Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Akak maseh hidup uolllssss...

Akak baru dapat bernapas lega sebentar sebab kueh raya untuk customer dah siap.

Alhamdulillah, semua yang order thru blog and fb semuanya dtg pick up walaupon takde mintak deposit. Kannnn??? akak perchaya uollsss jah koonsepnya..

Tapi malam ni akak still kena buat keuh jugak uolllss.. ada order emergency yg akak on hold dulu. Dan juga kueh raya untuk kampung.

Lepas raya pon akak full dgn order kek, macaron and cookies jugak. So, konsep yang sama juga. Siapa order dulu dia dapat camtuh.

Last weekend akak busy gila babi buat kueh raya. Tiba2 tgk jam dah pukul 6. Nak masak?? lauk nan ado stock. Pegi baazar?? ujan lebat uollss.. Last2 akak search internet buffet yang terdekat. Akak feeling2 nak pegi picc tapi fully booked. Call Palm Garden still ada vacant so akak pegi la situ. Dah le tersalah book, dtg 5 org pegi booking 4 orang. Merasa kau duduk di luar!


Harga buffet rm65. Satay dia sumpah sedap okeh. Satay daging pon lembut je. Dari satay station yang mahal nak mampus tuh.

Balik dari buka puasa walaupon kueh feeling2 tak siap lagi tetap akak pegi shopping metrojaya warehouse sale kat picc. Tapi too bad, duet akak dah habes buat bayar buffet. Dah tu emak aku bawak duet rm60 sajork. Merasa la beli handbag murahan berharga rm44 sajork. Itu pon akak pose2 berebut time happy hour.

Nah akak tepek gambar di Picc. Akak malas letak caption.


Ha... uolls mesti nak tau Mohd Rafi pegi Jakarta beli apa kannn??

Dia beli helmet batman uollsss... Pastu pagi2 buta bangun pakaikan kat Pahat. Motippp??




Friday, August 12, 2011

Iftar ke 11 kot? Mak dah lost count.





Ni tengok dulu gambar bayi 10 bulan melalak.. Apsal gigi 2 batang je tak nak tumbuh2??

Iftar aku mostly dengan adik ipar aku je. So masak ikut sedap tekak aku. Kalau Mohd Rafi ada pon aku ikut sedap tekak. Sebab bila aku tanya nak masak apa jawapan dia sungguh tak memberansangkan.

Arini akak masak asam pedas ikan duri.. Gambar2 ni semua lepas makan baru teringat nak amek.. Howww???

Kau ado amek gambar dengan senduk2 sekali???
Peria goreng.

Macaroni goreng semalam yang tak jadi masak akak bring foward ke hari ini.. Kau mampu buat konsep bring foward mcm akak??


Last skali tengok gambar di bawah ni:


Yang akak nak focuskan bukan Pahat ye... Tapi jari akak yang chantek ittewwww...
Masa akak nak amek Pahat kat rumah BS, time keluar kereta nak tutup pintu tiba2 akak tersedar jari akak tersepit kat pintu kereta uolllss... Sakit ya ampunnnnn...

Lemah okeh satu badan. Padan muka kau!! Yang akak heran tuh, cemana boleh satu jari jah iaitu jari manis jah yang tersepit?? Mengapakah jari2 lain tak kena???

Sampai sekarang berdenyut2 jari akak nih.

Esok first thing pagi2 kena pegi klinik nak amek Ferum. Aku rasa my HB is getting worse la bila aku duduk buat kuih nak bangun rasa mcm nak pitam. Ni kalau aku pregnant lagi skali ntah berapa low HB aku agaknya.

Pastu nak bawak Pahat pegi klinik jugak. Dia selsema puiler. Harap2 jangan selsema lama2 kesian tengok dia..

Akak ado beli pasta untuk baby. Esok akak masak utk Pahat!!



Wednesday, August 10, 2011

Orang yang tak buat tak tau susahnya..



Baru2 ni ada kawan akak mintak turunkan harga kueh tat dari RM21 ke RM18.

Serba salah nak bagi. Akak rasa RM21 tuh dah cukup murah dah. Dah la aku guna home made jam. Ingat senang ke nak kopek nenas, blend, tunggu kering lagik. Tapi aku bagi la jugak harga tu sebab dia order 1 je. Kalau 10 sorryyyy..

Semalam, balik rumah dah pukul 6. Jadi masak apa yang ada jah. Jadi lah Mee Sup Mi lidi.



