lembut je puding dia.

Kueh tak siap ada hati buat dessert bagai kennnnn??? Semalam masak mee gorang jah. Ingatkan nak masak macaroni goreng sekali tapi tiba2 terpemalas padahal aku dah keluarkan daging dan rebus macaroni bagai. Simpan balik dalam fridge.

Semalam jugak akak ter MISS geng mengaji. Tension akak!. Tapi x pe, asteruk kan suka ulang2 cerita kannn??? Nanti2 ada la tu..

Mengapakah akak miss? akak tido pukul 9 okeh. Pahat tak nak tido pon aku paksa jugak tido sebelah aku.

Bangun pukul 3 pagi sambung buat kuih cheese button. Tiba2 akak dengar bunyi2 orang mengaji.. tengok jam, whattt??? dah pukul 5.30???? Terus pose2 panaskan mee kejut mohd rafi. Makan je la apa yg sempat konsepnya.

Tuesday, August 9, 2011

Iftar ke 8.. eh, ye ke?





Emak emak kalau tak letak gambo masakan tak sah kennnnn??

Ni ha menu buka semalam. Dah dua hari tak jejak baazar sebab aku koser nak start keter berjalan di baazar tuh.
Ayam masak kunyit.


Gulai lemak pisang muda. Slurp... sedap makan dengan sambal belacan dan ikan masin.

Tau tak cemana nak masak pisang muda?? Nak siang dia kena rendam dgn air uollss sebab dia muda lagi still ada banyak getah.

Tumbuk kunyit, ketumbar, black pepper, jintan manis, bawang merah, garlic dan ikan bilis.

Kalau ada udang lagi sedap.

Tumis. Letak air sikit. Masukkan pisang. Tunggu sampai agak2 empuk masukkan santan. Pastu dah siap.

Nasib baik akak tak letak nama Gulai Lemak Pisang Muda TERSEDAP di DONIA... **matikannn perli sape tak tau....

Ni progress kuih raya...


Baru buat kuih2 raya yang tahan simpan lama2. Tat and cis button may be rabu baru start sbb kuih2 rapuh ni takut tak boleh simpan lama. So sapa nak amek cepat baru akak buat.

Long way to go, to baru 50 balang, yang belum celup coklat ada dalam 30 balang. Mampos tak sampau suku pon lagik. Minggu ni asistant lagi sorang sampai.


Sapa rindu dengan Lion, ni gambo terbaru dia. Mcm muka emak dia ke apa ntah.


P/s : akak lupa nak announce bahawa order kek and mac pon akak tutup. Kalau lg seminggu nak raya tiba2 miracle happened kuih raya akak siap akak buka utk order raya...





Saturday, August 6, 2011

Kisah tamak haloba..

Mula2 akak nak cakap, motippp harga makanan kat baazar ya ampunnn mahal???

Aku beli ayam golek popular kannn kat serdang ittew, end up dia bagi chicken wing yang mentah.
MENTAH OKEHHH!!! bukan lepas bakar dia mentah uollss... tapi2 mentah2 dia belum bakar. Rasa keji tak???

Last akak bakar guna oven... Tension Mak!!

Hari ke 3 puasa akak beli jah makanan, konon feeling2 malas masak. Beli mee RM1.50 2 bungkus. Chicken Wing 6 ketul. Cucur udang RM2. Oblong 2 bijikkk... Last tak habess uolllssss.... Syaitannnn sangatssss..

Esoknya akak pegi baazar beli kuih dan air jah. Arini pon aku beli kueh dan air jah. Koser tau semua dah naik harga dan aku tak nak membazri amalan syaitannn...


Menu hari ni siakap stim, sayur campur dan hati pedal goreng tepung.
Ada murtabak mini jugak aku buat tapi termasinnnn uollsss... maklumla puasa kennnnn..

Order kueh officially closed. Tu pon ada lagi orang order cake aku terpaksa tolak. Ada jugak order kueh yang nak last minute nak next week pon aku tolak. Bukan akak tolak rezeki uollsss tapi akak kena selesaikan order2 terdahulu dulu kaedahnya..
Nanti kalau uolls semua tak dpt kueh raya ni harus akak kena maki bertubi2...

Kalau nak order jugak boleh tapi akak tak boleh confirmkan dpt sebelum raya ke selepas raya. Sorry ye, order dah FULL capacitynya.

eh, lupa sapa yang order by comment blog tp tak reconfirm balik pon akak tak amek ye ordernya.. Sorry uollsss...!

Friday, August 5, 2011

Announcement Kueh Raya!!

Sesiapa yang berniat nak order tapi belum order, sila berbuat demikian within this week..

Lepas minggu ni order akan ditutup!

Akak nak pose2 beli barang2 kuih pulak uollss... Akak malas nak pegi 2 3 kali kaedahnya..

Bye!

Monday, August 1, 2011

STicky post ! Kuih Raya Open for ORDER!!

Kueh raya datang LaGI!!! Wah, dah mcm tora pulaksss..

So tahun ni punya kuih raya,


1) Best Seller!!! Almond London. RM21/50pcs
Beryls Chocolate


2. Cheese Button, comes in 2 sizes: M :RM22/50, S:RM22/60pcs


3) Choc Chip and Nuts.
Notes: Change of price. RM22/balang (contain more than 100 pcs)



4. Another best seller! Tart Gulung. RM21/50.
Homemade jam.

Offer until 9/7/2011!!! Grab 10 balang for RM200. Please specify apa2 jenis kuih yang uolls nak.

Order before 1/8/2011. After that depends on my availability. Text or email me if you have emergency order.

I also made macaron for hari raya. Offer for raya only!!! RM30/box. Filling limited to hazelnut and chocolate. Pick up or delivery 5 days befor raya. Nak tahan sila keep refrigerated.

TO ORDER, email:

ilotshikamaru@gmail.com

or

sms or call : 0177703251 (better sms sebab akak kadang2 malas angkat phone)

Friday, July 29, 2011

When you're gone..




Tu diah tajukkkk... Feeling2 sgts kannnn??

Mohd Rafi pegi jakarta 4 hari. Orang dok sibuk tanya 'Tak pe ke?'

Mohd Rafi pon sama sibuk suruh emak dia temankan aku. Padahal MOJ uollss... **Mak Ok Jah!!

hellooo... dah berapa tahun aku duduk sorang2 jah. Ada Pahat nih lagi lah aku tak kesah sebab aku busy jaga dia.

So MIL aku dgn adik Mohd Rafi datang lah teman aku. Jangan kan teman kan, siap tolong aku buat kuih order minggu ni lagi.. Vavava... cemerlang sungguh cepat kejer mak siap uollss..

Tapiiiiii........... walaucemana pon tetap jugak lah teringat kat laki akak yang itam tuh.. **matilah. Yela uollsss, ntah makan ke tak dia kat sana tuh..

Dia ada call tiap2 hari. Sekali pagi bgtau nak gerak, sekali malam bgtau dah balik gituuuu... Paling penting tiap2 hari tanya pasal anak dia okeh. Ado tanya emak pahat sehat?? nnan adoooo!!

2 3 hari ni sangat letih sebab puasa. MIL aku kata, mana tak letih keje tak berenti. Balik keje terus buat kek. Malam buat kuih. Bangun sahur pukul 5 sambung lagi buat kuih sampai pukul 8.

Kena gila babi cari side income ye adik2. Sebab skrg nih tempat keje akak nan ado dah kontrak2 nih bagai... Akak kena cari duit lebih in case kannnn... Prepare for the worse. Kena kumpul duit nak buat modal business kalau takde keje...

susah2 aku keje jaga website dgn boss Mohd Rafi pon ok jugak. Tukang pos barang mat rempit order ke....

Mcm2 aku pikir skrg nih...

So, biarlah aku penat gila babi sebulan puasa nih.

Adik Mohd Rafi stay untuk tolong aku buat kueh raya. Adik aku next week datang. Banyakkah order aku sampai pakai asistant ramai2... Merasa!!!