Tapi aku memang suka masak Mi lidi sup mcm nih. Sedap jek walaupon simple..

Sape2 yg tak tau tu Mi Lidi rupanya mcm nih.. Akak cari sekitar KL haramm nak jumpa. Ni import dr johor.


Baguskan bulan puasa?? tak tau nak update apa hari2 citer pasal buka puasa kaedahnya... Clust!!

Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 6.

Sebenarnya akak feeling2 malasssss banget nak masak arini. Dah la pose2 malas nak masak, masak nak keluar pegi baazar puiler.... Tapi adik ipar akak kan ada kat sini tolong akak buat kueh takkan nak bagi dia makan meggi pulak kennnn??

So akak pon masak la jugak.

Ikan gelama goreng.

Sayur sawi goreng.

Ayam halia blackpepper.

plan asal akak ialah ayam nak goreng. ikan nak masak pecel jawa tuh. Cemana ntah tetiba akak ting tong masak lain puilerrr...

Air lagi la hina gila. Ada la air soya semalam tinggal 1 cawan pastu air milo sahur tadi pagi yang panas nak mampus Mohd Rafi buat aku tak boleh minum aku simpan dalam fridge.

So, adik ipar aku, aku bg minum soya. Akak minum milo. Kau adoooo akak ipar pemalas mcm tuhhh????

Akak nak bgtau tau, sape2 yang sms, akak tak balas atau setaun baru akak balas tu jangan sentap ye, akak pose2 busy sekarang nih. Lainlah kalau uollss nak tolong akak secara free.. Nanti akak bg la resepi free gituuuuuuu...

Order2 cawangan Johor, kau ado cawangan??? Kuih2 akan dihantar insyaAllah pada 17hb nih.

Lupa lagi nak pesan. Kalau uollss call akak mcm nak mati tapi akak nan ado jawab mahupon reply jua sila jngan sentap. Tangan akak nih sentiasa lah memegang doh kuih takde maknanya aku nak kotorkan telepon sebab henpon akak touch screen.. Touch scree henpon murahan ye... Bukan i phone mahupon samsung galaxy mahupon HTC HD desire mcm henpon Cik Li.. Cik Li gadis urban berteknology tinggi harusla mempunyai gadget2 terkini... Larikkkk..!

Jadual akak time weekend nih adelah.

Lepas sahur : celup coklat almond London sebb time ni sejuk, so coklat dia cepat keras.
sampai pukul 8 atau 9 akak stop. Tido sama2 dgn Pahat.

Pukul 11 bangun rehatkan minda sebentar, tengok TV, main2 dgn Pahat. Bila pahat tido je, selalunya pukul 1, maka start la buat kueh. Sampai habis adunann. Biasanya sekali buat 4 adunan.
Kalau Almond 4 adunan boleh dapat 10 balang. Choc chip 7 ke 8 balang.

Pukul 2 kang Pahat bangun maka terpaksa bergilir2 dgn adik ipar akak jaga dia sambil buat kueh. Tu yang melambatkan keje. Pukul 5 kang abes, rehat kejap.

Pukul 6 masak. Tunggu buka. Pukul 8 sambung balik buat kueh sampai pukul 11.

camtu lah rutin weekend....ngantok. nak tido. bye.

Friday, September 3, 2010

Aku rasa anak aku besar lah!!

Akak tanya orang2 lain, time 8 bulan baru sekilo lebih.. Akak 8 bulan 2.2kg okeh berat baby. Kau tak pitam nanti 36 minggu dah 3 kilo lebih??

Takpe.. akak standby teknik penapasan dulu..

Akak dah ponteng 2 hari puasa sebab tak sahur punya pasal. Bukan sebab tak larat tapi sebab akak kena makan ubat uollss... Kang teringgal makan ubat tak naik2 HB akak..

Cuti akak sikit. Nak simpan untuk bersalin. Belum decide lagi nak cuti berapa hari. Minimum kat opis akak ni pon amek cuti dari 8hb sampai 13.. Aiyohh... Akak tak tau la cemana nak raye dengan keadaan tak larat nih.

Baju raya pon nan ado.. Akak pose2 nak beli jubah sajork.. Nak try carik kat 1st lady kalau muat.

Lagi skali.. akak ngantok gila weh. Apsal???? Padahal tido pukul 10 td malam. Over tak??

Thursday, September 2, 2010

Penyapu!!!

Akak busy disamping saket kaki so jadinya malas nak update...

Hari merdeka tidak kemana2 kecuali menatap almond london dan tart nenas..

Alhamdulillah order yang besar 38 almond and 16 tart dari Iris dah settle..

Ni tinggal siapkan sikit2 je.. Aci tak kalau akak beli je jem nenas tuh?? Malas puiler asik keje aku pegi econsave tau beli nenas..

Hari merdeka jugak akak cuti masak sedunia sebab Mohd Rafi offer diri nak masak..


Hasil masakan Mohd Rafi. Favourite dia tapi bukan favourite akak ikan masak kicap. Kacang panjang + tempe goreng.

Sayur kacang tu tawar sikit. Ikan masak kicap tu boleh la.. Ade ke ikan masak kicap yang tak sedap kannn???

________________________________

Hari ni hospital call postpone appointment ke 11/10/2010. Gila ke hape?? Lagi 5 hari je nak due date. Abes tu kalau tetiba akak nak beranak sebelum 11 hb darah still low cemana???

Dia kata : takpe....

Kentut sangat lah.. Akak dah la HB low 8.7 sajork.. suka2 dia je postpone sampai dekat 2 bulan appointment.. Bila masa nya diorang nak monitor darah akak?? Aiyohhhhhh!!

________________________________

Ni kes penyapu yang akak baca kat Metro tadi. Suami orang berkhalwat dgn bini orang bulan2 puasa nih.

Lepas tu yang jantan tuh sibuk nak terjun tingkat 14. Kalau akak biarkan je dia terjun.. Biar padann muka dia.

Pastu yang lagi best, bini dia rupanya ada kat tingkat bawah tengah sarat mengandung...

Penyapu tak jantan tuh?? Akak dah tak tau nak maki apa. Bolehhh??

Yang bini orang tu pon dah ada 2 orang anak okeh....

Bulan puasa pon tak reti nak hormat ke???

Bodoh!!

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan ke berapa ntah : Menu - Nasi Beriyani..

Yes uolllss... Makan2 sempena puasa katanya. Tetamu tetap orang yang sama seperti bulan2 sebelum inih..

Kali ni akak masak nasi Beriyani, Ayam masak merah and kuah dalca.

Air jangan citer punya banyak, laici, sunquick, tebu tawar, cendol dan milo panas. Sampai tak cukup hokeh jug kat rumah akak nak letak.

Lauk habis!! Cukup2 untuk sahur je.. Alhamdulillah tak membazir.. Maksudnya akak masak sedap la kannn???

Lambakan makanan sampingan yang budak2 nih beli kat Baazar jangan citer, murtabak, cream caramel yang tak sedap, lompat tikam, kuih yg kacang dal tuh- akak panggil magelek, lompat tikam, condawan goreng yang terbaik...

Serious cendawan goreng ittew adelah yang terbaik.. Dah sejuk pon makan tetap rangup lagi..

Lepas buka theyolls balik terus pegi gombak tengok baby.. Sebelum tu pegi wangsa maju rumah Dee anta kueh- Sian Qistina demam siap tampal koyok kat dahi. Pastu pegi downtown yang ramai gila manusia padahal pegi situ sebab nak beli ice blended je..
Akak suka lah beli ice blended kat situ sebab sedap dan murah..

Downtown banyak gerai artis okeh..

Tetiba malas nak sambung citer... Bolehhhhh???

Bye,

Wednesday, August 25, 2010

Buka puasa pertama diluar..

Hari ini sempena gaji telah membuka puasa kan diri kat luar. Specifically kat Ayamas Alamanda.

Mula2 ingatkan ada yang free refill tu setiap Rabu kaedahnya tapi nan ado sempena ramadhan. So reserve untuk package 4 orang sajork..
Gambar makan kat Ayamas adelah xde. Tak sempat snap sebab lapar sangat. Blehhh???

Tapi berbaloi la jugak makan 4 orang. Bersama filla n Fizi.
Ini dia minah yang busy dibulan ramadhan nih.. Motippp setiap kali call mesti 'network busy' kau ado???

Pastu sebab ada perempuan mengandung yang mengidam so, pegi la beli minuman ini... Harap maklum setahun sekali baru beli.. Kau ado miskin macam tuh?? Ado???
Caramel Frapucino -Of course la cream base sebab akak diharamkan mengambil caffien.. Tapi yang over ialah amek venti mcm tak sedar diri je.

Wah!! Husband sape yang tangan berurat tuh uollss..?? Matila soalan nak kena maki sangatsss...