Tuesday, July 19, 2011

Voring....

Arini aku bawak bekal ikan masak kicap + Tomyam.

Anyway aku dah update sikit2 blog http://ilotskitchen.blogspot.com/

Akak tambah list blog2 business kawan2 kat belah kanan. Kalau uolls nak akak tambah link kat situ tinggalkan komen dibawah entry ini berserta link sekali.

Akak tak kesah business apap uolls nak buat pon asalkan HALAL okeh. Kalau uolls jual kek pon akak letak jugak link ittewwww, x de hal pun.

Anyway, akak feeling2 ngantuk nih uollsss td malam menyiapkan 5 balang cheese button. 2 balang tart nenas (sepatutnya buat 5 jugak tapi jem nenas dah nan ado). Akmond london dah siap baked last week 6 balang tapi belum curah coklat. Tu semua order2 yang nak before puasa.
Dah juga repeat order dari last week punya. Diorang makan kueh mcm makan nasik.. Haha..

Tapi Alhamdulilllahh.. rezeki!!

Cemana ntah tadi malam baik pulak si Pahat tuh tido jadi akak boleh feeling2 buat tart nenas dengan Apak dia. Mohd Rafi penting ye sebagai tukang pump doh tart tuh. Kalau akak buat sorang2 gamaknya sakit tangan.

Kan akak feeling2 nak target order 1000 balang kannn tahun nih??? Nampak gayanya nan ado lah uollsss... Kau feeling2 nak jual 1000 pastu sample nan ado memang haramm sangat kannnn???

500 pon nan ado. Verangan lagi kau!!

p/s : Sample yang ada sekarang nih ada limited. Siapa nak?? tapi kena amek sendiri ye. Siapa yg nak feeling2 letak kat opis uollss pon akak boleh bagi.
ni no hp akak : 017 7703251

Byeeeeeee!

Friday, July 15, 2011

Choc chip


Choc chip before and after...

Err...sebenarnya testing camera pinjam. Bolehhhhhh????

Akak buat order almond untuk budak opis fiza, kasik semalam 2 botol, 2 botol jugak habis... tambah lagi order next week... sabo je la...

Bahaya kan almond london aku dah jampi kasik abes cepat... Akak lari dulu!!!!

Eh, korang tak nak order almond London?? Matila tak habes2 promosi.

Wednesday, July 13, 2011

9 bulan uollss...sample kueh.

Pahat dah 9 bulan...

Makin memeningkan emak dia. Pantang kena tinggal kejap melalak mcm hape..

Tapi dia ikut mood dia sebenarnya, kadang2 bila tinggal dia ok je.

Tapi selalunya dia mengekor kemana sajork emak pegi. Termasuk toilet. Emak pulak feeling2 berak dalam tuh, anak kat rumah sibuk tepuk2 pintu. Howwww????

Tempat favourite dia adelah dapur. Yela kat situ dia boleh capai2 bawang , lesung bagai...

Aku kena beli rak dapur yang tertutup lah. Dah berapa kali kena kemas bakul bawang tuh sbb Pahat sok terbalikkan. Kadang2 emak geram+tension emak cubit dia lite2.. Nan ado dia nak nangis.

Paling suka tepuk2 pintu oven. Semalam merasa panas pintu oven tuh.

Tido suka lambat2 geram emak tau. Pukul 11 kang baru tido.

________________________________________________

Sorry uollsss yang mintak sample kuih. Sample masih lagi dalam pembikinan buat kali ke 10. Asik abes jek.

Yang suka makan tu haaaa anak ikan Mohd Rafi yang suka datang rumah mintak kuih raya. Pengsan akak tau.

Pastu akak feeling2 lagi syok sendiri makan kuih raya sendiri.. Jadinya... Merasa asik keje buat kuih raya jah!

Dah tambah busy dengan order orang. Tiap2 hari okeh rumah akak berbau kuih raya.. Merasa!!