Gambar orang yang kekenyangan... jeng..jeng...jeng!!!
;
;

;
;;
;
;
;
;
;

;
;
;
Pusat tersembul keluar. Tshirt dah tak muat sekarang. Tshirt Mohd Rafi akak sapu je pakai. Eh, nasib lah,.. suami isteri sharing is caring kannn????

Kalau uolls ngeri tengok perut akak. Akak nih lagi ngeri okeh. Tengok strecth mark terus pose2 pengsan uollss...

p/s : Arini penat dan sangat panas... Bila la nak hujan kannnn???

Monday, August 23, 2010

Check Up Hospital pulak..

Pengsan akak arini uollss... Check up kat hospital pulak..

Kenapa ntah setiap kali pegi hospital mesti penat gila sampai balik tu dah x mampu nak berjalan. Boleh tak macam tu?

HB akak maseh LOW... from 7.5 to 8.7. Adelah jugak peningkatan. Tapi Doc tu kata ok lagi. Dia suruh continue makan ferrous fumarate tuh double dose.

Next appointment 20/9. Disebabkan hospital punya check up sebulan sekali, akak tetap kena continue check up kat klinik biasa jugak sebab sekarang ni dah 8 bulan..

Penat la uollss check up kat Hospital.. Penat tunggu bukan penat apa....

Balik dari hospital terus melepek tido tak bangun2 mcm pengsan. Bolehhh??

Nasib baik akak x buka puasa..

Lagipon sekarang nih akak ada perangai Keji iaitu:

Susah gila nak bukak mata bangun kalau dah tido. Kuat membuta. Dan juga tak boleh berdiri lama. Pastu keje meneguk air sejuk sampai bergelen-gelen bila buka.

Skrang nih dah jadi terbalik pulak.. Selalu akak yang tukang kejut Mohd Rafi bangun. Sekarang nih Mohd Rafi yang kena kejut akak bersungguh2 baru akak bangun. Howwww??

Tutorial pon akak siap2 tulis atas tranparency pastu guna OHP je dalam class.. Sbb x larat la kan nak diri lama2...



Mak aku pulak asik telepon tanya ok ke puasa.. Siap pesan kalau tak larat puasa buka je.. Tapi akak mcm tak sampai hati lak nak buka walaupon dah melepek berbaring di sofa je kejenya.. Mcm rugi jah nak ganti2 nih uollss.. Kang tak terganti2 jugak next year nanti kena bayar fidyah pulak..

Nasib baik la buat kueh duduk bukan berdiri. InsyaAllah, minggu nih dah start edarkan kueh orang order.

p/s BA and Cik chelsea bila2 nak amek kuih roger je lah.
p/s/s : BA sebelum raya aku kena pi Jerantot lagi amek adik aku baik ittew tu cuti raya 10 hari..

Friday, August 20, 2010

@32 weeks / 8 bulan..

What??? 8 bulan???

Hari nih ada appointment amek darah kat Hosp Serdang.

Lepas amek darah pegi check up kat klinik. Setelah gagal pegi selasa dan rabu sbb orang ramai gila kat klinik uollss.. Akak koser lah nak tunggu lama2 kaedahnya..

Arini best gila. Kat Klinik mesra tu ada 2 orang patient jahh.. Tak payah tunggu lama2..

So, hasil check up:

Berat ibu : 57.5 - Naik 1kg.

Berat baby : 2.2kg - Doc kata baby akak besar. Pengsan akak nak meneran nanti.

Kepala dia dah turun bawah. Doc kata dah ketat. Apa maksudnya nan ado akak tau.

Tinggi rahim : 32

Air ketuban : OK.

Isnin nih check up kat Hospital Serdang pulak.. Aih.. dua2 check up kena pegi. Rasainnnnn gara2 HB low.

- Akak masih puasa okeh sampai ke hari nih. Tak berniat nak ponteng pon walaupon kadang2 badan lembik je rasa. Lagipon Doc kata ok je puasa sbb jantung baby ok.

- Hobi sekarang kat opis adelah petang2 suka membuta. Howw?? Akak tak tau la, asal lepas zuhur tu je mata mcm gam... Keji tak???

- So far jugak tak pernah lagi beli lauk kat luar. Paling2 pon beli kuih atau murtabak je lah.

- Arini nak masak sambal goreng jawa.. Sedapnya....!

Wednesday, August 18, 2010

Bubur Lambok. terbaik Ilot..

Gittewwww kannn?? Awal2 lagi claim bubur lambuk terbaik.. Kau ado??

Nasib baik bukan bubur Lombok.. Kalau tak kang jadi kontroversi..


Ye la uollss.. Akak kan pose2 kecewa nak pegi Baazar beli makanan. So akak pose2 masak sendiri jah... Memang slalu masak pon bubur lambuk..

Pastu, boring2 masak bergedil sekali.. Since Mince meat lebih buat Roti John tu ada lagi..

Semalam punya buka akak tak sempat nak masak. Balik lewat siapkan solution tutorial. Tu pon tak siap, akak bawak balik rumah pukul 11 malam baru siap. Terpaksa siapkan jugak sbb kelas arini pukul 9 pagi..Yela uollss, lecturer tu bagi jawapan je untuk tutorial tu. Soalan dia tak bagi. Bolehhhhh??? Cemana nak jawab kalau soalan xde kan?? So, akak pegi la library pinjam buku Robert Boylestad tuh. Pastu buku lain edition soalan lain pulak.. Pengsan kejap! Bolehhhh???

So akak email Lect tu bgtau buku yg akak pinjam lain edition, dia reply back dgn no soalan dalam buku edition akak tuh. Dah la soalan BJT AC analysis tuh solution panjang2, soalan banyak pulak tuh. Ntah arini student sempat salin ke tidak..

So semalam Akak balik tengok2 Mohd Rafi dah masak.

Dia masak sayur kobis lemak, sambal belacan. Pastu ayam , bergedil dengan ikan terubuk masin tu akak balik goreng..

Yang akak confuse tuh motippp sayur masak lemak dia letak halia?? Kau ado letak halia??

Tapi xpe la yang penting bersyukur balik tinggal makan buka je..

Itu je la hari2 lauk akak memang ada 2 je. Cukup. Lebih2 laki akak x makan, membazir jah nanti.

Eh, nak resepi bubur lambuk ke???

Tuesday, August 17, 2010

Bulan puasa tak baik dengki..

Pagi ni sebenarnya ada check up kat Klinik Mesra. Sebab Doctor Hospital Serdang suruh pegi dua2, hospital dan Klinik. And appointment hari ini..

Tapi uolllss.. punyala ramai umat manusia yang saket hari ni kat Klinik Mesra tuh. Siap x cukup seat kat dalam diorang tunggu kat luar duduk atas divider tu haa...

Mula2 akak pose2 nak tunggu jugak la. Tapi mcm never ending jahh.. Akak pose2 amek ubat je lah.. Esok lepas kelas kalau x ramai lah akak pegi..

Akak mula2 arini nak dengki letak gambar makanan. Tapi kaedahnya henpon bercamera 'sengaja' pulak ditinggalkan kat rumah. Merasa lah esok baru update pasal makanan.

Time puasa ni kann... time tu la rajin bukak blog makanan. Motiipppppp???

Eh, ada akak yang beranak 5 kat klinik tu tanya akak,
>dah berapa bulan?
>X de saket2 ke?

8 bulan kena ada saket2 ke uolllss?? akak nan ado kecuali kalau jalan lama2 nanti saket pinggang. Lain2 saket mcm nan ado...

Sekarang nih Mohd Rafi suka usap2 perut sebab nanti Baby F akan bagi reaction dengan menonjol kesana sini... Bapak dia makin suka la usik2 perut akak nih.

Mana soalan tutorial untuk esok nih uolllss.. Risau akak takut x sempat buat..

Monday, August 16, 2010

Maseh Bertahan...

Akak maseh lagi berpuasa tak pernah ponteng lagi. Juga tidak berniat untuk ponteng puasa walaupon ala2 kadang2 balik keje melepek je kat sofa.

Juga so far hari2 masak sendiri lauk. Tak pernah lagi beli kat baazar ramadhan. Walaupon lauk ala2 2 jenis sajork time buka.

Sebab uollss, laki akak tuh dia jenis kalau ada lauk 10 jenis depan mata pon dia makan satu lauk sajork..

Oh.. Kecuali semalam cuti masak sbb makan kat rumah Filla. Best gila lah dapat cuti masak. Hahaha..

So far kalau beli kat baazar ramadhan pon beli murtabak sekeping pastu dah. Jimat kannnn??
Air pon tak beli sbb kecewa dengan air bandung baazar presint2 putrajaya.

Pastu akak kecewa jugak kat makcik yang jual kueh kat presint2 tuh, seri muka kecik nak mampus 50sen. Aiyohhhhhh... terus serik nak beli kueh dengan air..