Alhamdulillah.... bila rasulullah kata 9 dari pintu rezeki adalah berniaga korang silalah percaya, dengan syarat jangan la budget nak untung 3 4 ribu sebulan kannnn??? Kena sikit2 dulu la...

Lagi satu, quality kena jaga juga. Dan ikhlas..

___________________________

Mohd Rafi suka menjadikan akak runner barang motor dia tau, mentang2 la supplier barag moto dia kat serdang, muka akak juga yang kena pegi beli bagai... aiyohhhh!!

Akak dah la feeling2 pakai baju kurung pegi kedai spare part moto.

eh, tetiba akak malas nak type.. kau ado mcm nih????

p/s Kuih raya order masih dibuka!!

Friday, July 8, 2011

Anak orang jatuh katil, anak aku jatuh walker.

Tu gambar budak jatuh walker. Anak jatuh walker melalak-lalak. Emak capai camera dulu amek gambo. Kau ado emak keji mcm tuh??

Kaedahnya akak pegi sale My dear baby, tak de sale sangat pon... Barang dia lagi mahal dari tahun lepas okeh. Menyesal aku tak beli tahun lepas..

Oh, akak carik carseat Pahat sebab dia buas dalam kereta sekarang. Kadang2 aku drive kena tahan badan dia sebelah kiri sebab dia sibuk nak capai stereng. So cari lah carseat yang proper sikit since sekarang nih aku selalu travel berdua dengan dia jah.

Pastu ada walker bodo RM15. Lalu apak dia pon beli. Lalu Emak pon letak Pahat kat walker sementara siapkan order kek orang. Tiba2 dengan Pahat melalak. Rupanya jatuh walker. Bolehhhh??? Walker tu bolos uollsssss... Howww???

Ha..... beli lagi walker murahan!!



Ni Tat terlebih bakar. Rasainnnn kannnnn??? 1 tray tuh.. Gara2 sibuk tengok citer korea. Dah bunyik siren kecemasan pon tak reti2 nak keluarkan kuih dari oven???

BTW, akak dah beli oven baru yang agak besar sedikit... Eh, besar banyak!! Alhamdulillah boleh bake cake up to 16inch. Tapi nan ado lah akak nak bake 16 inch. Tak payah feeling2 sedangkan fridge kau tu tak sebesar mana.


Di kala hari takde order. Egg white berlambak gara2 buat cookies raya. So, bake macaron. This is hazelnut macaron made from toastes hazelnut (cara2 perabih hazelnut).

Puas hati guna oven baru. Boleh buat sekali bake sahaja. Tak payah 2 3 kali.

Wednesday, June 29, 2011

Baru puasa sehari..

Aiyohh.... baru puasa sehari jah. Lagi 3 hari nak kena ganti. Nasib baik aku gigih jugak puasa tahun lepas cuti 3 hari jek. Itupon sebab buat kuih punya pasal. Siap berbuka dalam kereta depan tengah2 panas buta minum air yogurt bliss didepan Mohd Rafi.
Nasib baik dia tak berniat nak berbuka sama.

Arini sakit kepala gila2. Sebab semalam aku buka puasa minum susu coklat sajork!.. Pastu aku feeling2 call PHD ingatkan diorg boleh hantar Pizza tp nan ado sebab luar daerah walaupon rumah aku sejengkal jek dari situ.

Kaedahnya sebab alamat aku kajang. Kejiii!!

Last2 aku makan pukul 9 itu pon makan 1 slice jek sbb pizza masalla tu masinn!!

Pukul 12 aku paksa Mohd Rafi beli kuey tiaw tomyam.. Eleh...sebenarnya dia suka okeh, sbb dia boleh melepak kat kedai tuh.

Konsep dia ialah melepak sambil mempromosi service repair moto dia. Elehhhhh...

Alhamdulillah, so far red velvet tidak mengecewakan akak. So far customer feed back sgt sedap... Wah!! 'sangat' tu akak tambah sendiri uollsss sbb nak promosi punya pasal... Matila kannnnn???

Minggu ni akak kena buar hampir 20 balang cookies raya, sbb ada orang nak order untuk makan2 before raya...