Pastu kecewa jugak dengan Abg yang jual roti john Rmm3.50 kat simpang empat surau tuh sebab roti john dia adelah semata2 telur sahaja. Bawang nan ado. Daging pon nan ado.
Abang tu mesti nak cepat kaya kan??

Last2, akak beli roti sendiri. Buat roti john sendiri. Settle masalah dan jimat!! Dan yang penting lagi sedap okeh dari abang simpang empat tu jual.

Akak memang dah serik la uolls beli makanan kat Baazar nih. Kalau pegi pon beli murtabak sajorkk.

p/s : Sebenarnya kadang2 tu rasa x larat jugak nak puasa. Tapi selagi F bergerak aktif dalam perut ibu dia, rasanya xde masalah nak puasa.

Thursday, August 12, 2010

Uollls... akak x bangun sahur arinih!

Akak dah kunci jam dah, pastu kan cemana ntah tangan akak nih automatic tutup pastu sambung tido.

Merasa uollsss pukul 5.46am baru terjaga. Bila dah terjaga tuh apa lagi, feeling2 minum air 'jarang' sajork.. Air jarang orang johorr panggil air masak.

Nak makan ubat pon x sempat, howww?? Pengsan kalau HB aku x naik2 nih nanti.

Kan akak buat quiz OPEN BOOK semalam kan. Ramai jugak dapat 10/10, paling sikit pon 6/10 akak mark semalam. Tapi ado 2 orang nih uollss... dapat '0'... zero okeh.. Howwww??? Soallan tu senang nak mamp*s okeh. Dah la open book.. Pengsan akak memikirkan nasib budak 2 orang tuh.

________________

Semalam buat jem nenas selama 2 hari x siap2.. Haha.. Ko hengat nak keringkan jem tuh sejam 2 jam??? apa taknya guna 12 biji nenas sekali gus masak dalam periuk besar. Tukang kacau adelah Mohd Rafi. Tukang kopek nenas pon Mohd Rafi juga. Akak tukang blend sajork..

___________________

Ha... resepi soto:

sup ayam:

Ayam bahagian yang tak berapa guna tu mcm kepak, leher ke kaki ke.. and bahagian breast(untuk disiat2)
Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Masukkan kayu manis, bunga lawang and star anise(lupa dalam BM apa). Masukkan ayam. Kacau sebentar(jangan sampai hangus). Titik 2 batang serai. Kacau lagi. Masukkan air. Masukkan sup bunjut tuh. Reneh selama sejam. Lagi baik tinggalkan kat slow cooker semalaman pastu korang boleh feeling2 tido.

Eh, lupa lak. Masukkan garam.

Kalau rasa x sedap lagi. Pegi kedai beli kiub ayam yang tanpa MSG, masukkan setengah kiub sajork dalam tuh. Jangan letak satu kotak ye.. Nanti rasa dah tak asli gituuu..

Sementara tu rebus nasik impit.. Beli yang segera jah!!

Goreng kacang and su'un(su'un goreng make sure minyak betul2 panas)

Basuh togeh and potong daun sup or celery.

Sambal kicap : tumbuk lebih kurang 10 biji cili api bersama 1 biji garlic, kalau kecik letak 2. Pastu letak kicap.

Bergedil: Kentang potong 8, pastu goreng sampai agak2 empuk. Lenyek tapi jangan sampai jadi mash potato pulak. Agak2 sajork. Masukkan bawang goreng. Black pepper. Garam. Spring onion. Daun sup or celery. And daging kisar.

Bulat2kan and leperkan. Ambik telur sebiji, pukul ala2 macam nak buat telur dadar tu. celupkan bergedil dalam tu dan goreng dengan api medium. Jangan tinggi sangat jangan perlahan sangat.

Lagi senang goreng dalam kuali leper yang non stick tuh.

Sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang mencabar kewibawaan okeh...

Boleh tak kalau pagi2 nih akak letak gambar makanan uollllsss???

Ni, soto semalam Mohd Rafi masak. Siap MMS kat akak nih gambar. Over tau!

Bukan dia masak ape pon uollss.. Sah2 nasik impit tuh akak dah rebus malam ssemalam nya. Sup tu dah siap2 akak tumis dengan masukkan ayam pagi2 sebelum pegi keje tuh. So tugas dia cuma letak serai, reneh sup tu lama sikit, letak sup bunjut dan garam.