So sape nak order untuk before raya pon bolehhhhhhh... EH, salah... before puasa okeh.

Just call/sms sementara akak nak buat banyak2 nih... alang2 konsepnya...

Sample kuih dah siap tapi ada yang dah habis adik aku telan. So, merasa buat lagi skali.
So, sesiapa yang request sample, tunggu yek!!

or kalau uollss pegi birthday Aqeef Jiha akak insyaalllah datang bawak sample... Eh, x pe kan Jiha????

Tuesday, June 14, 2011

Rezeki...!

Yeah... akak lapar gila tak sempat breakfast sebenarnya nak puasa tapi kunci jam pukul 5 pastu tido balik. Merasa!

Eh akak nak ucapkan terimah kasih kat sesape yg telah membeli milkadeal melalui blog akak, akak rasa acik oren kot.. Tak pasal2 akak mendapat rm4.20 dr iklan tersebut.

Akak perasan buffred nuffnang tengah laju la jugak skrg ni.. dulu sehari naik seposen pon susah uollls skrg dapat la sehengget... Akak sedar diri uollsss blog lain buffred ado berpuluh2 hengget sehari, blog akak memang nan ado. Tapi Alhamdulillah la jugak tetap jugak bergerak dr sebulan 50 sen jah....!!!

Walaupon dah ada beberapa orang yang DAH order kuih raya. Mostly customer tahun lepas. Officially order start bulan 7. Tapi sample start diedarkan bulan 7 juga. Tapi incase uolls nak order this is kuih untuk tahun nih:

1. London Almond - BA melantak lebih 10 balang kueh nih. Aku letak kat rumah adik2 aku tukang abeskan. RM21 per box of 50
2. Tat gulung nenas - Homemade jam 100% nenas. RM21 per box of 50
3. Choc chip and nuts cookies - almost like famous amous.. Fill with nuts -almond, hazelnut and walnut. - This having a very good review from customer. RM22 per 500g
4. Cheese button - for cheese lover. RM22 per box of 50

Sape tempah before july, akak bgai harga pukal 10 balang rm200. Pandai2 uolls share2 dgn rakan2..

Gambar next week upload. Nak sample pon boleh next week. Sample akak tak charge. Akak pon tak paham kenapa sample kena charge kaedahnya..

Monday, June 13, 2011

Cerita kueh raya...

Akak nak citer pasal cemana ntah kak boleh terjebak jual kueh raya.

Mula2 akak feeling2 syok sendiri experiment banyak2 buat kueh raya. Paling banyak experiment yang akak buat sebelum dapat resepi yang betul adelah tat gulung. Pengsan tepi oven.

Pastu try buat almond london. Yang ni 5 kali kot baru betul. Yang paling penting untuk almond London adelah almond nuts tuh bakar kena jaga. Nak dapatkan almond yang crunchy, bakar @150 celcius for 1 hour. Kalau still belum crunch lagi, sambung bakar lagi 30 minit.

Paling leceh adelah nak buat jem nenas untuk tat gulung, tapi process untuk bakar dia senang. Jam nenas akak adalah 100% dari nenas nan ado campur2 agar ke gelatin ke kaedahnya.

Akak tak pernah okeh jumpa jem nenas jual kat kedai yang sedap. Semua rasa lahar jah. Kalau uolls ado jumpa bgtau akak okeh sbb akak pon malas nak buat...*****matila customer larikk...

Lepas dah buat experiment2 tuh, akak cakap dgn Mohd Rafi,

'kita kasik sample kat org nak? kalau orang nak beli, beli lah. Kalau tak nak pun takpe'

So, akak pass kat Fiza. Masa tu dah lambat, lagi seminggu nak raya baru bagi. Dan juga bagi kat rakan2 terdekat. Alhamdulillah, sekadar mencuba market boleh la dapat dalam 70 balang.

Tahun ke dua. Last Year, masih hantar kat Fiza. Juga dengan rakan2 terdekat dan juga a few blogger. Alhamdulillah juga, dapat dalam 160 balang. Ini pun buat part time bila petang2 balik keje sambung sampai malam. Masa tu akak heavily pregnant okeh. Almost 9 months. Berjaya jugak akak siapkan 160 balang tu.

Itupon ada order last2 minit yang akak kena tolak sebab aku dah tak larat nak bawak badan.

Tahun ni insyaAllah... jika ditakdirkan akak jobless akak akan buat keje nih full time.

Biggest gamble in life...

Uolls semua yakin tak kalau akak jobless, akak bukak company catering?

Uolls rasa akak boleh berjaya tak?

Nan ado la akak nak catering kenduri kawen.. Hellloooo modal seciput ada hati kennn??

Dah pukul 2 pagi akak tak boleh tido.

70% of me dah tak nak keje kat U** lagi. Aku dah malu okeh asik menyusahkan orang kat situ je. Lagipon orang lain buat master paling lama pun 3.5 years kau tak habes2 lagi???

Kan malu pandangan orang mcm tuh?

Lgpon research tu aku tak suka buat from beginning.

So aku rasa risau, adekah aku patut gamble jek bukak company? Atau adekah aku patut buat benda yang aku tak suka at the end ko rasa tak happy?

Dont get me wrong, aku suka mengajar. Suka gila. Tapi research aku sekarang yang aku kena deal with it for almost 4 years yang aku tak suka.

Adekah aku kena yakin dengan diri aku untuk set up company dengan modal 2k??

Bukan apa uollss, kawan2 akak tak yakin okeh dengan akak. Tapi akak yakin jah. Howww??

So, akak kena pulun buat kueh raya uollsss tahun nih. Akak nak beli oven yang besar sikit. Target akak tahun ni nak jual 1000 balang kueh raya.

Wah! tinggi cita2 kau kannnn??

Uollss nak beli kuehh raya akak tak??

Sunday, June 12, 2011

Cheese Button cookies



I made this cookies this evening. Sangat2 sedap. Whoever create this recipe must be genius!
Yang sebelah tu feeling2 letak dalam cup konon2 chantek tapi akhirnya menyusahkan aku.

Kudos to Femmy, the founder of this recipe.

Sumpah sedap korang patut try!!
Recipe, click kat nama Femmy tu jah. Akak malas okeh nak kopi pes.

Since recipe tu banyak sangat, akak buat just 2/3 from the recipe dan i made a couple of changes.

I used 100g extra tasty cheddar with Halal sign. Be careful when you buy Cheese in supermarket not everything is halal u know. Unless it stated V, halal or k. Lebih2 lagi Edam cheese where i found most of the supermarket jual yang takde tanda halal.
So, you can subtitute this cheese with cheddar block, or gouda cheese.

I used 2 egg yolk dan tak guna eggwhite kecuali untuk topping icing tu.

I used mix off cornstarch and tapioca starch. 40g + 40g.

If you found the dough a bit sticky, add another tbsb of flour.

Akak letak 2 tbsb of sugar for 2/3 of this recipe.

If you google this recipe, there are many version of the flour and cheese used. Mana2 pon ok jah uollss..

Sape2 yang malas nak buat atau nan ado oven, boleh order dgn akak raya nih.. **matila kannnn sempat promosi...!

Wednesday, June 8, 2011

Something so addictive!

I'm talking about this choc chip cookies.

Bukak akak yang cakap okeh, tapi testimonial orang yang makan.

Walaupon rupa dia buruk sikit.. tapi bila makan sekali mesti uolls akan abeskan 1 balang.. Kan CD Owner kannn??

Kalau CD owner kata sedap tu maksudnya sedap la nyah. Sebab dia sangat picky.

Akak kasik bos Mohd Rafi makan tetiba dia order dua boxes. Padahal sebenarnya akak nan ado niat nak jual cuma experimenting with resepi yang aku cipta kaedahnya.

Since, bulan ni most probably I'm going to lose my job.

So, I'm selling this cookies for RM23/box.

You wont regret!!


p/s : pening kepala okeh fikir keje tak de nih. Ingat best??

iklan