Kenapakah akak sibuk buat soto?? Sbb kawan Mohd Rafi tuh nak beranak lagi 10 hari, dari bulan 3 arituh mengidam soto akak. So akak masak pastu hantar ke gombak tadi malam. Clust tak ada orang mengidam soto akak?? Sedap sangat kah???

Tapi lupa lak buat bergedil. Nasib la kannnnn....

Pagi nih sahur makan nasi goreng sajork sbb akak sibuk siapkan tutorial sampai tengah malam. Pastu tutorial math lecturer tu baru emailkan pukul 10.05pg nih. Sedangkan kelas pukul 10am. And kelas akak lagi satu start at 9am.

So, akak memang x sempat tengok pon. Tu yang tadi pagi kelam kabut akak buat soalan. Terus buat quiz.. Tapi soalan senang sajork.. Bagi open book puiler... Tapi tetap ada yang tak reti buat. Howww????

Tutorial BJT lagilah akak saket hati uollss... Motipppp student2 M last week akak bagi chance x hantar assignment last week xpe, hantar minggu ni. Ado diorang hantar?? Ado??? Akak bukan nak discriminasi, tapi student C boleh je hantar last week. Time akak mengajar xde pon memekak dan berbual kat belakang. Howwww?????

Oklah.. Sudah. Akak nak pengsan!

Friday, September 18, 2009

Mood raya sudah datang..

Teman mak aku shopping secara gila semalam..

Mak aku dah beli dah daging dgn ayam bagai.. senang weh.. esok2 tak payah kelam kabut. Simpan dalam fridge yang ade 2 tuh..

Tapi... kaki aku saket la berjalan dari pukul 10pg sampai 5 ptg..

Bazaar Kota dan bandar kota tinggi ramai nak mampus orang..

Tu belom saket hati tunggu Temok pilih baju lama nak mampos kat jusco tapi tak chantek mana ponn.. Bolehhh??

Pastu mana2 Shopping complex akak pegi dgn Mohd Rafi, kitorg mintak sampul duit raya kat cashier.. Dapat la banyak jugak free..

Mak akak dah beli daun ketupat. Mak mertua aku bagi lagi daun ketupat.. Mampos aku nak anyam banyak2 tuh!.
Dah la aku sorang je yang reti anyam dgn mak aku..

Mak aku masih busy jahit baju orang..

Aku dah beli mercun.. **opppsss!

Tengah buat kueh Choc shortbread sambil anyam ketupat sambil update blog..

Multitasking kan akakkkk???

Untuk Semua: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

Fiza : Bawak2 la cuti raya weh!

Wednesday, September 16, 2009

suami siapakah yang kachak ituh??

suami saya!!

Akak tensi dgn Mohd Rafi. Akak suh potong rambut dia tak nak.. Dia ingat kacak sangatla tuh rambut panjang mcm tuh.. Akak ada agenda nak gunting rambut dia waktu dia tido..
Tapi merasa la lepas tu setahun dia tak tegur akak.. Kannn???

Puasa tahun ni first time weolls puasa bersama. waktu akak period, akak masak lauk siap malam. Pastu time sahur akak kejut Mohd Rafi bangun dan tarik selimut tido semula.. Keji kan??

Time buat kueh sampai 2-3 pagi memaang harapan la kan nak bangun sahur.. so, makan siap2 sebelum tido. Tak dikira sahur pon. Tapi lantak la kann..

Semalam lepas buka. Makan panadol. Demam kebah sikit. Buat biskut kelapa pulak. Mak aku suruh buat. Sedap jugak la resepi yang aku rembat kat internet tuh. Tapi lupa amek kat mana. Sbb main salin2 sajork..

Duit raya bagi sikit nak mampus tahun nih bukan sbb akak kedekut tapi nan ado bonus tahun nih.. tahun lepas ado bonus bleh aaa bagi lebih sket.

Lagipon tahun ni kena bersedia x dapat gaji 3 bulan lepas abes cuti belajar..

Mari sama2 makan pasir... waktu 3 bulan tuh..

Tuesday, September 15, 2009

Selepas Membuat Kueh Raya..

Demam kali keberapa aku tak tau..

Mohd Rafi la pelik sbb dia tukang urut aku time demam2 ginihh..

Mak aku kata demam urat. Aku rasa demam kepenatan. badan sengal2..
Aku harap tak kena demam chikugunya tuh lagi.. seksa jiwa dan raga aku..

Ari jumaat next week dah balik Mantin sbb nak pegi Jerantut dgn mak aku weekend tuh.

Adik aku yg baru nikah tuh x reti msak kari ikan. Aku pegi rumah dia, aku yg masak.. over kan??

silap2 adik aku pregnant dulu sebelom aku... howww???

BA, aku jeles gila tgk M, montel dan bulat. Sumpah comel gila weh..

Aku harap anak aku nnt mcm tuh jugak............ **harapan sangat kann?

Selamat Berhari Raya untuk semua!!

Monday, September 14, 2009

Buka puasa @ SEPANG GOLD COAST..

okeh... ini citer minggu lepas.. Tapi akak kan menumpang kamera orang.. so, akak pose2 tunggu Fiza upload gambar la uolllsss...

Akak buka puasa sekali dgn family fiza. Sambut besday mak dia sekali..
Oreo cheese cake with topping disaster.. Tak sempat nak tulis nama mak dia atas tuh.. Ampunn Fiza..

Okeh, kat sepang gold coast tuh ada 2 restaurant. Food Garden, serve steamboat and Sunset Beach serve Western (western kononnnn...)
Harga buffet untuk kedua2 restaurant adelah RM35++..

Tempat tu memang chantek nak mampus okeh! Tepi pantai... angin sepoi2 bahasa...

Chantek kan view dari restaurant itteww..

Kitorang pilih makan kat Sunset Beach. Betul2 Depan pantai..

4 Anak dara sunti... Opppss... akak dah tak dara.. Sebelah akak fiza, pastu adik fiza... Yang kurus ittew jua adik fiza.. You better believe it!! **larikkkk!

Makanan kat situ adelah hampeh dan hampagas!... Tak sedap dan cuma ada 2 menu. Nasik dan Pasta. Motifff sangat dalam telepon cakap serve western bagai...

Tapi view memang chantek nak mampus la.. So, trade off la kan between view dan food..

Akak yang dah tak tau nak makan ape selepas makan nasik sebab sekali makann sajork dah cuba semua menu.. Howww????
Didepan pintu masuk sempat lagi pose-pose chantek walaupon dah masuk waktu berbuka... Tetapppppp!!

Waktu balekk... Abaikan antu Lilin yang belakang skali tu.. **larikkk!!

Overall.. akak rasa kalau nak pose2 candle lite dinner bagai uolls pegi la situh.. kalau nak experience makan sedap2... Jangan la uolls pegi.. Tapi scenery memang 5 star uolllss!!

p/s : Akhirnya abes jugak akak buat tempahan kueh raya orang... almond je dekat 50++ balang okeh..

Wednesday, September 2, 2009

Yang suka ke kedai bakery..

Semalam pegi kedai bakery..

Pegi Vanilla Pastry kat Bangi sebab nak beli Almond.
Almond kat kedai Yummie tuh kecik la.. Adik aku complain aku letak separuh almond je dalam almond london.
Padahal aku letak sebiji okeh... Koser haku nak belah2 almond tuh mcm dah takde keje lain..

So, almond kat Vanilla pastry tuh adelah besar dan sedikit murah dari kedai Yummie tuh..

Lagipon kedai Yummie tuh apesal ntah hari2 ramai orang..

Pastu aku jumpa Beryls Cooking Choc kat Vanilla Pastry tuh. Kat Yummie nan ado okeh.
Akak kedai Vanilla tuh siap bagi aku dgn Mohd Rafi rasa. Sedap okeh!.

Terus amek 2 kg. 1 kg milk choc. 1kg dark choc.

Beryls cooking choc adelah lebih sedap dan murah dari Sicao cooking choc.

31 hb arituh ade Sale kat TESCO. Aku mcm orang gila borong telap kueh. Sebab murah. 99sen. Kat kedai bakery pon RM1.20 okeh.
Pastu borong buttercup sebab murah gila!.. Serious murah. RM2.79.
Hari biasa and kat bakery tak dapat la okeh. Harga biasa RM3.50.

Gigih nih dari kampung ke Tesco tuh semata2 sebab aku baca paper ade SALE buttercup kat TEsco..

Mohd Rafi tak ikut pegi tesco sbb dia tido.. Akak drive sendiri. Tapi puas hati. Sebab BUTTERCUP murah..

Pastu.. jam nenas aritu ter'tawar' sikit. Kena alter balik letak gula. HAiyohhh kannn??

lagi satu, PLANTA kat tesco adelah murah. Mujurr akak tak guna. Kalau tak mampos Planta pon aku borong..

Secara amnya.. hobi akak ialah pegi kedai bakery..

iklan